Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Kesesatan dan Kaison



 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamuaalaikum ! Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang terbaca ini ! Yehaaa XD

Oh ohhh, aku tahu aku baru muncul. Saja tulis tulis. Mood aku untuk menulis tengah membara ni. Hahh nampak ndak ? Kalau tidak, ok aku faham. *angguk-angguk*

Macam hantu kak limah yang muncul tiba tiba tuh, hahh. Macam aku lah tu. Tiba-tiba muncul setelah beberapa bulan menghilang. Ohh i mean, hilang dari belog. *malas menulis lettew, ngaku ja lah woii*  lepas aku tengok entry aku yang paling lama lah sebelum yang ini, hahh ! Bulan dua yang lalu tuh ! *terbeliak terkejut sendiri* deeiii. 

Tadi aku da awal bangun da. *awal lah sangat* siap siap pergi ibu kota. Kasi kawan my makcik. Actually lebih kepada jadi dreber dia sebenarnya. Penat kah jadi dreber Kira ? Penat ? Heii mana ada aku penat memandu awal pagi pergi KK balik petang pulak tuh. Mana ada jammed tuh KK. Siok bah memandu waktu 'highlight' tuh. Siok bah. siokkkk. Mana ada sakit kaki ku baa. Mana ada. hehh

ok cut the crap. Lets get to the main point. Shall we ? Lepas hantar makcik aku ke Palace Hotel yang macam istana di KK tuh. Aku pun raun raun lah KK tuh. Harapan aku mahu masuk p bandaraya. Sekali yang best tuh aku tersesat sampai entah mana, mau pergi Bukit Padang aku ! Kau hado ? Inilah yang di katakan menyimpang seinci sesat seribu batu ? (hantam) Rileks, cool, walau sesen pun kredit hp aku tiada. Luaran biar nampak tenang. Dalaman tuh biar tuhan dan aku sahajalah yang tahu kan. Nanti kalau aku menggila gelabah ndak tentu pasal dalam kereta tuh apa kata pemandu sebelah ? ehh ehh. Sukur lah aku jumpa jumpa jalan keluar. Ha ha ha ha ha. *ketawa kesiokan*

Then aku pergi Centre Point. Centre Point belum buka aku sudah tercongak sana. Nampak kah semangat waja aku pergi CP tu ? *maka tiada hala tuju bah* . Kedai belum buka aku datang sudah. Lain kali aku lah buka tuh CP, lepas sahur datang lah aku terus pergi CP tuh. *over* 

Jalan punya jalan, di sebabkan tiada hala tuju, aku stay santai santai ground floor sana hampir 1 jam. Kalau bilang OM di Epen ka Cupen toh tu, "santai aja". Hahh gitulah aku. Then jalan jalan lagi sampai tingkat 3. Sampai lah tiba-tiba termasuk satu kedai ni. *konon lah tiba-tiba* KAISON ! MY FAVORITE KEDAI. ehhh. Masuk kedai ni memang ndak boleh blah. Kalau boleh kau camping camping jak sana. Sebab memang lama sampai ndak ingat masa kalau raun raun KAISON ni. Padahal yang lebih tuh cuci mata jak, tengok tengok benda yang comel lote gitu. Yang antique gitu. Waaaaauu. Hah jom cuci mata kejap. *seumpama gambar aku tangkap itu cantik betul* blerghhh,

    Hahh Centre Point. Sampaikan waktu aku gambar ni ada budak dua orang, junior UiTM kali kan. *trep kakak senior* "pelancong kali" dia kata sama aku. Sindir nampak?nevermind. yang penting kau dan aku bahagia. hahah



Why. Why. Why. Why sooooo fluffyyyyy. Why why why. Yang itik tuh yang ndak tahan nampak tu. Seakan mahu berguling jak di sana bila ternampak diorang. Ok fine. 

Adorable and soooo cute. Yang atas tuh tempat simpan makanan. Yang bawah ni tempat gulung² wayar yang berkaitan. Rambut kau ? Ahaaa, rambut kau pun boleh, cuma rambut yang jenis tangsi lah tapi. 

"jalan kegembiraan saya"
blur. Ahhh, ada orang kata blurr itu seni. Anggap jak la cantik gambar aku tangkap ni. blergh

Ini pun sangat comel okey ! Aku ada dua biji yang bikin cop cop ni.  Apa pulak kita panggil ? STAMP ! Kawaiii sungguh satu ! Yang bawah ni, calculator ! kawaiii sungguh dua !

 Aku suka benda yang bermotipkan kayu. I have four of this at home. And all of them come from Kaison. Setia bersamamu Kaison. Wahahah. 

