Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label persahabatan. Show all posts
Showing posts with label persahabatan. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Ke Kuantan



Bismillah.


Tatkala orang lena di buai mimpi aku, aku rajinkan diri untuk menghupdet sejemput kisah dekat blog aku yang AMBIGUOUS nih. Tajuk pun ada speculative dan ambiguity di situ yah. Bukan apa, aku da puas tidur dari pagi hingga ke petang tadi. acchoom. *lap ingus* (ayat tidak tersusun) 


Hari nih 18. Januari. 2013. Esok aku gerak ke KL jumpa adik aku, then fly balik kampung. Hipp hip hurrayyy!!! *joget ke kiri dan kanan* 〜( ̄▽ ̄〜)


Macam ndak sabar aku balik rumah, last payyyperr 11 haribulan lagi, tapi aku masih stuck dekat Segamat sebab tiket beli sebelum jadual exam keluar. Kawan-kawan sekelas yang lain da balik rumah tidur bawah ketiak emak diorang. ehhh?  okbai

Hari tuh beberapa kawan sekelas bawa jalan-jalan. Pergi Kuantan. Wuuuu.  Best woo. Aku suka sebab pengalaman aku bertambah.  Saburah, Manda, Farah, Mira, Aisyah, Hani, Ariz, Acap, Aisar dan aku sekali. Yang lain kono' ndak jadi ikut. Cancel. Lina dan Mas pula, pergi Banting. 


Kawan sekelas yang bawa jalan, semua baik-baik. Ohh terima kasih. (●´∀`●)  




Gambar 1- Ini artis yang mengalami TRAGEDI JANUARI. 
Gambar 2- Kami di Teluk Cempedak
Gambar 3- Kami dengan 'mata' yang hebat. FULL BLAST DARK CIRCLE.

Perjalanannya sememangnya best. Kalau boleh sem depan ke Thailand? ehhhh memain. okbai (gila jauh) Sejak aku pergi Segamat ni, paling paling pun aku jenjalan dekat KL dan Negeri Sembilan. Wahaha. Belum cukup aku 'pusing' Peninsular Malaysia ni. Nanti lah kalau di panjangkan umur dan sihat, nanti aku mengembara, seorang diri pun tidak apa. #eh


MEMORY is the diary that we all carry about with us.

#best sangat jalan-jalan tuh. 
#mata keesokan paginya bengkak. Haven't sleep at night. Sewaktu di pantai Berserah, yang lain tidur, kami? None.
#G R E A T M E M O R Y. Thanks my dear friends. o (◡‿◡)





Thursday, November 8, 2012

Kembali Bernafas


Bismillah. 

"kembali bernafas" haha itu tajuk aku bagi untuk blog aku yang sudah lama 'sesak nafas' ni. 
Dari dulu fikiran aku mahu update entry, tapi ada sahaja benda yang mengekang aku. Padahal hari-hari pun aku online (?) perghhh

Sekarang, masuklah 2 bulan lebih aku duduk dekat negeri orang. Berjauhan dari keluarga serta kawan-kawan.. Bapa mama kata tidak apa berjauhan, call dan sms kan boleh? Owhh yea bapa aku betul, telefon dan internet sangat berguna sekarang. 

#koleksi lama#
It is not Facebook who connect us, it's the Internet! LOL


Minggu lalu jak aku balik Sabah. Balik kampung. Cuti Raya Haji lah katakan. 

"cuti seminggu pun maw blik Sabah ka?.."  -bak kata Rosley di Facebook. Iya bahh. Mesti balik. (∩_∩)

Tapi tahun ni aku beraya haji dekat Kuala Lumpur, together gether dengan my bestiest, Amanda dengan Mak Usu dan Intan. Lokasi? Palaza Rah. Lahhh apartment yang depan Hospital KL tuh. kihkihh (ノ*゜▽゜*)  terus terang, ini pestime aku stay rumah selain rumah aku di kampung.  pergi KL naik KTM, ahhhh itu pun first time juga aku naik kereta api. Di Sabah ada juga kereta api, tapi hari tuh kan terbakar 1? haha :p

Kelmarinnya sempat jalan-jalan juga dengan adik aku Kecik, next time lah aku tidur dengan kau dekat UM tuh ya? Aku pun mahu rasa tidur dekat asrama orang secara 'illegal' :p

Waktu raya haji tuh, patut aku balik petang. Flight jam 5.30pm kalau tidak silap. Sekali flight aku bukan lagi DELAY, CANCEL terus penerbangan ke Kota Kinabalu! Sebab ada masalah dengan lampu-lampu neon dekat Airportnya tuh. Punya sedihhhhh aku, aku ingat sempat lah beraya haji dekat rumah kan, sekali esoknya juga aku balik. Malam tuh stay rumah pakcik dekat Dengkil.   -Jutaan terima kasih kepada, bapa, Amanda dan pakcik Awang. 
ヾ(´▽`;)ゝ tanpa kamu entah di mana aku stay hari tuh.

Stay rumah sendiri sangat best. Sampai feeling-feeling aku ndak mahu balik semenanjung balik. Adakah patuttt.  Nanti mungkin akan balik kampung tahun depan. Bulan 2 kali? Jadi kawan-kawanku Ajie, Tika, Edut tetapkan tarikh pertemuan dong. 

Hari tuh balik Segamat pun pakai KTM.  1 sahaja kekurangan KTM nih bagi aku, tandasnya tiada. =..= cuba faham perasaan aku yang dari Kl Sentral ke Segamat tuh? =..=


okay, aku rasa cukup aku berkisah-kisah di sini untuk kali ini. Daaa, selamat tinggal ! 
Jumpa di lain entry dan di wordpress kalau ada yang sudi? lol

#Esok ada test, tapi aku macam lugai-lugai. Doakan aku dapat jawab ya C:




Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Kelahiran Safiah C:

bismillah.


Hari nih, masuklah 10 Julai 2012. Kali nih aku gagah mau update sebab mau wish Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Ke-Dunia, Sanah Helwa, Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, Janam Din Ki Badhai *bahasa hindi pun masuk* kepada seorang kawan baik aku, iaitu Siti Safiah! *sila tepuk tangan*




#this is her. Gambar nih waktu beraya rumah dia Tahun lalu.
-jangan kata muka ko macam kura-kura pulak. ok bah ni ;p -

Di ucapkan semoga Safiah panjang umur, ingat Allah selalu, murah rezeki selalu, senyum selalu, dan sentiasa happy bersama orang-orang tersayang semoga menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini C:  *aku rasa aku tak pandai wish-wish ayat sastera lah. aku bagi ayat biasa ja. hehe*


Wishing you a day soft as silk
white as milk
sweet as honey and full of money
may all your dreams come true
HAPPY BIRTH DAY SAFIAH! 


#who's next? ;p

Monday, June 25, 2012

Rumah Sewa | Blog Little Sunshine



bismillah.

Assalamualaikum. Rajin pulak aku mengupdate belog bulan nih. Bulan-bulan lepas, haprak.
 Untuk mengelakkan belog ini dikatakan bersawang jadi aku update lah apa yang terlintas di fikiran aku sekarang. Harapkan aku mahu update belog ni, idea tuh sebenarnya ada, cuma, bila mula mahu menaip entry tiba-tiba "ehh apa aku mahu taip tadi?". Tiba-tiba otak blank =..=' 


#teka-teki-teka-teku mana satu rumah sewaku?


Bercerita perihal rumah sewa, sekali sahaja aku pernah menyewa. Eh maksud aku, menyewa secara berbayar. Dulu,pernah tinggal di di Perumahan A (tak tahu namanya, jadi aku memandailah bagi nama A). Tinggal secara free. Duit keluar pun untuk peralatan dapur sahaja. Yeayy! Itu pertama aku tinggal rumah orang. Selalunya aku stay hostel. Tapi nasib aku di awal sem 5 hari tuh tak bagus, jadi tinggal luarlah nampaknya.  :(


Masuk semester 6, aku ingat nasib aku bagus. Rupanya, nasib tidak menyebelahi aku.  Harapkan pagar,pagar makan padi. Eeeehhh tiba-tiba guna peribahasa yang tidak sesuai. Nampak sangat BM aku SPM dahulu bukan A+. Aku tidak dapat hostel. Terus aku rasa sedih sangat. Kenapa aku tidak dapat hostel? Mungkin bukan nasib diri + ada kriteria yang tidak mencukupi. Tapi keputusan hostel aku yang gagal tidak menjadi batu penghalang untuk aku pergi kuliah. yoosshh! 


#Tangga. Wahhhh rumah aku sendiri tiada tangga macam nih ooo.





Akhirnya aku duduk di rumah sewa Taman Utara Gudon ni selepas seminggu dua aku ulang-alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Ezah yang kenalkan rumah ni, sebab dia pernah tinggal sini dahulu.  Penat? Memang penat. ╥﹏╥   Bayangkan perjalanan 45minit harus aku tempuhi untuk ulang-alik ke kuliah. Kalau ada kelas petang yang habis jam 6, haahh..sampai sahaja rumah terus aku mengampai (tidur). Perjalanan pergi dan pulang adalah berbeza. Waktu petang banyak kereta. Pagi tidak. Sampai rumah pulak, langit dah sangat gelap. Apapun ianya mengajar aku erti ketabahan.


Mymy! pinjam header ;p
#klik untuk follow blog Dian :) 




Tinggal dekat rumah sewa nih, at first sewa berempat dengan my besties. Ezah,Manda dan Ola. Students Politeknik masih bercuti. Lepas diorang balik cuti, Manda dan Ola balik asrama.  *diorang dapat asrama sebenarnya


Dekat rumah sewa nih la aku jumpa Mymy atau dulu, namanya MiszyDian . Aku ingat dia,tapi dia tak ingat aku. Hehehe, sebab aku diam-diam. *adalah sebab diam tuh* hehehe. Dalam hati aku, 'Dian' macam aku kenal nama tuh dekat dunia nih (blogging) . Terus aku naik bilik, pergi search segmen yang aku ikut dulu. Ternyata memang dia memang MiszyDian, blogger yang aku pernah ikut segmennya suatu ketika dahulu. Hihihi. Teruja aku. Dalam hati gembira 'aku satu rumah lah dengan blogger'. Terus inform dengan rakan sebilik. Ezah. Memanglah aku gembira sebenarnya, sebab benda yang aku tidak sangka-sangka berlaku pula. "Hai Kira! ", si Mymy selalu panggil aku begitu, terutama kalau aku turun ke ruang tamu. hihi. Ingat, lain kali kalau berjumpa, mahu cerita hantulah sama-sama. hahaha :p


Dekat rumah sewa tuh, hanya aku dan Ezah student dari UiTM.  Selebihnya student Politeknik KK. Bunga yang aku kira sebagai ketua rumah dan ramai lagi kawan baru yang aku dapat dari tinggal rumah sewa nih. Miza, Awa, Ogy, Finas, Nad, Dian, dan ada lagi,tapi aku tidak ingat dah nama diorang (╯︵╰,) *maafkan aku*. dan semestinya mereka ramah. 


#katil bilik aku. :') rinduu


Katil,tempat masak,mesin basuh, televisyen, radio, sofa, meja makan, semuanya disediakan oleh Tuan Rumah. Itu yang aku suka dengan rumah sewa nih. Hehehe. Semuanya ada. Bayaran pulak, emmm..aku dan Ezah bayar Rm100 seorang, termasuk untuk makanan. :) 
Senang cerita, aku memang jakun dan eksaited sebenarnya stay rumah sewa nih! *mengakuuu*


Pengalaman stay rumah sewa tuh memang best, walaupun cuma beberapa bulan sahaja aku tinggal, tidur,makan, berak segala bagai dekat sana. Apa pun, terima kasih Allah, atas kehidupan yang diberi. :') Banyak yang aku timba. Banyak yang aku belajar sejak tinggal luar nih. 


#Belog lamanya sudah tiada, dia buat belog baru. Little Sunshine. Jom kita support dan follow ramai-ramai! 
#bak kata Mymy atau nama dulunya Dianibarat kecik jak dunia nih rupanya. Benda yang tidak disangka-sangka berlaku kepada kehidupan kita.
#aku tidak tahu sampai mana umur aku, hanya Allah yang maha Mengetahui. InsyaAllah, kalau umur panjang, mahu timba pengalaman banyak-banyak! 


okbai.



Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Kelahiran Amanda C:






bismillah.

arhh Kira, suka kau kan buat entry hari kelahiran untuk kawan kau. Yahh aku memang suka. Ok tanya s
endiri then jawab sendiri. 
Ok takmo taip panjang-panjang, Just want to wish you happy befday, Sanah Helwa, selamat hari kelahiran my dear friend Amanda :'D Umur dah panjang, rambut da panjang, ehh ke situ pulak. hihi (◕‿◕)

ish aku ni ndak pandai bah bagi wish berbunga-bunga ayat. hehe. Bagi yang simple mimple sudah. Wishing you success in your life,relationship dengan Atai berpanjangan,kahwin cepat :p ,ceria dan gembira selalu disamping keluarga dan orang-orang yang tersayang. Dan doakan   makkk menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini, aisehh ayat. hihi


 
Ok saja letak gambar, sebab antara gambar makk yg comel  #eh


Tahun ini tidak seperti tahun yang lain, tahun ini aku x dapat bagi kad raya, biar pun kad raya murah. simpan bebaik. (wasiat) ehh ke situ pulak aku :p haha harap-harap kalau dapat degree kalau ada jodoh dapat sama-samalah, kita duduk sebelah meja lagi ok. hihihi :")

#ok selamat malam semua penduduk bumi. 

Sunday, May 6, 2012

pak arab dan gambar pasport

bismillah


Dan selamat malam.
Petang tadi panas sangat kan? Malaysia memang panas ya? Petang yang tadi panas da berubah gelap sikit. Mo hujan lah tuh. Yeah best. Aku suka sangat dengan hujan, sebab sejuk woo.  C:


Sebenarnya aku agak blur mo bercerita, cerita apa, aku pun tak tahu. Dari aku biarkan blog aku bersepai terabai bagus aku isi sikit biarpun agak tidak 'berisi' benda yang aku ceritakan.


Blog aku ni, da aku tukar hampir semuanya kot? 100% aku ubah. dulu pilihan hati aku sebenarnya warna biru, tapi baru2 nih aku terjatuh 'suka' pulak dengan warna kecoklatan gitu. Awww, hati, cepatnya kau berubah kan? tapi biru tetap di hati aku bah.


Warna biru still ada, aku letakkan pada blockquotes aku. :) pemberian kawan tuh. Mesti ambil dan hargai C: ohh dan pada date sekali. :D Tapi background tak berapa coklat pulak. Nanti aku edit lagi, biar sampai ada warna coklat! yeaii.


Ehh terlampau bercerita pasal blog cincai ni, sekarang let's go to the main topic, shall we? C; Tadi ada orang sms dekat aku, begini bunyinya.


Yaa Sitiii~ aku bawak gambar pasport y kau bg 2. Kasi tayang2 pak arab cni. hahaha


Uissh! masyaAllah! siapa ni?? Terkejut beruk aku. Nombor tidak dikenali pulak tuh. Berdebar aku.  Dengan siapa aku pernah bagi gambar pasport nih? Akal mula membasuh, cuba mengingati muka-muka mereka yang pernah aku berikan gambar yang lebih kurang serupa pasport.


Achill!?? Ehh Achill di Sarawak, apa kaitan dengan pak Arab kan?. Maaflah Achill, teringat ko pula, teringat aku dulu form 5 aku pernah bagi dia gambar cincai aku. adudududu.


Manda!!?? nahh ini pasti Manda. hahaha :D siapa lagi antara sahabat aku yang gila-gila selain dia ni. hahaha. Hati berbunga. Gembira pun ada. Nampaknya Manda da sampai ke tanah suci. Alhamdulillah. Semoga Manda baik-baik saja sana. Aminn :DD


#matang lah sangat kan? yg sebelah tu, adik aku. Bekas pelajar Asasi UM da sekarang.




Terus teringat yang aku ada pernah bagi gambar pasport aku yang biasa2 tuh. Aku rasa itu lah bah gambar pasport aku paling matang la konon. wakakaka. ayattt. Pasport tuh actually untuk lesen memandu aku sebenarnya. Banyak lebih, jadi bagi kawan. Siapa mo gambar pasport aku? Rm5 sekeping :b . mengada-ngada, tampar muka sendiri nanti, mahu?




#tengah berusaha menghabiskan pembacaan Kasih yang Suci - Meen Zulaikha. C:

Wednesday, April 25, 2012

#4 Wordless Wednesday

# :)  :') :D :'D


#Saya lupa yang hari ni hari Rabu. Pelupalah saya ni. Hari pun tidak peka.

Friday, April 20, 2012

Kota Marudu





Bismillah.






Kota Marudu. Ouhh saya pernah membesar di tempat tuh untuk beberapa tahun. Tinggal di jalan hospital kalau tidak silap. Masuk umur 3 tahun da merengek mahu join kakak saya yang da masuk tadika. Jadi kesimpulannya, awallah saya masuk tadika. 


Sebenarnya tujuan saya menulis mengenai Kota Marudu ni, sebab saya ada dapat invitation untuk datang ke kahwin abang kawan saya, dan senior saya di sekolah menengah dahulu. Tarikh sama pulak tuh, 28 April. Next week.


Saya mahu sangat datang sebenarnya. Tengok kahwin dan mahu juga tinjau-tinjau Kota Marudu, tempat saya membesar dahulu. Plus, saya mahu tengok rumah sewa kami yang da kami tinggalkan dulu. Entah saya ingat ka tidak. Yang ada hanyalah gambar kenangan dengan rumah tuh sahaja. sobss..sobss


Tapi masalahnya saya takut tersesat jalan. Errkk, jalan dekat Kota Marudu tuh bukannya saya familiar betul. Kalau Kota Belud, confirm saya tahu jalan. Pernah pun sekali dua pergi sana, untuk beli udang. Tambahan pulak saya ni orang yang susah maw wat decision . Alih-alih ke kampung orang aku sesat, jalan keluar tidak tahu. erkkk =..=' #risau


#saya dan kakak di rumah sewa dahulu. Dulu kami malar menyewa.
Entah rumah ni masih wujud kah tidak.




Tapi, akan ku cubalah juga untuk hadirkan diri ke majlis kahwin mereka, jika dapat green light dari bapaku, bahhhhh jalannn lah saya ke Kota Marudu, destinasi pertama Kg. Korongkom dan yang satu lagi Kg. Taritipan. Taritipan saya pernah limpas, tapi kg. Korongkom tempat kak Sadah kawin saya belum pernah pergi. Huhuuu. Harap-harap kalau jadi jalan, saya tidak sesat. Aminnnn. :DD. 


#harap sangat dapat pergi :) thanks tuk kawan2 yang menjemput. InsyaAllah akan d usahakan untuk datang ;D

Thursday, April 19, 2012

instrumental music



bismillah.


Selamat malam semua. Hari ni tergerak pulak hati mo bercerita pasal benda yang saya minat. 
Instrumental music, adalah antara benda yang saya minat di dunia ni.


Saya mula berjinak-jinak dengan benda ni di waktu saya part 5 dekat UiTM. waktu tu, saya mula download banyakkkk muzik instrument especially piano. Lepas dengar sajak dari seorang budak DIA ( Diploma in Accountancy ) yang musik latar dia sangat best. Terus hati saya pun terpikat. Balik bilik, saya search muzik jenis begini terus. Puas hati 


#kastum - Kuala Abai. Sangat suka laut. lagi mendamaikan.
kekadang bila aku g laut, aku pasang muzik instrumental dari fon aku.
SUPERB combination!




Bila di fikir kenapa saya minat benda ni? jawapan saya simple. Benda ni sangat menenangkan jiwa n saya suka sesuatu yang bisa menenangkan jiwa saya. :) kekadang bila saya sedih, saya dengar musik-musik sebegini. Tidak dapat tahan dengan kesedihan, terus menangis lebih-lebih. awwww. Bila saya mo tidur saya dengar juga musik instrumen. Terus rasa mengantuk. Damai hati ini. Bila study exam pun saya dengar lagu instrumen. Kedamaian perlu ketika study =p


saya pun selalu simpan lagu-lagu dalam kereta saya pandu selalu. Pernah saya simpan semuanya lagu instrumen, apa lagi. Sepanjang perjalan saya bersedih. Memikirkan kehidupanku yang bergelumang dosa lah. Memikirkan kisah lalu bersama keluarga serta kawan-kawan tersayang. Tdak dapat tahan, terus saya menangis lagi. ( saya ni penangis sebenarnya ) hehe. sifat tuh x boleh d ubah, walaupun kekadang saya seorang yang malar ketawa. Terus sampai kelas, saya diam jak. Diam itu pun if saya dari KB-KK. kesan musik nih la. serius, sangat besar kesan muzik sebegini dengan saya.


Di sebabkan terlampau keminatan (ayat apakah ini  =..=), jadi saya abadikan salah satu muzik instrumen yang saya suka ke dalam blog saya yg biasa ini. Yiruma - Spring Time. First time dengar, hati saya sebak. saya suka layan lagu sedih. haha. adik saya pun pelik. ahaha :DD tapi itulah saya. saya suka sesuatu yang menggerakkan hati saya , terutama ke arah yang lagi baik.


Tadi ada sahabat menanya, tajuk lagu di blog saya. Jadi saya pun bagilah, Yiruma - Spring Time.  Saya ada kata, banyak lagi yang best tapi nanti jak bagitahu. Sebab saya rasa dia mcm ada masalah, jadi saya bercadang tangguhkan . Tidak mahu kacau moodnya. Nampaknya , saya tidak akan bagitahu nanti. Saya bagitahu sekarang. Haha. Antara muzik instrumental yang sangat best bagi saya. Share sesuatu yang dirasakan sangat best dengan family n kawan, perasaannya sangat best bukan?=)   *duii



  1. Yiruma-Spring Time
  2. Secret Garden - Song from a Secret Garden
  3. Kitaro -Fatamorgana
  4. Kitaro - Spiritual Garden
  5. Kitaro - Silk Road
  6. Yiruma - When The Love Falls
  7. Yiruma - River Flows in You
  8. Serenade - The Elegance of Pachelbel
  9. Francis Lai - Theme From Love Story ( entah ini ka tajuknya? )
  10. Yanni - Harmonia
  11. yanni - Memories
  12. Origen - Dance of The Clouds
ouhh takat tuh jak la yang sangat sedap di dengar oleh telinga n jiwa aku. Actually banyak lagi. Sangat-sangat banyak. Len kali aku share lagi. (kalau rajin). but d atas, antara my fevret. *duii

Kepada my friend, harap masalah dapat diselesaikan. jom la download lagu ni bebanyak? hehe dapat tenangkan jiwa anda yang bercelaru. (mungkin) . erkk sembarang jak saya bilang bercelaru. maaf. hehe. 

dan jangan lupa, perkara yang sangat-sangat berada di carta teratas yang menenangkan jiwa ialah ingat Allah,rasul, dan baca Al-Quran. Membaca al-Quran dan memahami nya memang memberikan ketenangan (peringatan untuk diri sendiri dan semua kawan-kawan juga)



#semoga kita semua senantiasa mendapat redha dan rahmat Allah. Aminn :)
#jom bertukar? dari dengar lagu pasal cinta cintun, lagu bahasa yang x di fahami, better dengar lagu macam ni. awwww
#saya klo baca novel, saya pasang muzik instrumental. Ambik feel la katakan. hihi







Wednesday, April 4, 2012

I'll miss the moment

bismillah~



 
 

 # selepas ini, saya akan merindui kamu. Jauh bah kita ni, sahabat2 aku ni, semua tinggal jauh-jauh, Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Inanam,KK ,KL,Tawau lah.

Saya sangat sayang kamu semua tahu? kamu selalu tolong aku, waktu aku kena lantik jadi Project Manager Oeration Management, kamu ada di sana, menolong dan mengkasi kawan aku yang bengap-bengap-blur-blur ndak pernah pegang jawatan ni. (macam besar sangat jawatan tuh der).

Waktu ambik baucer buku, kamu tolong ambikkan aku. Sebab aku terlampau ikut peraturan, maw juga berbaris. Mesti kamu fed up dengan aku tuh kan? sebab aku terlampau ‘good-girl’ ndak pandai potong barisan. hahaha XD lambat, jadi kamu tolong kasi ambik aku. Kamu pi potong barisan, kena sindir2 org lagi kamu cerita. hahaha. maaflahhh, sebab aku kamu begitu. Sanggup kamu susah payah untuk aku. T_T

Kamu ajar apa yang aku ndak tahu. Ajar pelajaran, ajar macam-macamlah, paling ndak boleh di lupa kamu ajar aku cara limpas pak guard mcamana. haha :’D Fahamlah aku kan. Aku mana ber-ngam dengan Pak Guard UiTM. Kena tegur sikit menangis mencurah-curah ke ladang gandum! benci perangai aku tuh!

Apapun, aku ingin kamu tahu, yang aku sangat APPRECIATE masa kita bersama =) . Manda –kawan aku dari part 1. duduk meja sama-sama. sama-sama bodoh-bodoh di belakang time part 2. hahaha. Saburah  -kawan dari part 1. lepas tuh kita jmpa lagi time part 5 and 6. Eza –dari part 1 kita berkawan, then jadi room8 selama 2 sem. Myen -my forever room8.Dari part 2 until 4 aku room8 dengan dia. Nurul – kawan dari part 1 sampai sekarang. Lepas nih, kita kan bawa haluan masing-masing. Entah apa kita jadi nanti. Dapat degree apa. Dapat kah degree sama-sama/ tidak.

Apapun, doa ku, semoga kita jadi insan yang berguna dunia akhirat aku harap persahabatan yang kita bina selama 3 tahun ini, tidak akan putus di pertengahan jalan, tidak hanyut di bawa arus ( tiba-tiba )
Bila sahabat kata suka,tak semestinya dia cinta. Kerna anda TEMAN yang layak disukai. Bila sahabat CEMBURU, tidak semestinya dia cinta. Ini kerana anda teman yang HEBAT dalaam menjalinkan PERSAHABATAN. Bila sahabat kata RINDU,tak semestinya dia CINTA,Ini kerna dia RINDU pada teman sebaik KAMU. Maknanya saya berhak kata saya SUKA pada awak,cemburu bila awak KETEPIKAN saya, dan RINDU bila awakLUPAKAN saya.
tidak di lupa juga kepada kawan-kawan yang lain. gonna miss you all. sayang kamu =) 




saranghea chingu!!! :’DDDDD
#akan ku kenang kamu dalam doaku :’)
#baik-baik, jaga diri :’)

Tuesday, January 31, 2012

diam bukan bererti lupa

assalamualaikum


Sepi Bukan B'erti Hilang
Diam Bukan B'erti lupa
Jauh Bukan B'erti Putus
Kerana di antara kita ada 1 ikatan
yang tidak boleh di pisahkan
iaitu PERSAHABATAN


#mood seciput, jadi entry sepicut la juga. hmnn.
kbai. =) jangan sia2kan sahabat anda yg pernah muncul di dunia ini.
betul-betul rugi.