Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label aku dan novel. Show all posts
Showing posts with label aku dan novel. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Novel tetap Novel : Rindu Cintaku



bismillah.


haaa setelah entah berapa purnama aku tidak mengupdate blog akhirnya 'berupdate' juga blog aku yang usang ni.  Kawan-kawan pun sudah tegur yang blog aku ni bersarang. Haha (^▽^) . Kalau belog aku nih rumah, confirm nampak sawang labah-labah. #eh.Bab bersarang tuh, aku sokong kamu Dian, sebab blog nih memang lama sangat aku abaikan. hihi


Theme blog nih pun aku da tukar, kepada yang sedar, dulu malar biru kan? sekarang aku sudah berpindah ke warna coklat. Tiba-tiba aku minat coklat/perang.   Nih lah blog aku yang aku berhempas pulas semalam. Ayat macamlah penat sangat, padahal aku cuma tukar header dan background. Background, credit to my dearest friend, Amanda. dah kena tegur oleh dua orang kawan. Jadi aku pun dengan senang hati pergi menukarnya. jadi? WELCOME! \( `.∀´)/


sumber Google

Sejak aku bercuti nih, separuh kerja aku kat rumah ni adalah menghabiskan pembacaan novel yang aku beli. Haa. Parah! banyak lagi yang masih berbalut. Slow-slow macam kura-kura ja aku baca. Dan alhamdulillah, malam semalam jam 10.30pm aku habis baca novel dekat atas nih. Buku kakak aku yang beli.  Rindu Cintaku. Sambungan buku Ombak Rindu yang ke-3.  。◕‿◕。

Kisah Hariz dan Izzah yang akhirnya bersatu juga hingga akhirnya, walau banyak rintangan datang membadai hidup mereka tuh. Hariz lagi yang kena tipu oleh Elin. EEE geram aku sampai menangis. Haha. Ok fine. memang aku kalau baca novel feeling habis.  Cerita di atas memang best. Dan aku sarankan korang bacalah kalau belum baca. Apa yang best dan tidak-sangka-sangka adalah ending cerita nih. 

Hariz sempat talak satu Izzah. Izzah lari ke luar negara. Membawa diri lah tuh. Dia ingat Hariz talakkan dia sebab kisah dia dengan ZulFaris. Sebenarnya bukan, sebab Kelvin (watak yang muncul dari buku pertama) ugut Hariz. Hariz terpaksa. Elin pulak tipu dia. Konon anak dalam kandungan Elin tuh anak dia. Tapi tak jadi kahwin dengan Elin. Sebab Hariz memang tak mahu dan dah tahu tuh anak dia, dan Elin pulak meninggal dunia. 


4 tahun berlalu selepas itu. Izzah balik ke tanah air. Ceewahhhh, review novel konon aku. Aku riview sikit jak ni. Hariz berubah. Well, people changed right? Dari sifatnya yang panas baran, dia dah jadi ok. Perubahan tuh penting, terutama perubahan ke arah yang lebih baik. 
。◕‿◕。Yang aku tabik dengan watak Hariz nih, dia sangat cintakan Izzah. Izzahlah segalanya. Setia.  Hariz pulak dah jadi 'alim'. siap dapat nama 'Tuan Haji' lagi. hihii ^^


Plot dia memang berat. Menyakitkan hati pulak tuh. Kalau anda kaki novel dan berminat, silalah beli.. ngehehe.  Aku malas nak review dah, sebab tuh aku noktahkan ayat aku sampai sini sahaja. ehee kbai! :P 


#Novel tetap novel. Tidak wujud dalam dunia realiti pun. Hanya pembaca yang melakar imaginasi.
#bahh nanti aku rajinkan diri mengupdate. hehe



Sunday, June 10, 2012

Takdir itu Milik Aku : Hampa

bismillah.
takdir itu milik aku
minggu lalu, aku ke Kuala Lumpur. Bercuti bersama keluarga. Minggu lalu juga waktu aku di sana, aku cari novel ni. Tapi aku tidak jumpa. Terus aku rasa hampa yang amat sangat. T_T\

Kalau bukan kerana seorang kawan lama, tidak lah aku jumpa dan tahu novel ini. anyway,aku ingin ucapkan terima kaseh :) hihi ^^  Aku pergi sana pun, memang antara misi aku mahu mencari novel ni. Tapi tidak jumpa pula. ermmm.. nampaknya memang tiada jodoh lah aku dengan buku ni. sedih aku taw.  T____T

sebenarnya-saya-isteri-dia
Then aku jumpa novel ni Sebenarnya Saya Isteri Dia!, boleh lah ganti novel di atas. :’) sedihhh kenapa aku ndak jumpa kau novel??  entah bila dapat jumpa novel hijau tuh. Tolong belikan untuk aku boleh? ok fine,merepek bah.

