Klik ok? TQ so much !

Sunday, October 30, 2011

Nama samaran aku Besar. kamu?

assalam. dan selamat malam, tadi waktu berultramen ehh berkomen-komen dengan dengan Dyg Yasmidah *nama fesbuk*  pasal makan, tiba-tiba pulak maw buat 1 entry cikai pasal aku.

Aku suka makan tahu? sebab tuh aku membesar sampai sebesar-besarnya. Mama aku pun marah aku kuat makan. Kontrol makan sikit! kata mama. Jadi aku kontrol makan sikit jak, ndak banyak-banyak. Sot jugak aku. =..='

Kadang-kadang aku salahkan kakak aku. Dialah yang kasi nama aku Besar. Waktu kecik, dia panggil aku adik Besar. Sekarang nama tuh melekat dengan aku. Orang kata, percakapan itu 1 doa. Jadi aku salahkan dia selalu. Kenapa kasi nama aku adik Besar ? aku sedih sikit sebenarnya. Nama aku lawa sudah, Syakirah *perasan*, tapi alih-alih pi Besar. hahaha. Pandai-pandai kasi nama aku macam tuh, cuba kah kasi nama Beyonce, Britney Spears ka. Lee Hyori kah kakak ? hahaha. Tapi, aku tidak boleh salahkan dia. Sebab aku yang kuat makan memang. Ho ho ho.

Kawan-kawan aku memang panggil aku Besar selalu. Bila dorang introduce *speaking plak* aku dekat kawan-kawan dorang, contoh macam nih.

"ini si Besar"

Bila aku tengok, reaksi diorang, macam tidak percaya pulak nama aku macam tuh. terkejut pun ada ! kenapa? tidak pernah dengar nama orang Besar kah ? kechikkk jugak hati aku sikit. sikit jak lah. macam nyamuk gigit tuh. haha.  Terus, si kawan akan kata.. "betul bah nama dia besar, ish kau nih. ndak percaya pulak"  Aku dapat rasa, mungkin kawan diorang rasa si kawan aku olok-olok aku, sebab nama aku Besar dan badan aku gumuk+comel.

Alah bisa tegal biasa. Memang sesuai peribahasa ini dengan aku. Situasi di atas, selalu jugak berlaku. Buat dunno. Haha, dan sekarang. Nama nih memang melekat semelekatnya dekat aku. Semua orang panggil aku besar.  Kalau orang panggil aku Kira, Shark, Syakirah, aku lagi suka sebenarnya. Apatah lagi kalau panggil aku Siti, nostalgia bukan? nama dulu-dulu. sitttiiiiiiiiiiii...tapi aku suka jugaklah nama aku tuh. unik bukan?  

Ohh ada lagi 1 kisah, bila kawan-kawan aku panggil aku Dut-dut, ada jugak kawan aku terkejut ! hahaha ~ Orang yang dengar mesti ingat aku kena panggil macam tuh sebab aku gendut tuh kan ? si Manda lah tuh dia ingat dut-dut tuh gendut kali :p . Dut-dut sebenarnya dari nama patung. Patung kawan aku si Ieka,  :D

hemmm.. itulah serba serbi kisah aku yang cikai nih. Haha, kepada dyg, jangan lah ko maw montel-montel macam aku nih, tahulah comel. *perasan* tapi banyak jugak keburukannya. hahaha :DDDD  hikhikhikkk.*ketawa* dannnn jangan makan tul junk food tuh, makanlah makanan basah. hahah *akhirnya membawa jugak* :p




sebut pasal makanan basah, terus teringat Tom Yam dekat Mayang Sari dekat atas bukit tuh. Hari tuh, aku pergi sana, tutup. Penat aku pandu dengan bersemangatnya. tsskk tskk.. T..T .
Tom Yam ohh Tom Yam. tahukah engkau aku sangat suka makan kau? tsk tsk. T..T









kehilangan handphone cikai

         AHAD                                                    Bahasa Melayu                                               30/10/2011                                                   


Arahan : Ceritakan pengalaman anda kehilangan handphone. Karangan adalah bebas, Melebihi 100000 patah perkataan ,tidak apa!



      Hari ini, kakak saya akan pulang ke Tawau. Kami sekeluarga bercadang untuk menghantar kakak saya ke lapangan terbang. Dipendekkan cerita, sebaik menghantar kakak saya, kami pun pergi ke Segama.

     Setibanya di Segama, mama saya pergi ke Kain Mewah. Saya duduk-duduk menunggu mama saya. Saya malas untuk berlama-lama di situ, jadi saya pun sms lah mama saya mengatakan yang saya akan jalan-jalan di sekitar sini sahaja. *dui*.

   Tiba-tiba, sewaktu saya berjalan, saya ternampak sebuah kedai yang menarik hati saya. Saya pun menjejakkan kaki ke kedai yang menjual tudung-tudung dan eksesori perempuan. Memukau hati!! Lip lap lip lapp. woww. saya pun berjalan lah berpusing-pusing kedai itu. Bismillah Store namanya.
 
  Sewaktu saya tengah memilih barang-barang untuk dibeli, bapa saya menghantar sebuah pesanan ringkas. " Kami parking dekat kfc yang kita ada makan di situ hari tuh" . Saya balas "OK". Sejemput saya balas. Konon mata masih memilih-milih barang. (adoiii) . Kemudian, saya pun pergilah ke kaunter membayar barang yang saya beli.

