Klik ok? TQ so much !

Wednesday, November 13, 2013

Dan - Shiela On7






"Dan....
bila esok...datang kembali
Seperti sedia kala dimana kau bisa bercanda
Dan...
perlahan kaupun lupakan aku
Mimpi burukmu...
dimana t'lah ku tancapkan duri tajam
Kaupun menangis...menangis sedih
Maafkan aku "


Assalamualaikum, hahh kau agak. Begitu lama aku tidak meng-aktifkan diri di sini. Macam cendawan. Cuma cendawan okay lagi, lepas hujan tumbuh haa. Aku ni even hujan tidak pernah tumbuh tumbuh pun. Okay merepek. 

Dan entah apa motif aku terdetik tetiba kan mahu update belog ni. Aku baru habis baca satu thread forum dekat myforum cari tu. Membaca cerita, bercerita seram ni memang hobi aku lah. Aku sanggup lewat tidur malam, duduk sorang di ruang tamu, lepas tuh takut sendiri masuk bilik kawan, sambung baca balik kisah kisah yang tuan tanah dekat forum tu cerita kan. Apa tidaknya aku seram, lepas aku baca aku terbayang bayang. SOT.

Dan lagu dekat atas tu. Nyanyian Shiela on7 tuh. Aku dapat dari forum tuh la tu ! Best gila forum tu. Dah macam novel aku rasa. Sekali penulis dia terpaksa berhentikan penulisan dan penceritaan dia pada tahun lalu. Terkilan kot aku ? sebab aku tahu pasti TT tu banyak lagi dia ingin share, tapi terpaksa di tutup pulak thread tu. Aku mahu komen pun tidak dapat, sebab dia da kunci da. Terkilan sangat aku. Aku baru nak cakap yang aku suka gila minat gila enjoy gila baca cerita dia, dengan penulisan yang memang da macam novel tu. ish ishhhk

Aku tak salahkan dia. Dari pembacaan aku baca dia sakit. Semoga cik_es cepat sembuh dan panjang jodoh dengan Danny mungkin ? Aku suka baca part cik_es dan Danny. heehe Tak tahu cik es ni masih ada ka tidak, kalau ada aku harap cik es panjang umur dan murah rezeki.

lagu  di atas aku dapat dari thread cik es. Yang waktu cik es cerita pasal dia kena ajar main gitar tu, lagu nih la. Okay best.  Sekali aku dengar lagu nih best pulak dan ada persamaan dengan kehidupan aku mungkin ? siapa tahu kan ? eheheh. 

#tiba tiba mahu pergi sarawak. Sebab TT orang Sarawak. wahh wahhh. 
  hoverrr kauuu Kira.

Jom enjoy lagu ni. Lagu lagu sekolah menengah bah ni.







"Caci maki saja diriku  Bila itu bisa membuatmu Kembali bersinar dan berpijar Seperti dulu kala"

#lagu nih best. tidak lah aku kata ada kaitan kah apa. cuma bila aku amati lirik, memang best lah. :)
# esok test ustazah. doakan kami semua sekelas dan yang menduduki test berjaya ya ! amin ! :)


Friday, July 26, 2013

Kesesatan dan Kaison



 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamuaalaikum ! Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang terbaca ini ! Yehaaa XD

Oh ohhh, aku tahu aku baru muncul. Saja tulis tulis. Mood aku untuk menulis tengah membara ni. Hahh nampak ndak ? Kalau tidak, ok aku faham. *angguk-angguk*

Macam hantu kak limah yang muncul tiba tiba tuh, hahh. Macam aku lah tu. Tiba-tiba muncul setelah beberapa bulan menghilang. Ohh i mean, hilang dari belog. *malas menulis lettew, ngaku ja lah woii*  lepas aku tengok entry aku yang paling lama lah sebelum yang ini, hahh ! Bulan dua yang lalu tuh ! *terbeliak terkejut sendiri* deeiii. 

