Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Girls-night-out


Bismillah.

Assalamualaikum semua.

Sekarang telah masuk pun bulan baru, bulan Febuari. 


Hari tuh 20hb Januari aku sempat ke Shah Alam sebelum balik ke kampung halaman. Tempat cousins aku si Ani & her husband dan si Anna the babysitter. Aku bukan pergi sorang-sorang ok. Gila kau? Nanti aku sesat di negeri orang, aku bukan orang sini. Aku dengan my dear sister si Kecik yang jalan pergi sana. Padahal naik KTM jak pun pergi KTM Shah Alam, then my cousin ambil. Hi hi hi.   *yaiiii terhibur nampak?*


Then malam tuh kami ber 3 jalan g I-City (aku, Kecik dan Anna). Cousin aku si Ani tidak ikut. Dia tinggal di rumah. Jadinya ? Jadinya aku yang kena suruh pandu, sebab aku jak antara kami ber 3 tuh ada lesen. Mau tak mau, kenalah pergi. Sebelum jam 9 malam kami da bertolak dari rumah Ani. Aku lupa lah area sana tuh Syeksyen berapa. * pelupa * . Dekat jak I-City tuh dengan rumah dia. Si Ani siap bagi peta lagi. HAHAH.



Peta Ani bagi. Yang bulat bulat 3 biji tuh traffic light. Dekat ja I-City tuu. dang!


Aku pun pandu lah kereta keluar dari perumahan cousin aku dengan penuh rasa confident di jiwa. Sebab ada peta dan si pembaca peta yang duduk sebelah aku ( Anna ). Adik aku si Kecik pula? Dia risau dan tidak confident. Yang tidak confident ke belakaaanggggg please! :p . Eh tapi memang hari tuh adik aku duduk belakang pun. Sempat lagi isi minyak dekat Petronas. Sebab minyak kereta Ani da berkelip-kelip simbol dia aku nampak. 




Jangan tengok muka. Aku pun x tahu muka apa aku tengah buat tuh ? Baca dialog jak.
He he




Then aku pun yang dengan fully confident tuh pun pandu. Sekali pandu punya pandu, korang mau tahu apa jadi dengan kitaorang? SESAT!! Alangkah itu? Sesat sampai terjumpa highway dan juga Tol, padahal dalam peta Ani beri manada sebiji Tol dan highway punnn. Ok jangan salahkan si pemandu. Salahkan di pembaca peta ok ? :p  Adik aku si Kecik di belakang da risau. Bising pula dia di belakang tuh. Har har. 
Then kitaorang call Ani. Dia suruh turn back. Tapi kami tidak turn back pun. Jalan terus dengan penuh keredhooan dan kepasgrahhan hingga terjumpa sebiji Tol. *ikut kepala sendiri* kepala tohir. Nasib tol seringgit. Kalau beringgit-ringgit tadi? *pengsan* 

Sampai mau bayar tol tuh, sempat tanya orang yang tanya tuh. 



"Kak, macamana nak gi I-City ?"


"Jalan terus, kiri, kiri", katanya pada kami. WOW  ∑(O_O;). Sangat RINGKAS dan PADAT bukan? Terus kami buat-buat faham then jalan terus. Ikut kepala tohir lagi untuk kali ke-2. Jangan Pandang Belakang.

Akhirnya, wallahhhh! Jumpa pun kami I-City. Wa ha ha ha. * sila beri tepukan sikit *. Parking. Then jalan-jalan dari satu pokok ke satu pokok lagi. Cousin aku, dari perut x berisi ke perut berisi, adik aku dari pakai spek ke tidak pakai spek. *tiba-tiba* . Jom layan sedikit gambar ? cekiittdauut



















Then kami jalan punya jalan, hingga jumpa tempat karaoke. RM3 untuk 1 buah lagu. Alangkah itu ?? Padahal pilihan lagu sikit banget. Tapi pergi hantam juga nyanyi dengan si Anna 4 lagu. Adik aku duduk melihat jak. Anna nyanyi lagu Tak Seindah Biasa dan Berpisah Jua. Then kami duet Senja Nan Merah dan Biarlah Rahsia. Aku jadi Awie malam tuh, cousin aku Ziana Zain. kah kah kahh. 









Memula kitaorang jak sana nyanyi-nyanyi, then orang datang. Habis kami nyanyi, orang tepuk-tepuk tangan. XD Adik aku la paling kesiokan, sampai aku pun tidak dapat described tahap kesiokan dia sampai langit keberapa lepas kami karok tuh. kah kah.  langit ke 8 mungkin ?  
Lepas tuh, kami decide untuk pulang. Jam 1 lebih da tuhh. Ohh maii. Berjalan tidak ingat jam. Maka, di sana-sana juga kami jalan-jalan. ( ̄□ ̄;). 