  Selepas keluar dari kedai, baru saya sedar, handphone cikai saya telah hilang. Saya menebalkan muka memasuki kedai itu semula, bak kata pepatah yang baru saya terpikir sebentar tadi, BIAR TEBAL, ASAL JUMPA.. untuk mencari handphone cikai saya yang saya sayangi di dalam. Saya menebalkan muka saya yang sedia tebal nih dekat pekerja sana. "emmmm.. ada jumpa telepon saya ka?"  mereka pun tidak mengetahui di mana letak handphone cikai saya.

  Saya mencari, dan mencari..hampir 30 minit saya mencari handphone cikai saya di dalam kedai itu. Kedai itu kecil sahaja. Jadi saya mencari di kawasan-kawasan yang saya ada lalui. Kakak cashier pun ada tolong misscalled handphone cikai saya. Tidak diberbunyi. Kan saya dah kata telepon saya cikai, selalu mati lepas sms or kena call.Tidak di jumpai. Lalu mulalah hati menyalahkan diri. Cuai barangkali. Pelbagai soalan mula timbul di benak diri. Apa macam saya boleh tidak ingat 1 hal pun pasal hanphone saya. Lepas saya taip 'ok' dekat bapa saya, saya hilang ingatan seketika. Ingatan tentang saya meletakkan handphone saya di mana, hilang 100%. Mungkin kah di tabak orang? itu 1 kemungkinan besar.

   Kemudian setelah kami penat mencari dan harapan mulai kabur ke atas handphone cikai saya, saya pun mengundur diri. Keluar dari kedai. Khuatir kalau bapa dan mama cari. Khuatir kalau mereka menghubungi saya, operator comel yang menjawab. Kakak kedai pesan, kalau dorang jumpa, dorang akan simpan. Saya pun berharap ia akan di jumpai. Alhamdulillah, nasib bapa memberitahu lokasi mereka sebelum handphone cikai saya hilang. Saya pun mulailah membawa diri, melangkah kan kaki ke arah tempat bapa saya meletakkan kereta.

   Setibanya di sana, saya mulai risau. Mana mereka? Tidak ada pun di dalam kereta? Keringat-keringat jernih mulai membasahi dahi. Risau nampaknya. Saya pun duduk di kaki lima. Umpama pengemis pulak. Apa saya kisah ? asa jumpa dengan keluarga. Lama saya menunggu. Mereka tidak ada. Saya pusing lagi bangunan Segama sekali.Dengan harapan, dapat melihat kelibat keluarga saya. Namun tiada, hampa terasa. Saya menjejakkan kaki kembali ke kereta. Ternampak adik saya melambai-lambai, melompat-lompat umpama , entah umpama apa. hikhik.

   Kamu ada cari saya? Itu soalan pertama yang saya tanya kepada mereka. bapa, abang dan adik. Tiada. Fuhh. penat saya ingat-ingat mereka mencari saya. rupanya tidak. =..=' saya menceritakan kepada bapa, tentang apa yang berlaku. Selepas itu kami pergi membeli telepon baru dan sim baru. Itulah pengalaman saya kehilangan handphone cikai yang saya sayangi.





Ulasan :  karangan budak tingkatan 1 lagi bagus! muahahaha. *sedar diri*


apa pun, mati akal aku pikir amacam bulih hilang woahhh. =..='

sekarang da ada no baru, sama jugak, cuma 4 digit belakangnya 3811. hmnn, no lama aku maw urus jumaat nih. InsyAAllah.


p/s: aku sayang handphone cikai aku. T..T semua contacts ada di dalam tuh. Sepalah tabak yah?




sedihhhh !







Saturday, October 29, 2011

biasa lambat tidur malam dulu, tengok apa ?

aku baru habis tengok The Walking Dead. Anak Rick kena tembak. Baru Shane, kawan Rick pergi ada sekolah tuk ambik bahan-bahan perubatan. Ada lelaki gumuk. aku harap dia selamat. Tapi naluri aku cakap, macam dia tidak selamat pulak. haishhhh. harap-harap selamat lah kan. hmnnnn..*finger crossed*

Dulu waktu aku kecik-kecik, aku dan kakak aku selalu tidur lambat. Kami memang kaki cina waktu tuh, tapi bukan kaki makan babi ok ? no no no ! kaki drama china lew. drama taiwan ka. eh aku pun tidak tahu maw sebut apa. ahaa

Baru ada lagi aku ingat, sebab terlampau tengok benda nih lah, waktu muzik dekat kelas kami, aku nyanyi lagu Cina. wahh! hebat bukan !? haha. hebad taik ayam adalah. haha. nyanyi waktu kelas muzik. kawan aku Azrul, yang suruh. "pigilah nyanyi syakirah. Pigilahh" . cehh. kami memang 1 kepala. Cina memang kami suka, begtu jugak dengan Dimas. kawan aku minat tengok Cina sama-sama. Miss them. Bila ingat-ingat kisah lama. ketawa-ketawa aku sendiri. :DD

okeh, aku just list yang aku ingat jak lah. yang lain, aku lupa, tapi masih ada vision2 sikit di kepala aku.

Pertama
Pertama-tamanya ya ialah My Fair Princess . Huan Chu ge ge, Ming Chu ge ge. haahah :DD
berebut2 aku dan kakak aku ambik watak Huan Chu ge ge. Cerita nih memang best. Pasal, kerajaan diraja China. Dua orang adik beradik angkat. Xiao Yanzhi dan Ziwei. Ziwei nih anak maharaja sebenarnya, mama nya org kebanyakan jak. Time maharaja jumpa dia nih, siap suka dia lagi, konon sebiji muka dia macam orang dia suka dulu. arghhh ! dasar. nampak pempuan cantik, maw di kasi jadi gundik. hmph !




