Klik ok? TQ so much !

Wednesday, November 30, 2011

11







ohh i've been tagged by my friend Diyana.


TERMS & CONDITIONS
  1. you must post these rules.
  2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. answer the questions the tagger sets for you in their post. and create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  4. you have to choose 11 people to tag and link them on the post. 
  5. go to their page and tell them you have tagged him/her.
  6. no tagging back!
  7. no stuffs in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.




11 Things about Kira


 to eat
lil bit clumsy
cat lover
anime lover
♥ instrumental music
UiTM student ( last semester)
secretive
touchy
friendly with people i know
high curiousity
chubby ^^


The Questions From Diyan


1. Three words that describe me
  clever,cheerful,pretty !


2. number of times yo go out shopping
I dont usually shop. hehe ?


3.gadget you wanna own
Tablet


4. dream wedding theme and honeymoon spot
haven't plan yet

5.a song you hate
Malique feat Najwa- Senyum. =..=


6.chocolate cake or chocolate ice-cream ?
chocolate ice-cream! yummy 


7.the cutest animal
cats,pandas, penguins wee ;)


8.favorite harry potter character
Ron Weasley


9.suggest me a book or two worth reading
emmm, Akhir Sebuah Cinta n Bagaikan Puteri ?


10.person you love to stalk
there's lot of em . I'm a stalker beb~ :p


11.what do you usually daydream about ?
getting 'smaller' ^^




Questions from Me
four words that describe me
animal(s) you hate
anime you love to watch
name of friends that you love to be friend with
color you hate
one novel that you really love
single? any bf/gf?
beach or sky?
dream car
Which Power Rangers that you choose?
types of character that you hate




Tag Them : Thira,Myen,Ariani,Woofer,Ajie,Chikuma Hayumi,Fatma. ^_^

#join lah kalau ada kelapangan yah ? x paksa  ^__^ sya gembira jika anda menjoinnya. hehe


kbai.







Monday, November 28, 2011

saya masih mahu bercuti boleh ?

Bila orang seronok-seronok bercuti, kami yang study dekat UiTM nih kena masuk kelas.
Terutamanya bagi yang ambik diploma, yang ijazah lama dah masuk.

Mood study belum ada dalam diri aku. Ya Allah. Patutnya aku kenalah sedar. aku kena study betul-betul untuk semester last aku nih. Bila aku di kelas, teringat pula dekat family yang sedang cuti-cuti Malaysia dekat rumah. Tengok-tengok drama, bakar-bakar ayam. cehh. Terus mood study hilang woooo. hemphhhhh. malas aku.

terus aku rasa sedih pulak dengan diri aku nih.

#ohh semangat study! datangggglahhh! (mcm sailormoon)

kbai

Sunday, November 27, 2011

tidur pun bukak lampu

assalamualaikum 

salam maal hijrah semua

malam nih aku tidur lambat lepas adik aku inform dekat aku, "Besar, nahhhhhhh Paranormal Activity 2" . aku apalagi ? dengan semangatnya cakap dekat adik aku, "Okeh nanti kita tengok!!"

#ihsan google

http://www.emocutez.comAku pun x fahamlah dengan diri aku nih, cerita paranormal gini aku gila babi suka layan. Asal ada cerita seram dekat TV mula lah aku tengok. Aku suka tengok tapi sebenarnya aku nih penakut. Cerita seram dekat sekolah lama aku pun habis semua aku sapu dari senior-senior. Lepas tuh aku pas dekat budak-budak baru. ha ha ha. padahal.......... bila masuk waktu malam mula lah terbayang-bayang ada sesuatu dekat penjuru bilik.. =..=", terus gi buka lampu.



Bila masuk waktu tidur, terutamanya dekat rumah ni haaaaaa. Bila aku sorang tidur dalam bilik, mesti buka lampu punya. Bukan aku x try tutup lampu, aku da cuba tapi, terbayang-bayang pulak aku. *malar terbayang-bayang* hehehe. Terus macam-macam terimbas dikepala. Cerita-cerita sekolah lama pun terimbau-imbau juga. porahhhh! tapi kalau da ngantuk sangat, mati or hidup ka lampu, confirm tidur mati punya ^_^

Waktu kecik dulu, kalau takut, aku pinjam genggam tangan orang sebelah aku. Takut punya kerja kan. Ha ha ha, entah lah dengan cara tuh aku rasa dapat menyalurkan keberanian ke dalam diri. #cehhh ayat . Lepas nih entah tangan siapa jadi mangsa :p



tuh lah tapi, bila ada cerita seram kah, suka pulak aku. =..="

