Klik ok? TQ so much !

Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang XD




Assalamualaikum!

Hari cuti yang kiranya ohsemm , bertambah² ohsem terutamanya selepas aku pergi tengok Istanbul Aku Datang . XD

kami tengok dekat One Segamat. Itu jak lah yang mampu.  Demi tengok lakonan Beto Kusyairy aku jejakkan juga kaki aku dekat cinema dia nih. Hari² pun terperuk dalam UiTM, mestilah mau juga keluar kan? herher



#gambar aku pinjam dari Fb Fan page dia.

Tengok tengokk? Betapa comelnya Lisa kan? Aku rasa dia sangat comel. Antara Tomok dan Beto Kusyairy aku lagi minat Beto. Teka apa persamaan mereka ber-3 ni? Tiga² sudah kahwin wey. 

Watak Lisa (Dian) sini, bagi aku seorang yang Happy Go Lucky. Comel² lagi. Datang dari Malaysia ke Istanbul (8000km) untuk jumpa dengan boyfriend dia si Tomok (Azad).  Dia datang dengan harapan, AzadFarouk akan lamar dia nanti. Oh lupa, tambahan pula, Dian ambik kursus bahasa juga dekat Istanbul. Sama U dengan boyfriend dia , Azad  Tapi bf dia ni asyik² busy. =..=

Pada awalnya, Dian ikut tinggal bersama dengan Azaddi apartmentnya bersama si Aizat dan sorang lagi kawannya. Di sebabkan khuatir orang pandang 'tak-manis', Azad suruh Dian cari tempat tinggal yang lain. 

Jumpa rumah yang sesuai, siap menghadap pemandangan laut lagi, happy gila dia. Dian pun berpindah ke rumah baru. Sebenarnya Dian telah di tipu oleh anak jiran tuan rumah tuh. Duit deposit untuk 3 bulan telah di ambil dari Dian. Dian ingat dia sorang jak yang stay rumah tuh.

jengg jenggg jengggg *tiba-tiba*
.
.
.
.
.

Rupa² nya Beto (Harris) pun serumah dengan Dian. Masing² terkejut ! jumpa jumpa dengan tuan rumah, tapi tuan rumah jalan pergi Mesir pulak. Nasib lah Dian. Dia stay juga dekat rumah tuh for a couple weeks. Dalam masa tuh macam² yang berlaku. Dian makan Maggi ASAM LAKSA Harris lah. HAHA . Okeh part itu lucu. Curi² masuk bilik Harris lah. Then diorang gaduh. Dian minta maaf. Dian ganti megi asam laksa si Harris yang kononnya hanya-terdapat-di-Malaysia tuh. Sekali masuk rumah, ada kucing. Harris tahu kelemahan Dian yang 1 ni. Dian tidak suka kucing. Hihihi.  Dengan harapan Dian blahh dari rumah tuh. Lepas adegan teriak-teriak-takut-dekat-kucing Dian keluar. Baru Harris sedar kotak atas meja yang Dian bawa untuk dia, sebagai tanda minta maaf.  Bersalah lah tuh Harris. herher 

Di pendekkan cerita, *nanti kamu tengok lah sendiri bah untuk selanjutnya*  si Azad ni salah faham. Dia ingat Dian main kayu 3. Dian pun 1, dia rahsiakan yang housemate dia lelaki. Dia kata dekat Azad, housemate dia perempuan Arab yang strict, yang mana lelaki pun tidak boleh masuk. kononlah, kata si Dian. Waktu Azad pergi rumah Dian, dia nampak si Omar. Tengah pakai baju. Sebenarnya dia dari jadi si Azad punya model untuk lukisan illustrasi.  Azad salah faham. Dia marah Dian. Dian kejar tapi tidak terkejar. :( Tuan rumah pulak datang tiba². Settlekan masalah pasal rumah tuh. Kunci di ambil dari Dian. Siapa sangka sebenarnya keadaan itu telah mengeruhkan lagi keadaan Dian?  


