Friday, February 8, 2013

Girls-night-out


Bismillah.

Assalamualaikum semua.

Sekarang telah masuk pun bulan baru, bulan Febuari. 


Hari tuh 20hb Januari aku sempat ke Shah Alam sebelum balik ke kampung halaman. Tempat cousins aku si Ani & her husband dan si Anna the babysitter. Aku bukan pergi sorang-sorang ok. Gila kau? Nanti aku sesat di negeri orang, aku bukan orang sini. Aku dengan my dear sister si Kecik yang jalan pergi sana. Padahal naik KTM jak pun pergi KTM Shah Alam, then my cousin ambil. Hi hi hi.   *yaiiii terhibur nampak?*


Then malam tuh kami ber 3 jalan g I-City (aku, Kecik dan Anna). Cousin aku si Ani tidak ikut. Dia tinggal di rumah. Jadinya ? Jadinya aku yang kena suruh pandu, sebab aku jak antara kami ber 3 tuh ada lesen. Mau tak mau, kenalah pergi. Sebelum jam 9 malam kami da bertolak dari rumah Ani. Aku lupa lah area sana tuh Syeksyen berapa. * pelupa * . Dekat jak I-City tuh dengan rumah dia. Si Ani siap bagi peta lagi. HAHAH.



Peta Ani bagi. Yang bulat bulat 3 biji tuh traffic light. Dekat ja I-City tuu. dang!


Aku pun pandu lah kereta keluar dari perumahan cousin aku dengan penuh rasa confident di jiwa. Sebab ada peta dan si pembaca peta yang duduk sebelah aku ( Anna ). Adik aku si Kecik pula? Dia risau dan tidak confident. Yang tidak confident ke belakaaanggggg please! :p . Eh tapi memang hari tuh adik aku duduk belakang pun. Sempat lagi isi minyak dekat Petronas. Sebab minyak kereta Ani da berkelip-kelip simbol dia aku nampak. 




Jangan tengok muka. Aku pun x tahu muka apa aku tengah buat tuh ? Baca dialog jak.
He he




Then aku pun yang dengan fully confident tuh pun pandu. Sekali pandu punya pandu, korang mau tahu apa jadi dengan kitaorang? SESAT!! Alangkah itu? Sesat sampai terjumpa highway dan juga Tol, padahal dalam peta Ani beri manada sebiji Tol dan highway punnn. Ok jangan salahkan si pemandu. Salahkan di pembaca peta ok ? :p  Adik aku si Kecik di belakang da risau. Bising pula dia di belakang tuh. Har har. 
Then kitaorang call Ani. Dia suruh turn back. Tapi kami tidak turn back pun. Jalan terus dengan penuh keredhooan dan kepasgrahhan hingga terjumpa sebiji Tol. *ikut kepala sendiri* kepala tohir. Nasib tol seringgit. Kalau beringgit-ringgit tadi? *pengsan* 

Sampai mau bayar tol tuh, sempat tanya orang yang tanya tuh. 



"Kak, macamana nak gi I-City ?"


"Jalan terus, kiri, kiri", katanya pada kami. WOW  ∑(O_O;). Sangat RINGKAS dan PADAT bukan? Terus kami buat-buat faham then jalan terus. Ikut kepala tohir lagi untuk kali ke-2. Jangan Pandang Belakang.

Akhirnya, wallahhhh! Jumpa pun kami I-City. Wa ha ha ha. * sila beri tepukan sikit *. Parking. Then jalan-jalan dari satu pokok ke satu pokok lagi. Cousin aku, dari perut x berisi ke perut berisi, adik aku dari pakai spek ke tidak pakai spek. *tiba-tiba* . Jom layan sedikit gambar ? cekiittdauut












OK tak lawak. =..='







Then kami jalan punya jalan, hingga jumpa tempat karaoke. RM3 untuk 1 buah lagu. Alangkah itu ?? Padahal pilihan lagu sikit banget. Tapi pergi hantam juga nyanyi dengan si Anna 4 lagu. Adik aku duduk melihat jak. Anna nyanyi lagu Tak Seindah Biasa dan Berpisah Jua. Then kami duet Senja Nan Merah dan Biarlah Rahsia. Aku jadi Awie malam tuh, cousin aku Ziana Zain. kah kah kahh. 







Memula kitaorang jak sana nyanyi-nyanyi, then orang datang. Habis kami nyanyi, orang tepuk-tepuk tangan. XD Adik aku la paling kesiokan, sampai aku pun tidak dapat described tahap kesiokan dia sampai langit keberapa lepas kami karok tuh. kah kah.  langit ke 8 mungkin ?  
Lepas tuh, kami decide untuk pulang. Jam 1 lebih da tuhh. Ohh maii. Berjalan tidak ingat jam. Maka, di sana-sana juga kami jalan-jalan. ( ̄□ ̄;). 




And again, KAMI SESAT WAKTU PULANG. Ha ha ha!

Maksud entah kemana kami malam tuh. Dari jalan yang besar, ke jalan kampung yang kecik tuhh? Alangkah itu? Naya kami kala termasuk alam bunian. *tiba-tiba* . Lepas tuh, calm down. Pusing balik, then alhamdulillah akhirnya kami ikut juga jalan yang di peta pemberian Ani tuh. Time pergi tidak pula ikut peta kan ? Time pulang baru lah. Lucu.



#next time pergi lagi. ada 1 tempat dalam I city tuh kami tiada pergi. cissss.

#merantau tempat orang. Best.

Wednesday, January 23, 2013

Tips untuk menghilangkan bosan di kapal terbang


Bismillah dan assalamualaikum !

Home sweet home. *sila baca dengan perasaan penuh kelegaan*

Alhamdulillah, aku sampai dengan selamatnya ke rumah aku di Sabah ni. Flight jam 5.15 petang. Tetapi airbus tuh fly jam 5.35 petang. Memasing aku dan kawan-kawan yang lain, si Syinudz, Yuyui, dan Pepen naik hairan. Jam 5 minit lagi jam 5, tapi panggilan masuk tiada pun? wat lek, sap kok luk. *tiba-tiba* and at last, jam 5.35 petang barulah berlepas. 

Kawan aku Amanda, yang ulung balik Sandakan tuh, hahh dia balik seorang lah. Hehe. Tapi alhamdulillah, kau sudah sampai rumah kan? kan? siap say hi to almari baru lagi nampak. kih kih :p

Perjalanan, kalau pilot tuh pandu laju, in shaa Allah sampai cepat sikit. Aku dari jam 5.35 petang sampai perairan Sabah lebih kurang jam 7.36 petang. Itu baru perairannya, belum lagi landing time. 

Ehh teringat tadi waktu pesawat tuh landing, ada orang sebut "Landing Timee" macam P.Ramlee dekat Laksamana Do Re Mi tuh? dan aku rasa lucu. (iklan 3 saat)

Naik flight ni sebenarnya memeningkan. Itu bagi mereka yang tidak biasa or jarang or memang dia seorang yang gayat. Naik flight juga sangat membosankan, tapi kalau kau pandai 'menceriakan' diri. Perasaan bosan dan perasaan yang perjalanan itu terasa lama boleh dihilang kan. Mari baca sedikit tips menarik untuk menghilangkan bosan di kapal terbang ! ;)

1. Tidur

Aku pasti, semua orang pun suka tidur. Dan kebanyakan orang tidur time dalam flight. kan kan? Tadi orang sebelah aku pun tidur juga. Jadi untuk hilangkan bosan, boleh lah tidur. 

2. Membaca bahan bacaan

Membaca buku amalam mulia, sambil-sambil dapat tambah ilmu di dada. Dalam flightboleh lah baca surat khabar, majalah, NOVEL dan buku kanak-kanak? punnn boleh bah kalau kau baca itu buku kanak-kanak. :p Yang penting rasa bosan itu hilangTetapi sesetengah orang prefer novel. Terutamanya perempuan. Tapi jika anda jenis yang diserang pening jika membaca dalam perjalanan. Tak payahlah baca apa-apa. 

3. Mendengar muzik

Bawa mp3 atau pun mp4 anda ke dalam pesawat. Hand phone anda pun boleh digunakan untuk mendengar lagu. Diorang kata tak boleh buka phone dalam pesawat. Boleh bah kalau kau. Yang penting tutup semua line atau pun tetapkan dalam keadaan 'flight-mode'. Sebarang line yang wujud dalam pesawat tuh, boleh mengganggu penerbangan. (iyah ka? nih aku rasalah ) Jadi, bagi yang menggunakan hand phone untuk mendengar lagu, jangan lupa
kasi 'flight mode' (◕‿◕


4. Main game
#word search. manfaatkan masa anda. :)
Semua orang pun ada hand phone canggih-canggih sekarang nih kan? Bah apalagi? Main lah game waktu kamu bosan. Tapi aku pilih game lain. Aku suka cara oldies. Guna buku. Sudoku, Word Search dan sewaktu dengannya boleh guna untuk hilangkan bosan. Aku dalam flight tadi main Word Search. (◕‿◕) Cuba lah, pasti hilang rasa bosan dan x pening kepala. 



5. Melukis
Bagi mereka yang mempunyai bakat seni atau pun yang masih berjinak-jinak dengan seni,    boleh cuba cara ini. Bagi yang faham, pasti kamu tahu yang melukis membuatkan kau tidak rasa pun masa itu berlalu. Tup tap tup tap, sudah sampai ke destinasi. Melukis memang banyak buang masa orang. HAHA. #Aku pernah cuba cara ini. Sememangnya berkesan. Sediakan buku ok. woww.
       
6. Tangkap gambar
#awan sangat unik. Subhanallah. :)
Tangkap gambar memang best. Ada juga kenangan-kenangan di awan biru. Aku suka tangkap gambar dalam flight, tapi bukan gambar aku lah. Gambar awan. Sebab aku suka awan. Cantik, comel dan gebu. (´∀`) Untuk hilangkan bosan, boleh lah tangkap gambar. Bawa kamera anda atau guna jak hand phone. Tapi pastikan hand phone tuh dalam flight mode okay.



7. Kacau orang sebelah
Kekadang orang yang duduk sebelah kau dalam pesawat pun kau tak kenal. Apa kata kau cuba  kacau dia? hahah  “ψ(`∇´)ψ . Okay, nih tips x boleh blahhh. Korang jangan ikut tau.



Hahhh. Itu jak lah tips nya. yang di atas nih pun berdasarkan pengalaman aku lah. hehe. Sampai airport, bapa da tunggu. Then dalam kereta bercerita ketawa sampai sakit rahang aku tau. aduiii. haha Sampai rumah sekitar jam 10 malam. Salam dan cium mama. Sangat best perasaan sampai ke rumah ni. 

Sekian. 

#harap tips di atas berguna. haha! apa pun bagi yang mabuk perjalanan, jangan lupa bawa minyak angin ka. Untuk urut kepala pening.
#dan jika anda mahu perjalanan anda double triple bermanfaat, berzikirlah ingat kepada Allah sewaktu perjalanan anda. :)  
#gambar kredit Google. kecuali yang ada nama aku. itu aku punya. kih kih kih.