Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label lagu fevret. Show all posts
Showing posts with label lagu fevret. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Kashaf Imani



bismillah dan assalamualaikum semua :D


Salam hari Jumaat kepada muslimin dan muslimat :) Aku baru habis tengok Kashaf Imani tadi. Lakonan Beto Kusyairi dan Sharifah Amani tuh. Aku tengok sambil aku melipat kain-kain yang belum berlipat dalam rumah ni. Melipat sambil menonton lah, 2 in 1. 


#sumber Google C:




Bagi aku cerita nih memang best. Antara karya Melayu yang sangat-sangat memberi pengajaran! Actually dulu aku pernah tengok cerita nih. Tapi aku lupa, hari nih aku tengok lagi. Lepas tengok baru aku ingat aku pernah tengok biarpun ingat² lupa. Benda yang membuatkan aku ingat cerita nih adalah soundtrack dia, diambik dari lagu anime kegemaran aku dulu, salah satu OST Mobile Suit Gundam Seed Destiny. 


Kashaf ni kiranya seorang yang terpesong, isap dadah, layan bohsia gitu, then Imani pulak, gadis yang minat dia dalam diam. Semua benda yang Kashaf pernah pakai dan kemudian buang, dia ambik simpan dalam tin biskut dia. Sampailah 1 ha Iri tuh 'kedapatan' dia oleh si Kashaf kumpul² barang dia. Kena tanya 'kau minat aku ke?' kat Imani tak mahu mengaku pulak dia. Aku rasa itu comel. #eh .Imani suatu ketika dulu pernah koma, bangun² dia, Allah anugerahkan 6th sense gitu. Dia boleh nampak roh². 


Mak Kashaf iaitu lakonan Normah Damanhuri, aku rasa pun memang menjadi. Dia nangis aku ikut nangis juga. Watak Shamim lakonan Wan Sharmila, lagilah menjadi, dia bawa watak garang atau bolehlah kita panggil anak kurang ajar. Balik² tengking abang dan mak dia, berfoya². Dah tahu miskin buat-buat kaya. Sampai aku rasa menyampah sangat pulak dengan watak dia tuh. Eee! Menyampah maksudnya - lakonan menjadi lah tuh.


dipendekkan cerita, si Kashaf kena cucuk pisau, kehilangan banyak darah. Dia koma. Imani ja yang boleh nampak dia. Sebenarnya malam tuh si Kashaf ada konflik dengan mak dan adik dia. Sampai dia tengking mak dia. Kiranya waktu koma tuh, roh dia berjalan-jalan gitu. Hanya Amani yang boleh nampak dia, dia minta tolong sampaikan pesan dia dekat mak dia yang dia minta maaf dan dia sentiasa fikir yang syurga tuh di bwah telapak kaki mak dia. Dia sayang mak dia. ouhhh. Sebenarnya sebelum dia koma tuh, ada sinar keinsafan dah dalam diri dia.


 OK cerita ini sedih sangat. Cerita dia ada klise sikit. Kalau tengok babak dia, aku ingat Kashaf mati! sewaktu roh dia tiba² hilang. Waktu dia tarik nafas-gaya-nak-mati. Rupanya belum mati! Dia buka mata.. :'D Waktu nih memang aku menangis gila² sampai adik aku heran, baju yang aku lipat jadi sasaran aku lap air mata aku. errkkkkk bersungguh ²  aku nangis. heh


Tuh ja lah, bagi aku cerita nih memang best sangat! Thumbs up sebab berjaya menimbulkan rasa keinsafan dan mengeluarkan air mata aku bersungguh-sungguh. #eh Aku suka cerita nih C:


Semua akan ada hikmahnya -Imani.


# Korang pernah da tengok cerita nih? 
#dekat drama nih aku jumpa lagu Opick- Tiada Duka Yang Abadi. :')
# aku minat Beto Khusyairi dari lepas aku tengok lakonan dia yang Jujur Aku Dayus. pun best 







Monday, January 10, 2011

Baru habis kelas ;)




Salam smua.Pagi² da ribut pasal AJL.bahh tahniah ya kpd yg berjaya :]
ehhh aq baru habis klas ni. dtg asrama trus gi makan dekat kafe. Then balik bilik on9 la.pa lagi.tgok itu..tgok ini..baca blog korang.Petang ni aq da kelas lagi.Kelas Arab.
Alhamdulillah,nasib aq ikut klas Arab,bukan kata sng..tapi alhamdulillah boleh.Dulu aq 
cadang² maw ambik klas Mandarin konon.Sekali tgok,susahh wehh..taw la konon dulu aq syok sangat layan drama Taiwan cth Prince Turn to Frog dan My Lucky Star.
Sbb gila layan benda² ni lahh aq kononnya maw sangat belajar Mandarin.
Alhamdulillah,last² aq tukar pikiran ambik Arab.Ambik benda yg ada basic lagi bagus kn?



k out.baca novel :]



Eren : Takkan Pisah

sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

repeat reff



p/s:jom layan lagu ni kejap.Best kn?
rum8 aku yg pasang2 lagu ni..jadi pndengaran halwa telinga aku saban waktu.
aicehhh,saban waktu ka Myen?hihi

.
.
.
k kali ni betul2 out lah ni.k daaaa.
maw mmbaca novel tertunggak.ada 3 lagi..fuhhhhh~*mengeluh.




HAVE A NICE DAY UOLS!




p/s:lagu di buang koz maw masukkan lagu lain ^^,