Hahhh nih lagi yang terpaksa tahan tengok ni. Bermotipkan peta peta, bunga bunga. aaaaa Vintage gitu.  Hati terasa seperti di sorga. Sorga buatan sendiri jak la. Apalah sorga sangat, maka aku cuci mata jak pun ? 

ohhh and at the end, I end up buying this thing ! A box. Lagi panjang dari yang aku punya box dekat Jements.
Aku suka. Boleh simpan barang-barang kan. Ianya di perbuat daripada kulit sapi Newzealand entah kain jenis apa. Maaflah kurang arif bab bab ni. ^____^ yeehaa 


That's for today. Ndak menarik pun cerita, tapi saja share cerita. Belog memang medium untuk share cerita pun. Ngehehe. Lepas tuh aku end up melepak di Lobby Hotel solo-solo lepas habis urusan yang tiada-tiada tuh di CP. Main game candy crush yang-tidak-pandai-lah-move-up-pergi-next-level-tuh dan Minion Rush yang-tidak-pandai-lah-sampai-sampai-target-score-aku-tuh. 

# Lagu - Kita by Forteen di nobatkan sebagai lagu yang sesuai dengan aku semester ni. Yeah. (yeah gaya Saburah)
#Selamat berpuasa semua. ^___^ 
# aku mahu sangat pergi Zoo, tengok buaya jak. *apa kaitan*
# tidak dapat jumpa Eza yang di KK tuh, sebab dia ada kelas ! huhuhu








Wednesday, January 23, 2013

Tips untuk menghilangkan bosan di kapal terbang


Bismillah dan assalamualaikum !

Home sweet home. *sila baca dengan perasaan penuh kelegaan*

Alhamdulillah, aku sampai dengan selamatnya ke rumah aku di Sabah ni. Flight jam 5.15 petang. Tetapi airbus tuh fly jam 5.35 petang. Memasing aku dan kawan-kawan yang lain, si Syinudz, Yuyui, dan Pepen naik hairan. Jam 5 minit lagi jam 5, tapi panggilan masuk tiada pun? wat lek, sap kok luk. *tiba-tiba* and at last, jam 5.35 petang barulah berlepas. 

Kawan aku Amanda, yang ulung balik Sandakan tuh, hahh dia balik seorang lah. Hehe. Tapi alhamdulillah, kau sudah sampai rumah kan? kan? siap say hi to almari baru lagi nampak. kih kih :p

Perjalanan, kalau pilot tuh pandu laju, in shaa Allah sampai cepat sikit. Aku dari jam 5.35 petang sampai perairan Sabah lebih kurang jam 7.36 petang. Itu baru perairannya, belum lagi landing time. 

Ehh teringat tadi waktu pesawat tuh landing, ada orang sebut "Landing Timee" macam P.Ramlee dekat Laksamana Do Re Mi tuh? dan aku rasa lucu. (iklan 3 saat)

Naik flight ni sebenarnya memeningkan. Itu bagi mereka yang tidak biasa or jarang or memang dia seorang yang gayat. Naik flight juga sangat membosankan, tapi kalau kau pandai 'menceriakan' diri. Perasaan bosan dan perasaan yang perjalanan itu terasa lama boleh dihilang kan. Mari baca sedikit tips menarik untuk menghilangkan bosan di kapal terbang ! ;)

1. Tidur

Aku pasti, semua orang pun suka tidur. Dan kebanyakan orang tidur time dalam flight. kan kan? Tadi orang sebelah aku pun tidur juga. Jadi untuk hilangkan bosan, boleh lah tidur. 

2. Membaca bahan bacaan

Membaca buku amalam mulia, sambil-sambil dapat tambah ilmu di dada. Dalam flight, boleh lah baca surat khabar, majalah, NOVEL dan buku kanak-kanak? punnn boleh bah kalau kau baca itu buku kanak-kanak. :p Yang penting rasa bosan itu hilang. Tetapi sesetengah orang prefer novel. Terutamanya perempuan. Tapi jika anda jenis yang diserang pening jika membaca dalam perjalanan. Tak payahlah baca apa-apa. 

3. Mendengar muzik

Bawa mp3 atau pun mp4 anda ke dalam pesawat. Hand phone anda pun boleh digunakan untuk mendengar lagu. Diorang kata tak boleh buka phone dalam pesawat. Boleh bah kalau kau. Yang penting tutup semua line atau pun tetapkan dalam keadaan 'flight-mode'. Sebarang line yang wujud dalam pesawat tuh, boleh mengganggu penerbangan. (iyah ka? nih aku rasalah ) Jadi, bagi yang menggunakan hand phone untuk mendengar lagu, jangan lupa
kasi 'flight mode' (◕‿◕✿) 


4. Main game
#word search. manfaatkan masa anda. :)
Semua orang pun ada hand phone canggih-canggih sekarang nih kan? Bah apalagi? Main lah game waktu kamu bosan. Tapi aku pilih game lain. Aku suka cara oldies. Guna buku. Sudoku, Word Search dan sewaktu dengannya boleh guna untuk hilangkan bosan. Aku dalam flight tadi main Word Search. (◕‿◕✿) Cuba lah, pasti hilang rasa bosan dan x pening kepala. 



