Klik ok? TQ so much !

Thursday, December 29, 2011

berakhirnya cerita Tentang Dhia

wuwuwu~
mata masih bengkak, nangis2 tengok episod akhir Tentang Dhia tadi.
T_T sedihnya, kisah Dhia kan? sanggup dia di madukan.
baru tuh, meninggal pun sama-sama. wuwuwuwu T_T


#sangat sedih. benda nih memang cerita. siapa yang pandai mendalam cerita memang akan nangis.

"hanya mati yang dapat pisahkan kita"


#akupostsebab akumemangsukadramanih.

#1 : Spontaneous Thursday

Strangers can become best friends just as easy as best friends can become strangers 

 # first time aku join khamis yg spontan nih.







ke-SUDOKU-an



salam dan
selamat tengah malam  


aku suka update malam² entah kenapa. sebab aku memang burung hantu kali ?


kuuuukk kuuukk #burung hantu berbunyi
=..="

ok, cut the ke-Burunghantu-an. lets go to the main topic which is ke-SUDOKU-an.

emmm macamana mo mula yah? kebelakangan ni otak aku bengap jak mahu update entry apa. tapi aku syukur jugak ke hadrat ilahi, yang aku xda idea waktu tulis dekat blog ja, kalau dekat kuliah ? nauzubillah.

panjang pulak mukadimah aku, tuh la x sampai² pun topik yang aku maw cerita. 

=..="

Sudoku. Dulu sumpah aku bodoh² gila dengan benda nih. Aku tengok. Sakit kepala. Aku tengok . Sakit Kepala. Aku tengok lagiiiii, malas. Sebab asal aku buat tidak betul ja ooo. Jadi aku malas tengoklah. eh tapi kan, itu dulu, sekarang lain..people change right? hiuhaiuha =p

sekarang aku dah terer *ecece* terer la aku sangat, aku baru beginner. tapi kiranya aku da tahulah main benda nih. dulu asyik tengok kawan aku sabura ja main benda ni. taksub gila dia main benda nih. sampai sebelum waktu exam pun, orang sibuk baca notes, dia " Jomm buat sudokuu ^^ " aku terkejut gila. dia memang suka jawab Sudoku.

Ada lagi benda yang ,mengejutkan aku juga. #balik² terkejut. Adik last aku. Pandai juga dia main Sudoku! terus aku rasa rendah diri. Adik aku yang kecik boleh pula, aku tidak boleh. 
Aku tanya, senang kah adik? senangggggggg.. ohh no. jatuh martabat seorang kakak 

=..="

sekarang , aku dah pandai jawab benda nih. senang pulak. haha. tuh la belum cuba belum tahu hasilnya . kan ? jangan mengalah selagi belum berusaha. sebab pandai tuh pun lepas handphone aku hilang, then dekat handphone cikai aku tuh ada pulak game Sudoku, sebelum tidur itu ja kerja aku sekarang. Main sudoku. kalau dulu main sms, sekarang da main game sebenar. ehh apa kaitan dua tuh? hee 

dan dan! aku da ada buku Sudoku pertama aku, yang aku beli dengan harga RM4/RM6 kalau x silap. Beli dekat kapal Logos Hope. Pasal Logos Hope, nantilah aku kisahkan di sini. Kisah aku pi Logos Hope. hehe. Buku dia murah-murah!! di sebabkan waktu itu, ke-cinta-an aku terhadap Sudoku sudah ada, jadi aku beli. ^___^



#nehhh aku sudah ada buku sudoku ^..^ *kesiokan*

#penuh kesabaran aku meng-upload pict tadi. demm, slow gila line. tapi sabar separuh dari iman. itu pict buku sudoku aku. wee. tulisan dia jangan pandang lama-lama. tahu cincai. kekeke. 

# jom main sudoku. kasi tajam minda. =] 
 benda nih memang mencabar kesabaran jiwa. ^..^







Wednesday, December 28, 2011

Rabu yang Bisu



click to enlarge





#bisu lah sangat, tapi ada lagu. hahaha =D
# ehem. saya suka quote dan lagu tuh sekali. serasi bukan? ^..^
# jiwa=sagut








 

Monday, December 26, 2011

gloomy sunday

  




suka dengar lagu nih, membuatkan aku insaf.
aku tahu diri aku banyak tercalit dosa. ku juga manusia biasa. ya Allah maafkan aku. T_T

#kemarin hari yang penuh kesedihan. kucing aku pergi meninggalkan dunia ini.. sob sobs..
xpalah itu tandanya Allah sayang dekat dia. bagus juga dia pergi daripada dia merana.

