Klik ok? TQ so much !

Saturday, June 30, 2012

Jom Masak | Sambal Udang Kering Biasa-Biasa Sahaja

bismillah.


Nama resepi : sambal udang kering biasa-biasa sahaja eh
#kesan tengok Masterchef Selebriti, aku dah pandai bagi nama pelik-pelik macam
Angah dan Azwan Ali


Assalamualaikum! hello~ Hari nih aku nak kongsikan resepi simple yang aku baru masak pada waktu maghrib tadi *ewahh simple lah sangat kan*. Bapa aku yang bersemangat betul nak makan sambal nih.  Siap beli bahan-bahan lagi. Jadi aku pun buatkan lah. 。◕‿◕。


  1. Bawang Bombay. Boleh juga guna bawang besar. Kuantiti? Ikut suka.
  2. Udang kering. Disebabkan aku masak dalam kuantiti yang banyak, udang kering yang aku guna adalah 1 paket.
  3. Cili. Ikut suka, kalau tak suka tak payah pakai cili. Kalau nak juga simpan cili. Simpanlah ikut suka hati. Cili jenis apa-apa pun boleh. Janji pedas! 
  4. Garam secukup rasa.  (◕‿◕)

Okey, mula-mula bawang bombay tuh hiris-hiris lah yah. Udang kering pulak jangan lupa basuh. Kalau rajin, tumbuk guna lesung batu *bersenamlah sikitt ;p *. Tak rajin, tak payah tumbuk pun..it's okey! :D Cili tuh pulak. Tumbuk guna lesung batu / blender. Mana-mana lah. Aku cuma guna lesung batu. *cara tradisional*

Then, panas kan kuali. Letak minyak, bila minyak sudah panas, letakkan bawang yang telah dihiris tadi. Kacau-kacau hingga bawang lembut. Lepas tuh masukkan udang kering dan cili yang telah ditumbuk tadi. Kacau lagi hingga kelihatan lembik bawang-bawang tuh. Lepas tuh, letakkan garam/ perasa secukupnya. Garam tak payahlah banyak sangat sebab udang kering dah sedia masin.  Lastly, masukkan dalam bekas. Siap!  #jangan lupa makan bersama nasi C:

Ahaaa~ simple jak kan sebab tumis-tumis masuk dalam kuali jak. Bab yang tak simple tuh bila hiris bawang bombay dengan tumbuk cili tuh. Mula-mula hiris menangis-nangis-tanpa-sebab aku dekat dapur. Last-last aku ambik swim google, pakai kat mata aku, barulah aku tak menangis. Clean jak kerja aku tanpa mengeluarkan air mata.

Franky, badan METAL, hati TISU.

# first time aku share resepi. haha :D
# cubalah yah kawan-kawan, kalau rajin. Rasanya pun sedap! Edible orang putih bilang!

Thursday, June 28, 2012

2# Spontaneous Thursday


bismillah



You can change some strangers to be your friends. Unfortunately, some of them can turn back into strangers again.  




#have a nice day friends! C:

Wednesday, June 27, 2012

Solat anak-anak


bismillah





Assalamualaikum. Sihat? tiba-tiba terfikir mahu tulis pasal nih..erkk..mengikuti Kem Bestari Solat pada Sabtu lalu telah membuka mata aku, dan membuat aku berfikir betapa pentingnya peranan kedua ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak untuk solat ini. hmmm kan?


Bilamana budak-budak tidak tahu solat, jangan salahkan guru yang mengajar. Dah masuk tahun enam pun masih belum tahu ambik wudhuk? 


"ustaz dekat sekolah ada tak ajar ambik wudhuk?" , soal seorang bapa kepada anak. 


"takda ayah", kata si anak, sambil geleng kepala.


