Klik ok? TQ so much !

Monday, August 15, 2011

Novel | Segalanya Untukmu, selesai jugak!

Alhamdulillah, akhirnya aku da habis baca pun novel Segalanya Untukmu. Karya Aleya Aneesa. Karya beliau ni memang best, aku lagi suka baca karya Aleya Aneesa dari Anis Ayuni. Aku suka cara dia menyampaikan cerita pada pembaca.




Setelah lama aku tidak ada mood untuk meng-update, akhirnya akhirnya mood aku yang macam Chipsmore tuh ( kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada ) =) muncul jugak akhirnya, yeahh! ^^

Kiranya baru 1  novel karya Aleya Aneesa yang aku pi hentam beli, Segalanya Untukmu, yang lain aku pinjam kawan sahaja. kekeke dan semuanya memang menetapi jiwa aku. cehh ! kekeke ;D nanti akan datang aku beli lagi! kekeke ^^ banyak dalam list aku untuk di beli karya Aleya Aneesa ni ^_______________^

Sinopsis belakang buku Segalanya Untukmu

Jgnkan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali? 



Itulah Jehanna, gadis yang mengalami waktu kecil yang perit, uminya meninggal di pangkuannya sendiri, tika  ingin menghalangnya dari di humban ke tanah oleh bapa kandungnya sendiri, Basir. Uminya pulak pesan sebelum menghembuskan nafas terakhir, suruh Jehanna tidak bagitaw orang yang konon mamanya jatuh tangga jak. hmmnn. Begitulah dia, membesar di rumah anak yatim. Di pulau dan seperti tidak di sukai adik beradik sendiri waktu di rumah anak yatim, Nina Aina dan Haled Halmy.

Bagi aku, Jehanna memang tabah, gila-gila tabah lah dia. Aku harap aku punya hati seperti Jehanna. Baru, watak Jehanna memang boleh kita baca, memang macam anti-lelaki. Dia memang benci lelaki yang tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami yang baik. Lelaki yang merendah-rendahkan kaum wanita.

sampailah suatu hari dia terjumpa dengan Fahem Ammar. Mulanya dia memang tidak suka Fahem. Tapi lama-lama suka lah.. ahhhhhhh begitulah kalau novel kan? haha :DD

Haled Halmy kawan Fahem. Mulanya lucu jugak si Fahem, apa hubungan Haled Halmy dan Jehanna? Rupanya adik beradik. =.= . Haled Halmy ada masalah sendiri, isteri dia si Erdina, malr maw minta beli set barang kemas yang harga ribuan ringgit! Jadi dia terikat pada mulanya bila Fahem Ammar, menawarkan duit , tapi dengan pulangan dia mesti mendapatkan Jehanna. Haled halmy tahu, sukar untuk Fahem dapatkan Jehanna, sebab hati dia memang keras macam tanah liat batu .Akhirnya Fahem mendapatkan Jehanna dengan caranya sendiri. Dia pi pikat la weehhh! jangan pikir lain-lain plak ^^ =p wueeekkk =D

hmnnn, nanti korang bacalah OK? ( malas sudah konon aku mengexplen) best jugak biar pun agak menggeramkan jiwa sikit. Haha :D
pada kawan-kawan yang minat novel tuh.. jumlah baca/beli. ^_______^


p/s: actually aku habis baca kemarin, waktu aku di rumah. kekeke =)))



hmnn..tiba-tiba hati aku rasa lain macam hari ni..maw menangis pulak aku buat entry ni. Apa kes??!

hangaaattttttt

^____________________^






7 orang komen sini:

Unknown said...

wahh mcm best..
pinjam bole? ngeh..ngeh..ngeh..

aku lama suda x layan novel ni,malar wyg korea jak.. hihihi..

Unknown said...

Aku ingat lembu ja yg ada tanduk..rupa2nya..http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/aku-ingat-lembu-ja-yg-ada-tanduk.html

다(da)양(yang) said...

uish.. kaki novel betul c Kira ni.. hehehe

Woofer Storm said...

lama tak baca novel ni..hehee pinjam leh>>

cuba cari novel siti rosmizah ,tajuk dia 7 hari mencintaiku..dah pena baca ka?? best betul ni..heheee

Kira Kekuri said...

@Anne Nurain boleh bah, kalau trjumpa lah.ngehheee aku korea pun jarang. skrg layan anime. one piece~heheh

Kira Kekuri said...

@dayang bole lah dayang.kekekeke ^^ tapi aq mmg suka lah baca novel.ngeheh

Kira Kekuri said...

@Woofer Storm aku ada nampak novel tuh. gila babi tebal dia kan? hari tuh aku maw beli, tapi aku berfikir dalam hati " bila lah maw habis aku baca ni??" jadi aku x jadi beli.kekeke nnti aku try beli.hee