#ingatkan dia da sihat lepas jalan2 tadi, sekali dia mati dekat tangan aku.. sedihhhhh.

#tambah sedih bila ingat-ingat kisah tuh sambil dengar lagu nih. T_T

bye mangau, moga ko lagi bahagia di sana..

Friday, December 23, 2011

ohh meranalah aku malam iniii T_T

Selasa lalu, bapa datang melawat.
datang membawa udang.
udang yang di sangka udang,
rupanya ketam-ketam.
aku yang langsung x tahu,
terus masukkan dalam peti sejuk.

Hari rabu,
kakak aku tanya aku,
"ketam ka udang yang bapa bagi tuh?"
entah, aku pun x tahu.
bukan udang ka?
tuh la pasal x tengok-tengok dulu.
dapat pulak rezeki makan ketam. eheh

hari khamis,
kami masak ketam.
ketam masak asam pedas.
walaupun ingredients x cukup.
kami hantam saja,
asal bole masuk perut.
huaaaa kenyang perut aku makan ketam sahaja. =D

malam ini,
penyakit mula menular dalam diri
merebak sana sini
sekarang di tangan, tadi di kaki.
ohh meranalah aku malam iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiii




# aku sebenarnya mana boleh makan ketam wo. asal makan, mesti keluar elergi T_T
tapi di sebabkan xda sepa yang mahu makan ketam tuh, terpaksa aku n kawan2 makan ketam tuh. uhuhuhu.. gatal.. ='(

Wednesday, December 21, 2011

wang kertas Malaysia yang baru


sumber facebook =)


#duit Malaysia baru uuuuu~ 
wahh aku suka.
aku paling suka warna biru, hijau dan merah.
sebab dorang warna kegemaran aku.
yeheeee 

ok tuh je. 

 duit kertas rm100 dan rm20 tuh menarik!!
rm 20 tuh sebab jarang-jarang mahu dapat.
lupa pulak mahu cakap, yang hari tuh pihak Bank Negara malaysia
ada datang gi UiTM KK. bagi kita ceramah sikit.
sambil-sambil tuh mereka bagi tunjuk rupa duit baru.



Rm20 nih kejap ada kejap tiada. 
macam chipsmore ohh kau. =D



Mungkin suratan kita - Lara Lagi Adira


#okeh aku minat lagu nih sekarang.
sepa yg tengok Ombak Rindu tuh mesti suka jugak kan?
jom suka lagu nih ramai-ramai. ;-)

lagu ni, aku tahu mesti untuk watak Mila kan dan yang si Bronte Palare tuh.
Mila sebab cinta dia dekat Hariz tidak kesampaian.
Yang si Bronte tuh x kesampaian dekat Izzah pulak.
ohh so sad. =(

#cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta - Izzah



ok tuh je



#tekanan pulak aku, tembak diaaaa !




aku tengah online dalam library UiTM Sabah.
ingatkan mahu buat assignment.
Tapi x tahu plak mcmana mahu cari guna datastream. T_T
bersama Saburah, sementara menunggu Amanda yang meeting.
ok tuh je ( ikut mcm nada2 Saburah)

#disebab kan aku bosan, x dapat cari benda yang kami cari-cari. jadi aku wat benda lain. hihihihi ^..^

Monday, December 19, 2011

darah kamu jenis apa?


assalamualaikum

lama juga aku tidak update. ehh perasan ! padahal baru beberapa jam . =.='

esok dekat uitm Kota Kinabalu ada derma darah.
Siapa yang layak, silalah pergi menderma darah.
Siapa yang derma akan membawa pulang KFC~
okeh KFC, aku serius nih. aku terbayang2 lah jugak berlambak2 kotak KFC nanti dekat unit kesihatan. uhuhu
#pandai dorang buat promosi kan?
 kalau aku, aku mahu gak derma darah ni. tapi kan..tapi..but..but..

ohhh no !!


aku tiada kekuatan tuk derma darah. T_T mahu kata berpenyakit, aku jenis orang yang lombon, terlebih sihat. Dulu aku pernah nak derma darah, lepas kena cek itu ini. Tuh nurse ka entah apa, kata yang aku layak untuk derma darah aku. Lepas tuh baru aku bagitahu mama aku.
Mama aku tidak suruh aku derma darah. Sebab darah aku tidak stabil.