5. Melukis
Bagi mereka yang mempunyai bakat seni atau pun yang masih berjinak-jinak dengan seni,    boleh cuba cara ini. Bagi yang faham, pasti kamu tahu yang melukis membuatkan kau tidak rasa pun masa itu berlalu. Tup tap tup tap, sudah sampai ke destinasi. Melukis memang banyak buang masa orang. HAHA. #Aku pernah cuba cara ini. Sememangnya berkesan. Sediakan buku ok. woww.
       
6. Tangkap gambar
#awan sangat unik. Subhanallah. :)
Tangkap gambar memang best. Ada juga kenangan-kenangan di awan biru. Aku suka tangkap gambar dalam flight, tapi bukan gambar aku lah. Gambar awan. Sebab aku suka awan. Cantik, comel dan gebu. (●´∀`●) Untuk hilangkan bosan, boleh lah tangkap gambar. Bawa kamera anda atau guna jak hand phone. Tapi pastikan hand phone tuh dalam flight mode okay.



7. Kacau orang sebelah
Kekadang orang yang duduk sebelah kau dalam pesawat pun kau tak kenal. Apa kata kau cuba  kacau dia? hahah  “ψ(`∇´)ψ . Okay, nih tips x boleh blahhh. Korang jangan ikut tau.



Hahhh. Itu jak lah tips nya. yang di atas nih pun berdasarkan pengalaman aku lah. hehe. Sampai airport, bapa da tunggu. Then dalam kereta bercerita ketawa sampai sakit rahang aku tau. aduiii. haha Sampai rumah sekitar jam 10 malam. Salam dan cium mama. Sangat best perasaan sampai ke rumah ni. 

Sekian. 

#harap tips di atas berguna. haha! apa pun bagi yang mabuk perjalanan, jangan lupa bawa minyak angin ka. Untuk urut kepala pening.
#dan jika anda mahu perjalanan anda double triple bermanfaat, berzikirlah ingat kepada Allah sewaktu perjalanan anda. :)  
#gambar kredit Google. kecuali yang ada nama aku. itu aku punya. kih kih kih.


Monday, September 24, 2012

Breakfast yang jarang²



♫♪♫♪ Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang..♫♪♫♪


Assalamualaikum.


Awal pagi lagi mood menghupdet entry muncul. Habis cuci kain, jemur. Matahari masih malu² keluar, aku sudah pi jemur.  Wahh fikiran sudah tenang. Sambil² itu, aku sarapan pagi + dengar² lagu instrumental favorite aku - Spiritual Garden. Nice combination, isn't it? 


Semenjak dua menjak ni, aku suka sarapan. Mungkin sebab biskut yang aku beli sedap, so mood sarapan aku membuak². HAHA. Lagi pun MyMy kata dalam entry dia, sarapan itu penting. Waktu sarapan boleh² aku teringat² entry dia pulak. Harap aku ni, sebenarnya bukan jenis yang bersarapan. Kalau sarapan sakit perut. Tapi di negeri orang nih, terajin pula aku. Heran?

*sumber Google*
# nih bah roti yang aku cakap! Sedapkan?
bagi yang pernah makan, sila angguk² geleng² depan lappy.
Celup
² dalam minuman, nahh sedap gila! 



Minum pula, aku minum segelas teh kosong, kosong yang sekosong² nya, tanpa gula. Nih semua sebab aku ikut Mas lah ni. Dia suka minum teh tanpa gula.  Good for health bilangnya. Benda yang 'good² for health' nih, kita mesti amalkan selalu!! Yosh ! *semangat* 
Dan semestinya aku minum Teh Sabah. Membuatkan aku terkenang² Sabah ohh time minum teh nih!  Aku orang Sabah, jadi aku support barangan Sabah bah. Sedap lagi tuh. Aummmmm ^^

credit to this site
#Sokonglah barangan buatan Malaysia dan Sabah ^^

Yang penting jangan lupa sarapan lah yah? Yang tinggal di rumah tuh untung, dapat lagi makan roti, nasi goreng, mee goreng, kalau sudah student life ni, makan roti jak la mampu. Yang penting jangan membazir. Membazir itu syaitan suka. Yang syaitan suka, kita jangan kasi dia rasa suka ( ayat apalah ni? )  ^^ Selamat Pagi. C: 


# aku dengar Sabah hujan? wow siuk tuh tidur² time sejuk. Sini jarang pulak hujan. 
# Nanti ada masa, aku mahu rajin² blogwalking lah konon.