# apa pun, aku benci dengan perasaan dan perangai aku nih. aku harap ia boleh pergi jauhh dari diri aku.

# maaf mama, aku tahu aku selalu menyumbang peningkatan bil elektrik. ='(
kbai.

Friday, November 25, 2011

bertambah satu pengalaman dalam hidup aku



assalamualaikum 
pagi ni, aku bangun dengan semangat yang setengah-setengah orang bilang.
mahu bangun - x mahu bangun - mahu bangun - x mahu bangun. ahhhh masih awal !! kepala pun masih ngantuk lagi. Teringat pulak kelas jam 10.00 am nanti. Kalau tidak bersiap, pasti aku lambat nanti. Kelas ETR lagi tuh. tambahan pulak, madam yang mengajar memang pantang murid lambat.


bangun, siapkan diri, baju kurung , tudung, semua aku pakai elok². 8.25 pagi, aku gerak dari rumah. pandu  laju², takut nanti x sempat sampai. Waktu aku seronok² memandu, baru aku menyedari 1 perkara, kalau pergi kk aku rasa sekejap. Bila dari kk balik ke kb, punya lambat aku rasa! entahh, aku ja rasa kali?


Alhamdulillah, aku sampai setengah minit awal. sampai Indah Permai, beli makanan kegemaran, Bun Tuna. Gila sedap. Telepon berbunyi. Classmate Rais telefon ada kelas ka xda. Aku kata x pasti. Lepas tuh dia call balik, bagitahu dekat aku yang kelas cancel. =..='


dan lepas tuh aku rasa macam.......



http://www.emocutez.com
# ohhhhhhh tidaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


kalau aku tahu awal kan bagus? boleh aku sambung tidur aku mcam kawan-kawan aku yang lain, boleh aku x payah speed² datang Sepanggar or dengan kata lain, boleh la aku x payah bergerak langsung dari rumah. Kawan sekelas ada inform dekat fb tapi time tuh aku da tidur dengan nyenyaknya. . Jadi x tahu apa². Hiiiii . it's okey bebehh *redo* C: , patutlah aku sms kawan² aku tanya ada kelas ka xda, dorang x membalas. rupanya tidur. mati² aku ingat diorang konon takut balas sms depan madam. perghhh..hihihihihi ^__^

lepas isi minyak bagai, aku membawa diri ke Tanjung Lipat. Menikmati keindahan laut  
(cehh ayat ),makan Bun Tuna yang aku beli earlier* sorang-sorang sambil melihat mat saleh dan anak-anaknya picnic... tskkk.. tskkk.. sambil berfikir² sedih pulak x tahu kelas nih. ohhh begitu pulak rasanya.
#angguk-angguk kepala  

hehehe.
apa pun bertambah satu pengalaman dalam hidup aku. kekeke *ketawa dalam sedih* jadi aku tidak berapa kisah juga. aku akan anggap ianya sebagai 1 pengalaman, sebab sebelum nih aku x pernah merasa pengalaman sebegini. sesuai ka ianya di panggil pengalaman ? 

# seb baik rais inform, kalau x sorang² aku di kelas 'stay² matang' seorang diri. hahaha
# selamat malam   C:  http://www.emocutez.com  malar aku kuarkan entry malam². Jom tengok The Walking Dead S2, jam 11pm ni ? ^..^








Jodoh Di Tangan Tuhan





Jodoh Di Tangan Tuhan :: Raffi Ahmad & Laudya Chintya Bella Johan 









aku punya dunia
duniaku begini
ku punya mata
ku punya telinga

jangan anggap ku batu
yang tanpa perasaan
melihatmu dengannya
aku panas

ku punya dunia
duniaku begini
ku punya hati

punya perasaan
coba raba batinku
coba tatap mataku
melihatmu dengannya
ku cemburu

reff:

cinta mengapa harus rumit
biar begini wanita ku nanti satu
siapa dia biar hatiku yang tahu
ku pasti setia tapi nanti

cinta bisakah jadi mudah
kau bersamanya masa aku harus diam
biar aja kita jalan masing-masing
jodoh di tangan tuhan
biar saja

ku punya dunia
duniaku begini
ku punya hati
punya perasaan
coba raba batinku
coba tatap mataku
melihatmu dengannya
ku cemburu
repeat reff