Pasal darah aku x stabil tuh, aku tak tahu pulak kenapa. So aku diam2 ja lah.
Jadi aku pasrah, lagi pun aku malas mahu cucuk-cucuk jarum nih. eii tahulah x sakit sangat. tapi malas tu tetap malas. ^___^ 

dulu aku nampak kawan aku yang derma darah pengsan time kawad. uhuu. panik. sebab aku malas nak derma darah lagi, sebab aku memandu kereta, aku risau aku jatuh pengsan lalu terbabas. kalau aku seorang xpa juga, aku pasrah kalau itu da ketentuan Allah. Tapi aku bawa anak orang sekali, so kenalah berhati-hati. kan kan ? ^^

#lepas hari tuh, baru aku tahu yang darah aku jenis B+. wow! 
Darah kamu jenis apa?



Sunday, December 18, 2011

comel





ihikks. benda nih sebenarnya da lama saya nak post.
baru hari ni teringat. ehee.
thanks kepada Cik Mel sebab buatkan doodle yg comel nih! ^__^

#cepat-cepat jadikan walpaper. hehehe  =3




Friday, December 16, 2011

let me go





If you love me, let me know.
If not, please gently let me go.

# peewittt, ceh aku suka quote di atas. best pulak bila baca. Ianya pasti cocok dong ngan mereka-mereka yang udah bercinta. orang yang xda org suka mcm aku, tak perlu fikir panjang-panjang. xda juga. ahahah ^____^

# gambar = tangkap sendiri, kali ini bukan dari pakcik Google.

# kalau kita teringat orang tuh hari-hari, suka kah namanya tuh? or cinta? kwang3 =p
siapa pakar tolong bagitahu. ^^






# rindu pulak dengan orang dalam gambar nih.
lama tak ketemu. =)


aku rindu !





Rindunya..


rindunya aku padamu


ohh miowww-mioww di rumahh!
hari ini aku tiba-tiba teringat kamu
itupun selepas aku terlihat video kucing-kucing dekat YouTube.
mempengaruhi tol YouTube nih. =..='


apa kabar kamu?
dekat rumah sewa aku nih, kucing ada, tapi kucing jiran.
Anjing banyak, tapi takkan la aku kena bela anjing kan?
apa aku da gila? mangkuk hayun tol.
susah lagi aku maw samak diri dan rumah nanti.


hari tuh jumpa kucing siam
tapi aku yakin yang dia da bertuan
dia limpas rumah kami
tapi kawan aku Sabura gi halau pulak
arghhh kacau daun tol Ola ni. =..=
x berkesempatan aku sentuh kucing tuh. 


aku rindu sama kucing dekat rumah, terutamanya si Bear! T_T









Wednesday, December 14, 2011

online memanjang ?



assalamualaikum semua  


okeh sebelum memulakan entry aku, ohh aku mo cakap, kalau ada yang berkenan dekat chibi dekat atas, korang boleh ambik, simpan bebaik dalam peti. teheee ^_^ itupun kalau adalah. keh keh.


dia tengah happy-happy online tuh sambil makan Nugget Ramly. Ohh gila sedap Nugget Ramly kan? lepas aku dan kawan aku Manda cerita dekat sms yang tengah makan Nugget Ramly, terus aku pon lukis lah 1 chibi yang tengah on9 dengan menggunakan laptop jenama B .B untuk BESAR,sambil makan nugget. sedapnya nugget . #daga


okeh, untuk aku yang sem akhir nih, aku rasa yang gila banyak juga assignment aku. Kerja rumah bagai. wowww. Kena rujuk internet banyak-banyak. Tapi aku selalu ja rujuk 'mukabuku' tuh. tuiiih. untuk ENT300 pulak, penggunaan internet memang perlu. kena cari banyak information. banyaknyaaa =..="


kelmarin pulak, bila aku on9, aku rasa heran pulak. Aku menganggap yang bila broadband aku nih laju, ianya suatu yang pelik! sebab selama nih manada dia mahu laju ja line dia ! terkejut + gumbira hati aku,. terus aku download MV dan music instrumental banyak-banyak. keh keh keh. terus aku online memanjang


keh kehh. kbai. petang nih ada kelas, malar lah kelas aku petang. =..=' kuatkan semangat jak la dari perasaan ngantuk tuh. zzzzzzz.


