Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang XD




Assalamualaikum!

Hari cuti yang kiranya ohsemm , bertambah² ohsem terutamanya selepas aku pergi tengok Istanbul Aku Datang . XD

kami tengok dekat One Segamat. Itu jak lah yang mampu.  Demi tengok lakonan Beto Kusyairy aku jejakkan juga kaki aku dekat cinema dia nih. Hari² pun terperuk dalam UiTM, mestilah mau juga keluar kan? herher



#gambar aku pinjam dari Fb Fan page dia.

Tengok tengokk? Betapa comelnya Lisa kan? Aku rasa dia sangat comel. Antara Tomok dan Beto Kusyairy aku lagi minat Beto. Teka apa persamaan mereka ber-3 ni? Tiga² sudah kahwin wey. 

Watak Lisa (Dian) sini, bagi aku seorang yang Happy Go Lucky. Comel² lagi. Datang dari Malaysia ke Istanbul (8000km) untuk jumpa dengan boyfriend dia si Tomok (Azad).  Dia datang dengan harapan, AzadFarouk akan lamar dia nanti. Oh lupa, tambahan pula, Dian ambik kursus bahasa juga dekat Istanbul. Sama U dengan boyfriend dia , Azad  Tapi bf dia ni asyik² busy. =..=

Pada awalnya, Dian ikut tinggal bersama dengan Azaddi apartmentnya bersama si Aizat dan sorang lagi kawannya. Di sebabkan khuatir orang pandang 'tak-manis', Azad suruh Dian cari tempat tinggal yang lain. 

Jumpa rumah yang sesuai, siap menghadap pemandangan laut lagi, happy gila dia. Dian pun berpindah ke rumah baru. Sebenarnya Dian telah di tipu oleh anak jiran tuan rumah tuh. Duit deposit untuk 3 bulan telah di ambil dari Dian. Dian ingat dia sorang jak yang stay rumah tuh.

jengg jenggg jengggg *tiba-tiba*
.
.
.
.
.

Rupa² nya Beto (Harris) pun serumah dengan Dian. Masing² terkejut ! jumpa jumpa dengan tuan rumah, tapi tuan rumah jalan pergi Mesir pulak. Nasib lah Dian. Dia stay juga dekat rumah tuh for a couple weeks. Dalam masa tuh macam² yang berlaku. Dian makan Maggi ASAM LAKSA Harris lah. HAHA . Okeh part itu lucu. Curi² masuk bilik Harris lah. Then diorang gaduh. Dian minta maaf. Dian ganti megi asam laksa si Harris yang kononnya hanya-terdapat-di-Malaysia tuh. Sekali masuk rumah, ada kucing. Harris tahu kelemahan Dian yang 1 ni. Dian tidak suka kucing. Hihihi.  Dengan harapan Dian blahh dari rumah tuh. Lepas adegan teriak-teriak-takut-dekat-kucing Dian keluar. Baru Harris sedar kotak atas meja yang Dian bawa untuk dia, sebagai tanda minta maaf.  Bersalah lah tuh Harris. herher 

Di pendekkan cerita, *nanti kamu tengok lah sendiri bah untuk selanjutnya*  si Azad ni salah faham. Dia ingat Dian main kayu 3. Dian pun 1, dia rahsiakan yang housemate dia lelaki. Dia kata dekat Azad, housemate dia perempuan Arab yang strict, yang mana lelaki pun tidak boleh masuk. kononlah, kata si Dian. Waktu Azad pergi rumah Dian, dia nampak si Omar. Tengah pakai baju. Sebenarnya dia dari jadi si Azad punya model untuk lukisan illustrasi.  Azad salah faham. Dia marah Dian. Dian kejar tapi tidak terkejar. :( Tuan rumah pulak datang tiba². Settlekan masalah pasal rumah tuh. Kunci di ambil dari Dian. Siapa sangka sebenarnya keadaan itu telah mengeruhkan lagi keadaan Dian?  


