Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang XD




Assalamualaikum!

Hari cuti yang kiranya ohsemm , bertambah² ohsem terutamanya selepas aku pergi tengok Istanbul Aku Datang . XD

kami tengok dekat One Segamat. Itu jak lah yang mampu.  Demi tengok lakonan Beto Kusyairy aku jejakkan juga kaki aku dekat cinema dia nih. Hari² pun terperuk dalam UiTM, mestilah mau juga keluar kan? herher



#gambar aku pinjam dari Fb Fan page dia.

Tengok tengokk? Betapa comelnya Lisa kan? Aku rasa dia sangat comel. Antara Tomok dan Beto Kusyairy aku lagi minat Beto. Teka apa persamaan mereka ber-3 ni? Tiga² sudah kahwin wey. 

Watak Lisa (Dian) sini, bagi aku seorang yang Happy Go Lucky. Comel² lagi. Datang dari Malaysia ke Istanbul (8000km) untuk jumpa dengan boyfriend dia si Tomok (Azad).  Dia datang dengan harapan, AzadFarouk akan lamar dia nanti. Oh lupa, tambahan pula, Dian ambik kursus bahasa juga dekat Istanbul. Sama U dengan boyfriend dia , Azad  Tapi bf dia ni asyik² busy. =..=

Pada awalnya, Dian ikut tinggal bersama dengan Azaddi apartmentnya bersama si Aizat dan sorang lagi kawannya. Di sebabkan khuatir orang pandang 'tak-manis', Azad suruh Dian cari tempat tinggal yang lain. 

Jumpa rumah yang sesuai, siap menghadap pemandangan laut lagi, happy gila dia. Dian pun berpindah ke rumah baru. Sebenarnya Dian telah di tipu oleh anak jiran tuan rumah tuh. Duit deposit untuk 3 bulan telah di ambil dari Dian. Dian ingat dia sorang jak yang stay rumah tuh.

jengg jenggg jengggg *tiba-tiba*
.
.
.
.
.

Rupa² nya Beto (Harris) pun serumah dengan Dian. Masing² terkejut ! jumpa jumpa dengan tuan rumah, tapi tuan rumah jalan pergi Mesir pulak. Nasib lah Dian. Dia stay juga dekat rumah tuh for a couple weeks. Dalam masa tuh macam² yang berlaku. Dian makan Maggi ASAM LAKSA Harris lah. HAHA . Okeh part itu lucu. Curi² masuk bilik Harris lah. Then diorang gaduh. Dian minta maaf. Dian ganti megi asam laksa si Harris yang kononnya hanya-terdapat-di-Malaysia tuh. Sekali masuk rumah, ada kucing. Harris tahu kelemahan Dian yang 1 ni. Dian tidak suka kucing. Hihihi.  Dengan harapan Dian blahh dari rumah tuh. Lepas adegan teriak-teriak-takut-dekat-kucing Dian keluar. Baru Harris sedar kotak atas meja yang Dian bawa untuk dia, sebagai tanda minta maaf.  Bersalah lah tuh Harris. herher 

Di pendekkan cerita, *nanti kamu tengok lah sendiri bah untuk selanjutnya*  si Azad ni salah faham. Dia ingat Dian main kayu 3. Dian pun 1, dia rahsiakan yang housemate dia lelaki. Dia kata dekat Azad, housemate dia perempuan Arab yang strict, yang mana lelaki pun tidak boleh masuk. kononlah, kata si Dian. Waktu Azad pergi rumah Dian, dia nampak si Omar. Tengah pakai baju. Sebenarnya dia dari jadi si Azad punya model untuk lukisan illustrasi.  Azad salah faham. Dia marah Dian. Dian kejar tapi tidak terkejar. :( Tuan rumah pulak datang tiba². Settlekan masalah pasal rumah tuh. Kunci di ambil dari Dian. Siapa sangka sebenarnya keadaan itu telah mengeruhkan lagi keadaan Dian?  