#petang mmg kuat tidur. =p


# aku tak pandai warnakan lukisan aku. T_T. burukla pulak. =..="


# entry merepek lg. hehehe







sukanya aku padamu wahai...

aku suka bila aku tengok langit ciptaan Allah. Biru.
cantiknya. Terpegun aku. wow.

minat aku. untuk pengetahuan aku sangat suka dengar music-music instrumental.
apa tuh? bukan yang memekak sana sini tuh ok? yang nih, yg just music sahaja. :)

hati rasa tenang pulak bila dengar muzik macam nih. Lebih-lebih lagi waktu otak tengah berserabut bagai. Semua orang ada minat tersendiri. Aku? aku suka instrumental. Sukaaa gilaa !

sumber Tumblr


kadang-kadang aku bayangkan diri aku dekat pantai, memandang langit, sambil mendengar muzik kesukaan aku ni (cehhh, jauhhh imaginasi nampak? ) sambil menghitung-hitung hari aku berada dekat bumi tuhan ini. baru beberapa hari aku memasuki alam 20-an .cepatnya masa berlalu. Aku masih perasan muda. Padahal, umur semakin singkat. Hanya nilainya yang bertambah. terlalu banyak dosa aku lakar di bumi ini. ampunkan aku tuhan. aku tahu banyak dosaku. selalu ingat kamu kala duka ku. T_T

lepas tuh menangis. menangis itu baik sebenarnya. dapat meringankan beban yang hati kita tanggung. uhuhu . terlebih pulak feeling lepas dengar muzik nih.

bestnya dengar lagu2 ini. cubalah try mendengarnya. :-)

sekarang aku suka dengar Kitaro-Spiritual Garden.






# kepada mereka yang patah hati tuh, ohhh kalau mahu, dengar lah lagu instrumental ni. Mana tahu anda menangis sampai berbaldi-baldi? hehehe JK. ^__^

# ingat ! menangis itu perlu, kadang-kadang ianya melegakan jiwa juga.

Wordless Wednesday 1



u all guys :') 
our last sem together. ;')


Tuesday, December 13, 2011

kawan,hidup ini macam novel







Life is like a novel.

Many chapters read and forgotten.
But there's 1 I wont forget.
It's the chapter when I met you 
and we become friends








kau dan aku
kita manusia berbeza
berlainan rupa
suara juga berbeza


kau dan aku
berbeza benua
berbeza negeri
terpisah dek lautan
tapi...
langit indah yang biru itu
kita pandang sama-sama kan?


kau dan aku
dulu tak kenal
ehh kau siapa?
hatiku tertanya 
kau belum aku kenali


kau dan aku
bila sudah berkenalan
mulalah nak kecoh
borak sana sini
share itu ini
ketawa itu ini
menangis sana sini
cerita itu ini


kau dan aku
kita kan kawan ?
saat perkenalan kita
tidak akan aku lupai
tersemat utuh  di minda dan hati 




kawan ! walau kita berjauhan, tapi kita tetap memandang bulan yang sama. ;)


jom pandang langit sama-sama. 1, 2, 3 ! ^___^ ( harap x hujan =p )


# kawan datang dan pergi, kawan juga ada yang jauh dan dekat. datang atau pergi, jauh atau dekat, aku tetap rindukan kamu semua. 


# gambar itu sumber google yah kawan-kawan. 


# 'I miss u' adalah 1 ayat yang senang sahaja untuk di sebut. kan? 


# selamat malam semua.kbai.











Monday, December 12, 2011

Love and Woman









agree ? give your comment. haha ^..^




hari nih balik KK. 
mood = malas.
kbai. 



Sunday, December 11, 2011

why did you fly away ?






cinta datang dan pergi. Itulah lumrah dunia.
sometimes, kita kena tanya diri kita, kenapa seseorang yang kita  telah berpaling dari kita.
bila perkara macam tuh da terjadi, kenalah kita 'think positive' ! ! ! pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. ^___^

# cintaku padamu sekian lama semakin berpudar. aisehhhhmenn.




Friday, December 9, 2011

lukisan untuk shanty ^_^







# lukis untuk shanty waktu kaks hari tuh ^__^

kecik-kecik da pandai mengutuk ya ?



aku bukanlah mahu menyanyi lagu Yuna
"ini tidak adil tidak adil baginya"


kebelakangan ni
aku selalu jalan-jalan ke blog seorang nih.
motif? baca komen.


baca komen orang-orang yang
kebanyakannya maybe' buttHurt' dengan entry 
yang kononnya mengutuk artis kesayangan
mereka.


banyak komen 'hangat',
macam dari kuali bagi sesiapa yang
 x suka baca komen mcm tuh.


budak pulak tuh. 
bertudung.  tengok umur.
ehhh?? tahunn 4!???
masih sekolah rendah ni.
kecik-kecik da pandai mengutuk ya?
perghhhh =..='


maki hamun semua ada,
geleng-geleng kepala baca,
ugut bunuh pun ada.


bila pihak teraniaya da lapor polis,
barulah ramai yang padam 
komen.
takut lah tuh.
sebelum lapor berani sangat kan??


dunia ini,
ingatkan dunia luar sahaja bahaya
dunia maya pun bahaya juga
waspada semua !






#yang melihat nih hanya mampu berdoa.
ada otak Allah bagi, kita guna sebaiknya. kan?



Thursday, December 8, 2011

kpop jadi isu





baru tadi aku jalan² dekat dunia belog nih. rupa² nya tengah hangat dengan isu kutuk kpop lah.
Kpop? Korean Pop? lolipop?


mpop? anyone?




Aduhh Malaysian. Terfikir juga aku, Orang tuh bukan kutuk mak dan bapa korang pun kan? . Just someone that u've always seen on tv, Beast, and Oh My School, what else?.Kita patut bersyukur yang sidia bukan menghina AGAMA KITA. Aku akui, aku pun layan kpop juga. Tapi x lah sampai tahap, bila seorang tuh maki k-pop, then kau sembur semua balik dekat dia, sampai penat tangan kau komen panjang-panjang. 


satu yang aku nak tanya. apalah yang kau dapat selepas komen panjang² tuh? puas hati

sebenarnya tidak salah untuk kita meminati sesuatu benda tu. Aku rasa benda yang yang di jadikan isu nih hanyalah benda 'kecik' bagi kita, terutamanya umat Islam nih. Rata-rata yang bagi komen, aku nampak, cik kakak dan cik adik yang pakai tudung. "hebat" juga komen yang di beri. Jangan disebabkan 1 benda yang sebenarnya 'melalaikan' nih membuatkan kita umat Islam berpecah sesama sendiri. Please open ur mind and THINK!!! tertanya juga aku, idol tuh kenal kamu

satu yang paling memalukan bagi aku. bila ada aku nampak komen dari adik yang bertudung labuh pulak tuh. baca komen, siap cakap SIAL lagi. Cakap pasal syurga neraka.  Aduhh, mana ajaran agama yang korang belajar dekat sekolah? malu aku membaca komen-komen yang ada. rata-rata yang bertudung. Islam..hmnnn. Memang lah yg blogger tuh memaki. Kamu janganlah maki balik. Dosa korang pun kena juga. aishhh.

bagi aku,dorang² sama ja. tidak lebih tidak kurang.

# kepala aku bingung memikirkan hal ini. Baik 'fanatik' dengan tuhan kita. kenapa? syurga menanti. kpop, apa yang menanti??

#aku rasa kesal.

#dengar cerita yg post tuh bukan budak tuh. *terbaca di komen*  hehe

# just pandangan dari aku. No harsh feeling guys , chill. ;) senyum awet muda kan? ^^




Wednesday, December 7, 2011

suka sama musim hujan ❤







assalamualaikum 


#sumber Tumblr




sejuknya malam nih. hari² hujan kan? Tapi kita jangan pulak mengeluh ^^ jomm bergembira.
OK apa musim hujan? siapa kata musim hujan nih x best? Hujan membawa rahmat. Antara waktu-waktu yang mujarab untuk berdoa antaranya adalah pada waktu hujan. Sebab waktu tuh Allah bagi kita rezeki. Bagi kita rahmat. Jadi tidak seharusnya kita mengeluh, sebaiknya ambik peluang tuh, gunakan seadanya. =) 


Kalau hujan sampai banjir tuh macam pulak? anggaplah ianya sebagai satu ujian daripada Allah pada kita.


sebab tuh aku suka hujan ❤  lagi 1 kenapa aku suka musim hujan? musim hujan sejuk. boleh tidur dengan seronoknya! wuhuuuuu 




