Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Novel tetap Novel : Rindu Cintaku



bismillah.


haaa setelah entah berapa purnama aku tidak mengupdate blog akhirnya 'berupdate' juga blog aku yang usang ni.  Kawan-kawan pun sudah tegur yang blog aku ni bersarang. Haha (^▽^) . Kalau belog aku nih rumah, confirm nampak sawang labah-labah. #eh.Bab bersarang tuh, aku sokong kamu Dian, sebab blog nih memang lama sangat aku abaikan. hihi


Theme blog nih pun aku da tukar, kepada yang sedar, dulu malar biru kan? sekarang aku sudah berpindah ke warna coklat. Tiba-tiba aku minat coklat/perang.   Nih lah blog aku yang aku berhempas pulas semalam. Ayat macamlah penat sangat, padahal aku cuma tukar header dan background. Background, credit to my dearest friend, Amanda. dah kena tegur oleh dua orang kawan. Jadi aku pun dengan senang hati pergi menukarnya. jadi? WELCOME! \( `.∀´)/


sumber Google

Sejak aku bercuti nih, separuh kerja aku kat rumah ni adalah menghabiskan pembacaan novel yang aku beli. Haa. Parah! banyak lagi yang masih berbalut. Slow-slow macam kura-kura ja aku baca. Dan alhamdulillah, malam semalam jam 10.30pm aku habis baca novel dekat atas nih. Buku kakak aku yang beli.  Rindu Cintaku. Sambungan buku Ombak Rindu yang ke-3.  。◕‿◕。

Kisah Hariz dan Izzah yang akhirnya bersatu juga hingga akhirnya, walau banyak rintangan datang membadai hidup mereka tuh. Hariz lagi yang kena tipu oleh Elin. EEE geram aku sampai menangis. Haha. Ok fine. memang aku kalau baca novel feeling habis.  Cerita di atas memang best. Dan aku sarankan korang bacalah kalau belum baca. Apa yang best dan tidak-sangka-sangka adalah ending cerita nih. 

Hariz sempat talak satu Izzah. Izzah lari ke luar negara. Membawa diri lah tuh. Dia ingat Hariz talakkan dia sebab kisah dia dengan ZulFaris. Sebenarnya bukan, sebab Kelvin (watak yang muncul dari buku pertama) ugut Hariz. Hariz terpaksa. Elin pulak tipu dia. Konon anak dalam kandungan Elin tuh anak dia. Tapi tak jadi kahwin dengan Elin. Sebab Hariz memang tak mahu dan dah tahu tuh anak dia, dan Elin pulak meninggal dunia. 


4 tahun berlalu selepas itu. Izzah balik ke tanah air. Ceewahhhh, review novel konon aku. Aku riview sikit jak ni. Hariz berubah. Well, people changed right? Dari sifatnya yang panas baran, dia dah jadi ok. Perubahan tuh penting, terutama perubahan ke arah yang lebih baik. 
。◕‿◕。Yang aku tabik dengan watak Hariz nih, dia sangat cintakan Izzah. Izzahlah segalanya. Setia.  Hariz pulak dah jadi 'alim'. siap dapat nama 'Tuan Haji' lagi. hihii ^^


Plot dia memang berat. Menyakitkan hati pulak tuh. Kalau anda kaki novel dan berminat, silalah beli.. ngehehe.  Aku malas nak review dah, sebab tuh aku noktahkan ayat aku sampai sini sahaja. ehee kbai! :P 


#Novel tetap novel. Tidak wujud dalam dunia realiti pun. Hanya pembaca yang melakar imaginasi.
#bahh nanti aku rajinkan diri mengupdate. hehe



Sunday, June 10, 2012

Takdir itu Milik Aku : Hampa

bismillah.
takdir itu milik aku
minggu lalu, aku ke Kuala Lumpur. Bercuti bersama keluarga. Minggu lalu juga waktu aku di sana, aku cari novel ni. Tapi aku tidak jumpa. Terus aku rasa hampa yang amat sangat. T_T\

Kalau bukan kerana seorang kawan lama, tidak lah aku jumpa dan tahu novel ini. anyway,aku ingin ucapkan terima kaseh :) hihi ^^  Aku pergi sana pun, memang antara misi aku mahu mencari novel ni. Tapi tidak jumpa pula. ermmm.. nampaknya memang tiada jodoh lah aku dengan buku ni. sedih aku taw.  T____T

sebenarnya-saya-isteri-dia
Then aku jumpa novel ni Sebenarnya Saya Isteri Dia!, boleh lah ganti novel di atas. :’) sedihhh kenapa aku ndak jumpa kau novel??  entah bila dapat jumpa novel hijau tuh. Tolong belikan untuk aku boleh? ok fine,merepek bah.

#tidak apa, jangan putus asa. Nanti aku cuba cari lagi :’)
#mahu betul aku baca novel ini :”(
#kawan aku Myen pulak, mahu betul dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni. Nanti kalau aku ke KK, aku inform kau kalau ada novel ini ok?  C:

balik dari sana hari tuh, terus demam. Haha :D melampau kali makan durian. belum sembuh pun. Apapun terima kasih Allah atas Ujian ini :’)
*sebaik2 tempat orang,lagi baik tempat sendiri C:

Friday, January 13, 2012

novel : Tiada Dua





Assalam sekarang tengah dalam progress baca novel nih ^..^






Tiada Dua. ahaa. 1st time aku nampak buku ni, tidak la cantik sangat. Ada sebab aku beli novel ni. hehehe.. sebab. sebab.. sebabb.. ada nama aku! hahaa. perasan! =p


Waktu aku baca sinopsis, ternampak pulak oh nama watak..
"Nurin Syakirah"
ehhh ada nama aku =p apa lagi, terus aku beli ^..^ 


sampai bilik, baru aku sedar, nama pena penulis novel nih, Nurfaza Alisya. Apalah aku ni, sampai bilik baru mahu tengok-tengok nama penulis. perrggghhh =..=' sepatutnya dari kedai buku, aku tengok-tengok lah, nih tengok nama watak ja. hehe =p 


patut nama watak Alisya Syakirah, baru smart sikit. ..bla bla bla bla bla bla bla bla bahhhhaa bla... #ehhh panjang aku membebel pasal nama kan? haha.Macam babau adalah. haha.  Lepas nih aku mahu tukar namalah. la la la~


Di sebabkan aku masih dalam proses baca novel nih, x la aku dapat ceritakan semua ceritanya. Sinopsis belakang buku ja ada. Jom kita baca ^..^


. . . . . . . . . . .  . . . . . . . . .  . . . .

Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini?



 . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . 



# Apamacam? best kah? hehehe.


#agak lama  aku x cerita pasal novel. kawan kaki novel pun da jauh-jauh dari aku. sobb sobbb Y_Y 


# sekarang aku mahu teruskan pembacaan aku. harap kalian sihat-sihat sahaja ^..^. patutnya aku tidur, esok ada kelas . kena balik KK pagi-pagi. harap-harap jiwa aku tagap la esok. =D


assalamualaikumm selamat malam ^..^


















Friday, December 2, 2011

Review : Ombak Rindu

baru kejap tadi aku habis tengok Ombak Rindu.
Filem yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ashaari.
Tinggi pulak semangat aku dengan kawan-kawan aku untuk tengok cerita tuh.
Mulanya kami datang jam 5 pm, ingat nak beli tiket wayang yang 7.10 pm,
rupa-rupanya seat dah habis ? ohhh mak.. seat yang ada pun yang dekat dengan skrin.
kalau kami ambik pun, makk oiiiii confirm keluar panggung kepala sengettttt =..=

so terpaksa dengan sebulat suara, pilih yang jam 9.30 pm. hhuhu



Sebenarnya aku nih x la mahu review cerita nih panjang-manjang. pendek-pendek pun penting lah. Aku da baca Ombak Rindu nih, best gila aku rasa waktu 1st time aku baca cerita nih, waktu entah form berapa.

Aku bagi cerita nih emmmmm 5 bintang ? kalau ikutkan hati aku mahu bagi 8 bintang, hehehe , disebabkan ada lagi yang "tapi-tapi" jadi aku x puas hati jugak dengan cerita tuh. Aku terbaca hari tuh entah kat mana, yang penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari pun tak puas hati dengan filem tuh. Ohhh bahh, samalah kita. Aku pun x puas hati. Bagi aku, kalau di jadikan drama lagi bagus. Ceritanya panjang. Hehehe

Faktor-faktor ketidakpuashatian.

  1. Jalan cerita ofkos lah sama , tapi ada beberapa part yang tak sama.
  2. Datuk Sufiah patutnya mati terkejut lepas dengar yang Hariz tuh bukan anak dia.
  3. Wafiah (lakonan Julia Ziegler) seksi gila dalam cerita nih. Aku pun terkejut gila babeng jugak tengok dia seksi mengalahkan aku. ehhh bila masa aku seksis? 
  4. entah, aku rasa mcm ada ja yang kena cut-cut ? tidak pulak puas hati aku. =..= kalau di jadikan drama lagi bagus. 
  5.  dan ada lagi yang aku malas pulak list. he he he


Hehe, overall OK la tuhhh, berbaloi-baloi jugak. Maybe kalau aku tidak baca novel nihh, aku xkan tahu macamana cerita Ombak Rindu, jadi lebihlahh feeling aku kalau tengok cerita nih. he he he, sebab x tahu jalan cerita kan? macam tuh lagi best. ^_^ apa pun aku suka ending cerita dia.sebab HAPPY ENDING =D dan bisa membuatkan aku nangis-nangis. wuu wuuu

apa pun tahniah tuk semua pelakon Maya,Lisa,Aaron ( ahh macam kawan-kawan aku pulak aku sebut nama dorang macam tuh ),pengarah n krew-krew yang menjayakan filem ini, BEST ja rasa bila novel yang ko minat baca di filem kan. kan? ^_^ iLikeAaronAziz :p

# apa pun, ada yang kata best, ada yang kata x best. Bagi aku, best lagi 'filem imaginasi aku yang ada dalam kepala aku waktu baca novel nih' ehhh adakah yang sependapat dengan aku??? jangan rasa sedih kalau cerita yang kita tengok tak macam yang kita expect. =)


# Ombak Rindu aku da ada, Cinta Tiada Akhirnya aku da ada, cuma tinggal satu buah novel lagi-----------> Rindu Cintaku, buku ke3 kesinambungan Ombak Rindu. Mana aku nak dapat yah? tolong belikan boleh? susahh pulak nak dapat kalau dekat Sabah nih. sedihhhh. :(






# aku suka lakonan Lisa jadi Mila. Ngam juga dia bawa watak jahat. Bila lagi kan nak tengok dia bawa watak jahat ?? ^____^Y






Sunday, October 23, 2011

Review sikitt | Akhir Sebuah Cinta

tadi petang aku baru habis baca novel Akhir Sebuah Cinta. Best! itu jak aku dapat ungkapkan kala ini. Tengku Khuzairy dan Mimi Atia. Begitu jugak dengan Tengku Ezairy , bos kepada Mimi Atia yang akhirnya berkahwin dengan Raja Ratna, iaitu kazen diorang, padahal dia sangat cintakan Mimi Atia. Ok nevermind lah.

Ok jom lah aku cerita serba sedikit tentang novel yang aku baca nih. Aku gembira sekarang. Sangat-sangat gembira. Semua sebab novel yang aku baca nih lah! aishhhh. hi hi hi. Buku ke-2 aku belum baca, masih tersimpan dalam beg aku yang aku bawak dari UiTM. belum berbuka-buka lagi !