 Dalam movie ni, aku tak suka sebenarnya watak Tomok, walaupun mungkin sweet² lah di awal². =..= Tapi sweet kah tuh? Yang dekat restoren tuh aku geli. kahkahh. Ohh iklan jap. ;p 

 Melihat keadaan Dian yang sebenarnya tak bersalah tuh, Harris sanggup jumpa Azad untuk menjernihkan keadaan. Tapi kedatangannya mereka ke apartmen Azad mengeruhkan lagi keadaan. Tomok maki² Dian, kononnya perempuan jalang lah. Harris cuba bawa berbincang dan menceritakan hal sebenar. Tapi Azad tak mau dengar, tambah maki lagi. Berlaku lah adegan tumbuk menumbuk. =..= and then datang pulak awek Azad! =..= Azad pasang dua sebenarnya. Sebab? kesunyian konon. =..= Dian terkejut. Aku yang penonton ni, lagi terkejut! LOL

Jangan Biadap.  -Harris
Dian pulak rancang nak balik Malaysia. Sebelum balik tuh, Harris kata, malam terakhir Dian tuh dia mau bawa Dian jalan² sekitar Istanbul. Rugilah kan kalau tak nikmati masa dan jalan² di Istanbul tuh? Siap naik Vespa lagi. Ohh so sweet :')  Siapa sangka kan? perkenalan yang singkat itu boleh membuahkan rasa cinta?  *pleghhhhhh ayat*. Azad ada datang
 lepas diorang jalan² tuh. Lamar Dian. Minta peluang ke dua.  Esok Dian balik Malaysia, Azad pun nak ikut juga. Aku sebagai penonton ini tidak setuju. -..- adakah ini akhirnyaaa? ouhhh tidakkkk *jerit*

Waktu Dian mau masuk teksi tuh, si Harris kejar. Turun laju-laju dari tingkat 4 kalau tak silap aku. Ouhh nasib sempat ! 

saya tak minta peluang ke dua, saya cuma minta bagilah saya peluang pertama   -Harris-

At last, happy ending. Macam yang aku harapkan. Dian dan Harris. ♥


# cerita ini mengajar kita tentang kepercayaan, kejujuran. dan juga, jangan bagi peluang kedua kepada mereka yang melukakan hati kita :p haha! 
# aku suka Beto, tapi dia da kahwin. Kbai.
# Aku tau aku pen-spoiler cerita. :P

Previous entry pasal Kashaf Imani . Beto juga lerhhh. Kalau sudi, baca lerhhh 



Sunday, April 29, 2012






Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang,namun kau tahu cintamu tak terbalas.ALLAH tahu apa yg ada di depanmu dan ALLAH sedang mempersiapkan segala-segalanya yg terbaik untukmu.
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yg tak kunjung datang,ALLAH mempunyai Cinta dan Kasih yg lebih besar dari segalanya dan ALLAH telah menciptakan seseorang yg akan menjadi pasangan hidupmu kelak'' sebenarnya ALLAH sedang mengajarimu untuk redha menerima takdir-Nya.
biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi.
ingatlah.. bahwa engkau mungkin menemukan cinta setelah kehilangannya,tapi..ketika cintamu itu mati. kau tidak perlu mati bersamanya.


# jumpa dekat FB. suka ayat ni :)  Selamat Pagi :3 cintai Allah <3

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday : Terlebih.



#terlebihhhhhh. =..=' errkkk.

Sunday, November 20, 2011

TQ Arsam Ciki-Ciki Bum-Bum ^^


assalamualaikum dan selamat malam.

aku rasa gembira dan berterima kasih
pada malam ini.
kenapa?
ada kawan FB tolong warnakan chibi saya!
gembira x terperi, 
rasa terhutang budi 
pada empunya diri ^___^
Terima kasih kerana mewarnai chibi saya 

# almaklum lah aku nih tahu melukis ja, mewarna tidak. T_T
ada sesiapa mahu mewarna chibi saya ??



klik untuk tumbesaran



#kejap2 saya kejap2 aku. xpalah. maknanya sama juga bukan? :D




Tuesday, August 2, 2011

aku memang burung hantu?



tadi lepas mandi, aku dapat soalan cepu emas #emassss la sangatt kan? dari kawan aku Eza. 


"Besar, ko bahh memang burung hantu?"