And again, KAMI SESAT WAKTU PULANG. Ha ha ha!

Maksud entah kemana kami malam tuh. Dari jalan yang besar, ke jalan kampung yang kecik tuhh? Alangkah itu? Naya kami kala termasuk alam bunian. *tiba-tiba* . Lepas tuh, calm down. Pusing balik, then alhamdulillah akhirnya kami ikut juga jalan yang di peta pemberian Ani tuh. Time pergi tidak pula ikut peta kan ? Time pulang baru lah. Lucu.



#next time pergi lagi. ada 1 tempat dalam I city tuh kami tiada pergi. cissss.

#merantau tempat orang. Best.

Friday, January 18, 2013

Ke Kuantan



Bismillah.


Tatkala orang lena di buai mimpi aku, aku rajinkan diri untuk menghupdet sejemput kisah dekat blog aku yang AMBIGUOUS nih. Tajuk pun ada speculative dan ambiguity di situ yah. Bukan apa, aku da puas tidur dari pagi hingga ke petang tadi. acchoom. *lap ingus* (ayat tidak tersusun) 


Hari nih 18. Januari. 2013. Esok aku gerak ke KL jumpa adik aku, then fly balik kampung. Hipp hip hurrayyy!!! *joget ke kiri dan kanan* 〜( ̄▽ ̄〜)


Macam ndak sabar aku balik rumah, last payyyperr 11 haribulan lagi, tapi aku masih stuck dekat Segamat sebab tiket beli sebelum jadual exam keluar. Kawan-kawan sekelas yang lain da balik rumah tidur bawah ketiak emak diorang. ehhh?  okbai

Hari tuh beberapa kawan sekelas bawa jalan-jalan. Pergi Kuantan. Wuuuu.  Best woo. Aku suka sebab pengalaman aku bertambah.  Saburah, Manda, Farah, Mira, Aisyah, Hani, Ariz, Acap, Aisar dan aku sekali. Yang lain kono' ndak jadi ikut. Cancel. Lina dan Mas pula, pergi Banting. 


Kawan sekelas yang bawa jalan, semua baik-baik. Ohh terima kasih. (●´∀`●)  




Gambar 1- Ini artis yang mengalami TRAGEDI JANUARI. 
Gambar 2- Kami di Teluk Cempedak
Gambar 3- Kami dengan 'mata' yang hebat. FULL BLAST DARK CIRCLE.

Perjalanannya sememangnya best. Kalau boleh sem depan ke Thailand? ehhhh memain. okbai (gila jauh) Sejak aku pergi Segamat ni, paling paling pun aku jenjalan dekat KL dan Negeri Sembilan. Wahaha. Belum cukup aku 'pusing' Peninsular Malaysia ni. Nanti lah kalau di panjangkan umur dan sihat, nanti aku mengembara, seorang diri pun tidak apa. #eh


MEMORY is the diary that we all carry about with us.

#best sangat jalan-jalan tuh. 
#mata keesokan paginya bengkak. Haven't sleep at night. Sewaktu di pantai Berserah, yang lain tidur, kami? None.
#G R E A T M E M O R Y. Thanks my dear friends. o (◡‿◡)





Wednesday, September 12, 2012

Pengalaman di Negeri Orang | Bab 1


Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.

Hari nih, masuk hari ke-4 aku meninggalkan Sabah, dan belajar di negeri orang. Aisehmen.
Eh sebenarnya aku belum start belajar lagi. Aku baru masuk ni. Masuk ke kolej.

Awal hari Sabtu tuh, 1 rumah awal bangun. Jam 3.30am bangun sudah. Mama aku lah yang awal sekali bangun, lepas tuh masakkan kami nasi goreng daging. Aku dekat² jam 4 am baru aku bangun dari tidur aku. Tidur pun 2-3 jam sahaja. Malam tuh aku lambat tidur owh. =..= Lepas tuh jalan dari KB sekitar jam 4.40am. Plan bapa, tepat² jam 4.30 jalan, tapi adik bongsu aku tiba-tiba ‘pedi bungkung’ pala, jadi lambat lah gerak.

