Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Pengalaman Di Negeri Orang | Bab 2


Bismillah, assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Baru aku terasa, tajuk entry aku bukan main lagi. Ambek kau. Bila baca entry lalu, rupanya aku tengah main teka-teki dengan kawan-kawan pembaca, terutamanya Anne, Mastura, Noraim dan Zila. Diorang tertanya-tanya pula.  Hehe maaf! lupa aku mau mention aku dekat mana sekarang ni. Lucu pun aku nih.

Sekarang aku tengah study dekat negeri orang. Ahhh biasalah tuh, kau belajar jauh-jauh merentasi lautan. kan kan? Adik aku boleh. Aku lagi boleh. ;p Aku sekarang dekat UiTM Segamat. C:

Suasana sini, bagi aku sama sahaja. Ada langit ada bukit. Sama sahaja dengan keadaan di Sabah. Ada gunung juga, cumanya bukan gunung Kinabalu, Gunung Ledang. Tapi di hati aku tetap Gunung Kinabalu. ;D 

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu..” awwwww

Cuma yang berbeza, mungkin orangnya. Bahasa yang digunakan, completely different! Bahasa semenanjung bah. Aku bukan tidak boleh cakap semenanjung, aku boleh sebenarnya. Berkata guna dialek semenanjung bila aku ada mood. Di kelas, cakap Sabah kena kasi ketawa. Kena olok-olok. Kami pernah olok-olok kah bahasa kamu? aku rasa tidak. MANASSSSSSSSSS. Jangan layan. Lama-lama pandai tuh berhenti.

Pada pandangan aku, warga kampus nih seperti semuanya Muslim. Alhamdulillah lah. Dekat Sabah dulu mixed. Ada yang Muslim dan ada yang non-muslim. Pagan? aku tidak pasti pulak adakah tiada. Baru tuh, orang semenanjung tinggi-tinggi yah? semua yang aku nampak sini tinggi ok. wow!


kihkih


Then, untuk student perempuan, kebanyakannya pakai tudung bawal. Di KK macam bergaya sikit student dia. Hehehe.  Dekat sini kau jalan-jalan tidak pakai kad matrix pun, ada pak guard kesah? TIADA. Jalan lah kau lugai-lugai tidak pakai. Diorang ok jak. Oh yang penting, hari Isnin dan Jumaat wajib pakai baju kurung. Kalau kau outing pun kena pakai juga. Kawan aku pernah kena sekali, hari Jumaat diorang pakai baju biasa keluar, then guard tahan tanya, “kamu Muslim ker?” . Of course lah Muslim, kawan aku semua pakai tudung pula tuh. Cumanya diorang pakai baju biasa sahaja keluar pada waktu tuh. Baru masuk, jadi tidak tahu peraturan yang satu nih lagi. Tapi aku rasa tidak rasional soalannya tuh. Mesti mahu pakai baju kurung baru kau Muslim? Tudung di kepala tuh tandanya apa? eii. Mungkin kalau diorang tanya, “Kamu Melayu ker?” boleh pakai lagi. Baju kurung kan asalnya baju orang Melayu. Ok jangan pul;ak kata aku racist, aku cerita kebenaran.

Pergi kelas pulak tidak macam waktu aku Diploma. Dulu, kau kena berebut-rebut naik bas dahulu sebelum pergi kelas. Kalau awal pagi, kau dah mandi then berwangi-wangi, then naik bas… tiada guna. Berpeluh-peluh juga balik. Bagus kau jangan mandi. #EH . Sini, jalan kaki jak pergi kelas.Itu yang best dia di sini.  Kalau kau lambat kau tetap akan sampai kelas lagi, tapi kalau kau tertinggal bas. Jangan harap bas akan tunggu kau. Waktu aku Diploma dulu, aku pernah kena kasi tinggal bas, sebab aku lambat. Di sini, lambat? boleh lagi kau berlari, walau penat sampai juga.

# haaa itu sahaja perkongsian pada hari ini. Waktu untuk online pun suntuk. kalau dulu di rumah, malar online. Sampai lappy pun bosan sama aku. K fine. Assalamualaikum. :)
# Rindu keluarga dan kawan-kawan di seberang sana. :’)



Monday, June 25, 2012

Rumah Sewa | Blog Little Sunshine



bismillah.

Assalamualaikum. Rajin pulak aku mengupdate belog bulan nih. Bulan-bulan lepas, haprak.
 Untuk mengelakkan belog ini dikatakan bersawang jadi aku update lah apa yang terlintas di fikiran aku sekarang. Harapkan aku mahu update belog ni, idea tuh sebenarnya ada, cuma, bila mula mahu menaip entry tiba-tiba "ehh apa aku mahu taip tadi?". Tiba-tiba otak blank =..=' 


#teka-teki-teka-teku mana satu rumah sewaku?


