Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label Renungkan. Show all posts
Showing posts with label Renungkan. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Bestfriend dengan Buaya






Deep in the Costa Rican jungle, a fisherman named Chito discovered a crocodile that had been shot in the eye by a cattle farmer and left for dead. Chito was able to drag the massive reptile into his boat and brought him to his home, where he stayed by his side for months, nursing him back to health.

He named the croc Pocho. “I stayed by Pocho’s side while he was ill, sleeping next to him at night. I just wanted him to feel that somebody loved him, that not all humans are bad.” said Chito, ““It meant a lot of sacrifice. I had to be there every day. I love all animals – especially ones that have suffered.”

The day finally came when Pocho was strong enough to go back into the wild. Chito took him to a lake near his house and released him, but the animal simply got back out of the water and followed him home.

“Then I found out that when I called his name he would come over to me.” says Chito. The fisherman has been hesitant to tell his story, even though 20 years have passed since he first rescued Pocho.

Pocho is roughly 5.18 meters (17 feet) long. He and Chito play, wrestle and hug on a daily basis. That bond, Chito said, took years to forge.

“After a decade I started to work with him.”, says Chito casually, “At first it was slow, slow. I played with him a bit, slowly doing more.”







Chito has told his story now only to raise awareness of the cruelty that can be done to animals, and the difference that affection and treating other rightly can make.

“He’s my friend, I don’t want to treat him like a slave or exploit him.”
said Chito, “I am happy because I rescued him and he is happy with me because he has everything he needs.”













Source : WorldFact FB.

#interesting huh? a beast can be your friend if you treat them nicely. 
Aku tertarik dengan kisah ini, jadi aku share sama korang, korang dan korang semua. 


Thursday, September 27, 2012

4 Rahsia cara Jauh Daripada Dosa


Assalamualaikum.



#kelik untuk tumbesaran menyeluruh. 


# Sumber Asal : Solusi
# Untuk menjauhkan diri dari dosa, kita kena tegas dengan diri kita. ^^
# Berterus terang, tindakan yang baik atau tidak. Pandangan anda? 





Monday, September 3, 2012

Perasan tak?



Bismillah.

#klik untuk tumbesaran bagi mereka yang rabun. ;p

Wednesday, January 5, 2011

molekul air zam-zam :]





salam readers.heee..
eh,ada ka readers aq ni? 
heee.Klo ada..mmg aq sayang sama kamu ^^


Hari ni ja,ada 3 kelas aq kna dtang.aku gagahkan juga dri g kelas
mula² jam 8-10am pastu 2-4pm then 4-6pm
fuhhhhh~mmg full kelas aq woo.x taw la if klas ada lagi jam 10-12pm pda hari ni.
kering + kurus aq nanti! hihihi

Antara semua klas yg aku attend hari ni cuma klas Arab aku minat.
Best.Aku suka Ustaz yg mengajar ni.Bukan cinta ok?suka cara dia
mnyampaikan plajaran n cerita.lawak + SANGAT berguna cerita dia smua.
wahhh.sampai terkesan d hati kata² dia.hehehe :D
pun bolehhh~~kan Dian??hahha~
hari ni ustaz tu xda mengajar.
cerita jak banyak.tuh yg best tuh.

huhhh sebanarnya aku tgah bosa ni,tuh la post pasal klas aq
apa² pown sory kpd smua la if entry aku ni mmbosankan..hmnn ~_~"


Owh ada 1 ustaz cerita. tentang molekul air zam-zam.
jom tengok?

*ini gambar molekul air zam-zam.Subhanallah..cantikkan?
besarnya kekuasaan Allah :]





Jadi klo kita mau yg indah² masuk dalam badan kita yahh kawan²..
lafazkanlah/hembuskanlah ke dlm air yg kita minum 
'Bismillahirrohmanirrohim'  ataw apa² ayat yg membwa maksud yg baik
nescaya molekul air itu akan menjadi indah berkilau-kilauan 
dan seperti berian dan memberi kebaikan kpd dri kita.
ini betul² ok bukan rekaan ni.Mula² ustaz Arsyad crta kat klas tadi.
tapi dia lpa print gmbar tuhh.
then aku kurik² la di En Google.Alhamdulillah..akhirnya aq jumpa.. ^^
betul kata ustaz tuh..memang sungguh indahh..
Subhanallah :]
punya cantik


rupanya molekul air akan berubah² mengikut apa yg diperdengarkan kpdanya?
ehh btul ka ayat aq nihh?aku pun konfius.he he.sory ~_~'