OTW pergi airport tuh, bapa aku pandu macam jet owh. Serius! Laju ! Lagaknya seperti pemandu handalan sedunia. Eh bapa aku memang handal memandu pun. Hiuhiuhiu. *sila bangga kalau bapa terbaca ini* LOL.  Kami tiba lebih kurang sekitar 5.30. Nasib sempat pergi drop baggage. Di Airport jumpa Syinud dan bapa mamanya. Fight kitaorang sama. C:  Lepas tuh, temankan mama aku pergi solat Subuh. Usai solat aku lihat lama mama berdoa. Sayu hati aku tengok. C’: Mesti mama doakan perjalanan dan keselamatan aku di sini nanti. sobs sobs. TERIMA KASIH MAMA DAN BAPA.

Iklan 3 saat : KITA SEBAGAI ANAK JANGAN PERNAH BERHENTI MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA KITA. INGAT TUH! SEBAB MEREKA TIDAK PERNAH BERHENTI MENDOAKAN KITA DALAM DOANYA.

Jam 6 lebih gitu, bapa suruh aku masuk ke balai pelepasan. Berat hati aku sebenarnya, yah lah, kan first time pergi negeri orang sorang² tanpa ada mama dan bapa menemani. Sebenarnya aku tanam dalam hati, kalau adik aku hari tuh boleh jak pergi sorang-sorang di sini, kenapa aku tidak kan?  Aisehh. Lepas kena cek² oleh tuh polis, aku pun jalan sambil lambai² keluarga aku. Mereka lambai aku, aku lambai diorang balik. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu. Aku sedih. (╯︵╰,)Tapi aku tak tunjuk. Aku kan sudah besar. Aisehhhh ;D . Sedih aku di tahan² sampai aku bagi tunjuk IC dan boarding pass aku dengan tuh imegresen gagar² ouhhhh orang bilang. haha :D

Alhamdulillah, sekali masuk ada pula seorang kenalan di UiTM, si Cherry. Dia ex-student DIS, dan dia sambung study di UiTM Shah Alam. Dia pun tiada kawan, jadi kami pun berkawan lah sana. hewhewhew. Then naik flight, sempat lagi aku gambar suasana di awan konon. Kononlah, maka aku duduk dekat dengan tingkap ok. Sayap kanan.

# awan-awan yang nampak sangat sedap umpama gula-gula kapas!
Cinta gula-gula kapas? #eh


Turun, ambik baggage, sekali nampak kawan sekelas aku Joycepen, rupanya kami sama flight! aku pun tidak tahu owhh. Sudah la muka dia time aku pusing tuh sedih² ouh. Dia pun seorang juga rupanya. Patutlah dia sedih. Anduuu bahhh. =(

Aku pergi negeri nih ikut kawan aku Saburah. Kakak dia hantar. Aku tumpang. Terima kasih tidak terhingga buat mereka. :’) Sempat lagi makan nasi lemak dekat R&R Seremban. Sedap jo. Sampai asrama letak barang dekat lantai, sebab tiada loker lah beb. Saburah pula, tiada tilam. Kongsi katil. Hantam sajalah. ( Tapi sekarang ada sudah, hurayyy! ) Then kami pergi beli barang keperluan. Di pekan kah bandar ni mau panggil? ahhh apa-apa jak lah.

Itu sahajalah kisah aku di sini. Mungkin nanti akan ku kongsi lagi. Eh bukan ‘akan’, memang. Sebab ada permintaan, jadi mesti ada pengeluaran juga. ;))

Kerana Allah, aku dan semua masih bernafas di bumi ini. :')



Friday, July 13, 2012

Kashaf Imani



bismillah dan assalamualaikum semua :D


Salam hari Jumaat kepada muslimin dan muslimat :) Aku baru habis tengok Kashaf Imani tadi. Lakonan Beto Kusyairi dan Sharifah Amani tuh. Aku tengok sambil aku melipat kain-kain yang belum berlipat dalam rumah ni. Melipat sambil menonton lah, 2 in 1. 


#sumber Google C:




Bagi aku cerita nih memang best. Antara karya Melayu yang sangat-sangat memberi pengajaran! Actually dulu aku pernah tengok cerita nih. Tapi aku lupa, hari nih aku tengok lagi. Lepas tengok baru aku ingat aku pernah tengok biarpun ingat² lupa. Benda yang membuatkan aku ingat cerita nih adalah soundtrack dia, diambik dari lagu anime kegemaran aku dulu, salah satu OST Mobile Suit Gundam Seed Destiny. 