Bercerita perihal rumah sewa, sekali sahaja aku pernah menyewa. Eh maksud aku, menyewa secara berbayar. Dulu,pernah tinggal di di Perumahan A (tak tahu namanya, jadi aku memandailah bagi nama A). Tinggal secara free. Duit keluar pun untuk peralatan dapur sahaja. Yeayy! Itu pertama aku tinggal rumah orang. Selalunya aku stay hostel. Tapi nasib aku di awal sem 5 hari tuh tak bagus, jadi tinggal luarlah nampaknya.  :(


Masuk semester 6, aku ingat nasib aku bagus. Rupanya, nasib tidak menyebelahi aku.  Harapkan pagar,pagar makan padi. Eeeehhh tiba-tiba guna peribahasa yang tidak sesuai. Nampak sangat BM aku SPM dahulu bukan A+. Aku tidak dapat hostel. Terus aku rasa sedih sangat. Kenapa aku tidak dapat hostel? Mungkin bukan nasib diri + ada kriteria yang tidak mencukupi. Tapi keputusan hostel aku yang gagal tidak menjadi batu penghalang untuk aku pergi kuliah. yoosshh! 


#Tangga. Wahhhh rumah aku sendiri tiada tangga macam nih ooo.





Akhirnya aku duduk di rumah sewa Taman Utara Gudon ni selepas seminggu dua aku ulang-alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Ezah yang kenalkan rumah ni, sebab dia pernah tinggal sini dahulu.  Penat? Memang penat. ╥﹏╥   Bayangkan perjalanan 45minit harus aku tempuhi untuk ulang-alik ke kuliah. Kalau ada kelas petang yang habis jam 6, haahh..sampai sahaja rumah terus aku mengampai (tidur). Perjalanan pergi dan pulang adalah berbeza. Waktu petang banyak kereta. Pagi tidak. Sampai rumah pulak, langit dah sangat gelap. Apapun ianya mengajar aku erti ketabahan.


Mymy! pinjam header ;p
#klik untuk follow blog Dian :) 




Tinggal dekat rumah sewa nih, at first sewa berempat dengan my besties. Ezah,Manda dan Ola. Students Politeknik masih bercuti. Lepas diorang balik cuti, Manda dan Ola balik asrama.  *diorang dapat asrama sebenarnya* 


Dekat rumah sewa nih la aku jumpa Mymy atau dulu, namanya MiszyDian . Aku ingat dia,tapi dia tak ingat aku. Hehehe, sebab aku diam-diam. *adalah sebab diam tuh* hehehe. Dalam hati aku, 'Dian' macam aku kenal nama tuh dekat dunia nih (blogging) . Terus aku naik bilik, pergi search segmen yang aku ikut dulu. Ternyata memang dia memang MiszyDian, blogger yang aku pernah ikut segmennya suatu ketika dahulu. Hihihi. Teruja aku. Dalam hati gembira 'aku satu rumah lah dengan blogger'. Terus inform dengan rakan sebilik. Ezah. Memanglah aku gembira sebenarnya, sebab benda yang aku tidak sangka-sangka berlaku pula. "Hai Kira! ", si Mymy selalu panggil aku begitu, terutama kalau aku turun ke ruang tamu. hihi. Ingat, lain kali kalau berjumpa, mahu cerita hantulah sama-sama. hahaha :p


Dekat rumah sewa tuh, hanya aku dan Ezah student dari UiTM.  Selebihnya student Politeknik KK. Bunga yang aku kira sebagai ketua rumah dan ramai lagi kawan baru yang aku dapat dari tinggal rumah sewa nih. Miza, Awa, Ogy, Finas, Nad, Dian, dan ada lagi,tapi aku tidak ingat dah nama diorang (╯︵╰,) *maafkan aku*. dan semestinya mereka ramah. 


#katil bilik aku. :') rinduu


Katil,tempat masak,mesin basuh, televisyen, radio, sofa, meja makan, semuanya disediakan oleh Tuan Rumah. Itu yang aku suka dengan rumah sewa nih. Hehehe. Semuanya ada. Bayaran pulak, emmm..aku dan Ezah bayar Rm100 seorang, termasuk untuk makanan. :) 
Senang cerita, aku memang jakun dan eksaited sebenarnya stay rumah sewa nih! *mengakuuu*


Pengalaman stay rumah sewa tuh memang best, walaupun cuma beberapa bulan sahaja aku tinggal, tidur,makan, berak segala bagai dekat sana. Apa pun, terima kasih Allah, atas kehidupan yang diberi. :') Banyak yang aku timba. Banyak yang aku belajar sejak tinggal luar nih. 