# suka sama musim hujan =D











Monday, December 5, 2011

bertambah satu pengalaman dalam hidup aku - Part 2



Assalamualaikum 


Selamat malam semua, da makan? 
hari ni masuk lah 5 hari aku menyewa rumah . Meninggalkan rumah aku dekat Kota Belud, semata-mata untuk study dekat perantauan. ehhh macamlah jauh UiTM Kota Kinabalu ? haha JK


Bayaran untuk sewa rumah pun baru ja tadi aku dan kawan aku Eza gi bayar dekat Bank Islam. Huhu. Lega akhirnya bila diri sudah membayar sewa rumah. bebass ! ha ha ha =D 
rumah sewa kami nih best, TV ada, sofa, katil, dapur,meja makan, peti sejuk, dan mesin basuh, fuhhh semua lengkap. Kadang-kadang bila stay-stay dekat rumah sewa nih, aku rasa macam stay dekat rumah ja aku rasa. Sebabnya? lengkap bebbb. Tapi kami untuk awal-awal nih cuma berfikir untuk menyewa sebulan ja. Tapi aku nampak rayuan kolej, nama aku xda? adakah aku akan jadi NR ( Non-Resident) selama-lamanya? tidakkk T_T


Main point aku menulis nih, just mahu cakap, yang bertambah satu lagi pengalaman dalam hidup aku. he he he ^___^ dulu, aku tinggal rumah sendiri. Rumah pun pindah-pindah juga. Dulu, kami stay dekat Kota Marudu - Kg.Tombol,Kota Belud - Taman Nikmat ( 2x ) dan lepas tuh tinggallah kami dekat rumah sendiri. Home Sweet Home ♥ 


memanglah selama nih menyewa juga, tapi itu mama dan bapa yang bayar.sekarang aku yang bayar. huhu. Lepas tinggal rumah sewa nih aku dapat rasa perbezaannya;



  1. dekat rumah sewa, xda mama dan bapa, sebab mama dan bapa dekat rumah tol-tol.
  2. dekat rumah sewa, xda adik beradik, yang ada cuma kawan-kawan
  3. stay rumah sewa kena masak sendiri.
  4. stay rumah sewa boleh membuatkan anda lebih berdikari ! yeahhh ! bila lagi mahu berdikari ?
  5. rumah sewa dekat dengan tempat study. kalau kau jalan kaki pon boleh, tapi kena jalan awal-awal lah. he he :p
  6. Rumah sewa nih dua tingkat. Rumah aku rumah ampai je. ^^
  7. kalau stay rumah sewa, teringat-ingat rumah dekat kampung
# 1st time pulak aku tinggal dekat rumah 2 tingkat. jakun lah tuh. =p




#rumah dekat kampung. atas atas bahagian belakang. 


# aku rindu mereka-mereka yang dekat rumah di kampung sekarang =')
kakak oooo kakak, bacalah ko post aku nih. kekekeke =p








Saturday, December 3, 2011

you are not there to hold my finger

klik tuk tumbesaran

# mood malas mahu update, gambar-gambar ja la kali ni. boleh? =)
  tiba-tiba aku malas. =..="

saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati untuk dia








Ustaz: kenapa kamu bercouple dengan dia??
remaja: sebab saya cintakan dia ustaz.
ustaz: apa jadi kalau kamu tak bercouple dengan dia??
remaja:saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati untuk dia.
ustaz: boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?
remaja: ustaz ni gila ke? mati lah saya kalau macam tu.
ustaz: Islam itu ibarat oksigen kepada manusia, tanpanya kamu akan mati..bukankah Allah telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia..kamu sanggup mati untuk manusia, tapi sanggupkah kamu mati untuk pencipta CINTA itu ??







via: Zaidin Ahnaf's FB


sekarang nih, mcam² boleh terjadi sebab cinta nih. ada lah minah-monah yang sanggup terjun bangunan lah, kelar tanganlah, gantung diri dekat rumah lah, terlebih makan,tercekik bila makan, meraung-raung macam orang yang mereng akal lah. Yang lelaki pulak, aku x tahulah apa reaksi diorang kalau putus cinta. Mungkin, akan ada yang merempit dekat highway laju²-sambil-tutup-mata-depa tangan-terus mati , dan mungkin jugak bagi yang berkereta ada yang pandu laju-laju dekat highway lepaskan rasa sakit di hati. aku rasa macam, "ehhh bodoh ka? tak sayang nyawa?"