Huan Chu ge ge tuh, yah ampun. perangai macam budak-budak. ndak lah kali. geram aku bila tengok balik. baru2 ih main dekat ntv7. jam 12 kalao x silap. kalo tidak pun jam 1. haha :D apa pun memang gila babi best cerita nih. thumbs up! emm baca sini ! KLIK  lagu dia pun best jugak. sampai sekarang layann :D

Kedua
My Cousin. Pelakonnya pun dua orang di atas nih. aku pun tidak tahu kenapa aku tengok cerita nih. Best. Best apa cerita Cina dulu-dulu? best sangattt! Aku tengok cerita nih lepas, My Fair Princess habis di siarkan. jadi layan jugak. C:



Ketiga
Nih pun aku rasa gila babi best jugak. matilah. Fong Sai Yuk. Sepa pernah tengok ? best kan. cerita lawan2 cina memang best. ada yang aku ingat FongSai Yuk mati, tapi hidup balik pulak, keluar dari kubur dia. omaiiii.  best!



ohh itu ajalah untuk kali nih. mata pun sudah ngantuk. yang lain tuh. ingat tapi lupa. ehh. lupa lah tuh. aha haha

apa pun, pastikan anak-anak anda yang menduduki upsr kah, tahun dua, tahun 3, tahun 4, mendapat tidur yang mencukupi. jangan macam kami. orang tidur, kami masih berjaga. ahaa. kbai. 

assalamualaikum. :]

Friday, October 28, 2011

seciput

hai hai hai ! sekarang dekat KB tengah berlangsung hebad acara Tamu Besar. Tapi Tamu Besar tuh hari Ahad lah. yang sekarang nih sipi-sipi acara sahaja. :)

Saja maw update seciput dekat blog nih. sekurang-kurangnya tidak jugak terabai sangat. :) yaa  kah?? dui.

me wearing glasess. tapi aku x harap aku rabun. ahaa
nih spek pinjam. spek rais juga jadi pujaan hati :P




k lah, x lama lagi main Walking Dead. Cerita zombi. jum tengok ramai2 ?

Wednesday, October 26, 2011

Stacy | Kisah Dongeng


bila aku tengok-tengok mv Kisah Dongeng nih, barulah aku sedar. lagu nih tuk mereka-mereka yang gemuk-obes-kurang-upaya macam aku. uhuk uhuk. sedih la pulak dengar n amati lagu nih. T..T . Nih lah padah terlebih sensetip, terlebih feeling. aigoooo. ok lah kawan-kawan, jum kita layan  sak lagu best nih.

Aku minat lagu nih. lepas kakak aku kenalkan sama aku dulu, waktu masih dalam alam part 4. ehh banyak pulak bercakap. aku just maw kongsi lagu yang aku suka. hikk. aku tahu korang sudah dengar n bosan kot dengan lagu nih. well sharing is loving, sharing is caring and so on. hikk ^..^










Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja




sumber lirik sini http://liriklagu-popular.blogspot.com/2011/06/lirik-kisah-dongeng-stacy.html


bestnya lagu nihhhh.. bercinta? belum masanya. hikkk ^..^

Kisah Blog Tidak Menarik

assalamualaikum !
malam-malam begini pun aku masih jugak maw update entry. Ini bukan malam sudah. ini pagi !
tiada apa yang aku maw cakap, melainkan cerita pasal life aku dalam blog aku nih.

Aku tahu cerita aku, tidaklah semenarik puteri raja punya kisah, tidak semenarik cerita-cerita dalam novel yang bisa dibukukan mencari satu kisah yang menarik
Tapi masihhhh juga hati ini mahu bercerita kisah hidup yang serba-serbi nih.  supaya akan datang nanti bolehlah aku ingat bukan? hikkk . ehhh begitu kah ?






emm bila hitung dengan jari, adalah jugak setahun lebih aku dalam dunia maya nih. Thanks to Madam Aries, sebab dia aku bergiat lebih dalam blogging nih, dan dalam setahun lebih tuh jugaklah aku menceritakan perjalanan hidup aku yang entah apa-apa . merepek, merapu, meluah, mencarut .. ahh semua ada ! hikkk. setahun lebih tuh, plus dengan blog aku yang dulu. yang nama dia CT KIRA. aku da abandoned pun tuh blog. hikk. bye blogg sayang ko. C:

lepas nih aku maw cerita lag banyak-banyak sampai orang muntah dengan kisah aku ! ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ah a aa :DDDD

hikkk, if ada yang muntah, inform aku. boleh kurang-kurangkan aktiviti dalam blog nih. hee ;)

Tuesday, October 25, 2011

pernah pergi servis kereta ?

assalam dan selamat petang semua.
pernah servis kereta ? aku x pernah.
tapi hari nih aku sudah ada pengalaman servis kereta. ^..^



kereta nih la yang aku servis tadi. hikkkk ^..^



Pada mulanya, bila bapa suruh aku pi servis kereta, aku menolak !
Tidak tahu konon. Tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Tidak apalah. Bila lagi maw belajar bukan ?
aku sudah besar! *memang besar pun* ha ha ha :DD jadi perlu untuk aku berdikari.
Jadi aku bulatkan hati, pergi lah servis kereta dekat Taman Jadi tuh. Namanya Lim Trading.