#tidak apa, jangan putus asa. Nanti aku cuba cari lagi :’)
#mahu betul aku baca novel ini :”(
#kawan aku Myen pulak, mahu betul dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni. Nanti kalau aku ke KK, aku inform kau kalau ada novel ini ok?  C:

balik dari sana hari tuh, terus demam. Haha :D melampau kali makan durian. belum sembuh pun. Apapun terima kasih Allah atas Ujian ini :’)
*sebaik2 tempat orang,lagi baik tempat sendiri C:

Saturday, March 31, 2012

lelaki pun baca novel juga

bismillah
Ehe. Hello. Ohaiyoo minna?!
ahhh, berbahasa jepun lah sangat aku kan? =..=’ Minna lah sangat. Padahal seciput ja orang yang mai blog aku ni. hihihii ^^



Tertarik aku menulis entry ni, lelaki baca novel?? Nice gitu. Puji sikit* Saja aku mo cerita yang adik aku si Abang ni, pandai dah baca novel. Nahaaa! =DDD. Bukan ja adik aku ni yang pandai. Ada gak kawan aku sorang lagi, suka gak layan novel. haha, but kebelakangan ni aku rasa mcm dia da x nak kawan aku da. Haha, takpa lah. lumrah kehidupan kta di jauhi kawan. takpa lah, biar aku yg kena sorang, jangan buat kwan2 kamu yg lain terasa mcm aku juga. kesian betul rasa dia. alahaii~kbai.



Ok cut the crap, jom aku cerita sikit lah cerita aku yang x menarik ni.


Hari tuh, dalam minggu ni jugak la, dia balik rumah. hari Ahad tu. Tiba-tiba masuk bilik aku, senyum-senyum macam kerang busuk pulak aku nampak. Mana x busuk! dia olok-olok aku pasal kejadian yang sangat menhancurkan hati aku tuh. Orang x mo ingat, dia ingatkan lah pulak kes aku hilang tuh. grrrrrrrr.. =..=’  kalau ikutkan hati, lama kaki aku ni di muka dia. hahahaha #ketawa shin chan.




16
#makkkk abang trip-trip merokok guna tisuuuuuu. –mengadu


Then, selepas habis kejadian olok mengolok, tiba-tiba dia pergi locker kakak aku. Untuk pengetahuan, loker kakak aku ni, da jadi tempat simpan novel. Yang kalau malas, loker kau lah mangsanya kakak. sepa suruh kemas. tidak adil! kena join mcm kami juga! semak! jadi simpan dalam loker ko la spaya sama-sama kita semak. =p


Tiba-tiba adik aku kuarkan buku, Ramlee Awang Murshid. ammbekk ko. adik aku layan novel. dulu, mati-matian dia kata dekat aku “Apa bah bestnya baca novel ni?! BoRing!”. Ohh rupanya dia layan, Bagaikan Puteri. Then dia mo baca sambungan dia. Sambungan dia semua ada da sama aku. 6 buku kesemuanya. Sebab sangat best dan minat, jadi tidak membuang duit jugak lah aku rasa beli novel ni. berbaloi-baloiiiiii.


Terus dia tapau semua. “Ehhh pi mana ko bawak tuh?” “aku mahu bawa pergi asrama”. staga. Asrama lagi. Dulu zaman2 aku sekolah, harap maklumlah jon. Novel di rampas. “Jaga kena rampas arhh?! siappp”  buat-buat tegas depan adik aku. ngehehe. Padahal aku Ok ja kalau dia baca..  “jangan risau, KETUA PELAJAR lah yang kasi baca aku novel ni, dia yang bawa, hehehe” 

Si Shazrul ketua pelajar. bahh ngamm. saya suka bila adik saya ada konco-konco ohhh. “bahh baguslah tuh, yang penting ko jaga baik-baik”. balik-balik pun aku cakap ‘baik-baik’, kuling aku sayang bah buku2 aku T_T



