Klik ok? TQ so much !

Friday, July 13, 2012

Perubahan yang tidak di ketahui



bismillah dan assalamualaikum !


seperti yang dijanjikan dengan kawan aku 3 orang dekat Twitter tadi petang *janjilah sangat* aku pun updatelah pasal benda nih. C: Tadi petang kira² jam 1.45pm gitu, aku pergi ambik adik aku dekat sekolah lama aku. SMATS. Adik aku suruh ambik jam 1.30pm sebenarnya, tapi aku jalan lewat sikit, jadi lewat lah aku sampai ke destinasi.


Dalam perjalanan kereta banyak sangat. Aku kira mereka dari solat Jumaat dan nak balik kampung. Masuk kawasan sekolah, sekali terkejut nampak sekolah dah cat baru, laju² aku ambik handphone cikai then pergi ambik gambar. *memandu sambil menggambar memang hebat* #perasan


# Dorm 7, tingkat 2 paling hujung nih. Aku tengok-tengok adik aku situlah.
kot ² dia ada kuarkan kepala cakap 'tunggu kejap 5 minit' dekat aku kah




Seperti biasa aku tunggu adik aku dekat kawasan parking guru. Mak bapa budak²  lain pun tunggu dekat parking guru tuh juga. Tunggu punya tunggu, adik aku tak sampai² . Aku jenguk² lagi kono dorm dia di atas tuh. Dorm 7. Selalunya ada aspura bertenggek-umpama-burung-tengok-orang-balik-kampung dekat situ. Tapi tiada. Biar. Aku tiada rasa apa²  perubahan pun. 


Tunggu dan tunggu lagi beberapa minit. Tiba² adik aku datang dari arah belakang? belakang??! Aku jadi hairan terus. Adik aku pula buat muka pelik dekat aku. 


Abang : " haii.. mesti kau ndak tahu kan, yang kami pindah asrama baru sudah. Mama tiada bagitahu? :D "
Aku : " Iyahhhh??! ∑(O_O;)  Aku ingat kamu di sini! *sambil tunjuk asrama diorang yang lama tuh*
Abang : " Mesti kau tengok² atas kan, tunggu² kalau aku ada keluar kah ndak" , *sambil dia buat gaya mengolok*
Aku : " HA HA HA HA HA HA HA, serius aku ingat kamu sini ooh! HA HA HA" , *meneruskan ketawa sebab terhibur bangat! *


ok stop lah cerita yang lucu pasal aku yang bodoh² tak tahu apa² tuh. Anyway, sekolah kami dah mengalami perubahan yang besar sekarang nih. 


Antara perubahan² yang aku tahu 

  1. Dataran aspuri yang dulu tempat kami main bola jaring dan perhimpunan asrama puteri tuh dah tiada. Kawasan tuh kena bina dewan makan baru yang lagi tinggi dan besar tapi tak panjang seperti dewan makan yang lama.
  2. Dah ada dewan baru di hujung bukit. Aku rasa hujung lah tuh. Dekat kawasan makmal sains.
  3. Asrama lelaki/ASPURa dah berpindah ke asrama Aspuri yang warga Aspuri pernah guna. Aku rasa mereka beruntung pindah, sebab diorang dapat kawasan ampaian yang
    beratap-dan-panjang-pulak-tuh.
  4. Warga aspuri pindah asrama-baru-yang-tinggi-tuh. Untung lahhh, rasa asrama baru, tapi dengar cerita tiada jubin okay? Aspuri dan aspuria ada jubin. Nyaman bangun pagi pijak lantai memang sejuk #eh
  5. Surau pun semestinya berubah. Lebih besar kali ini. C:
  6. Blok A sudah bercat baru. huuhayyyy. UNTUNG :D





Tuh jak lah yang aku tahu. Yang best diorang adik aku lah. Diorang tidur dekat bilik warden dengan kawan² dia. Perghhhh. Tapi adik aku cerita, punya banyak lipas. Buka satu laci, banyak tul lipas! bukak lagi 1, banyak tul lipas! ee aku yang dengar kisah adik aku pun meremang bulu roma dengar kisah lipas yang banyak. Itu baru lipas. Dia ada cerita lagi tentang tekek 2 ekor si belakang almari dan sofa yang diorang tangkap pakai tangan jak untuk buang. HAHA :D 

# untung lah diorang rasa semua baru. Aku pernah rasa loker dan lantai baru jak #eh
# aku ni sukakan sesuatu yang nostalgic, jadi aku lagi suka suasana sekolah aku yang dulu. Tak lah sesak macam sekarang. huhay
# Buat kawanku, bila mahu balik kampung ni? kan kono kita rancang mahu pergi sekolah ni. 