 Dalam hal macam nih, ibu dan bapa jangan lah 100% bagi peranan tuh dekat pengajar. Peranan ibu bapa itu lagi penting dalam hal solat nih . Itu pandangan aku. Pengajian awal, datangnya dari tempat tinggal, yakni rumah, homehouse dan yang sewaktu dengannya. hehe kan?  ;)






Ibu bapa lah 'guru' pertama yang anak-anak jumpa. Dari kecik, didiklah mereka dalam solat dan juga Al-Quran. Hantar mengaji.. InsyaAllah, besar nanti bisa jadi anak-anak yang soleh dan berguna. (aminn) Solat bukanlah benda main-main wahai kita yang bakal jenazah ni. Walhal, nanti bila kita dikubur pun, solat lah benda yang pertama di soal malaikat kelak. C:




Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : Perintahlah anak-anak kamu supayan mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan) -hadis riwayat Abu Daud

#solat anak-anak itu mencerminkan solat ibu bapanya. Malulah kita pada Allah. :(
#yang menulis ini bukanlah seorang yang sangat baik, tapi aku menulis untuk peringatan diri dan bersama. 





Monday, June 25, 2012

Rumah Sewa | Blog Little Sunshine



bismillah.

Assalamualaikum. Rajin pulak aku mengupdate belog bulan nih. Bulan-bulan lepas, haprak.
 Untuk mengelakkan belog ini dikatakan bersawang jadi aku update lah apa yang terlintas di fikiran aku sekarang. Harapkan aku mahu update belog ni, idea tuh sebenarnya ada, cuma, bila mula mahu menaip entry tiba-tiba "ehh apa aku mahu taip tadi?". Tiba-tiba otak blank =..=' 


#teka-teki-teka-teku mana satu rumah sewaku?


Bercerita perihal rumah sewa, sekali sahaja aku pernah menyewa. Eh maksud aku, menyewa secara berbayar. Dulu,pernah tinggal di di Perumahan A (tak tahu namanya, jadi aku memandailah bagi nama A). Tinggal secara free. Duit keluar pun untuk peralatan dapur sahaja. Yeayy! Itu pertama aku tinggal rumah orang. Selalunya aku stay hostel. Tapi nasib aku di awal sem 5 hari tuh tak bagus, jadi tinggal luarlah nampaknya.  :(


Masuk semester 6, aku ingat nasib aku bagus. Rupanya, nasib tidak menyebelahi aku.  Harapkan pagar,pagar makan padi. Eeeehhh tiba-tiba guna peribahasa yang tidak sesuai. Nampak sangat BM aku SPM dahulu bukan A+. Aku tidak dapat hostel. Terus aku rasa sedih sangat. Kenapa aku tidak dapat hostel? Mungkin bukan nasib diri + ada kriteria yang tidak mencukupi. Tapi keputusan hostel aku yang gagal tidak menjadi batu penghalang untuk aku pergi kuliah. yoosshh! 


#Tangga. Wahhhh rumah aku sendiri tiada tangga macam nih ooo.





Akhirnya aku duduk di rumah sewa Taman Utara Gudon ni selepas seminggu dua aku ulang-alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Ezah yang kenalkan rumah ni, sebab dia pernah tinggal sini dahulu.  Penat? Memang penat. ╥﹏╥   Bayangkan perjalanan 45minit harus aku tempuhi untuk ulang-alik ke kuliah. Kalau ada kelas petang yang habis jam 6, haahh..sampai sahaja rumah terus aku mengampai (tidur). Perjalanan pergi dan pulang adalah berbeza. Waktu petang banyak kereta. Pagi tidak. Sampai rumah pulak, langit dah sangat gelap. Apapun ianya mengajar aku erti ketabahan.


