Klik ok? TQ so much !

Wednesday, January 23, 2013

Tips untuk menghilangkan bosan di kapal terbang


Bismillah dan assalamualaikum !

Home sweet home. *sila baca dengan perasaan penuh kelegaan*

Alhamdulillah, aku sampai dengan selamatnya ke rumah aku di Sabah ni. Flight jam 5.15 petang. Tetapi airbus tuh fly jam 5.35 petang. Memasing aku dan kawan-kawan yang lain, si Syinudz, Yuyui, dan Pepen naik hairan. Jam 5 minit lagi jam 5, tapi panggilan masuk tiada pun? wat lek, sap kok luk. *tiba-tiba* and at last, jam 5.35 petang barulah berlepas. 

Kawan aku Amanda, yang ulung balik Sandakan tuh, hahh dia balik seorang lah. Hehe. Tapi alhamdulillah, kau sudah sampai rumah kan? kan? siap say hi to almari baru lagi nampak. kih kih :p

Perjalanan, kalau pilot tuh pandu laju, in shaa Allah sampai cepat sikit. Aku dari jam 5.35 petang sampai perairan Sabah lebih kurang jam 7.36 petang. Itu baru perairannya, belum lagi landing time. 

Ehh teringat tadi waktu pesawat tuh landing, ada orang sebut "Landing Timee" macam P.Ramlee dekat Laksamana Do Re Mi tuh? dan aku rasa lucu. (iklan 3 saat)

Naik flight ni sebenarnya memeningkan. Itu bagi mereka yang tidak biasa or jarang or memang dia seorang yang gayat. Naik flight juga sangat membosankan, tapi kalau kau pandai 'menceriakan' diri. Perasaan bosan dan perasaan yang perjalanan itu terasa lama boleh dihilang kan. Mari baca sedikit tips menarik untuk menghilangkan bosan di kapal terbang ! ;)

1. Tidur

Aku pasti, semua orang pun suka tidur. Dan kebanyakan orang tidur time dalam flight. kan kan? Tadi orang sebelah aku pun tidur juga. Jadi untuk hilangkan bosan, boleh lah tidur. 

2. Membaca bahan bacaan

Membaca buku amalam mulia, sambil-sambil dapat tambah ilmu di dada. Dalam flightboleh lah baca surat khabar, majalah, NOVEL dan buku kanak-kanak? punnn boleh bah kalau kau baca itu buku kanak-kanak. :p Yang penting rasa bosan itu hilangTetapi sesetengah orang prefer novel. Terutamanya perempuan. Tapi jika anda jenis yang diserang pening jika membaca dalam perjalanan. Tak payahlah baca apa-apa. 

3. Mendengar muzik

Bawa mp3 atau pun mp4 anda ke dalam pesawat. Hand phone anda pun boleh digunakan untuk mendengar lagu. Diorang kata tak boleh buka phone dalam pesawat. Boleh bah kalau kau. Yang penting tutup semua line atau pun tetapkan dalam keadaan 'flight-mode'. Sebarang line yang wujud dalam pesawat tuh, boleh mengganggu penerbangan. (iyah ka? nih aku rasalah ) Jadi, bagi yang menggunakan hand phone untuk mendengar lagu, jangan lupa
kasi 'flight mode' (◕‿◕


4. Main game
#word search. manfaatkan masa anda. :)
Semua orang pun ada hand phone canggih-canggih sekarang nih kan? Bah apalagi? Main lah game waktu kamu bosan. Tapi aku pilih game lain. Aku suka cara oldies. Guna buku. Sudoku, Word Search dan sewaktu dengannya boleh guna untuk hilangkan bosan. Aku dalam flight tadi main Word Search. (◕‿◕) Cuba lah, pasti hilang rasa bosan dan x pening kepala. 



5. Melukis
Bagi mereka yang mempunyai bakat seni atau pun yang masih berjinak-jinak dengan seni,    boleh cuba cara ini. Bagi yang faham, pasti kamu tahu yang melukis membuatkan kau tidak rasa pun masa itu berlalu. Tup tap tup tap, sudah sampai ke destinasi. Melukis memang banyak buang masa orang. HAHA. #Aku pernah cuba cara ini. Sememangnya berkesan. Sediakan buku ok. woww.
       
6. Tangkap gambar
#awan sangat unik. Subhanallah. :)
Tangkap gambar memang best. Ada juga kenangan-kenangan di awan biru. Aku suka tangkap gambar dalam flight, tapi bukan gambar aku lah. Gambar awan. Sebab aku suka awan. Cantik, comel dan gebu. (´∀`) Untuk hilangkan bosan, boleh lah tangkap gambar. Bawa kamera anda atau guna jak hand phone. Tapi pastikan hand phone tuh dalam flight mode okay.



7. Kacau orang sebelah
Kekadang orang yang duduk sebelah kau dalam pesawat pun kau tak kenal. Apa kata kau cuba  kacau dia? hahah  “ψ(`∇´)ψ . Okay, nih tips x boleh blahhh. Korang jangan ikut tau.



Hahhh. Itu jak lah tips nya. yang di atas nih pun berdasarkan pengalaman aku lah. hehe. Sampai airport, bapa da tunggu. Then dalam kereta bercerita ketawa sampai sakit rahang aku tau. aduiii. haha Sampai rumah sekitar jam 10 malam. Salam dan cium mama. Sangat best perasaan sampai ke rumah ni. 

Sekian. 

#harap tips di atas berguna. haha! apa pun bagi yang mabuk perjalanan, jangan lupa bawa minyak angin ka. Untuk urut kepala pening.
#dan jika anda mahu perjalanan anda double triple bermanfaat, berzikirlah ingat kepada Allah sewaktu perjalanan anda. :)  
#gambar kredit Google. kecuali yang ada nama aku. itu aku punya. kih kih kih.


8 orang komen sini:

Anonymous said...

sy suka tips yang last tu..hahaha..

نورعيم said...

untung la salu naik flight.

sy ni sekali pn tak penah. sila belanja sy pegi sabah ye. hikhik.

Unknown said...

haahhahaha.. fiq plak suka kacau or berbual ngan org sebelah.. tak pun jalan2 kt dlm flight.. tp kalau duk tepi tingkap, serius rasa malas nk bangun..hehe :)

Kira Kekuri said...

@Novelgurl haha, yang nakal² juga kau suka ya mastura. kih kih

Kira Kekuri said...

@Kuazue Mohd walaikumsalam. opss sorry! waktu datang belogcik azue GA tuh da habis. huhu. sorry~

Kira Kekuri said...

@نورعيم tak untung mana pun Aim. hehe. Da rumah dekat 'seberang' kann.
takpa mungkin suatu hari nanti pasti berkesempatan tu. :) insyaAllah hihi

Kira Kekuri said...

@Cikgu Fikri emm kalau aku lagi prefer buat kerja sendiri kot. ehehe , then selalu dapat tempat duduk dekat tingkap. malas jalan2.

Izwan said...

tido dalam kapal terbang tak lagi pening ke? ikut orang kot..
saya tak pernah lagi naik flight,bas biasa.