Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

pak arab dan gambar pasport

bismillah


Dan selamat malam.
Petang tadi panas sangat kan? Malaysia memang panas ya? Petang yang tadi panas da berubah gelap sikit. Mo hujan lah tuh. Yeah best. Aku suka sangat dengan hujan, sebab sejuk woo.  C:


Sebenarnya aku agak blur mo bercerita, cerita apa, aku pun tak tahu. Dari aku biarkan blog aku bersepai terabai bagus aku isi sikit biarpun agak tidak 'berisi' benda yang aku ceritakan.


Blog aku ni, da aku tukar hampir semuanya kot? 100% aku ubah. dulu pilihan hati aku sebenarnya warna biru, tapi baru2 nih aku terjatuh 'suka' pulak dengan warna kecoklatan gitu. Awww, hati, cepatnya kau berubah kan? tapi biru tetap di hati aku bah.


Warna biru still ada, aku letakkan pada blockquotes aku. :) pemberian kawan tuh. Mesti ambil dan hargai C: ohh dan pada date sekali. :D Tapi background tak berapa coklat pulak. Nanti aku edit lagi, biar sampai ada warna coklat! yeaii.


Ehh terlampau bercerita pasal blog cincai ni, sekarang let's go to the main topic, shall we? C; Tadi ada orang sms dekat aku, begini bunyinya.


Yaa Sitiii~ aku bawak gambar pasport y kau bg 2. Kasi tayang2 pak arab cni. hahaha


Uissh! masyaAllah! siapa ni?? Terkejut beruk aku. Nombor tidak dikenali pulak tuh. Berdebar aku.  Dengan siapa aku pernah bagi gambar pasport nih? Akal mula membasuh, cuba mengingati muka-muka mereka yang pernah aku berikan gambar yang lebih kurang serupa pasport.


Achill!?? Ehh Achill di Sarawak, apa kaitan dengan pak Arab kan?. Maaflah Achill, teringat ko pula, teringat aku dulu form 5 aku pernah bagi dia gambar cincai aku. adudududu.


Manda!!?? nahh ini pasti Manda. hahaha :D siapa lagi antara sahabat aku yang gila-gila selain dia ni. hahaha. Hati berbunga. Gembira pun ada. Nampaknya Manda da sampai ke tanah suci. Alhamdulillah. Semoga Manda baik-baik saja sana. Aminn :DD


#matang lah sangat kan? yg sebelah tu, adik aku. Bekas pelajar Asasi UM da sekarang.




Terus teringat yang aku ada pernah bagi gambar pasport aku yang biasa2 tuh. Aku rasa itu lah bah gambar pasport aku paling matang la konon. wakakaka. ayattt. Pasport tuh actually untuk lesen memandu aku sebenarnya. Banyak lebih, jadi bagi kawan. Siapa mo gambar pasport aku? Rm5 sekeping :b . mengada-ngada, tampar muka sendiri nanti, mahu?




#tengah berusaha menghabiskan pembacaan Kasih yang Suci - Meen Zulaikha. C:

Sunday, October 30, 2011

kehilangan handphone cikai

         AHAD                                                    Bahasa Melayu                                               30/10/2011                                                   


Arahan : Ceritakan pengalaman anda kehilangan handphone. Karangan adalah bebas, Melebihi 100000 patah perkataan ,tidak apa!



      Hari ini, kakak saya akan pulang ke Tawau. Kami sekeluarga bercadang untuk menghantar kakak saya ke lapangan terbang. Dipendekkan cerita, sebaik menghantar kakak saya, kami pun pergi ke Segama.

     Setibanya di Segama, mama saya pergi ke Kain Mewah. Saya duduk-duduk menunggu mama saya. Saya malas untuk berlama-lama di situ, jadi saya pun sms lah mama saya mengatakan yang saya akan jalan-jalan di sekitar sini sahaja. *dui*.

   Tiba-tiba, sewaktu saya berjalan, saya ternampak sebuah kedai yang menarik hati saya. Saya pun menjejakkan kaki ke kedai yang menjual tudung-tudung dan eksesori perempuan. Memukau hati!! Lip lap lip lapp. woww. saya pun berjalan lah berpusing-pusing kedai itu. Bismillah Store namanya.
 
  Sewaktu saya tengah memilih barang-barang untuk dibeli, bapa saya menghantar sebuah pesanan ringkas. " Kami parking dekat kfc yang kita ada makan di situ hari tuh" . Saya balas "OK". Sejemput saya balas. Konon mata masih memilih-milih barang. (adoiii) . Kemudian, saya pun pergilah ke kaunter membayar barang yang saya beli.

  Selepas keluar dari kedai, baru saya sedar, handphone cikai saya telah hilang. Saya menebalkan muka memasuki kedai itu semula, bak kata pepatah yang baru saya terpikir sebentar tadi, BIAR TEBAL, ASAL JUMPA.. untuk mencari handphone cikai saya yang saya sayangi di dalam. Saya menebalkan muka saya yang sedia tebal nih dekat pekerja sana. "emmmm.. ada jumpa telepon saya ka?"  mereka pun tidak mengetahui di mana letak handphone cikai saya.

  Saya mencari, dan mencari..hampir 30 minit saya mencari handphone cikai saya di dalam kedai itu. Kedai itu kecil sahaja. Jadi saya mencari di kawasan-kawasan yang saya ada lalui. Kakak cashier pun ada tolong misscalled handphone cikai saya. Tidak diberbunyi. Kan saya dah kata telepon saya cikai, selalu mati lepas sms or kena call.Tidak di jumpai. Lalu mulalah hati menyalahkan diri. Cuai barangkali. Pelbagai soalan mula timbul di benak diri. Apa macam saya boleh tidak ingat 1 hal pun pasal hanphone saya. Lepas saya taip 'ok' dekat bapa saya, saya hilang ingatan seketika. Ingatan tentang saya meletakkan handphone saya di mana, hilang 100%. Mungkin kah di tabak orang? itu 1 kemungkinan besar.

   Kemudian setelah kami penat mencari dan harapan mulai kabur ke atas handphone cikai saya, saya pun mengundur diri. Keluar dari kedai. Khuatir kalau bapa dan mama cari. Khuatir kalau mereka menghubungi saya, operator comel yang menjawab. Kakak kedai pesan, kalau dorang jumpa, dorang akan simpan. Saya pun berharap ia akan di jumpai. Alhamdulillah, nasib bapa memberitahu lokasi mereka sebelum handphone cikai saya hilang. Saya pun mulailah membawa diri, melangkah kan kaki ke arah tempat bapa saya meletakkan kereta.

   Setibanya di sana, saya mulai risau. Mana mereka? Tidak ada pun di dalam kereta? Keringat-keringat jernih mulai membasahi dahi. Risau nampaknya. Saya pun duduk di kaki lima. Umpama pengemis pulak. Apa saya kisah ? asa jumpa dengan keluarga. Lama saya menunggu. Mereka tidak ada. Saya pusing lagi bangunan Segama sekali.Dengan harapan, dapat melihat kelibat keluarga saya. Namun tiada, hampa terasa. Saya menjejakkan kaki kembali ke kereta. Ternampak adik saya melambai-lambai, melompat-lompat umpama , entah umpama apa. hikhik.

   Kamu ada cari saya? Itu soalan pertama yang saya tanya kepada mereka. bapa, abang dan adik. Tiada. Fuhh. penat saya ingat-ingat mereka mencari saya. rupanya tidak. =..=' saya menceritakan kepada bapa, tentang apa yang berlaku. Selepas itu kami pergi membeli telepon baru dan sim baru. Itulah pengalaman saya kehilangan handphone cikai yang saya sayangi.





Ulasan :  karangan budak tingkatan 1 lagi bagus! muahahaha. *sedar diri*


apa pun, mati akal aku pikir amacam bulih hilang woahhh. =..='

sekarang da ada no baru, sama jugak, cuma 4 digit belakangnya 3811. hmnn, no lama aku maw urus jumaat nih. InsyAAllah.


p/s: aku sayang handphone cikai aku. T..T semua contacts ada di dalam tuh. Sepalah tabak yah?




sedihhhh !