Tajuk Novel , Akhir Sebuah Cinta. At first aku nampak novel nih, terus aku tertarik. Waktu tuh tengah lepak-lepak dengan kawan aku Eza dekat 1B. Jadi masuk Harris. Aku memang suka masuk Harris, lagi-lagi waktu tuh, alhamdulillah.. Allah bagi rezeki. Jadi aku pi lah beli Akhir Sebuah Cinta, da dia kata 'paling laris' jadi aku beli lah kan? C:

Sebelum aku membayar tuh, aku kira-kira lah total buku tuh. RM 50.++ ? arghhhh boleh pokai aku! >.< then teringat dekat cik Myen yang waktu tuh jugak dekat 1B. Terus pinjam member card dia. Jadi save lah duit sikit. Hi hi hi. Adalah jugak bayar dalam Rm 40 lebih macam tuh. Berapa harganya? aku lupa. erkk.

Beginilah. Mimi Atia nih sorang yang bujang. Di permulaan cerita, dia umor 27 tahun. Tinggal sorang-sorang dekat rumah. Tengok berita dekat TV3 yang ada konon pembunuh dikehendaki. Tengku Khuzairy, yang dikehendaki atas tuduhan membunuh Tengku Hufzairey. Ok , part nama Hufzairey tuh, serius aku pun malas nak sebut. Belit belit lidah aku ! Waktu pagi yang gelap-gelap tuh, Mimi Atia terbangun. Dia dengar ada bunyi pinggan pecah.

Praaakkkkkkkkkkk!!

ahh lebih-lebih pulak aku menceritakan. kalah penulis novelnya. hi hi hi. jadi Mimi atia pun pergilah dapur, tengok apa yang berlaku. Sekali tengok-tengok rupanya ada orang masuk rumah dia ! ohh no ! waktu nih aku da dapat tangkap cerita nih, kompom mesti orang yang dikehendaki tuh yang pecah mask rumah dia.

Waktu permulaan cerita, Mimi Atia nih otak lurus sikit. ha ha ha. Dia ingat Tengku Khuzairy yang pecah masuk rumah dia tuh nak rogol dia lah. Padahal nak menumpang tinggal saja! muahahahaha! Gila ehh novel nih. Buat aku terbahak-bahak sorang-sorang atas katil saja. hahahaha :DD

Jadi tinggallah Mimi Atia dan tengku Khuzairy di rumah yang sama. Mimi Atia nih terpaksa, sebab Tengku Khuzairy ancam yang bukan-bukan kat dia. Bunuh dia lah, ugut keluarga dialah. Sepa yang tidak takut kalau jumpa orang yang di tuduh dan dikehendaki polos macam tuh. ? Tengku Khuzairy ( TK ) pun tinggal lah dekat rumah tuh selama dua bulan kalau tidak silap.

Sepanjang TK tinggal dekat rumah tuh, macam-macam yang terjadi. Sampailah masing-masing ada perasaan halus yang timbul dalam hati. aisehhh! ha ha ah. TK nih selalu bawak gaduh dengan Mimi Atia ( MA ). saja bawak gaduh, dia x suka kalau MA tuh diam membisu sahaja.

Pada masa yang sama, MA nih bos dia Tengku Ezairy. abang TK. Abang dia pun ada perasaan jugak dekat Mimi Atia. Tapi mcm aku cerita dekat mukadimmah aku di atas, Ezairy akhirnya kahwin dengan Ratna jugak. C: ee best!

Hemmm.. cerita aku nih x lengkap, sebab aku malas dah maw tulis. FYI, MA ada kena rogol taw. oleh Raja Irwan. Sepupu dorang TK dan TE. sial punya jantan! *aku pulak emosi dengan watak yang tidak wujud  nih* . kalau yah pun nak balas dendam jangan rosakkan perempuan beb! aiiyoooooo =..=

Ehh ada lagi yang aku nak cerita, waktu hari terakhir TK dekat rumah tuh, dia pergi dari rumah yang dia tinggal sementara tuh pun, tanpa ada ucapan selamat tinggal. kalau yah pun, bagilah kata selamat tinggal, bai bai ka. ini tiada. Sebab tuh lah si MA nih rasa terkilan, rindu, dan macam perasaan pula dia rasa waktu laki tuh dah xda dekat rumah . patut dia rasa gembira, bila laki bukan muhrim , dah tinggalkan rumah dia. Tapi, dia pulak rasa kosong. 2 bulan yang dirasakan, sangat bahagia sebenarnya :) Bilik TK pun dia x usik. Saja di biarkan begitu sahaja. Buat tatapan dia.

Apa yang lucu, sepanjang TK tinggal dekat rumah MA, MA nih x taw pun yang TK dan TE nih adik-beradik. maw saja aku terbahak-bahak. hahahahahha. Lepas 7 bulan baru lah dia tahu.

Hemmm.. aku pun rasa setakat ini sajalah yah cerita aku nih yah ? nanti korang bacalah novel tuh sendiri. Best punya. Buku kedua pun ada, tapi aku belum baca. Hehehe :)

Ok bai. masa tidak mengizinkan. kerna aku tiba-tiba lapar. dan lapar itu telah menyebabkan aku ingin meninggalkan blog ini. :DD  daga bukan?

