Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Takdir itu Milik Aku : Hampa

bismillah.
takdir itu milik aku
minggu lalu, aku ke Kuala Lumpur. Bercuti bersama keluarga. Minggu lalu juga waktu aku di sana, aku cari novel ni. Tapi aku tidak jumpa. Terus aku rasa hampa yang amat sangat. T_T\

Kalau bukan kerana seorang kawan lama, tidak lah aku jumpa dan tahu novel ini. anyway,aku ingin ucapkan terima kaseh :) hihi ^^  Aku pergi sana pun, memang antara misi aku mahu mencari novel ni. Tapi tidak jumpa pula. ermmm.. nampaknya memang tiada jodoh lah aku dengan buku ni. sedih aku taw.  T____T

sebenarnya-saya-isteri-dia
Then aku jumpa novel ni Sebenarnya Saya Isteri Dia!, boleh lah ganti novel di atas. :’) sedihhh kenapa aku ndak jumpa kau novel??  entah bila dapat jumpa novel hijau tuh. Tolong belikan untuk aku boleh? ok fine,merepek bah.

#tidak apa, jangan putus asa. Nanti aku cuba cari lagi :’)
#mahu betul aku baca novel ini :”(
#kawan aku Myen pulak, mahu betul dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni. Nanti kalau aku ke KK, aku inform kau kalau ada novel ini ok?  C:

balik dari sana hari tuh, terus demam. Haha :D melampau kali makan durian. belum sembuh pun. Apapun terima kasih Allah atas Ujian ini :’)
*sebaik2 tempat orang,lagi baik tempat sendiri C:

Friday, April 27, 2012

Penat





bismillah.


selamat malam




# pandai lukis, tapi tak pandai warna.
sobs sobss. Y____Y mo nangis. tapi aku mmg malas mo warna pun. ehehe

malam ni penat sangat badan aku. ouhhhh. pedih sana sini. hehhh penat. sebenarnya tadi petang tiba-tiba mood buat kek cheese menjadi-jadi. semua ni sebab lambakan cheddar cheese yang ada dalam aisbuk. ow owww

Tapi xda gambar pulak, lagi pun da habis dimakan. ehehe. sedap kali kek cheese i2 sebab tuh habis (masuk bakul angkat sendiri ) =p

Sebenarnya aku cuma penat putar fresh cream untuk adunan kedua ja. Penat tangan, penat lengan, kaki lenguh. ouhhhh. memutar fresh cream ambik masa yang sangat lama bagi aku. Hampir sejam! rupa-rupanya  teknik yang aku guna salah. grrr.. geram pun ada. Nasib adik aku datang pi tegur. Kalau x entah berapa lama aku terperuk dekat dapur. Mengantuk mengantuk putar fresh cream. =..=

Penat memang penat. huhhhh.. mo mengeluh, kaki tangan aku mana bisa bercakap. Kalau dapat, mesti diorang mengeluh sakit dan penat kan? Syukur Allah cipta 1 mulut sahaja untuk bercakap, kalau tidak mesti 1 badan bingit!

# hari ni mood guna aku. 
# penat, sebab tuh aku mengalah akan suatu perkara. 

apa pun, penat itu sekejap cuma. huahhhh. *mengeluh. 
mengapa begini?






Sunday, April 22, 2012

QOTD #1







#saya suka hasil kan gambar quotes macam ni.
#bila ada yang berkenan saya buatlah. :) agak lama benda ni dalam simpanan saya
# bila fikir balik, betul. dulu kita mana kenal kawan kita kan? we're both strangers. Then bila da kenal, kita jadi kawan. :D ♥
# tapi bila di fikir balik, ada juga kawan kita yang da jadi strangers. sangat menyedihkan. terkadang rasa terbuang, tapi itulah kehidupan. kan?
# mata rasa mengantuk sangat lepas pakai losyen, maka sya pakai losyen dekat lengan, tapi effect pedih dekat mata? what's wrong with me? 
# tuk kawan(s) dan bloggers yang mahu exam, good luck di ucapkan. Untuk sahabat yang mengenali diri saya. take care semuanya :] jauh di mata dekat di hati ♥♥♥

SELAMAT MALAM SEMUA. muahh 


Saturday, April 14, 2012

sakit kaki

bismillah.

huaa. hello.