Then ambik kereta bapa aku yang dia park dekat rumah pak cik aku dekat kg. Pangkalan Abai.
Jauh perjalanan aku . Dari Timbang Dayang, ke Pangkalan Abai. Tukar kereta Viva ke Proton. Proton itu perlu di servis.

di sebabkan ini pengalaman pertama aku. aduihhhh . punyalahhhhhhh.
apa macam maw cakap arhh? masuk jak aku pintu pagar Lim Trading tuh, lugai-lugai jap.
Aku dan kereta. Blur-blur lagi. Orang yang pekerja pun blur-blur jugak kot tengok aku yang blur-blur tuh ?
Then, budak yang servis kereta bapa aku nih pun, suhh aku parking dekat ..emm.. aku pun x taw maw panggil apa. Pandai-pandai kasi namalah. nama dia "tempat-bikin-naik-kereta-maw-diservis" hemmm panjang jugak. tak apa bah kan? hik hik hik

Bila aku da kuar dari kereta, yang adik ka kakak, aku pun x taw. maybe adik kot ? dia tanya, maw guna minyak apa ? Minyak?? errr.. kejap arr. Aku pun call bapa aku. Memang aku nih 100% dunno la. Aku tanya bapa aku. Ohh rupanya Petronas Syntium. Aku hantam ja eja tuh. tak tahulah betol ka tidak. hik hik. Lepas tuh dapat free bag pulak. Lagilah aku suka. ^..^ ada beg baruuuu. biar pun tidak bergaya, tapi aku suka jugak. Teheeee   C:

Duduklah aku di tempat yg disediakan. Baca novel pada mulanya. Novel yang aku bawa dari rumah. Lepas tuh, baru aku perasan yang tempat tuh banyak komik ! wow! merambang mata aku. Aku baca komik lah. Novel aku malas baca dah. hi hi hi. Lepas tuh, dorg rekomen tukar
Air Filter.


"Ini kita tukar la moi arr ? berhabuk sudah nanti enjin kereta itu tidak laju" 


haa?? Air Filter ??? dalam hati aku, Air Filter tuh apa ??
 "err.. yahh.. yahhh.. tukar jak ". gagap-gagap pulak aku bercakap.

Air Filter pun aku tak tahu. Korang tahu ? . Lepas aku telefon bapa aku, aku bayar. Total RM127. Takut jugak aku, duit yg bapa aku bagi tak cukup. nasib cukup. baki aku ambik. he he he. berisi jugak poket aku akhirnya. he he he.

Lepas dia bagi resit. aku balik. balik dengan tenang pi rumah.

dalam hati aku ohh. servis kereta begini pulak ? senang pulak. ingatkan susah. ehh yalah memang senang, aku jak cakap susah. ha ha ha ha :DD lepas nih aku pasti pandai da aku pi hantar kereta maw di servis. kamu bagitaw jak bila maw suh aku bawa kereta kamu servis, ha ha ha ha :DDD

k bai.

Monday, October 24, 2011

Geisha | Cinta dan Benci



suasana depan bilik aku. cantik bukan? rindu bilik aku di B1. ada laut. tenang sepanjang masa.
hmnnn


assalamualaikum :D sekarang malas maw tulis apa-apa. just maw share onother fav song. Geisha: Cinta dan Benci. best bukan? dalam masa yang sama dia memang cinta, tapi benci jugak. haha >..< best lagu nih. aku suka  C:  macam cinta bertepuk sebelah tangan pun ada juga. k lah. layan~ 











bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

reff:
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci
sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa



Source: SINI



Sunday, October 23, 2011

Review sikitt | Akhir Sebuah Cinta

tadi petang aku baru habis baca novel Akhir Sebuah Cinta. Best! itu jak aku dapat ungkapkan kala ini. Tengku Khuzairy dan Mimi Atia. Begitu jugak dengan Tengku Ezairy , bos kepada Mimi Atia yang akhirnya berkahwin dengan Raja Ratna, iaitu kazen diorang, padahal dia sangat cintakan Mimi Atia. Ok nevermind lah.

Ok jom lah aku cerita serba sedikit tentang novel yang aku baca nih. Aku gembira sekarang. Sangat-sangat gembira. Semua sebab novel yang aku baca nih lah! aishhhh. hi hi hi. Buku ke-2 aku belum baca, masih tersimpan dalam beg aku yang aku bawak dari UiTM. belum berbuka-buka lagi !

Tajuk Novel , Akhir Sebuah Cinta. At first aku nampak novel nih, terus aku tertarik. Waktu tuh tengah lepak-lepak dengan kawan aku Eza dekat 1B. Jadi masuk Harris. Aku memang suka masuk Harris, lagi-lagi waktu tuh, alhamdulillah.. Allah bagi rezeki. Jadi aku pi lah beli Akhir Sebuah Cinta, da dia kata 'paling laris' jadi aku beli lah kan? C:

Sebelum aku membayar tuh, aku kira-kira lah total buku tuh. RM 50.++ ? arghhhh boleh pokai aku! >.< then teringat dekat cik Myen yang waktu tuh jugak dekat 1B. Terus pinjam member card dia. Jadi save lah duit sikit. Hi hi hi. Adalah jugak bayar dalam Rm 40 lebih macam tuh. Berapa harganya? aku lupa. erkk.

Beginilah. Mimi Atia nih sorang yang bujang. Di permulaan cerita, dia umor 27 tahun. Tinggal sorang-sorang dekat rumah. Tengok berita dekat TV3 yang ada konon pembunuh dikehendaki. Tengku Khuzairy, yang dikehendaki atas tuduhan membunuh Tengku Hufzairey. Ok , part nama Hufzairey tuh, serius aku pun malas nak sebut. Belit belit lidah aku ! Waktu pagi yang gelap-gelap tuh, Mimi Atia terbangun. Dia dengar ada bunyi pinggan pecah.

Praaakkkkkkkkkkk!!

ahh lebih-lebih pulak aku menceritakan. kalah penulis novelnya. hi hi hi. jadi Mimi atia pun pergilah dapur, tengok apa yang berlaku. Sekali tengok-tengok rupanya ada orang masuk rumah dia ! ohh no ! waktu nih aku da dapat tangkap cerita nih, kompom mesti orang yang dikehendaki tuh yang pecah mask rumah dia.