Aku burung hantu? tidak apalah..comel jugakk ^^ =p

Hahaha, aku burung hantu ! Aku dapat gelaran tuh pun sebab aku malar lambat tidur malam dan maybe itu menyebabkan aku jadi half-human-half-owl ( sembarang kasi gelar diri mcm tuh )
UGLY duhhh~ =__='
endak bole jiwa aku terima.Hahaa =DD



aku dari dulu tidur lambat, dari sekolah menengah. Konon takut. Kalau tidur awal jak, mesti terbangun malam-malam. baru terbayanglah nenek bongkok ka apa berjalan-jalan. (cerita nenek bongkok memang femes amous di sekolah aku dulu ) Apa pun imaginasi aku yang kuat itulah menyebabkan aku takut tidur awal dan menyebabkan aku menjadi half-human-half-owl / lambat tidur nih. Konon kalau tidur lambat jadi x terbangun malam-malam.Hahaha =DD


Jadi,berlarutan.. lepas tuh..jadilah aku kutu chat, kutu malam  ,kutu rayau, terutama di Facebook. Tapi itu dulu, dulu aku rajin on chat fb demi mengisi masa half-human-half-owl aku. Sebab berjumpa jugaklah dengan manusia sejenis aku..half-human-half-owl / lambat tidur / tidak tidur langsung ! Sekarang aku malas dan aku MALAR offline. 


Dan sekarang aku rasa maw mengisi masa aku dengan study~ aiseehhhh! konon* harap-haraplah aku study dan berubah menjadi human =p lol.


##apa bah aku merepek di atas tuhh? bhahaha =DD ^^


night~ selamat berpuasa hari ke 2 di bulan Ramadhan kawan-kawan semuaaa ^^


p/s: inilah tanda burung hantu tol, sempat gi update entry. LOL !









Tuesday, July 26, 2011

aku dan adik aku sama umur bah

aku dan adik bongsu aku sama umur, tidak percaya??




ini BUKTInya
adoiii, hahhaha =DD








adoii, bila lah ko maw tukar pi 1998 adik? bhahaa =DD



Friday, March 18, 2011

Aku tidak pandai membaca !



Salam semua. Bila chat d fb or mana-mana la medium yang wujud di dunia ni yang memboleh kan orang beramah-mesra-lama-lama-suka lah kan,orang rasa x perlulah tulisan tuh putar belit ka apa? tahu la mau nampak mcm ada-style la sikit kan. Tapi bila orang baca chat macam tuh, rasa mcm nak hantak kepala pi dinding pun ada gak =.= ( terlebih plak )

facebook hancusss~ ^^


Pusing kepala orang terus ! aduhh apa dia tulis nih? 

"sqsqlm.."

"huh? apa tuh?" aku pon bertanya soalan yang maybe bodoh la kedengaran bagi tukang chat ni.

"qssqlqmuqlqikum cik kirq dqn selqmqt pqgi.."

then bla..blaa.blaa.. 

aku pun mengconclude kan chat kita orang..maybe sebab orang da jawab sebijik-sebijik kn,dia rasa orang(aku) mara dia.haha..jadi orang pun berterus terang la.. (ishh~ aku ni terlalu berterus terang! hmph ! )

"x la.haha just susa maw paham apa yg ko tulis.. rpanya 'a' jadi huruf 'q'"

"jqdi ko dq pqhqm lq?"

"paham..dri td lagi paham..^^"

hurghh..biar pun orang sini paham,tapi duhh..hampir berbelit jg lah kn otak orang pi baca tulisan dia nih. HAha dan itu membuatkan aku tidak pandai membaca ~

So next time,x perlu la ya tuan-tuan dan puan-puan yang comel,baik hati,hebadd,hensem,cantik,tegap,sasa,boroi semua ..x paya lah tulis tulisan yang sangat canggih nih..maybe ada yang suka ada yang biasa ngan tulisan ni n maybe ada yang x suka langsung!( aku la tuh antaranya ) ehhe

p/s: plis jangan buat camni.Bole + darah tinggi orang sebenarnya .muahaha


mood:tiba-tiba rindu chat ngan 'kwan' d facebook :j

tidurr..zzzzzzz..harap-harap tdurku aman :D

Saturday, February 5, 2011

Jejak Songsang Facebook

KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.


Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.

Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.


