Klik ok? TQ so much !

Thursday, September 27, 2012

4 Rahsia cara Jauh Daripada Dosa


Assalamualaikum.



#kelik untuk tumbesaran menyeluruh. 


# Sumber Asal : Solusi
# Untuk menjauhkan diri dari dosa, kita kena tegas dengan diri kita. ^^
# Berterus terang, tindakan yang baik atau tidak. Pandangan anda? 





Monday, September 24, 2012

Breakfast yang jarang²



♫♪♫♪ Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang..♫♪♫♪


Assalamualaikum.


Awal pagi lagi mood menghupdet entry muncul. Habis cuci kain, jemur. Matahari masih malu² keluar, aku sudah pi jemur.  Wahh fikiran sudah tenang. Sambil² itu, aku sarapan pagi + dengar² lagu instrumental favorite aku - Spiritual Garden. Nice combination, isn't it? 


Semenjak dua menjak ni, aku suka sarapan. Mungkin sebab biskut yang aku beli sedap, so mood sarapan aku membuak². HAHA. Lagi pun MyMy kata dalam entry dia, sarapan itu penting. Waktu sarapan boleh² aku teringat² entry dia pulak. Harap aku ni, sebenarnya bukan jenis yang bersarapan. Kalau sarapan sakit perut. Tapi di negeri orang nih, terajin pula aku. Heran?

*sumber Google*
# nih bah roti yang aku cakap! Sedapkan?
bagi yang pernah makan, sila angguk² geleng² depan lappy.
Celup
² dalam minuman, nahh sedap gila! 



Minum pula, aku minum segelas teh kosong, kosong yang sekosong² nya, tanpa gula. Nih semua sebab aku ikut Mas lah ni. Dia suka minum teh tanpa gula.  Good for health bilangnya. Benda yang 'good² for health' nih, kita mesti amalkan selalu!! Yosh ! *semangat
Dan semestinya aku minum Teh Sabah. Membuatkan aku terkenang² Sabah ohh time minum teh nih!  Aku orang Sabah, jadi aku support barangan Sabah bah. Sedap lagi tuh. Aummmmm ^^

credit to this site
#Sokonglah barangan buatan Malaysia dan Sabah ^^

Yang penting jangan lupa sarapan lah yah? Yang tinggal di rumah tuh untung, dapat lagi makan roti, nasi goreng, mee goreng, kalau sudah student life ni, makan roti jak la mampu. Yang penting jangan membazir. Membazir itu syaitan suka. Yang syaitan suka, kita jangan kasi dia rasa suka ( ayat apalah ni? )  ^^ Selamat Pagi. C: 


# aku dengar Sabah hujan? wow siuk tuh tidur² time sejuk. Sini jarang pulak hujan. 
# Nanti ada masa, aku mahu rajin² blogwalking lah konon.











Tuesday, September 18, 2012

Pengalaman Di Negeri Orang | Bab 2


Bismillah, assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Baru aku terasa, tajuk entry aku bukan main lagi. Ambek kau. Bila baca entry lalu, rupanya aku tengah main teka-teki dengan kawan-kawan pembaca, terutamanya Anne, Mastura, Noraim dan Zila. Diorang tertanya-tanya pula.  Hehe maaf! lupa aku mau mention aku dekat mana sekarang ni. Lucu pun aku nih.

Sekarang aku tengah study dekat negeri orang. Ahhh biasalah tuh, kau belajar jauh-jauh merentasi lautan. kan kan? Adik aku boleh. Aku lagi boleh. ;p Aku sekarang dekat UiTM Segamat. C:

Suasana sini, bagi aku sama sahaja. Ada langit ada bukit. Sama sahaja dengan keadaan di Sabah. Ada gunung juga, cumanya bukan gunung Kinabalu, Gunung Ledang. Tapi di hati aku tetap Gunung Kinabalu. ;D 

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu..” awwwww

Cuma yang berbeza, mungkin orangnya. Bahasa yang digunakan, completely different! Bahasa semenanjung bah. Aku bukan tidak boleh cakap semenanjung, aku boleh sebenarnya. Berkata guna dialek semenanjung bila aku ada mood. Di kelas, cakap Sabah kena kasi ketawa. Kena olok-olok. Kami pernah olok-olok kah bahasa kamu? aku rasa tidak. MANASSSSSSSSSS. Jangan layan. Lama-lama pandai tuh berhenti.