Kashaf ni kiranya seorang yang terpesong, isap dadah, layan bohsia gitu, then Imani pulak, gadis yang minat dia dalam diam. Semua benda yang Kashaf pernah pakai dan kemudian buang, dia ambik simpan dalam tin biskut dia. Sampailah 1 ha Iri tuh 'kedapatan' dia oleh si Kashaf kumpul² barang dia. Kena tanya 'kau minat aku ke?' kat Imani tak mahu mengaku pulak dia. Aku rasa itu comel. #eh .Imani suatu ketika dulu pernah koma, bangun² dia, Allah anugerahkan 6th sense gitu. Dia boleh nampak roh². 


Mak Kashaf iaitu lakonan Normah Damanhuri, aku rasa pun memang menjadi. Dia nangis aku ikut nangis juga. Watak Shamim lakonan Wan Sharmila, lagilah menjadi, dia bawa watak garang atau bolehlah kita panggil anak kurang ajar. Balik² tengking abang dan mak dia, berfoya². Dah tahu miskin buat-buat kaya. Sampai aku rasa menyampah sangat pulak dengan watak dia tuh. Eee! Menyampah maksudnya - lakonan menjadi lah tuh.


dipendekkan cerita, si Kashaf kena cucuk pisau, kehilangan banyak darah. Dia koma. Imani ja yang boleh nampak dia. Sebenarnya malam tuh si Kashaf ada konflik dengan mak dan adik dia. Sampai dia tengking mak dia. Kiranya waktu koma tuh, roh dia berjalan-jalan gitu. Hanya Amani yang boleh nampak dia, dia minta tolong sampaikan pesan dia dekat mak dia yang dia minta maaf dan dia sentiasa fikir yang syurga tuh di bwah telapak kaki mak dia. Dia sayang mak dia. ouhhh. Sebenarnya sebelum dia koma tuh, ada sinar keinsafan dah dalam diri dia.


 OK cerita ini sedih sangat. Cerita dia ada klise sikit. Kalau tengok babak dia, aku ingat Kashaf mati! sewaktu roh dia tiba² hilang. Waktu dia tarik nafas-gaya-nak-mati. Rupanya belum mati! Dia buka mata.. :'D Waktu nih memang aku menangis gila² sampai adik aku heran, baju yang aku lipat jadi sasaran aku lap air mata aku. errkkkkk bersungguh ²  aku nangis. heh


Tuh ja lah, bagi aku cerita nih memang best sangat! Thumbs up sebab berjaya menimbulkan rasa keinsafan dan mengeluarkan air mata aku bersungguh-sungguh. #eh Aku suka cerita nih C:


Semua akan ada hikmahnya -Imani.


# Korang pernah da tengok cerita nih? 
#dekat drama nih aku jumpa lagu Opick- Tiada Duka Yang Abadi. :')
# aku minat Beto Khusyairi dari lepas aku tengok lakonan dia yang Jujur Aku Dayus. pun best 







Sunday, June 24, 2012

Ustazah Setengah Hari



bismillah. *entry panjang gedabak*


kelmarin bertambah pengalaman aku. Aku yang tidak pernah mengajar budak-budak ni akhirnya ada juga pengalaman, biar pun ini 'first time' aku. Siapa ingat tugas mengajar nih senang? lepas pengalaman kelmarin, barulah aku sedar yang tugas mengajar nih bukanlah perkara yang sangat mudah seperti memakan kacang. Kena ada ketabahan sebenarnya. Tabikk spring aku kepada guru-guru semua. (⌒▽⌒ゞ


Nama budak nih ichil. kawan adk aku,kawan aku jugak.




At first, kawan kakak aku si Anne ni telefon. Ajak jadi fasilitator mengajar budak-budak sekolah Sk. Timbang Dayang dalam KBS ( Kem Bestari Solat ). At first aku mana mahu. Aku suruh adik aku, last-last adik aku bawa aku sekali. aku pun joinlah sekaki. Duduk rumah ni boring jugak. Apa salahnya aku timba pengalaman kan? kena pulak mengajar-mengajar. Hehe. Tiada alasan untuk aku tolak sebenarnya. Ajar budak-budak sekolah sahaja. Budak kampung aku, aku kenal, tak jadi hal aku tuk ajar diorang. Sekolah tuh sebelah rumah aku sahaja. Sebelah rumah! Tapi kami naik kereta jugak gi sana. HAHAHA.  mengadanyaaa kan kami,habiskan minyak sahaja kan. =..=


budak-budak kelas 5B




Waktu kena agih kelas, aku dapat kelas 5B. 5B tuhh! kawan kakak aku kata, kelas nih dia ajar, sangat jajal ok. Jajal tuh apa? Jajal tuh degil/nakal. Mula-Mula masuk, aku blur. Lupa pulak suruh diorang baca doa. Then diaorang pun bacalah.  lepas tuh kelas sunyi. Semua budak pandang aku. Last-last aku bersuara. Ambik kehadiran murid-murid lah konon. Hehehe. Apa yang best kelas nakal ni sebenarnya , pelajarnya kan aktif. Jadi kalau kita tanya, kompom diorang jawab. haha ^..^
Murid yang paling aktif, adalah yang duduk depan sekali. Sekali tanya, ramai yang beria-ria angkat tangan. 