Then bila aku fikir-fikir balik mesti adik aku suka baca tuh Trilogi Bagaikan Puteri, sebab banyak stunt2 yang best, jalan cerita yang menarik, dan macam2 lah yang best(malas maw cakap) .Bahh welcome 2 my world lah abang. Kalau aku ni x lah layan sangat novel, tapi aku sangat suka baca novel. bila aku betul2 free aku baca.
Cuti ni, aku akan habiskan masa aku baca novel. ada about 4-5 bijik novel aku yang masih dalam wrapping lagi. Bila aku nak baca? tunggu cuti lerrr. Sekarang aku da habis diploma! alangkah bahagia dia tuhhh




#serius nanti maw lah jumpa suami yang kaki novel. baru lahhhhhhhh, ndak payah habiskan duit beli novel. Tinggal baca jak, then kongsi-kongsi.BAHAHAHAHAH =DDDD ndak kah bahagia hidup aku tuh baca novel ja? hahaha *gatal nak kawen ka ni kau Kira?? =..=’  . ohh tidak..*geleng kepala

Friday, January 13, 2012

novel : Tiada Dua





Assalam sekarang tengah dalam progress baca novel nih ^..^






Tiada Dua. ahaa. 1st time aku nampak buku ni, tidak la cantik sangat. Ada sebab aku beli novel ni. hehehe.. sebab. sebab.. sebabb.. ada nama aku! hahaa. perasan! =p


Waktu aku baca sinopsis, ternampak pulak oh nama watak..
"Nurin Syakirah"
ehhh ada nama aku =p apa lagi, terus aku beli ^..^ 


sampai bilik, baru aku sedar, nama pena penulis novel nih, Nurfaza Alisya. Apalah aku ni, sampai bilik baru mahu tengok-tengok nama penulis. perrggghhh =..=' sepatutnya dari kedai buku, aku tengok-tengok lah, nih tengok nama watak ja. hehe =p 


patut nama watak Alisya Syakirah, baru smart sikit. ..bla bla bla bla bla bla bla bla bahhhhaa bla... #ehhh panjang aku membebel pasal nama kan? haha.Macam babau adalah. haha.  Lepas nih aku mahu tukar namalah. la la la~


Di sebabkan aku masih dalam proses baca novel nih, x la aku dapat ceritakan semua ceritanya. Sinopsis belakang buku ja ada. Jom kita baca ^..^


. . . . . . . . . . .  . . . . . . . . .  . . . .

Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini?



 . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . 



# Apamacam? best kah? hehehe.


#agak lama  aku x cerita pasal novel. kawan kaki novel pun da jauh-jauh dari aku. sobb sobbb Y_Y 


# sekarang aku mahu teruskan pembacaan aku. harap kalian sihat-sihat sahaja ^..^. patutnya aku tidur, esok ada kelas . kena balik KK pagi-pagi. harap-harap jiwa aku tagap la esok. =D


assalamualaikumm selamat malam ^..^


















Wednesday, December 21, 2011

Mungkin suratan kita - Lara Lagi Adira


#okeh aku minat lagu nih sekarang.
sepa yg tengok Ombak Rindu tuh mesti suka jugak kan?
jom suka lagu nih ramai-ramai. ;-)

lagu ni, aku tahu mesti untuk watak Mila kan dan yang si Bronte Palare tuh.
Mila sebab cinta dia dekat Hariz tidak kesampaian.
Yang si Bronte tuh x kesampaian dekat Izzah pulak.
ohh so sad. =(

#cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta - Izzah



Friday, December 2, 2011

Review : Ombak Rindu

baru kejap tadi aku habis tengok Ombak Rindu.
Filem yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ashaari.
Tinggi pulak semangat aku dengan kawan-kawan aku untuk tengok cerita tuh.
Mulanya kami datang jam 5 pm, ingat nak beli tiket wayang yang 7.10 pm,
rupa-rupanya seat dah habis ? ohhh mak.. seat yang ada pun yang dekat dengan skrin.
kalau kami ambik pun, makk oiiiii confirm keluar panggung kepala sengettttt =..=

so terpaksa dengan sebulat suara, pilih yang jam 9.30 pm. hhuhu



Sebenarnya aku nih x la mahu review cerita nih panjang-manjang. pendek-pendek pun penting lah. Aku da baca Ombak Rindu nih, best gila aku rasa waktu 1st time aku baca cerita nih, waktu entah form berapa.