Source: SINI



cemburu itu perkara biasalah dalam bercinta. cemburu tanda sayang. tapi kalau cemburu celik buta, susah juga. 
 #fakta : bukan orang yang pernah bercinta ja pandai cemburu, yg x pernah pun pandai juga. ( itu maksud nya orang yag bertepuk sebelah tangan lah tuh ) ^_^


ehh kena tidur, esok kelas jam 10. ohh malas. tapi kena jugak semangat ! :D

# ohh aku suka lagu nih. best :) best dengar lebih2 lagi sambil2 memandu sorang2. 






awww serammmm







huaaaa, letihnya aku. =..= kelmarin aku balik rumah gelap-gelap lagi. Kelas habis hampir-hampir jam 6 pulak tuh. terus aku pecut x ingat diri balik ke rumah. he he he . Nasib banyak jugak kawan-kawan kereta yang lain dekat jalan raya. sejak bila lah aku berkawan dengan kereta kan ? maksud aku, banyak kereta juga bersama-sama aku balik malam. Jadi x la sunyi aku seorang diri dekat jalan raya. apa yang membuatkan aku penat, aku pun x tahulah.  memandu kali kan ? 


balik rumah, mandi - solat. kepala pening- tidur dan sekarang buka mata balik. hi hi. mata sakit sebab silau mungkin ? hebat penangan lampu kereta nih. Sampai waktu petang kelmarin, cermin pandang belakang aku ubah ke arah lain. biarlah x nampak apa di belakang, asal x sakit mata. ^_^ **bahaya nih**








Paling kreatif punya fikiran bila aku seorang2 dekat jalan raya tuh, adalah yang mintak tumpang, pandang cermin belakang ada pulak orang duduk.awwww ! takutttt! sepa suruh fikiran jauh betul ? tapi sebab semangat tinggi macam gunung Kinabalu mahu sampai ke rumah, kena bersabar dan jangan berfikir. 


kebelakangan nih aku suka baca BORNEO GHOST STORIES.
sebab tuh kali aku berfikir macam-macam ?? euuun seraammmmmmm >..<"







Wednesday, November 23, 2011

jam 4 lagi ?





assalamualaikum 


selamat malam semua. aku pasti malam nih mesti semua rakyat Malaysia yang ada TV dekat rumah or mana-mana tempatlah kan, tengah tengok perlawanan Malaysia vs Syria kan kan?  
aku harap dalam perlawanan peringkat kelayakan nih Malaysia menang. AMINNN  ! jom amin reramai.


sebenarnya apa masalah aku dengan jam 4 nih ? ada masalah besar ka sampai aku bergaduh ka dengan nombor '4' tuh ? sebenarnya aku manalah ada bergaduh dengan mana-mana nombor dekat dunia nih. hahaha. agak-agaklah, nanti orang cop aku gila ^_^ bergaduh dengan nombor. "ehhh Kira siot da sebab gaduh-gaduh dengan nombor !!" .cisss, aku tidak mahu itu.


oklah sebenarnya, kuliah aku selalu yang paling last, dari jam 4 - 6 . Kelmarin kuliah aku pula HANYA pada jam 4 - 6. Untuk pengetahuan, aku nih manalah dapat kemudahan asrama.. tskk tskkk. T_T  jadi kenalah aku ulang alik hari-hari dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Duk Sabah nih, awal sangat malam, ehh gelap ! Jam 6 start da gelap. Jadi aku memandu pulang, gelap-gelap lah. 


Yang aku malas, kelmarin aku memandu KB-KK alih-alih aku datang pigi kuliah, xda pulak lecturer. Nasib kelmarin ada urusan sikit =..=  Minyak da la meningkat , aku rasa macam membazir minyak ja kalau datang ke kelas, tapi xda pulak lecturer mahu mengajar ?  memandu bukan macam naik kapal jet duduk saja. lagi-lagi aku nih yang bawa kereta manual ? sakit-sakit kaki selalu. T_T




# dia, penumpang tetap saya kalau balik dari kelas ^__^
tapi cuma sampai selekoh keluar UiTM ja. hihihi :p
namanya EZA NORAHZIAN .
kawan aku bah. bahahah 






Kelas hari nih pulak aku 'eskep'. ada kah kelas, xda kah aku memang da x mahu datang kelas pada hari nih. Kelas aku 1 kelas ja hari nih. Aku malas mahu membazirkan minyak datang kelas yang cuma 1 tuh. hihihi ♥  rasa x berbaloi-baloi. hahaha.** samsing da aku, pandai eskep kelas :p 


Esok pun kelas cuma jam 4 - 6. hurmmm.. 4 lagiiiiiiiiii?? adooyaiiii .=..=
balik malam lagilah nampaknya aku. 