Penatnya aku  hari ni. Tapi tidaklah penat sangat. Kaki sahaja yang penat. Dari Kota Belud, aku pandu kereta mama aku Avanza, ke Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah ;)

Hari ni, my lil sis si Kechik balik ke negeri ni. Habis da pengajian asasi dia dekat Universiti Malaya tu. Aku suka, sebab ada da kawan aku dekat rumah ni juga. Tidur pun dulu selalu seorang, sekarang da ada kawan. mehehe

Tiap kali jalan jauh, (if xda  bapa aku lah) aku lah yang pandu. Aku ndak maw bah susahkan mama aku sebenarnya, that's why aku volunteer memandu. Aku tahu yang mama aku selalu sakit kaki, di sebab kan itu rajin kan diri untuk memandu kereta mama aku yang aku ndak biasa pandu tu. =..=



1 masalah aku, bila aku memandu aku selalu sakit kaki sebenarnya. pergelangan kaki aku sakit. Bila aku kata dekat mama aku, dia kata dia la memandu, aku bantah. Biarlah aku sahaja yang pandu. Sebab aku taw, sakit kaki mama berbeza dengan aku. aku redo kaki aku sakit. asal ndak kaki mama aku yang sakit. Lagi pun, tadi mama kata dia sakit kepala dan hanya 85% sakit kepala hilang lepas dia tidur tadi. ouhh sampai sekarang sakit kaki aku lom hilang. =(

And, alhamdulillah. Perjalanan berjalan dengan lancar. Sudah lah sini malar hujan. Memandu dalam hujan memang bukan kegemaran aku. Potensi terbabas aku tinggi. Jadi aku akan cuba tenangkan diri, fokus ke arah jalan raya, nyanyi-nyanyi sikit walau mekong dalam hati. wakakak

Adik dan bapa aku sampai di Terminal 1/KKIA pada jam 6.45pm gitu. Fuhhh. Gila banyak barang adik aku. Macam naik haji wa. Berkotak-kotak. Berbeg-beg. Selamat Datang ke Negri mu KECHIK! :D

# rasa bangga berjaya jg pandu sampai terminal 1. wakakakak. errkk =p
#masa untuk tengok zombi di channel 413. jom!

Friday, April 6, 2012

sensetif

bismillah dan salam Jumaat.


hari ni hari Jumaat tapi aku sangka hari Sabtu pulak?


Susah juga kan kalau mengalami kulit sensetif ni. Aku adalah antara mereka-mereka yang mempunyai kulit sensetif. Orang yang punya kulit sensetif ni, kena jaga-jaga dan berhati-hati kalau memilih benda-benda or products yang diorang guna.


Tapi aku tidak pernah fikir pasal pilih memilih ni. Aku main bedal ja. Dan sebab itu, aku yang sengsara sendiri. =’(
gyuuu
  1. Perfume – Aku memang kaki perfume, dari aku sekolah menengah lagi =p. Best apa wangi-wangi. Perfume, bila x sesuai dengan aku, mula lah kulit aku rasa panas, dan gatal. sengsara. Simpan lah di mana-mana bahagian kulit ni. gatal juga. Tapi itu hanya untuk product yang tidak sesuai. Kalau sesuai, ok ja. Aku ingat 1 product yang x sesuai dengan aku, Perfume Adidas. =..= menyesal aku pakai hari tuh.
  2. Losyen – Aku sebenarnya jenis yang tak pakai losyen. Tapi bila tiba musim yang tiba-tiba-mahu-sangat-pakai-losyen aku akan pakai losyen tuh. Losyen pun aku kena pilih. Setakat ni aku x tahu lah losyen mana yang sesuai dengan aku. Losyen Nivea aku sekarang pun tak sesuai dengan aku. Lepas pakai, kulit aku mengalami                        ( kerengsaan? ), lepas tuh gatal-gatal. =..=. Hari tuh ada aku memandai pakai losyen kazen aku Victoria Secret punya losyen, sekali aku pakai, gatal lengan aku. Sepa suruh memandai juga nak pakai. =..=’ terus aku mengayau sana-sini.
  3. Sabun mandi – Jenis sabun mandi yang aku pakai jenis Gel. Simple. Ini pun 1 masalah juga dengan aku. Kalau tidak sesuai dengan kulit aku, mulalah aku gatal sana-sini. Sengsara jo. Lepas ni tidak mahu main pilih-pilih ja. mesti maw pilih betul-betul.