“Mereka dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan lanjut dan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut,” kata sumber itu.


Menurutnya, siasatan awal Jais mendapati suami wanita terbabit membuat laporan mengenai kecurangan isterinya, selain mendakwa isterinya melarikan anak mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid mengesahkan serbuan dan tangkapan dilakukan pihaknya terhadap wanita terbabit bersama bekas teman lelakinya.


“Kami sudah menyoal siasat pasangan terbabit dan mereka bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada Jun depan atas kesalahan berkhalwat,” katanya.

Menurutnya, sekiranya bersalah pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.









-my Metro-

Sunday, January 23, 2011

adalah sangat menyedihkan bila orang x kenal kita T__T

Salam.Mood tengah sedih + lawak,ehh ada ka mood lawak? haha!!
ntahh la kali ni aq rasa betul2 lawak lahh kali nihh. 
Tadi pagi dekat fesbuk,tengah aku facebook-walking haha,aku terjmpa FB junior aku.Si Vivi Farhana. So pegi la aku memulakan mukaddimah dahulu..at first aku gi add dia la. lepas tuh,pegi la tulis dekat wall dia.


"vivi!HAHA!!"


wahhh! nmpak semangat ann aku??


''cik kira?kta knal kh?''


huhh?! haha lain yg aku harap,lain dia balas.HAHA. ingat kan dia akan say 'Hi' dekat aku ka.Tapi tanya kenal ka tidak..haha!


Aku pown ketawa2 sorang atas katil.apa jadi ngan dia sampai x kenal aq?? aq nih ktua dorm dia dulu.Owhh maybe sbb aq gna nama lain ann? 'Cik Kira' cuba aku bagi nicknem aku sana  'besar' mesti dia knal kutt..len kali maw letak niknem aku la,manatahu pastu baru owang kenal.hikhik



cehh,semangat aku
sekali...
.
.








haha!aduhh at last dia ingt jgak aku T__T
nanges x berlagu aku if dia x knal aq

apa2 pown junior2 aku mmg best.haha.
apa2 hal crta kat aq dulu.Terutamanya bab2 hantu nihhh.





Friday, January 21, 2011

Betul jugak nih kn?



sepa sokong pict di ats angkat tangann  kaki!!??? :DD



Salam and selamat pagi semua![mcm banyak.haha^.^] hoho..
hari ni ntah knapa mata ni masih belum ngantuk owhh..
Tadi aku gi blogwalking,jenguk n ziarah sepa2 yang sakit blog mereka yang lain, n sekali gus follow dorang hoho :DDD 


Makin hari makin ada perbaharuan yang di bawak olehh encik Buku MUka..eh salah!! Facebook! On ja facebook,opppps! jenis profile aku da tukar tba-tba gi yg style baru tuh.
style baru aku x minat lah.Bingung jgak pada mulanya,tetapi lama-lama makin boleh sesuaikan dri :DD rupanya simple jak.Tapi style lama tatap di hati XD

Facebook merupakan 1 social network yang mmbolehkan orang post2 pict la video n macam2 lagi.Haaahh! cerita sal pict nihhh..alamak,macam2 ada..banyak yg tangkap gambar dri different angle la..spaya nmpak gojes,cantik la..wow! laki pempuan sama ja.haha..aku? owhh aku pun termasuk jgak lah( mengaku yah ) tapi kebanyakan gambar yg aku simpan,cuma gambar2 binatang..contoh Panda,Kambing,Biri-Biri,Ayam,Tupai,Tikus n macam2 lagi.tidak ketinggalan jgak gmbar2 pelakon Korea pun aku pandai smpan jgak,dorang pelakon Korea nih op kos la x kenal aku.Tapi aku gi bantai ja pakai2 pict dorang..ohooo sorry ~.~"

Ikut kretiviti sendirilah kan maw simpan apa.Tapi ada 1 yg aku x suka nih.Satu jak. 1 .
http://www.emocutez.comAku x suka tengok.bila pempuan tu bertudung,then simpan jgak gmbar x pakai tudung..ishh2..malas plak aku.Asal maw jg tunjuk aurat? best? cantik ? kalo mmg free hair aku x la kisah.Ni yg mula2 bertutup..sekali tgok,ada plak smpan gambr yg nmpak rambut.Terlihat yang seharusnya ditutup =.='' Wow! tahniahh! ramai yg melihat n memuji2 rambut anda sangat lurus n boleh guna jari lagi yahh? okeh just keep it.