Ohh lagipun , aku maw tingu ZOMBI. MY FEVRET<3

Saturday, October 22, 2011

aku dan novel 1

sekarang tengah tengok Haunted Changi. almaklum, sekarang orang putih seberang sana tengah menyambut Halloween  kan? jadi malar hantu yang main dekat star muvie nih. aku layan jak lah. sebab aku memang suka layan cer hantu. tapi lepas tuh takut. apalah aku nih.. =..=

Ehh lain pulak, lari dari tajuk cita aku nih. Aku actually maw cerita tentang diri aku dan novel 1. dui, ada lagi 1 kan ? haha. saja, koz maybe adalagi ke 2 dan seterusnya. aku x tahu apa maw tulis, so kena manfaatkan jugak blog nih, biar pun berhabuk sudah.  story pasal kehidupan aku yang mungkin ada orang kata menarik (perasan) ada jugak yang akan kata annoying da membosan kan. ^..^

novel. aku memang suka beli novel. time mood membuak-buak lah. kalau pokai. ndak lah. kalau ngam-ngam duit ada, apa salahnya sambar 1 or 2 novel kan ? hikhikhik. aku selalu beli novel di kedai buku, yalah..xkan la di tandas kann?

Satu yang aku maw cerita pasal aku dan novel nih, ialah perasaan aku dengan novel nih. means, bukan aku cinta sama buku novel yg segi empat tuh. bukan, perasaan yang wujud tym baca novel nih.


  1.  kalau sedih, mesti ada rasa sakit-sakit di hati. ehh jiwa. ehh jantung? yang penting bahagian sanalah. sakit. macam di hiris sembilu, terutamanya kalau baca part-part yang sedih gila babs, kompom sakit. =..=    ='). 
  2. kawan aku Rhona pernah cakap, kalau dia yang baca novel, sakit-sakit yang dia rasa (macam aku di no 1 tuh ) bukan keluar di jiwa kah, hatikah, paru-paru kah apa. tapi dia keluar dekat tapak tangan. tapak tangan pulak yang terasa ngilunya. habis aku dengar dia cakap macam tuh. aku terbahak-bahak lah dulu. Sekali tidak lama lepas tuh, aku pulak yang merasa sakit di tempat yang sama. Nehhhhh. Tuhla pasal, orang kata, jangan kamu uluk-uluk orang tuh, nanti kamu pun terjangkit. Tengok aku terjangkit kan ? jadi, jangan kita main menjangkit-jangkit. LOL. :p
hmnnn. bah tuh jak lah kisah aku yang bosan dengan novel nih *sedar diri gak kan, kisah aku nih bosan?* ngahahaha ^..^  

nanti kita bersambung dekat cerita part 2 :)





ohh ini sorang kawan yang minat novel gak. Hasmin aka my room8.
Kalau dekat bilik dulu, dia yang malar RASMi novelku. HAHAHA 3:p




Thursday, October 20, 2011

Novel | Kau Sayangku


jika rindu itu berbunga cinta, airmata itu pula adalah embun di kelopaknya



eh, entah berapa kali sudah aku sebut pasal novel nih. hmnn sebelum nih ada ka? aku pun lupa, aku maw sangat baca novel nih. hmnn. ntah bila la aku jumpa lagi.kalau jumpa, pasti beli.

aku jumpa novel nih waktu aku form 2. masih dalam berjinak-jinak lagi dalam pembacaan novel. masih jelas di pikiran aku, buku nih pada waktu itu kepunyaan kawan kakak aku. ehhhh, kawan kakak aku, kawan aku jugak. ngee. si Siti Aminah. Budak-budak dorm aku duluan baca. aku tym tuh belum ada hati lagi. nehhh sekali sekarang mencari jugak kan? padan muka. jual mahal lagi sama novel. demmmm =..='

masih aku ingat waktu tuh, sampai budak-budak aku kemaruk novel nih, sampai panggil cikgu kami yg ajar KH, cikgu Fathi si Akif Zamani ?? adoiii jauh la bah kan, sampai situ pulak dorang terbawa-bawa watak novel tuh. hahaha. kakak aku kata ada watak dalam novel nih, bersepupu dengan ada lagi 1 novel. ohh novel yg sepup dorang tu pun aku maw baca jugak. >..<

hmnn okeh lah. aku pun sekarang tengah baca novel yang aku beli nih. Akhir sebuah Cinta. tidak rugi aku beli. memang best sangattttttt!!!!!  >..< kbai !

KAU SAYANGKU, SUATU HARI NANTI, KAU PASTI AKAN  KU TEMUI.

cheingggg ! :p

bye dan assalamualaikum C:


SINOPSIS? KLIK SINI 





Saturday, October 15, 2011

Novel | Akhir Sebuah Cinta



cehh, lama aku tidak update blog . Hari nih adalah hari ke entah berapa (malas kira) aku ikut kaks. Kursus Asas Keusahawanan Siswazah. Penat ,geram, blur. semua perasaan ada bah. =..= C:

 last day, before KAKS, sempat aku pergi 1borneo, actually, tujuan utama pi KAMDAR. entah lepas tuh aki gu melencong ke Harris  hihihi C: . Tabakk 1 buku dulu sebenarnya, then aku nampak novel nih. Siti Nur Dhuha. masih aku ingat yang aku pernah gi beli 1 buku novel dia ni. CINTA UNTUK MU. cehh memang best, gila-gila nangis aku waktu baca novel nih waktu part 2 dulu. Y..Y buku yang nih aku harap best jugaklah. Waktu aku beli, sekali nampak ada sambungan buku ke2, tabakk jugakkkkk.. ngeee :p

then aku jumpa buku baru, kita mesti tabakkk..hurayyy! kyahaha. Tapi aku belum baca buku nih lagilah. aku kuarantin dulu dekat bilik. busy sungguh KAKS nih. baju pun aku belum cuci. memang melanggar tabiat aku lah. T..T C: 





kalau nak baca sinopsis. datanglah ke blog SITINURDHUHA.


kbai.  C: happy reading. dekat rumah pun ada 1 buku aku lom baca. aduiina.





Monday, August 15, 2011

Novel | Segalanya Untukmu, selesai jugak!