Tadi aku da awal bangun da. *awal lah sangat* siap siap pergi ibu kota. Kasi kawan my makcik. Actually lebih kepada jadi dreber dia sebenarnya. Penat kah jadi dreber Kira ? Penat ? Heii mana ada aku penat memandu awal pagi pergi KK balik petang pulak tuh. Mana ada jammed tuh KK. Siok bah memandu waktu 'highlight' tuh. Siok bah. siokkkk. Mana ada sakit kaki ku baa. Mana ada. hehh

ok cut the crap. Lets get to the main point. Shall we ? Lepas hantar makcik aku ke Palace Hotel yang macam istana di KK tuh. Aku pun raun raun lah KK tuh. Harapan aku mahu masuk p bandaraya. Sekali yang best tuh aku tersesat sampai entah mana, mau pergi Bukit Padang aku ! Kau hado ? Inilah yang di katakan menyimpang seinci sesat seribu batu ? (hantam) Rileks, cool, walau sesen pun kredit hp aku tiada. Luaran biar nampak tenang. Dalaman tuh biar tuhan dan aku sahajalah yang tahu kan. Nanti kalau aku menggila gelabah ndak tentu pasal dalam kereta tuh apa kata pemandu sebelah ? ehh ehh. Sukur lah aku jumpa jumpa jalan keluar. Ha ha ha ha ha. *ketawa kesiokan*

Then aku pergi Centre Point. Centre Point belum buka aku sudah tercongak sana. Nampak kah semangat waja aku pergi CP tu ? *maka tiada hala tuju bah* . Kedai belum buka aku datang sudah. Lain kali aku lah buka tuh CP, lepas sahur datang lah aku terus pergi CP tuh. *over* 

Jalan punya jalan, di sebabkan tiada hala tuju, aku stay santai santai ground floor sana hampir 1 jam. Kalau bilang OM di Epen ka Cupen toh tu, "santai aja". Hahh gitulah aku. Then jalan jalan lagi sampai tingkat 3. Sampai lah tiba-tiba termasuk satu kedai ni. *konon lah tiba-tiba* KAISON ! MY FAVORITE KEDAI. ehhh. Masuk kedai ni memang ndak boleh blah. Kalau boleh kau camping camping jak sana. Sebab memang lama sampai ndak ingat masa kalau raun raun KAISON ni. Padahal yang lebih tuh cuci mata jak, tengok tengok benda yang comel lote gitu. Yang antique gitu. Waaaaauu. Hah jom cuci mata kejap. *seumpama gambar aku tangkap itu cantik betul* blerghhh,

    Hahh Centre Point. Sampaikan waktu aku gambar ni ada budak dua orang, junior UiTM kali kan. *trep kakak senior* "pelancong kali" dia kata sama aku. Sindir nampak?nevermind. yang penting kau dan aku bahagia. hahah



Why. Why. Why. Why sooooo fluffyyyyy. Why why why. Yang itik tuh yang ndak tahan nampak tu. Seakan mahu berguling jak di sana bila ternampak diorang. Ok fine

Adorable and soooo cute. Yang atas tuh tempat simpan makanan. Yang bawah ni tempat gulung² wayar yang berkaitan. Rambut kau ? Ahaaa, rambut kau pun boleh, cuma rambut yang jenis tangsi lah tapi. 

"jalan kegembiraan saya"
blur. Ahhh, ada orang kata blurr itu seni. Anggap jak la cantik gambar aku tangkap ni. blergh

Ini pun sangat comel okey ! Aku ada dua biji yang bikin cop cop ni.  Apa pulak kita panggil ? STAMP ! Kawaiii sungguh satu ! Yang bawah ni, calculator ! kawaiii sungguh dua !

 Aku suka benda yang bermotipkan kayu. I have four of this at home. And all of them come from Kaison. Setia bersamamu Kaison. Wahahah. 

Hahhh nih lagi yang terpaksa tahan tengok ni. Bermotipkan peta peta, bunga bunga. aaaaa Vintage gitu.  Hati terasa seperti di sorga. Sorga buatan sendiri jak la. Apalah sorga sangat, maka aku cuci mata jak pun ? 

ohhh and at the end, I end up buying this thing ! A box. Lagi panjang dari yang aku punya box dekat Jements.
Aku suka. Boleh simpan barang-barang kan. Ianya di perbuat daripada kulit sapi Newzealand entah kain jenis apa. Maaflah kurang arif bab bab ni. ^____^ yeehaa 


That's for today. Ndak menarik pun cerita, tapi saja share cerita. Belog memang medium untuk share cerita pun. Ngehehe. Lepas tuh aku end up melepak di Lobby Hotel solo-solo lepas habis urusan yang tiada-tiada tuh di CP. Main game candy crush yang-tidak-pandai-lah-move-up-pergi-next-level-tuh dan Minion Rush yang-tidak-pandai-lah-sampai-sampai-target-score-aku-tuh. 