sesi pengajaran




Lepas siap ajar mereka tentang Muafiq dan Masbuk. Aku pun buka soalan. "Siapa ada kemusykilan kan, persoalan. tanya jak okay, tidak perlu malu-malu" . Then seorang murid tanya, "Ustazah, siapa nama Ustazah??". OPSS! boleh pulak aku lupa perkenalkan diri kan. Hahaha. Ustazah apalah aku ni. Sebenarnya aku tak target pun diorang akan panggil aku ustazah. Aku target panggil kakak, kah. Tapi ustazah tuh, not bad. Maybe sebab aku ajar diorang perihal agama, jadi diorang bagi aku gelaran macam tuh. hikhik. 


"Nama Siti Syakirah. Rumah sebelah sekolah nih sahaja". Kata aku sambil tunjuk rumah aku dibalik pagar. " OHH rumah ustazah kah tuh?? Selalu kami nampak orang main basikal sana.", kata tuh murid-murid. Basikal tuh sebenarnya adalah alat senaman. "Umur?" ,"Saya umur 21 tahun".  "mudanya" kata seorang murid. Dalam fikiran aku maybe diorang ingat yang aku nih memang seorang tenaga pengajar di mana-mana sekolah kot? 


budak-budak tunggu Amali Solat




Mula-mula memang susah mahu tarik perhatian budak-budak ni untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan. Payah! pulak aku dapat kelas yang aktif bukan main lagi. Aku ajar pun, 70% jak yang ambik perhatian. 30% lagi pi intai-intai budak-budak kelas lain ambik wudhuk. Semangat gila diorang tengok budak-budak lain ambik wuduk. Last-last aku buka macam-macam cerita untuk diorang dengar. Faham betul dengan perangai budak-budak nih.  Untuk pengetahuan, budak-budak sangat suka;

  1. cerita. Ceritalah sesuatu yang menarik dan yang kita pasti diorang belum dengar lagi. Confirm diorang bagi perhatian.
  2. Gadget. Contohnya telefon. Kalau telefon kau ada kamera lagi diorang suka. Budak aktif memang suka bergambar. hahaha 
Haaa tuh sahajalah. Sebab nih berdasarkan pengalaman aku. Alhamdulillah, lepas bercerita tentang Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj, Huraisy (kala jengking neraka)  yang akan keluar di hari kiamat nanti (yang mana Huraisy ini akan mencari orang yang ingkar-solat,zakat,ibubapa,bercakap hal dunia di masjid, dan minum arak) ,  tentang kisah di alam kubur, iaitu benda yang di tanya malaikat pertama kali adalah solat, dan macam-macam lagi. Diorang pun sedikit sebanyak memberi perhatian dengan apa yang aku cuba ajarkan. Alhamdulillah. Bergetar suara aku menceritakan. Entah kenapa. Tinggi harapan aku agar budak-budak nih faham, dan balik rumah nanti, praktikkan solat,dan sedar kepentingan solat itu.  Budak-budak sifat mereka memang ingin tahu. Jadi, rajinkanla bercerita kisah-kisah yang memberi tauladan. :) 



Baru tuh waktu aku tengah khusyuk menulis-menulis di depan ada pulakk budak bisik-bisik dekat belakang aku. 


"rupa ustazah bah sama dengan yang di Hooray-Hooray", kata seorang budak.


Berkali-kali pulak dia sebut tuh. Tapi aku diam jak. Malas mahu mengIYAkan. Sebab aku belum tengok Hooray-Hooray tuh. Dah dua orang yang kata rupa aku sama dengan pelakon Hooray2 (tapi aku x kenal lah pelakon tuh) yang first sekali, kawan baik aku, Rahayu kedua budak-budak yang aku ajar nih. Haha. ada-ada jak la. :) 


"Ustazah, ustazah kerja lah dekat sini bahh", kata budak lelaki yang bertahi lalat di bawah bibir secara tiba-tiba. Hensem! tapi nakal. haha ;p Banyak karenah budak-budak ni aku layan sahaja. HaHa


InsyaAllah! kata aku. Hehehe. Tersengih-sengih kemudian. "Sekejap jak bah di sini nih, tolong-tolong",  harap diorang faham cakap aku tuh. Aku kan penganggur sekaarang nih? duduk rumah sahaja kerja aku. Datang untuk menimba pengalaman dan ikhlas mengajar budak-budak ni. 


