Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label saya. Show all posts
Showing posts with label saya. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Pengalaman Di Negeri Orang | Bab 2


Bismillah, assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Baru aku terasa, tajuk entry aku bukan main lagi. Ambek kau. Bila baca entry lalu, rupanya aku tengah main teka-teki dengan kawan-kawan pembaca, terutamanya Anne, Mastura, Noraim dan Zila. Diorang tertanya-tanya pula.  Hehe maaf! lupa aku mau mention aku dekat mana sekarang ni. Lucu pun aku nih.

Sekarang aku tengah study dekat negeri orang. Ahhh biasalah tuh, kau belajar jauh-jauh merentasi lautan. kan kan? Adik aku boleh. Aku lagi boleh. ;p Aku sekarang dekat UiTM Segamat. C:

Suasana sini, bagi aku sama sahaja. Ada langit ada bukit. Sama sahaja dengan keadaan di Sabah. Ada gunung juga, cumanya bukan gunung Kinabalu, Gunung Ledang. Tapi di hati aku tetap Gunung Kinabalu. ;D 

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu..” awwwww

Cuma yang berbeza, mungkin orangnya. Bahasa yang digunakan, completely different! Bahasa semenanjung bah. Aku bukan tidak boleh cakap semenanjung, aku boleh sebenarnya. Berkata guna dialek semenanjung bila aku ada mood. Di kelas, cakap Sabah kena kasi ketawa. Kena olok-olok. Kami pernah olok-olok kah bahasa kamu? aku rasa tidak. MANASSSSSSSSSS. Jangan layan. Lama-lama pandai tuh berhenti.

Pada pandangan aku, warga kampus nih seperti semuanya Muslim. Alhamdulillah lah. Dekat Sabah dulu mixed. Ada yang Muslim dan ada yang non-muslim. Pagan? aku tidak pasti pulak adakah tiada. Baru tuh, orang semenanjung tinggi-tinggi yah? semua yang aku nampak sini tinggi ok. wow!


kihkih


Then, untuk student perempuan, kebanyakannya pakai tudung bawal. Di KK macam bergaya sikit student dia. Hehehe.  Dekat sini kau jalan-jalan tidak pakai kad matrix pun, ada pak guard kesah? TIADA. Jalan lah kau lugai-lugai tidak pakai. Diorang ok jak. Oh yang penting, hari Isnin dan Jumaat wajib pakai baju kurung. Kalau kau outing pun kena pakai juga. Kawan aku pernah kena sekali, hari Jumaat diorang pakai baju biasa keluar, then guard tahan tanya, “kamu Muslim ker?” . Of course lah Muslim, kawan aku semua pakai tudung pula tuh. Cumanya diorang pakai baju biasa sahaja keluar pada waktu tuh. Baru masuk, jadi tidak tahu peraturan yang satu nih lagi. Tapi aku rasa tidak rasional soalannya tuh. Mesti mahu pakai baju kurung baru kau Muslim? Tudung di kepala tuh tandanya apa? eii. Mungkin kalau diorang tanya, “Kamu Melayu ker?” boleh pakai lagi. Baju kurung kan asalnya baju orang Melayu. Ok jangan pul;ak kata aku racist, aku cerita kebenaran.

Pergi kelas pulak tidak macam waktu aku Diploma. Dulu, kau kena berebut-rebut naik bas dahulu sebelum pergi kelas. Kalau awal pagi, kau dah mandi then berwangi-wangi, then naik bas… tiada guna. Berpeluh-peluh juga balik. Bagus kau jangan mandi. #EH . Sini, jalan kaki jak pergi kelas.Itu yang best dia di sini.  Kalau kau lambat kau tetap akan sampai kelas lagi, tapi kalau kau tertinggal bas. Jangan harap bas akan tunggu kau. Waktu aku Diploma dulu, aku pernah kena kasi tinggal bas, sebab aku lambat. Di sini, lambat? boleh lagi kau berlari, walau penat sampai juga.

# haaa itu sahaja perkongsian pada hari ini. Waktu untuk online pun suntuk. kalau dulu di rumah, malar online. Sampai lappy pun bosan sama aku. K fine. Assalamualaikum. :)
# Rindu keluarga dan kawan-kawan di seberang sana. :’)



Sunday, June 10, 2012

Takdir itu Milik Aku : Hampa

bismillah.
takdir itu milik aku
minggu lalu, aku ke Kuala Lumpur. Bercuti bersama keluarga. Minggu lalu juga waktu aku di sana, aku cari novel ni. Tapi aku tidak jumpa. Terus aku rasa hampa yang amat sangat. T_T\

Kalau bukan kerana seorang kawan lama, tidak lah aku jumpa dan tahu novel ini. anyway,aku ingin ucapkan terima kaseh :) hihi ^^  Aku pergi sana pun, memang antara misi aku mahu mencari novel ni. Tapi tidak jumpa pula. ermmm.. nampaknya memang tiada jodoh lah aku dengan buku ni. sedih aku taw.  T____T

sebenarnya-saya-isteri-dia
Then aku jumpa novel ni Sebenarnya Saya Isteri Dia!, boleh lah ganti novel di atas. :’) sedihhh kenapa aku ndak jumpa kau novel??  entah bila dapat jumpa novel hijau tuh. Tolong belikan untuk aku boleh? ok fine,merepek bah.