# Lagu - Kita by Forteen di nobatkan sebagai lagu yang sesuai dengan aku semester ni. Yeah. (yeah gaya Saburah)
#Selamat berpuasa semua. ^___^ 
# aku mahu sangat pergi Zoo, tengok buaya jak. *apa kaitan*
# tidak dapat jumpa Eza yang di KK tuh, sebab dia ada kelas ! huhuhu








Friday, February 8, 2013

Girls-night-out


Bismillah.

Assalamualaikum semua.

Sekarang telah masuk pun bulan baru, bulan Febuari. 


Hari tuh 20hb Januari aku sempat ke Shah Alam sebelum balik ke kampung halaman. Tempat cousins aku si Ani & her husband dan si Anna the babysitter. Aku bukan pergi sorang-sorang ok. Gila kau? Nanti aku sesat di negeri orang, aku bukan orang sini. Aku dengan my dear sister si Kecik yang jalan pergi sana. Padahal naik KTM jak pun pergi KTM Shah Alam, then my cousin ambil. Hi hi hi.   *yaiiii terhibur nampak?*


Then malam tuh kami ber 3 jalan g I-City (aku, Kecik dan Anna). Cousin aku si Ani tidak ikut. Dia tinggal di rumah. Jadinya ? Jadinya aku yang kena suruh pandu, sebab aku jak antara kami ber 3 tuh ada lesen. Mau tak mau, kenalah pergi. Sebelum jam 9 malam kami da bertolak dari rumah Ani. Aku lupa lah area sana tuh Syeksyen berapa. * pelupa * . Dekat jak I-City tuh dengan rumah dia. Si Ani siap bagi peta lagi. HAHAH.



Peta Ani bagi. Yang bulat bulat 3 biji tuh traffic light. Dekat ja I-City tuu. dang!


Aku pun pandu lah kereta keluar dari perumahan cousin aku dengan penuh rasa confident di jiwa. Sebab ada peta dan si pembaca peta yang duduk sebelah aku ( Anna ). Adik aku si Kecik pula? Dia risau dan tidak confident. Yang tidak confident ke belakaaanggggg please! :p . Eh tapi memang hari tuh adik aku duduk belakang pun. Sempat lagi isi minyak dekat Petronas. Sebab minyak kereta Ani da berkelip-kelip simbol dia aku nampak. 




Jangan tengok muka. Aku pun x tahu muka apa aku tengah buat tuh ? Baca dialog jak.
He he




Then aku pun yang dengan fully confident tuh pun pandu. Sekali pandu punya pandu, korang mau tahu apa jadi dengan kitaorang? SESAT!! Alangkah itu? Sesat sampai terjumpa highway dan juga Tol, padahal dalam peta Ani beri manada sebiji Tol dan highway punnn. Ok jangan salahkan si pemandu. Salahkan di pembaca peta ok ? :p  Adik aku si Kecik di belakang da risau. Bising pula dia di belakang tuh. Har har. 
Then kitaorang call Ani. Dia suruh turn back. Tapi kami tidak turn back pun. Jalan terus dengan penuh keredhooan dan kepasgrahhan hingga terjumpa sebiji Tol. *ikut kepala sendiri* kepala tohir. Nasib tol seringgit. Kalau beringgit-ringgit tadi? *pengsan* 

Sampai mau bayar tol tuh, sempat tanya orang yang tanya tuh. 



"Kak, macamana nak gi I-City ?"


"Jalan terus, kiri, kiri", katanya pada kami. WOW  ∑(O_O;). Sangat RINGKAS dan PADAT bukan? Terus kami buat-buat faham then jalan terus. Ikut kepala tohir lagi untuk kali ke-2. Jangan Pandang Belakang.