#Kira bertuah lah bagi mereka yang pakai apa pun boleh. Mahu kulit macam kamu. Jom bertukar kulit?? =p
#susah jugak aku ni, semua pun sensetif =..= boleh ubah ka tuh?










Tuesday, March 13, 2012

back-for-a-while



bismillahirrohmanirrohim.


uhuhh, hari yang busy tapi aku masih mampu bertahan. =D


Photobucket
#motif gambar? saya rindu mereka haha


Agak lama x update sini. Asyik update dekat Wordpress ja. Emmm wordpress best juga.

Well, there's nothing changed on blogspot since I got in here. The people are still the same an maybe some of them is not the same anymore. People come and go. That's life. Some of them ignoring us, and some of them really take care-ing us. Oh! that's life ! 
I'm so busy right now. It's exam month! I need to put lots of effort to make sure that I have a good result in future. huhu. Wish me luck friends. =) 







# Maybe, I'll be available at Blogspot, after this exam month! wait for me. ( if u want to )




sincerely,
Kira






Thursday, January 5, 2012

batuk menyerang







kelmarin sebenarnya aku balik bumi rumah sewa. Stay bilik dengan my room8, my bfriend, my classmate dan bermacam-macam 'my' lagi- Ezah Norahzian.




cr : Arlena Jane 

Toink ! - itu Ezah. Semalam aku batuk-batuk. Bilik berhabuk kali ? teruk juga aku batuk. Aku katil atas, jadi kalau aku batuk akan efek katil bawah. sengsara aku menahan batuk, konon nanti kawan aku terbangun. nanti dia marah aku pula =p hahahaha. uhuk3. sengsara juga batuk nih kan? hmnnn.

suara aku pun hampir-hampir jadi rock. Lepas minum air panas, ok lah tuh. heh

katil atas-sesak nafas-dekat kipas.

kipas pula laju tol, turun katil aku malas-dasar pemalas. Tapi semalam, aku batuk-batuk x dapat tidur, lama-lama aku tutup mata aku. ahh dapat akhirnya. keh keh.

Bila bangun pagi tadi, minum air panas, nyaman gila aku rasa, best2. 
Harapan aku, harap-harap malam ni aku bisa tidur lena. -lenaa la sangat. =..=

#kalau musim batuk menyerang, paling sedap adalah air panas. k tuh je.




Monday, January 2, 2012

Tentang aku dan Tentang Bronchitis



assalamualaikum w.b.t ♥


sejuknya malam nih. aww. padahal aku pasang kipas tuh yang level 3 jak pun. mahu cakap aku semakin kurus, OH NO BABY. Ur wrong ! aku semakin membesar dan memberat hingga sampai tahap yang merisaukan kesihatan. #serius


mama aku pun balik-balik nasihat aku. jangan itu ini. mama nasihat sebab sayang. aku bukan ndak mendengar tapi entah apa masalah aku ini. nawaitu ada, tapi tindakan xda. bila x dapat tanggung, menangis aku sendiri n asal tekanan dan banyak fikir mula la aku mencari makanan. mesti aku mahu makan banyak-banyak. mesti macam-macam ada di fikiran aku. aku rasa lepas makan baru lah konon dapat membuang beban, padahal. tuiii =..='


kakak aku pun pernah tegur gaya aku. kenapa ko ni? macam banyak tul ko fikir.
Yah kakak. memang banyak. kadang-kadang mahu gila aku fikir. aku rasalah kan kakak macam bertimbun2 menggunung sudah di kepala aku. mahu menangis, aku malas. jadi mengelamun jak aku kan kakak? lagi-lagi aku ni yang kadang-kadang ja bagitahu masalah aku dekat org. jadi diam2 sak la. ehehe. # semoga kakak sihat ja di Tawau tu ngan sakit ko, apa tuh? Bronchitis?? 


