Klik ok? TQ so much !

Tuesday, September 18, 2012

Pengalaman Di Negeri Orang | Bab 2


Bismillah, assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Baru aku terasa, tajuk entry aku bukan main lagi. Ambek kau. Bila baca entry lalu, rupanya aku tengah main teka-teki dengan kawan-kawan pembaca, terutamanya Anne, Mastura, Noraim dan Zila. Diorang tertanya-tanya pula.  Hehe maaf! lupa aku mau mention aku dekat mana sekarang ni. Lucu pun aku nih.

Sekarang aku tengah study dekat negeri orang. Ahhh biasalah tuh, kau belajar jauh-jauh merentasi lautan. kan kan? Adik aku boleh. Aku lagi boleh. ;p Aku sekarang dekat UiTM Segamat. C:

Suasana sini, bagi aku sama sahaja. Ada langit ada bukit. Sama sahaja dengan keadaan di Sabah. Ada gunung juga, cumanya bukan gunung Kinabalu, Gunung Ledang. Tapi di hati aku tetap Gunung Kinabalu. ;D 

“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu..” awwwww

Cuma yang berbeza, mungkin orangnya. Bahasa yang digunakan, completely different! Bahasa semenanjung bah. Aku bukan tidak boleh cakap semenanjung, aku boleh sebenarnya. Berkata guna dialek semenanjung bila aku ada mood. Di kelas, cakap Sabah kena kasi ketawa. Kena olok-olok. Kami pernah olok-olok kah bahasa kamu? aku rasa tidak. MANASSSSSSSSSS. Jangan layan. Lama-lama pandai tuh berhenti.

Pada pandangan aku, warga kampus nih seperti semuanya Muslim. Alhamdulillah lah. Dekat Sabah dulu mixed. Ada yang Muslim dan ada yang non-muslim. Pagan? aku tidak pasti pulak adakah tiada. Baru tuh, orang semenanjung tinggi-tinggi yah? semua yang aku nampak sini tinggi ok. wow!


kihkih


Then, untuk student perempuan, kebanyakannya pakai tudung bawal. Di KK macam bergaya sikit student dia. Hehehe.  Dekat sini kau jalan-jalan tidak pakai kad matrix pun, ada pak guard kesah? TIADA. Jalan lah kau lugai-lugai tidak pakai. Diorang ok jak. Oh yang penting, hari Isnin dan Jumaat wajib pakai baju kurung. Kalau kau outing pun kena pakai juga. Kawan aku pernah kena sekali, hari Jumaat diorang pakai baju biasa keluar, then guard tahan tanya, kamu Muslim ker?” . Of course lah Muslim, kawan aku semua pakai tudung pula tuh. Cumanya diorang pakai baju biasa sahaja keluar pada waktu tuh. Baru masuk, jadi tidak tahu peraturan yang satu nih lagi. Tapi aku rasa tidak rasional soalannya tuh. Mesti mahu pakai baju kurung baru kau Muslim? Tudung di kepala tuh tandanya apa? eii. Mungkin kalau diorang tanya, “Kamu Melayu ker?” boleh pakai lagi. Baju kurung kan asalnya baju orang Melayu. Ok jangan pul;ak kata aku racist, aku cerita kebenaran.

Pergi kelas pulak tidak macam waktu aku Diploma. Dulu, kau kena berebut-rebut naik bas dahulu sebelum pergi kelas. Kalau awal pagi, kau dah mandi then berwangi-wangi, then naik bas… tiada guna. Berpeluh-peluh juga balik. Bagus kau jangan mandi. #EH . Sini, jalan kaki jak pergi kelas.Itu yang best dia di sini.  Kalau kau lambat kau tetap akan sampai kelas lagi, tapi kalau kau tertinggal bas. Jangan harap bas akan tunggu kau. Waktu aku Diploma dulu, aku pernah kena kasi tinggal bas, sebab aku lambat. Di sini, lambat? boleh lagi kau berlari, walau penat sampai juga.

# haaa itu sahaja perkongsian pada hari ini. Waktu untuk online pun suntuk. kalau dulu di rumah, malar online. Sampai lappy pun bosan sama aku. K fine. Assalamualaikum. :)
# Rindu keluarga dan kawan-kawan di seberang sana. :’)



7 orang komen sini:

nong said...

haha..besar tul quest. mark atas kepala ak kira..finally kena swipe cam tu jak..ok la tu..jaga diri bebaik..ada apa² hal.. cari sak kami sini... insyaallah babu mu ini dapat tulung..ahaks..! yew

Anne Nurain said...

normal la tu lau kena olok2 ckp sabah.. aku mula2 dlu manas jak bila ada org bt aku gtu.. skrg bole suda bsabar ckit.. haha..

Kisah. Suka. Duka said...

cakap ja sabah bha. hehe

kira kekuri said...

@nong alhirnya lah kan zila. haha, ohh ko d semenanjung ka? wow! embah embah..buli bah kalau ko ^^

Kira Kekuri said...

@Anne Nurain haha aku rasa kan anne, sesetengah dorang ndak pernah jmpa org sabah kali. sekali jmpa , jakun. Sorry to say, but itu lah realiti. haha

Noraim said...

untung la belajar tmpt org. huhu.

ohh kat segamat eh? xkena transfer kampus bandar ke?

Novelgurl said...

ouh..ingtkn kt negeri 9 hehe..good luck study kak kira.Betul..soaln y x munasbh lgnsung!sy y tgh diploma nie msih berebut2 bas..waa..