 Dalam movie ni, aku tak suka sebenarnya watak Tomok, walaupun mungkin sweet² lah di awal². =..= Tapi sweet kah tuh? Yang dekat restoren tuh aku geli. kahkahh. Ohh iklan jap. ;p 

 Melihat keadaan Dian yang sebenarnya tak bersalah tuh, Harris sanggup jumpa Azad untuk menjernihkan keadaan. Tapi kedatangannya mereka ke apartmen Azad mengeruhkan lagi keadaan. Tomok maki² Dian, kononnya perempuan jalang lah. Harris cuba bawa berbincang dan menceritakan hal sebenar. Tapi Azad tak mau dengar, tambah maki lagi. Berlaku lah adegan tumbuk menumbuk. =..= and then datang pulak awek Azad! =..= Azad pasang dua sebenarnya. Sebab? kesunyian konon. =..= Dian terkejut. Aku yang penonton ni, lagi terkejut! LOL

Jangan Biadap.  -Harris
Dian pulak rancang nak balik Malaysia. Sebelum balik tuh, Harris kata, malam terakhir Dian tuh dia mau bawa Dian jalan² sekitar Istanbul. Rugilah kan kalau tak nikmati masa dan jalan² di Istanbul tuh? Siap naik Vespa lagi. Ohh so sweet :')  Siapa sangka kan? perkenalan yang singkat itu boleh membuahkan rasa cinta?  *pleghhhhhh ayat*. Azad ada datang
 lepas diorang jalan² tuh. Lamar Dian. Minta peluang ke dua.  Esok Dian balik Malaysia, Azad pun nak ikut juga. Aku sebagai penonton ini tidak setuju. -..- adakah ini akhirnyaaa? ouhhh tidakkkk *jerit*

Waktu Dian mau masuk teksi tuh, si Harris kejar. Turun laju-laju dari tingkat 4 kalau tak silap aku. Ouhh nasib sempat ! 

saya tak minta peluang ke dua, saya cuma minta bagilah saya peluang pertama   -Harris-

At last, happy ending. Macam yang aku harapkan. Dian dan Harris. ♥


# cerita ini mengajar kita tentang kepercayaan, kejujuran. dan juga, jangan bagi peluang kedua kepada mereka yang melukakan hati kita :p haha! 
# aku suka Beto, tapi dia da kahwin. Kbai.
# Aku tau aku pen-spoiler cerita. :P

Previous entry pasal Kashaf Imani . Beto juga lerhhh. Kalau sudi, baca lerhhh 



7 orang komen sini:

kucing hitam said...

hehe..cerita ni memang best..! tak sia2 tengok.berbaloi..=D

نورعيم said...

tgk wayang tak ajak saya dah T_T

Anonymous said...

waalaikumussalam kak..hehe
ala..nmpk cm bese2 je jln citeny.tp mesti best sbb ad beto.sy pun dh terminat ngn beto nie.hee.
perghh! kashaf imani..mmg terbaiklh!Beto gak ^^

Unknown said...

memang pen'spoil' cerita tp buat org x sabar jugak mo tengok cerita tu.. haha..
aku mula minat beto lepas tengok aku, dia & tong sampah.. hehehe..

chEntA said...

yes..beto sgt sweet..even die tak ensem dan dah khwin..tapi, die mmg ohsemm..!

SheeLittleSunshine said...

fuyooooo..
nama aku tu wehhh.. hahaa
aku belum tgk, entah bila dpt tgk.
sad sad.


btw, beto tu dulu budak aswara dan dia ialah stunt-man tetiba bawa watak romeo romeo.. ohhmayyyygoshhhh!

hahaa..
kira, sama laa..
aku pun pon spoiler juga hahahaa

Unknown said...

lama xdtg blog kira kekuri..
haahahaha..
istanbul sgt best..
suka gler trademark beto..
JANGAN BIADAP!!!

MAGGIE ASAM LAKSA HANYA ADA KAT MALAYSIA JERK!!!!

Klu Lisa plak, bila dia habis taip blog..

X0X0D PUBLISH!!!!

huhuuh :)