Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label roomate. Show all posts
Showing posts with label roomate. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Rumah Sewa | Blog Little Sunshine



bismillah.

Assalamualaikum. Rajin pulak aku mengupdate belog bulan nih. Bulan-bulan lepas, haprak.
 Untuk mengelakkan belog ini dikatakan bersawang jadi aku update lah apa yang terlintas di fikiran aku sekarang. Harapkan aku mahu update belog ni, idea tuh sebenarnya ada, cuma, bila mula mahu menaip entry tiba-tiba "ehh apa aku mahu taip tadi?". Tiba-tiba otak blank =..=' 


#teka-teki-teka-teku mana satu rumah sewaku?


Bercerita perihal rumah sewa, sekali sahaja aku pernah menyewa. Eh maksud aku, menyewa secara berbayar. Dulu,pernah tinggal di di Perumahan A (tak tahu namanya, jadi aku memandailah bagi nama A). Tinggal secara free. Duit keluar pun untuk peralatan dapur sahaja. Yeayy! Itu pertama aku tinggal rumah orang. Selalunya aku stay hostel. Tapi nasib aku di awal sem 5 hari tuh tak bagus, jadi tinggal luarlah nampaknya.  :(


Masuk semester 6, aku ingat nasib aku bagus. Rupanya, nasib tidak menyebelahi aku.  Harapkan pagar,pagar makan padi. Eeeehhh tiba-tiba guna peribahasa yang tidak sesuai. Nampak sangat BM aku SPM dahulu bukan A+. Aku tidak dapat hostel. Terus aku rasa sedih sangat. Kenapa aku tidak dapat hostel? Mungkin bukan nasib diri + ada kriteria yang tidak mencukupi. Tapi keputusan hostel aku yang gagal tidak menjadi batu penghalang untuk aku pergi kuliah. yoosshh! 


#Tangga. Wahhhh rumah aku sendiri tiada tangga macam nih ooo.





Akhirnya aku duduk di rumah sewa Taman Utara Gudon ni selepas seminggu dua aku ulang-alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Ezah yang kenalkan rumah ni, sebab dia pernah tinggal sini dahulu.  Penat? Memang penat. ╥﹏╥   Bayangkan perjalanan 45minit harus aku tempuhi untuk ulang-alik ke kuliah. Kalau ada kelas petang yang habis jam 6, haahh..sampai sahaja rumah terus aku mengampai (tidur). Perjalanan pergi dan pulang adalah berbeza. Waktu petang banyak kereta. Pagi tidak. Sampai rumah pulak, langit dah sangat gelap. Apapun ianya mengajar aku erti ketabahan.


Mymy! pinjam header ;p
#klik untuk follow blog Dian :) 




Tinggal dekat rumah sewa nih, at first sewa berempat dengan my besties. Ezah,Manda dan Ola. Students Politeknik masih bercuti. Lepas diorang balik cuti, Manda dan Ola balik asrama.  *diorang dapat asrama sebenarnya


Dekat rumah sewa nih la aku jumpa Mymy atau dulu, namanya MiszyDian . Aku ingat dia,tapi dia tak ingat aku. Hehehe, sebab aku diam-diam. *adalah sebab diam tuh* hehehe. Dalam hati aku, 'Dian' macam aku kenal nama tuh dekat dunia nih (blogging) . Terus aku naik bilik, pergi search segmen yang aku ikut dulu. Ternyata memang dia memang MiszyDian, blogger yang aku pernah ikut segmennya suatu ketika dahulu. Hihihi. Teruja aku. Dalam hati gembira 'aku satu rumah lah dengan blogger'. Terus inform dengan rakan sebilik. Ezah. Memanglah aku gembira sebenarnya, sebab benda yang aku tidak sangka-sangka berlaku pula. "Hai Kira! ", si Mymy selalu panggil aku begitu, terutama kalau aku turun ke ruang tamu. hihi. Ingat, lain kali kalau berjumpa, mahu cerita hantulah sama-sama. hahaha :p


Dekat rumah sewa tuh, hanya aku dan Ezah student dari UiTM.  Selebihnya student Politeknik KK. Bunga yang aku kira sebagai ketua rumah dan ramai lagi kawan baru yang aku dapat dari tinggal rumah sewa nih. Miza, Awa, Ogy, Finas, Nad, Dian, dan ada lagi,tapi aku tidak ingat dah nama diorang (╯︵╰,) *maafkan aku*. dan semestinya mereka ramah. 


#katil bilik aku. :') rinduu


Katil,tempat masak,mesin basuh, televisyen, radio, sofa, meja makan, semuanya disediakan oleh Tuan Rumah. Itu yang aku suka dengan rumah sewa nih. Hehehe. Semuanya ada. Bayaran pulak, emmm..aku dan Ezah bayar Rm100 seorang, termasuk untuk makanan. :) 
Senang cerita, aku memang jakun dan eksaited sebenarnya stay rumah sewa nih! *mengakuuu*


Pengalaman stay rumah sewa tuh memang best, walaupun cuma beberapa bulan sahaja aku tinggal, tidur,makan, berak segala bagai dekat sana. Apa pun, terima kasih Allah, atas kehidupan yang diberi. :') Banyak yang aku timba. Banyak yang aku belajar sejak tinggal luar nih. 


#Belog lamanya sudah tiada, dia buat belog baru. Little Sunshine. Jom kita support dan follow ramai-ramai! 
#bak kata Mymy atau nama dulunya Dianibarat kecik jak dunia nih rupanya. Benda yang tidak disangka-sangka berlaku kepada kehidupan kita.
#aku tidak tahu sampai mana umur aku, hanya Allah yang maha Mengetahui. InsyaAllah, kalau umur panjang, mahu timba pengalaman banyak-banyak! 


okbai.



Thursday, March 10, 2011

Sweet Sour


Assalamualaikum . 

Tika ini,aku baru balik dari perjumpaan Bankers semua. Bincang pasal yuran dan Banker's Night. urghh..aku dalam di lemma.Perlua ka pigi tidak ar? aku malas maw kuarkan duit nih,lagi pun aku sekarang nih tengah 'pokai' harap duit tajaan FAMA ja aku.Itu pun sebenarnya aku malu jugak maw minta kat dorang.Aku tunggu mereka yang bagi. Malu-malu >.<'

Pada entry aku yg lepas INI, aku ada cerita kan yang aku ada sambar beli 1 novel? hehee
jengg jengg jengg! nilah novelnya!!! :D


gambar ihsan Google


dulu,aku langsung tidak pandang pun JS punya terbitan nih.Tapi sejak adik aku si Kecik kata best-best buku JS nih,so aku belilah..ahhaa..then aku admit,memang best-best semua.thumbs up lah JS! 
Apa aku maw cakap pasal sinopsis dia ar? aku belum baca,sinopsis pun ermm,dialog ja kena bagi.Aku bacakan roomate aku dulu.Kiranya dia memang manusia bertuahlah sebab selalu rasmi novel yang aku beli.Roomate aku kata best ! haha so tidaklah sia-sia aku membelinya..hehe,turn dia baca da habis.Now,my turn plak.Yeahh!


JOM BACA SINOPSIS 


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul
"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.""Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap."Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia."Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula."Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni."What?" aku terjerit di situ."Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi."Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!




Pada aku,ada 2 kriteria yang aku pilih waktu maw membeli novel nih.Aku suka novel yang tebal dan penulis dia best ! dan yang PALING lah tebal aku beli novel karya penulis hebadd Siti Rosmizah!!.. ^^( berikan tepukan dulu sebelum meneruskan pembacaan anda.terima kasih ) novel dia nih,aduhhh...gila-gila lah tebal dia.Aku bagi A+ tuk novel dia nih.Aku sangat suka novel dia! aku minat kau Siti Syakirah Rosmizahhhhhh >.< (teriak nama dia)
kalau novel kurang tebal aku x suka beli taw,kurang memberikan kepuasan membaca dekat aku.hak3 

Okeh nanti korang beli lah sendiri ya untuk tengok best ka x? :] pinjam dekat aku pun boleh apa..muahaha 

Hari tuh aku beli barang-barang nih jugak ( bz maw bgtaw ) =.='

biarlaa...

Aku beli 4 barang nih.

benda ni,rum8 aku panggil 'mata-mata'
lucu benar rupa aku pakai ni.HAha! biarlah,yg penting dpat tdur dengan aman 

antara semua,ini jugak yang aku suka taw.WANGI bah..
aku beli 2 dri Kaison . Rm1.90 satu ^_^

yang paling wangi nih haa.
aku simpan dalam locker aku.Wangi.aku sangat suka la wangi2 nih.
yang OCEAN plak,aku letak dekat tingkap blik.
Biar bilik kami harum sentiasa.Hahaa :)

dalam gambar
1.pewangi
2.Kunci bilik
3.Pen biru dari Gui

apa-apa pun best la semua barang nih . aku suka semua ^^










Wednesday, March 9, 2011

ronda-rondi 1B

Assalam..okey,here, I want to share some stories about what I've did on the last Tuesday.

This is a long entry! ^^

Ok,kembali ke bahasa ibunda kita,iaitu bahasa Melayu lah kn? aku ni nama jak orang Bajau ,tapi bukan tu yang aku selalu cakap dengan mama n bapa aku dekat rumah.Bahasa Melayu jugak..kalau d bawak cakap bahasa Bajau dari mama n bapa aku,kami akan rasa kekok..err..pastu ketawalah  antara 1 sama lain..hahaha *ketawakan dri sendiri =.= dui lawak lah sangat.

                                                       

       Rabu                                                Bahasa Melayu                                          9/3/2011



Soalan
Ceritakan tentang apa yang anda lakukan pada hari Selasa yang lepas.Karangan anda hendaklah melebihi 120 patah perkataan.





Pada hari Selasa yang lepas,aku bersama-sama dua orang rakan sepermainan  aku iaitu Amanda Sabariah serta Nurul Hidayu telah pergi melepak ke 1 Borneo sebaik sahaja kelas Law yang di ajar oleh Miss Lenny tamat.

Sebelum pergi ke sana,kami balik ke hostel dahulu untuk mengambil dompet serta ada sesuatu yang urgent *rahsia harus aku lakukan.Memang telah menjadi kebiasaan bagi aku tidak membawa dompet.Buruk benar perangai aku nih.

Setelah itu,Amanda menghubungi aku dan Nurul yang menandakan bahawa Bas yang harus kami naiki telah sampai. Pada waktu itu,aku bersama Nurul masih jauh dari tempat menunggu bas.Dengan segala kudrat yang ada,kami berlari kencang ke arah bas yang dimaksudkan,iaitu di balik bukit.Kami pada waktu itu,di bawah bukit =.=' . Di sebabkan masa dan lokasi kami ketika dihubungi sangatlah tidak memuaskan,jadi aku serta sahabatku, Nurul mengambil inisiatif mudah,iaitu dengan memanjat atau berjalan pada longkang yang sangat tinggi.
Alhamdulillah,dengan mengambil jalan yang dekat,bahaya dan merisikokan nyawa kami berdua,kami cepat sampai ke tempat bas itu menunggu.=.= (beraninya kami!)

Tercungap-cungap aku waktu tiba di bas,almaklum apalah kudratku yang gemuk ni berlari laju-laju panjat bukit kn? Alhamdulillah,nasib berpihak pada kami.Pakcik bas sangat baik hati.Ingin sahaja aku memberi flying kiss,tapi tidak bole.Laki orang.

Setibanya kami di 1B,kami yang terdiri daripada 3 orang,memulakan perjalanan 'ronda-rondi di 1Borneo'.Haus! itu sahaja yang mampu aku pikirkan ketika itu.Jadi kami pergi ke kedai Orange yang berdekatan untuk menghilangkan rasa haus kami.Gulp! 100 plus aku minum.Hilang rasa haus panjat bukit tadi.

Selepas itu,misi ronda-rondi pun bermula.Mula-mula kami pergi ke k-box.Menghilangkan tekanan dan kesedihan yang melanda jiwa.Kadang-kadang bagus juga pergi k-box nih,lepas segala kekusutan dalam hati aku ni.Selepas itu,aku,Nurul dan Manda pergi makan tengahari di MCD.Di sebabkan mC value lunch,so makan jimat sikit.

Sebaik sahaja kami makan,aku membawa kawanku berdua ke Harris. Tujuanku hanya 1,mencari benda-benda 'alah' aku. Apa yang alah? novel lah.Aku kalau da masuk kedai buku,boleh sampai berjam-jam! membelek-belek mana buku yang sesuai untuk di 'sambar'.Akhirnya setelah hampir 1 jam memilih novel yang berkenan,aku membeli buku Sweet  Sour.Terbitan JS (Jemari Seni).Selama nih aku tak pandang pun JS.Di sebabkan adik aku kata JS sangat lah best,contoh novel yang best adalah karya Hlovate dan tidak di lupa jugak,Kopi Susu Sepatu Biru.Novel yang aku beli dikarang oleh Nasz.Aku tidak kenal pun siapa.Lantaklah,aku maw try novel kau Nasz.

Selepas itu,kami balik dengan menaiki bas yang sama sekali lagi.Bas T.U.T (Tuaran United Transport).



                                                                                                                            ulasan guru,
Karangan kurang baik.
Perbaiki lagi.



.............................................................................................................


err..okeh aku admit,aku memang lemah BM.Paling lemahlah BM.hahaha..aku x suka BM waktu aku skolah dulu.Malas aku mengarang. Asahlah sikit dekat blog ber'sawang' aku yang kasian nih. :) kn? ^^




duduk sebentar selepas menunggu dua org kawanku ambik duit ^^
Aku pakai baju biru.Percaya tidak? baju aku ni dari aku form 4 lagi.Muahaha.
aku pakai sebab aku minat gila dengan biru ^_^
gulpp..gulppp..nih kawan bek aku,Nurul! hehe..


kawanku yang comel ^^ Nurul dan Manda ^^


ronda-rondi 1B jumpa plak dengan rum8.
my rum8 yang sebelah aku tuh.
Saburah,aku,my rum8 dan Nurul.


motif gambar?? tunjuk cincin si Manda ni.muahaha ^^
errrkkkk =.=
Eh! hampir lupa plak! tika aku tengah berjalan untuk pergi ke Harris,aku terserempak dengan kawan aku nurul Izzati Ibrahim.yeaahh! lama x jumpa akhirnya jumpa jugak! ^^ dia keja dekat salah 1 farmasi dekat 1B nih.Cantik,bergaya orangnya.. =) gembira dapat jumpa kawan nieh :)


okeh,aku belum mandi.Matilah kalau mama aku tahu. =.= sorry mama :( aku lambat mandi lagi kali ni.Aku ni degil,pekak n apa lagi? haha semua melekat dekat aku..hehe..
hari tuh aku mengadu sakit tulang dekat mama aku,ingatkn tulang da bentuk 'S', haha, *mintak di jauhkan*sekali kena 'basuh telinga' pulak..degil..=.=' sepa suruh kaw? nehhh kena 

Sabtu nih ada PC fair dekat 1B,aku maw pergi,tapi x mau aku beli2 dekat PC fair tuh.


p/s: Rhona baru call aku,tanya pasal Izzati.hehe,tahu-tahu ja Rhona nih ^^

Tuesday, January 25, 2011

Today is Purple Day !





Salam n selamat malam semua kepada mereka2 yang sudi membaca blog nih.Hehe..ada ka yang sudi?? if ada thank u..appreciate it! haeee :D

Okeh as usual,today aq akan pakai baju warna purple! y?? semua benda mesti bersebabkan? begitulah jugak aq..hehe..aku pakai tuk menyamakan-warna-baju dengan kwan2 aku yang Komander..dorang kena pakai baju dorang yg warna purple tiap2 hari Isnin.So,aku ikut..biar seragam semua :D dorang punya baju xda pattern..hanya baju kosong. Nampak memang tiap2 hari Isnin aku akan pakai purple..hihihi

Hari ni aku ngan rum8 aku mcm berjanji plak pakai Purple.yeayy~!! i like ! >.<






peace!! nehhh this is my lovely rum8! comel kn?? kamu ada?
hoohooo kami dah 3 semester jadi rum8 n aku syang rum8 aku.Aisehhh :DD
http://www.emocutez.com

still single and available..berminat??
pandai2 la sendiri yew :D hikhik



sempat gi gambar2 ngan kereta my ex rum8 Ieka
keta kelisa hello Kitty (promote)

heeee~~ x habis-habis :p


sempat gi snap picture dekat tmpat parking keta.asib xda pak guard maw saman :D
okehh bole jadi model? perghhh..dlm mimpi.


Duduk belakang sekali waktu kelas Arab..sebab boleh tidur..hohoo
apa2 pown aku memang ska duduk belakang.Sebab boleh tengok karenah2 orang semua dri  tmpat duduk belakang

errrrr...=.=


peaceee! (^_^)v
roomies baju Purple! :D
mekong nampak. haha


muka mcm baru bangun.
sebelum kuar bilik..aishhh sempat lagi kn kami?? aduhhhh =.="
tapi biar :D

hehehehe..

Tahun ni,nampaknya sdah masuk 3 kali aku rum8 dengan Hasmin Hamsah.Hee..
aku suka berumate dengan dia..Serius!
nanti klo korang ada kesempatan berumate dengan dia,korang rasa lah best dia :D

apa2 pown aku sayang rum8 ku >.<






Gratisan Musik