Akhirnya, wallahhhh! Jumpa pun kami I-City. Wa ha ha ha. * sila beri tepukan sikit *. Parking. Then jalan-jalan dari satu pokok ke satu pokok lagi. Cousin aku, dari perut x berisi ke perut berisi, adik aku dari pakai spek ke tidak pakai spek. *tiba-tiba* . Jom layan sedikit gambar ? cekiittdauut



















Then kami jalan punya jalan, hingga jumpa tempat karaoke. RM3 untuk 1 buah lagu. Alangkah itu ?? Padahal pilihan lagu sikit banget. Tapi pergi hantam juga nyanyi dengan si Anna 4 lagu. Adik aku duduk melihat jak. Anna nyanyi lagu Tak Seindah Biasa dan Berpisah Jua. Then kami duet Senja Nan Merah dan Biarlah Rahsia. Aku jadi Awie malam tuh, cousin aku Ziana Zain. kah kah kahh. 









Memula kitaorang jak sana nyanyi-nyanyi, then orang datang. Habis kami nyanyi, orang tepuk-tepuk tangan. XD Adik aku la paling kesiokan, sampai aku pun tidak dapat described tahap kesiokan dia sampai langit keberapa lepas kami karok tuh. kah kah.  langit ke 8 mungkin ?  
Lepas tuh, kami decide untuk pulang. Jam 1 lebih da tuhh. Ohh maii. Berjalan tidak ingat jam. Maka, di sana-sana juga kami jalan-jalan. ( ̄□ ̄;). 




And again, KAMI SESAT WAKTU PULANG. Ha ha ha!

Maksud entah kemana kami malam tuh. Dari jalan yang besar, ke jalan kampung yang kecik tuhh? Alangkah itu? Naya kami kala termasuk alam bunian. *tiba-tiba* . Lepas tuh, calm down. Pusing balik, then alhamdulillah akhirnya kami ikut juga jalan yang di peta pemberian Ani tuh. Time pergi tidak pula ikut peta kan ? Time pulang baru lah. Lucu.



#next time pergi lagi. ada 1 tempat dalam I city tuh kami tiada pergi. cissss.

#merantau tempat orang. Best.

Wednesday, January 23, 2013

Tips untuk menghilangkan bosan di kapal terbang


Bismillah dan assalamualaikum !

Home sweet home. *sila baca dengan perasaan penuh kelegaan*

Alhamdulillah, aku sampai dengan selamatnya ke rumah aku di Sabah ni. Flight jam 5.15 petang. Tetapi airbus tuh fly jam 5.35 petang. Memasing aku dan kawan-kawan yang lain, si Syinudz, Yuyui, dan Pepen naik hairan. Jam 5 minit lagi jam 5, tapi panggilan masuk tiada pun? wat lek, sap kok luk. *tiba-tiba* and at last, jam 5.35 petang barulah berlepas. 

Kawan aku Amanda, yang ulung balik Sandakan tuh, hahh dia balik seorang lah. Hehe. Tapi alhamdulillah, kau sudah sampai rumah kan? kan? siap say hi to almari baru lagi nampak. kih kih :p

Perjalanan, kalau pilot tuh pandu laju, in shaa Allah sampai cepat sikit. Aku dari jam 5.35 petang sampai perairan Sabah lebih kurang jam 7.36 petang. Itu baru perairannya, belum lagi landing time. 

Ehh teringat tadi waktu pesawat tuh landing, ada orang sebut "Landing Timee" macam P.Ramlee dekat Laksamana Do Re Mi tuh? dan aku rasa lucu. (iklan 3 saat)

Naik flight ni sebenarnya memeningkan. Itu bagi mereka yang tidak biasa or jarang or memang dia seorang yang gayat. Naik flight juga sangat membosankan, tapi kalau kau pandai 'menceriakan' diri. Perasaan bosan dan perasaan yang perjalanan itu terasa lama boleh dihilang kan. Mari baca sedikit tips menarik untuk menghilangkan bosan di kapal terbang ! ;)

1. Tidur

Aku pasti, semua orang pun suka tidur. Dan kebanyakan orang tidur time dalam flight. kan kan? Tadi orang sebelah aku pun tidur juga. Jadi untuk hilangkan bosan, boleh lah tidur. 