#tidak apa, jangan putus asa. Nanti aku cuba cari lagi :’)
#mahu betul aku baca novel ini :”(
#kawan aku Myen pulak, mahu betul dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni. Nanti kalau aku ke KK, aku inform kau kalau ada novel ini ok?  C:

balik dari sana hari tuh, terus demam. Haha :D melampau kali makan durian. belum sembuh pun. Apapun terima kasih Allah atas Ujian ini :’)
*sebaik2 tempat orang,lagi baik tempat sendiri C:

Sunday, May 13, 2012

QOTD #2




# diam lagi baik kan? tapi tuh ja la, kalau 'diam' memanjang, masalah xkan selesai punya. salah faham akan sentiasa ada.  
#selamat malam. update seciput ja malam ni. C:





Sunday, May 6, 2012

pak arab dan gambar pasport

bismillah


Dan selamat malam.
Petang tadi panas sangat kan? Malaysia memang panas ya? Petang yang tadi panas da berubah gelap sikit. Mo hujan lah tuh. Yeah best. Aku suka sangat dengan hujan, sebab sejuk woo.  C:


Sebenarnya aku agak blur mo bercerita, cerita apa, aku pun tak tahu. Dari aku biarkan blog aku bersepai terabai bagus aku isi sikit biarpun agak tidak 'berisi' benda yang aku ceritakan.


Blog aku ni, da aku tukar hampir semuanya kot? 100% aku ubah. dulu pilihan hati aku sebenarnya warna biru, tapi baru2 nih aku terjatuh 'suka' pulak dengan warna kecoklatan gitu. Awww, hati, cepatnya kau berubah kan? tapi biru tetap di hati aku bah.


Warna biru still ada, aku letakkan pada blockquotes aku. :) pemberian kawan tuh. Mesti ambil dan hargai C: ohh dan pada date sekali. :D Tapi background tak berapa coklat pulak. Nanti aku edit lagi, biar sampai ada warna coklat! yeaii.


Ehh terlampau bercerita pasal blog cincai ni, sekarang let's go to the main topic, shall we? C; Tadi ada orang sms dekat aku, begini bunyinya.


Yaa Sitiii~ aku bawak gambar pasport y kau bg 2. Kasi tayang2 pak arab cni. hahaha


Uissh! masyaAllah! siapa ni?? Terkejut beruk aku. Nombor tidak dikenali pulak tuh. Berdebar aku.  Dengan siapa aku pernah bagi gambar pasport nih? Akal mula membasuh, cuba mengingati muka-muka mereka yang pernah aku berikan gambar yang lebih kurang serupa pasport.


Achill!?? Ehh Achill di Sarawak, apa kaitan dengan pak Arab kan?. Maaflah Achill, teringat ko pula, teringat aku dulu form 5 aku pernah bagi dia gambar cincai aku. adudududu.


Manda!!?? nahh ini pasti Manda. hahaha :D siapa lagi antara sahabat aku yang gila-gila selain dia ni. hahaha. Hati berbunga. Gembira pun ada. Nampaknya Manda da sampai ke tanah suci. Alhamdulillah. Semoga Manda baik-baik saja sana. Aminn :DD


#matang lah sangat kan? yg sebelah tu, adik aku. Bekas pelajar Asasi UM da sekarang.




Terus teringat yang aku ada pernah bagi gambar pasport aku yang biasa2 tuh. Aku rasa itu lah bah gambar pasport aku paling matang la konon. wakakaka. ayattt. Pasport tuh actually untuk lesen memandu aku sebenarnya. Banyak lebih, jadi bagi kawan. Siapa mo gambar pasport aku? Rm5 sekeping :b . mengada-ngada, tampar muka sendiri nanti, mahu?




#tengah berusaha menghabiskan pembacaan Kasih yang Suci - Meen Zulaikha. C:

Friday, April 27, 2012

Penat





bismillah.


selamat malam




# pandai lukis, tapi tak pandai warna.
sobs sobss. Y____Y mo nangis. tapi aku mmg malas mo warna pun. ehehe

malam ni penat sangat badan aku. ouhhhh. pedih sana sini. hehhh penat. sebenarnya tadi petang tiba-tiba mood buat kek cheese menjadi-jadi. semua ni sebab lambakan cheddar cheese yang ada dalam aisbuk. ow owww

Tapi xda gambar pulak, lagi pun da habis dimakan. ehehe. sedap kali kek cheese i2 sebab tuh habis (masuk bakul angkat sendiri ) =p

Sebenarnya aku cuma penat putar fresh cream untuk adunan kedua ja. Penat tangan, penat lengan, kaki lenguh. ouhhhh. memutar fresh cream ambik masa yang sangat lama bagi aku. Hampir sejam! rupa-rupanya  teknik yang aku guna salah. grrr.. geram pun ada. Nasib adik aku datang pi tegur. Kalau x entah berapa lama aku terperuk dekat dapur. Mengantuk mengantuk putar fresh cream. =..=

Penat memang penat. huhhhh.. mo mengeluh, kaki tangan aku mana bisa bercakap. Kalau dapat, mesti diorang mengeluh sakit dan penat kan? Syukur Allah cipta 1 mulut sahaja untuk bercakap, kalau tidak mesti 1 badan bingit!

# hari ni mood guna aku. 
# penat, sebab tuh aku mengalah akan suatu perkara. 

apa pun, penat itu sekejap cuma. huahhhh. *mengeluh. 
mengapa begini?






Sunday, April 22, 2012

QOTD #1







#saya suka hasil kan gambar quotes macam ni.
#bila ada yang berkenan saya buatlah. :) agak lama benda ni dalam simpanan saya
# bila fikir balik, betul. dulu kita mana kenal kawan kita kan? we're both strangers. Then bila da kenal, kita jadi kawan. :D ♥
# tapi bila di fikir balik, ada juga kawan kita yang da jadi strangers. sangat menyedihkan. terkadang rasa terbuang, tapi itulah kehidupan. kan?
# mata rasa mengantuk sangat lepas pakai losyen, maka sya pakai losyen dekat lengan, tapi effect pedih dekat mata? what's wrong with me? 
# tuk kawan(s) dan bloggers yang mahu exam, good luck di ucapkan. Untuk sahabat yang mengenali diri saya. take care semuanya :] jauh di mata dekat di hati ♥♥♥

SELAMAT MALAM SEMUA. muahh 


Saturday, April 14, 2012

sakit kaki

bismillah.

huaa. hello.

Penatnya aku  hari ni. Tapi tidaklah penat sangat. Kaki sahaja yang penat. Dari Kota Belud, aku pandu kereta mama aku Avanza, ke Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah ;)

Hari ni, my lil sis si Kechik balik ke negeri ni. Habis da pengajian asasi dia dekat Universiti Malaya tu. Aku suka, sebab ada da kawan aku dekat rumah ni juga. Tidur pun dulu selalu seorang, sekarang da ada kawan. mehehe

Tiap kali jalan jauh, (if xda  bapa aku lah) aku lah yang pandu. Aku ndak maw bah susahkan mama aku sebenarnya, that's why aku volunteer memandu. Aku tahu yang mama aku selalu sakit kaki, di sebab kan itu rajin kan diri untuk memandu kereta mama aku yang aku ndak biasa pandu tu. =..=



1 masalah aku, bila aku memandu aku selalu sakit kaki sebenarnya. pergelangan kaki aku sakit. Bila aku kata dekat mama aku, dia kata dia la memandu, aku bantah. Biarlah aku sahaja yang pandu. Sebab aku taw, sakit kaki mama berbeza dengan aku. aku redo kaki aku sakit. asal ndak kaki mama aku yang sakit. Lagi pun, tadi mama kata dia sakit kepala dan hanya 85% sakit kepala hilang lepas dia tidur tadi. ouhh sampai sekarang sakit kaki aku lom hilang. =(

And, alhamdulillah. Perjalanan berjalan dengan lancar. Sudah lah sini malar hujan. Memandu dalam hujan memang bukan kegemaran aku. Potensi terbabas aku tinggi. Jadi aku akan cuba tenangkan diri, fokus ke arah jalan raya, nyanyi-nyanyi sikit walau mekong dalam hati. wakakak

Adik dan bapa aku sampai di Terminal 1/KKIA pada jam 6.45pm gitu. Fuhhh. Gila banyak barang adik aku. Macam naik haji wa. Berkotak-kotak. Berbeg-beg. Selamat Datang ke Negri mu KECHIK! :D

# rasa bangga berjaya jg pandu sampai terminal 1. wakakakak. errkk =p
#masa untuk tengok zombi di channel 413. jom!

Thursday, March 15, 2012

perasaan apakah itu?



selamat malam dam assalamualaikum


uhuhh alhamdulillah, exam aku hari tuh quite easy. Dapat jugak jawab dengan lajunya. ehh apa kes dengan kelajuan menjawab ni?  Sekarang tinggal 3 paper lagi untuk aku duduki.
  • Islamic Banking | 17 Mac 2012 | 2.15pm-5.15pm
  • Operation Management | 20 Mac 2012 | 2.15pm-5.15pm ( ehh hari jadi kawan aku lah, baru sedar, happy birthday. demm awalkan aku wish? )
  • Investment | 31 Mac 2012 | 9.00am-12.00pm 
Lepas 31 Mac 2012, maka dengan itu habislah tempoh aku belajar dekat rumah. Ehh ada lagi pulak 2 hari, finishinh school. Actually, aku pun tak tahu menatang apa finishing school ni, so i'll just wait and see. 