Minggu depan, insyaAllah aku akan masuk rumah sewa. cehhhh pandai sudah aku menyewa kan? hehehe ^__^ lepas menyewa, xda lagi masalah balik lewat malam. Last sem, bapa aku pernah x setuju ( marah lah tuhh ) aku balik malam, sebab aku baru ja konon bawa kereta. Sekarang dia ok ja. Entah ada OK atau REDO kali ? haha. Bila aku fikir kenapa bapa aku x setuju tuh, baru aku rasa betapa susahnya memandu malam-malam. Mata sakit. Lampu yang dari arah bertentangan pun SILAUU betulllllllllllll.


kamu yang pandai memandu, suka ka memandu malam ? kalau x suka, bah samalah kita. hihihi 

#pandu cermat jiwa selamat, biar lambat dan lidut, asal selamat ^_^


Good luck Malaysia vs Syria !!goooooooooooo!!



Monday, November 21, 2011

ego tinggi melepaslah jawabnya

assalamualaikum.


Nora Elena
#sumber gugel


kebelakangan nih aku asyik layan Nora Elena ja. Best, tapi tuh lah aku belum habis tengok lagi.
Begitulah aku, lambat betul habis kalau bab-bab tengok drama. ada jak kerja yang bikin tergendala.

Eid, satu watak dalam cerita nih yang ego tinggi mahu mampus. Geram tul aku tengok cerita nih. macam mahu terajang-terajang pulak Eid nih. =..=' Tapi apa boleh buat. Dia cuma pelakon, dan dia jauh nun di sana. Da bukan jodoh dia lah tuh kan dengan Nora Elena. kahkah! padan muka.

Nora dah balik-balik mahu eksplain dekat dia yang dia langsung xda affair dengan bos si Eid tuh, dia x mahu dengar pulak. eiii. geerrrammnya aku. sampai nangis-nangis aku tengok part Eid maki-maki Nora , sampai dia tergamak cakap dia x mahu terima kelapa yang da ditebuk tupai, kesian Nora, lagilah dia terasa sebab dia pernah kena rogol...tskkk..tskk...cerita nihh aku tengok aku hayati, macam apa yang aku buat kalau baca novel.

bila Seth Tan ( Aaron Aziz ) pergi pinang Nora yang memang cintakan Nora sejak 10 tahun, barulah ko merasa kan? melepas lah ko kan? baru tahuuuu. aku gerammm laki macam nih !
lain kali ego sangat! x mahu dengar cakap tunang ko dulu. eiiiiiiiiii . grrrrrrrrrrrr

Ego memakan diri. Itulah orang tua-tua dulu sudah kata;

ikut hati mati,
ikut kata binasa


*lepas tension kejap lepas tengok drama Nore Elena. =..=' entah bila aku boleh tengok lagi. kuliah da start esok. kuliah ohh kuliah

selamat malam oh malam !


#nanti aku mahu cerita pasal cemburu celik pulak. :p

Sunday, November 20, 2011

TQ Arsam Ciki-Ciki Bum-Bum ^^


assalamualaikum dan selamat malam.

aku rasa gembira dan berterima kasih
pada malam ini.
kenapa?
ada kawan FB tolong warnakan chibi saya!
gembira x terperi, 
rasa terhutang budi 
pada empunya diri ^___^
Terima kasih kerana mewarnai chibi saya 

# almaklum lah aku nih tahu melukis ja, mewarna tidak. T_T
ada sesiapa mahu mewarna chibi saya ??



klik untuk tumbesaran



#kejap2 saya kejap2 aku. xpalah. maknanya sama juga bukan? :D




Contest Blogger Idol by Achie + Eyda









Assalamualaikum.

Hari nih, hati aku berat sebenarnya. Sebab fikir hari esok. Esok UiTM mula kuliah daa. =..=
Apa pun, walaupun berat, bab join contest aku ringankan. ^___^ Contest nih oleh sorang kawan juga. Contest by Achie dan kawannya Eyda ^__^ jom-jom. cekitauddd ?




"siapa blogger yang menjadi inspirasi anda"
Bagi aku, banyak sangat blogger dalam dunia maya nih. Yang berumur 9 tahun pun da pandai berblog. Aku kecik-kecik dulu mana pandai berblog? Biasalah zaman da berubah. Panjang aku melalut ? uhuu.  Blogger yang menjadi inspirasi aku, bukan lah blogger(s) yang banyak gila follower,bukan juga blogger yang famous yang menempah nama dalam dunia blogger nih. Blogger yang telah menjadi inspirasi aku selama nih is Amanda Sabariah *jujur taw manda hehehe*. Dia seorang blogger, dan jugak seorang kawan pada aku. Orang berdarah semenanjung yang membesar di Sabah. 




"kenapa anda memilih mereka dan ingin menjadi seperti mereka"
Aku pilih Manda, sebab memang dah lama aku baca blog Manda ^__^ dari aku start berblogging lagi. Kalau dulu dia update entry, aku pun rasa macam mahu update entry juga. Sebab aku kenal dia, jadi kalau aku baca blog dia, antonasi tuh aku boleh baca n dengar dalam otak aku. Macam kami selalu cakap dalam kelass. ehh apa aku cakap nih ? Aku suka baca blog dia. Penulisan dia pun aku suka baca. Sempoiii. X macam aku nih. huru hara aku rasa. ^__^'  Dia pun ada adik yang comel juga tahu ?   



"Ceritakan juga apa matlamat anda dalam berblogging dalam masa terdekat dan juga akan datang"
Matlamat? emm sebenarnya aku xda matlamat yang panjang dan pendek dalam berblogging nih. Cukuplah just rajin update entry dan rajin blog-walking blog kawan. Pasal follower pulak,  ohh aku x kisah banyak mana follower aku. Mungkin ramai blogger yang menjadikan matlamat panjang untuk punya follower banyak. Tapi aku tidak tahu pulak macam mana maw meletakkan matlamat akan datang macam tuh dalam blog aku. Rasa macam x layak ja. ^___^" . *sebab tuh follower x pandai meningkat² kan? kan?? hehe*



"boleh juga letakkan gambar blogger tersebut"




#ini amanda.
but manda is no longer using
Mini Manda T_T



Okeh dengan rasminya, habislah entry ringkas aku. ehhh. perasan ringkas. hikk
aku mahu tag Nia Ryani dan Myen.
Jum join cepat-cepat kawan-kawan ! >__<
tarikh tutup 1.12.2011. jom la kita mencuba nasib, biarpun peluang menang kta tipis. haha :p


Main game pakai coin,

orang jemput kita join.


ahh sekian saja pantun dua berat kerat aku.
terima kasih kerana sudi membaca pantun cincai dan blog aku.
dan terima kasih jugak kepada empunya diri yang menjemput join contest nih.




# sebenarnya banyak jgak blogger idol aku nih.blog Tika..blogger achie pun idol aku juga. Kalo tambah mereka berdua nih dalam entry, panjang sampai KL pulak entry aku nih.  suka baca blog dia dari dulu dia mula blogging. hiksss (ini bukan mengipas ya. ikhlass ) C:




kbai.





Maroon 5 - Moves Like Jagger ft. Christina Aguilera

 sumber lirik 












Oh, yeah
Oh!

[Verse 1:]
Just shoot for the stars
If it feels right
And aim for my heart
If you feel like
And take me away and make it OK
I swear I'll behave

You wanted control
So we waited
I put on a show
Now I make it
You say I'm a kid
My ego is big
I don't give a shit
And it goes like this

[Chorus:]
Take me by the tongue
And I'll know you
Kiss me 'til you're drunk
And I'll show you

All the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

I don't need to try to control you
Look into my eyes and I'll own you

With them moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

[Verse 2:]
Maybe it's hard
When you feel like you're broken and scarred
Nothing feels right
But when you're with me
I'll make you believe
That I've got the key

Oh
So get in the car
We can ride it
Wherever you want
Get inside it
And you want to steer
But I'm shifting gears
I'll take it from here (Oh! Yeah yeah!)
And it goes like this (Uh)

[Chorus:]
Take me by the tongue
And I'll know you (Uh)
Kiss me 'til you're drunk
And I'll show you

All the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

I don't need to try to control you (Oh, yeah)
Look into my eyes and I'll own you

With them moves like Jagger
I've got the moves like Jagger (Yeah yeah)
I've got the moves like Jagger

[Bridge:]
You wanna know how to make me smile
Take control, own me just for the night
And if I share my secret
You're gonna have to keep it
Nobody else can see this

So watch and learn
I won't show you twice
Head to toe, oooh baby rub me right
But if I share my secret
You're gonna have to keep it
Nobody else can see this (Ay! Ay! Ay! Aaay!)

And it goes like this

[Chorus:]
Take me by the tongue (Take me by the tongue)
And I'll know you
Kiss me 'til you're drunk
And I'll show you (Yeah yeah yeah!)