terlebih aku edit, yg penting santik.
bronchitis? salah satu penyakit penapasan. aww..sila GooGle tuk keterangan lanjut la ya. aku bukan doktor mahupun nurse. ^^ klik sini. klik sini


Bronchitis, hari2 kakak batuk dalam bilik. sekarang aku pulak yang batuk. aku harap aku ndak dapat sakit macam ko la kakak. tapi konon doktor kata sama ko, sebab keturunan. emm betul jugak tuh. nenek, yang, mama ada pnyakit asma. tapi aku ndak tahu pulak, ada connection ka between dua benda tuh. # cehrajinakusakapinglish . tapi aku rasa ko ndak bah tuh kena bronchitis, rilexxxx ^_^ aku nampak xda pulak gejala2 sesak nafas sama ko. malar batuk jak.. dari cuti..sampai ko habis cuti. sekarang aku yang ber'spoon'. aku yang sakit tekak. aku yang batuk-batuk pulak. karma.


kepada kakak, 

  1. aku harap ko sihat.
  2. jangan minum sejuk
  3. jangan makan pedas
  4. pakai mask yg 'lama' tuh selalu nnti berjangkit rum8 ko
  5. makan ubat
  6. Kinder Bueno tuh ada kacang tuh! jgn makan, tadi aku minta ko x mo bagi pun.=p
lastly.. aku sayang bah ko. maaflah kalo aku manas2 di bilik waktu  ko malar batuk.  =")
#ahh aku mahu menangis pulak mengenang nasib diri. -penangis-aku kan jahat.. =")

#okeh lah tuh bronchitis, aku ni ?dengan keadaan aku yang begini ni x mustahil banyak penyakit bersarang dalam diri. =(







Friday, December 23, 2011

ohh meranalah aku malam iniii T_T

Selasa lalu, bapa datang melawat.
datang membawa udang.
udang yang di sangka udang,
rupanya ketam-ketam.
aku yang langsung x tahu,
terus masukkan dalam peti sejuk.

Hari rabu,
kakak aku tanya aku,
"ketam ka udang yang bapa bagi tuh?"
entah, aku pun x tahu.
bukan udang ka?
tuh la pasal x tengok-tengok dulu.
dapat pulak rezeki makan ketam. eheh

hari khamis,
kami masak ketam.
ketam masak asam pedas.
walaupun ingredients x cukup.
kami hantam saja,
asal bole masuk perut.
huaaaa kenyang perut aku makan ketam sahaja. =D

malam ini,
penyakit mula menular dalam diri
merebak sana sini
sekarang di tangan, tadi di kaki.
ohh meranalah aku malam iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiii




# aku sebenarnya mana boleh makan ketam wo. asal makan, mesti keluar elergi T_T
tapi di sebabkan xda sepa yang mahu makan ketam tuh, terpaksa aku n kawan2 makan ketam tuh. uhuhuhu.. gatal.. ='(

Monday, December 19, 2011

darah kamu jenis apa?


assalamualaikum

lama juga aku tidak update. ehh perasan ! padahal baru beberapa jam . =.='

esok dekat uitm Kota Kinabalu ada derma darah.
Siapa yang layak, silalah pergi menderma darah.
Siapa yang derma akan membawa pulang KFC~
okeh KFC, aku serius nih. aku terbayang2 lah jugak berlambak2 kotak KFC nanti dekat unit kesihatan. uhuhu
#pandai dorang buat promosi kan?
 kalau aku, aku mahu gak derma darah ni. tapi kan..tapi..but..but..

ohhh no !!


aku tiada kekuatan tuk derma darah. T_T mahu kata berpenyakit, aku jenis orang yang lombon, terlebih sihat. Dulu aku pernah nak derma darah, lepas kena cek itu ini. Tuh nurse ka entah apa, kata yang aku layak untuk derma darah aku. Lepas tuh baru aku bagitahu mama aku.
Mama aku tidak suruh aku derma darah. Sebab darah aku tidak stabil.