Dan sebenarnya, aku punya 1 perasaan ini. Bila aku da rasa yang exam da nak habis, perasaan aku nak belajar kurang. Yang ada hanya perasaan "TIDAK SABAR HABIS" . jadi aku menanti-nantikan hari habis aku. Jadi aku makin malas. damn it

Patut aku ubah perasaan aku yang sangatlah berkobar-kobar-tak-sabar-nak-habis ni, menjadi perasaan berkobar-kobar untuk belajar. ughhhh

life.

ohh harap diri ni berjaya. amin ya Allah. 

perasaan apakah itu? pernah mngalaminya?


#thanks kpd yg sudi singgah blog ni. nanti lepas exam saya terjah kamu. promise.




Tuesday, March 13, 2012

back-for-a-while



bismillahirrohmanirrohim.


uhuhh, hari yang busy tapi aku masih mampu bertahan. =D


Photobucket
#motif gambar? saya rindu mereka haha


Agak lama x update sini. Asyik update dekat Wordpress ja. Emmm wordpress best juga.

Well, there's nothing changed on blogspot since I got in here. The people are still the same an maybe some of them is not the same anymore. People come and go. That's life. Some of them ignoring us, and some of them really take care-ing us. Oh! that's life ! 
I'm so busy right now. It's exam month! I need to put lots of effort to make sure that I have a good result in future. huhu. Wish me luck friends. =) 







# Maybe, I'll be available at Blogspot, after this exam month! wait for me. ( if u want to )




sincerely,
Kira






Tuesday, February 21, 2012

Welcome To My Page ?


bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.

Hari ni teringin pulak aku update entry. Teringat waktu sekolah rendah n sekolah menengah dulu, aku ada simpan 1 buku. Then buku tuh share2 dengan kawan, suruh diorang isi biodata diri. Haha. Semua kawan girl ada tulis biodata, kalau lelaki, sikit ja, yang aku ingat si Azrul , Amizron, Adel. hahaha =D

Terus hari nih pun aku ngada2 lah jugak mahu buat benda tuh dekat sini. =p




Welcome to My Page


Nama Penuh : Siti Syakirah Bte Saidi

Nama samaran : saya ada banyak nama samaran. Besar, Kira, Syakirah, Shark, dan paling annoying sekali orang panggil boroi, buntal, gemuk, gajah.

D.O.B : 9 Disember 1991

P.O.B. : Hospital Kota Belud ,Sabah

Nama Ibu dan Bapa : Zaiton bte Sidun, Saidi bin Dikam

Alamat : Kg. Timbang Dayang, Kota Belud ,Sabah

Bilangan adik beradik : 5 orang.

Nama adik beradik : Siti Shafina, Siti Shahirah, Mohd. Zulkhairul Fikri, Mohd, Zuhairil Ikmal

Makanan Kegemaran : Asalkan halal dan masakan mama. Sekarang paling suka makan TOMYAM!

Minuman Kegemaran : Asalkan halal, but at this time i really like to drink TEA C SPECIAL!

Tempat belajar : 1-Sk pekan Kota Belud
2- SMKA Tun Said Kota Belud
3- Diploma in Banking UITM Sabah

Kawan baik : BANYAK SANGAT. antaranya, Ajie, Piah,Rhona, Eza, Edut, sheeda, izzati, bibi, memeng, pining, myen, manda, ola, farrah, nurul,tasya, ayu takon, dyg melur, yanti, wanda, tika, eiya, ildah, noni, halimah, zyan, ct, dimas, habibah, sariyah, Nuridah, Adel, Amizron, Azrul.. banyak lagi, cuma ndak ter'list'. hehe. mcm2 budak2 plak aku, kawan sekolah rendah n suis pun aku kasi masuk gak. kehkehkeh :p btw, this are lists of best friends that i really appreciate in my life. Jarang berhubung itu belakang kira, yg penting nama mereka pernah t'pahat sbagai kawan d hati aku. (aisehhh ayat ,bukan main )

I Love : 
GOD, FAMILY, FRIENDS, cats, old paper, old books, novels, . n more anime of course

thats all for today