Klik ok? TQ so much !

Sunday, June 24, 2012

Ustazah Setengah Hari



bismillah. *entry panjang gedabak*


kelmarin bertambah pengalaman aku. Aku yang tidak pernah mengajar budak-budak ni akhirnya ada juga pengalaman, biar pun ini 'first time' aku. Siapa ingat tugas mengajar nih senang? lepas pengalaman kelmarin, barulah aku sedar yang tugas mengajar nih bukanlah perkara yang sangat mudah seperti memakan kacang. Kena ada ketabahan sebenarnya. Tabikk spring aku kepada guru-guru semua. (⌒▽⌒ゞ


Nama budak nih ichil. kawan adk aku,kawan aku jugak.




At first, kawan kakak aku si Anne ni telefon. Ajak jadi fasilitator mengajar budak-budak sekolah Sk. Timbang Dayang dalam KBS ( Kem Bestari Solat ). At first aku mana mahu. Aku suruh adik aku, last-last adik aku bawa aku sekali. aku pun joinlah sekaki. Duduk rumah ni boring jugak. Apa salahnya aku timba pengalaman kan? kena pulak mengajar-mengajar. Hehe. Tiada alasan untuk aku tolak sebenarnya. Ajar budak-budak sekolah sahaja. Budak kampung aku, aku kenal, tak jadi hal aku tuk ajar diorang. Sekolah tuh sebelah rumah aku sahaja. Sebelah rumah! Tapi kami naik kereta jugak gi sana. HAHAHA.  mengadanyaaa kan kami,habiskan minyak sahaja kan. =..=


budak-budak kelas 5B




Waktu kena agih kelas, aku dapat kelas 5B. 5B tuhh! kawan kakak aku kata, kelas nih dia ajar, sangat jajal ok. Jajal tuh apa? Jajal tuh degil/nakal. Mula-Mula masuk, aku blur. Lupa pulak suruh diorang baca doa. Then diaorang pun bacalah.  lepas tuh kelas sunyi. Semua budak pandang aku. Last-last aku bersuara. Ambik kehadiran murid-murid lah konon. Hehehe. Apa yang best kelas nakal ni sebenarnya , pelajarnya kan aktif. Jadi kalau kita tanya, kompom diorang jawab. haha ^..^
Murid yang paling aktif, adalah yang duduk depan sekali. Sekali tanya, ramai yang beria-ria angkat tangan. 


sesi pengajaran




Lepas siap ajar mereka tentang Muafiq dan Masbuk. Aku pun buka soalan. "Siapa ada kemusykilan kan, persoalan. tanya jak okay, tidak perlu malu-malu" . Then seorang murid tanya, "Ustazah, siapa nama Ustazah??". OPSS! boleh pulak aku lupa perkenalkan diri kan. Hahaha. Ustazah apalah aku ni. Sebenarnya aku tak target pun diorang akan panggil aku ustazah. Aku target panggil kakak, kah. Tapi ustazah tuh, not bad. Maybe sebab aku ajar diorang perihal agama, jadi diorang bagi aku gelaran macam tuh. hikhik. 


"Nama Siti Syakirah. Rumah sebelah sekolah nih sahaja". Kata aku sambil tunjuk rumah aku dibalik pagar. " OHH rumah ustazah kah tuh?? Selalu kami nampak orang main basikal sana.", kata tuh murid-murid. Basikal tuh sebenarnya adalah alat senaman. "Umur?" ,"Saya umur 21 tahun".  "mudanya" kata seorang murid. Dalam fikiran aku maybe diorang ingat yang aku nih memang seorang tenaga pengajar di mana-mana sekolah kot? 


budak-budak tunggu Amali Solat




Mula-mula memang susah mahu tarik perhatian budak-budak ni untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan. Payah! pulak aku dapat kelas yang aktif bukan main lagi. Aku ajar pun, 70% jak yang ambik perhatian. 30% lagi pi intai-intai budak-budak kelas lain ambik wudhuk. Semangat gila diorang tengok budak-budak lain ambik wuduk. Last-last aku buka macam-macam cerita untuk diorang dengar. Faham betul dengan perangai budak-budak nih.  Untuk pengetahuan, budak-budak sangat suka;