Aku bagi cerita nih emmmmm 5 bintang ? kalau ikutkan hati aku mahu bagi 8 bintang, hehehe , disebabkan ada lagi yang "tapi-tapi" jadi aku x puas hati jugak dengan cerita tuh. Aku terbaca hari tuh entah kat mana, yang penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari pun tak puas hati dengan filem tuh. Ohhh bahh, samalah kita. Aku pun x puas hati. Bagi aku, kalau di jadikan drama lagi bagus. Ceritanya panjang. Hehehe

Faktor-faktor ketidakpuashatian.

  1. Jalan cerita ofkos lah sama , tapi ada beberapa part yang tak sama.
  2. Datuk Sufiah patutnya mati terkejut lepas dengar yang Hariz tuh bukan anak dia.
  3. Wafiah (lakonan Julia Ziegler) seksi gila dalam cerita nih. Aku pun terkejut gila babeng jugak tengok dia seksi mengalahkan aku. ehhh bila masa aku seksis? 
  4. entah, aku rasa mcm ada ja yang kena cut-cut ? tidak pulak puas hati aku. =..= kalau di jadikan drama lagi bagus. 
  5.  dan ada lagi yang aku malas pulak list. he he he


Hehe, overall OK la tuhhh, berbaloi-baloi jugak. Maybe kalau aku tidak baca novel nihh, aku xkan tahu macamana cerita Ombak Rindu, jadi lebihlahh feeling aku kalau tengok cerita nih. he he he, sebab x tahu jalan cerita kan? macam tuh lagi best. ^_^ apa pun aku suka ending cerita dia.sebab HAPPY ENDING =D dan bisa membuatkan aku nangis-nangis. wuu wuuu

apa pun tahniah tuk semua pelakon Maya,Lisa,Aaron ( ahh macam kawan-kawan aku pulak aku sebut nama dorang macam tuh ),pengarah n krew-krew yang menjayakan filem ini, BEST ja rasa bila novel yang ko minat baca di filem kan. kan? ^_^ iLikeAaronAziz :p

# apa pun, ada yang kata best, ada yang kata x best. Bagi aku, best lagi 'filem imaginasi aku yang ada dalam kepala aku waktu baca novel nih' ehhh adakah yang sependapat dengan aku??? jangan rasa sedih kalau cerita yang kita tengok tak macam yang kita expect. =)


# Ombak Rindu aku da ada, Cinta Tiada Akhirnya aku da ada, cuma tinggal satu buah novel lagi-----------> Rindu Cintaku, buku ke3 kesinambungan Ombak Rindu. Mana aku nak dapat yah? tolong belikan boleh? susahh pulak nak dapat kalau dekat Sabah nih. sedihhhh. :(






# aku suka lakonan Lisa jadi Mila. Ngam juga dia bawa watak jahat. Bila lagi kan nak tengok dia bawa watak jahat ?? ^____^Y






Monday, November 21, 2011

ego tinggi melepaslah jawabnya

assalamualaikum.


Nora Elena
#sumber gugel


kebelakangan nih aku asyik layan Nora Elena ja. Best, tapi tuh lah aku belum habis tengok lagi.
Begitulah aku, lambat betul habis kalau bab-bab tengok drama. ada jak kerja yang bikin tergendala.

Eid, satu watak dalam cerita nih yang ego tinggi mahu mampus. Geram tul aku tengok cerita nih. macam mahu terajang-terajang pulak Eid nih. =..=' Tapi apa boleh buat. Dia cuma pelakon, dan dia jauh nun di sana. Da bukan jodoh dia lah tuh kan dengan Nora Elena. kahkah! padan muka.

Nora dah balik-balik mahu eksplain dekat dia yang dia langsung xda affair dengan bos si Eid tuh, dia x mahu dengar pulak. eiii. geerrrammnya aku. sampai nangis-nangis aku tengok part Eid maki-maki Nora , sampai dia tergamak cakap dia x mahu terima kelapa yang da ditebuk tupai, kesian Nora, lagilah dia terasa sebab dia pernah kena rogol...tskkk..tskk...cerita nihh aku tengok aku hayati, macam apa yang aku buat kalau baca novel.

bila Seth Tan ( Aaron Aziz ) pergi pinang Nora yang memang cintakan Nora sejak 10 tahun, barulah ko merasa kan? melepas lah ko kan? baru tahuuuu. aku gerammm laki macam nih !
lain kali ego sangat! x mahu dengar cakap tunang ko dulu. eiiiiiiiiii . grrrrrrrrrrrr

Ego memakan diri. Itulah orang tua-tua dulu sudah kata;

ikut hati mati,
ikut kata binasa


*lepas tension kejap lepas tengok drama Nore Elena. =..=' entah bila aku boleh tengok lagi. kuliah da start esok. kuliah ohh kuliah

selamat malam oh malam !