Alhamdulillah, akhirnya aku da habis baca pun novel Segalanya Untukmu. Karya Aleya Aneesa. Karya beliau ni memang best, aku lagi suka baca karya Aleya Aneesa dari Anis Ayuni. Aku suka cara dia menyampaikan cerita pada pembaca.




Setelah lama aku tidak ada mood untuk meng-update, akhirnya akhirnya mood aku yang macam Chipsmore tuh ( kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada ) =) muncul jugak akhirnya, yeahh! ^^

Kiranya baru 1  novel karya Aleya Aneesa yang aku pi hentam beli, Segalanya Untukmu, yang lain aku pinjam kawan sahaja. kekeke dan semuanya memang menetapi jiwa aku. cehh ! kekeke ;D nanti akan datang aku beli lagi! kekeke ^^ banyak dalam list aku untuk di beli karya Aleya Aneesa ni ^_______________^

Sinopsis belakang buku Segalanya Untukmu

Jgnkan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali? 



Itulah Jehanna, gadis yang mengalami waktu kecil yang perit, uminya meninggal di pangkuannya sendiri, tika  ingin menghalangnya dari di humban ke tanah oleh bapa kandungnya sendiri, Basir. Uminya pulak pesan sebelum menghembuskan nafas terakhir, suruh Jehanna tidak bagitaw orang yang konon mamanya jatuh tangga jak. hmmnn. Begitulah dia, membesar di rumah anak yatim. Di pulau dan seperti tidak di sukai adik beradik sendiri waktu di rumah anak yatim, Nina Aina dan Haled Halmy.

Bagi aku, Jehanna memang tabah, gila-gila tabah lah dia. Aku harap aku punya hati seperti Jehanna. Baru, watak Jehanna memang boleh kita baca, memang macam anti-lelaki. Dia memang benci lelaki yang tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami yang baik. Lelaki yang merendah-rendahkan kaum wanita.

sampailah suatu hari dia terjumpa dengan Fahem Ammar. Mulanya dia memang tidak suka Fahem. Tapi lama-lama suka lah.. ahhhhhhh begitulah kalau novel kan? haha :DD

Haled Halmy kawan Fahem. Mulanya lucu jugak si Fahem, apa hubungan Haled Halmy dan Jehanna? Rupanya adik beradik. =.= . Haled Halmy ada masalah sendiri, isteri dia si Erdina, malr maw minta beli set barang kemas yang harga ribuan ringgit! Jadi dia terikat pada mulanya bila Fahem Ammar, menawarkan duit , tapi dengan pulangan dia mesti mendapatkan Jehanna. Haled halmy tahu, sukar untuk Fahem dapatkan Jehanna, sebab hati dia memang keras macam tanah liat batu .Akhirnya Fahem mendapatkan Jehanna dengan caranya sendiri. Dia pi pikat la weehhh! jangan pikir lain-lain plak ^^ =p wueeekkk =D

hmnnn, nanti korang bacalah OK? ( malas sudah konon aku mengexplen) best jugak biar pun agak menggeramkan jiwa sikit. Haha :D
pada kawan-kawan yang minat novel tuh.. jumlah baca/beli. ^_______^


p/s: actually aku habis baca kemarin, waktu aku di rumah. kekeke =)))



hmnn..tiba-tiba hati aku rasa lain macam hari ni..maw menangis pulak aku buat entry ni. Apa kes??!

hangaaattttttt

^____________________^






Wednesday, June 15, 2011

First Time Kena Saman


Salam,Selamat Pagi dan Selamat Hari Rabu.


Aku ni kejap-kejap ada nafsu menulis dekat blog,then kejap-kejap jugak nafsu menulis hilang begitu sahaja. Itupun kalau nafsu tidur aku lebih banyak dari nafsu berblog. =.=' biasalah manusia...lebih-lebih lagi perempuan,yang mempunyai 99 nafsu orang kata.Aku tidak tahulah nafsu apa.Pasti macam-macam kan? I mean,banyak.


*gambar Sumber Google*


Baiklah,aku malas maw cerita pasal nafsu tidur mahupun nafsu berblog nih. Aku maw cerita pasal nafsu makan nihhh. Yahhh makan! 

kelmarin, hari Selasa bersamaan 14/6/2011 aku bersama 2 orang kawan aku,Manda n Sabura yang jugak mempunyai nafsu makan Pizza Hut yang secara tiba-tiba timbul,pergilah ke 1B. 1 Borneo belum bukak lagi kami da pergi. Bapak nafsu-makan-hantu-betul =.=' ( Eh,berapa banyak ayat 'nafsu' nihhhPhotobucket )

Lepas kelas habis jam 9 setengah lebih,so kami pun gerak lah. Keta Viva yang aku bawak,aku parking dekat luar. Padahal aku sedar,ada signboard amaran tidak boleh letak kenderaan di bahu jalan ( bahu jalan ka itu yah? ) aku pergi hantam jugak parking kereta dekat luar. Konon parking dekat luar sebab boleh lah trus laju-laju ke perjumpaan Naga Rimba Non-Resident di kampus nanti.

Then,balik dari makan Pizza Hut yang mengenyangkan lagi sedap.Lpas gi tengok Novel dekat Harris, balik gi kereta yang terparking malu megah dekat luar 1B, adalah plak surat cinta yang aku memang tidak pernah dapat seumur hidup aku selama hidup di dunia nih. Yahh la kan? siapa tidak  terharu dapat surat cinta nihhh,siap-siap maw menangis lagi aku.Ok,part menangis tuh aku tipu. =p aku xda perasaanlah dapat surat cinta dari polis nihh. Cool bebb.Hakhak!