"Ustazah, bila kita mahu ambik wuduk?", kata seorang budak perempuan mata sepet kepada aku. 'Ehh endak sabar-sabar pulak budak nih'. "Nanti jak bahhh", kata aku dekat budak-budak kelas aku tuh. Untuk pengetahuan, kelas budak-budak nih dekat dengan paip. Pada firasat aku, diorang excited sangat mahu ambik wudhuk' lepas nampak budak-budak lain ambik wudhuk. Semangatttt gilaaa. Seriously. Aku baru kata "Okk lepas nih kita belajar ambik wudhukkkkk", aku cakap dengan nada excited. Tiba-tiba semua budak lari keluar! Aku pun terkejut! Ingat nak tunjuk demo dulu di kelas, then baru ambik wudhuk betul-betul. Last-last masuk balik lepas kena panggil, aku ajar diorang. then turun ambik wudhuk betul-betul.  Lucu bah kelas yang aku ajar ni. Semangat bukan main. Sekali aku turun pandai pulak ambik wudhuk sendiri. Sukurrrrr2 jak kena air supaya segar diorang kata. =..=. pulak?


tunggu Amali solat. Lagi.




Selepas habis segala pengajaran (aku ajar ikut tentatif program) ada setengah minit lagi sebelum jam 10.00am. diorang kena ambik makanan di bilik guru. Budak-budak tuh minta cerita seram pulak dekat aku. AKu apa lagii ceritalahhhh. Sudah aku ni memang kaki cerita seram,  jadi aku ceritakan lah cerita seram sekolah menengah aku sikit. Khusyuk habisss. Siap sampai bawa kerusi lagi duduk depan aku. Haha. Aku siap tanya budak-budak tuh lagi, "siapa sini yang mahu sekolah di Tun Said?" , banyak pula angkat tangan. "ahhh bagus, nanti kamu masuk sana, belajar agama ok?", sempat aku promote sekolah. hikshiks ^^  *ustazah apa begini,cerita hantu? =..="


Kem Bestari Solat . Amali Solat .Imam -Ichil




Lepas tuh diorang pun kumpul reramai. Buat Amali Solat. Then, balik rumah...




#Harapan aku, walaupun aku cuma Ustazah setengah hari, aku harap apa yang aku sampaikan 'sampai' dekat diorang. :'))) Balik-balik aku pesan, sampai rumah sila praktik.
#pengalaman ni sekali seumur hidup aku. Terasa juga ajar-ajar budak ni, walau aku jadi fasi sahaja. Dulu angan-angan jadi cikgu, tapi tidak kesampaian. Merasa sekali begini pun aku syukur. Bukan senang mengajar nih. Terasa pulak kepayahan jadi pengajar. Terima kasih untuk semua cikgu-cikgu yang di dunia nih. TANPA GURU SIAPALAH KITA. :) kan?
# Apa pun, aku rasakan pengalaman aku ini, antara yang sangat BEST! *kesiukan*
Aku belum layak digelar ustazah dalam dunia realiti T__T









Friday, April 20, 2012

Kota Marudu





Bismillah.






Kota Marudu. Ouhh saya pernah membesar di tempat tuh untuk beberapa tahun. Tinggal di jalan hospital kalau tidak silap. Masuk umur 3 tahun da merengek mahu join kakak saya yang da masuk tadika. Jadi kesimpulannya, awallah saya masuk tadika. 


Sebenarnya tujuan saya menulis mengenai Kota Marudu ni, sebab saya ada dapat invitation untuk datang ke kahwin abang kawan saya, dan senior saya di sekolah menengah dahulu. Tarikh sama pulak tuh, 28 April. Next week.