#nanti aku mahu cerita pasal cemburu celik pulak. :p

Sunday, October 30, 2011

Nama samaran aku Besar. kamu?

assalam. dan selamat malam, tadi waktu berultramen ehh berkomen-komen dengan dengan Dyg Yasmidah *nama fesbuk*  pasal makan, tiba-tiba pulak maw buat 1 entry cikai pasal aku.

Aku suka makan tahu? sebab tuh aku membesar sampai sebesar-besarnya. Mama aku pun marah aku kuat makan. Kontrol makan sikit! kata mama. Jadi aku kontrol makan sikit jak, ndak banyak-banyak. Sot jugak aku. =..='

Kadang-kadang aku salahkan kakak aku. Dialah yang kasi nama aku Besar. Waktu kecik, dia panggil aku adik Besar. Sekarang nama tuh melekat dengan aku. Orang kata, percakapan itu 1 doa. Jadi aku salahkan dia selalu. Kenapa kasi nama aku adik Besar ? aku sedih sikit sebenarnya. Nama aku lawa sudah, Syakirah *perasan*, tapi alih-alih pi Besar. hahaha. Pandai-pandai kasi nama aku macam tuh, cuba kah kasi nama Beyonce, Britney Spears ka. Lee Hyori kah kakak ? hahaha. Tapi, aku tidak boleh salahkan dia. Sebab aku yang kuat makan memang. Ho ho ho.

Kawan-kawan aku memang panggil aku Besar selalu. Bila dorang introduce *speaking plak* aku dekat kawan-kawan dorang, contoh macam nih.

"ini si Besar"

Bila aku tengok, reaksi diorang, macam tidak percaya pulak nama aku macam tuh. terkejut pun ada ! kenapa? tidak pernah dengar nama orang Besar kah ? kechikkk jugak hati aku sikit. sikit jak lah. macam nyamuk gigit tuh. haha.  Terus, si kawan akan kata.. "betul bah nama dia besar, ish kau nih. ndak percaya pulak"  Aku dapat rasa, mungkin kawan diorang rasa si kawan aku olok-olok aku, sebab nama aku Besar dan badan aku gumuk+comel.

Alah bisa tegal biasa. Memang sesuai peribahasa ini dengan aku. Situasi di atas, selalu jugak berlaku. Buat dunno. Haha, dan sekarang. Nama nih memang melekat semelekatnya dekat aku. Semua orang panggil aku besar.  Kalau orang panggil aku Kira, Shark, Syakirah, aku lagi suka sebenarnya. Apatah lagi kalau panggil aku Siti, nostalgia bukan? nama dulu-dulu. sitttiiiiiiiiiiii...tapi aku suka jugaklah nama aku tuh. unik bukan?  

Ohh ada lagi 1 kisah, bila kawan-kawan aku panggil aku Dut-dut, ada jugak kawan aku terkejut ! hahaha ~ Orang yang dengar mesti ingat aku kena panggil macam tuh sebab aku gendut tuh kan ? si Manda lah tuh dia ingat dut-dut tuh gendut kali :p . Dut-dut sebenarnya dari nama patung. Patung kawan aku si Ieka,  :D

hemmm.. itulah serba serbi kisah aku yang cikai nih. Haha, kepada dyg, jangan lah ko maw montel-montel macam aku nih, tahulah comel. *perasan* tapi banyak jugak keburukannya. hahaha :DDDD  hikhikhikkk.*ketawa* dannnn jangan makan tul junk food tuh, makanlah makanan basah. hahah *akhirnya membawa jugak* :p




sebut pasal makanan basah, terus teringat Tom Yam dekat Mayang Sari dekat atas bukit tuh. Hari tuh, aku pergi sana, tutup. Penat aku pandu dengan bersemangatnya. tsskk tskk.. T..T .
Tom Yam ohh Tom Yam. tahukah engkau aku sangat suka makan kau? tsk tsk. T..T









Sunday, October 23, 2011

Review sikitt | Akhir Sebuah Cinta

tadi petang aku baru habis baca novel Akhir Sebuah Cinta. Best! itu jak aku dapat ungkapkan kala ini. Tengku Khuzairy dan Mimi Atia. Begitu jugak dengan Tengku Ezairy , bos kepada Mimi Atia yang akhirnya berkahwin dengan Raja Ratna, iaitu kazen diorang, padahal dia sangat cintakan Mimi Atia. Ok nevermind lah.