Waktu permulaan cerita, Mimi Atia nih otak lurus sikit. ha ha ha. Dia ingat Tengku Khuzairy yang pecah masuk rumah dia tuh nak rogol dia lah. Padahal nak menumpang tinggal saja! muahahahaha! Gila ehh novel nih. Buat aku terbahak-bahak sorang-sorang atas katil saja. hahahaha :DD

Jadi tinggallah Mimi Atia dan tengku Khuzairy di rumah yang sama. Mimi Atia nih terpaksa, sebab Tengku Khuzairy ancam yang bukan-bukan kat dia. Bunuh dia lah, ugut keluarga dialah. Sepa yang tidak takut kalau jumpa orang yang di tuduh dan dikehendaki polos macam tuh. ? Tengku Khuzairy ( TK ) pun tinggal lah dekat rumah tuh selama dua bulan kalau tidak silap.

Sepanjang TK tinggal dekat rumah tuh, macam-macam yang terjadi. Sampailah masing-masing ada perasaan halus yang timbul dalam hati. aisehhh! ha ha ah. TK nih selalu bawak gaduh dengan Mimi Atia ( MA ). saja bawak gaduh, dia x suka kalau MA tuh diam membisu sahaja.

Pada masa yang sama, MA nih bos dia Tengku Ezairy. abang TK. Abang dia pun ada perasaan jugak dekat Mimi Atia. Tapi mcm aku cerita dekat mukadimmah aku di atas, Ezairy akhirnya kahwin dengan Ratna jugak. C: ee best!

Hemmm.. cerita aku nih x lengkap, sebab aku malas dah maw tulis. FYI, MA ada kena rogol taw. oleh Raja Irwan. Sepupu dorang TK dan TE. sial punya jantan! *aku pulak emosi dengan watak yang tidak wujud  nih* . kalau yah pun nak balas dendam jangan rosakkan perempuan beb! aiiyoooooo =..=

Ehh ada lagi yang aku nak cerita, waktu hari terakhir TK dekat rumah tuh, dia pergi dari rumah yang dia tinggal sementara tuh pun, tanpa ada ucapan selamat tinggal. kalau yah pun, bagilah kata selamat tinggal, bai bai ka. ini tiada. Sebab tuh lah si MA nih rasa terkilan, rindu, dan macam perasaan pula dia rasa waktu laki tuh dah xda dekat rumah . patut dia rasa gembira, bila laki bukan muhrim , dah tinggalkan rumah dia. Tapi, dia pulak rasa kosong. 2 bulan yang dirasakan, sangat bahagia sebenarnya :) Bilik TK pun dia x usik. Saja di biarkan begitu sahaja. Buat tatapan dia.

Apa yang lucu, sepanjang TK tinggal dekat rumah MA, MA nih x taw pun yang TK dan TE nih adik-beradik. maw saja aku terbahak-bahak. hahahahahha. Lepas 7 bulan baru lah dia tahu.

Hemmm.. aku pun rasa setakat ini sajalah yah cerita aku nih yah ? nanti korang bacalah novel tuh sendiri. Best punya. Buku kedua pun ada, tapi aku belum baca. Hehehe :)

Ok bai. masa tidak mengizinkan. kerna aku tiba-tiba lapar. dan lapar itu telah menyebabkan aku ingin meninggalkan blog ini. :DD  daga bukan?

Ohh lagipun , aku maw tingu ZOMBI. MY FEVRET<3

Wali Band | Nenekku Pahlawanku

sumber pakcik Google


Assalam. Layan. Best bukan ? aku suka dengar lagu nih. minat sangat. Tajuk:Nenekku Pahlawanku. kawan2 aku pun suka juga. hari tuh nyanyi-nyanyi lagu nih dekat bilik, 'dia' pun terkajut jugak aku nyanyi lagu nih. sama-sama minat. ada siapa-siapa minat Wali Band? aku pun minat jugak C: layan~ Wali Band memang best. hi hi hi. hu hu hu *sila baca huhuhu mcm dalam lagu tuh* hi hi hi



Jujur aku mengaku
Ku sakit hati padamu
Mengapa kau lukai aku
Mengapa putuskan diriku
Untung ada nenekku
Nenek bilang kepadaku
Bahwa bila gugur satu
Akan tumbuh sepuluh ribu
Reff:
Aku tak menangisimu huhuhu
Ku masih bisa tertawa hahaha
Walau kau telah lukai aku
Nenek bilang kuat-kuat
‘tuk apa menangisimu huhuhu
Lebih baik ku tertawa hahaha
Walau kau pergi jauh dariku
Nenek bilang kuat kuat
Mau tahu rasanya
Sakit hati itu apa
Pernahkah kau disengat lebah
Itu lebih pedih katanya
Oh nenekku pahlawanku
Pantang mundur nasehatiku
Bahwa bila gugur satu
Akan tumbuh sepuluh ribu
Back to Reff:
Jangan kau menangisiku huhuhu
Lebih baik kau tertawa hahaha
Aku tak pergi jauh darimu
Nenekku bilang salah faham
‘tuk apa menangisiku huhuhu
Lebih baik kau tertawa hahaha
Aku tak pergi jauh darimu
Nenekku bilang salah faham
lirik kopi dari google jugak. heee