Saya mahu sangat datang sebenarnya. Tengok kahwin dan mahu juga tinjau-tinjau Kota Marudu, tempat saya membesar dahulu. Plus, saya mahu tengok rumah sewa kami yang da kami tinggalkan dulu. Entah saya ingat ka tidak. Yang ada hanyalah gambar kenangan dengan rumah tuh sahaja. sobss..sobss


Tapi masalahnya saya takut tersesat jalan. Errkk, jalan dekat Kota Marudu tuh bukannya saya familiar betul. Kalau Kota Belud, confirm saya tahu jalan. Pernah pun sekali dua pergi sana, untuk beli udang. Tambahan pulak saya ni orang yang susah maw wat decision . Alih-alih ke kampung orang aku sesat, jalan keluar tidak tahu. erkkk =..=' #risau


#saya dan kakak di rumah sewa dahulu. Dulu kami malar menyewa.
Entah rumah ni masih wujud kah tidak.




Tapi, akan ku cubalah juga untuk hadirkan diri ke majlis kahwin mereka, jika dapat green light dari bapaku, bahhhhh jalannn lah saya ke Kota Marudu, destinasi pertama Kg. Korongkom dan yang satu lagi Kg. Taritipan. Taritipan saya pernah limpas, tapi kg. Korongkom tempat kak Sadah kawin saya belum pernah pergi. Huhuuu. Harap-harap kalau jadi jalan, saya tidak sesat. Aminnnn. :DD. 


#harap sangat dapat pergi :) thanks tuk kawan2 yang menjemput. InsyaAllah akan d usahakan untuk datang ;D

Wednesday, April 4, 2012

I'll miss the moment

bismillah~



 
 

 # selepas ini, saya akan merindui kamu. Jauh bah kita ni, sahabat2 aku ni, semua tinggal jauh-jauh, Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Inanam,KK ,KL,Tawau lah.

Saya sangat sayang kamu semua tahu? kamu selalu tolong aku, waktu aku kena lantik jadi Project Manager Oeration Management, kamu ada di sana, menolong dan mengkasi kawan aku yang bengap-bengap-blur-blur ndak pernah pegang jawatan ni. (macam besar sangat jawatan tuh der).

Waktu ambik baucer buku, kamu tolong ambikkan aku. Sebab aku terlampau ikut peraturan, maw juga berbaris. Mesti kamu fed up dengan aku tuh kan? sebab aku terlampau ‘good-girl’ ndak pandai potong barisan. hahaha XD lambat, jadi kamu tolong kasi ambik aku. Kamu pi potong barisan, kena sindir2 org lagi kamu cerita. hahaha. maaflahhh, sebab aku kamu begitu. Sanggup kamu susah payah untuk aku. T_T

Kamu ajar apa yang aku ndak tahu. Ajar pelajaran, ajar macam-macamlah, paling ndak boleh di lupa kamu ajar aku cara limpas pak guard mcamana. haha :’D Fahamlah aku kan. Aku mana ber-ngam dengan Pak Guard UiTM. Kena tegur sikit menangis mencurah-curah ke ladang gandum! benci perangai aku tuh!

Apapun, aku ingin kamu tahu, yang aku sangat APPRECIATE masa kita bersama =) . Manda –kawan aku dari part 1. duduk meja sama-sama. sama-sama bodoh-bodoh di belakang time part 2. hahaha. Saburah  -kawan dari part 1. lepas tuh kita jmpa lagi time part 5 and 6. Eza –dari part 1 kita berkawan, then jadi room8 selama 2 sem. Myen -my forever room8.Dari part 2 until 4 aku room8 dengan dia. Nurul – kawan dari part 1 sampai sekarang. Lepas nih, kita kan bawa haluan masing-masing. Entah apa kita jadi nanti. Dapat degree apa. Dapat kah degree sama-sama/ tidak.

Apapun, doa ku, semoga kita jadi insan yang berguna dunia akhirat aku harap persahabatan yang kita bina selama 3 tahun ini, tidak akan putus di pertengahan jalan, tidak hanyut di bawa arus ( tiba-tiba )
Bila sahabat kata suka,tak semestinya dia cinta. Kerna anda TEMAN yang layak disukai. Bila sahabat CEMBURU, tidak semestinya dia cinta. Ini kerana anda teman yang HEBAT dalaam menjalinkan PERSAHABATAN. Bila sahabat kata RINDU,tak semestinya dia CINTA,Ini kerna dia RINDU pada teman sebaik KAMU. Maknanya saya berhak kata saya SUKA pada awak,cemburu bila awak KETEPIKAN saya, dan RINDU bila awakLUPAKAN saya.
tidak di lupa juga kepada kawan-kawan yang lain. gonna miss you all. sayang kamu =) 




saranghea chingu!!! :’DDDDD
#akan ku kenang kamu dalam doaku :’)
#baik-baik, jaga diri :’)

Monday, January 9, 2012

#2: memori asrama

assalamualaikum dan selamat malam.