Ingin tahu lagi???
Klik Sini~ ^^







sesungguhnya,Allah itu Maha Besar dan suka akan kecantikan .air,memang cantik :]

Friday, December 24, 2010

Aku lelaki yang malu

tolongla...
kenapa kamu selalu membukanya?
terjurai sel terlarang merunsingkan alam.
ternoda jiwa kerana berkelipnya mata.
sesaknya nafas mengkhayal imej larangan itu.

please la...
kenapa kamu sanggup jadikan jasad kamu murahan?
lelongan di pasaran intaian mata-mata.
menghakis kehormatan menjatuhkan kemuliaan ciptaan.
terguris iman merasa lemah.

tolonggg...
janganlah kamu tanggalkanya.
kami tunduk nampak pasangan tiang.
kami pejam nanti langgar tiang.
kami berpaling dilihat kejam.

tolonglah...
jgnlah kamu membuka aurat.
jasad kamu tak semurah lelongan utk dperlihat-lihatkn.
tubuh kamu bukan utk direnung buaya yg kelaparan.

kamu terlalu mahal,
kamu terlalu bernilai,
maka jagalah nilai kamu...jgnlah biar harga diri menjadi susut.
laku hanya di mulut-mulut buaya kelaparan.
tetapi hanya sampah di pasaran syurga.

please la wahai kaum hawa.





very-very credit to Mujahid Bandau

Thursday, December 9, 2010

Wanita-wanita dalam syurga




1)Allah Memberi Kepingan-kepingan Emas kepada Wanita-wanita Solehah
2)Allah Memilih Wanita Yang Bersedekah Untuk Mendiami Syurga.
3)Allah Hanya Memilih Lelaki dan wanita Yang Beramal Soleh Sahaja Mendiami Syurga.
4)Wanita Solehah Akan Mendiami Syurga Dalam Keadaan Yang Sungguh Aman Dan Damai Serta Kekal Di Dalam Syurga Nikmat Allah..
5)Wanita Yang Paling Bersifat Pemalu terlebih dahulu memasuki Syurga.
6)Allah Telah Membina Tempat Khusus dalam Syurga Untuk Wanita Solehah.
7)Allah Menganugerahkan Syurga kepada wanita yang tidak menimbulkan fitnah pada kaum lelaki dengan kelebihan yang ada pada mereka.
8)Allah memberi peluang kepada wanita Solehah untuk mendiami dalam Syurga bersama suaminya tercinta.
9) Kelebihan pada Wanita:
1-Meninggal tanpa berkahwin Allah akan memuliakannya.
2-Allah tetap memuliakan wanita Solehah walaupun berkahwin dengan suami baru setelah kematian suami pertama.
3-Allah tetap membenarkan wanita Solehah memasuki Syurga walaupun suminya berada dalam neraka tatapi Allah tidak akan membenarkan suami memasuki Syurga sekira isterinya mendapat hukuman masuk neraka kerana isterinya adalah dibawah tanggungjawab suami.
4-Wanita Solehah tetap dibenarkan mendiami syurga walaupun telah berkahwin.
5-Allah memulikan wanita solehah yang tidak berkahwin setelah kematian suami kerana kesetiaan pada suaminya.
6-Allah tetap juga memulikan  isteri solehah yang berkahwin dengan suami baru setelah kematian suami pertamanya.

10)Walaupun terdapat banyak hadis yang menyebut kebanyak wanita mendiami neraka tetapi Allah  sebenarnya mencipta keindahan dan kecantikan wanita adalah untuk menghiasai Syurga.. Sebenarnya pada sifat semula jadi mereka adalah penghuni Syurga Tetapi mereka mngubah kejadian mereka untuk menjadi penghuni neraka.

11)Allah Mengembalikan sifat Dara kepada wanita Solehah apabila mendiami syurga.. dan sifat dara tersebut kekal kerana tidak layak Wanita yang tidak dara untukm mendiami Syurga tetapi Wanita pelacur dan penzina layak mendiami neraka kerana neraka disediakan untuk wanita yang tidak memilki dara.