Tadi pagi time bapa aku datang sini, aku bagi surat saman tuh dekat bapa. Bapa kata dia yang urus. entahh lahh. Memang musim saman menyaman kali sekarang ni? Pak Guard dekat UiTM pun bukan main aktif lagi. Huhuu. Apa pun tuh keja dorang, yang degil x maw ikut tuh memang padanlah kena (cakap diri sendiri nampak) =.='

Wokehh lah,lepas nih  aku akan bersikap baik di jalan raya. Tidak mau lagi parking dekat luar 1B tuh. Jum semua parking dalam bangunan! Rm2 ja pun. Hikhikhik ^^


Kemarin dekat Harris nampak novel yang aku memang minat penulisnya. Aduhhh! nasib tidak bawa dompet.Kalau tidak,da aku beli.wuwuwuwu T_T
jiwa aku gatal maw beli novel ( adakah jiwa gatal? hmnnn )



-Segalanya Untukmu-Tanpamu Aku Rindu-Aku Mahu Kamu(Aleya Aneesa)-Bisik-bisik Gelora(Fauziah Ashaari)-Senafas Rindu-Ternyata Cinta-Ilham Hati(Damya Hanna)Kau Kekasihku(Anis Ayuni)


Photobucket
arghhhh!!!!!!! bole 
merengg macam nihh T_T



p/s: Kakak,pandai sudah bah aku makan Pizza Hut.Kyahaha =D






Monday, May 16, 2011

Aku da agak da..Kerajaan Dhiyapura mana wujud?!

Aku da agak da,Dhiyapura mana wujud?

Assalamualaikum semua~jawab k,kalau x jawab dosa.( cehhh~ )

Hari tuh aku bacalah Novel nihh DAN MIMPI PUN BERSATU karya Izza Aripin.Izza Aripin ni bukan adik beradik Tika Ripin yang.Ini lain ni~~
Fuhhh! best la jugakk.Layaannnn

ahhh ini lah novelnya.aduhH! kecik tul gambarnya,apa le wat
ini jak la yg ada dari pakcik Google~ehee



Mengisahkan tentang kisah Anne Zulaikha dan Tengku Iskandar .Cerita istana ni..waktu aku baca,apa yang aku terbayang adalah Istana dekat drama Korea Princess Hour  tu.Ahaaa,ntah kenapa otak aku automatik terbayangkan istana tuh.

Ok,Tengku Iskandar ni sorang putera mahkota.Dia kawin rahsia-rahsia dari pengetahuan rakyat dia yang dia kawen ngan si Anne ni.  Dia ni memang cinta gilaaa la kat Anne ni. Lepas 8 tahun dia x jumpa Anne dia tiba-tiba muncul depan Anne waktu dorang naik gunung ka apa,(bukit kot?) then dia lamar terusss.Pastu kahwin lari. Apa mcam? Best ka ? ahaaa..itu cerita awal2~ belum lagi sampai tengah-tengah ceritanya yang memang la banyak konflik,dendam,cemburu dan macam-macam lagi lah~adoiiiii aku layan ja novel ni.

Anne ni ada darah Tun Fatimah,yg Srikandi Melayu tuhh.Dalam cerita ni dia ada mnyimpan kalung Tun Fatimah. Tengku Iskandar pulak,putera raja keturunan Dinasti Al-Muttaqi . Best jugak baca cerita ni yg ada perebutan kuasa dalam istana dan macam-macam lagilah. Nanti korang baca la ya? ^^

Anne Zulaikha ni orang Malaysia,then Tengku Iskandar pulak dari 1 tempat yg dinamakan Dhiyapura.Sebuah kerajaan berpulau.Ahhhh.Ini yang buat aku konpius ni. Waktu aku baca novel nih kn,sambil-sambil aku baca tuh..otak aku pun ligat lah berfikir..

“Dhiyapura?...Dhiyapura…,mana ni ya?”

Memang sepanjang aku baca novel ni aku berfikir la,manalah Dhiyapura ni? Otak aku kata wujud. (mcm la) then aku pun dengan semangat yg berkobar-kobar mcm gunung berapi tuh gi Google la ‘Dhiyapura’.

Then,aku tengok.Memang sahhh! Xda rupanya Dhiyapura ni? Kadang-kadang otak aku ni x  berfikir jugak yg kan tuh semua watak dalam Novel?mestilah semuanya rekaan semata-mata..adoiiiiii..tuh la x berfikir lebihhh..=..=’



dan aku baru tahu yg Novel ni ada sambungan.perghhhh
aishhh..aku ingt baru aku maw bersara dari membeli novel ni.Tapi
nampaknya kenalah aku kuarkan duit lagi..aiyooooo
knapa la ada sambungan? itu membuatkan aku x berenti membeli T_T



Monday, April 25, 2011

Novel | Jika Bukan Kerana Bintang



Assalam..agak lama ya aku x update blog? bukan apa,cuma pikiran aku bercelaru antara update or study or STeADY?? jadi aku pun memutuskan malas la update..blajar dulu( konon) 
hmphhh! Photobucket

Okeh sebenarnya aku nak cita dekat blog ciput2 aku ni yang kemarin aku beli Novel lagi!!! wuhuuu~ ops matila aku oleh mama aku if dia taw aku ada beli lagi novel..ehehhe sorry mak,x dapat kawal diri ba kalau masuk kedai buku..erkkkk Photobucket heee

kalau masuk,pasti xmo keluar dengan tangan kosong.betul kn? kn?  ( kasi 'iya' dulu ba ) maybe yg kaki betis novel tuh,adakah anda sama ngan aku? ehh ada ka or minat baca novel jg dekat sni?
Jadi kemarin,after exam LAW yang sangat lah 'best' itu,aku ngan kawan2 pi makan tengahari la kononnya dekat MCD..aku order Bubur Ayam MCD..ehhh! sedap ohhh~ aku taw aku kampung2 jadi nilah pestime aku makan benda tuh..arghhh~sedapnya~~ rasa maw makan lagi.Photobucket

So pastu jalan gi Kedai Buku Harris.Then sana lah aku jumpa benda nih,banyak gak aku jumpa.Yang kin geram tuh,,waktu aku gi sana berlambak pulak novel aku cari2 selama ni Andai Itu Takdirnya . Begitulah selalu,kalau benda tuh dicari-cari x d jumpa,kalau x d cari,ampai2 plak kat sana.

N novel ni rum8 aku yg rasmi dulu.Mcm biasa,coz aku taw aku xda masa maw baca tuh..dekat rumah jakla best.hehe :DD

Oklah aku pun da terlebih merapu nih,jum kita layan sinopsis?

Sinopsis Jika Bukan Kerana Bintang 



Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak.
Alya di besarkan dalam serba kekurangan.
Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta.Kehidupannya banyak diaturkan oleh neneknya,Datuk Hasnie iaitu pemilik Wadah Sejati Holding.Takdir pertemuan Maisara dan Dhamiri di pusat boling telah membibitkan kisah cinta mereka.Namun ianya tergugat bila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga mencemarkan maruah Maisara.sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?


"Jangan pandang bawah.Tapi pandang pada  bintang.Dan jika bukan kerana bintang...saya tak akan punya kekuatan pergi sejauh ini.Dan hanya awak bintang hati saya."~Dhamiri

Kata-kata Datuk(nenek si Dhamiri) bermain-main di fikiran Maisarah.Kuatka dia untuk bertemu ayahnya yang tidak pernah dilihat wajahnya?Ayah yang selama ini dipanggil dengan gelaran pembunuh.Ya Allah! Tabaka hatiku untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan untuk terus hidup di dunia-Mu ini,ya Allah.

"Saya berani bersumpah,makcik.Saya tak mengandung.Apatah lagi unuk buat kerja terkutuk.Saya tahu nak bezakan halal dan haram makcik.Saya tak tahu mana makcik dengar cerita karut tu.Tapi sumpah,saya tak mengandung."~Maisarah



psstttt~amacam? best ka? hehe..jum beli n baca ramai2 sampai lebam! :DD
mcam2 la bercinta nih..aku x pernah lagi.wakkakakaka bks.



Sunday, March 13, 2011

Ombak Rindu : Aku menunggu mu





owhh so sweet la kn?
ehh aku lupa bagi salam!
assalamualaikum semua :D

bagi orang mcm aku ni (kaki novel) memang cita ni yang aku tunggu-tunggu.
aduihh,da la cerita dia ni best kn? sepa x baca lagi Ombak Rindu karya Fauziah Aashari tu?
sila mengaku.Tapi x penting pun kalau mau mengaku.hehh.Novel tuh memang popular la.
Patut jadi kemestian baca tuh.Hehe. Aku mula baca cerita ni waktu aku Form 2,kawan aku
yang bawakkan. Fuhh..Best gila..Dan sekarang,aku da ada buku ni..beserta sambungannya,Cinta Tiada Akhirnya.Sebenarnya ada lagi buku ke-3 ( aduih,banyakkn buku dia? =.=) Rindu Cintaku. Tapi aku belum jumpa pun buku tuh..uhukkuhukkk T_T
sama ja mcm kes Andai Itu Takdirnya. Ntah mana buku tuh semua. X jumpa pun dekat Sabah ni.

Bole nampak sini Haris si Aaron,Izzah si Maya Karin ( cantiknya Maya pakai Hijab^^ )
dan Mila si Lisa Surihani. Hmnn.. Aaron? not bad la kn? okeh lah tuh,boleh la mcm rupa ntah siapa yang aku bayangkan kalau baca novel tuh.Haha! aku x kenal pun. Otomatik ntah muka siapa yang terhasil kalau aku baca novel..harrharharr ! ^^

apa-apa pown aku nantikan la cita ni. x sabar aku !

Mood: hepi biar pun pening minum susu.Sejak bila aku 'alah' minum susu nih??
-_-%$*&%^*


Thursday, March 10, 2011

Sweet Sour


Assalamualaikum . 

Tika ini,aku baru balik dari perjumpaan Bankers semua. Bincang pasal yuran dan Banker's Night. urghh..aku dalam di lemma.Perlua ka pigi tidak ar? aku malas maw kuarkan duit nih,lagi pun aku sekarang nih tengah 'pokai' harap duit tajaan FAMA ja aku.Itu pun sebenarnya aku malu jugak maw minta kat dorang.Aku tunggu mereka yang bagi. Malu-malu >.<'

Pada entry aku yg lepas INI, aku ada cerita kan yang aku ada sambar beli 1 novel? hehee
jengg jengg jengg! nilah novelnya!!! :D


gambar ihsan Google


dulu,aku langsung tidak pandang pun JS punya terbitan nih.Tapi sejak adik aku si Kecik kata best-best buku JS nih,so aku belilah..ahhaa..then aku admit,memang best-best semua.thumbs up lah JS! 
Apa aku maw cakap pasal sinopsis dia ar? aku belum baca,sinopsis pun ermm,dialog ja kena bagi.Aku bacakan roomate aku dulu.Kiranya dia memang manusia bertuahlah sebab selalu rasmi novel yang aku beli.Roomate aku kata best ! haha so tidaklah sia-sia aku membelinya..hehe,turn dia baca da habis.Now,my turn plak.Yeahh!


JOM BACA SINOPSIS 


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul
"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.""Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap."Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia."Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula."Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni."What?" aku terjerit di situ."Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi."Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!