2. Membaca bahan bacaan

Membaca buku amalam mulia, sambil-sambil dapat tambah ilmu di dada. Dalam flightboleh lah baca surat khabar, majalah, NOVEL dan buku kanak-kanak? punnn boleh bah kalau kau baca itu buku kanak-kanak. :p Yang penting rasa bosan itu hilangTetapi sesetengah orang prefer novel. Terutamanya perempuan. Tapi jika anda jenis yang diserang pening jika membaca dalam perjalanan. Tak payahlah baca apa-apa. 

3. Mendengar muzik

Bawa mp3 atau pun mp4 anda ke dalam pesawat. Hand phone anda pun boleh digunakan untuk mendengar lagu. Diorang kata tak boleh buka phone dalam pesawat. Boleh bah kalau kau. Yang penting tutup semua line atau pun tetapkan dalam keadaan 'flight-mode'. Sebarang line yang wujud dalam pesawat tuh, boleh mengganggu penerbangan. (iyah ka? nih aku rasalah ) Jadi, bagi yang menggunakan hand phone untuk mendengar lagu, jangan lupa
kasi 'flight mode' (◕‿◕


4. Main game
#word search. manfaatkan masa anda. :)
Semua orang pun ada hand phone canggih-canggih sekarang nih kan? Bah apalagi? Main lah game waktu kamu bosan. Tapi aku pilih game lain. Aku suka cara oldies. Guna buku. Sudoku, Word Search dan sewaktu dengannya boleh guna untuk hilangkan bosan. Aku dalam flight tadi main Word Search. (◕‿◕) Cuba lah, pasti hilang rasa bosan dan x pening kepala. 



5. Melukis
Bagi mereka yang mempunyai bakat seni atau pun yang masih berjinak-jinak dengan seni,    boleh cuba cara ini. Bagi yang faham, pasti kamu tahu yang melukis membuatkan kau tidak rasa pun masa itu berlalu. Tup tap tup tap, sudah sampai ke destinasi. Melukis memang banyak buang masa orang. HAHA. #Aku pernah cuba cara ini. Sememangnya berkesan. Sediakan buku ok. woww.
       
6. Tangkap gambar
#awan sangat unik. Subhanallah. :)
Tangkap gambar memang best. Ada juga kenangan-kenangan di awan biru. Aku suka tangkap gambar dalam flight, tapi bukan gambar aku lah. Gambar awan. Sebab aku suka awan. Cantik, comel dan gebu. (´∀`) Untuk hilangkan bosan, boleh lah tangkap gambar. Bawa kamera anda atau guna jak hand phone. Tapi pastikan hand phone tuh dalam flight mode okay.



7. Kacau orang sebelah
Kekadang orang yang duduk sebelah kau dalam pesawat pun kau tak kenal. Apa kata kau cuba  kacau dia? hahah  “ψ(`∇´)ψ . Okay, nih tips x boleh blahhh. Korang jangan ikut tau.



Hahhh. Itu jak lah tips nya. yang di atas nih pun berdasarkan pengalaman aku lah. hehe. Sampai airport, bapa da tunggu. Then dalam kereta bercerita ketawa sampai sakit rahang aku tau. aduiii. haha Sampai rumah sekitar jam 10 malam. Salam dan cium mama. Sangat best perasaan sampai ke rumah ni. 

Sekian. 

#harap tips di atas berguna. haha! apa pun bagi yang mabuk perjalanan, jangan lupa bawa minyak angin ka. Untuk urut kepala pening.
#dan jika anda mahu perjalanan anda double triple bermanfaat, berzikirlah ingat kepada Allah sewaktu perjalanan anda. :)  
#gambar kredit Google. kecuali yang ada nama aku. itu aku punya. kih kih kih.


Friday, January 18, 2013

Ke Kuantan



Bismillah.