 Dalam movie ni, aku tak suka sebenarnya watak Tomok, walaupun mungkin sweet² lah di awal². =..= Tapi sweet kah tuh? Yang dekat restoren tuh aku geli. kahkahh. Ohh iklan jap. ;p 

 Melihat keadaan Dian yang sebenarnya tak bersalah tuh, Harris sanggup jumpa Azad untuk menjernihkan keadaan. Tapi kedatangannya mereka ke apartmen Azad mengeruhkan lagi keadaan. Tomok maki² Dian, kononnya perempuan jalang lah. Harris cuba bawa berbincang dan menceritakan hal sebenar. Tapi Azad tak mau dengar, tambah maki lagi. Berlaku lah adegan tumbuk menumbuk. =..= and then datang pulak awek Azad! =..= Azad pasang dua sebenarnya. Sebab? kesunyian konon. =..= Dian terkejut. Aku yang penonton ni, lagi terkejut! LOL

Jangan Biadap.  -Harris
Dian pulak rancang nak balik Malaysia. Sebelum balik tuh, Harris kata, malam terakhir Dian tuh dia mau bawa Dian jalan² sekitar Istanbul. Rugilah kan kalau tak nikmati masa dan jalan² di Istanbul tuh? Siap naik Vespa lagi. Ohh so sweet :')  Siapa sangka kan? perkenalan yang singkat itu boleh membuahkan rasa cinta?  *pleghhhhhh ayat*. Azad ada datang
 lepas diorang jalan² tuh. Lamar Dian. Minta peluang ke dua.  Esok Dian balik Malaysia, Azad pun nak ikut juga. Aku sebagai penonton ini tidak setuju. -..- adakah ini akhirnyaaa? ouhhh tidakkkk *jerit*

Waktu Dian mau masuk teksi tuh, si Harris kejar. Turun laju-laju dari tingkat 4 kalau tak silap aku. Ouhh nasib sempat ! 

saya tak minta peluang ke dua, saya cuma minta bagilah saya peluang pertama   -Harris-

At last, happy ending. Macam yang aku harapkan. Dian dan Harris. ♥


# cerita ini mengajar kita tentang kepercayaan, kejujuran. dan juga, jangan bagi peluang kedua kepada mereka yang melukakan hati kita :p haha! 
# aku suka Beto, tapi dia da kahwin. Kbai.
# Aku tau aku pen-spoiler cerita. :P

Previous entry pasal Kashaf Imani . Beto juga lerhhh. Kalau sudi, baca lerhhh 



Wednesday, September 5, 2012

Freebies : I Love Islam


Bismillah. Nih kerja aku semalam. Tiba-tiba pulak mood aku lukis-lukis keluar. Lukis pakai pensel sahaja aku mampu.  Korang nak? Ambik lah. Free of charge ! :D Boleh jadikan profile picture kat mana-mana lah.  Tapi plain sahaja lukisan ni. Kalau korang ambik nanti, korang warna-warna lah ya? aku tak pandai mewarna lah *kesian* Y_Y 












Doodle Muslimah
Doodle Muslimah I Love Islam
#mampu update gambar-gambar sahaja. Nak taip ayat aku takda mood pulak.

Friday, July 13, 2012

Kashaf Imani



bismillah dan assalamualaikum semua :D


Salam hari Jumaat kepada muslimin dan muslimat :) Aku baru habis tengok Kashaf Imani tadi. Lakonan Beto Kusyairi dan Sharifah Amani tuh. Aku tengok sambil aku melipat kain-kain yang belum berlipat dalam rumah ni. Melipat sambil menonton lah, 2 in 1. 


#sumber Google C:




Bagi aku cerita nih memang best. Antara karya Melayu yang sangat-sangat memberi pengajaran! Actually dulu aku pernah tengok cerita nih. Tapi aku lupa, hari nih aku tengok lagi. Lepas tengok baru aku ingat aku pernah tengok biarpun ingat² lupa. Benda yang membuatkan aku ingat cerita nih adalah soundtrack dia, diambik dari lagu anime kegemaran aku dulu, salah satu OST Mobile Suit Gundam Seed Destiny. 