Maw tegur tapi nanti kena maki.HAHA.Jadi diam jak la.tgok apa yg terjadi dekat sana.haha.
bf  pown x tegur ka suhh tutup kpala..sia2 jak...dot dot dot..tapi dot dot dot..( p/s: kena sensorkan ayat tuh,nanti kedapatan plak ada yg merepot :DD ,manalah tahu kn? )
hoho..apa2 pown aku harap ada perubahan la. Xda dapat apa2 jgak kalau tayang rambut tuh..dapat pujian? pujian bole menimbulkan riak dan ini membuatkan kaki si pemuji sebelah di neraka.Eh betul ka pnggunaan ayat aku ni..ntah la.Hehe.  

Apa2 pown sama2 la kita perbaiki diri.aq pun bknnya bgus sangat.So,kena jgk perbaiki dri ini.Terutama di hadapan Allah. itu yang paling penting. 


Selamat malam.


sedikit story: aishh aku sedih minggu ni x dapat plang rumah.Rindu orang rumah semua ~.~"







Sunday, January 9, 2011

Facebook Maw Di TUTUP?!

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.


SUMBER: CUBIT SINI





ehem² wahhhh!!Facebook da maw tutup yahh?  hmnnn..its ok..x juga risau sangat..kan Malaysia ada MyFriends2u?? MyFriends2u ala² facebook jgak.alahh x perlu rsau smpai nak bunuh dri kaa..owhh tidak! so ini la peluang bagus tuk gunakan barangan Malaysia.Eh,ngam ka ayat aq tuh? buat² ngam ja la.hehee...JADI,JOM KITA SEMUA wat ACCOUNT dekat MYFRIENDS2U!!       pstttt~sekali FB dah xda,korang rasa pemilik Myfriends2u terkejut tak?sbb ramai dah berpindah ke sana..wawawawa..itu pon kalau ada la.hahaha~klo xda kosong ja la myfriends2u tuhhh.Aq dah ada akaun kat sana.Lama dah.Tapi jarang usik.Sbb x ramai kawan berminat maw wat account kat sana.Dorang semua lagi prefer FB. So if betulla FB da maw tutup, apakata..add la aku kat MYFRIENDS2u!! ^__________^ heheh xpaya malu2..aku approve ja.ahaha(promote nmpak =.=') k dadaaa semua.






Gunalah Barangan Buatan Malaysia

Thursday, December 2, 2010

10 sifat calon suami yg baik



"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat."

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga memaksa isterinya untuk menunaikan solat. 

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

**************

Pesanan dari Admin:

seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

1. TIDAK AKAN mengajak anda kepusat2 hiburan
2.TIDAK AKAN berani pergi ber"dataing" dan bercouple berdua-duaan
3.TIDAK AKAN membonceng bersama2 dengan kekasih
4.TIDAK AKAN besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim
5.TIDAK AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya
6.TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita
7.TIDAK AKAN tidak berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan
8.TIDAK AKAN berani melakukan ZINA

SEKIRANYA 8 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2 TERSEBUT...SEKIAN

KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
^__^  




brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
                           

assalamualaikum semua.di harap sihat sentiasa :)notes ni Kira jumpa di fb..fb n bnyak notes..2 yg best 2..jadi aku pown mau share ngan kamoo semuaa..
lelaki yg soleh itu adalah impian setiap wanita..betulkn?
bgtaw kalo salah :)wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan begitu lahh sebaliknnya.wallahualam.jadi yg bercintan cintun 2..perbaikilah diri agar jd insan berguna tuk negara..*ceeehhh*.semoga diriku di pertemukan jodoh sebegini.Insyaallah..heee...^_^
hohoo..sama2 lahh kita perbaiki diri ini ke arah yg lebih baik lagi :) sesungguhnya diri ini x begitu sempurna,tp akan ku usaha ke arah yg lebih baik.insyaallah..aku akan kuatkan azam!yeeaayy..^_^