Mymy! pinjam header ;p
#klik untuk follow blog Dian :) 




Tinggal dekat rumah sewa nih, at first sewa berempat dengan my besties. Ezah,Manda dan Ola. Students Politeknik masih bercuti. Lepas diorang balik cuti, Manda dan Ola balik asrama.  *diorang dapat asrama sebenarnya


Dekat rumah sewa nih la aku jumpa Mymy atau dulu, namanya MiszyDian . Aku ingat dia,tapi dia tak ingat aku. Hehehe, sebab aku diam-diam. *adalah sebab diam tuh* hehehe. Dalam hati aku, 'Dian' macam aku kenal nama tuh dekat dunia nih (blogging) . Terus aku naik bilik, pergi search segmen yang aku ikut dulu. Ternyata memang dia memang MiszyDian, blogger yang aku pernah ikut segmennya suatu ketika dahulu. Hihihi. Teruja aku. Dalam hati gembira 'aku satu rumah lah dengan blogger'. Terus inform dengan rakan sebilik. Ezah. Memanglah aku gembira sebenarnya, sebab benda yang aku tidak sangka-sangka berlaku pula. "Hai Kira! ", si Mymy selalu panggil aku begitu, terutama kalau aku turun ke ruang tamu. hihi. Ingat, lain kali kalau berjumpa, mahu cerita hantulah sama-sama. hahaha :p


Dekat rumah sewa tuh, hanya aku dan Ezah student dari UiTM.  Selebihnya student Politeknik KK. Bunga yang aku kira sebagai ketua rumah dan ramai lagi kawan baru yang aku dapat dari tinggal rumah sewa nih. Miza, Awa, Ogy, Finas, Nad, Dian, dan ada lagi,tapi aku tidak ingat dah nama diorang (╯︵╰,) *maafkan aku*. dan semestinya mereka ramah. 


#katil bilik aku. :') rinduu


Katil,tempat masak,mesin basuh, televisyen, radio, sofa, meja makan, semuanya disediakan oleh Tuan Rumah. Itu yang aku suka dengan rumah sewa nih. Hehehe. Semuanya ada. Bayaran pulak, emmm..aku dan Ezah bayar Rm100 seorang, termasuk untuk makanan. :) 
Senang cerita, aku memang jakun dan eksaited sebenarnya stay rumah sewa nih! *mengakuuu*


Pengalaman stay rumah sewa tuh memang best, walaupun cuma beberapa bulan sahaja aku tinggal, tidur,makan, berak segala bagai dekat sana. Apa pun, terima kasih Allah, atas kehidupan yang diberi. :') Banyak yang aku timba. Banyak yang aku belajar sejak tinggal luar nih. 


#Belog lamanya sudah tiada, dia buat belog baru. Little Sunshine. Jom kita support dan follow ramai-ramai! 
#bak kata Mymy atau nama dulunya Dianibarat kecik jak dunia nih rupanya. Benda yang tidak disangka-sangka berlaku kepada kehidupan kita.
#aku tidak tahu sampai mana umur aku, hanya Allah yang maha Mengetahui. InsyaAllah, kalau umur panjang, mahu timba pengalaman banyak-banyak! 


okbai.



Segmen | Kenali Komuniti Blogger

bismillah.


haa segmen, berkurun lamanya aku tidak men'join' apa-apa segmen dari mana² blogger. Terima kasih kepada  Dian, kawan aku dulu di waktu tinggal menyewa di Utara Gudon sebab tag bawa aku untuk join segmen ini. Terima kasehh² 
(*^▽^)/ *sambil melabai-lambai*

Apa lagi bloggers, let support and join segmen yang di anjurkan oleh blogger caerwhizz.net ini.
∩(︶▽︶)∩  segmen nih berakhir pada 31 Julai nanti. Salam perkenalan. :)



*sila klik header untuk join  (^▽^)

Tag Ari dan Zoul
jom? 


#ini segmen pertama aku join pada tahun 2012 ini. :)



Sunday, June 24, 2012

Ustazah Setengah Hari



bismillah. *entry panjang gedabak*


kelmarin bertambah pengalaman aku. Aku yang tidak pernah mengajar budak-budak ni akhirnya ada juga pengalaman, biar pun ini 'first time' aku. Siapa ingat tugas mengajar nih senang? lepas pengalaman kelmarin, barulah aku sedar yang tugas mengajar nih bukanlah perkara yang sangat mudah seperti memakan kacang. Kena ada ketabahan sebenarnya. Tabikk spring aku kepada guru-guru semua. (⌒▽⌒ゞ


Nama budak nih ichil. kawan adk aku,kawan aku jugak.