Pasal darah aku x stabil tuh, aku tak tahu pulak kenapa. So aku diam2 ja lah.
Jadi aku pasrah, lagi pun aku malas mahu cucuk-cucuk jarum nih. eii tahulah x sakit sangat. tapi malas tu tetap malas. ^___^ 

dulu aku nampak kawan aku yang derma darah pengsan time kawad. uhuu. panik. sebab aku malas nak derma darah lagi, sebab aku memandu kereta, aku risau aku jatuh pengsan lalu terbabas. kalau aku seorang xpa juga, aku pasrah kalau itu da ketentuan Allah. Tapi aku bawa anak orang sekali, so kenalah berhati-hati. kan kan ? ^^

#lepas hari tuh, baru aku tahu yang darah aku jenis B+. wow! 
Darah kamu jenis apa?



Friday, November 25, 2011

awww serammmm







huaaaa, letihnya aku. =..= kelmarin aku balik rumah gelap-gelap lagi. Kelas habis hampir-hampir jam 6 pulak tuh. terus aku pecut x ingat diri balik ke rumah. he he he . Nasib banyak jugak kawan-kawan kereta yang lain dekat jalan raya. sejak bila lah aku berkawan dengan kereta kan ? maksud aku, banyak kereta juga bersama-sama aku balik malam. Jadi x la sunyi aku seorang diri dekat jalan raya. apa yang membuatkan aku penat, aku pun x tahulah.  memandu kali kan ? 


balik rumah, mandi - solat. kepala pening- tidur dan sekarang buka mata balik. hi hi. mata sakit sebab silau mungkin ? hebat penangan lampu kereta nih. Sampai waktu petang kelmarin, cermin pandang belakang aku ubah ke arah lain. biarlah x nampak apa di belakang, asal x sakit mata. ^_^ **bahaya nih**








Paling kreatif punya fikiran bila aku seorang2 dekat jalan raya tuh, adalah yang mintak tumpang, pandang cermin belakang ada pulak orang duduk.awwww ! takutttt! sepa suruh fikiran jauh betul ? tapi sebab semangat tinggi macam gunung Kinabalu mahu sampai ke rumah, kena bersabar dan jangan berfikir. 


kebelakangan nih aku suka baca BORNEO GHOST STORIES.
sebab tuh kali aku berfikir macam-macam ?? euuun seraammmmmmm >..<"







Thursday, October 20, 2011

Flanil Analgesic Cream

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk. Sudah? Flanil Analgesic Cream. Sejenis ubat. Tapi bukan ubat sakit jubur ok, no no no *sambil geleng-geleng kepala tidak setuju*. Tahulah nama dia agak ke arah kuning sikit, sila jangan fikir benda lain.


Inilah Anal. ehh tersasul dengan sengaja pulak. maaflah.  Flanil Analgesic Cream. Aku pinjam ehsan datuk Google.

okeh di sederhana pendekkan cerita, waktu aku ikut KAKS minggu lalu, aku ada lepak-lepak bilik kawan aku Nurul. Menumpang wat kerja lah katakan. Kami ada kerja maw kena wat. Jadi bilik dia lah sarang kami. Hebad bukan ?

Belum aku cerita apa-apa aku dah terasa aura-aura cream nih taw. Okeh, jum aku cerita lagi. Malam tuh aku duduk lah bilik Nurul, aku duduk dekat meja dia. 

"Nurul, ada ubat urut kah? sakit gila leher aku ooo.."
Aku mengadu dekat Nurul. Sambil picit-picit leher aku yang saki itu.

"Tuhh nah dalam bekas tuh.."
kata  Nurul sambil tunjuk bekas di depan aku.