Tatkala orang lena di buai mimpi aku, aku rajinkan diri untuk menghupdet sejemput kisah dekat blog aku yang AMBIGUOUS nih. Tajuk pun ada speculative dan ambiguity di situ yah. Bukan apa, aku da puas tidur dari pagi hingga ke petang tadi. acchoom. *lap ingus* (ayat tidak tersusun) 


Hari nih 18. Januari. 2013. Esok aku gerak ke KL jumpa adik aku, then fly balik kampung. Hipp hip hurrayyy!!! *joget ke kiri dan kanan* 〜( ̄▽ ̄〜)


Macam ndak sabar aku balik rumah, last payyyperr 11 haribulan lagi, tapi aku masih stuck dekat Segamat sebab tiket beli sebelum jadual exam keluar. Kawan-kawan sekelas yang lain da balik rumah tidur bawah ketiak emak diorang. ehhh?  okbai

Hari tuh beberapa kawan sekelas bawa jalan-jalan. Pergi Kuantan. Wuuuu.  Best woo. Aku suka sebab pengalaman aku bertambah.  Saburah, Manda, Farah, Mira, Aisyah, Hani, Ariz, Acap, Aisar dan aku sekali. Yang lain kono' ndak jadi ikut. Cancel. Lina dan Mas pula, pergi Banting. 


Kawan sekelas yang bawa jalan, semua baik-baik. Ohh terima kasih. (●´∀`●)  




Gambar 1- Ini artis yang mengalami TRAGEDI JANUARI. 
Gambar 2- Kami di Teluk Cempedak
Gambar 3- Kami dengan 'mata' yang hebat. FULL BLAST DARK CIRCLE.

Perjalanannya sememangnya best. Kalau boleh sem depan ke Thailand? ehhhh memain. okbai (gila jauh) Sejak aku pergi Segamat ni, paling paling pun aku jenjalan dekat KL dan Negeri Sembilan. Wahaha. Belum cukup aku 'pusing' Peninsular Malaysia ni. Nanti lah kalau di panjangkan umur dan sihat, nanti aku mengembara, seorang diri pun tidak apa. #eh


MEMORY is the diary that we all carry about with us.

#best sangat jalan-jalan tuh. 
#mata keesokan paginya bengkak. Haven't sleep at night. Sewaktu di pantai Berserah, yang lain tidur, kami? None.
#G R E A T M E M O R Y. Thanks my dear friends. o (◡‿◡)





Tuesday, January 8, 2013

Exam Week


Bismillah dan assalamualaikum semua !

"Ehh kau? Lama tak nampak muka kau dekat sini. Blahh luu" , kata Abu cuba menghalau aku pergi dari blog ini.
"Ehh Abu, janganlah halau aku. Aku tak bersalah, tsskk tsskk.", kata aku pada Abu dengan tangisan yang ditahan-tahan. 


*Ok merepek 10 saat kejap*

Ohh serius. Memang lama aku tidak mengupdatekan diri di sini. Mau kata ada yang rindu, mustahil. Tiada siapa-siapa yang rindu aku di sini. kan? her her *sedar* apa tidak, tup tap tup tap, tiba-tiba muncul. Macam chipsmore
Orang dah blog itu ini, cerita konvo, cerita itu ini. Aku sejemput pun tiada, but I'm still alive (Y), masih bernafas di bumi sementara ini. 

#Motip gambar adalah saja mau bagitahu, kucing UiTM Segamat kebanyakannya tomel dan lombon.
Sekian dan terima kasih.
Hari ini, aku ada exam sebenarnya. Paper Fiqh Muamalat pada jam 2.15 petang nanti. Nasib petang kan? Aku nih cuba mengisi masa lapang aku kejap dengan berblogging ( orang study, aku berblog pulak kan, sempat! ), since aku tertidur lebih semalam, jadi tadi aku try tutup mata aku, even aku paksa separuh mati, ndak juga aku dapat tidur. Ohh mata, kau kenapa? Menguap aku bukan main lagi. Mulut kata tidur, mata kata bangun. Harap-harap lah aku ndak ngantuk nanti jawab exam kan? hmmmmn ( ̄~ ̄;)

Ohh tak mau cakap panjang-panjang. Nanti aku cuba rajinkan diri lah kembali. Back to basic. Haha. 

#Doakan saya dan kawan-kawan dapat jawab paper FM ok? 
# Yang minta buat header tuh nanti free aku tolong buat kan. Huehuehue.  


Ok Baibai