Sunday, June 10, 2012

Takdir itu Milik Aku : Hampa

bismillah.
takdir itu milik aku
minggu lalu, aku ke Kuala Lumpur. Bercuti bersama keluarga. Minggu lalu juga waktu aku di sana, aku cari novel ni. Tapi aku tidak jumpa. Terus aku rasa hampa yang amat sangat. T_T\

Kalau bukan kerana seorang kawan lama, tidak lah aku jumpa dan tahu novel ini. anyway,aku ingin ucapkan terima kaseh :) hihi ^^  Aku pergi sana pun, memang antara misi aku mahu mencari novel ni. Tapi tidak jumpa pula. ermmm.. nampaknya memang tiada jodoh lah aku dengan buku ni. sedih aku taw.  T____T

sebenarnya-saya-isteri-dia
Then aku jumpa novel ni Sebenarnya Saya Isteri Dia!, boleh lah ganti novel di atas. :’) sedihhh kenapa aku ndak jumpa kau novel??  entah bila dapat jumpa novel hijau tuh. Tolong belikan untuk aku boleh? ok fine,merepek bah.

#tidak apa, jangan putus asa. Nanti aku cuba cari lagi :’)
#mahu betul aku baca novel ini :”(
#kawan aku Myen pulak, mahu betul dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni. Nanti kalau aku ke KK, aku inform kau kalau ada novel ini ok?  C:

balik dari sana hari tuh, terus demam. Haha :D melampau kali makan durian. belum sembuh pun. Apapun terima kasih Allah atas Ujian ini :’)
*sebaik2 tempat orang,lagi baik tempat sendiri C:

Monday, April 30, 2012

Sabah Blackout

bismillah

Tadi pagi bangun-bangun ja, gelap. Gelap sampai 1 warna putih pun aku x nampak. =__=.
terkejut. Sudah lah tidur sorang-sorang. Terus takut. Panas pulak tuh.

Capai telefon tepi katil, tengok jam. Jam 3++ am. Huhhh gawat. Terus aku kuar bilik, cari lampu suluh. Aku memang x boleh hidup dalam kegelapan.

Elektrik xda.  Sampai lah pagi. Nasib tadi lebih kurang sebelum jam 12 pm elektrik da ada. Fuhhh.

Rupanya sebab ni pulak.

#sumber FB -kebakaran berlaku. erkk

Kota Belud, Kota Kinabalu, Tawau semua blackout. Lebih kurang 1 Sabah la kali. Termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan. 

alhamdulillah, sekarang da ada elektrik. ^__^

Friday, April 20, 2012

Kota Marudu





Bismillah.






Kota Marudu. Ouhh saya pernah membesar di tempat tuh untuk beberapa tahun. Tinggal di jalan hospital kalau tidak silap. Masuk umur 3 tahun da merengek mahu join kakak saya yang da masuk tadika. Jadi kesimpulannya, awallah saya masuk tadika. 


Sebenarnya tujuan saya menulis mengenai Kota Marudu ni, sebab saya ada dapat invitation untuk datang ke kahwin abang kawan saya, dan senior saya di sekolah menengah dahulu. Tarikh sama pulak tuh, 28 April. Next week.


Saya mahu sangat datang sebenarnya. Tengok kahwin dan mahu juga tinjau-tinjau Kota Marudu, tempat saya membesar dahulu. Plus, saya mahu tengok rumah sewa kami yang da kami tinggalkan dulu. Entah saya ingat ka tidak. Yang ada hanyalah gambar kenangan dengan rumah tuh sahaja. sobss..sobss


Tapi masalahnya saya takut tersesat jalan. Errkk, jalan dekat Kota Marudu tuh bukannya saya familiar betul. Kalau Kota Belud, confirm saya tahu jalan. Pernah pun sekali dua pergi sana, untuk beli udang. Tambahan pulak saya ni orang yang susah maw wat decision . Alih-alih ke kampung orang aku sesat, jalan keluar tidak tahu. erkkk =..=' #risau


#saya dan kakak di rumah sewa dahulu. Dulu kami malar menyewa.
Entah rumah ni masih wujud kah tidak.




Tapi, akan ku cubalah juga untuk hadirkan diri ke majlis kahwin mereka, jika dapat green light dari bapaku, bahhhhh jalannn lah saya ke Kota Marudu, destinasi pertama Kg. Korongkom dan yang satu lagi Kg. Taritipan. Taritipan saya pernah limpas, tapi kg. Korongkom tempat kak Sadah kawin saya belum pernah pergi. Huhuuu. Harap-harap kalau jadi jalan, saya tidak sesat. Aminnnn. :DD. 


#harap sangat dapat pergi :) thanks tuk kawan2 yang menjemput. InsyaAllah akan d usahakan untuk datang ;D

Wednesday, April 4, 2012

I'll miss the moment

bismillah~



 
 

 # selepas ini, saya akan merindui kamu. Jauh bah kita ni, sahabat2 aku ni, semua tinggal jauh-jauh, Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Inanam,KK ,KL,Tawau lah.

Saya sangat sayang kamu semua tahu? kamu selalu tolong aku, waktu aku kena lantik jadi Project Manager Oeration Management, kamu ada di sana, menolong dan mengkasi kawan aku yang bengap-bengap-blur-blur ndak pernah pegang jawatan ni. (macam besar sangat jawatan tuh der).

Waktu ambik baucer buku, kamu tolong ambikkan aku. Sebab aku terlampau ikut peraturan, maw juga berbaris. Mesti kamu fed up dengan aku tuh kan? sebab aku terlampau ‘good-girl’ ndak pandai potong barisan. hahaha XD lambat, jadi kamu tolong kasi ambik aku. Kamu pi potong barisan, kena sindir2 org lagi kamu cerita. hahaha. maaflahhh, sebab aku kamu begitu. Sanggup kamu susah payah untuk aku. T_T

Kamu ajar apa yang aku ndak tahu. Ajar pelajaran, ajar macam-macamlah, paling ndak boleh di lupa kamu ajar aku cara limpas pak guard mcamana. haha :’D Fahamlah aku kan. Aku mana ber-ngam dengan Pak Guard UiTM. Kena tegur sikit menangis mencurah-curah ke ladang gandum! benci perangai aku tuh!

Apapun, aku ingin kamu tahu, yang aku sangat APPRECIATE masa kita bersama =) . Manda –kawan aku dari part 1. duduk meja sama-sama. sama-sama bodoh-bodoh di belakang time part 2. hahaha. Saburah  -kawan dari part 1. lepas tuh kita jmpa lagi time part 5 and 6. Eza –dari part 1 kita berkawan, then jadi room8 selama 2 sem. Myen -my forever room8.Dari part 2 until 4 aku room8 dengan dia. Nurul – kawan dari part 1 sampai sekarang. Lepas nih, kita kan bawa haluan masing-masing. Entah apa kita jadi nanti. Dapat degree apa. Dapat kah degree sama-sama/ tidak.

Apapun, doa ku, semoga kita jadi insan yang berguna dunia akhirat aku harap persahabatan yang kita bina selama 3 tahun ini, tidak akan putus di pertengahan jalan, tidak hanyut di bawa arus ( tiba-tiba )
Bila sahabat kata suka,tak semestinya dia cinta. Kerna anda TEMAN yang layak disukai. Bila sahabat CEMBURU, tidak semestinya dia cinta. Ini kerana anda teman yang HEBAT dalaam menjalinkan PERSAHABATAN. Bila sahabat kata RINDU,tak semestinya dia CINTA,Ini kerna dia RINDU pada teman sebaik KAMU. Maknanya saya berhak kata saya SUKA pada awak,cemburu bila awak KETEPIKAN saya, dan RINDU bila awakLUPAKAN saya.
tidak di lupa juga kepada kawan-kawan yang lain. gonna miss you all. sayang kamu =) 




saranghea chingu!!! :’DDDDD
#akan ku kenang kamu dalam doaku :’)
#baik-baik, jaga diri :’)

Wednesday, November 23, 2011

jam 4 lagi ?





assalamualaikum ♥


selamat malam semua. aku pasti malam nih mesti semua rakyat Malaysia yang ada TV dekat rumah or mana-mana tempatlah kan, tengah tengok perlawanan Malaysia vs Syria kan kan?  
aku harap dalam perlawanan peringkat kelayakan nih Malaysia menang. AMINNN  ! jom amin reramai.


sebenarnya apa masalah aku dengan jam 4 nih ? ada masalah besar ka sampai aku bergaduh ka dengan nombor '4' tuh ? sebenarnya aku manalah ada bergaduh dengan mana-mana nombor dekat dunia nih. hahaha. agak-agaklah, nanti orang cop aku gila ^_^ bergaduh dengan nombor. "ehhh Kira siot da sebab gaduh-gaduh dengan nombor !!" .cisss, aku tidak mahu itu.


oklah sebenarnya, kuliah aku selalu yang paling last, dari jam 4 - 6 . Kelmarin kuliah aku pula HANYA pada jam 4 - 6. Untuk pengetahuan, aku nih manalah dapat kemudahan asrama.. tskk tskkk. T_T  jadi kenalah aku ulang alik hari-hari dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Duk Sabah nih, awal sangat malam, ehh gelap ! Jam 6 start da gelap. Jadi aku memandu pulang, gelap-gelap lah. 


Yang aku malas, kelmarin aku memandu KB-KK alih-alih aku datang pigi kuliah, xda pulak lecturer. Nasib kelmarin ada urusan sikit =..=  Minyak da la meningkat , aku rasa macam membazir minyak ja kalau datang ke kelas, tapi xda pulak lecturer mahu mengajar ?  memandu bukan macam naik kapal jet duduk saja. lagi-lagi aku nih yang bawa kereta manual ? sakit-sakit kaki selalu. T_T




# dia, penumpang tetap saya kalau balik dari kelas ^__^
tapi cuma sampai selekoh keluar UiTM ja. hihihi :p
namanya EZA NORAHZIAN .
kawan aku bah. bahahah 






Kelas hari nih pulak aku 'eskep'. ada kah kelas, xda kah aku memang da x mahu datang kelas pada hari nih. Kelas aku 1 kelas ja hari nih. Aku malas mahu membazirkan minyak datang kelas yang cuma 1 tuh. hihihi ♥  rasa x berbaloi-baloi. hahaha.** samsing da aku, pandai eskep kelas :p 


Esok pun kelas cuma jam 4 - 6. hurmmm.. 4 lagiiiiiiiiii?? adooyaiiii .=..=
balik malam lagilah nampaknya aku. 


Minggu depan, insyaAllah aku akan masuk rumah sewa. cehhhh pandai sudah aku menyewa kan? hehehe ^__^ lepas menyewa, xda lagi masalah balik lewat malam. Last sem, bapa aku pernah x setuju ( marah lah tuhh ) aku balik malam, sebab aku baru ja konon bawa kereta. Sekarang dia ok ja. Entah ada OK atau REDO kali ? haha. Bila aku fikir kenapa bapa aku x setuju tuh, baru aku rasa betapa susahnya memandu malam-malam. Mata sakit. Lampu yang dari arah bertentangan pun SILAUU betulllllllllllll.


kamu yang pandai memandu, suka ka memandu malam ? kalau x suka, bah samalah kita. hihihi ♥

#pandu cermat jiwa selamat, biar lambat dan lidut, asal selamat ^_^


Good luck Malaysia vs Syria !!goooooooooooo!!



Friday, September 23, 2011

I'm a SABAHAN






gambar gunung Kinabalu!
sumber Google. Apa pun, ak tahu tempat nih.
nampak sekolah tuh? Tuh sekolah my mum yg comel mengajar.
Aku rasa, paling cantik gambar Gunung Kinabalu dari Sembirai dan Taun gusi (?)
LOL










I'm a SABAHAN, don't change my status !
just copy this post
u r Sabahan when;

-u say 'saaaaaaaaanaa' just to show how far that place is
-u pout your lips, and turn to the direction to show where things r
-u answer 'ah?' when people call your name
-the word 'bah' can be used in almost all the situations..
-u refer your dad as 'boss' or 'beliau'
-u were asked 'r u Indonesians?' by some outsiders when they heard u speak
-u know what pindik2 tagap means.
-u like to sing (^..^) for sure..
-u can use 'bah' properly.
-if someone ask for help, u reply with "boleh bah kalau kau".
-favourite word "ARAMAI Tiiii"




hai. dapat status nih aku kutip dari sorang kawan dekat facebook. aku nampak. aku like. aku suka. Selalunya kalau aku jumpa ayat yang cambest, aku share dekat Tumblr aku *sekarang aku selalu post dekat Tumblr aku dari Blogspot,cehh* well banyak jugak betul kata dia nih.

  1. Mostly Sabahan, kalau orang tanya lokasi sesuatu tempat, x kira lah mana.. contoh kalau lokasi tuh dekat, 'sanaa' kalau kena sebut pendek sikit. kalau jauh tuh tempat, kena cakap dengan nada yang panjang. Contoh, "saaaaaaaaanaaaaa Ranau" . *Ranau jauh ok dari kota belud. hikhik ^..^
  2. nih tentang aku lah. kalau aku da malas maw cakap tempat sesuatu benda tuh, kompom aku guna mulut jak. hari tuh, boleh-boleh kawan aku tanya suatu benda lah.. baru aku guna mulut aku jak. kasi muncung mulut sambil tunjuk arah tuh. punya pemalas aku! demmm.
  3. bila orang panggil aku, kadang-kadang aku sebut 'ah?' contoh "ah? aku ka ko panggil?" tapi x la kena sebut dengan ayat yang kurang ajar pulang. lembut-lembut pun asi bah. kn? :b
  4. Orang Sabah memang sinonim dengan perkataan 'bah' . kn? kadang-kadang aku terfikir juga, kenapa kebanyakan guna "bah"? adakah sebab nama  ujung Sabah kah kami orang Sabah selalu guna ayat 'bah' x kira la d mana-mana penggunaan ayat.? haa. aku pun masih konpius. awal ayat-tengah-tengah ayat- akhir ayat..semua boleh pakai. hikhikkk ko ada? :p contoh ayat;
    1. Pi mana bah kau? - kau pi sana bah kan? - bah sini bah kau kalau ko rajin - tolong bah angkat kain tuh - bahh,palap ko kam. ;p
  5. "u refer your dad as 'boss' or 'beliau' " ohhh yahh. ada yang panggil boss, ada jugak yang panggil beliau. Aku pandai jugak gelar bapa aku boss, tapi tidak beliau :p
  6. Indonesia? ohh no! cara kami berkata tidak sama donk! aiyaaa! ops! maaf, ter-indonesi aku berkata. sedia maklum, bahasa Malaysia n bahasa Indonesia mana sama? siapa kata sama? kalau sama pun sikit jak kn? Ohh adakah orang Sabah guna bahasa BAKU? ohh memang baku. aku tengok filem P.Ramlee dulu pun baku juga. kalau x percaya sila tengok balik cerita P. Ramlee. Kalau malas tengok cerita Bujang Lapok, Labu-Labi pun boleh layan. Apa bahasa baku? boleh KLIK sini. orang selalu kata bahasa kami buruk. bahasa jugak kn? siap kata orang Sabah tinggal di pokok. jawapan aku = Ohh itu orang yang tidak pernah pigi Sabah.
  7. Pindik pindik tagap? hahaha :DDD
  8. nyanyi? ohh bolehlah. Apa pun aku minat stacy!! :DD
  9. 'okeh bah kalau kau' hmnn ayat nih memang femes di Sabah. *mula mengantuk waktu menaip ayat ini*
Hmnnn.. apa lagi yang aku maw cakap pasal Sabah ar? Ohh Sabah cantik bah banyak tempat-tempat menari..banyak hutan ( ? ). Ngeee :D
For Sabahan, be proud to be one of the Sabahan. :)






pssttt: Inginkan pendapatan lebih dengan hanya bermodalkan rm100? Klik sini ^..^Y




Friday, July 22, 2011

Jom keTelinga Sabah


♣Bila baca blog Amanda, WOWWWWW! akhirnya ke Kudat juga dia. Akhirnya akan sampai juga ko yah Manda ke Telinga Sabah tu. Nanti singgahlah ke rumahku di tepi jalan ni (tapi kamu x akan limpas punya sebab kampung aku masuk dalam sikittt)

♣Waktu aku di kelas dulu,dengar Manda kata 'Telinga Sabah'.  Ketawa-ketawa dalam hati jak aku mampu bila dengar Manda kata Telinga Sabah. Agak luchu. Tapi sempang mengayau tuh memang lah Telinga Sabah bila kita tengok betul-betul dari dalam peta.

see? betul-betul kan di telinga tanduk Sabah?
Sabah ni,kalau tengok dalam peta macam kepala haiwan punya bentuk. 
Siapa setuju kata 'Yes' dalam hati cukup.


♣Seriously baru sekali jak aku  melawat Simpang Mengayau ni, itupun waktu aku masih dalam proses mengenal dunia lagi. *dui* Dan waktu aku pergi tuhh macam-macam tiada lagi. Sekarang, macam-macam ada. 






sumber:Google Image
♣Beza dulu dan sekarang? Dulu benda bulat-bulat (entah aku maw panggil apa) dekat dataran tuh belum ada. Sekarang? ada la bahh. 
Dulu jalan raya tuk pi dataran tuh belum kena tar. Sekarang? ada la bahh.
Dulu, paras air laut belum naik lagi, kawasan ni patutnya luas lagi sikit. Boleh lari-lari tidak ingat dunia.
Dulu.. err.. dulu errr...( hilang idea ) =..='




♣Wahaaa! Bagi aku sini yang best. Sebab kalau tengok dari bawah (dari kawasan yang da ada air tuh ) macam sarang lebah gergasi pun ada! Then,berlumba lari ke atas lagi bersama siblings aku dan edut, siapa cepat dialah juara. Almaklumlah,kanak-kanak memang kuat berlumba lari.
Bila round-round kawasan yang da ada air tuh, terjumpa shell siput gergasi.Serius gergasi! Ehh, ai mean, rare di jumpai, baru tuh besar pulak tuh.Terus aku ambik ,bawa balik KB sampai rumah berus guna ubat gigi. Waktu kecik2 dulu kan banyak iklan Colgate guna cengkerang siput. Jadi aku ikut-ikut iklan tuh.Ngaaa ^..^ ,then jadilah perhiasan bilik. Sekarang aku  x tahu mana dah menatang tuh. Ilang entah ke mana..