Waktu aku ambik tuh, aku ingat yang Nurul kata ubat ostrich, yang ada gambar burung unta di depan dia tuh. Alih-alih Nurul kata bukan, dia kata yang macam dalam gambar nih, so aku pun ambik lah dengan jiwa yang bersemangat kan. Semangat gila dengan harapan sakit belakang leher aku hilang.

"Terima kasehh Nurul.. ^..^"
cehh, sempat aku berterima kasih. sambil aku memicit ubat keluar, simpan atas jari telunjuk kanan. Amount dia macam aku simpan COLGATE selalu. banyak bebbb !!

Sekali aku simpan, wahhh besttnyaaa. Aku cakap dalam hati. Sekali, lama kelamaan. PUNYA PANASSSSSSSSSSSSSSSSSS LEHEEEEEEEEEEEERRRRRRRRRRRRRRR AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!! OHHHHHH CUA BAYANG KAN LEHER KAMU TERBAKAR!?? GITULAH RASA LEHER AKU WAKTU TUH.! Terus aku melompat-lompat kepanasan, teriak-teriak "panassss!" dalam bilik dorang Nurul dan Shanty. Shanty,Nurul, dan Shal teda..terbahak-bahak sudah atas katil. Lucu. Dorang kasi ketawa aku. Konon mula-mula kata sedaplah ubat tuh simpan di leher, sekali panas gila babi. =..= . nasib ada nurul. Terus dia kipas-kipas lah leher aku. Ceh, sampai keluar air mata aku nangis-nangis ohh. Boleh-boleh si ANALgesic cream nih rupanya panas. cehhh. Lama-kelamaan. Sakitnya pun hilang..fuhhhhh.   aku pun semangat gilak jugak bercerita ar ? sampai pakai huruf besar! hebad! C; ahahahaha!

Ohh itulah kisah aku yang tidak seberapa. saja aku tulis sini supaya aku ingat. apa pun peringatan untuk diri, semua yang ada di dunia ini sementara, yang pasti akhirat sana. Begitulah jugak blog ini, tidak akan kekal selama-lamanya. C:

kawan aku dan mama aku kata, emm kalau sakit belakang leher biasanya darah tinggi. jadi aku ada darah tinggi lah kan? hmnnnnn.

ok jumpa lagi. C:

p/s: kepada Cik Myen, bila nak update gambar? saya tunggu lorhhh. hehehe :p








Friday, September 2, 2011

belum sembuh sepenuhnya


Salam! selamat hari raya eidulfitri! sekarang sudah masuk hari raya yang ketiga. Sebenarnya aku xda mood pun maw beraya ke mana-mana atas kondisi aku sekarang nih. My mum said that my skin looks pale, penat, kurang tenaga lagi dalam badan, air pun kurang jugak dalam badan. Mood beraya aku pun ikut terbang jugak sekali.Ada jugak lah 2 3 rumah aku beraya. Tidak mampu aku rasa banyak-bayak rumah.haha

Orang waktu raya banyak makan. Aku banyak minum-minum. Malas maw makan banyak, xda guna jugak. Nanti keluar balik. Merugikan + menderitakan leher aku jak. T___T
Ubat? uhhhh..ubat pun sudah maw habis. Bapa pagi-pagi bawak aku gu klinik. Tapi aku malas. Klinik? salah 1 tempat aku malasss sangaattttttttttt mahu pergi dalam dunia ini. Hospital? lagilah malas. Kalau aku rasa aku betul-betul tenat baru kali aku maw pi tempat tuh.

Baru tuh bantak pulak tips-tips aku dapat dari keluarga dan kawan2 aku waktu aku sakit nih. ihihihi. Kalau aku pi rumah nenek aku. mesti dorang tanya. "ok da kau besar?" .ohh dalam hati aku gembira jugak ada family n friends yang concern akan sakit aku yang sudah masuk 4 hari melanda diri ini. Kalau di rumah, lagilah, gembira ada ibu bapa yang ambik berat jugak.^^

tips 1: minum air limau. Nih makcik aku yg cakap. Mama dorang Aca. Ohh dan aku jugak   dapat dari kawan aku Ajie. Ehehe. Tapi aku tidak ikut. Sebab aku takut kalau aku minum, perut aku tambah-tambah bergelora lagi. Sakittt aku yang merasa. hihihi..

tips 2: minum air dari pucuk jambu batu. ehemmm.. nih aku dapat dari makcik aku jugak dan semestinya jugak dari mama aku. Kalau makcik aku, si mama si Aca nih, dia suruh kunyah-kunyah tuh pucuk jambu batu. Kalau mama aku pulak, suruh aku minum air yang direneh bersama pucuk jambu batu tuh. Punyaaa PAHITTTTTTTTTTTTT. Tapi demi cepat sembuh, aku mimum jugak biar pun rasanya bikin muntah-muntah. ahahah

tips 3: minum air 100plus. okeh, antara semua tips, ini yang aku paling suka. Tips nih, si kak r-ma yang bagi. Kena pulak dengan minuman fevret aku. Hari-hari minum pun tidak apa. Dia kata minum 100plus boleh ganti tuh air garam yang dari hospital tuh. Jadi aku minum untuk menggantikan air yang hilang dalam badan aku nih. Minum banyak-banyak pun tdak apa. lagi aku suka ^^

Dah masuk 3 hari, tapi bekas suntikan jarum yang aku kena di pagi 1 Syawal masih lagi belum hilang-hilang. Aku eran jugak. Selalunya dulu waktu dekat sekolah menengah, lepas kena jarum bolehh lah aku hurrayyy hurrayyy sana sini. Ini tidak pulak.

Xpalah, sakit-sakit nih pasti Allah maw bagi aku ujian. Aku terima seadanya. :D

kakak aku kata pulak, Allah bagi aku sakit nih hikmahnya supaya aku kurang-kurangkan makan! ahahhahaha :DDDDDDDDDDDD bahh! kurus lah aku tuh nanti kan? hahaha

p/S: doakan aku sembuh cepat :) nanti kalau sembuh, dapatlah aku beraya pi km. dah lama kawan aku memeng tanya bila maw pi km? i'Alllah. tahun nih, dapat pi sana :)




selamat hali laya! ^_^ Y


Padahal aku maw post entry nih semalam. tapi lupa plak.. so, ini entry kelmarin. ehehe

Tuesday, August 30, 2011

Pagi-pagi aku beraya ke hospital


Assalam, Selamat Hari Raya Eidulfiti Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam :D

Tadi pagi, bangun-bangun jak trus gi tandas. Muntah-muntah + cb. Arghhh sengsara jiwa aku.
Then my bapa bawa pi Hospital. OTW tuh, banyak gila orang dekat jalan raya, jalan kaki menuju rumah Allah untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya Eidulfitri. Meriah plak aku rasa. Tapi hati aku tidak meriahh.. huaaaaaa T__T

Orang pagi-pagi pergi rumah nenek aku pagi-pagi da pergi rumah sakit =_+&^%

Tuh MA kata aku tak boleh makan makanan pedas, masam. Makan yang lembut-lembut jak. Huaa habis hancur berkecai impian aku makan soto yang mama aku buad, tambah2 dengan lada lagi. T_T , dia kata aku kena makan yg lembut-lembut jak. Sebab nanti if keras-keras, komfom muntah balik =.=

Tuh MA sarankan aku kena suntik. Fuhhh, nihlah first time aku kena jarum setelah form 5 berlalu dulu. Sakit ohh. bapa kata macam kena gigit semut api, tapi aku rasa teda-teda lah bah kena gigit mcm semut api. Sakit lagi dari kena gigit semut api. =____+' then kena bagi ubat tahan muntah and so on.

Sekarang aku kena jaga pemakanan aku. entah apa aku makan sampai aku jadi mcm ni? huhuhu.. harap habis cepat, koz aku maw jugak beraya and bantai makanan fevret aku. hihihi ^_^


Selamat Hari Raya Eidulfitri! ^__^Y     XOXO Maaf Zahir dan Batin :D