Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label shocked. Show all posts
Showing posts with label shocked. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Terbangun dan Gelap !




Bismillah dan assalamualaikum ♥


Pernah kau terbangun pagi-pagi and then kau tidak boleh lelapkan mata selepas itu? Kau try sehabis mungkin, mata tak boleh lelap juga ! Ahaa! aku salah seorang yang termasuk dalam kategori ini.

# inilah kegelapan malam pada pandangan Night Vision dari katil aku.
hehhhh *mengeluh*


2 malam yang lalu, aku terbangun waktu pagi-pagi jam 4. Selepas tuh aku try tutup mata, mata aku yang panda bear nih tidak boleh lelap pulak. Try-try punya try, langsung tidak dapat lelap. Mata apalah aku nih kan? Kena pulak waktu tuh dorm kau tutup lampu. Gelap semacam. Huarghhhhh hingga matahari memunculkan diri aku tidak tidur.

"Jam 4 pun kau penakut. Euuu penakut"

Aku perempuan, dan aku tidak suka kegelapan. Tapi tidak semua perempuan macam aku. Lelaki pun mungkin ada yang macam aku, dalam bab nih. Tapi siapa? Aku pun belum jumpa. Bukan takut, tidak suka eh. Ayat cover line. Tapi yang aku malas, waktu gelap macam-macam boleh berlaku.

Pijak benda tajam.
Nampak sesuatu.
Terdengar orang kentut.
Kena kacau.

Bab kena 'kacau' aku paling malas. Arghhh aku tidak suka akan kegelapan! kalau kacau sikit-sikit, tidak boleh juga, apatah lagi kalau ditambah dengan ketawa-ketawa lagiiiii tidak boleh! 

#kesimpulan yang terang lagi bersuluh.




Wednesday, June 27, 2012

Solat anak-anak


bismillah





Assalamualaikum. Sihat? tiba-tiba terfikir mahu tulis pasal nih..erkk..mengikuti Kem Bestari Solat pada Sabtu lalu telah membuka mata aku, dan membuat aku berfikir betapa pentingnya peranan kedua ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak untuk solat ini. hmmm kan?


Bilamana budak-budak tidak tahu solat, jangan salahkan guru yang mengajar. Dah masuk tahun enam pun masih belum tahu ambik wudhuk? 


"ustaz dekat sekolah ada tak ajar ambik wudhuk?" , soal seorang bapa kepada anak. 


"takda ayah", kata si anak, sambil geleng kepala.


 Dalam hal macam nih, ibu dan bapa jangan lah 100% bagi peranan tuh dekat pengajar. Peranan ibu bapa itu lagi penting dalam hal solat nih . Itu pandangan aku. Pengajian awal, datangnya dari tempat tinggal, yakni rumah, home, house dan yang sewaktu dengannya. hehe kan?  ;)






Ibu bapa lah 'guru' pertama yang anak-anak jumpa. Dari kecik, didiklah mereka dalam solat dan juga Al-Quran. Hantar mengaji.. InsyaAllah, besar nanti bisa jadi anak-anak yang soleh dan berguna. (aminn) Solat bukanlah benda main-main wahai kita yang bakal jenazah ni. Walhal, nanti bila kita dikubur pun, solat lah benda yang pertama di soal malaikat kelak. C:




Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : Perintahlah anak-anak kamu supayan mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan) -hadis riwayat Abu Daud

#solat anak-anak itu mencerminkan solat ibu bapanya. Malulah kita pada Allah. :(
#yang menulis ini bukanlah seorang yang sangat baik, tapi aku menulis untuk peringatan diri dan bersama. 





Sunday, May 6, 2012

pak arab dan gambar pasport

bismillah


Dan selamat malam.
Petang tadi panas sangat kan? Malaysia memang panas ya? Petang yang tadi panas da berubah gelap sikit. Mo hujan lah tuh. Yeah best. Aku suka sangat dengan hujan, sebab sejuk woo.  C:


Sebenarnya aku agak blur mo bercerita, cerita apa, aku pun tak tahu. Dari aku biarkan blog aku bersepai terabai bagus aku isi sikit biarpun agak tidak 'berisi' benda yang aku ceritakan.


Blog aku ni, da aku tukar hampir semuanya kot? 100% aku ubah. dulu pilihan hati aku sebenarnya warna biru, tapi baru2 nih aku terjatuh 'suka' pulak dengan warna kecoklatan gitu. Awww, hati, cepatnya kau berubah kan? tapi biru tetap di hati aku bah.


Warna biru still ada, aku letakkan pada blockquotes aku. :) pemberian kawan tuh. Mesti ambil dan hargai C: ohh dan pada date sekali. :D Tapi background tak berapa coklat pulak. Nanti aku edit lagi, biar sampai ada warna coklat! yeaii.


Ehh terlampau bercerita pasal blog cincai ni, sekarang let's go to the main topic, shall we? C; Tadi ada orang sms dekat aku, begini bunyinya.


Yaa Sitiii~ aku bawak gambar pasport y kau bg 2. Kasi tayang2 pak arab cni. hahaha


Uissh! masyaAllah! siapa ni?? Terkejut beruk aku. Nombor tidak dikenali pulak tuh. Berdebar aku.  Dengan siapa aku pernah bagi gambar pasport nih? Akal mula membasuh, cuba mengingati muka-muka mereka yang pernah aku berikan gambar yang lebih kurang serupa pasport.


Achill!?? Ehh Achill di Sarawak, apa kaitan dengan pak Arab kan?. Maaflah Achill, teringat ko pula, teringat aku dulu form 5 aku pernah bagi dia gambar cincai aku. adudududu.


Manda!!?? nahh ini pasti Manda. hahaha :D siapa lagi antara sahabat aku yang gila-gila selain dia ni. hahaha. Hati berbunga. Gembira pun ada. Nampaknya Manda da sampai ke tanah suci. Alhamdulillah. Semoga Manda baik-baik saja sana. Aminn :DD


#matang lah sangat kan? yg sebelah tu, adik aku. Bekas pelajar Asasi UM da sekarang.




Terus teringat yang aku ada pernah bagi gambar pasport aku yang biasa2 tuh. Aku rasa itu lah bah gambar pasport aku paling matang la konon. wakakaka. ayattt. Pasport tuh actually untuk lesen memandu aku sebenarnya. Banyak lebih, jadi bagi kawan. Siapa mo gambar pasport aku? Rm5 sekeping :b . mengada-ngada, tampar muka sendiri nanti, mahu?




#tengah berusaha menghabiskan pembacaan Kasih yang Suci - Meen Zulaikha. C:

Saturday, January 14, 2012

aku accident

Tadi aku accident, berdekatan Centre Point.
sungguh aku x sangka yang aku akan mengalami peristiwa tuh.
terkejut sampai x mampu aku mahu bercakap.
wuwuwuwu Y_Y .

nanti aku cerita lagi. sobb sobbb.