bismillah dan assalamualaikum semua :D
Salam hari Jumaat kepada muslimin dan muslimat :) Aku baru habis tengok Kashaf Imani tadi. Lakonan Beto Kusyairi dan Sharifah Amani tuh. Aku tengok sambil aku melipat kain-kain yang belum berlipat dalam rumah ni. Melipat sambil menonton lah, 2 in 1.
#sumber Google C: |
Bagi aku cerita nih memang best. Antara karya Melayu yang sangat-sangat memberi pengajaran! Actually dulu aku pernah tengok cerita nih. Tapi aku lupa, hari nih aku tengok lagi. Lepas tengok baru aku ingat aku pernah tengok biarpun ingat² lupa. Benda yang membuatkan aku ingat cerita nih adalah soundtrack dia, diambik dari lagu anime kegemaran aku dulu, salah satu OST Mobile Suit Gundam Seed Destiny.
Kashaf ni kiranya seorang yang terpesong, isap dadah, layan bohsia gitu, then Imani pulak, gadis yang minat dia dalam diam. Semua benda yang Kashaf pernah pakai dan kemudian buang, dia ambik simpan dalam tin biskut dia. Sampailah 1 ha Iri tuh 'kedapatan' dia oleh si Kashaf kumpul² barang dia. Kena tanya 'kau minat aku ke?' kat Imani tak mahu mengaku pulak dia. Aku rasa itu comel. #eh .Imani suatu ketika dulu pernah koma, bangun² dia, Allah anugerahkan 6th sense gitu. Dia boleh nampak roh².
Mak Kashaf iaitu lakonan Normah Damanhuri, aku rasa pun memang menjadi. Dia nangis aku ikut nangis juga. Watak Shamim lakonan Wan Sharmila, lagilah menjadi, dia bawa watak garang atau bolehlah kita panggil anak kurang ajar. Balik² tengking abang dan mak dia, berfoya². Dah tahu miskin buat-buat kaya. Sampai aku rasa menyampah sangat pulak dengan watak dia tuh. Eee! Menyampah maksudnya - lakonan menjadi lah tuh.
dipendekkan cerita, si Kashaf kena cucuk pisau, kehilangan banyak darah. Dia koma. Imani ja yang boleh nampak dia. Sebenarnya malam tuh si Kashaf ada konflik dengan mak dan adik dia. Sampai dia tengking mak dia. Kiranya waktu koma tuh, roh dia berjalan-jalan gitu. Hanya Amani yang boleh nampak dia, dia minta tolong sampaikan pesan dia dekat mak dia yang dia minta maaf dan dia sentiasa fikir yang syurga tuh di bwah telapak kaki mak dia. Dia sayang mak dia. ouhhh. Sebenarnya sebelum dia koma tuh, ada sinar keinsafan dah dalam diri dia.
OK cerita ini sedih sangat. Cerita dia ada klise sikit. Kalau tengok babak dia, aku ingat Kashaf mati! sewaktu roh dia tiba² hilang. Waktu dia tarik nafas-gaya-nak-mati. Rupanya belum mati! Dia buka mata.. :'D Waktu nih memang aku menangis gila² sampai adik aku heran, baju yang aku lipat jadi sasaran aku lap air mata aku. errkkkkk bersungguh ² aku nangis. heh
Tuh ja lah, bagi aku cerita nih memang best sangat! Thumbs up sebab berjaya menimbulkan rasa keinsafan dan mengeluarkan air mata aku bersungguh-sungguh. #eh Aku suka cerita nih C:
Semua akan ada hikmahnya -Imani.
# Korang pernah da tengok cerita nih?
#dekat drama nih aku jumpa lagu Opick- Tiada Duka Yang Abadi. :')
# aku minat Beto Khusyairi dari lepas aku tengok lakonan dia yang Jujur Aku Dayus. pun best
11 orang komen sini:
nice story :)
wahhhh mcm best jak.. minta wayang ni.. hahaha maw tengok juga bhaaa hehehe..
Citer nie memang best, tgk banyak kali tak jemu. Yana dulu pun siap buat enri khas pasal Kasyaf Imani. :))
nda pernah pula ku tgk cerita ni.. tpi mcm best ja ni.. =)
@Natasha yapp, memang sangat best :D
@MyMyMymy! Hai! actually aku tengok di Ria tadi tengahari. uiss best betul. hhuhu, nanti klo dapat ko tgok okay, best!!!!!!!! *kesiokan*
@YaNa Yassin ha ahh, betul~ memang sangat best, ohh ya? nanti sy tengok :D
@Kisah. Suka. Duka best nih Fadthia, huhu ko tgok la nanti kalau ada kesemptan ok
@Kira Kekuri alaaaa aku keja laa.. mana da masa tgk tv.. masa free pun aku p blogging jak kalu smpat.. haahaa donlod bhaa utk aku hehe ko kan rajin donlod2 ni..
habislaa tu baju2 basah balik bikin lap air mata.. hehehe..
Sy pon suka tgk crita ni..suka dgn watak kashaf dan imani....:D
Post a Comment