Kashaf ni kiranya seorang yang terpesong, isap dadah, layan bohsia gitu, then Imani pulak, gadis yang minat dia dalam diam. Semua benda yang Kashaf pernah pakai dan kemudian buang, dia ambik simpan dalam tin biskut dia. Sampailah 1 ha Iri tuh 'kedapatan' dia oleh si Kashaf kumpul² barang dia. Kena tanya 'kau minat aku ke?' kat Imani tak mahu mengaku pulak dia. Aku rasa itu comel. #eh .Imani suatu ketika dulu pernah koma, bangun² dia, Allah anugerahkan 6th sense gitu. Dia boleh nampak roh². 


Mak Kashaf iaitu lakonan Normah Damanhuri, aku rasa pun memang menjadi. Dia nangis aku ikut nangis juga. Watak Shamim lakonan Wan Sharmila, lagilah menjadi, dia bawa watak garang atau bolehlah kita panggil anak kurang ajar. Balik² tengking abang dan mak dia, berfoya². Dah tahu miskin buat-buat kaya. Sampai aku rasa menyampah sangat pulak dengan watak dia tuh. Eee! Menyampah maksudnya - lakonan menjadi lah tuh.


dipendekkan cerita, si Kashaf kena cucuk pisau, kehilangan banyak darah. Dia koma. Imani ja yang boleh nampak dia. Sebenarnya malam tuh si Kashaf ada konflik dengan mak dan adik dia. Sampai dia tengking mak dia. Kiranya waktu koma tuh, roh dia berjalan-jalan gitu. Hanya Amani yang boleh nampak dia, dia minta tolong sampaikan pesan dia dekat mak dia yang dia minta maaf dan dia sentiasa fikir yang syurga tuh di bwah telapak kaki mak dia. Dia sayang mak dia. ouhhh. Sebenarnya sebelum dia koma tuh, ada sinar keinsafan dah dalam diri dia.


 OK cerita ini sedih sangat. Cerita dia ada klise sikit. Kalau tengok babak dia, aku ingat Kashaf mati! sewaktu roh dia tiba² hilang. Waktu dia tarik nafas-gaya-nak-mati. Rupanya belum mati! Dia buka mata.. :'D Waktu nih memang aku menangis gila² sampai adik aku heran, baju yang aku lipat jadi sasaran aku lap air mata aku. errkkkkk bersungguh ²  aku nangis. heh


Tuh ja lah, bagi aku cerita nih memang best sangat! Thumbs up sebab berjaya menimbulkan rasa keinsafan dan mengeluarkan air mata aku bersungguh-sungguh. #eh Aku suka cerita nih C:


Semua akan ada hikmahnya -Imani.


# Korang pernah da tengok cerita nih? 
#dekat drama nih aku jumpa lagu Opick- Tiada Duka Yang Abadi. :')
# aku minat Beto Khusyairi dari lepas aku tengok lakonan dia yang Jujur Aku Dayus. pun best 







Wednesday, July 11, 2012

#8 Wordless Wednesday | Makanan Kegemaran

# Tom Yam dekat Teluk Likas.

Rindu tekak mau makan Tom Yam. :'(
Kalau makan memang takkan jemu. 
Selalu Tom Yam Hunt dengan kakak aku.


#Korang suka makan apa? :D


Sunday, June 24, 2012

Ustazah Setengah Hari



bismillah. *entry panjang gedabak*


kelmarin bertambah pengalaman aku. Aku yang tidak pernah mengajar budak-budak ni akhirnya ada juga pengalaman, biar pun ini 'first time' aku. Siapa ingat tugas mengajar nih senang? lepas pengalaman kelmarin, barulah aku sedar yang tugas mengajar nih bukanlah perkara yang sangat mudah seperti memakan kacang. Kena ada ketabahan sebenarnya. Tabikk spring aku kepada guru-guru semua. (⌒▽⌒ゞ


Nama budak nih ichil. kawan adk aku,kawan aku jugak.




At first, kawan kakak aku si Anne ni telefon. Ajak jadi fasilitator mengajar budak-budak sekolah Sk. Timbang Dayang dalam KBS ( Kem Bestari Solat ). At first aku mana mahu. Aku suruh adik aku, last-last adik aku bawa aku sekali. aku pun joinlah sekaki. Duduk rumah ni boring jugak. Apa salahnya aku timba pengalaman kan? kena pulak mengajar-mengajar. Hehe. Tiada alasan untuk aku tolak sebenarnya. Ajar budak-budak sekolah sahaja. Budak kampung aku, aku kenal, tak jadi hal aku tuk ajar diorang. Sekolah tuh sebelah rumah aku sahaja. Sebelah rumah! Tapi kami naik kereta jugak gi sana. HAHAHA.  mengadanyaaa kan kami,habiskan minyak sahaja kan. =..=


budak-budak kelas 5B




Waktu kena agih kelas, aku dapat kelas 5B. 5B tuhh! kawan kakak aku kata, kelas nih dia ajar, sangat jajal ok. Jajal tuh apa? Jajal tuh degil/nakal. Mula-Mula masuk, aku blur. Lupa pulak suruh diorang baca doa. Then diaorang pun bacalah.  lepas tuh kelas sunyi. Semua budak pandang aku. Last-last aku bersuara. Ambik kehadiran murid-murid lah konon. Hehehe. Apa yang best kelas nakal ni sebenarnya , pelajarnya kan aktif. Jadi kalau kita tanya, kompom diorang jawab. haha ^..^
Murid yang paling aktif, adalah yang duduk depan sekali. Sekali tanya, ramai yang beria-ria angkat tangan. 


sesi pengajaran




Lepas siap ajar mereka tentang Muafiq dan Masbuk. Aku pun buka soalan. "Siapa ada kemusykilan kan, persoalan. tanya jak okay, tidak perlu malu-malu" . Then seorang murid tanya, "Ustazah, siapa nama Ustazah??". OPSS! boleh pulak aku lupa perkenalkan diri kan. Hahaha. Ustazah apalah aku ni. Sebenarnya aku tak target pun diorang akan panggil aku ustazah. Aku target panggil kakak, kah. Tapi ustazah tuh, not bad. Maybe sebab aku ajar diorang perihal agama, jadi diorang bagi aku gelaran macam tuh. hikhik. 


"Nama Siti Syakirah. Rumah sebelah sekolah nih sahaja". Kata aku sambil tunjuk rumah aku dibalik pagar. " OHH rumah ustazah kah tuh?? Selalu kami nampak orang main basikal sana.", kata tuh murid-murid. Basikal tuh sebenarnya adalah alat senaman. "Umur?" ,"Saya umur 21 tahun".  "mudanya" kata seorang murid. Dalam fikiran aku maybe diorang ingat yang aku nih memang seorang tenaga pengajar di mana-mana sekolah kot? 


budak-budak tunggu Amali Solat




Mula-mula memang susah mahu tarik perhatian budak-budak ni untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan. Payah! pulak aku dapat kelas yang aktif bukan main lagi. Aku ajar pun, 70% jak yang ambik perhatian. 30% lagi pi intai-intai budak-budak kelas lain ambik wudhuk. Semangat gila diorang tengok budak-budak lain ambik wuduk. Last-last aku buka macam-macam cerita untuk diorang dengar. Faham betul dengan perangai budak-budak nih.  Untuk pengetahuan, budak-budak sangat suka;