Walau kau telah lukai aku
Nenek bilang kuat-kuat



:) kuat kuat. >..<


Saturday, October 22, 2011

aku dan novel 1

sekarang tengah tengok Haunted Changi. almaklum, sekarang orang putih seberang sana tengah menyambut Halloween  kan? jadi malar hantu yang main dekat star muvie nih. aku layan jak lah. sebab aku memang suka layan cer hantu. tapi lepas tuh takut. apalah aku nih.. =..=

Ehh lain pulak, lari dari tajuk cita aku nih. Aku actually maw cerita tentang diri aku dan novel 1. dui, ada lagi 1 kan ? haha. saja, koz maybe adalagi ke 2 dan seterusnya. aku x tahu apa maw tulis, so kena manfaatkan jugak blog nih, biar pun berhabuk sudah.  story pasal kehidupan aku yang mungkin ada orang kata menarik (perasan) ada jugak yang akan kata annoying da membosan kan. ^..^

novel. aku memang suka beli novel. time mood membuak-buak lah. kalau pokai. ndak lah. kalau ngam-ngam duit ada, apa salahnya sambar 1 or 2 novel kan ? hikhikhik. aku selalu beli novel di kedai buku, yalah..xkan la di tandas kann?

Satu yang aku maw cerita pasal aku dan novel nih, ialah perasaan aku dengan novel nih. means, bukan aku cinta sama buku novel yg segi empat tuh. bukan, perasaan yang wujud tym baca novel nih.


  1.  kalau sedih, mesti ada rasa sakit-sakit di hati. ehh jiwa. ehh jantung? yang penting bahagian sanalah. sakit. macam di hiris sembilu, terutamanya kalau baca part-part yang sedih gila babs, kompom sakit. =..=    ='). 
  2. kawan aku Rhona pernah cakap, kalau dia yang baca novel, sakit-sakit yang dia rasa (macam aku di no 1 tuh ) bukan keluar di jiwa kah, hatikah, paru-paru kah apa. tapi dia keluar dekat tapak tangan. tapak tangan pulak yang terasa ngilunya. habis aku dengar dia cakap macam tuh. aku terbahak-bahak lah dulu. Sekali tidak lama lepas tuh, aku pulak yang merasa sakit di tempat yang sama. Nehhhhh. Tuhla pasal, orang kata, jangan kamu uluk-uluk orang tuh, nanti kamu pun terjangkit. Tengok aku terjangkit kan ? jadi, jangan kita main menjangkit-jangkit. LOL. :p
hmnnn. bah tuh jak lah kisah aku yang bosan dengan novel nih *sedar diri gak kan, kisah aku nih bosan?* ngahahaha ^..^  

nanti kita bersambung dekat cerita part 2 :)





ohh ini sorang kawan yang minat novel gak. Hasmin aka my room8.
Kalau dekat bilik dulu, dia yang malar RASMi novelku. HAHAHA 3:p




Thursday, October 20, 2011

Novel | Kau Sayangku


jika rindu itu berbunga cinta, airmata itu pula adalah embun di kelopaknya



eh, entah berapa kali sudah aku sebut pasal novel nih. hmnn sebelum nih ada ka? aku pun lupa, aku maw sangat baca novel nih. hmnn. ntah bila la aku jumpa lagi.kalau jumpa, pasti beli.

aku jumpa novel nih waktu aku form 2. masih dalam berjinak-jinak lagi dalam pembacaan novel. masih jelas di pikiran aku, buku nih pada waktu itu kepunyaan kawan kakak aku. ehhhh, kawan kakak aku, kawan aku jugak. ngee. si Siti Aminah. Budak-budak dorm aku duluan baca. aku tym tuh belum ada hati lagi. nehhh sekali sekarang mencari jugak kan? padan muka. jual mahal lagi sama novel. demmmm =..='

masih aku ingat waktu tuh, sampai budak-budak aku kemaruk novel nih, sampai panggil cikgu kami yg ajar KH, cikgu Fathi si Akif Zamani ?? adoiii jauh la bah kan, sampai situ pulak dorang terbawa-bawa watak novel tuh. hahaha. kakak aku kata ada watak dalam novel nih, bersepupu dengan ada lagi 1 novel. ohh novel yg sepup dorang tu pun aku maw baca jugak. >..<

hmnn okeh lah. aku pun sekarang tengah baca novel yang aku beli nih. Akhir sebuah Cinta. tidak rugi aku beli. memang best sangattttttt!!!!!  >..< kbai !

KAU SAYANGKU, SUATU HARI NANTI, KAU PASTI AKAN  KU TEMUI.

cheingggg ! :p

bye dan assalamualaikum C:


SINOPSIS? KLIK SINI 





Flanil Analgesic Cream

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk. Sudah? Flanil Analgesic Cream. Sejenis ubat. Tapi bukan ubat sakit jubur ok, no no no *sambil geleng-geleng kepala tidak setuju*. Tahulah nama dia agak ke arah kuning sikit, sila jangan fikir benda lain.


Inilah Anal. ehh tersasul dengan sengaja pulak. maaflah.  Flanil Analgesic Cream. Aku pinjam ehsan datuk Google.

okeh di sederhana pendekkan cerita, waktu aku ikut KAKS minggu lalu, aku ada lepak-lepak bilik kawan aku Nurul. Menumpang wat kerja lah katakan. Kami ada kerja maw kena wat. Jadi bilik dia lah sarang kami. Hebad bukan ?

Belum aku cerita apa-apa aku dah terasa aura-aura cream nih taw. Okeh, jum aku cerita lagi. Malam tuh aku duduk lah bilik Nurul, aku duduk dekat meja dia. 

"Nurul, ada ubat urut kah? sakit gila leher aku ooo.."
Aku mengadu dekat Nurul. Sambil picit-picit leher aku yang saki itu.

"Tuhh nah dalam bekas tuh.."
kata  Nurul sambil tunjuk bekas di depan aku.

Waktu aku ambik tuh, aku ingat yang Nurul kata ubat ostrich, yang ada gambar burung unta di depan dia tuh. Alih-alih Nurul kata bukan, dia kata yang macam dalam gambar nih, so aku pun ambik lah dengan jiwa yang bersemangat kan. Semangat gila dengan harapan sakit belakang leher aku hilang.

"Terima kasehh Nurul.. ^..^"
cehh, sempat aku berterima kasih. sambil aku memicit ubat keluar, simpan atas jari telunjuk kanan. Amount dia macam aku simpan COLGATE selalu. banyak bebbb !!

Sekali aku simpan, wahhh besttnyaaa. Aku cakap dalam hati. Sekali, lama kelamaan. PUNYA PANASSSSSSSSSSSSSSSSSS LEHEEEEEEEEEEEERRRRRRRRRRRRRRR AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!! OHHHHHH CUA BAYANG KAN LEHER KAMU TERBAKAR!?? GITULAH RASA LEHER AKU WAKTU TUH.! Terus aku melompat-lompat kepanasan, teriak-teriak "panassss!" dalam bilik dorang Nurul dan Shanty. Shanty,Nurul, dan Shal teda..terbahak-bahak sudah atas katil. Lucu. Dorang kasi ketawa aku. Konon mula-mula kata sedaplah ubat tuh simpan di leher, sekali panas gila babi. =..= . nasib ada nurul. Terus dia kipas-kipas lah leher aku. Ceh, sampai keluar air mata aku nangis-nangis ohh. Boleh-boleh si ANALgesic cream nih rupanya panas. cehhh. Lama-kelamaan. Sakitnya pun hilang..fuhhhhh.   aku pun semangat gilak jugak bercerita ar ? sampai pakai huruf besar! hebad! C; ahahahaha!

Ohh itulah kisah aku yang tidak seberapa. saja aku tulis sini supaya aku ingat. apa pun peringatan untuk diri, semua yang ada di dunia ini sementara, yang pasti akhirat sana. Begitulah jugak blog ini, tidak akan kekal selama-lamanya. C:

kawan aku dan mama aku kata, emm kalau sakit belakang leher biasanya darah tinggi. jadi aku ada darah tinggi lah kan? hmnnnnn.

ok jumpa lagi. C:

p/s: kepada Cik Myen, bila nak update gambar? saya tunggu lorhhh. hehehe :p








Wednesday, October 19, 2011

Kursus Asas Keusahawanan Siswazah Uitm Sabah 2011



Assalamualaikumwarhmatullah C; hi there. I just wanna share some pictures from the KAKS that  I've joined last week. C: 
KAKS. Okeh, lepas aku join kursus yang lain macam seja bunyi dia nih, baru lah aku sedar. Buat bisnes bukan benda yang mudah. Bukan semudah makan kacang. Bila aku join benda nih,  barulah aku sedar, macam-macam kena buat. 

"Ohhh begitu caranya tuk wat bisnes ?"

Monolog jiwaku. dui ! monolog kunun. :p 

Dari hari pertama sampailah hari last, dalam hati aku tidak sabar-sabar maw pulang rumah. Bukan apa, sebab aku pikir tuh MUET. ehh 1 hal. waktu 1st join KAKS nih kena bagitahu yang kursus nih sampai 15 Oktober 2011. Alih-alih bila aku pergi mendaftar dekat Gym hari tuh, aku tengok jadual sampai 16 Oktober 2011, means hari Ahad ! hancur berderai impian aku yang menggunung tinggi tuk praktis speaking MUET di rumah .

Aku dapat group 4. 1 group ngan Nurul, Shanty,Saburah dan Shal. Tema OVOP. One Village One Product. jadi kami pun kerah lah utak maw product pa. *aku malas cerita pasal produk kami hahaha* :p

Kena buat RP (Rancangan Perniagaan). Nurul as General Manager, Shal - Marketing Manager, Me - Operational Manager, Saburah- Administrative Manager, and Shanty as the Financial Manager. Aku pilih konon Operational manager. Konon aku ingat senang. Rupanya karau jugak ya ? kena pikir kos-kos yg terlibat untuk buat produk kau. Nombor-nombor, seriusly aku tidak suka. Pening kepala aku . Last-last, aku wat jugak Marketing Manager punya part - reka poster dan packaging. =..=  aku lagi suka macam tuh. ngee. :p



Me and Shanty. Aku duduk sebelah dia waktu KAKS nih.
Kami comel bukan!? (sila muntah cepat-cepat)


aku lupa ini hari yg keberapa sebenarnya. Hahaha. :p emm aku rasa nih, hari rabu . Xda sukan. Sukanya aku xda sukan. Yippie!


Okeh, ini hari ke2, iaitu hari selasa. Hari nih ada sukan. aku malas ikut sukan. okeh. boleh lah korang cop aku 'pemalas sukan' kbai.



dunno hari keberapa. aku jadi gila-gila pelupa lepas adik aku sikat rambut aku.Tiba2 rasa mcm a moment to remember plak. Nauzubillah. x maw aku hilang ingatan. =..=

*picture deleted*

day 3 or day 4? aku pun lupa sebenarnya. Aku suka tgok rupa manda dan eza sini. ohh sungguh comel. C:
Waktu nih kelas Madam Mydah. Dia ajar pasal Operational. Madam Mydah ada ajar kelaskami sem nih. Hopefully, markah aku ok ok sija bah. Ngehehehe. main puzzle Angry Birds. Group kami duluan siap. Hambek. kami kalau part-part main main macam nih, numbul 1 geng. hahaha. kalau aktiviti lain, ujung-ujung pulak. ;p


Ok bai. dats all the picture that I have. Waktu suka rekriasi yg kedua saja aku enjoy tul ke3 malas sudah. pikiran melayang ke rumah sudah. ok bai. assalamualaikum. kum apa?