Pada pandangan aku, warga kampus nih seperti semuanya Muslim. Alhamdulillah lah. Dekat Sabah dulu mixed. Ada yang Muslim dan ada yang non-muslim. Pagan? aku tidak pasti pulak adakah tiada. Baru tuh, orang semenanjung tinggi-tinggi yah? semua yang aku nampak sini tinggi ok. wow!


kihkih


Then, untuk student perempuan, kebanyakannya pakai tudung bawal. Di KK macam bergaya sikit student dia. Hehehe.  Dekat sini kau jalan-jalan tidak pakai kad matrix pun, ada pak guard kesah? TIADA. Jalan lah kau lugai-lugai tidak pakai. Diorang ok jak. Oh yang penting, hari Isnin dan Jumaat wajib pakai baju kurung. Kalau kau outing pun kena pakai juga. Kawan aku pernah kena sekali, hari Jumaat diorang pakai baju biasa keluar, then guard tahan tanya, kamu Muslim ker?” . Of course lah Muslim, kawan aku semua pakai tudung pula tuh. Cumanya diorang pakai baju biasa sahaja keluar pada waktu tuh. Baru masuk, jadi tidak tahu peraturan yang satu nih lagi. Tapi aku rasa tidak rasional soalannya tuh. Mesti mahu pakai baju kurung baru kau Muslim? Tudung di kepala tuh tandanya apa? eii. Mungkin kalau diorang tanya, “Kamu Melayu ker?” boleh pakai lagi. Baju kurung kan asalnya baju orang Melayu. Ok jangan pul;ak kata aku racist, aku cerita kebenaran.

Pergi kelas pulak tidak macam waktu aku Diploma. Dulu, kau kena berebut-rebut naik bas dahulu sebelum pergi kelas. Kalau awal pagi, kau dah mandi then berwangi-wangi, then naik bas… tiada guna. Berpeluh-peluh juga balik. Bagus kau jangan mandi. #EH . Sini, jalan kaki jak pergi kelas.Itu yang best dia di sini.  Kalau kau lambat kau tetap akan sampai kelas lagi, tapi kalau kau tertinggal bas. Jangan harap bas akan tunggu kau. Waktu aku Diploma dulu, aku pernah kena kasi tinggal bas, sebab aku lambat. Di sini, lambat? boleh lagi kau berlari, walau penat sampai juga.

# haaa itu sahaja perkongsian pada hari ini. Waktu untuk online pun suntuk. kalau dulu di rumah, malar online. Sampai lappy pun bosan sama aku. K fine. Assalamualaikum. :)
# Rindu keluarga dan kawan-kawan di seberang sana. :’)



Wednesday, September 12, 2012

Pengalaman di Negeri Orang | Bab 1


Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.

Hari nih, masuk hari ke-4 aku meninggalkan Sabah, dan belajar di negeri orang. Aisehmen.
Eh sebenarnya aku belum start belajar lagi. Aku baru masuk ni. Masuk ke kolej.

Awal hari Sabtu tuh, 1 rumah awal bangun. Jam 3.30am bangun sudah. Mama aku lah yang awal sekali bangun, lepas tuh masakkan kami nasi goreng daging. Aku dekat² jam 4 am baru aku bangun dari tidur aku. Tidur pun 2-3 jam sahaja. Malam tuh aku lambat tidur owh. =..= Lepas tuh jalan dari KB sekitar jam 4.40am. Plan bapa, tepat² jam 4.30 jalan, tapi adik bongsu aku tiba-tiba ‘pedi bungkung’ pala, jadi lambat lah gerak.