  1. cerita. Ceritalah sesuatu yang menarik dan yang kita pasti diorang belum dengar lagi. Confirm diorang bagi perhatian.
  2. Gadget. Contohnya telefon. Kalau telefon kau ada kamera lagi diorang suka. Budak aktif memang suka bergambar. hahaha 
Haaa tuh sahajalah. Sebab nih berdasarkan pengalaman aku. Alhamdulillah, lepas bercerita tentang Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj, Huraisy (kala jengking neraka)  yang akan keluar di hari kiamat nanti (yang mana Huraisy ini akan mencari orang yang ingkar-solat,zakat,ibubapa,bercakap hal dunia di masjid, dan minum arak) ,  tentang kisah di alam kubur, iaitu benda yang di tanya malaikat pertama kali adalah solat, dan macam-macam lagi. Diorang pun sedikit sebanyak memberi perhatian dengan apa yang aku cuba ajarkan. Alhamdulillah. Bergetar suara aku menceritakan. Entah kenapa. Tinggi harapan aku agar budak-budak nih faham, dan balik rumah nanti, praktikkan solat,dan sedar kepentingan solat itu.  Budak-budak sifat mereka memang ingin tahu. Jadi, rajinkanla bercerita kisah-kisah yang memberi tauladan. :) 



Baru tuh waktu aku tengah khusyuk menulis-menulis di depan ada pulakk budak bisik-bisik dekat belakang aku. 


"rupa ustazah bah sama dengan yang di Hooray-Hooray", kata seorang budak.


Berkali-kali pulak dia sebut tuh. Tapi aku diam jak. Malas mahu mengIYAkan. Sebab aku belum tengok Hooray-Hooray tuh. Dah dua orang yang kata rupa aku sama dengan pelakon Hooray2 (tapi aku x kenal lah pelakon tuh) yang first sekali, kawan baik aku, Rahayu kedua budak-budak yang aku ajar nih. Haha. ada-ada jak la. :) 


"Ustazah, ustazah kerja lah dekat sini bahh", kata budak lelaki yang bertahi lalat di bawah bibir secara tiba-tiba. Hensem! tapi nakal. haha ;p Banyak karenah budak-budak ni aku layan sahaja. HaHa


InsyaAllah! kata aku. Hehehe. Tersengih-sengih kemudian. "Sekejap jak bah di sini nih, tolong-tolong",  harap diorang faham cakap aku tuh. Aku kan penganggur sekaarang nih? duduk rumah sahaja kerja aku. Datang untuk menimba pengalaman dan ikhlas mengajar budak-budak ni. 


"Ustazah, bila kita mahu ambik wuduk?", kata seorang budak perempuan mata sepet kepada aku. 'Ehh endak sabar-sabar pulak budak nih'. "Nanti jak bahhh", kata aku dekat budak-budak kelas aku tuh. Untuk pengetahuan, kelas budak-budak nih dekat dengan paip. Pada firasat aku, diorang excited sangat mahu ambik wudhuk' lepas nampak budak-budak lain ambik wudhuk. Semangatttt gilaaa. Seriously. Aku baru kata "Okk lepas nih kita belajar ambik wudhukkkkk", aku cakap dengan nada excited. Tiba-tiba semua budak lari keluar! Aku pun terkejut! Ingat nak tunjuk demo dulu di kelas, then baru ambik wudhuk betul-betul. Last-last masuk balik lepas kena panggil, aku ajar diorang. then turun ambik wudhuk betul-betul.  Lucu bah kelas yang aku ajar ni. Semangat bukan main. Sekali aku turun pandai pulak ambik wudhuk sendiri. Sukurrrrr2 jak kena air supaya segar diorang kata. =..=. pulak?


tunggu Amali solat. Lagi.




