Klik ok? TQ so much !

Wednesday, June 27, 2012

Solat anak-anak


bismillah





Assalamualaikum. Sihat? tiba-tiba terfikir mahu tulis pasal nih..erkk..mengikuti Kem Bestari Solat pada Sabtu lalu telah membuka mata aku, dan membuat aku berfikir betapa pentingnya peranan kedua ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak untuk solat ini. hmmm kan?


Bilamana budak-budak tidak tahu solat, jangan salahkan guru yang mengajar. Dah masuk tahun enam pun masih belum tahu ambik wudhuk? 


"ustaz dekat sekolah ada tak ajar ambik wudhuk?" , soal seorang bapa kepada anak. 


"takda ayah", kata si anak, sambil geleng kepala.


 Dalam hal macam nih, ibu dan bapa jangan lah 100% bagi peranan tuh dekat pengajar. Peranan ibu bapa itu lagi penting dalam hal solat nih . Itu pandangan aku. Pengajian awal, datangnya dari tempat tinggal, yakni rumah, homehouse dan yang sewaktu dengannya. hehe kan?  ;)






Ibu bapa lah 'guru' pertama yang anak-anak jumpa. Dari kecik, didiklah mereka dalam solat dan juga Al-Quran. Hantar mengaji.. InsyaAllah, besar nanti bisa jadi anak-anak yang soleh dan berguna. (aminn) Solat bukanlah benda main-main wahai kita yang bakal jenazah ni. Walhal, nanti bila kita dikubur pun, solat lah benda yang pertama di soal malaikat kelak. C:




Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : Perintahlah anak-anak kamu supayan mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan) -hadis riwayat Abu Daud

#solat anak-anak itu mencerminkan solat ibu bapanya. Malulah kita pada Allah. :(
#yang menulis ini bukanlah seorang yang sangat baik, tapi aku menulis untuk peringatan diri dan bersama. 





4 orang komen sini:

Wanzi said...

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

MyMy said...

nice entry..
dah ada ciri2 utk jadi ustazah..
cuma kena teruskan usaha utk part time kt skolah aritu.. hehe..

org cakap, melentur buluh, biar laa dari rebungnya tapi kalu dari rebung pun,. make sure rebungnya tue pun bagus, nda rosak. k.

onie said...

sama-sama la kita beringatkan :D

Iffah Afeefah said...

sian mak apak y da ajar penat2

still ank xikut