All the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
(Oh, yeah)
I don't need to try to control you
Look into my eyes and I'll own you

With them moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger


# lagu nih best. aku suka sangat tengok Christina Aguilera. ^__^

Hijau Daun : Aku dan Airmataku



kebelakangan nih aku selalu layan lagu Hijau Daun. Best bukan?
aku rasa lagu dia best sangat. sesuai kot dengan aku? hikkkss.. memain ja. ^__^
banyak sangat lagu Hijau Daun yang best. Antaranya Setiap Detik.
baca dan nyanyi pun kadang-kadang boleh nangis mata nih. tskk tsskkk..








#Bila ada lagu yang kena dengan kisah jiwa, mula lah ada hati yang sensetif. nangis pun lebih-lebih. Pooorahhhh !



Happy Birthday Boy !

Bismillahirrohmanirohim

Assalamualaikumwarahmatullah.

"Hiarrkkkkkkkkk"
adik aku suka bergambar gini. korang?

melayang pulak selipar. haha ^__^
style:gimnastik dari tebing =..='


Saat ini genaplah adik bongsu aku umur 13 tahun.
Umur 13 tahun, tapi macam 9 tahun ja.

Dia adik aku,
Adik aku yang kurang matang,
adik aku yang hanya ingat main game saja,
adik aku yang x pandai makan sayur,
adik aku yang penakut gelap,
adik aku yang selalu kena buli dekat sekolah sebab dia kecik.
adik aku yang banyak cerewet,
adik aku yang aku sayang.


SELAMAT HARI JADI ! ^_^


walau cerewet ka kau, penakut gelap, selalu kena buli dekat sekolah. Kami sayang ko ; huhu :')


Saturday, November 19, 2011

dah la pekak kecik pulak tuh ?

gary oppa latte. anyone?
ber 'oppa'2 pulak aku




assalamualaikum semua. urghhh . aku da habis paper MUET hari nih. 
Alhamdulillah, habis juga with flying colour dalam mimpi.

Tapi aku just x puas hati untuk satu perkara nih. Kalau boleh menangis, menangislah aku membanjiri kelas yang aku duduk tadi. Tapi aku tahan, jiwa mesti kental bebb. ha ha ha :D

Tadi aku ambik MUET kan? Reading, Writing ok aku puas hati. Tapi masuk beb listening ? astagafirullah   =..=' dah lah aku nih mempunyai masalah pendengaran kebelakangan nih, kecik pulak sound radio tuh. =..=' .

Aku? what the. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . =..='

Soalan pertama, aku x mampu jawab. Err tapi adalah jawab-jawab ayam sikit. Pasal Shanti Stupa. Kelas sebelah pun pasang radio. Besar beb bunyinya. Dekat kelas aku ciput ja bunyi nya. Aku hanya mampu bersabar ja lah. =..=

Last-last, datang seorang cikgu gi besarkan sound radio tuh.

Aku? what the. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . =..='

Kalau awal-awal buat kan bagus? Waktu tuh, suda masuk question part 3 suda. xpalah. da nasib terima ketentuan ilahi. T_T

anyway, I hope that I'll get good result in Muet. ♥  InsyaAllah. ^__^


* teringat kawan aku Ildah, hari tuh dia sms, suhh jangan ckp OMG lagi. Sekarang aku tengah praktiskan diri aku. Yeah! ada jugak perubahan! hihi

Friday, November 18, 2011

Good Luck









Bismillahirrohmanirrohim  


Tomorrow I'll sit for the MUET exam. Reading,Listening and Writing. It seems like I have to wake up early to go to SMK Pekan 2. Belum bersedia lagi. Banyak yang maw di cover lagi. Apa pun, wish me luck kawan-kawan  C:  , and good luck for all Malaysian student who will sit for MUET exam tomorrow.  ^__^ . Adik aku Kecik pun ambik MUET jg esok, my friends Safiah, Manda,Nurul and some of DIB students.  Good Luck! ^__^  




#tiba-tiba aku rasa macam mahu pulak sebiji patung macam ni.
x pernah ada satu. Entah bila ada?
 Aku guna kakak aku punya ja selalu, Garfield. hiksss






# makan hati. sedap tak? 

Thursday, November 17, 2011

saya kembali

haipp! aku telah kembali !
itu pun kembali gitu-gitu ja pun.
Saja post entry nih, sebab malas da
mata aku tengok entry aku yang da bersawang tuh. hikss
mood post entry pun sebenarnya tiada
tapi kena gagahkan diri jugak. :D

blog aku nih da ada rupa baru !
apa pandangan anda ?
dulu putihh bersihhh, sekarang da ada warna 
terima kasih banyak2 kepada Teacher Amanda  kerana tolong aku
sedikit sebanyak hias-hias blog cikai aku nihh. XD
walaupun manda kata blog aku dulu buruk, aku redho.
hahaha ^___^   
Manda kata, "blog kenalah lawa-lawa, baru ada semangat maw tulis"
betul jugak cakap manda tuh, nanti aku rajin-rajinkan diri. hihihi
jasamu dikenang, nanti suatu hari,
kita makan-makan bakso. InsyaAllah.