12)Kecantikan Wanita Solehah di dalam Syurga Akan Mengalahkan Kecantikan Bidadari.. Subhanallah.. Bukti Akhlak mulia mendapat perhatian Allah SWT

13)Mahar untuk Memasuki Syurga ADalah IMAN..oleh itu Wanita Solehah Adalah makhluk yang paling mulia… Apabila melangkah kaki memasuki Syurga Allah Maka Allah perintahkan Malaikat Membuka pintu untuknya, Apabila bercakap mulutnya harum kerana dipenuhi dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan amalan-malan Soleh.. Tubuh dan jasadnya suci kerana dipenuhi dengan pahala puasa di dunia… Apabila suami melihatnya didalam Syurga akan lahir rasa Cinta dan Sayang kerana sifatnya yang sentiasa TAAT dan PATUH serta sentiasa menjaga harta dan maruah suami disaat ketiadaan suami.


Lihatlah Penghormatan Allah Yang Paling Tinggi PADA WANITA SOLEHAH semasa mendiami Syurga Ciptaan Allah..

Pujiaan membawa kpd 4 kebinasaan


Allah SWT membenci apabila orang Munafiq memuji,
Pujian membawa kepada 4 kebinasaan:
  1. Berlebihan memuji membawa kepada Dusta atau penipuan.
  2. Memuji di bibir tetapi membenci dihati membawa kepada sifat Munafik.
  3. Memuji tanpa keyakinan atau sebelum mendapat kepastian atau masih meragui perkara tersebut memnawa kepada penipuan.
  4. Memuji orang yang melakukan kezaliman membawa kepada orang zalim lebih bersemangat melakukan kezaliman-membawa kepada Takabbur.


renungkan :)

Cinta 5 Perkara Akan Lupa 5 Perkara :)




Maksud Hadis Nabi SAW:
1- Cinta pada Dunia akan lupa pada Akhirat
2-Cinta pada kehidupan akan lupa pada Mati
3-Cinta pada Istana dan Rumah akan lupa pada kubur.
4-Cinta pada Harta akan lupa pada Hisab atau Hitungan Allah.
5-Cinta kepada makhluk akan lupa pada Khalik iaitu Allah Azzawajal.

Sunday, December 5, 2010

cinta itu ini


السلام عليكم ورحمة الله 
سلام سجهترا سموا ^__^
هاها! راجين اكو توليس جاوي








salam semua,kaifa halukum?hehe ;) praktis arab d sini..:)
nasyid d atas adalah antara nasyid fevret aku,sangat lah aku suka akan lagu nasyid ini..membuat aku ingat pada tuhan yg satu..Allah..kadang2 meningatkan aku akan dosa2 ku yg lampau dan membuatkan aku berazam serta insaf untuk mengubahh diri ke arah yg lebih baik..InsyaAllah..:)


kalau kita tgok insan2 sekarang ni..merana kerna cinta la..
di tinggalkan cinta lah..cinta tak kesampaianlah..cinta tak di restui la..cinta di nodai lah..cinta kerna harta lahh..cinta kerna hutang budilah..cinta kerna terpaksa lah..cinta kerna nafsu lah....cinta songsang la..err,songsang??owh I mean,yg gay dan lesbian 2..hahaha! mcm2 ada kn?anda di cinta yg mana satu???


CINTA?kalau tgok selain kekeluargaan,'cinta' topik paling hangat sekali kn?sehangat sup yg aku makan td..muahahaha..mcm2..org sana-sini mencari cinta..putus cinta..aku sekadar memberi pandangan,berblog untuk memberi pandangan..hehehe..dunia dikelilingi dengan bermacam jenis cinta..i2lah istimewanya dunia..bnyak yg boleh kita peroleh,banyak jg boleh kita deritai...begitula cinta ...cintailah tuhan kerna jika kita cinta padaNya nescaya xkan ada penyesalan kerana cinta padaNya adalah cinta yg agung sekali antara semua jenis cinta yg ada di dunia fana ini..hasratku,ingin ku mengejar cinta Mu Allah..InsyaAllah.
pimpin aku ke jalanMu Allah,aku hamba Mu yg kekurangan..
http://www.emocutez.com *sad* terbabas aku selama ini..lain jalan dan lebuh raya yg ku pilihh.. ampuni aku ya Allah,andai ku lupa dan mengingat yg lain selainMu....sedihnya~dan Ya Allah,pintaku..andai aku jatuh cinta pada seseorang...cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu..agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..