At first, kawan kakak aku si Anne ni telefon. Ajak jadi fasilitator mengajar budak-budak sekolah Sk. Timbang Dayang dalam KBS ( Kem Bestari Solat ). At first aku mana mahu. Aku suruh adik aku, last-last adik aku bawa aku sekali. aku pun joinlah sekaki. Duduk rumah ni boring jugak. Apa salahnya aku timba pengalaman kan? kena pulak mengajar-mengajar. Hehe. Tiada alasan untuk aku tolak sebenarnya. Ajar budak-budak sekolah sahaja. Budak kampung aku, aku kenal, tak jadi hal aku tuk ajar diorang. Sekolah tuh sebelah rumah aku sahaja. Sebelah rumah! Tapi kami naik kereta jugak gi sana. HAHAHA.  mengadanyaaa kan kami,habiskan minyak sahaja kan. =..=


budak-budak kelas 5B




Waktu kena agih kelas, aku dapat kelas 5B. 5B tuhh! kawan kakak aku kata, kelas nih dia ajar, sangat jajal ok. Jajal tuh apa? Jajal tuh degil/nakal. Mula-Mula masuk, aku blur. Lupa pulak suruh diorang baca doa. Then diaorang pun bacalah.  lepas tuh kelas sunyi. Semua budak pandang aku. Last-last aku bersuara. Ambik kehadiran murid-murid lah konon. Hehehe. Apa yang best kelas nakal ni sebenarnya , pelajarnya kan aktif. Jadi kalau kita tanya, kompom diorang jawab. haha ^..^
Murid yang paling aktif, adalah yang duduk depan sekali. Sekali tanya, ramai yang beria-ria angkat tangan. 


sesi pengajaran




Lepas siap ajar mereka tentang Muafiq dan Masbuk. Aku pun buka soalan. "Siapa ada kemusykilan kan, persoalan. tanya jak okay, tidak perlu malu-malu" . Then seorang murid tanya, "Ustazah, siapa nama Ustazah??". OPSS! boleh pulak aku lupa perkenalkan diri kan. Hahaha. Ustazah apalah aku ni. Sebenarnya aku tak target pun diorang akan panggil aku ustazah. Aku target panggil kakak, kah. Tapi ustazah tuh, not bad. Maybe sebab aku ajar diorang perihal agama, jadi diorang bagi aku gelaran macam tuh. hikhik. 


"Nama Siti Syakirah. Rumah sebelah sekolah nih sahaja". Kata aku sambil tunjuk rumah aku dibalik pagar. " OHH rumah ustazah kah tuh?? Selalu kami nampak orang main basikal sana.", kata tuh murid-murid. Basikal tuh sebenarnya adalah alat senaman. "Umur?" ,"Saya umur 21 tahun".  "mudanya" kata seorang murid. Dalam fikiran aku maybe diorang ingat yang aku nih memang seorang tenaga pengajar di mana-mana sekolah kot? 


budak-budak tunggu Amali Solat




Mula-mula memang susah mahu tarik perhatian budak-budak ni untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan. Payah! pulak aku dapat kelas yang aktif bukan main lagi. Aku ajar pun, 70% jak yang ambik perhatian. 30% lagi pi intai-intai budak-budak kelas lain ambik wudhuk. Semangat gila diorang tengok budak-budak lain ambik wuduk. Last-last aku buka macam-macam cerita untuk diorang dengar. Faham betul dengan perangai budak-budak nih.  Untuk pengetahuan, budak-budak sangat suka;

  1. cerita. Ceritalah sesuatu yang menarik dan yang kita pasti diorang belum dengar lagi. Confirm diorang bagi perhatian.
  2. Gadget. Contohnya telefon. Kalau telefon kau ada kamera lagi diorang suka. Budak aktif memang suka bergambar. hahaha 
Haaa tuh sahajalah. Sebab nih berdasarkan pengalaman aku. Alhamdulillah, lepas bercerita tentang Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj, Huraisy (kala jengking neraka)  yang akan keluar di hari kiamat nanti (yang mana Huraisy ini akan mencari orang yang ingkar-solat,zakat,ibubapa,bercakap hal dunia di masjid, dan minum arak) ,  tentang kisah di alam kubur, iaitu benda yang di tanya malaikat pertama kali adalah solat, dan macam-macam lagi. Diorang pun sedikit sebanyak memberi perhatian dengan apa yang aku cuba ajarkan. Alhamdulillah. Bergetar suara aku menceritakan. Entah kenapa. Tinggi harapan aku agar budak-budak nih faham, dan balik rumah nanti, praktikkan solat,dan sedar kepentingan solat itu.  Budak-budak sifat mereka memang ingin tahu. Jadi, rajinkanla bercerita kisah-kisah yang memberi tauladan. :) 



Baru tuh waktu aku tengah khusyuk menulis-menulis di depan ada pulakk budak bisik-bisik dekat belakang aku. 


"rupa ustazah bah sama dengan yang di Hooray-Hooray", kata seorang budak.


Berkali-kali pulak dia sebut tuh. Tapi aku diam jak. Malas mahu mengIYAkan. Sebab aku belum tengok Hooray-Hooray tuh. Dah dua orang yang kata rupa aku sama dengan pelakon Hooray2 (tapi aku x kenal lah pelakon tuh) yang first sekali, kawan baik aku, Rahayu kedua budak-budak yang aku ajar nih. Haha. ada-ada jak la. :) 


"Ustazah, ustazah kerja lah dekat sini bahh", kata budak lelaki yang bertahi lalat di bawah bibir secara tiba-tiba. Hensem! tapi nakal. haha ;p Banyak karenah budak-budak ni aku layan sahaja. HaHa


InsyaAllah! kata aku. Hehehe. Tersengih-sengih kemudian. "Sekejap jak bah di sini nih, tolong-tolong",  harap diorang faham cakap aku tuh. Aku kan penganggur sekaarang nih? duduk rumah sahaja kerja aku. Datang untuk menimba pengalaman dan ikhlas mengajar budak-budak ni. 


"Ustazah, bila kita mahu ambik wuduk?", kata seorang budak perempuan mata sepet kepada aku. 'Ehh endak sabar-sabar pulak budak nih'. "Nanti jak bahhh", kata aku dekat budak-budak kelas aku tuh. Untuk pengetahuan, kelas budak-budak nih dekat dengan paip. Pada firasat aku, diorang excited sangat mahu ambik wudhuk' lepas nampak budak-budak lain ambik wudhuk. Semangatttt gilaaa. Seriously. Aku baru kata "Okk lepas nih kita belajar ambik wudhukkkkk", aku cakap dengan nada excited. Tiba-tiba semua budak lari keluar! Aku pun terkejut! Ingat nak tunjuk demo dulu di kelas, then baru ambik wudhuk betul-betul. Last-last masuk balik lepas kena panggil, aku ajar diorang. then turun ambik wudhuk betul-betul.  Lucu bah kelas yang aku ajar ni. Semangat bukan main. Sekali aku turun pandai pulak ambik wudhuk sendiri. Sukurrrrr2 jak kena air supaya segar diorang kata. =..=. pulak?


tunggu Amali solat. Lagi.




Selepas habis segala pengajaran (aku ajar ikut tentatif program) ada setengah minit lagi sebelum jam 10.00am. diorang kena ambik makanan di bilik guru. Budak-budak tuh minta cerita seram pulak dekat aku. AKu apa lagii ceritalahhhh. Sudah aku ni memang kaki cerita seram,  jadi aku ceritakan lah cerita seram sekolah menengah aku sikit. Khusyuk habisss. Siap sampai bawa kerusi lagi duduk depan aku. Haha. Aku siap tanya budak-budak tuh lagi, "siapa sini yang mahu sekolah di Tun Said?" , banyak pula angkat tangan. "ahhh bagus, nanti kamu masuk sana, belajar agama ok?", sempat aku promote sekolah. hikshiks ^^  *ustazah apa begini,cerita hantu? =..="


Kem Bestari Solat . Amali Solat .Imam -Ichil




Lepas tuh diorang pun kumpul reramai. Buat Amali Solat. Then, balik rumah...




#Harapan aku, walaupun aku cuma Ustazah setengah hari, aku harap apa yang aku sampaikan 'sampai' dekat diorang. :'))) Balik-balik aku pesan, sampai rumah sila praktik.
#pengalaman ni sekali seumur hidup aku. Terasa juga ajar-ajar budak ni, walau aku jadi fasi sahaja. Dulu angan-angan jadi cikgu, tapi tidak kesampaian. Merasa sekali begini pun aku syukur. Bukan senang mengajar nih. Terasa pulak kepayahan jadi pengajar. Terima kasih untuk semua cikgu-cikgu yang di dunia nih. TANPA GURU SIAPALAH KITA. :) kan?
# Apa pun, aku rasakan pengalaman aku ini, antara yang sangat BEST! *kesiukan*
Aku belum layak digelar ustazah dalam dunia realiti T__T









Friday, June 22, 2012

Novel tetap Novel : Rindu Cintaku



bismillah.


haaa setelah entah berapa purnama aku tidak mengupdate blog akhirnya 'berupdate' juga blog aku yang usang ni.  Kawan-kawan pun sudah tegur yang blog aku ni bersarang. Haha (^▽^) . Kalau belog aku nih rumah, confirm nampak sawang labah-labah. #eh.Bab bersarang tuh, aku sokong kamu Dian, sebab blog nih memang lama sangat aku abaikan. hihi


Theme blog nih pun aku da tukar, kepada yang sedar, dulu malar biru kan? sekarang aku sudah berpindah ke warna coklat. Tiba-tiba aku minat coklat/perang.   Nih lah blog aku yang aku berhempas pulas semalam. Ayat macamlah penat sangat, padahal aku cuma tukar header dan background. Background, credit to my dearest friend, Amanda. dah kena tegur oleh dua orang kawan. Jadi aku pun dengan senang hati pergi menukarnya. jadi? WELCOME! \( `.∀´)/


sumber Google

Sejak aku bercuti nih, separuh kerja aku kat rumah ni adalah menghabiskan pembacaan novel yang aku beli. Haa. Parah! banyak lagi yang masih berbalut. Slow-slow macam kura-kura ja aku baca. Dan alhamdulillah, malam semalam jam 10.30pm aku habis baca novel dekat atas nih. Buku kakak aku yang beli.  Rindu Cintaku. Sambungan buku Ombak Rindu yang ke-3.  。◕‿◕。

Kisah Hariz dan Izzah yang akhirnya bersatu juga hingga akhirnya, walau banyak rintangan datang membadai hidup mereka tuh. Hariz lagi yang kena tipu oleh Elin. EEE geram aku sampai menangis. Haha. Ok fine. memang aku kalau baca novel feeling habis.  Cerita di atas memang best. Dan aku sarankan korang bacalah kalau belum baca. Apa yang best dan tidak-sangka-sangka adalah ending cerita nih. 

Hariz sempat talak satu Izzah. Izzah lari ke luar negara. Membawa diri lah tuh. Dia ingat Hariz talakkan dia sebab kisah dia dengan ZulFaris. Sebenarnya bukan, sebab Kelvin (watak yang muncul dari buku pertama) ugut Hariz. Hariz terpaksa. Elin pulak tipu dia. Konon anak dalam kandungan Elin tuh anak dia. Tapi tak jadi kahwin dengan Elin. Sebab Hariz memang tak mahu dan dah tahu tuh anak dia, dan Elin pulak meninggal dunia. 


