Klik ok? TQ so much !

Friday, September 30, 2011

# macam di KK aramai

assalamualaikum . :) lama x update blog. xda mood. tapi mood ada pulak kalau maw tulis dekat Tumblr. goshhhh!

update entry nih pun just maw share lagu yang aku suka dengar. jommmmmmm ! cekitauddd ^..^

                         

sia suka lagu nihh. siukkk giaa! hahaha :DD

jum nyanyi bersama :-)

Macam di KK

Terjaga dari lena rasa bosan pun melanda
Ku pikir-pikir mau pigi mana tak kan perap saja
Lalu ku cuba telipon satu kawan
Mana tampat paling siok
asal jangan bikin mengantuk
Si kawan bilang bagus pigi seberang
Kota raya indah malam pun macam siang
Tapi sia ingat,disini lagi dekat
sepanjang malam lampu terang
lagi dekat kalau mau pulang
ulang 2x
Sia bilang mcm di kk
Ada di kk
semuanya macam di kk aramai
semuanya ada di sini
Si kawan bilang di sana lagi canggih
Bangunan tinggi² dan ramai orang putih
Tapi sia ingat disini lagi dekat
Cantik baitu kinabalu satu dunia pun tahu
ulang 2x
Sia bilang mcm di kk
Ada di kk
semuanya macam di kk aramai
semuanya ada di sini
Dan bila terasa rindu
Kau dan ku pigi Tanjung Aru
Duduk berjam-jam atas batu
melihat senja berlabuh..ohh…
ulang 6x
Sia bilang mcm di kk
Ada di kk
Semuanya macam di kk aramai
semuanya ada di sini.. :)

best kan? kalau aku besttt :D

pssttt: actually lagu nih dah lama, cuma aku jak kebaruan orang bilang. hahaha *malar kebaruan aku nih* =..= 
jom nyanyi ramai-ramai, x kira lah orang Sabah ka Sarawak ka, Semenanjung ka.. jomm ! aramaiiitiiii ! 
^_________________________^
lagu nih best nyanyi-nyanyi waktu stress. siukkk.


Friday, September 23, 2011

I'm a SABAHAN






gambar gunung Kinabalu!
sumber Google. Apa pun, ak tahu tempat nih.
nampak sekolah tuh? Tuh sekolah my mum yg comel mengajar.
Aku rasa, paling cantik gambar Gunung Kinabalu dari Sembirai dan Taun gusi (?)
LOL










I'm a SABAHAN, don't change my status !
just copy this post
u r Sabahan when;

-u say 'saaaaaaaaanaa' just to show how far that place is
-u pout your lips, and turn to the direction to show where things r
-u answer 'ah?' when people call your name
-the word 'bah' can be used in almost all the situations..
-u refer your dad as 'boss' or 'beliau'
-u were asked 'r u Indonesians?' by some outsiders when they heard u speak
-u know what pindik2 tagap means.
-u like to sing (^..^) for sure..
-u can use 'bah' properly.
-if someone ask for help, u reply with "boleh bah kalau kau".
-favourite word "ARAMAI Tiiii"




hai. dapat status nih aku kutip dari sorang kawan dekat facebook. aku nampak. aku like. aku suka. Selalunya kalau aku jumpa ayat yang cambest, aku share dekat Tumblr aku *sekarang aku selalu post dekat Tumblr aku dari Blogspot,cehh* well banyak jugak betul kata dia nih.

  1. Mostly Sabahan, kalau orang tanya lokasi sesuatu tempat, x kira lah mana.. contoh kalau lokasi tuh dekat, 'sanaa' kalau kena sebut pendek sikit. kalau jauh tuh tempat, kena cakap dengan nada yang panjang. Contoh, "saaaaaaaaanaaaaa Ranau" . *Ranau jauh ok dari kota belud. hikhik ^..^
  2. nih tentang aku lah. kalau aku da malas maw cakap tempat sesuatu benda tuh, kompom aku guna mulut jak. hari tuh, boleh-boleh kawan aku tanya suatu benda lah.. baru aku guna mulut aku jak. kasi muncung mulut sambil tunjuk arah tuh. punya pemalas aku! demmm.
  3. bila orang panggil aku, kadang-kadang aku sebut 'ah?' contoh "ah? aku ka ko panggil?" tapi x la kena sebut dengan ayat yang kurang ajar pulang. lembut-lembut pun asi bah. kn? :b
  4. Orang Sabah memang sinonim dengan perkataan 'bah' . kn? kadang-kadang aku terfikir juga, kenapa kebanyakan guna "bah"? adakah sebab nama  ujung Sabah kah kami orang Sabah selalu guna ayat 'bah' x kira la d mana-mana penggunaan ayat.? haa. aku pun masih konpius. awal ayat-tengah-tengah ayat- akhir ayat..semua boleh pakai. hikhikkk ko ada? :p contoh ayat;
    1. Pi mana bah kau? - kau pi sana bah kan? - bah sini bah kau kalau ko rajin - tolong bah angkat kain tuh - bahh,palap ko kam. ;p
  5. "u refer your dad as 'boss' or 'beliau' " ohhh yahh. ada yang panggil boss, ada jugak yang panggil beliau. Aku pandai jugak gelar bapa aku boss, tapi tidak beliau :p
  6. Indonesia? ohh no! cara kami berkata tidak sama donk! aiyaaa! ops! maaf, ter-indonesi aku berkata. sedia maklum, bahasa Malaysia n bahasa Indonesia mana sama? siapa kata sama? kalau sama pun sikit jak kn? Ohh adakah orang Sabah guna bahasa BAKU? ohh memang baku. aku tengok filem P.Ramlee dulu pun baku juga. kalau x percaya sila tengok balik cerita P. Ramlee. Kalau malas tengok cerita Bujang Lapok, Labu-Labi pun boleh layan. Apa bahasa baku? boleh KLIK sini. orang selalu kata bahasa kami buruk. bahasa jugak kn? siap kata orang Sabah tinggal di pokok. jawapan aku = Ohh itu orang yang tidak pernah pigi Sabah.
  7. Pindik pindik tagap? hahaha :DDD
  8. nyanyi? ohh bolehlah. Apa pun aku minat stacy!! :DD
  9. 'okeh bah kalau kau' hmnn ayat nih memang femes di Sabah. *mula mengantuk waktu menaip ayat ini*
Hmnnn.. apa lagi yang aku maw cakap pasal Sabah ar? Ohh Sabah cantik bah banyak tempat-tempat menari..banyak hutan ( ? ). Ngeee :D
For Sabahan, be proud to be one of the Sabahan. :)






pssttt: Inginkan pendapatan lebih dengan hanya bermodalkan rm100? Klik sini ^..^Y




Tuesday, September 20, 2011

i.doodle project



tehee. assalamualaikumwarahmatullah. kali ni, ringan tulang plak saya join project Cik Mel Amelina nih. =) tadi waktu blogwalking baru ternampak entry nih. hee. seperti yang kita tahu, cik Mel punya doodle semua memang comel!! saua sangat suka tengok~  :-D * jangan lupa terjah blog Cik Mel yang kawan-kawan  \(^..^)/ klik










syarat-syarat penyertaannya
-
Lukis doodle guna pen (simple drawing ) dan scan atau snap guna handphone, tak payah edit atau warna, macam lukisan kat atas ..ikut kreativiti masing-masing tapi lukisan yang simple saja ok..





err nih lah lukisan doodle saya yang tidak seberapa. di buat pun waktu lepas habis masak makanan tengahari tadi. . harap Cik Mel dapat lukis kiut-miut dan  warna ikut style doodle cik mel ..  ^..^Y  jom ramai-ramai menjayakan projek i.doodle cik mel ^..^Y 15 doodle terawal akan di pilih. :D jum kawan-kawan selagi mampu :D


Selamat Maju Jaya cik Mel :D :D


p/s: Manda, hari tuh saya nampak doodle ko, jangan malu-malu ging. Jum join! eehehehe :p Nanti kita makan tutti Frutti ok?






Monday, September 19, 2011

Exam is coming ^..^Y




INS200 (26/9/2011) 9.00 am - 12.00 pm
FIN320 (28/9/2011) 9.00 am - 12.00 pm
MGT300 (7/10/2011)  8.30 am - 11.30 am
FIN323 (9/10/2011) 2.15 pm - 5.15 pm




Hye there! looks like my exam is just right around the corner. Ohh LAMA lagi. minggu depan. Ehhh ! tak lama lagi!! gila lah aku kalau kata LAMA lagi. hiuuhiuuuu :S 

Persiapan exam? emmm bolehlah suam-suam belum mendidih lagi. Ingat aku maw balik pagi ni pi UiTM, alih² waktu aku bukak 'muka buku', nampak status kawan-kawan yg ostel xda air. huhh? terkejut aku. Ketiadaan air dekat ostel membuatkan perasaan aku untuk study sampai mendidih²dan perasaan balik ostel terbantut . =..=

Kalau sumber elektrik tidak ada, diri+akal+jiwa aku boleh terima lagi. Tapi kalau sumber air xda? serius, orang yang xda sawan babi mungkin boleh keluar sawan aku rasa kalau lama-lama dekat ostel yang xda air tuh, lebih-lebih lagi kalau aku lah sana...palis² .Jadi hari ni aku pi gak UiTM , tapi cuma untuk ambik buku (untuk study dekat rumah) *kononlah kalau study. Harap² aku dapat study. Aminnnn :) almaklumlah, rumah nih banyak gila cubaan kalau aku. TV-KATIL-MOVIE-MAKANAN-MINUMAN-PS2-BERAK  eiii banyak! Godaan nih semua xda dekat ostel. Tuh sebab mood belajar aku kalau dekat ostel = ON.

nanti tengahari pun aku kena jumpa Ajie, ambik buku MUET dia, aku pinjam kan geng? ehhee. sekarang dia study dekat UMS. Ohh dekat jak kita Ajie. Boleh roger² dekat aku kalau maw kuar 1borneo.


kucing pun mcam aku jugak comel! ehh salah! maw exam jugak!
sebab tuh dia maw study hehehe :p
 *sumber Tumblr



3.15 am. aarghhh! aku kena tidur, takut esok x terbangun pulak =..=' 


bubaiiiii ^..^Y


p/s: doakan aku dapat study lah d rumah nih. ehehehe ^..^Y


Tuesday, September 13, 2011

# In Memories






lamanya dah benda nih. aku masih simpan tuk kenangan-kenangan. aiseh.
Hasil doodle-ing aku dan Rhona ^..^

#In memories






#jangan pernah













manusia juga punya sekeping hati
hargai.




Monday, September 12, 2011

Selamat Hari Jadi Kakak! 12/9


Seng il chook ha hamni da~
Seng il chook ha hamni da~!
Sarang ha nuen Kakak shi!
Seng il chook ha hamni da!!!

woooo woooo wooo woowww wooowwww!! *sound orang kesiokan tepuk tangan lepas nyanyi lagu befday dalam bahasa korea tue. hebad tue ~..~ *perasan.

oh anyway. Izinkan aku nyanyi dalam bahasa ibunda pulak.

Selamat hari jadi!
 selamat hari jadi!
 selamat hari jadi kakakkkkkk!!~
 Selamat hari jadii~ ehehehhe.

ohh tinggal kenangan. *konon*
kalau dulu mama bapa kasi beli dua kek
sebab kalau 1 jak ada yang berebut-rebut
tiup lilin and x puas hati.
wakakakakak!
biar pun sekarang ok lagi dari dulu,
tapi sekarang ko xda kek ohhh =p



Dear Kakak,

Dengan ini aku mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk Kakak, semoga panjang jubur umur, di murahkan rezeki kita  ( wish diri sendiri nampak? ) , ceria selalu, belajar betul-betul dan jangan nakal-nakal. wueeeekkkk! =p

Apapun aku lupalah pasal befday ko ni. Ehhh wait! bukan lupa sebab pelupa Ok? aku ingat bahh. Gila la kalau aku lupa. Ehee. Ko befday 12/9 aku 9/12. Terbalik jak date kita. Ehee. Aku lupa tengok tarikh bah. Entah aku ni, nauzubillah ada Alzaimer pelupa tul aku kebelakangan ni.

Tadi kami mandi-mandi sungai Tambulion Okei!? *jakun Almaklumlah rumah kita mengalami masalah air yang entah sudah berapa lama tuh-sejak sebelum hari raya lagi. Bangas-bangas sudah. Nasib baik pemandangan sungai itu cantik. Tapi cetek. Berenang? perghhhhh =..= ndak bulih. Apa pun tadi ada air sudah. Maw mandi-mandi sungai dulu kali, baru ada air kena tarik masuk tangki.


Sungai dia berbatu-batu. Puas kami main batu seremban. Konon lah. Bakar-bakar ikan, makan terung bakar..wahhh sedap! ^..^ biar pun tempat nih tidak setanding ngan funfair ko tuh, tapi aku rasa sini pun best bah jg. ngee.

Ehh apalah aku cakap ni? Ok, nampaknya aku kena akhiri surat x rasmi aku ni. Esok kena bangun awal terbang gi Bulgaria balik pi UiTM. Daa~ :D

Kami sini rumah doakan ko gumbira selalu ^..^ Y Selamat Hari Jadi!


pssttt: Inginkan pendapatan lebih dengan hanya bermodalkan rm100? Klik sini ^..^Y

Friday, September 2, 2011

belum sembuh sepenuhnya


Salam! selamat hari raya eidulfitri! sekarang sudah masuk hari raya yang ketiga. Sebenarnya aku xda mood pun maw beraya ke mana-mana atas kondisi aku sekarang nih. My mum said that my skin looks pale, penat, kurang tenaga lagi dalam badan, air pun kurang jugak dalam badan. Mood beraya aku pun ikut terbang jugak sekali.Ada jugak lah 2 3 rumah aku beraya. Tidak mampu aku rasa banyak-bayak rumah.haha

Orang waktu raya banyak makan. Aku banyak minum-minum. Malas maw makan banyak, xda guna jugak. Nanti keluar balik. Merugikan + menderitakan leher aku jak. T___T
Ubat? uhhhh..ubat pun sudah maw habis. Bapa pagi-pagi bawak aku gu klinik. Tapi aku malas. Klinik? salah 1 tempat aku malasss sangaattttttttttt mahu pergi dalam dunia ini. Hospital? lagilah malas. Kalau aku rasa aku betul-betul tenat baru kali aku maw pi tempat tuh.

Baru tuh bantak pulak tips-tips aku dapat dari keluarga dan kawan2 aku waktu aku sakit nih. ihihihi. Kalau aku pi rumah nenek aku. mesti dorang tanya. "ok da kau besar?" .ohh dalam hati aku gembira jugak ada family n friends yang concern akan sakit aku yang sudah masuk 4 hari melanda diri ini. Kalau di rumah, lagilah, gembira ada ibu bapa yang ambik berat jugak.^^

tips 1: minum air limau. Nih makcik aku yg cakap. Mama dorang Aca. Ohh dan aku jugak   dapat dari kawan aku Ajie. Ehehe. Tapi aku tidak ikut. Sebab aku takut kalau aku minum, perut aku tambah-tambah bergelora lagi. Sakittt aku yang merasa. hihihi..

tips 2: minum air dari pucuk jambu batu. ehemmm.. nih aku dapat dari makcik aku jugak dan semestinya jugak dari mama aku. Kalau makcik aku, si mama si Aca nih, dia suruh kunyah-kunyah tuh pucuk jambu batu. Kalau mama aku pulak, suruh aku minum air yang direneh bersama pucuk jambu batu tuh. Punyaaa PAHITTTTTTTTTTTTT. Tapi demi cepat sembuh, aku mimum jugak biar pun rasanya bikin muntah-muntah. ahahah

tips 3: minum air 100plus. okeh, antara semua tips, ini yang aku paling suka. Tips nih, si kak r-ma yang bagi. Kena pulak dengan minuman fevret aku. Hari-hari minum pun tidak apa. Dia kata minum 100plus boleh ganti tuh air garam yang dari hospital tuh. Jadi aku minum untuk menggantikan air yang hilang dalam badan aku nih. Minum banyak-banyak pun tdak apa. lagi aku suka ^^

Dah masuk 3 hari, tapi bekas suntikan jarum yang aku kena di pagi 1 Syawal masih lagi belum hilang-hilang. Aku eran jugak. Selalunya dulu waktu dekat sekolah menengah, lepas kena jarum bolehh lah aku hurrayyy hurrayyy sana sini. Ini tidak pulak.

Xpalah, sakit-sakit nih pasti Allah maw bagi aku ujian. Aku terima seadanya. :D

kakak aku kata pulak, Allah bagi aku sakit nih hikmahnya supaya aku kurang-kurangkan makan! ahahhahaha :DDDDDDDDDDDD bahh! kurus lah aku tuh nanti kan? hahaha

p/S: doakan aku sembuh cepat :) nanti kalau sembuh, dapatlah aku beraya pi km. dah lama kawan aku memeng tanya bila maw pi km? i'Alllah. tahun nih, dapat pi sana :)




selamat hali laya! ^_^ Y


Padahal aku maw post entry nih semalam. tapi lupa plak.. so, ini entry kelmarin. ehehe