To love someone is nothing, To be loved by someone is something, To be loved by someone you love is exciting, But to be loved by ALLAH is EVERYTHING...












p/s:sebelum tu,aku mau bgtahu..sungguh aku sayang akan keluargaku..mama,bapa,kakak,kecik,abang,adik..
love u all.. :)



Saturday, December 4, 2010

POSITIF HADAPI KRITIKAN :)

Kita manusia,tidak dapat mengelakkan diri drpada di kritik,di caci dan di hina.Sedangkan Allah yang Maha Pencipta,Maha Hebat,Maha Pengasih pun dicerca orang yg tidak BERAKAL inikan kita pula manusia.


Dikala menjalani kehidupan ini,kita selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini x terlepas dri kritikan sinis,pedas dan menyakitkan.Dan tidak mustahil dri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri.Ingatlah,org yg duduk di atas tanah xkan jatuh.Mereka mungkin marah,sakit hati dan benci di ats kebaikan,ilmu,harta dan kejayaan kita.Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.Jadi berwaspadalah terhadap apa jua mereka katakan.Kuatkan jiwa untuk menerima kritikan dan cemuhan.Jika hati kita trasa terusik,ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.Cara terbaik yg kita lakukan ialah menunjukkan akhlak yg bai,usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita.Berdiam diri itu adalah lebih baik untuk memadamkan api yg sedang marak. :-)


"katakanlah (wahai Muhammad):Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu".(Al Imran:119)


"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-Nya"-(a\At Taubah:74)

Friday, December 3, 2010

Nasihat untuk wanita,so entry ni tu wanita jak! LOL



Nasihat Untuk Wanita
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYu LAMA :)

1. Terlalu lama berdiri

Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.



2. Terlalu lama duduk

Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur



3. Terlalu lama berjalan

Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya.



4. Terlalu lama melihat

Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan



5. Terlalu banyak tidur

Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.



6. Terlalu riang/gembira

Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.



7. Terlalu kerap marah

Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.



8. Terlalu banyak berfikir

Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.



9. Terlalu banyak bersedih

Merosakkan jantung.



10. Terlalu merana

Merosakkan paru-paru.



11. Terlalu takut

Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.



12. Terlalu kerap terkejut

Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.



13. Terlalu banyak makan

Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).



14. Terlalu minum minuman berais

Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.



15. Terlalu banyak masa lapang

Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.




Aigoo..aigooo!!ottokeeea!!jom berubahh untuk kesihatan diri yg lebih baek..hihiii~! ;)

cinta terlarang kerana Allah s.w.t?

cinta terlarang kerana Allah s.w.t...??? (sebuah cerpen)


Cerpen yang mengisahkan pasangan ber"couple" Menggunakan nama islam untuk mencapai matlamat peribadi dan akhirnya tersedar akan kesilapan mereka...baca dan hayatilah carpen ini 

********************

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-”





Aku mencapai telefon tanganku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.  Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.





Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas solatAsar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ.

Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘COUPLE’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap.





Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.





Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku.





SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain.

Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…






Amin: assalamualaikum wbt.

 Wani: wsalam…

 Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

 Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak?

 Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tp takpe, ok je semua

 Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week…

 Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit…

 Wani: wah, rajinnya… baguslah!

Amin: hurm…

 Amin: study macam mana?


 Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.

 Amin: oic…

Amin: takpe, study rajin2 ye..

 Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

 Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

 Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

 Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

 Wani: so, statusnya kawan je la…

 Amin: hurm…

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima.. Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

 Wani: jadi…

 Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

 Amin: sbb……

 Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

 Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

 Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

 Amin: huh…

 Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

 Amin: kononnya Islamik…

 Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

 Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

 Amin: hurm…..

 Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

 Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

 Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

 Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu.

Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka.

Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

 Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam. Signed out




Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya…

AKU SEDAR YANG KAMI TELAH MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PERIBADI....





Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani

turun…”Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta






p/s:sedar tidak sedar,manusia banyak melakukan mcm jenis zina,zina hati contohnya kn.?.manusia lupa pada Allah,padahal Allah itulah yg selayaknya di cintai kerna mencintaiNya x akan membawa kpd sesalan :) 
semoga kita  tergolong dlam golongan yg baek2..Amin YA ROB.. :) sma2 la kita beristighfar