4 tahun berlalu selepas itu. Izzah balik ke tanah air. Ceewahhhh, review novel konon aku. Aku riview sikit jak ni. Hariz berubah. Well, people changed right? Dari sifatnya yang panas baran, dia dah jadi ok. Perubahan tuh penting, terutama perubahan ke arah yang lebih baik. 
。◕‿◕。Yang aku tabik dengan watak Hariz nih, dia sangat cintakan Izzah. Izzahlah segalanya. Setia.  Hariz pulak dah jadi 'alim'. siap dapat nama 'Tuan Haji' lagi. hihii ^^


Plot dia memang berat. Menyakitkan hati pulak tuh. Kalau anda kaki novel dan berminat, silalah beli.. ngehehe.  Aku malas nak review dah, sebab tuh aku noktahkan ayat aku sampai sini sahaja. ehee kbai! :P 


#Novel tetap novel. Tidak wujud dalam dunia realiti pun. Hanya pembaca yang melakar imaginasi.
#bahh nanti aku rajinkan diri mengupdate. hehe



Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Kelahiran Amanda C:






bismillah.

arhh Kira, suka kau kan buat entry hari kelahiran untuk kawan kau. Yahh aku memang suka. Ok tanya s
endiri then jawab sendiri. 
Ok takmo taip panjang-panjang, Just want to wish you happy befday, Sanah Helwa, selamat hari kelahiran my dear friend Amanda :'D Umur dah panjang, rambut da panjang, ehh ke situ pulak. hihi (◕‿◕)

ish aku ni ndak pandai bah bagi wish berbunga-bunga ayat. hehe. Bagi yang simple mimple sudah. Wishing you success in your life,relationship dengan Atai berpanjangan,kahwin cepat :p ,ceria dan gembira selalu disamping keluarga dan orang-orang yang tersayang. Dan doakan   makkk menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini, aisehh ayat. hihi


 
Ok saja letak gambar, sebab antara gambar makk yg comel  #eh


Tahun ini tidak seperti tahun yang lain, tahun ini aku x dapat bagi kad raya, biar pun kad raya murah. simpan bebaik. (wasiat) ehh ke situ pulak aku :p haha harap-harap kalau dapat degree kalau ada jodoh dapat sama-samalah, kita duduk sebelah meja lagi ok. hihihi :")

#ok selamat malam semua penduduk bumi. 

Sunday, June 10, 2012

Takdir itu Milik Aku : Hampa

bismillah.
takdir itu milik aku
minggu lalu, aku ke Kuala Lumpur. Bercuti bersama keluarga. Minggu lalu juga waktu aku di sana, aku cari novel ni. Tapi aku tidak jumpa. Terus aku rasa hampa yang amat sangat. T_T\

Kalau bukan kerana seorang kawan lama, tidak lah aku jumpa dan tahu novel ini. anyway,aku ingin ucapkan terima kaseh :) hihi ^^  Aku pergi sana pun, memang antara misi aku mahu mencari novel ni. Tapi tidak jumpa pula. ermmm.. nampaknya memang tiada jodoh lah aku dengan buku ni. sedih aku taw.  T____T

sebenarnya-saya-isteri-dia
Then aku jumpa novel ni Sebenarnya Saya Isteri Dia!, boleh lah ganti novel di atas. :’) sedihhh kenapa aku ndak jumpa kau novel??  entah bila dapat jumpa novel hijau tuh. Tolong belikan untuk aku boleh? ok fine,merepek bah.

#tidak apa, jangan putus asa. Nanti aku cuba cari lagi :’)
#mahu betul aku baca novel ini :”(
#kawan aku Myen pulak, mahu betul dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! ni. Nanti kalau aku ke KK, aku inform kau kalau ada novel ini ok?  C:

balik dari sana hari tuh, terus demam. Haha :D melampau kali makan durian. belum sembuh pun. Apapun terima kasih Allah atas Ujian ini :’)
*sebaik2 tempat orang,lagi baik tempat sendiri C: