Klik ok? TQ so much !

Friday, June 22, 2012

Novel tetap Novel : Rindu Cintaku



bismillah.


haaa setelah entah berapa purnama aku tidak mengupdate blog akhirnya 'berupdate' juga blog aku yang usang ni.  Kawan-kawan pun sudah tegur yang blog aku ni bersarang. Haha (^▽^) . Kalau belog aku nih rumah, confirm nampak sawang labah-labah. #eh.Bab bersarang tuh, aku sokong kamu Dian, sebab blog nih memang lama sangat aku abaikan. hihi


Theme blog nih pun aku da tukar, kepada yang sedar, dulu malar biru kan? sekarang aku sudah berpindah ke warna coklat. Tiba-tiba aku minat coklat/perang.   Nih lah blog aku yang aku berhempas pulas semalam. Ayat macamlah penat sangat, padahal aku cuma tukar header dan background. Background, credit to my dearest friend, Amanda. dah kena tegur oleh dua orang kawan. Jadi aku pun dengan senang hati pergi menukarnya. jadi? WELCOME! \( `.∀´)/


sumber Google

Sejak aku bercuti nih, separuh kerja aku kat rumah ni adalah menghabiskan pembacaan novel yang aku beli. Haa. Parah! banyak lagi yang masih berbalut. Slow-slow macam kura-kura ja aku baca. Dan alhamdulillah, malam semalam jam 10.30pm aku habis baca novel dekat atas nih. Buku kakak aku yang beli.  Rindu Cintaku. Sambungan buku Ombak Rindu yang ke-3.  。◕‿◕。

Kisah Hariz dan Izzah yang akhirnya bersatu juga hingga akhirnya, walau banyak rintangan datang membadai hidup mereka tuh. Hariz lagi yang kena tipu oleh Elin. EEE geram aku sampai menangis. Haha. Ok fine. memang aku kalau baca novel feeling habis.  Cerita di atas memang best. Dan aku sarankan korang bacalah kalau belum baca. Apa yang best dan tidak-sangka-sangka adalah ending cerita nih. 

Hariz sempat talak satu Izzah. Izzah lari ke luar negara. Membawa diri lah tuh. Dia ingat Hariz talakkan dia sebab kisah dia dengan ZulFaris. Sebenarnya bukan, sebab Kelvin (watak yang muncul dari buku pertama) ugut Hariz. Hariz terpaksa. Elin pulak tipu dia. Konon anak dalam kandungan Elin tuh anak dia. Tapi tak jadi kahwin dengan Elin. Sebab Hariz memang tak mahu dan dah tahu tuh anak dia, dan Elin pulak meninggal dunia. 


4 tahun berlalu selepas itu. Izzah balik ke tanah air. Ceewahhhh, review novel konon aku. Aku riview sikit jak ni. Hariz berubah. Well, people changed right? Dari sifatnya yang panas baran, dia dah jadi ok. Perubahan tuh penting, terutama perubahan ke arah yang lebih baik. 
。◕‿◕。Yang aku tabik dengan watak Hariz nih, dia sangat cintakan Izzah. Izzahlah segalanya. Setia.  Hariz pulak dah jadi 'alim'. siap dapat nama 'Tuan Haji' lagi. hihii ^^


Plot dia memang berat. Menyakitkan hati pulak tuh. Kalau anda kaki novel dan berminat, silalah beli.. ngehehe.  Aku malas nak review dah, sebab tuh aku noktahkan ayat aku sampai sini sahaja. ehee kbai! :P 


#Novel tetap novel. Tidak wujud dalam dunia realiti pun. Hanya pembaca yang melakar imaginasi.
#bahh nanti aku rajinkan diri mengupdate. hehe



11 orang komen sini:

MyMy said...

pinjam novel..
ada dari 1st kaa? hahaha
aku start baca tu novel dr form2 or 3 kalu nda silap.. hahaha
bkin nangis tu novel taw..
tp smbgan dia yg ke-2 n 3 blum baca.. huhu

well..
selamat yaa mengupdate blog hahaha
comel header ko..

MyMy said...

aku kekadang suka gak novel yg plot dia berat2..

novel lama yg best mcm tak seindah mimpi.. ada 3 tu kn.. by shahrifah abu sallem.. tu pn best..

then cinta pertama n bicara hati..

Pika Tajima said...

sambungan drpd ombak rindu kan??hehe

CIK TOM said...

eh ada novel ombak rindu 3 ke?ingatkan 2 je..

comel la theme baru yg kira edit ni..sweett kaler coklatnya...

pasni boleh la amik order edit blog!

Kira Kekuri said...

@MyMykalau aku, form 3 kali aku start dian. haha, memang pun kin nangis. nanti ko pinjam lah kat aku, 3-3 aku ada. makaseh ^_^

Kira Kekuri said...

@MyMykalau aku, aku sangat suka plot berat ;p

Kira Kekuri said...

@Pika Tajima iyahh Pika! best novelnya ni ^^

Kira Kekuri said...

@CIK TOM ada cik tom. baru dapat beli, itu pun kakak saya yg beli. hehe
terima kaseh cik tom! :)) tapi tahap order edit blog tuh, tak mampulah. hehe edit blog kawan2 ja yg ak mampu. huhu

MyMy said...

ahhh suda..
aku daa tag ko ni.. hahaha

http://shelittlesunshine.blogspot.com/2012/06/segmen-segmen-kenali-komuniti-blogge.html

nati ada masa, aku pinjam novel2 tu arr. hehehe

Kira Kekuri said...

@MyMyhehe terima kaseh dian. ini segmen first aku ikut tahun nih. ^^

Kira Kekuri said...

@MyMyyahh pinjam jak, by hand lg aku bg klo dpt *amboiii* sekarang yg buku ke 3 ni dekat kawan kakak aku. dia tengah baca skarang