  1. cerita. Ceritalah sesuatu yang menarik dan yang kita pasti diorang belum dengar lagi. Confirm diorang bagi perhatian.
  2. Gadget. Contohnya telefon. Kalau telefon kau ada kamera lagi diorang suka. Budak aktif memang suka bergambar. hahaha 
Haaa tuh sahajalah. Sebab nih berdasarkan pengalaman aku. Alhamdulillah, lepas bercerita tentang Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj, Huraisy (kala jengking neraka)  yang akan keluar di hari kiamat nanti (yang mana Huraisy ini akan mencari orang yang ingkar-solat,zakat,ibubapa,bercakap hal dunia di masjid, dan minum arak) ,  tentang kisah di alam kubur, iaitu benda yang di tanya malaikat pertama kali adalah solat, dan macam-macam lagi. Diorang pun sedikit sebanyak memberi perhatian dengan apa yang aku cuba ajarkan. Alhamdulillah. Bergetar suara aku menceritakan. Entah kenapa. Tinggi harapan aku agar budak-budak nih faham, dan balik rumah nanti, praktikkan solat,dan sedar kepentingan solat itu.  Budak-budak sifat mereka memang ingin tahu. Jadi, rajinkanla bercerita kisah-kisah yang memberi tauladan. :) 



Baru tuh waktu aku tengah khusyuk menulis-menulis di depan ada pulakk budak bisik-bisik dekat belakang aku. 


"rupa ustazah bah sama dengan yang di Hooray-Hooray", kata seorang budak.


Berkali-kali pulak dia sebut tuh. Tapi aku diam jak. Malas mahu mengIYAkan. Sebab aku belum tengok Hooray-Hooray tuh. Dah dua orang yang kata rupa aku sama dengan pelakon Hooray2 (tapi aku x kenal lah pelakon tuh) yang first sekali, kawan baik aku, Rahayu kedua budak-budak yang aku ajar nih. Haha. ada-ada jak la. :) 


"Ustazah, ustazah kerja lah dekat sini bahh", kata budak lelaki yang bertahi lalat di bawah bibir secara tiba-tiba. Hensem! tapi nakal. haha ;p Banyak karenah budak-budak ni aku layan sahaja. HaHa


InsyaAllah! kata aku. Hehehe. Tersengih-sengih kemudian. "Sekejap jak bah di sini nih, tolong-tolong",  harap diorang faham cakap aku tuh. Aku kan penganggur sekaarang nih? duduk rumah sahaja kerja aku. Datang untuk menimba pengalaman dan ikhlas mengajar budak-budak ni. 


"Ustazah, bila kita mahu ambik wuduk?", kata seorang budak perempuan mata sepet kepada aku. 'Ehh endak sabar-sabar pulak budak nih'. "Nanti jak bahhh", kata aku dekat budak-budak kelas aku tuh. Untuk pengetahuan, kelas budak-budak nih dekat dengan paip. Pada firasat aku, diorang excited sangat mahu ambik wudhuk' lepas nampak budak-budak lain ambik wudhuk. Semangatttt gilaaa. Seriously. Aku baru kata "Okk lepas nih kita belajar ambik wudhukkkkk", aku cakap dengan nada excited. Tiba-tiba semua budak lari keluar! Aku pun terkejut! Ingat nak tunjuk demo dulu di kelas, then baru ambik wudhuk betul-betul. Last-last masuk balik lepas kena panggil, aku ajar diorang. then turun ambik wudhuk betul-betul.  Lucu bah kelas yang aku ajar ni. Semangat bukan main. Sekali aku turun pandai pulak ambik wudhuk sendiri. Sukurrrrr2 jak kena air supaya segar diorang kata. =..=. pulak?


tunggu Amali solat. Lagi.




Selepas habis segala pengajaran (aku ajar ikut tentatif program) ada setengah minit lagi sebelum jam 10.00am. diorang kena ambik makanan di bilik guru. Budak-budak tuh minta cerita seram pulak dekat aku. AKu apa lagii ceritalahhhh. Sudah aku ni memang kaki cerita seram,  jadi aku ceritakan lah cerita seram sekolah menengah aku sikit. Khusyuk habisss. Siap sampai bawa kerusi lagi duduk depan aku. Haha. Aku siap tanya budak-budak tuh lagi, "siapa sini yang mahu sekolah di Tun Said?" , banyak pula angkat tangan. "ahhh bagus, nanti kamu masuk sana, belajar agama ok?", sempat aku promote sekolah. hikshiks ^^  *ustazah apa begini,cerita hantu? =..="


Kem Bestari Solat . Amali Solat .Imam -Ichil




Lepas tuh diorang pun kumpul reramai. Buat Amali Solat. Then, balik rumah...