betul jugak degan dialog di atas, manusia sanggup mati untuk cinta manusia, tapi sanggup kah mereka mati untuk Allah yang telah mencipta perasaan tuh dekat kita? Tidak dinafikan, memang banyak juga hambaNya yang sanggup mati untukNya, terutamanya dalam menegakkan agama. Kita boleh lihat pada zaman nabi dulu. =) zaman sekarang, InsyaAllah ada punya. =)


bercinta x salah, cuma haruslah berpandukan landasan yang betul. kalau da sampai seru, kahwin la cepat² , dengan cara itu lebih baik . pegang² sana sini da  halal da. baik pegang babi. kahkah


# nyawa tuh penting, jadi jaga ia dengan sebaiknya. ^___^ jangan kerana cinta nyawa melayang. kbai. =D





Friday, December 2, 2011

Review : Ombak Rindu

baru kejap tadi aku habis tengok Ombak Rindu.
Filem yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ashaari.
Tinggi pulak semangat aku dengan kawan-kawan aku untuk tengok cerita tuh.
Mulanya kami datang jam 5 pm, ingat nak beli tiket wayang yang 7.10 pm,
rupa-rupanya seat dah habis ? ohhh mak.. seat yang ada pun yang dekat dengan skrin.
kalau kami ambik pun, makk oiiiii confirm keluar panggung kepala sengettttt =..=

so terpaksa dengan sebulat suara, pilih yang jam 9.30 pm. hhuhu



Sebenarnya aku nih x la mahu review cerita nih panjang-manjang. pendek-pendek pun penting lah. Aku da baca Ombak Rindu nih, best gila aku rasa waktu 1st time aku baca cerita nih, waktu entah form berapa.

Aku bagi cerita nih emmmmm 5 bintang ? kalau ikutkan hati aku mahu bagi 8 bintang, hehehe , disebabkan ada lagi yang "tapi-tapi" jadi aku x puas hati jugak dengan cerita tuh. Aku terbaca hari tuh entah kat mana, yang penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari pun tak puas hati dengan filem tuh. Ohhh bahh, samalah kita. Aku pun x puas hati. Bagi aku, kalau di jadikan drama lagi bagus. Ceritanya panjang. Hehehe

Faktor-faktor ketidakpuashatian.

  1. Jalan cerita ofkos lah sama , tapi ada beberapa part yang tak sama.
  2. Datuk Sufiah patutnya mati terkejut lepas dengar yang Hariz tuh bukan anak dia.
  3. Wafiah (lakonan Julia Ziegler) seksi gila dalam cerita nih. Aku pun terkejut gila babeng jugak tengok dia seksi mengalahkan aku. ehhh bila masa aku seksis? 
  4. entah, aku rasa mcm ada ja yang kena cut-cut ? tidak pulak puas hati aku. =..= kalau di jadikan drama lagi bagus. 
  5.  dan ada lagi yang aku malas pulak list. he he he


Hehe, overall OK la tuhhh, berbaloi-baloi jugak. Maybe kalau aku tidak baca novel nihh, aku xkan tahu macamana cerita Ombak Rindu, jadi lebihlahh feeling aku kalau tengok cerita nih. he he he, sebab x tahu jalan cerita kan? macam tuh lagi best. ^_^ apa pun aku suka ending cerita dia.sebab HAPPY ENDING =D dan bisa membuatkan aku nangis-nangis. wuu wuuu

apa pun tahniah tuk semua pelakon Maya,Lisa,Aaron ( ahh macam kawan-kawan aku pulak aku sebut nama dorang macam tuh ),pengarah n krew-krew yang menjayakan filem ini, BEST ja rasa bila novel yang ko minat baca di filem kan. kan? ^_^ iLikeAaronAziz :p

# apa pun, ada yang kata best, ada yang kata x best. Bagi aku, best lagi 'filem imaginasi aku yang ada dalam kepala aku waktu baca novel nih' ehhh adakah yang sependapat dengan aku??? jangan rasa sedih kalau cerita yang kita tengok tak macam yang kita expect. =)


# Ombak Rindu aku da ada, Cinta Tiada Akhirnya aku da ada, cuma tinggal satu buah novel lagi-----------> Rindu Cintaku, buku ke3 kesinambungan Ombak Rindu. Mana aku nak dapat yah? tolong belikan boleh? susahh pulak nak dapat kalau dekat Sabah nih. sedihhhh. :(






# aku suka lakonan Lisa jadi Mila. Ngam juga dia bawa watak jahat. Bila lagi kan nak tengok dia bawa watak jahat ?? ^____^Y