Ok jom lah aku cerita serba sedikit tentang novel yang aku baca nih. Aku gembira sekarang. Sangat-sangat gembira. Semua sebab novel yang aku baca nih lah! aishhhh. hi hi hi. Buku ke-2 aku belum baca, masih tersimpan dalam beg aku yang aku bawak dari UiTM. belum berbuka-buka lagi !

Tajuk Novel , Akhir Sebuah Cinta. At first aku nampak novel nih, terus aku tertarik. Waktu tuh tengah lepak-lepak dengan kawan aku Eza dekat 1B. Jadi masuk Harris. Aku memang suka masuk Harris, lagi-lagi waktu tuh, alhamdulillah.. Allah bagi rezeki. Jadi aku pi lah beli Akhir Sebuah Cinta, da dia kata 'paling laris' jadi aku beli lah kan? C:

Sebelum aku membayar tuh, aku kira-kira lah total buku tuh. RM 50.++ ? arghhhh boleh pokai aku! >.< then teringat dekat cik Myen yang waktu tuh jugak dekat 1B. Terus pinjam member card dia. Jadi save lah duit sikit. Hi hi hi. Adalah jugak bayar dalam Rm 40 lebih macam tuh. Berapa harganya? aku lupa. erkk.

Beginilah. Mimi Atia nih sorang yang bujang. Di permulaan cerita, dia umor 27 tahun. Tinggal sorang-sorang dekat rumah. Tengok berita dekat TV3 yang ada konon pembunuh dikehendaki. Tengku Khuzairy, yang dikehendaki atas tuduhan membunuh Tengku Hufzairey. Ok , part nama Hufzairey tuh, serius aku pun malas nak sebut. Belit belit lidah aku ! Waktu pagi yang gelap-gelap tuh, Mimi Atia terbangun. Dia dengar ada bunyi pinggan pecah.

Praaakkkkkkkkkkk!!

ahh lebih-lebih pulak aku menceritakan. kalah penulis novelnya. hi hi hi. jadi Mimi atia pun pergilah dapur, tengok apa yang berlaku. Sekali tengok-tengok rupanya ada orang masuk rumah dia ! ohh no ! waktu nih aku da dapat tangkap cerita nih, kompom mesti orang yang dikehendaki tuh yang pecah mask rumah dia.

Waktu permulaan cerita, Mimi Atia nih otak lurus sikit. ha ha ha. Dia ingat Tengku Khuzairy yang pecah masuk rumah dia tuh nak rogol dia lah. Padahal nak menumpang tinggal saja! muahahahaha! Gila ehh novel nih. Buat aku terbahak-bahak sorang-sorang atas katil saja. hahahaha :DD

Jadi tinggallah Mimi Atia dan tengku Khuzairy di rumah yang sama. Mimi Atia nih terpaksa, sebab Tengku Khuzairy ancam yang bukan-bukan kat dia. Bunuh dia lah, ugut keluarga dialah. Sepa yang tidak takut kalau jumpa orang yang di tuduh dan dikehendaki polos macam tuh. ? Tengku Khuzairy ( TK ) pun tinggal lah dekat rumah tuh selama dua bulan kalau tidak silap.

Sepanjang TK tinggal dekat rumah tuh, macam-macam yang terjadi. Sampailah masing-masing ada perasaan halus yang timbul dalam hati. aisehhh! ha ha ah. TK nih selalu bawak gaduh dengan Mimi Atia ( MA ). saja bawak gaduh, dia x suka kalau MA tuh diam membisu sahaja.

Pada masa yang sama, MA nih bos dia Tengku Ezairy. abang TK. Abang dia pun ada perasaan jugak dekat Mimi Atia. Tapi mcm aku cerita dekat mukadimmah aku di atas, Ezairy akhirnya kahwin dengan Ratna jugak. C: ee best!