#Harapan aku, walaupun aku cuma Ustazah setengah hari, aku harap apa yang aku sampaikan 'sampai' dekat diorang. :'))) Balik-balik aku pesan, sampai rumah sila praktik.
#pengalaman ni sekali seumur hidup aku. Terasa juga ajar-ajar budak ni, walau aku jadi fasi sahaja. Dulu angan-angan jadi cikgu, tapi tidak kesampaian. Merasa sekali begini pun aku syukur. Bukan senang mengajar nih. Terasa pulak kepayahan jadi pengajar. Terima kasih untuk semua cikgu-cikgu yang di dunia nih. TANPA GURU SIAPALAH KITA. :) kan?
# Apa pun, aku rasakan pengalaman aku ini, antara yang sangat BEST! *kesiukan*
Aku belum layak digelar ustazah dalam dunia realiti T__T









6 orang komen sini:

MyMy said...

wahhhh..
ko ajar budak2 tu apa?
hehe
siap tulis jawi kt whiteboard.. hehe
ada gaya jd ustazah ko nie taw.. hehe
bgus ko part time sana hehehe..

kira..
hbis laaa kalu ko blik2 crita antu kt budak2 tu,tk tido mlm laa dorg hehe..
btw, congrats sb brani jd usztah..
nk mengajar murid2 ni sbnrnya bukan senang kn kira.. :)

Kira Kekuri said...

@MyMy hahah, dian, aku ajar tentang bacaan2 dalam solat bah tuh Dian. Siap tulis dekat whiteboard, haha. Budak2 nih dian, tidak pulak kena sedia bahan2 bacaan, jadi di tulis da dekat whiteboard. Lagi pun, budak2 nih kalau d suruh baca rajin sangat membaca. . part time, ada budak tuh suruh kerja, tapi ketawa2 jak aku. sebab aku nih just datang tolong2. tiba2 pulak budak tuh suruh kerja sana. memandaiii

dorang semua suka dengar cita hantu ohh dian. hahaha. Lepas aku cita, ada pulak yg takut mahu masuk Tun Said, tapi aku kata 'sekarang xda sudah bah tuh, dulu2 jak'. memandai bah aku. hooho..
yahh memang susah. lagi2 kalau ko dapat yg aktif bukanmain. tapi best jugak kalau dpt tangkap perhatian diorang. hehe. Terima kaseh Dian!

MyMy said...

@Kira Kekuri oohh.. aku ingat ko ajar subjek2 agama kaa.. hehe.. bebudak, kalu kita asuh dr awl2 kan.. gitu laa.. hehe.. bgus jua ko part time sana.. dorg minat tu sma Ustazah Kira hehehe..


kalu ko yg bcerita hantu,, suma trauma k.. aku pun trauma juga hahaha..

aku tak leh imagine kalu ak yg jadi cikgu or ustzah hahaha.. habis laa bebudak tu kena ngn aku ehehe. garang sangat hehe

Kira Kekuri said...

@MyMyhahaha, gitulah Dian,cuma aku setengah hari. bagus ajar budak2 awal2 supaya diorang tahu benda nih. Tapi benda2 macam nih bukan tnggungjwab cikgu seorang. Ibubapa pun memainkan peranan yg penting. haha uii, aku rasa pun diorang minat sama aku. *ok perasan ;p

bestt bahh cerita hantu. haha cita hantu aku hari tuh aku rasa x la seseram mana. hihihikk

aku sebenarnya garang. Adik aku selalu aku marah. haha..kalau aku Dian, aku jenis kamceng dengan budak2. Senang bwa diorang dengar cerita. ehe

Kisah. Suka. Duka said...

kerja cikgu memang susah. tapi best kann =))

budakk 5A said...

haha....sk.timbang dayang macammmm...!!! :D bestkan ajar kamiiiii..