Selepas habis segala pengajaran (aku ajar ikut tentatif program) ada setengah minit lagi sebelum jam 10.00am. diorang kena ambik makanan di bilik guru. Budak-budak tuh minta cerita seram pulak dekat aku. AKu apa lagii ceritalahhhh. Sudah aku ni memang kaki cerita seram,  jadi aku ceritakan lah cerita seram sekolah menengah aku sikit. Khusyuk habisss. Siap sampai bawa kerusi lagi duduk depan aku. Haha. Aku siap tanya budak-budak tuh lagi, "siapa sini yang mahu sekolah di Tun Said?" , banyak pula angkat tangan. "ahhh bagus, nanti kamu masuk sana, belajar agama ok?", sempat aku promote sekolah. hikshiks ^^  *ustazah apa begini,cerita hantu? =..="


Kem Bestari Solat . Amali Solat .Imam -Ichil




Lepas tuh diorang pun kumpul reramai. Buat Amali Solat. Then, balik rumah...




#Harapan aku, walaupun aku cuma Ustazah setengah hari, aku harap apa yang aku sampaikan 'sampai' dekat diorang. :'))) Balik-balik aku pesan, sampai rumah sila praktik.
#pengalaman ni sekali seumur hidup aku. Terasa juga ajar-ajar budak ni, walau aku jadi fasi sahaja. Dulu angan-angan jadi cikgu, tapi tidak kesampaian. Merasa sekali begini pun aku syukur. Bukan senang mengajar nih. Terasa pulak kepayahan jadi pengajar. Terima kasih untuk semua cikgu-cikgu yang di dunia nih. TANPA GURU SIAPALAH KITA. :) kan?
# Apa pun, aku rasakan pengalaman aku ini, antara yang sangat BEST! *kesiukan*
Aku belum layak digelar ustazah dalam dunia realiti T__T









Friday, June 22, 2012

Novel tetap Novel : Rindu Cintaku



bismillah.


haaa setelah entah berapa purnama aku tidak mengupdate blog akhirnya 'berupdate' juga blog aku yang usang ni.  Kawan-kawan pun sudah tegur yang blog aku ni bersarang. Haha (^▽^) . Kalau belog aku nih rumah, confirm nampak sawang labah-labah. #eh.Bab bersarang tuh, aku sokong kamu Dian, sebab blog nih memang lama sangat aku abaikan. hihi


Theme blog nih pun aku da tukar, kepada yang sedar, dulu malar biru kan? sekarang aku sudah berpindah ke warna coklat. Tiba-tiba aku minat coklat/perang.   Nih lah blog aku yang aku berhempas pulas semalam. Ayat macamlah penat sangat, padahal aku cuma tukar header dan background. Background, credit to my dearest friend, Amanda. dah kena tegur oleh dua orang kawan. Jadi aku pun dengan senang hati pergi menukarnya. jadi? WELCOME! \( `.∀´)/


sumber Google

Sejak aku bercuti nih, separuh kerja aku kat rumah ni adalah menghabiskan pembacaan novel yang aku beli. Haa. Parah! banyak lagi yang masih berbalut. Slow-slow macam kura-kura ja aku baca. Dan alhamdulillah, malam semalam jam 10.30pm aku habis baca novel dekat atas nih. Buku kakak aku yang beli.  Rindu Cintaku. Sambungan buku Ombak Rindu yang ke-3.  。◕‿◕。

Kisah Hariz dan Izzah yang akhirnya bersatu juga hingga akhirnya, walau banyak rintangan datang membadai hidup mereka tuh. Hariz lagi yang kena tipu oleh Elin. EEE geram aku sampai menangis. Haha. Ok fine. memang aku kalau baca novel feeling habis.  Cerita di atas memang best. Dan aku sarankan korang bacalah kalau belum baca. Apa yang best dan tidak-sangka-sangka adalah ending cerita nih. 

Hariz sempat talak satu Izzah. Izzah lari ke luar negara. Membawa diri lah tuh. Dia ingat Hariz talakkan dia sebab kisah dia dengan ZulFaris. Sebenarnya bukan, sebab Kelvin (watak yang muncul dari buku pertama) ugut Hariz. Hariz terpaksa. Elin pulak tipu dia. Konon anak dalam kandungan Elin tuh anak dia. Tapi tak jadi kahwin dengan Elin. Sebab Hariz memang tak mahu dan dah tahu tuh anak dia, dan Elin pulak meninggal dunia. 


4 tahun berlalu selepas itu. Izzah balik ke tanah air. Ceewahhhh, review novel konon aku. Aku riview sikit jak ni. Hariz berubah. Well, people changed right? Dari sifatnya yang panas baran, dia dah jadi ok. Perubahan tuh penting, terutama perubahan ke arah yang lebih baik. 
。◕‿◕。Yang aku tabik dengan watak Hariz nih, dia sangat cintakan Izzah. Izzahlah segalanya. Setia.  Hariz pulak dah jadi 'alim'. siap dapat nama 'Tuan Haji' lagi. hihii ^^


Plot dia memang berat. Menyakitkan hati pulak tuh. Kalau anda kaki novel dan berminat, silalah beli.. ngehehe.  Aku malas nak review dah, sebab tuh aku noktahkan ayat aku sampai sini sahaja. ehee kbai! :P 


#Novel tetap novel. Tidak wujud dalam dunia realiti pun. Hanya pembaca yang melakar imaginasi.
#bahh nanti aku rajinkan diri mengupdate. hehe



Sunday, June 10, 2012

Takdir itu Milik Aku : Hampa

bismillah.
takdir itu milik aku
minggu lalu, aku ke Kuala Lumpur. Bercuti bersama keluarga. Minggu lalu juga waktu aku di sana, aku cari novel ni. Tapi aku tidak jumpa. Terus aku rasa hampa yang amat sangat. T_T\

Kalau bukan kerana seorang kawan lama, tidak lah aku jumpa dan tahu novel ini. anyway,aku ingin ucapkan terima kaseh :) hihi ^^  Aku pergi sana pun, memang antara misi aku mahu mencari novel ni. Tapi tidak jumpa pula. ermmm.. nampaknya memang tiada jodoh lah aku dengan buku ni. sedih aku taw.  T____T

sebenarnya-saya-isteri-dia
Then aku jumpa novel ni Sebenarnya Saya Isteri Dia!, boleh lah ganti novel di atas. :’) sedihhh kenapa aku ndak jumpa kau novel??  entah bila dapat jumpa novel hijau tuh. Tolong belikan untuk aku boleh? ok fine,merepek bah.

#tidak apa, jangan putus asa. Nanti aku cuba cari lagi :’)
#mahu betul aku baca novel ini :”(
#kawan aku Myen pulak, mahu betul dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni. Nanti kalau aku ke KK, aku inform kau kalau ada novel ini ok?  C:

balik dari sana hari tuh, terus demam. Haha :D melampau kali makan durian. belum sembuh pun. Apapun terima kasih Allah atas Ujian ini :’)
*sebaik2 tempat orang,lagi baik tempat sendiri C:

Monday, April 9, 2012

kawai ne Tony Tony Chopper!





Salam dan selamat tengah malam. ( yup tengah malam sebab aku update entry ni tengah malam )


uhuuu. sekarang kan mood aku tengah membara tengok One Piece. owuhh. membaralah sangat. =__=  . Sampai lambat tidur gara-gara tengok benda ni ja.


Aku memang suka anime ni. Semua kisah-kisah Luffy dan 'nakama' dia memang meyayat hati. Air mata pun berjatuhan lebih-lebih tengok kisah diorang semua. urkk ='<


Antara semua kan aku paling geram dengan Chopper! maw gigit! dia comel tul! mata dia bulat. dari bila lagi. asal aku tengok muka Chopper, aku rasa dia sangat comel. Suara pun comel! terus aku geram sendiri-sendiri. *gila ke der?


#inilah Chopper! kawai nee!??




ohh Chopper kenapa ko sangat comel !? Terus aku angan-angan mahu ada patung Chopper, sebab dia comel tul. Maw ada patung Chopper! tapi masalahnya ada ka kena jual der? errr. emmmm.. aku pun belum pernah nampak lagi.


#ohh sangat comel!
# ohhh abaikan hyperactive-kecomelan-sama-Chopper aku ni. hee




eeeeeeeee comel tul!
mawwwww

Tuesday, February 14, 2012

lama x m'lukis






# sudah lama aku x asah jari-jari aku melukis. rindu pulak, tapi malas.
malar aku ni malas, update pun malas. ehhehe.
lukis kepala ja mampu ^^

# aku selalu b'impian rambut panjang mcm tuh. gembira dgn rambut aku sekarang.
ndak lama lagi panjang! yeahhh =D

# k tuh je

Thursday, December 29, 2011

ke-SUDOKU-an



salam dan
selamat tengah malam  ♥


aku suka update malam² entah kenapa. sebab aku memang burung hantu kali ?


kuuuukk kuuukk #burung hantu berbunyi
=..="

ok, cut the ke-Burunghantu-an. lets go to the main topic which is ke-SUDOKU-an.

emmm macamana mo mula yah? kebelakangan ni otak aku bengap jak mahu update entry apa. tapi aku syukur jugak ke hadrat ilahi, yang aku xda idea waktu tulis dekat blog ja, kalau dekat kuliah ? nauzubillah.

panjang pulak mukadimah aku, tuh la x sampai² pun topik yang aku maw cerita. 

=..="

Sudoku. Dulu sumpah aku bodoh² gila dengan benda nih. Aku tengok. Sakit kepala. Aku tengok . Sakit Kepala. Aku tengok lagiiiii, malas. Sebab asal aku buat tidak betul ja ooo. Jadi aku malas tengoklah. eh tapi kan, itu dulu, sekarang lain..people change right? hiuhaiuha =p

sekarang aku dah terer *ecece* terer la aku sangat, aku baru beginner. tapi kiranya aku da tahulah main benda nih. dulu asyik tengok kawan aku sabura ja main benda ni. taksub gila dia main benda nih. sampai sebelum waktu exam pun, orang sibuk baca notes, dia " Jomm buat sudokuu ^^ " aku terkejut gila. dia memang suka jawab Sudoku.

Ada lagi benda yang ,mengejutkan aku juga. #balik² terkejut. Adik last aku. Pandai juga dia main Sudoku! terus aku rasa rendah diri. Adik aku yang kecik boleh pula, aku tidak boleh. 
Aku tanya, senang kah adik? senangggggggg.. ohh no. jatuh martabat seorang kakak 

=..="

sekarang , aku dah pandai jawab benda nih. senang pulak. haha. tuh la belum cuba belum tahu hasilnya . kan ? jangan mengalah selagi belum berusaha. sebab pandai tuh pun lepas handphone aku hilang, then dekat handphone cikai aku tuh ada pulak game Sudoku, sebelum tidur itu ja kerja aku sekarang. Main sudoku. kalau dulu main sms, sekarang da main game sebenar. ehh apa kaitan dua tuh? hee 

dan dan! aku da ada buku Sudoku pertama aku, yang aku beli dengan harga RM4/RM6 kalau x silap. Beli dekat kapal Logos Hope. Pasal Logos Hope, nantilah aku kisahkan di sini. Kisah aku pi Logos Hope. hehe. Buku dia murah-murah!! di sebabkan waktu itu, ke-cinta-an aku terhadap Sudoku sudah ada, jadi aku beli. ^___^



#nehhh aku sudah ada buku sudoku ^..^ *kesiokan*

#penuh kesabaran aku meng-upload pict tadi. demm, slow gila line. tapi sabar separuh dari iman. itu pict buku sudoku aku. wee. tulisan dia jangan pandang lama-lama. tahu cincai. kekeke. 

# jom main sudoku. kasi tajam minda. =] 
 benda nih memang mencabar kesabaran jiwa. ^..^