Klik ok? TQ so much !

Friday, August 19, 2011

Siapa yang layak wang agihan zakat?


Selamat Berpuasa.
Teringat waktu gi 1Borneo, ternampak ada meja-meja tuk bayar zakat sana. Terus teringat dalam hati “ Bapa sudah bayar ka arhhh? “ eheheh ^^


Adalah menjadi keWAJIBan umat Islam semua untuk menunaikan zakat. Ianya termasuk dalam rukun Islam jugak.






Hopefully, semua yang berpendapatan, yang berkeluarga, yang mampu and so-on dapat menunaikan zakat yachhh? ^_______^ . Membayar zakat bukan untuk suka-suka, ianya adalah untuk menolong golongan-golongan tertentu.


jum. teruskan membaca ^___^


Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang  erhutang dan (untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah ) sebagai satu ketetapan (yang datangnya ) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah 9:60)

Daripada ayat di atas,dapatlah difahami bahawa golongan yang dapat mendapatkan zakat ialah :
  1. Fakir-Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
  2. Miskin-Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.
  3. Amil Zakat-Orang yang dilantik atau di tauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
  4. Mualaf-mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya)
  5. Al-riqab- Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam
  6. al-Gharimin- Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
  7. Orang yang berjuang di jalan Allah ( fi sabilillah )- Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti yang menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
  8. Ibn sabil – Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja, dengan syarat; ia menggembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak.

#sumber : Solusi ^___^


jum baca lagi Dosa Besar Salah Guna Wang Zakat klik klik
 BACA JANGAN TAK BACA ^___^





2 orang komen sini:

khairul said...

sy rasa sistem pengagihan zakat ada yg tidak kena ..terlalu byk karenah birokrasi.terutama pd mualaf2 yg baru memeluk Islam...kenapa susah sgt nk salurkan bantuan ? maka x hairan lah..bru2 kecoh umat islam p mtk bantuan kt gereja tu...pendapat sy saja...

Honda Black Devil .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/honda-black-devil.html

khairul said...

Proton Saga baru ? .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/new-saga-espire.html