Rindu pulak zaman persekolahan, tidak seindah cerita bidadari, tetapi penuh dengan memori. *tutup mata*







17 orang komen sini:

Woofer Storm said...

perubahan itu penting dalam kehidupan..mungkin perubahan membuat kita lebih bertenaga..

#tapi siyess rindu lagi dgn kenangan 2nd batch..time tu nampak lagi susah,tapi gembira..

Natasha said...

Awk, zaman sbelum kite dlu pun ntah ade ke tidak kemudahan mcm bilik it. then kite da rase. zaman kemudian pn akn sntiasa brtambah dan berubah.. anjakan paradigma la katekan :)

Anne Nurain said...

untung aspuri kan? lau ada blok baru mesti dorang yg dapat, aspura plak ambik blok aspuri.. hehehe..

aku pun rasa mo jalan2 p tgk skolah ku jgk la nanti.. hehehe..

dayang said...

macam makin dewasa sudah kan klu tmpt yg kita pernah pg dlu, sekarang suda lain..

MyMy said...

hoi!!
aku merasakan ada perubahan dekat blog ko nie taw..hahaha aku ternampak something wahahha..

kiraa..
ko budak hostel kaa?
aku ponnn! hahaha
rindu laa duduk asrama.. banyak kenangan ni..
paling best bla pegang tittle 'Aspuri'

kira..
aku ada plan best.. nak join nati?
holiday ke China or Korea or Bali..
tp dlm perancangan masih..
and rajin2 laa kumpul $$$ dari sekarang yaa.. hehe

cikeyrah said...

hi done follow ;)

nama kite nak dekat2 same kan theee ;)

Noraim said...

sama la. lepas sy habis sekolah semua benda baru ade. cehh, tak aci. kihkih.

#jgn lupa btau sy result awk :)

Kira Kekuri said...

@Woofer Stormmestilah penting perubahan, terutamanya yang ke arah yg lagi baik. betul, time tuh mesti belum banyak yang lengkap kan. C:

Kira Kekuri said...

@Natasha yup dear, sekolah sekarng makin maju :D haruslah berubah dengan peredaran semasa. :D

Kira Kekuri said...

@Anne Nurain sangat untung anne, aspura selalu kesian. ngeee . nnti ko jalan2 lahh ya di sekolah ko. dmna jg skolah mu dulu ni? ;D

Kira Kekuri said...

@dayang macam tempat tuh 'membersar' jg kan dyg C:

Kira Kekuri said...

@MyMy
HAHAHHAHA! *terhibur okay* tahu tu apa. haha,
yahh! aku budak ostel bahh, dari form 1. :D
uishhh! insyaAllah, jauh tul perancangan mu ni tau. tengok lah! woww bali marii :DD
tapi aku ni penganggur bah xda kumpul duit T_T

Kira Kekuri said...

@cikeyrah thanks dear C: yupp hampir samalah C:

Kira Kekuri said...

@Noraim memang x aci Aim, tapi dulu2 tetap best! hehe
#wokehh Aim, nanti saya bagitahu ok C:

Anne Nurain said...

Kira Kekuri :: aku skolah d LD dulu, smk agaseh namanya.. :)
sama kita, aku pn dari form 1 jgk jadi budak hostel.. hehehe

NUR said...

Kenangan masa sekolah mmg best. Tp perubahan perlu juga utk maju ke depan

sHaR!Na eLyaNa said...

hehe..brubah ke arah kebaikan..eh..kena mengena ka???

yup ustaz mazuki yg ajar arab kat uitm kk..sha stdy sana..kamu??