Hemmm.. cerita aku nih x lengkap, sebab aku malas dah maw tulis. FYI, MA ada kena rogol taw. oleh Raja Irwan. Sepupu dorang TK dan TE. sial punya jantan! *aku pulak emosi dengan watak yang tidak wujud  nih* . kalau yah pun nak balas dendam jangan rosakkan perempuan beb! aiiyoooooo =..=

Ehh ada lagi yang aku nak cerita, waktu hari terakhir TK dekat rumah tuh, dia pergi dari rumah yang dia tinggal sementara tuh pun, tanpa ada ucapan selamat tinggal. kalau yah pun, bagilah kata selamat tinggal, bai bai ka. ini tiada. Sebab tuh lah si MA nih rasa terkilan, rindu, dan macam perasaan pula dia rasa waktu laki tuh dah xda dekat rumah . patut dia rasa gembira, bila laki bukan muhrim , dah tinggalkan rumah dia. Tapi, dia pulak rasa kosong. 2 bulan yang dirasakan, sangat bahagia sebenarnya :) Bilik TK pun dia x usik. Saja di biarkan begitu sahaja. Buat tatapan dia.

Apa yang lucu, sepanjang TK tinggal dekat rumah MA, MA nih x taw pun yang TK dan TE nih adik-beradik. maw saja aku terbahak-bahak. hahahahahha. Lepas 7 bulan baru lah dia tahu.

Hemmm.. aku pun rasa setakat ini sajalah yah cerita aku nih yah ? nanti korang bacalah novel tuh sendiri. Best punya. Buku kedua pun ada, tapi aku belum baca. Hehehe :)

Ok bai. masa tidak mengizinkan. kerna aku tiba-tiba lapar. dan lapar itu telah menyebabkan aku ingin meninggalkan blog ini. :DD  daga bukan?

Ohh lagipun , aku maw tingu ZOMBI. MY FEVRET<3

Saturday, October 22, 2011

aku dan novel 1

sekarang tengah tengok Haunted Changi. almaklum, sekarang orang putih seberang sana tengah menyambut Halloween  kan? jadi malar hantu yang main dekat star muvie nih. aku layan jak lah. sebab aku memang suka layan cer hantu. tapi lepas tuh takut. apalah aku nih.. =..=

Ehh lain pulak, lari dari tajuk cita aku nih. Aku actually maw cerita tentang diri aku dan novel 1. dui, ada lagi 1 kan ? haha. saja, koz maybe adalagi ke 2 dan seterusnya. aku x tahu apa maw tulis, so kena manfaatkan jugak blog nih, biar pun berhabuk sudah.  story pasal kehidupan aku yang mungkin ada orang kata menarik (perasan) ada jugak yang akan kata annoying da membosan kan. ^..^

novel. aku memang suka beli novel. time mood membuak-buak lah. kalau pokai. ndak lah. kalau ngam-ngam duit ada, apa salahnya sambar 1 or 2 novel kan ? hikhikhik. aku selalu beli novel di kedai buku, yalah..xkan la di tandas kann?

Satu yang aku maw cerita pasal aku dan novel nih, ialah perasaan aku dengan novel nih. means, bukan aku cinta sama buku novel yg segi empat tuh. bukan, perasaan yang wujud tym baca novel nih.


  1.  kalau sedih, mesti ada rasa sakit-sakit di hati. ehh jiwa. ehh jantung? yang penting bahagian sanalah. sakit. macam di hiris sembilu, terutamanya kalau baca part-part yang sedih gila babs, kompom sakit. =..=    ='). 
  2. kawan aku Rhona pernah cakap, kalau dia yang baca novel, sakit-sakit yang dia rasa (macam aku di no 1 tuh ) bukan keluar di jiwa kah, hatikah, paru-paru kah apa. tapi dia keluar dekat tapak tangan. tapak tangan pulak yang terasa ngilunya. habis aku dengar dia cakap macam tuh. aku terbahak-bahak lah dulu. Sekali tidak lama lepas tuh, aku pulak yang merasa sakit di tempat yang sama. Nehhhhh. Tuhla pasal, orang kata, jangan kamu uluk-uluk orang tuh, nanti kamu pun terjangkit. Tengok aku terjangkit kan ? jadi, jangan kita main menjangkit-jangkit. LOL. :p
hmnnn. bah tuh jak lah kisah aku yang bosan dengan novel nih *sedar diri gak kan, kisah aku nih bosan?* ngahahaha ^..^  

nanti kita bersambung dekat cerita part 2 :)





ohh ini sorang kawan yang minat novel gak. Hasmin aka my room8.
Kalau dekat bilik dulu, dia yang malar RASMi novelku. HAHAHA 3:p