#Belog lamanya sudah tiada, dia buat belog baru. Little Sunshine. Jom kita support dan follow ramai-ramai! 
#bak kata Mymy atau nama dulunya Dian, ibarat kecik jak dunia nih rupanya. Benda yang tidak disangka-sangka berlaku kepada kehidupan kita.
#aku tidak tahu sampai mana umur aku, hanya Allah yang maha Mengetahui. InsyaAllah, kalau umur panjang, mahu timba pengalaman banyak-banyak! 


okbai.



Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Kelahiran Amanda C:






bismillah.

arhh Kira, suka kau kan buat entry hari kelahiran untuk kawan kau. Yahh aku memang suka. Ok tanya s
endiri then jawab sendiri. 
Ok takmo taip panjang-panjang, Just want to wish you happy befday, Sanah Helwa, selamat hari kelahiran my dear friend Amanda :'D Umur dah panjang, rambut da panjang, ehh ke situ pulak. hihi (◕‿◕✿)

ish aku ni ndak pandai bah bagi wish berbunga-bunga ayat. hehe. Bagi yang simple mimple sudah. Wishing you success in your life,relationship dengan Atai berpanjangan,kahwin cepat :p ,ceria dan gembira selalu disamping keluarga dan orang-orang yang tersayang. Dan doakan   makkk menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini, aisehh ayat. hihi


 
Ok saja letak gambar, sebab antara gambar makk yg comel  #eh


Tahun ini tidak seperti tahun yang lain, tahun ini aku x dapat bagi kad raya, biar pun kad raya murah. simpan bebaik. (wasiat) ehh ke situ pulak aku :p haha harap-harap kalau dapat degree kalau ada jodoh dapat sama-samalah, kita duduk sebelah meja lagi ok. hihihi :")

#ok selamat malam semua penduduk bumi. 

Friday, April 20, 2012

Kota Marudu





Bismillah.






Kota Marudu. Ouhh saya pernah membesar di tempat tuh untuk beberapa tahun. Tinggal di jalan hospital kalau tidak silap. Masuk umur 3 tahun da merengek mahu join kakak saya yang da masuk tadika. Jadi kesimpulannya, awallah saya masuk tadika. 


Sebenarnya tujuan saya menulis mengenai Kota Marudu ni, sebab saya ada dapat invitation untuk datang ke kahwin abang kawan saya, dan senior saya di sekolah menengah dahulu. Tarikh sama pulak tuh, 28 April. Next week.


Saya mahu sangat datang sebenarnya. Tengok kahwin dan mahu juga tinjau-tinjau Kota Marudu, tempat saya membesar dahulu. Plus, saya mahu tengok rumah sewa kami yang da kami tinggalkan dulu. Entah saya ingat ka tidak. Yang ada hanyalah gambar kenangan dengan rumah tuh sahaja. sobss..sobss


Tapi masalahnya saya takut tersesat jalan. Errkk, jalan dekat Kota Marudu tuh bukannya saya familiar betul. Kalau Kota Belud, confirm saya tahu jalan. Pernah pun sekali dua pergi sana, untuk beli udang. Tambahan pulak saya ni orang yang susah maw wat decision . Alih-alih ke kampung orang aku sesat, jalan keluar tidak tahu. erkkk =..=' #risau


#saya dan kakak di rumah sewa dahulu. Dulu kami malar menyewa.
Entah rumah ni masih wujud kah tidak.




Tapi, akan ku cubalah juga untuk hadirkan diri ke majlis kahwin mereka, jika dapat green light dari bapaku, bahhhhh jalannn lah saya ke Kota Marudu, destinasi pertama Kg. Korongkom dan yang satu lagi Kg. Taritipan. Taritipan saya pernah limpas, tapi kg. Korongkom tempat kak Sadah kawin saya belum pernah pergi. Huhuuu. Harap-harap kalau jadi jalan, saya tidak sesat. Aminnnn. :DD. 


#harap sangat dapat pergi :) thanks tuk kawan2 yang menjemput. InsyaAllah akan d usahakan untuk datang ;D

Wednesday, April 4, 2012

I'll miss the moment

bismillah~



 
 

 # selepas ini, saya akan merindui kamu. Jauh bah kita ni, sahabat2 aku ni, semua tinggal jauh-jauh, Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Inanam,KK ,KL,Tawau lah.

Saya sangat sayang kamu semua tahu? kamu selalu tolong aku, waktu aku kena lantik jadi Project Manager Oeration Management, kamu ada di sana, menolong dan mengkasi kawan aku yang bengap-bengap-blur-blur ndak pernah pegang jawatan ni. (macam besar sangat jawatan tuh der).

Waktu ambik baucer buku, kamu tolong ambikkan aku. Sebab aku terlampau ikut peraturan, maw juga berbaris. Mesti kamu fed up dengan aku tuh kan? sebab aku terlampau ‘good-girl’ ndak pandai potong barisan. hahaha XD lambat, jadi kamu tolong kasi ambik aku. Kamu pi potong barisan, kena sindir2 org lagi kamu cerita. hahaha. maaflahhh, sebab aku kamu begitu. Sanggup kamu susah payah untuk aku. T_T

Kamu ajar apa yang aku ndak tahu. Ajar pelajaran, ajar macam-macamlah, paling ndak boleh di lupa kamu ajar aku cara limpas pak guard mcamana. haha :’D Fahamlah aku kan. Aku mana ber-ngam dengan Pak Guard UiTM. Kena tegur sikit menangis mencurah-curah ke ladang gandum! benci perangai aku tuh!

Apapun, aku ingin kamu tahu, yang aku sangat APPRECIATE masa kita bersama =) . Manda –kawan aku dari part 1. duduk meja sama-sama. sama-sama bodoh-bodoh di belakang time part 2. hahaha. Saburah  -kawan dari part 1. lepas tuh kita jmpa lagi time part 5 and 6. Eza –dari part 1 kita berkawan, then jadi room8 selama 2 sem. Myen -my forever room8.Dari part 2 until 4 aku room8 dengan dia. Nurul – kawan dari part 1 sampai sekarang. Lepas nih, kita kan bawa haluan masing-masing. Entah apa kita jadi nanti. Dapat degree apa. Dapat kah degree sama-sama/ tidak.

Apapun, doa ku, semoga kita jadi insan yang berguna dunia akhirat aku harap persahabatan yang kita bina selama 3 tahun ini, tidak akan putus di pertengahan jalan, tidak hanyut di bawa arus ( tiba-tiba )
Bila sahabat kata suka,tak semestinya dia cinta. Kerna anda TEMAN yang layak disukai. Bila sahabat CEMBURU, tidak semestinya dia cinta. Ini kerana anda teman yang HEBAT dalaam menjalinkan PERSAHABATAN. Bila sahabat kata RINDU,tak semestinya dia CINTA,Ini kerna dia RINDU pada teman sebaik KAMU. Maknanya saya berhak kata saya SUKA pada awak,cemburu bila awak KETEPIKAN saya, dan RINDU bila awakLUPAKAN saya.
tidak di lupa juga kepada kawan-kawan yang lain. gonna miss you all. sayang kamu =) 




saranghea chingu!!! :’DDDDD
#akan ku kenang kamu dalam doaku :’)
#baik-baik, jaga diri :’)

Tuesday, February 14, 2012

lama x m'lukis






# sudah lama aku x asah jari-jari aku melukis. rindu pulak, tapi malas.
malar aku ni malas, update pun malas. ehhehe.
lukis kepala ja mampu ^^

# aku selalu b'impian rambut panjang mcm tuh. gembira dgn rambut aku sekarang.
ndak lama lagi panjang! yeahhh =D

# k tuh je

Friday, December 16, 2011


# rindu pulak dengan orang dalam gambar nih.
lama tak ketemu. =)


aku rindu !





Rindunya..


rindunya aku padamu


ohh miowww-mioww di rumahh!
hari ini aku tiba-tiba teringat kamu
itupun selepas aku terlihat video kucing-kucing dekat YouTube.
mempengaruhi tol YouTube nih. =..='


apa kabar kamu?
dekat rumah sewa aku nih, kucing ada, tapi kucing jiran.
Anjing banyak, tapi takkan la aku kena bela anjing kan?
apa aku da gila? mangkuk hayun tol.
susah lagi aku maw samak diri dan rumah nanti.


hari tuh jumpa kucing siam
tapi aku yakin yang dia da bertuan
dia limpas rumah kami
tapi kawan aku Sabura gi halau pulak
arghhh kacau daun tol Ola ni. =..=
x berkesempatan aku sentuh kucing tuh. 


aku rindu sama kucing dekat rumah, terutamanya si Bear! T_T