Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Breakfast yang jarang²



♫♪♫♪ Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang..♫♪♫♪


Assalamualaikum.


Awal pagi lagi mood menghupdet entry muncul. Habis cuci kain, jemur. Matahari masih malu² keluar, aku sudah pi jemur.  Wahh fikiran sudah tenang. Sambil² itu, aku sarapan pagi + dengar² lagu instrumental favorite aku - Spiritual Garden. Nice combination, isn't it? 


Semenjak dua menjak ni, aku suka sarapan. Mungkin sebab biskut yang aku beli sedap, so mood sarapan aku membuak². HAHA. Lagi pun MyMy kata dalam entry dia, sarapan itu penting. Waktu sarapan boleh² aku teringat² entry dia pulak. Harap aku ni, sebenarnya bukan jenis yang bersarapan. Kalau sarapan sakit perut. Tapi di negeri orang nih, terajin pula aku. Heran?

*sumber Google*
# nih bah roti yang aku cakap! Sedapkan?
bagi yang pernah makan, sila angguk² geleng² depan lappy.
Celup
² dalam minuman, nahh sedap gila! 



Minum pula, aku minum segelas teh kosong, kosong yang sekosong² nya, tanpa gula. Nih semua sebab aku ikut Mas lah ni. Dia suka minum teh tanpa gula.  Good for health bilangnya. Benda yang 'good² for health' nih, kita mesti amalkan selalu!! Yosh ! *semangat* 
Dan semestinya aku minum Teh Sabah. Membuatkan aku terkenang² Sabah ohh time minum teh nih!  Aku orang Sabah, jadi aku support barangan Sabah bah. Sedap lagi tuh. Aummmmm ^^

credit to this site
#Sokonglah barangan buatan Malaysia dan Sabah ^^

Yang penting jangan lupa sarapan lah yah? Yang tinggal di rumah tuh untung, dapat lagi makan roti, nasi goreng, mee goreng, kalau sudah student life ni, makan roti jak la mampu. Yang penting jangan membazir. Membazir itu syaitan suka. Yang syaitan suka, kita jangan kasi dia rasa suka ( ayat apalah ni? )  ^^ Selamat Pagi. C: 


# aku dengar Sabah hujan? wow siuk tuh tidur² time sejuk. Sini jarang pulak hujan. 
# Nanti ada masa, aku mahu rajin² blogwalking lah konon.











Monday, July 16, 2012

Segmen Ramadhan | Juadah Berbuka Anda







Bismillah dan selamat hari Isnin semua :D Kawan aku ada tag segmen chipmunk sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, hehe terima kaseh Mymy :3 Terus aku rasa tak sabar pulak mau berbuka puasa pada bulan Ramadhan. #amboi


Cakap tentang juadah berbuka puasa kegemaran ni, aku tak lahh terfikir makanan. Aku terfikir pasal minuman berbuka pula. Sebab benda nih yang mesti dan wajib ada setiap kali kami sekeluarga berbuka puasa.  


Air Buah 
#aku tak jumpa pulak kat Google gambar air buah tuh, jadi aku letak
gambar buah-buahan ja la. heheh




Minuman ni di kampung kami takda. Di bazar ramadhan pulak tak sedap. Air buah ni kami beli dekat kampung orang. Kampung Kota Belud. Jauh kan kami cari minuman? Biar jauh asal sedap. Air buah dia nih memang sedap, ada inti buah epal hijau, tembikai, dan epal merah dalamnya yang di potong dalam bentuk kiub. Kesedapan air nih aku x dapat cakap lah. Memang SEDAP! 


Tetapi tahun lalu kalau tak silap aku, orang yang menjual air buah nih dah takda. Sekarang yang menjual air buah ni adalah kawannya yang tinggal dekat-dekat dengan bulatan Smk Pekan tuh. Tahun lalu aku hampa, tengok tempat jual air buah tuh kosong. :( sekali aku tengok ada 1 rumah tuh dia jual juga air buah. Nasib, kalau tak kempunan tak dapat minum.
Dia kata kawan dia yang jual air buah *The REAl ONE* sudah pindah ke Tawau. Kawannya ada turunkan ilmu sikit-sikit lah dalam pembuatan air buah tuh. Sedap memang sedap, tapi kalau terlampau minum pun, nanti ada kencing manis pulak. errkk


Selain Air Buah, martabak pun antara juadah yang kami selalu beli. Tapi tak selalu lah. Huhuu, martabak KB memang sedap. :3




# Hindari pembaziran pada bulan puasa nanti. Berbelanjalah dengan bijak ok :D

Tag 
Ajie
Memeng




Wednesday, July 11, 2012

#8 Wordless Wednesday | Makanan Kegemaran

# Tom Yam dekat Teluk Likas.

Rindu tekak mau makan Tom Yam. :'(
Kalau makan memang takkan jemu. 
Selalu Tom Yam Hunt dengan kakak aku.


#Korang suka makan apa? :D


Friday, July 6, 2012

Lokan bakar dan Kelapa Ais



Bismillah



Lokan Bakar  huaa sedappp :'D




salam jumaat kawan² dan bloggers semua. Kepada MYMY, tugasan yang diamanatkan dah aku buat tadi. hehe. tugasan apa? sila klik SINI dia trauma tuh kalau salah buat entry auto publish. haha ;p dulu aku ingat, aku antara blogger yang awal pergi komen entry auto publish dia tuh. heee ヾ(´▽`;)ゝ apa pun, selamat bekerja hari pertama Mymy!


Hari tuh aku kawankan kakak mama aku (babu aku lah tuh) pergi Sambutan Hari Guru JHEAINS dekat Wisma Muis. Awal pagi dah bangun. Kalau lambat, KK memang jammed teruk sebab waktu tuh adalah waktu orang pergi kerja. Ada jugak lah kejadian yang sikit lagi kami nak terlanggar kereta orang. Babu aku yang bawa arr bukan aku *geleng² kepala*


Lepas habis majlis tuh, kami balik. Aku serius kalau ada majlis² yang duduk-duduk dengar ucapan orang dekat kerusi nih memang aku ngantuk. Tersengguk-sengguk kepala aku nak tertidur. Tapi makanan lepas majlis dia sedap.。◕‿◕。


Time balik aku yang bawa kereta. Terus bawa babu pergi minum kelapa ais. Waktu memandu balik tuh memang aku dah terbayang² kelapa ais tuh! sangat sedap dan nyaman kalau masuk kerongkong lebih-lebih lagi kalau minum pada hari yang panas.
Lokan bakar pun terbayang² juga di kepala aku. Nyata aku gedoot! dah makan nak makan lagi. :p


Kelapa Ais, xda ais, tapi dia sejuk :)


Destinasi kami ialah dekat jalan Salut. SIAPA PERNAH MAKAN SINI?  Tepi² jalan yang banyak gerai tuh. Lecturer UiTM aku cakap tempat nih tarikan pelancong. Selalu nampak bas pelancong parking sini. Nak minum kelapa lettewww *ayat ngada* ∩(︶▽︶)∩  .  Tempat nih bukan sahaja menyediakan kelapa ais, ada juga di sediakan kelapa bakar dan kelapa puding (dalam biji kelapa tuh ada puding kelapa) serta tidak lupa juga lokan bakar. *ahhh sedapp* 


wajah bahagia tercapai hajat
makan lokan bakar dan minum kelapa ais
Lokan bakar dia wa cakap lu, memang sedap! siap dengan sambal lada lagi. huuu.. nanti kalau ada masa singgah lah sini. Ada banyak sangat gerai. Kiri dan kanan ada. Pilihlah mana 1 pilihan hati anda semua . Lokan bakar dia ada set kecil, ada set sederhana dan set besar. Harga pun affordable. 


Serius, lain kali aku nak makan lokan bakar + kelapa ais lagi :D Kelapa bakar pulak, panas yah. Bagus minum kelapa bakar nih, baik untuk kesihatan. 


Bahasa Sabah

babu : kalau dekat sini makcik kami selalu panggil babu.

Gedoot : kuat makan

#ada masa, singgahlah sini yahh (◕‿◕✿)
# betul kata mymy! entry aku yang lepas adalah entry pertama aku di bulan Julai! *aku pun baru tersedar lepas dia cakap, errkkk*

Wednesday, July 4, 2012

#6 Wordless Wednesday | Kelapa Ais



Kelmarin aku gi minum benda nih. Petang-petang begini memang seronok kalau dapat  minum benda nih kan. auuuu *terasa kesedapannya*
Nanti aku update. Selamat Hari Rabu! :D


#Malam ni Nisfu Sya'ban!
Jom kita ambil peluang ini untuk sama-sama beramal pada malam ini :)

Saturday, June 30, 2012

Jom Masak | Sambal Udang Kering Biasa-Biasa Sahaja

bismillah.


Nama resepi : sambal udang kering biasa-biasa sahaja eh
#kesan tengok Masterchef Selebriti, aku dah pandai bagi nama pelik-pelik macam
Angah dan Azwan Ali


Assalamualaikum! hello~ Hari nih aku nak kongsikan resepi simple yang aku baru masak pada waktu maghrib tadi *ewahh simple lah sangat kan*. Bapa aku yang bersemangat betul nak makan sambal nih.  Siap beli bahan-bahan lagi. Jadi aku pun buatkan lah. 。◕‿◕。


  1. Bawang Bombay. Boleh juga guna bawang besar. Kuantiti? Ikut suka.
  2. Udang kering. Disebabkan aku masak dalam kuantiti yang banyak, udang kering yang aku guna adalah 1 paket.
  3. Cili. Ikut suka, kalau tak suka tak payah pakai cili. Kalau nak juga simpan cili. Simpanlah ikut suka hati. Cili jenis apa-apa pun boleh. Janji pedas! 
  4. Garam secukup rasa.  (◕‿◕✿)

Okey, mula-mula bawang bombay tuh hiris-hiris lah yah. Udang kering pulak jangan lupa basuh. Kalau rajin, tumbuk guna lesung batu *bersenamlah sikitt ;p *. Tak rajin, tak payah tumbuk pun..it's okey! :D Cili tuh pulak. Tumbuk guna lesung batu / blender. Mana-mana lah. Aku cuma guna lesung batu. *cara tradisional*

Then, panas kan kuali. Letak minyak, bila minyak sudah panas, letakkan bawang yang telah dihiris tadi. Kacau-kacau hingga bawang lembut. Lepas tuh masukkan udang kering dan cili yang telah ditumbuk tadi. Kacau lagi hingga kelihatan lembik bawang-bawang tuh. Lepas tuh, letakkan garam/ perasa secukupnya. Garam tak payahlah banyak sangat sebab udang kering dah sedia masin.  Lastly, masukkan dalam bekas. Siap!  #jangan lupa makan bersama nasi C:

Ahaaa~ simple jak kan sebab tumis-tumis masuk dalam kuali jak. Bab yang tak simple tuh bila hiris bawang bombay dengan tumbuk cili tuh. Mula-mula hiris menangis-nangis-tanpa-sebab aku dekat dapur. Last-last aku ambik swim google, pakai kat mata aku, barulah aku tak menangis. Clean jak kerja aku tanpa mengeluarkan air mata.

Franky, badan METAL, hati TISU.

# first time aku share resepi. haha :D
# cubalah yah kawan-kawan, kalau rajin. Rasanya pun sedap! Edible orang putih bilang!

Friday, April 27, 2012

Penat





bismillah.


selamat malam




# pandai lukis, tapi tak pandai warna.
sobs sobss. Y____Y mo nangis. tapi aku mmg malas mo warna pun. ehehe

malam ni penat sangat badan aku. ouhhhh. pedih sana sini. hehhh penat. sebenarnya tadi petang tiba-tiba mood buat kek cheese menjadi-jadi. semua ni sebab lambakan cheddar cheese yang ada dalam aisbuk. ow owww

Tapi xda gambar pulak, lagi pun da habis dimakan. ehehe. sedap kali kek cheese i2 sebab tuh habis (masuk bakul angkat sendiri ) =p

Sebenarnya aku cuma penat putar fresh cream untuk adunan kedua ja. Penat tangan, penat lengan, kaki lenguh. ouhhhh. memutar fresh cream ambik masa yang sangat lama bagi aku. Hampir sejam! rupa-rupanya  teknik yang aku guna salah. grrr.. geram pun ada. Nasib adik aku datang pi tegur. Kalau x entah berapa lama aku terperuk dekat dapur. Mengantuk mengantuk putar fresh cream. =..=

Penat memang penat. huhhhh.. mo mengeluh, kaki tangan aku mana bisa bercakap. Kalau dapat, mesti diorang mengeluh sakit dan penat kan? Syukur Allah cipta 1 mulut sahaja untuk bercakap, kalau tidak mesti 1 badan bingit!

# hari ni mood guna aku. 
# penat, sebab tuh aku mengalah akan suatu perkara. 

apa pun, penat itu sekejap cuma. huahhhh. *mengeluh. 
mengapa begini?






Friday, December 23, 2011

ohh meranalah aku malam iniii T_T

Selasa lalu, bapa datang melawat.
datang membawa udang.
udang yang di sangka udang,
rupanya ketam-ketam.
aku yang langsung x tahu,
terus masukkan dalam peti sejuk.

Hari rabu,
kakak aku tanya aku,
"ketam ka udang yang bapa bagi tuh?"
entah, aku pun x tahu.
bukan udang ka?
tuh la pasal x tengok-tengok dulu.
dapat pulak rezeki makan ketam. eheh

hari khamis,
kami masak ketam.
ketam masak asam pedas.
walaupun ingredients x cukup.
kami hantam saja,
asal bole masuk perut.
huaaaa kenyang perut aku makan ketam sahaja. =D

malam ini,
penyakit mula menular dalam diri
merebak sana sini
sekarang di tangan, tadi di kaki.
ohh meranalah aku malam iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiii




# aku sebenarnya mana boleh makan ketam wo. asal makan, mesti keluar elergi T_T
tapi di sebabkan xda sepa yang mahu makan ketam tuh, terpaksa aku n kawan2 makan ketam tuh. uhuhuhu.. gatal.. ='(

Friday, November 25, 2011

bertambah satu pengalaman dalam hidup aku



assalamualaikum ♥
pagi ni, aku bangun dengan semangat yang setengah-setengah orang bilang.
mahu bangun - x mahu bangun - mahu bangun - x mahu bangun. ahhhh masih awal !! kepala pun masih ngantuk lagi. Teringat pulak kelas jam 10.00 am nanti. Kalau tidak bersiap, pasti aku lambat nanti. Kelas ETR lagi tuh. tambahan pulak, madam yang mengajar memang pantang murid lambat.


bangun, siapkan diri, baju kurung , tudung, semua aku pakai elok². 8.25 pagi, aku gerak dari rumah. pandu  laju², takut nanti x sempat sampai. Waktu aku seronok² memandu, baru aku menyedari 1 perkara, kalau pergi kk aku rasa sekejap. Bila dari kk balik ke kb, punya lambat aku rasa! entahh, aku ja rasa kali?


Alhamdulillah, aku sampai setengah minit awal. sampai Indah Permai, beli makanan kegemaran, Bun Tuna. Gila sedap. Telepon berbunyi. Classmate Rais telefon ada kelas ka xda. Aku kata x pasti. Lepas tuh dia call balik, bagitahu dekat aku yang kelas cancel. =..='


dan lepas tuh aku rasa macam.......



http://www.emocutez.com
# ohhhhhhh tidaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


kalau aku tahu awal kan bagus? boleh aku sambung tidur aku mcam kawan-kawan aku yang lain, boleh aku x payah speed² datang Sepanggar or dengan kata lain, boleh la aku x payah bergerak langsung dari rumah. Kawan sekelas ada inform dekat fb tapi time tuh aku da tidur dengan nyenyaknya. . Jadi x tahu apa². Hiiiii . it's okey bebehh *redo* C: , patutlah aku sms kawan² aku tanya ada kelas ka xda, dorang x membalas. rupanya tidur. mati² aku ingat diorang konon takut balas sms depan madam. perghhh..hihihihihi ^__^

lepas isi minyak bagai, aku membawa diri ke Tanjung Lipat. Menikmati keindahan laut  
(cehh ayat ),makan Bun Tuna yang aku beli earlier* sorang-sorang sambil melihat mat saleh dan anak-anaknya picnic... tskkk.. tskkk.. sambil berfikir² sedih pulak x tahu kelas nih. ohhh begitu pulak rasanya.
#angguk-angguk kepala  

hehehe.
apa pun bertambah satu pengalaman dalam hidup aku. kekeke *ketawa dalam sedih* jadi aku tidak berapa kisah juga. aku akan anggap ianya sebagai 1 pengalaman, sebab sebelum nih aku x pernah merasa pengalaman sebegini. sesuai ka ianya di panggil pengalaman ? 

# seb baik rais inform, kalau x sorang² aku di kelas 'stay² matang' seorang diri. hahaha
# selamat malam   C:  http://www.emocutez.com  malar aku kuarkan entry malam². Jom tengok The Walking Dead S2, jam 11pm ni ? ^..^








Tuesday, November 1, 2011

aku parah

assalam.

Sekarang dah menginjak 1-11-2011.
Masuk bulan November sudah !
Cepatnya waktu berlalu.
Aku pun tidak terasa.
Aku yang mungkin lalai menghitung hari.
hmphh

Ketam
Kau makanan terlarang.
sudah ditegah, mahu makan juga
begitu juga dengan kawanmu udang
kamu berdua memang sedap !
tapi sotong tidak seberapa sedap bagi aku.
hmphh

sekarang,
aku yang menanggung.
menanggung penyakit yang sudah lama
bersarang dalam diri,
sakit.parah.. itu yang aku rasa. kamu ada ?

Ingatkan,
dengan memakan kamu banyak-banyak,
hilang dan lali lah penyakit aku nih
tapi tidak.
dulu, mungkin iya. sekarang, kau muncul kembali.
parah tahu !?

sambil menonton Magika aku menaip.
sambil melayan penyakit aku.
itulah degil sangat,
sekarang
padan muka luu! :p



Dari aku kecik aku ndak boleh makan seafood . tapi ikan bolehlah. Udang, ketam, sotong, belacan. actually aku tidak boleh makan. parah aku kalau makan benda nih. aku akan mengalami alergik. gatal sana sini. tuh lah penyakit aku kalau aku makan benda nih. hmphhh. tadi mama aku masak ketam. aku makan. tuh lah, lain kali pikir dahulu sebelum makan. sekarang siapa yang merana ? orang itu adalah aku! T..T

Sunday, August 28, 2011

Wishlist datang waktu seronok2 berpuasa



  1. Pizza Hut Hawaian Chicken . Yummy!
  2. Bun Tuna dekat Indah Permai. Sedap!
  3. Double GCB MCD..wahhh!
  4. Tom Yam!
  5. Aiskrim Yam
  6. Kek Secret Recipe :D
  7. Laksa Penang
  8. Soto..aduhhh

ahh macam-macam aku maw makan! 





Tuesday, August 2, 2011

#2nd Ramadhan | ala kadar jak~



Salam
Sekarang da masuk 2nd Ramadhan. :-) orang berpusu-pusu pergi bazar.
Beli lauk itu ini, ABC, Kebab, Rojak, Tomyam, Nasi Kerabu, Martabak, Burger, Bakso, Soto, Sambal, Sate..wahhhhhhh!


Aku serius xda mood maw pi bazar. Biar pun bole lah di katakan Bazar indah Permai tuh dekat ja dengan UiTM kK, tapi aku tetap malas jugak maw berbelanja pi bazar~


Jadi, Ramadhan pertama dan ke-2 ini, lauk aku still sama. Nasi+Sardin tin. di sebabkan kemalasan aku berjalan ke sana-kemari, jadi itu jak lah yang mampu.Tidak perlu kata aku kasihan sbb xda lauk yg sedap, sebab bagi aku sardin tuh da sedap =DD wawawawa. Sumpah, aku xda nafsu maw beli makanan-makanan di bazar. =.=' sebab nanti pembaziran akan berlaku. 


Beli banyak-banyak, baru tuh banyak yg tidak habisss buangggg jugak nnti dalam tong sampah! Macam dekat aras aku ni, lepas sungkai penuh la tong sampah tuh dengan makanan yg x habiss! Better bagi aku yg berlaukkan sardin jak ni. =p. Apapun, dalam bulan Ramadhan ni perlulah belajar berjimat cermat kan?


Ini nampak makanan yang sedap, penuh bernafsu kuda jugak maw beli. Last-last enda habiss=buang dalam tong sampah, ndakkah membazir tuh??? adoiiii *tekanan jiwa lagi


ok, aku kena study untuk quiz and buat preparation untuk mgt312 esok. daadaaa =D






selamat berpuasa kawan-kawan ^_____^


p/s: Bulan ramadhan syaitan di ikat di neraka, tetapi saudara-saudara syaitan masih wujud jugak. (pembazir)



 سُوۡرَةُ بنیٓ اسرآئیل / الإسرَاء

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧) 


Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (27) 





jangan membazir makanan ok? =))



Wednesday, July 20, 2011

two girls day out



Jalan-jalan tanpa hala tuju. Cehh adalah jugak hala tuju tuh. Pi Tuaran, kira maw beli kasut dekat Leno, tapi tidak jadi. Jadi terpaksalah tanamkan niat membeli itu lain hari saja. 



Plan awal = "Ajie jom makan pi Mayang Sari?"

tiba-tiba plan bertukar = "Ajie, aku rancang maw pi Tuaran bah ni,aku maw pi bundle  tepi jalan tuh, ndak pernah aku pergi"
                                            Ajie = "aku on jak ni"
                                                      "Kita dua seja?" 
                                            Aku = "Yahh, yang lain sekolah bahh "


Sampai TUARAN

aku = "Jum sms Tika, kita lunch kunun"
* sambil di kepala terbayang-bayang makan di medan selera*
Ajie = " aku pun suda sms dia"
Tika = . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
* tiada jawapan* hahahahahaha =DDD

Kami berangkat ke IP ( Indah Permai)
pergi Giant,beli sudu Korea (korea la sangat)
dan tujuan sebenar adalah pi beli span tuk sabun badan tu.
Tapi malang,jauh-jauh kami pergi, barang itu tiada jugak.. =..=

Berangkat pulang lebih kurang jam 2.40 lebih
ikut jalan Pantai Dalit.Kena pulang cepat sebab kena suruh ambik adik lagi dari sekolah
tapi tidak jadi.hihihi.
Nampak Politeknik yang sedang mengadakan Konvo sekarang.

aku = "Jom jumpa Edut?"
Ajie = "Jom!!!"

*ajie call edut*

rupanya Edut di BSN Alamesra

jauhhh

kami = . . . . . . . . . . . . .  . .  .

Jadi kami cuma berpusing-pusing di Politeknik KK.=..='

Balik Kota Belud, singgah bundle tepi jalan.

Lapar-Makan Tomyam di Mayang Sari-balik rumah.

Apa pun, aku malar lah makan TomYam di Mayang Sari tuh =..=

 ehehee assignment aku lom wat. =.......= paling!
 


                                           


Monday, May 23, 2011

Semut | I don't like

Assalamualaikum~


Bila sebut pasal semut.Memang aku rasa bosan dan tidak suka la.
Dari aku sekolah menengah memang hidup aku dengan semut juga. Masuk Universiti ni, semut masih gak hidup dengan aku ( padahal mmg semut ada d mana-mana yahh )
dalam almari ada semut,p mana-mana ada semut..eee =..=' aku nih bukanlah sorang insan yang sweet-la-sangat untuk sang-semut-semut-yang-comel-tapi-bersatu-padu ni datang! tapi dorang datang jugak!


Ants at work Pictures, Images and Photos
*semut* aku rasa dia comel,minum air ka dia tu?


antara sebab-sebab aku tidak suka semut !

  • Semut sangat suka mengacau! lebih-lebih bila aku makan..grrrr~
  • Semut suka merayap dekat kulit aku,apa aku manis kah sang semut?? ada gula kat badan aku ni??  * mood tertanya-tanya la jugak *
  • Semut suka menggigit! entah apa salah aku. Kadang-kadang aku x perasan ko merayap kat kulit aku,tapi ko gigit gak.Apa dosa aku padamu kanda sang semut??
  • Nihh sebab yg paling aku tahapp gabann tak suka sang semut nihhh,jum cekitaudd !
Waktu aku baru balik dari makan bersama adik aku yang bongsu dari Mayang Sari,( sorry    lahh..asyik2 aku kata Restoran Mayang Sari lak dalam entry-entry aku ni.Asyik-asyik sana aku makan dan asyik2 aku makan Tom Yam gak kalau gi sana =.=' ).

Okehh sambung balik cerita aku yang pastinya agak panjang nih, waktu aku balik tengahari yang terik itu,aku berjalan menuju ke pintu rumah. Belum sempat aku memijak lantai rumahhh, ehhhhh! aku stop! teringat lak anak kucing yang kasihan itu. Then aku pusing la, tgok apa keadaan dia. Sebab waktu aku gi sana dia tengah stay2 ngan mak dia,si Buruk ( kasihan nama mak dia ni yahh ). Sekali aku pusinggkan kepala aku,MASYAALLAH! ehhh si anak kucing dahh mati!! Aku menjadi sebak,air mata hampir-hampir berguguran ke lantai simen rumah,tapi x jadi. errr . Waktu itu, sang semut yang comel tapi bersatu padu ni tengah memenuhi muka sang anak kucing. Almaklum lah,kalau kucing muka dia da masuk semut,pastilah kita ingatkan dahh mati kn? kn? jadi aku pun panggil-panggil kucing tuh.Gerak2 kan sikit badan dia.

"miow??! mioowww!!??,ko hidup lagi ka ni?!!" ,bercakap aku ngan si anak kucing,dengan harapn dia mengerti,tetapi tidak. =.='

waktu tuh,memang gila banyak la semut masuk telinga dia,hidung dia..nasib mulut dia tutup,kalau x pasti sang semut yang comel tapi bersatu padu tuh pi bantai gak masuk mulut kucing tuhh.Ish!

Sekali sang anak kucing pun batuk-batuk. Ehhh! bernapas lagi! Gila ko semut!! Masih hidup lagi ko maw ratah sudahh! Aku menyumpah dalam hati. Dapat dosa free..ishhh2 ( jangan contohi ). Aku angkat si anak kucing sambil tiup-tiup sekuat hati aku sampai berterbangan sang semut ke udara. Aku yg penat drive nih berpeluh2 da di luar rumah mengurus kucing nih. Semut belum habis-habis lagi. 

Jadi aku suruh adik aku ambik pembersih laptop, jadi aku sapu anak kucing dengan pembersih laptop tuhh,memang agak mengarut sikit taktik aku tuh,tapi menjadi apa? hihi ^^ aku gembira,sang semut mula tiada. Tapi yg memang aku geram sangat tuh, adala plak yg bertapuk dekat dalam telinga, x mo kuar. Takut aku tenyeh hidup-hidup kali? 

Then,aku bagi minum sang anak kucing..mak dia x mo menyusukan dahh. Mak dia ni pun 1 hal jugak! x mau pulak dia bagi minum anak dia..haishhh! gerammm aku>:( 
Pastu sebelum aku jalan gi makan dekat Ganyang Seafood Restaurant bersama YB Japlin n budak2 yang dapat biasiswa Yayasan Sabah aku bagi minum sang anak kucing..sedihh..syukur dia minumm.Aku tinggalkan atas sofa..terpaksa meninggalkann sang anak kucing..bila aku balik rumahhh petang itu..dia sudahh kembali ke rahmatullah tiada...sobb sobbbb T_T (aduhhh! touching lak!) 

Sana aku syak,mesti sang semut nih yg gigit otak dia ( memandai ja aku ) ,apa pun, da Allah lebih sayangkan dia,bagus jugak dia mati dari terseksa sebegitu..lagipun binatang memang masuk syurga. Kita yang manusia nih? Wallahualam. 

Ehhh,panjang sangat la pulak cerita-boleh-blah aku dekat atas tuh kn? 
Haha terlebihh geram sebenarnya. Tuh la pasal.

Apa pun,aku takmo la berdendam dengan ko sang semut. InsyaAllah,x maw tenyeh2 ko lagi..eee kejamnya aku kat ko..sedih gakkkk.. T_T



Sunday, May 1, 2011

kau beli tapi tidak bayar?



Assalam..n selamat petang la kepada semua~hihi~^^


Tiba-tiba aku teringat kejadian kemarin,memang sengal la aku ni.
Kemarin lepas ambik adik aku sorg yg sangat la suka gi rumah 
cousins aku dekat kg. kawan aku sorang ni, 
jadi kami pun yg terdiri dari 4 adik-beradik seperjuangan pergilah
menuju ke rumah pakcik yg merah tuh,maw beli ayam~
Ayam kepci + fries + cheezy wedges=memang sedap la.


Makan memang sedaplah.
Da order camgitu,aku pun dengan selambanya berlalu pergi ke meja.
NAsib kena tunggu fries lagi 1,kami beli2 fire fries,yg 1 kena tunggu..
Jadi,duduk punya duduk..sambil makan² lagi fries tuh..
tiba-tiba cik adik lepasan SPM yg ambik bekerja sambilan dekat KEPCi  yang cute i2 pun 
datang ke meja.Waktu tuh,aku tengah membaham fries yg ada..nyamm nyammmm (well makan mmg x ingat sekeliling.hee).sedar x sedar............






"Errrr,helo..kkamu kena bayar cash dulu ^_^" 
kata dia sambil senyum².Ya la,waiter kepci mana yg x senyum? cakap? sedangkan pakcik kepci hari² senyum juga.


"Owhhh kau belum bayar ka BEsar?" 
adik aku pulak terkejut beruk.


"ehhhh!?? aku belum bayar kaa??!"
aku pun yg mmg mcm mangkuk+sengal senggolan terkejut beruk jugak yg aku belum bayar.HAHA! kau mmg la,nampaknya sengal lagi OK dari aku. =..='


Aku pun kuarkan duit dri poket aku.hihi.poket ya.aku x biasa pakai dompet,ntah maybe sbb da kebiasaan dari skolah menengah lagi~heee


Jadi adik aku Kecik yg bayar.


aku? aku lega bukan aku yg bayar.sbb nnti tambah² la kuyak.hahahaha


"lain kali kalau aku pi kepci,aku tidak maw ikut kamu,kuyak busss" 
kata adik aku si Abang sambil tutup² muka.Malu la konon tuh.Kakaknya x pandai bayar.Ahahah :D


Ejekli,adik aku Abang,yg maw bayar.tapi aku beria-ia plak lpas tuh maw bayar.Jadi dia pass duit dekat aku.Aku plak yg lupa =..=~hampehhhhHhh


tapi aku x pulak rasa kuyak or malu.Hahaha.Maybe da ilang kan.Mmg xda sifat pemalu aku nih.hampahhh~=..='




*adik beradik yg sengal~hahah
kamu best.
sayang kamu
*gambar waktu tinggal d taman nikmat dulu.











p/s: kamu jangan leka sangat mcm aku.X bayar plak.main blah gitu aja dri kaunter!
hehehe ( ketawa sopan )

Monday, April 25, 2011

Novel | Jika Bukan Kerana Bintang



Assalam..agak lama ya aku x update blog? bukan apa,cuma pikiran aku bercelaru antara update or study or STeADY?? jadi aku pun memutuskan malas la update..blajar dulu( konon) 
hmphhh! Photobucket

Okeh sebenarnya aku nak cita dekat blog ciput2 aku ni yang kemarin aku beli Novel lagi!!! wuhuuu~ ops matila aku oleh mama aku if dia taw aku ada beli lagi novel..ehehhe sorry mak,x dapat kawal diri ba kalau masuk kedai buku..erkkkk Photobucket heee

kalau masuk,pasti xmo keluar dengan tangan kosong.betul kn? kn?  ( kasi 'iya' dulu ba ) maybe yg kaki betis novel tuh,adakah anda sama ngan aku? ehh ada ka or minat baca novel jg dekat sni?
Jadi kemarin,after exam LAW yang sangat lah 'best' itu,aku ngan kawan2 pi makan tengahari la kononnya dekat MCD..aku order Bubur Ayam MCD..ehhh! sedap ohhh~ aku taw aku kampung2 jadi nilah pestime aku makan benda tuh..arghhh~sedapnya~~ rasa maw makan lagi.Photobucket

So pastu jalan gi Kedai Buku Harris.Then sana lah aku jumpa benda nih,banyak gak aku jumpa.Yang kin geram tuh,,waktu aku gi sana berlambak pulak novel aku cari2 selama ni Andai Itu Takdirnya . Begitulah selalu,kalau benda tuh dicari-cari x d jumpa,kalau x d cari,ampai2 plak kat sana.

N novel ni rum8 aku yg rasmi dulu.Mcm biasa,coz aku taw aku xda masa maw baca tuh..dekat rumah jakla best.hehe :DD

Oklah aku pun da terlebih merapu nih,jum kita layan sinopsis?

Sinopsis Jika Bukan Kerana Bintang 



Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak.
Alya di besarkan dalam serba kekurangan.
Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta.Kehidupannya banyak diaturkan oleh neneknya,Datuk Hasnie iaitu pemilik Wadah Sejati Holding.Takdir pertemuan Maisara dan Dhamiri di pusat boling telah membibitkan kisah cinta mereka.Namun ianya tergugat bila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga mencemarkan maruah Maisara.sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?


"Jangan pandang bawah.Tapi pandang pada  bintang.Dan jika bukan kerana bintang...saya tak akan punya kekuatan pergi sejauh ini.Dan hanya awak bintang hati saya."~Dhamiri

Kata-kata Datuk(nenek si Dhamiri) bermain-main di fikiran Maisarah.Kuatka dia untuk bertemu ayahnya yang tidak pernah dilihat wajahnya?Ayah yang selama ini dipanggil dengan gelaran pembunuh.Ya Allah! Tabaka hatiku untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan untuk terus hidup di dunia-Mu ini,ya Allah.

"Saya berani bersumpah,makcik.Saya tak mengandung.Apatah lagi unuk buat kerja terkutuk.Saya tahu nak bezakan halal dan haram makcik.Saya tak tahu mana makcik dengar cerita karut tu.Tapi sumpah,saya tak mengandung."~Maisarah



psstttt~amacam? best ka? hehe..jum beli n baca ramai2 sampai lebam! :DD
mcam2 la bercinta nih..aku x pernah lagi.wakkakakaka bks.



Thursday, February 24, 2011

anda sangat sedap wahai Mee Goreng Mamak!!!



as salamualaikumwarahmatullaaahh! :DDD


Hye kamoo.Aku tengah makan malan dekat kafe BTC  ni dengan my roomate.
Dia makan nasi. KAu makan Mee. Mee goreng mamak. sedap wui. Aku,kalau makanan dah sedap,ambik masa yang lama sikit tuk makan. Haha. Menghayati la katakan.
Mee gireng mamak sini sedap owhh. Kalau boleh aku maw pandai masak jugak,kita pandai makan mestilah pandai jugak masak kan?



-aku pinjam kejap pict nih dari En. Google-




Roomate aku si Cik Myen nih kata,kalau mamak tul2 yang masak lagi sedap.. hmnn..aku trtanya-tanya siapa la yang masakkan mee goreng mamak dekat sini ni?  Mamak ka or non-mamak? hehee


tidak penting la siapa yg masak. yang penting mulut aku rasa sedap..ok lah tuh :D








p/s: menunggu kwan2 tuk wat assignment konon,tapi x sampai2 lagi T__T



Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul =]


As salam.Hari Selasa.Harap2 hari ni cerah la kan.Hari ni Maulidur RAsul..Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi seluruh umat Islam..pada tanggal12 Rabiulawal,merupakan hari keputraan seorang manusia agung,yang mana peribadi dan akhlaknya adalah sangat mulia jika di banding kan dengan kita ini..bagaimana peribadinya baginda Rasullullah..lihat al-quran,itulah peribadinya.manusia kekasih Allah,penutup segala rasul.Muhammad bin Abdullah. Selamat Menyambut MAulidurr Rasul tuk umat Islam semua.
Hari ni 15 Feb,kemarin 14 Feb..aku eran ada jugak kawan aku yg gi sambut nih benda. ahhh biarkan lah dorang,bukannya xda ingatkan dorg pun x bole sambut V day ni.Aku x sambut pun nihh.Memang lah xda BF ka apa maw kebret celebrate sama-sama.Owhh tidakk..sudah kena kata haram..so kita tegah lah kn.Hehe. Yang kawan aku  ni dorang yg saja-saja buat x tahu.
Eh,psstttt *nada berbisik*..ada yg bergayut dekat hp semalam..dri aku mandi dan lepak bilik kawan aku EZa hingga lah aku balik ke bilik.Sebelum aku pegi mandi dia da bergayut2 sana..selepas DUA jam aku di bilik Eza..ada lagi dia.Okehh.Mantap la luu beb. X panas kah telinga calling berjam2? haha..a ahh dri kau saja tuk fikir baik ka buruk calling berjam2 nih =)


-gambar aku petik dri Google-



Apa yg aku suka.Hari ni cuti..tapi esoknya Rabu..aku ada kuiz dan 3 or 2 bijik assignment tuk di siapkan..huhu..semoga aku tabah la k..fuhhhh..Ya Allah kuatkan iman ku.Harap-harap boleh la buat :(.
http://www.emocutez.comJom² ! sebenarnya aku maw cerita pasal hari ahad yang lepas nihh.Aku ,Ajie ,Tika ,Edut dan Kecik pi makan di Mayang Sari.AGAIN.and again..aku ni hari² la jugak makan sana.Hantam sajalah.Aku sebenarnya bukan lah suka makan sebab makanan dia ka apa.Makanan dia ok..aku suka pemandangan dri bukit tuh.Tuh yg best tuhh.Muahaha..sangat sesuai untuk melapangkan fikirann di hujung minggu *ayat standard

Hari Ahad tuh tiada apa² yang best aku buat.Cuma kuar ataw orang putih bilang ‘hang out’ with my girl friends Tika,Ajie,Idut serta adik aku si Kecik. Hee.Pi mana? Pi Mayang Sari atas bukit kota Belud tuh la.Agak² lah kan,tuh waiter cam owh sudah rupa aku.Patut bagi aku kad keahlian ni kalau ada,sebab aku malar pi sana ngan aku punya adik..sangat malarrrr =.=’
Tapi malar tuh dengan family lah,kali ni ngan kawan² .Next time bawak kawan² yang lain lagi.



layan....



Tika dan Edut.WOW!


Aku kira maw cerita pasal makanan Tika..paling la..
Paling apa? Paling aku JAKUN
tuh waiter di belakang tuh..bwak makanan Tika




Makanan Tika berasap.Wow! JAKUN.sebab aku 1st tym nampak
hahah..porahh . Si waiter tuang pastuh kan ada asap..wow!




Makanan Tika Sizzling Mee..fuhh snap cepat sebelum
ilang dia punya buih2.. ( ? ) =.=



Masa tuk makan.Aku hari2 gi sini makan Tom Yam.
Next time maw beli cam makanan Tika :D



Edut makan nasi ayam jak..atuuukaii Dut.. 
heheh




cing* cing*
 ini si Ajie dan adik aku..huhu..
dorang semua baik hati..aku jak kurang sikit baik hatinya ~.~'
kecik makan mee bandung n ajie mee goreng ayam ja.Haha.
Bilang maw yg spesel²
:DD





*melahap




next time maw pi lagi.hehehe..




p/s:Actually aku baru terbangun dri tidur jam 3 lebih tadi.Fuhh.Trus hupdate blog yg x seberapa ni.
as salam semua sayang kamu yg baca nih.Heee