Pada aku,ada 2 kriteria yang aku pilih waktu maw membeli novel nih.Aku suka novel yang tebal dan penulis dia best ! dan yang PALING lah tebal aku beli novel karya penulis hebadd Siti Rosmizah!!.. ^^( berikan tepukan dulu sebelum meneruskan pembacaan anda.terima kasih ) novel dia nih,aduhhh...gila-gila lah tebal dia.Aku bagi A+ tuk novel dia nih.Aku sangat suka novel dia! aku minat kau Siti Syakirah Rosmizahhhhhh >.< (teriak nama dia)
kalau novel kurang tebal aku x suka beli taw,kurang memberikan kepuasan membaca dekat aku.hak3 

Okeh nanti korang beli lah sendiri ya untuk tengok best ka x? :] pinjam dekat aku pun boleh apa..muahaha 

Hari tuh aku beli barang-barang nih jugak ( bz maw bgtaw ) =.='

biarlaa...

Aku beli 4 barang nih.

benda ni,rum8 aku panggil 'mata-mata'
lucu benar rupa aku pakai ni.HAha! biarlah,yg penting dpat tdur dengan aman 

antara semua,ini jugak yang aku suka taw.WANGI bah..
aku beli 2 dri Kaison . Rm1.90 satu ^_^

yang paling wangi nih haa.
aku simpan dalam locker aku.Wangi.aku sangat suka la wangi2 nih.
yang OCEAN plak,aku letak dekat tingkap blik.
Biar bilik kami harum sentiasa.Hahaa :)

dalam gambar
1.pewangi
2.Kunci bilik
3.Pen biru dari Gui

apa-apa pun best la semua barang nih . aku suka semua ^^










Tuesday, March 8, 2011

Cincin dijari manismu

assalam.d pagi yg sejuk dan mulia ni,ingin aku coretkan sesuatu..




sesuatu

okeh itulah sesuatu yg aku ingin coret.merepek bukan? haha *kesiokan seseorang.
Aku tgah study law nih.Tapi d sbbkan otak aku memang x dapat menerima LAW dalam otak ini,aku pun blogwalking la,dekat blog-blog yg masih aktif ni. :) skodeng sana ,skodeng sini biar pun xmenjadi..hehee

then aku terjumpa ini. Kiranya aku sangat tertarik dengan entry beliau kali ini.Almaklumlah,aku ni kalau dekat rumah sllu jgak kena kejadian ni.Pelik.dekat ostel pown..urghhh sabar jak la kn?
entry beliau kali ni adalah tentang Gangguan Jin Membuatkan Saya Tidak Tidur Malam.Aku memang tertarik dengan entry ni.Sbb sedikit sebanyak ada kaitan dengan aku.


spooky kitaro versi manusia
hantu,jin semua ada 


PhotobucketAku, boleh lah d katakan terkena gangguan ni.Pelik bin benar.Tapi memang inilah kenyataannya. Paling teruk waktu d sekolah menengah. Zaman sekolah menengah adalah zaman 'gelap' (dui) -.-' paling teruk waktu aku form 5. Macam-macam aku baca sblum tidur,x jugak lari-lari benda tuh? apa keheeel yupp? jadilah aku penakut..


Dan d sebabkan itulah,aku sepanjang skolah menengah aku,aku x pandai tidur sorang d katil.Haha ^^ kalau aku xda kawan,aku lari pi katil kakak aku,tapi katil kakak aku femes,sering ada jak orang yg join tidur sekatil dengan dia.Kak Aminah Bali..jadi aku dengan rendah dirinya give uplah kan,join tidur plak dekat katil org lain.Ehehe.. 

d mana ada ruang,d situ aku akan menyelit.hahah..

Jadi sejak form 1,aku join tidur katil orang or orang join tidur katil aku.Katil aku owez dekat kipas,jadi ia menjadi 1 bonus bagi mereka yg join tdur dgn aku.Hehe.. psstttt,pandai aku jerat orang kn? * hihi

Aku tidur kongsi katil ni,selalunya tuk elak kena 'tindih' la plus aku ni penakut (penakut dekat skolah ja,rumah x ) . Kalau orang sebelah aku bergerak,bolehlah dia gerakkan aku jugak scra otomatiknya,then larilah benda tuh jga secara otomatiknya..hmnn..ada2 ja la benda nih kn?

Pernah dlu aku tidur dengan budak dorm aku,si Hidayah Mizuani. Dia ni memang sejenis gak ngan aku,sllu kena benda2 gni nih. Pernah sekali,aku bangun dari kena 'tindih' nih..sekali aku tengok dia dekat sebelah..mcm orang yg meracau gitu..aku heran.. 'aik kenapa c daya nih?'
aku bertanya2 sendiri. Akhirnya aku memberanikan diri bertanya..

"daya kenapa kau??"

"kena 'tindih' aku kak.."dengan suara merintih dia berckap..fed up kali kn selalu kena 'tindih'

"wuii! sama kita! ahahhaha" aku plak yg ketawa..apalah aku ni -.-'

"Betul bah kak?! " Photobucket c Daya tanya aku balik.

"betul! okehh okehh,esok kita cerita.." aku menghabiskan dialog antara kami dan tdur.

Esok paginya..kami cerita ntah apa kes sampai kami dua sekali kena 'tindih' pada katil yg sama? cerita yg patutnya menggerunkan menjadi lawak pulak bagi kami.Pelik! tapi xda apa yg mustahil.Macam-macam boleh berlaku d dunia ni..hmnn..

gembira bolehPhotobucket,sedih pun boleh Photobucket haha..apa2 pown habis air mata aku hari ni dan kemarin.

okeh aku nih sangatlah melencong! apa kaitan entry nih dengan cerita aku ni? haha..
aku just maw cakap yang Shakir nihh,ehh nama kami sama! aku Syakirah ! hee..
ada buat novel, n aku tertarik dengan sinopsis dia..apa-apa pown,kalau nak tgok sinopsisnya..jom terjah sini KELIK SINI

OKleh sambung study dulu.Wish me luck biar pun x luck..hahah,baca ja lah..! ;D