Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label instrumentals. Show all posts
Showing posts with label instrumentals. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Breakfast yang jarang²



♫♪♫♪ Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang..♫♪♫♪


Assalamualaikum.


Awal pagi lagi mood menghupdet entry muncul. Habis cuci kain, jemur. Matahari masih malu² keluar, aku sudah pi jemur.  Wahh fikiran sudah tenang. Sambil² itu, aku sarapan pagi + dengar² lagu instrumental favorite aku - Spiritual Garden. Nice combination, isn't it? 


Semenjak dua menjak ni, aku suka sarapan. Mungkin sebab biskut yang aku beli sedap, so mood sarapan aku membuak². HAHA. Lagi pun MyMy kata dalam entry dia, sarapan itu penting. Waktu sarapan boleh² aku teringat² entry dia pulak. Harap aku ni, sebenarnya bukan jenis yang bersarapan. Kalau sarapan sakit perut. Tapi di negeri orang nih, terajin pula aku. Heran?

*sumber Google*
# nih bah roti yang aku cakap! Sedapkan?
bagi yang pernah makan, sila angguk² geleng² depan lappy.
Celup
² dalam minuman, nahh sedap gila! 



Minum pula, aku minum segelas teh kosong, kosong yang sekosong² nya, tanpa gula. Nih semua sebab aku ikut Mas lah ni. Dia suka minum teh tanpa gula.  Good for health bilangnya. Benda yang 'good² for health' nih, kita mesti amalkan selalu!! Yosh ! *semangat* 
Dan semestinya aku minum Teh Sabah. Membuatkan aku terkenang² Sabah ohh time minum teh nih!  Aku orang Sabah, jadi aku support barangan Sabah bah. Sedap lagi tuh. Aummmmm ^^

credit to this site
#Sokonglah barangan buatan Malaysia dan Sabah ^^

Yang penting jangan lupa sarapan lah yah? Yang tinggal di rumah tuh untung, dapat lagi makan roti, nasi goreng, mee goreng, kalau sudah student life ni, makan roti jak la mampu. Yang penting jangan membazir. Membazir itu syaitan suka. Yang syaitan suka, kita jangan kasi dia rasa suka ( ayat apalah ni? )  ^^ Selamat Pagi. C: 


# aku dengar Sabah hujan? wow siuk tuh tidur² time sejuk. Sini jarang pulak hujan. 
# Nanti ada masa, aku mahu rajin² blogwalking lah konon.











Wednesday, June 27, 2012

Solat anak-anak


bismillah





Assalamualaikum. Sihat? tiba-tiba terfikir mahu tulis pasal nih..erkk..mengikuti Kem Bestari Solat pada Sabtu lalu telah membuka mata aku, dan membuat aku berfikir betapa pentingnya peranan kedua ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak untuk solat ini. hmmm kan?


Bilamana budak-budak tidak tahu solat, jangan salahkan guru yang mengajar. Dah masuk tahun enam pun masih belum tahu ambik wudhuk? 


"ustaz dekat sekolah ada tak ajar ambik wudhuk?" , soal seorang bapa kepada anak. 


"takda ayah", kata si anak, sambil geleng kepala.


 Dalam hal macam nih, ibu dan bapa jangan lah 100% bagi peranan tuh dekat pengajar. Peranan ibu bapa itu lagi penting dalam hal solat nih . Itu pandangan aku. Pengajian awal, datangnya dari tempat tinggal, yakni rumah, home, house dan yang sewaktu dengannya. hehe kan?  ;)






Ibu bapa lah 'guru' pertama yang anak-anak jumpa. Dari kecik, didiklah mereka dalam solat dan juga Al-Quran. Hantar mengaji.. InsyaAllah, besar nanti bisa jadi anak-anak yang soleh dan berguna. (aminn) Solat bukanlah benda main-main wahai kita yang bakal jenazah ni. Walhal, nanti bila kita dikubur pun, solat lah benda yang pertama di soal malaikat kelak. C:




Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : Perintahlah anak-anak kamu supayan mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan) -hadis riwayat Abu Daud

#solat anak-anak itu mencerminkan solat ibu bapanya. Malulah kita pada Allah. :(
#yang menulis ini bukanlah seorang yang sangat baik, tapi aku menulis untuk peringatan diri dan bersama. 





Wednesday, December 14, 2011

sukanya aku padamu wahai...

aku suka bila aku tengok langit ciptaan Allah. Biru.
cantiknya. Terpegun aku. wow.

minat aku. untuk pengetahuan aku sangat suka dengar music-music instrumental.
apa tuh? bukan yang memekak sana sini tuh ok? yang nih, yg just music sahaja. :)

hati rasa tenang pulak bila dengar muzik macam nih. Lebih-lebih lagi waktu otak tengah berserabut bagai. Semua orang ada minat tersendiri. Aku? aku suka instrumental. Sukaaa gilaa !

sumber Tumblr


kadang-kadang aku bayangkan diri aku dekat pantai, memandang langit, sambil mendengar muzik kesukaan aku ni (cehhh, jauhhh imaginasi nampak? ) sambil menghitung-hitung hari aku berada dekat bumi tuhan ini. baru beberapa hari aku memasuki alam 20-an .cepatnya masa berlalu. Aku masih perasan muda. Padahal, umur semakin singkat. Hanya nilainya yang bertambah. terlalu banyak dosa aku lakar di bumi ini. ampunkan aku tuhan. aku tahu banyak dosaku. selalu ingat kamu kala duka ku. T_T

lepas tuh menangis. menangis itu baik sebenarnya. dapat meringankan beban yang hati kita tanggung. uhuhu . terlebih pulak feeling lepas dengar muzik nih.

bestnya dengar lagu2 ini. cubalah try mendengarnya. :-)

sekarang aku suka dengar Kitaro-Spiritual Garden.






# kepada mereka yang patah hati tuh, ohhh kalau mahu, dengar lah lagu instrumental ni. Mana tahu anda menangis sampai berbaldi-baldi? hehehe JK. ^__^

# ingat ! menangis itu perlu, kadang-kadang ianya melegakan jiwa juga.