heh, malam nih sejuk lagi. malar aku kesejukan. kah aku mengurus? oooooh perasan! =p
hari ni, keseorangan aku tidak berteman. xpa, aku da biasa juga. Eza pergi balik rumah, harap-harap dia bawa balik makanan. ehehhe -daga

Mesti terfikir-fikir mengapa angka 2 untuk entry aku ni. sebab mungkin aku da ada yang pertama? yang aku ingat yang pertama boleh klik SINI. mungkin ada yang ke 2 sudah, cuma kan aku malas mahu mencari. =..='

heh

Sorang-sorang aku dalam bilik, mengimbau kenangan lama yang xkan kembali dalam hidup aku ini. Tinggal asrama, best ka? bagi aku bestt sangaaattt. Maybe sesetengah orang akan cakap x best. Well, everyone with their own opinion right?  ( aisehmen, cakap english tuh akuuu! =p ) Cuba fikir kenapa mak dan bapa kita hantar kita ke sekolah berasrama? Jawapan nya, yang paling logik ialah untuk berdikari..^^ kan kan? ehehe, sampai bila xmo hidup berdikari?

waktu aku sekolah asrama lah, aku mula belajar, makan terung dekat dewan makan, rajin cuci kain, rajin jemur kain, dan macam-macam jenis 'rajin' lagi . dulu, bukan tidak rajin, cuma kurangg..hehehe #alasan!






PreP. -hahh, nih lagi satu. Aku manalah tahu dulu kewujudan prep nih? sejak aku masuk sekolah asrama lah aku mengenal erti prep. awww. Jam 8-8.30 malam kena turun prep, kalau x turun kena denda oleh ustaz japran dan juga warden. =..=' tapi aku datang prep, kadang-kadang aku tidur. kadang-kadang aku makan maggi. share2 magi dengan kakak n kawan-kawan. =)

Kawan.- hah, 1 kelebihan masuk asrama, kau akan dapat banyak kawan-kawan, i tell youuuu ^^ ( sakap english lagi ).
Gembira gak aku masuk Tun Said nih, banyak kawan aku dapat, dari pelbagai daerah ada, tapi kebanyakannya dari Kota Marudu, Kudat, dan Tuaran. Ok lah kan? banyak, dan baik-baik lagi. semua pun ramah-ramah.  Tipu kalau aku kata x pernah bergaduh. Pernah. pahitnya kalau di ingat. =..='

Kelas.- Dulu, kelas aku 1 Arif. Mula-mula aku duduk 1 Alim kalau x silap, dengan Ildah. Waktu tuh, mana punya kawan lagi. Nasib Ildah da lama aku kenal-sejak dari tuisyen. Lepas tuh kena tukar lagi balik aku masuklah kelas 1 Arif. Sanalah juga aku jumpa dengan kawan-kawan aku, dan antaranya menjadi best-friend-forever di hati dan hidup ini.

Dorm. -Sebut pasal dorm. Aku dulu masuk Tun Said, 1 dorm dengan kakak aku. Suka konon aku, sebab aku masuk dorm tuh, rata-rata orangnya aku kenal. ehhehe. Didi,Zila, Nina, Fiza. Dorang umur kakak aku. alhamdulillah semua aku kenal, hidup asrama aku senang. Lagi-lagi aku dapat kakak-kakak senior yang aku rasa paling best di dunia. -uisehh. Dorm aku dorm 4. Aku suka dorm aku, sebab strategik. Kami semua pun kata strategik. Sebab? dekat dengan bilik seterika, bilik basuh dan tandas dan watercooler. eehhe.

Jemuran.- Aku ni pelik sikit, aku dulu suka menjemur di hujung dunia kakak aku bilang. Bagi aku best, sebab dekat dengan hutan yang aman. owww. aman lah sangat, padahal banyak penunggu. =..='  Di waktu petang kalau aku menjemur, ada masa aku duduk-duduk di belakang tuh. Tengok-tengok pokok, dan rasa-rasa angin. ehhh pelik bah kan aku? biarlah, aku jg pun bukan orang lain. Jemuran hujung best, sebab mungkin da namanya hujung, orang pun takut maw menjemur sana.. =..=' Kalau menjemur dekat depan, aku malas. Lagi-lagi aspura tuh suka makan sambil menghadap jemuran aspuri. ada meja kena sedia, kamu makan juga dekat belakang kan? adehh.


ok tuh je.

nanti sambung lagi. ahahaha.

#kisah bosan, mahu juga ko cerita kan? lalalalalala~