Nanti datanglah beramai-ramai ke sini, makan udang ,sotong,bagai =DD pemandangan laut yang cantik, agak besttttttt ngaaa

ok bai

salam 




p/s:Entah bila aku boleh ke situ lagi?


Thursday, July 7, 2011

Who am I (?)


oh before that, CLICK THIS


I am Part Time
-Part Time Blogger
-Part Time Eater
-Part Time Drinker ? =.='
-Part Time Sleeper
-Part Time Driver
-Part Time Lover
-Part Time Hater
-Part Time Tumblrer







I am Full Time
-daughter of my beloved parents
-sister of my siblings
-student at UiTM
-servant of Allah
-friend of all my beloved friends!












Tuesday, June 28, 2011

Kereta | Sang Kancil

Weheee assalamualaikum dan selamat malam~

Malam ni,walaupun male’ = penat sikit, tapi aku update lah sebab ada permintaan yang melambung tinggi bak Gunung Everest dari kawan baik aku ni|Rahayu! Harhar(ketawa sorang diri) dia kata dia bosan, jadi dia kuat jalan-jalan gi baca blog orang..ngee 

Pernah baca entry aku yang INI kalau tidak pun yang INI? (klik kalau rajin jak la k) Alhamdulillah,sekarang aku da habis tengok movie dia. ^^ Bagi aku bestla, tapi best lagi lah aku rasa Ketika Cinta Bertasbih. Best cerita ni sebab ada pelakon Indon yang aku minat, Dude Harlino =D Terima kasih arigato kepada kakak aku koz bagi aku nih movie. Nanti ko bawa lagi lah sama aku movie-movie genre Islamic.Best ohh…dan disebabkan movie nih la, mood aku berubah kembali, kalau dulu aku layan lagu KIMIA|Imelda, sekarang aku layan OST filem ni pulak :p Bunga-Bunga Cinta|Dude & Asmirandah dan jugak Karena Hati Bicara|Andi dan Oki Setiana Dewi.^^ Aigooo best!


senyuman umpama kambing birik-birik pada waktu pagi







 
Bunga-bunga Cinta Ost Dalam Mihrab Cinta




Hari ni aku jalan daaaa. Apa pun ianya best, sebab hari ni semuanya 1st time aku buat, apa pun aku rasa aku da boleh da jalan dekat kawasan KK.Pergi dan balik bersama Amanda,Sabura,Nan, dan Nadia.Muahaahhaha :D Kalau aku balik rumah, kadang-kadang bapa aku tanya, hafal da ko jalan KK tuh? So,kali ni bole lah aku jawab YA. Yeahhh! Apa pun benda ni bukan benda yang perlu diJAKUNkan lah..tapi bagi aku,memang jakun! sbb 1st time ~wahahah, orang yang hari2 bawak kereta di kk pun x jugak macam aku,..aishhh ^^ hhihi
p/s :sedikit pesanan kepada kakak, kakak!boleh sudah lah ni!(teriak)

Bila pergi Karamunsing kasi teman kawan aku beli Printer, sempat gi berenti ntah d corner kedai mana, dorang tengok Running Man, maybe yang ke 42 kot tuh (lupa) yang ada si Nichkhun dan kawan dia 2pm jugak tuh..arghh! aku lupa nama kawan dia. Harap map,aku x kenal sangat 2pm. Maaf kepada peminat 2pm sini, terutamanya Achil..aigooo~ bianea chingu (sambil tunduk2 minta maaf) Ahh sembarang jak aku kata 42, entah2 episod lain =.=’  

Ehhh tapi 1 hal la yang aku rasa sangat lawak. Actually, aku pagi tadi kena saman oleh Pak Guard tempat aku study ni. Maybe sebab aku xda sticker U kot? Xpalahh, malas aku urus =.=’ if polis traffic yg saman aku, aku pasti risau, sbb ianya akan effect lesen P aku ( P for professional OK? ) Bila tengok kertas saman tuh, memang x boleh tahan hairan aku. Susah kali kan membezakan kereta ni ???


Inilah sang kereta family aku yang aku guna selalu..

OK Kereta apakah ini???


Bila aku baca kertas saman tuhh...


'jenis kenderaan/motorsikal: KANCIL

what? KANCIL?? hmmmmnnn =.=' 




ok tdur dulu zzzz

k bai