Emmm apa lagi aku nak cakap ya?
emmm. ohh pokok dekat header aku tuh, aku yang lukis 
hihihi ^^, sebab kebelakangan nih aku suka tengok
lukisan pastel pokok. Aku rasa nice dan menenangkan gitu. *aku ja yang rasa* hikss

Jadi tadi pagi aku lukis,
sebenarnya aku x tahulah pastel nih apa
jadi aku lukis-lukis guna crayon adik aku. ^___^
kah pastel tuh crayon? konpius aku
lepas aku lukis
aku tempeklah dekat header aku.
simple-simple , asi la kann.. hehh ^_^




assalamualaikum dan selamat malam 


#ada org jemput join contest, nanti aku ikut. InsyaAllah..

Tuesday, November 8, 2011

blur lah pulak

aku bercadang tadi mahu mencantik-cantikkan blog aku tadi. Tapi lepas aku fikir-fikir "nak cantikkan apa ya? " . siap private blog lagi konon, mahu bagi suprise yang pasti nanti langsung tak mengejutkan pun.
Dalam hati dah membuak-buak dah nih!  pandai jugak aku rasa bosan, pandai jugak aku rasa suka tengok blog cikai aku ni . Tapi lepas tuh.. BLUR LAH PULAK. =..=



tak jadi aku mencantik-cantikkan blog aku. Lain kali sajalah.
selamat malam oh malam!

kejam

baruku sedar. kejam aku pada dia. maaf, bukan pintaku. aku terpaksa. tidak ingin 'itu' berlarutan.

Friday, November 4, 2011

Everybody is busy tonight

Semua budak UiTM busy hari nih. Busy tengok result masing-masing dan yang paling pentingBusy tanya result orang lain. Semua lah. Semua kampus. Aku tidak tahulah berapa ramai student UiTM berjaga malam untuk menunggu result masing-masing yang mungkin menggembirakan hati, dan mungkin juga boleh buat terkejut beruk. ! Tapi aku harap tidak adalah yang mati, nampak result sendiri. Setakat nih tiada lagi yang mati bila nampak result sendiri. He he he ;p

Result aku berapa yah? hemmm. Aku bersyukur dengan result aku. Rasa puas hati jugak. Maybe itu jak IQ aku. ha ha. kbai. malas pulak mahu mengulas pasal result aku.

kepada kawan-kawan yang dapat DL, tahniahh :D ^_^ terutama Myen, tiap-tiap sem dapat dekan ! he he he :p :p  dan semua kawan2 DIB yg lain ! ^_^

kbai. malam dah nih. besok kena siang ikan. *perlukah aku bagitahu aku siang ikan?

Wednesday, November 2, 2011

rancangan tidak menjadi

bila idea datang mencurah-curah, malas pulak maw update entry. Bila tak da idea, mencurah-curah pulak semangat mahu update. apalah.. =..=

aku merancang nak pigi Celcom Center esok dekat dengan Api-Api center sebelah Centre Point tuh, urus SIMCARD aku yang dah orang tabak ( curi )  waktu aku tengah lalai-lalai membeli. adakah patut ? tapi sepa suruh lalaikan ? Padan muka. Simcard upax aku. uhuu, sms family dan kawan-kawan 1 sen sahaja. siapa tidak sayang kan. aku sayang~

Tapi itulah, selalunya apa yang aku rancang selalunya tidak jadi. Bila aku pikir-pikir, siapa lah kawan aku esok. ehh.. perlu ka ada kawan? aku pun bingung sendiri. macam-macam timbul. lain lagi keinginan mahu makan mcd. gulp! ahhhh banyak karenah pulak akuuu =..=

hari Jumaat lak kena ambik kakak waktu petang, dan adik dan bapa aku 12 tengah malam dekat airport . Pastu aku kena suh pandu sebab aku tahu jalan. Mama aku pandai pandu, tapi tidak tahu pulak jalan nak pigi airport. Ohh mamakuuu.. Aku mana campin sangat bawa kereta mama aku Avanza tuh. Sebab tuh aku bercadang-cadang esok aku urus benda tuh, bawak Viva asilah sebab aku da terbiasa bawa Viva. Apapun, entah jadi tidak plan aku nih ??

Dulu, konon waktu raya aidilfitri rancang dengan kawan-kawan nak gi beraya dekat rumah kawan aku, Memeng. Tapi x jadi. Allah bagi ujian dekat aku, puasa hari last, aku sakit. Sakit berlarutan hingga ke hari-hari seterusnya. Plus, dengan kawan-kawan yang banyak asaiment, memang x jadilah nampaknya. so, rancangan tidak menjadi.

Raya nih, rancang lagi. Kalau jadi pi km, Memeng kata masak udang. Tapi itu benda aku alah. Tapi bila orang da masak, kita makan lah kan? he he he. Harap-harap rancangan kami menjadi raya nih. Aminnn =)  =)





teringat benda nih. Memeng yg bagi.
Thanks meng! aku masih simpan hadiah ko nih baik-baik~
^____^

Chibi : 1









just sharing. Chibi nih aku lukis waktu aku ikut KAKS dulu. Bosan, jadi lukis-lukis. kbai. :)
Ingat mahu bagi tajuk, Wordless Wednesday. ahak! ~





Tuesday, November 1, 2011

endak ingat

Tadi cerita dekat mama aku yang handphone aku yang hilang tuh bole kena dail. Tapi tidak ada pulak orang yang nak sambut. Sebal aku sebal! Mama aku terkejut la pulak. Dengan apa kau telefon? mama aku tanya.



Me : Dengan telefon aku la.

Mama : Eh, kau da telefon baru ?

Me : Ada !

Mama : Ndak pulak mama tahu.

Me : Aik? bukan bapa ada cakap kah waktu yang mama call dia tuh?

Mama : Entah, ndak mama tahu. Tiada taw.

Me : Ada bahh, mama jak lupa, ingat lagi aku bapa kata "mitu aku ko Besar, meli handphone ni ai rungai"

Mama : Ohh, ndak mama ingat.

Kesimpulan, mama aku memang ndak ingat. ha ha ha :P lucu sama mama.

aku doktor haiwan

Hai, selamat petang. Assalamualaikum. sihat? kalau sihat bagus lah.


Kucing aku tidak sihat
Kucing aku si Bear bernanah pipi dia
Kelmarin kami da ubat simpan ubat yang warna kuning tuh.
Kelmarin juga aku picit pipi dia, biar keluar nanah

ohh BEAR! namamu tidak sesuai dengan jenismu
bukan ? kau kucing, namamu beruang.


Aku bukanlah seorang doktor
Apatah lagi doktor kucing
Demi kucing  aku
aku gagahkan diri jadi kucing !
ehh salah, doktor kucing tidak berbayar ! uhuk
aku letak ubat
ubat apa tah?
ahhh aku pun tidak tahu nama dia.
Panggil sahaja ubat kuning.
disebabkan warna nya yang kuning

Tadi
ternampak pipi Bear kembung lagi
Mulut dia ternganga pulak
Sedih pulak aku rasa
Aku tidak tahu apa lagi aku perlu buat
Rasa mahu menangis pulak

Sekarang
Bear aku cari
dia sudah tiada
menghilang entah ke mana
aku ingat mahu jadi doktor haiwan lagi hari ini
tapi Bear sudah lari
harap dia datang lagi T..T

1 : Quotes













Quote ini, untuk semua kawan-kawan saya. Ingatlah, saya selalu mengingati kamu walaupun jarang dah bertegur sapa. Lagi-lai handphone cikai saya sudah hilang. Susah pulak mahu berhubung kan?  Maaf andai ada salah dan silap. Saya tahu saya banyak silap dan seorang yang selalu melakukan kesilapan, yang mungkin tidak boleh dimaafkan. mungkin ? sampaii.. sampaii..errr.. x adalah.  mungkin saya tidak sedar. hanya kamu yang menyedarinya. beritahulah kalau aku ada apa-apa salah.   Photobucket   apa pun saya doakan selalu mendoakan kesejahtraan kamu dan sayang kamu ketat-ketat , saya sayang kamu dalam hati, luar hati susah mahu cakap. hiii.. *apa aku cakap nih*.  =)  

I have a bunch of quotes inside my lappy which I took from web and hias cantik-cantik, biar pun sebenarnya tidak cantik . At least I tried. hmnnn, dah la telepon aku hilang. aku ada try call, x pulak kena sambut2. aiyooohhhhhhhh. selamat malam. :)