OTW pergi airport tuh, bapa aku pandu macam jet owh. Serius! Laju ! Lagaknya seperti pemandu handalan sedunia. Eh bapa aku memang handal memandu pun. Hiuhiuhiu. *sila bangga kalau bapa terbaca ini* LOL.  Kami tiba lebih kurang sekitar 5.30. Nasib sempat pergi drop baggage. Di Airport jumpa Syinud dan bapa mamanya. Fight kitaorang sama. C:  Lepas tuh, temankan mama aku pergi solat Subuh. Usai solat aku lihat lama mama berdoa. Sayu hati aku tengok. C’: Mesti mama doakan perjalanan dan keselamatan aku di sini nanti. sobs sobs. TERIMA KASIH MAMA DAN BAPA.

Iklan 3 saat : KITA SEBAGAI ANAK JANGAN PERNAH BERHENTI MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA KITA. INGAT TUH! SEBAB MEREKA TIDAK PERNAH BERHENTI MENDOAKAN KITA DALAM DOANYA.

Jam 6 lebih gitu, bapa suruh aku masuk ke balai pelepasan. Berat hati aku sebenarnya, yah lah, kan first time pergi negeri orang sorang² tanpa ada mama dan bapa menemani. Sebenarnya aku tanam dalam hati, kalau adik aku hari tuh boleh jak pergi sorang-sorang di sini, kenapa aku tidak kan?  Aisehh. Lepas kena cek² oleh tuh polis, aku pun jalan sambil lambai² keluarga aku. Mereka lambai aku, aku lambai diorang balik. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu. Aku sedih. (╯︵╰,)Tapi aku tak tunjuk. Aku kan sudah besar. Aisehhhh ;D . Sedih aku di tahan² sampai aku bagi tunjuk IC dan boarding pass aku dengan tuh imegresen gagar² ouhhhh orang bilang. haha :D

Alhamdulillah, sekali masuk ada pula seorang kenalan di UiTM, si Cherry. Dia ex-student DIS, dan dia sambung study di UiTM Shah Alam. Dia pun tiada kawan, jadi kami pun berkawan lah sana. hewhewhew. Then naik flight, sempat lagi aku gambar suasana di awan konon. Kononlah, maka aku duduk dekat dengan tingkap ok. Sayap kanan.

# awan-awan yang nampak sangat sedap umpama gula-gula kapas!
Cinta gula-gula kapas? #eh


Turun, ambik baggage, sekali nampak kawan sekelas aku Joycepen, rupanya kami sama flight! aku pun tidak tahu owhh. Sudah la muka dia time aku pusing tuh sedih² ouh. Dia pun seorang juga rupanya. Patutlah dia sedih. Anduuu bahhh. =(

Aku pergi negeri nih ikut kawan aku Saburah. Kakak dia hantar. Aku tumpang. Terima kasih tidak terhingga buat mereka. :’) Sempat lagi makan nasi lemak dekat R&R Seremban. Sedap jo. Sampai asrama letak barang dekat lantai, sebab tiada loker lah beb. Saburah pula, tiada tilam. Kongsi katil. Hantam sajalah. ( Tapi sekarang ada sudah, hurayyy! ) Then kami pergi beli barang keperluan. Di pekan kah bandar ni mau panggil? ahhh apa-apa jak lah.

Itu sahajalah kisah aku di sini. Mungkin nanti akan ku kongsi lagi. Eh bukan ‘akan’, memang. Sebab ada permintaan, jadi mesti ada pengeluaran juga. ;))

Kerana Allah, aku dan semua masih bernafas di bumi ini. :')



Wednesday, September 5, 2012

Freebies : I Love Islam


Bismillah. Nih kerja aku semalam. Tiba-tiba pulak mood aku lukis-lukis keluar. Lukis pakai pensel sahaja aku mampu.  Korang nak? Ambik lah. Free of charge ! :D Boleh jadikan profile picture kat mana-mana lah.  Tapi plain sahaja lukisan ni. Kalau korang ambik nanti, korang warna-warna lah ya? aku tak pandai mewarna lah *kesian* Y_Y 












Doodle Muslimah
Doodle Muslimah I Love Islam
#mampu update gambar-gambar sahaja. Nak taip ayat aku takda mood pulak.

Monday, September 3, 2012

Perasan tak?



Bismillah.

#klik untuk tumbesaran bagi mereka yang rabun. ;p