Tuesday, October 18, 2011

The Walking Dead Season 2 | Can't wait!

assalamualaikum dan selamat malam. C:

The Walking Dead Season 2, is right on the corner ! okeh. Dalam blog lama aku pernah cerita yang kunun aku nampak zombi. sebenarnya nih lah yg aku tengok tuh. sampai ke pagi yang bermatahari aku tidak tidur melayan cerita nih. zombi-zombi aku memang suka tengok. Breathtaking habes ! Nebes-nebes, macam aku la pulak yang melakon kan watak dalam zombi tuh.



okeh gambar aku tabak dari pakcik google sahaja. Ngee. ^..^  Okeh, aku just maw cakap yang aku tidak sabar. Kbai.




assalamualaikum

UiTM dan Laut

assalam. tengah-tengah malam aku update lg. C: aku cuma maw post gambar. Gambar benda yg aku suka sangat. Benda yg memenangkan jiwa. Ceh. Petang-petang aku n room8 aku selalu duduk-duduk depan meja. tengok pemandangan alam ciptaan Allah yg maha Besar nih. Subhanallah. Sungguh cantik. Ini sekadar gambar sahaja. Uitm Sabah dan Laut, memang x dapat di pisahkan.
Syukur betul aku dapat bilik depan laut. Ndak kah tiap-tiap hari aku tgok laut tuh? ngee. best!
Tym kaks nih pun aku dapat depan laut juga, wahh best lagi.
Waktu senja-senja paling cantik. Aku kadang-kadang, kalau bgun dari tidur petang pasti terus pi tgok laut, dan kalau waktu tuh ngam-ngam ada kamera di tangan, kompom. SNAP SNAP!! ^^


oklah, banyak aku membebel, padahal tujuan aku untuk tunjuk laut depan uitm yg aku sayang nih. C: . layan. C:

pemandangan di waktu senja. owhh sungguh mendamaikan! C;

pemandangan di waktu senja jugak. owhh sungguh mendamaikan II !

Sungguh Mendamaikan III ! . ngeee. nih aku ambik waktu aku ikut KAKS. sinaran lampu-lampu neon, menerangi pelabuhan Sepanggar yang di malam hari tidak tidur-tidur. C: sama macam aku pulak port Sepanggar tuh. ahaaa ^^


k bai. nanti share gambar lg biar pun cuma aku sorg-sorg ja baca n wat entry nih. C:



Sunday, October 16, 2011

Lagu | Memories Witch Yoo Hee OST


Witch Yoo Hee OST. Memories. Kim Yoo Kyung. Suka lagu nih . Layannn~



"I can't erase it, I can't forget it" aisehhhmenn..hahahaha.


ok bai.

assalamualaikum



Saturday, October 15, 2011

Novel | Akhir Sebuah Cinta



cehh, lama aku tidak update blog . Hari nih adalah hari ke entah berapa (malas kira) aku ikut kaks. Kursus Asas Keusahawanan Siswazah. Penat ,geram, blur. semua perasaan ada bah. =..= C:

 last day, before KAKS, sempat aku pergi 1borneo, actually, tujuan utama pi KAMDAR. entah lepas tuh aki gu melencong ke Harris  hihihi C: . Tabakk 1 buku dulu sebenarnya, then aku nampak novel nih. Siti Nur Dhuha. masih aku ingat yang aku pernah gi beli 1 buku novel dia ni. CINTA UNTUK MU. cehh memang best, gila-gila nangis aku waktu baca novel nih waktu part 2 dulu. Y..Y buku yang nih aku harap best jugaklah. Waktu aku beli, sekali nampak ada sambungan buku ke2, tabakk jugakkkkk.. ngeee :p

then aku jumpa buku baru, kita mesti tabakkk..hurayyy! kyahaha. Tapi aku belum baca buku nih lagilah. aku kuarantin dulu dekat bilik. busy sungguh KAKS nih. baju pun aku belum cuci. memang melanggar tabiat aku lah. T..T C: 





kalau nak baca sinopsis. datanglah ke blog SITINURDHUHA.


kbai.  C: happy reading. dekat rumah pun ada 1 buku aku lom baca. aduiina.





Thursday, October 6, 2011

Count On Me


Friendship Quotes from dolliecrave.com


                                              Friendship Quotes from dolliecrave.com



cehh. benda atas nih aku tabak dekat dolliecrave.com.ngee




Friends. Everyone have their friends right ? . Photobucket so, I dedicate this song to all my beloved friends ever. my family,Rhona,Manda,Eza,Myen,Piah,Ajie,Tika,Ildah,Wanda,Sheeda,Rahayu, Ayu B, Pining,Nurul,Saburah,Edut,Memang,Eiya,Izzati,Bibi,Yanti,Tasya bm1125A2 & A1,budak dorm aku dulu rakan-rakan se-batch, yang mengenali diri ini and also for everyone who like this super duper lovely song  C:
                                          
                                                 I'll Never Let Go, Never Say Good Bye 


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari  C:  ur friend is precious. Love and APPRECIATE them (^..^) Y love uee Photobucket *sambil bajet buat muka comel. pergghhh! =..="




pssst : kawan senang dicari, musuh jangan susah-susah maw cari. hahaha. kadang-kadang vise-versa, ur friends can be ur enemy ^..^ sekian. kbai. Photobucket what is important in friendship ? it's TRUST  C: