Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Bestfriend dengan Buaya






Deep in the Costa Rican jungle, a fisherman named Chito discovered a crocodile that had been shot in the eye by a cattle farmer and left for dead. Chito was able to drag the massive reptile into his boat and brought him to his home, where he stayed by his side for months, nursing him back to health.

He named the croc Pocho. “I stayed by Pocho’s side while he was ill, sleeping next to him at night. I just wanted him to feel that somebody loved him, that not all humans are bad.” said Chito, ““It meant a lot of sacrifice. I had to be there every day. I love all animals – especially ones that have suffered.”

The day finally came when Pocho was strong enough to go back into the wild. Chito took him to a lake near his house and released him, but the animal simply got back out of the water and followed him home.

“Then I found out that when I called his name he would come over to me.” says Chito. The fisherman has been hesitant to tell his story, even though 20 years have passed since he first rescued Pocho.

Pocho is roughly 5.18 meters (17 feet) long. He and Chito play, wrestle and hug on a daily basis. That bond, Chito said, took years to forge.

“After a decade I started to work with him.”, says Chito casually, “At first it was slow, slow. I played with him a bit, slowly doing more.”







Chito has told his story now only to raise awareness of the cruelty that can be done to animals, and the difference that affection and treating other rightly can make.

“He’s my friend, I don’t want to treat him like a slave or exploit him.”
said Chito, “I am happy because I rescued him and he is happy with me because he has everything he needs.”













Source : WorldFact FB.

#interesting huh? a beast can be your friend if you treat them nicely. 
Aku tertarik dengan kisah ini, jadi aku share sama korang, korang dan korang semua. 


Monday, September 3, 2012

Perasan tak?



Bismillah.

#klik untuk tumbesaran bagi mereka yang rabun. ;p

Wednesday, June 27, 2012

Solat anak-anak


bismillah





Assalamualaikum. Sihat? tiba-tiba terfikir mahu tulis pasal nih..erkk..mengikuti Kem Bestari Solat pada Sabtu lalu telah membuka mata aku, dan membuat aku berfikir betapa pentingnya peranan kedua ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak untuk solat ini. hmmm kan?


Bilamana budak-budak tidak tahu solat, jangan salahkan guru yang mengajar. Dah masuk tahun enam pun masih belum tahu ambik wudhuk? 


"ustaz dekat sekolah ada tak ajar ambik wudhuk?" , soal seorang bapa kepada anak. 


"takda ayah", kata si anak, sambil geleng kepala.


 Dalam hal macam nih, ibu dan bapa jangan lah 100% bagi peranan tuh dekat pengajar. Peranan ibu bapa itu lagi penting dalam hal solat nih . Itu pandangan aku. Pengajian awal, datangnya dari tempat tinggal, yakni rumah, homehouse dan yang sewaktu dengannya. hehe kan?  ;)






Ibu bapa lah 'guru' pertama yang anak-anak jumpa. Dari kecik, didiklah mereka dalam solat dan juga Al-Quran. Hantar mengaji.. InsyaAllah, besar nanti bisa jadi anak-anak yang soleh dan berguna. (aminn) Solat bukanlah benda main-main wahai kita yang bakal jenazah ni. Walhal, nanti bila kita dikubur pun, solat lah benda yang pertama di soal malaikat kelak. C:




Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : Perintahlah anak-anak kamu supayan mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan) -hadis riwayat Abu Daud

#solat anak-anak itu mencerminkan solat ibu bapanya. Malulah kita pada Allah. :(
#yang menulis ini bukanlah seorang yang sangat baik, tapi aku menulis untuk peringatan diri dan bersama. 





Monday, June 25, 2012

Rumah Sewa | Blog Little Sunshine



bismillah.

Assalamualaikum. Rajin pulak aku mengupdate belog bulan nih. Bulan-bulan lepas, haprak.
 Untuk mengelakkan belog ini dikatakan bersawang jadi aku update lah apa yang terlintas di fikiran aku sekarang. Harapkan aku mahu update belog ni, idea tuh sebenarnya ada, cuma, bila mula mahu menaip entry tiba-tiba "ehh apa aku mahu taip tadi?". Tiba-tiba otak blank =..=' 


#teka-teki-teka-teku mana satu rumah sewaku?


Bercerita perihal rumah sewa, sekali sahaja aku pernah menyewa. Eh maksud aku, menyewa secara berbayar. Dulu,pernah tinggal di di Perumahan A (tak tahu namanya, jadi aku memandailah bagi nama A). Tinggal secara free. Duit keluar pun untuk peralatan dapur sahaja. Yeayy! Itu pertama aku tinggal rumah orang. Selalunya aku stay hostel. Tapi nasib aku di awal sem 5 hari tuh tak bagus, jadi tinggal luarlah nampaknya.  :(


Masuk semester 6, aku ingat nasib aku bagus. Rupanya, nasib tidak menyebelahi aku.  Harapkan pagar,pagar makan padi. Eeeehhh tiba-tiba guna peribahasa yang tidak sesuai. Nampak sangat BM aku SPM dahulu bukan A+. Aku tidak dapat hostel. Terus aku rasa sedih sangat. Kenapa aku tidak dapat hostel? Mungkin bukan nasib diri + ada kriteria yang tidak mencukupi. Tapi keputusan hostel aku yang gagal tidak menjadi batu penghalang untuk aku pergi kuliah. yoosshh! 


#Tangga. Wahhhh rumah aku sendiri tiada tangga macam nih ooo.





Akhirnya aku duduk di rumah sewa Taman Utara Gudon ni selepas seminggu dua aku ulang-alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Ezah yang kenalkan rumah ni, sebab dia pernah tinggal sini dahulu.  Penat? Memang penat. ╥﹏╥   Bayangkan perjalanan 45minit harus aku tempuhi untuk ulang-alik ke kuliah. Kalau ada kelas petang yang habis jam 6, haahh..sampai sahaja rumah terus aku mengampai (tidur). Perjalanan pergi dan pulang adalah berbeza. Waktu petang banyak kereta. Pagi tidak. Sampai rumah pulak, langit dah sangat gelap. Apapun ianya mengajar aku erti ketabahan.


Mymy! pinjam header ;p
#klik untuk follow blog Dian :) 




Tinggal dekat rumah sewa nih, at first sewa berempat dengan my besties. Ezah,Manda dan Ola. Students Politeknik masih bercuti. Lepas diorang balik cuti, Manda dan Ola balik asrama.  *diorang dapat asrama sebenarnya


Dekat rumah sewa nih la aku jumpa Mymy atau dulu, namanya MiszyDian . Aku ingat dia,tapi dia tak ingat aku. Hehehe, sebab aku diam-diam. *adalah sebab diam tuh* hehehe. Dalam hati aku, 'Dian' macam aku kenal nama tuh dekat dunia nih (blogging) . Terus aku naik bilik, pergi search segmen yang aku ikut dulu. Ternyata memang dia memang MiszyDian, blogger yang aku pernah ikut segmennya suatu ketika dahulu. Hihihi. Teruja aku. Dalam hati gembira 'aku satu rumah lah dengan blogger'. Terus inform dengan rakan sebilik. Ezah. Memanglah aku gembira sebenarnya, sebab benda yang aku tidak sangka-sangka berlaku pula. "Hai Kira! ", si Mymy selalu panggil aku begitu, terutama kalau aku turun ke ruang tamu. hihi. Ingat, lain kali kalau berjumpa, mahu cerita hantulah sama-sama. hahaha :p


Dekat rumah sewa tuh, hanya aku dan Ezah student dari UiTM.  Selebihnya student Politeknik KK. Bunga yang aku kira sebagai ketua rumah dan ramai lagi kawan baru yang aku dapat dari tinggal rumah sewa nih. Miza, Awa, Ogy, Finas, Nad, Dian, dan ada lagi,tapi aku tidak ingat dah nama diorang (╯︵╰,) *maafkan aku*. dan semestinya mereka ramah. 


#katil bilik aku. :') rinduu


Katil,tempat masak,mesin basuh, televisyen, radio, sofa, meja makan, semuanya disediakan oleh Tuan Rumah. Itu yang aku suka dengan rumah sewa nih. Hehehe. Semuanya ada. Bayaran pulak, emmm..aku dan Ezah bayar Rm100 seorang, termasuk untuk makanan. :) 
Senang cerita, aku memang jakun dan eksaited sebenarnya stay rumah sewa nih! *mengakuuu*


Pengalaman stay rumah sewa tuh memang best, walaupun cuma beberapa bulan sahaja aku tinggal, tidur,makan, berak segala bagai dekat sana. Apa pun, terima kasih Allah, atas kehidupan yang diberi. :') Banyak yang aku timba. Banyak yang aku belajar sejak tinggal luar nih. 


#Belog lamanya sudah tiada, dia buat belog baru. Little Sunshine. Jom kita support dan follow ramai-ramai! 
#bak kata Mymy atau nama dulunya Dianibarat kecik jak dunia nih rupanya. Benda yang tidak disangka-sangka berlaku kepada kehidupan kita.
#aku tidak tahu sampai mana umur aku, hanya Allah yang maha Mengetahui. InsyaAllah, kalau umur panjang, mahu timba pengalaman banyak-banyak! 


okbai.



Sunday, June 24, 2012

Ustazah Setengah Hari



bismillah. *entry panjang gedabak*


kelmarin bertambah pengalaman aku. Aku yang tidak pernah mengajar budak-budak ni akhirnya ada juga pengalaman, biar pun ini 'first time' aku. Siapa ingat tugas mengajar nih senang? lepas pengalaman kelmarin, barulah aku sedar yang tugas mengajar nih bukanlah perkara yang sangat mudah seperti memakan kacang. Kena ada ketabahan sebenarnya. Tabikk spring aku kepada guru-guru semua. (⌒▽⌒ゞ


Nama budak nih ichil. kawan adk aku,kawan aku jugak.




At first, kawan kakak aku si Anne ni telefon. Ajak jadi fasilitator mengajar budak-budak sekolah Sk. Timbang Dayang dalam KBS ( Kem Bestari Solat ). At first aku mana mahu. Aku suruh adik aku, last-last adik aku bawa aku sekali. aku pun joinlah sekaki. Duduk rumah ni boring jugak. Apa salahnya aku timba pengalaman kan? kena pulak mengajar-mengajar. Hehe. Tiada alasan untuk aku tolak sebenarnya. Ajar budak-budak sekolah sahaja. Budak kampung aku, aku kenal, tak jadi hal aku tuk ajar diorang. Sekolah tuh sebelah rumah aku sahaja. Sebelah rumah! Tapi kami naik kereta jugak gi sana. HAHAHA.  mengadanyaaa kan kami,habiskan minyak sahaja kan. =..=


budak-budak kelas 5B




Waktu kena agih kelas, aku dapat kelas 5B. 5B tuhh! kawan kakak aku kata, kelas nih dia ajar, sangat jajal ok. Jajal tuh apa? Jajal tuh degil/nakal. Mula-Mula masuk, aku blur. Lupa pulak suruh diorang baca doa. Then diaorang pun bacalah.  lepas tuh kelas sunyi. Semua budak pandang aku. Last-last aku bersuara. Ambik kehadiran murid-murid lah konon. Hehehe. Apa yang best kelas nakal ni sebenarnya , pelajarnya kan aktif. Jadi kalau kita tanya, kompom diorang jawab. haha ^..^
Murid yang paling aktif, adalah yang duduk depan sekali. Sekali tanya, ramai yang beria-ria angkat tangan. 


sesi pengajaran




Lepas siap ajar mereka tentang Muafiq dan Masbuk. Aku pun buka soalan. "Siapa ada kemusykilan kan, persoalan. tanya jak okay, tidak perlu malu-malu" . Then seorang murid tanya, "Ustazah, siapa nama Ustazah??". OPSS! boleh pulak aku lupa perkenalkan diri kan. Hahaha. Ustazah apalah aku ni. Sebenarnya aku tak target pun diorang akan panggil aku ustazah. Aku target panggil kakak, kah. Tapi ustazah tuh, not bad. Maybe sebab aku ajar diorang perihal agama, jadi diorang bagi aku gelaran macam tuh. hikhik. 


"Nama Siti Syakirah. Rumah sebelah sekolah nih sahaja". Kata aku sambil tunjuk rumah aku dibalik pagar. " OHH rumah ustazah kah tuh?? Selalu kami nampak orang main basikal sana.", kata tuh murid-murid. Basikal tuh sebenarnya adalah alat senaman. "Umur?" ,"Saya umur 21 tahun".  "mudanya" kata seorang murid. Dalam fikiran aku maybe diorang ingat yang aku nih memang seorang tenaga pengajar di mana-mana sekolah kot? 


budak-budak tunggu Amali Solat




Mula-mula memang susah mahu tarik perhatian budak-budak ni untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan. Payah! pulak aku dapat kelas yang aktif bukan main lagi. Aku ajar pun, 70% jak yang ambik perhatian. 30% lagi pi intai-intai budak-budak kelas lain ambik wudhuk. Semangat gila diorang tengok budak-budak lain ambik wuduk. Last-last aku buka macam-macam cerita untuk diorang dengar. Faham betul dengan perangai budak-budak nih.  Untuk pengetahuan, budak-budak sangat suka;

  1. cerita. Ceritalah sesuatu yang menarik dan yang kita pasti diorang belum dengar lagi. Confirm diorang bagi perhatian.
  2. Gadget. Contohnya telefon. Kalau telefon kau ada kamera lagi diorang suka. Budak aktif memang suka bergambar. hahaha 
Haaa tuh sahajalah. Sebab nih berdasarkan pengalaman aku. Alhamdulillah, lepas bercerita tentang Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj, Huraisy (kala jengking neraka)  yang akan keluar di hari kiamat nanti (yang mana Huraisy ini akan mencari orang yang ingkar-solat,zakat,ibubapa,bercakap hal dunia di masjid, dan minum arak) ,  tentang kisah di alam kubur, iaitu benda yang di tanya malaikat pertama kali adalah solat, dan macam-macam lagi. Diorang pun sedikit sebanyak memberi perhatian dengan apa yang aku cuba ajarkan. Alhamdulillah. Bergetar suara aku menceritakan. Entah kenapa. Tinggi harapan aku agar budak-budak nih faham, dan balik rumah nanti, praktikkan solat,dan sedar kepentingan solat itu.  Budak-budak sifat mereka memang ingin tahu. Jadi, rajinkanla bercerita kisah-kisah yang memberi tauladan. :) 



Baru tuh waktu aku tengah khusyuk menulis-menulis di depan ada pulakk budak bisik-bisik dekat belakang aku. 


"rupa ustazah bah sama dengan yang di Hooray-Hooray", kata seorang budak.


Berkali-kali pulak dia sebut tuh. Tapi aku diam jak. Malas mahu mengIYAkan. Sebab aku belum tengok Hooray-Hooray tuh. Dah dua orang yang kata rupa aku sama dengan pelakon Hooray2 (tapi aku x kenal lah pelakon tuh) yang first sekali, kawan baik aku, Rahayu kedua budak-budak yang aku ajar nih. Haha. ada-ada jak la. :) 


"Ustazah, ustazah kerja lah dekat sini bahh", kata budak lelaki yang bertahi lalat di bawah bibir secara tiba-tiba. Hensem! tapi nakal. haha ;p Banyak karenah budak-budak ni aku layan sahaja. HaHa


InsyaAllah! kata aku. Hehehe. Tersengih-sengih kemudian. "Sekejap jak bah di sini nih, tolong-tolong",  harap diorang faham cakap aku tuh. Aku kan penganggur sekaarang nih? duduk rumah sahaja kerja aku. Datang untuk menimba pengalaman dan ikhlas mengajar budak-budak ni. 


"Ustazah, bila kita mahu ambik wuduk?", kata seorang budak perempuan mata sepet kepada aku. 'Ehh endak sabar-sabar pulak budak nih'. "Nanti jak bahhh", kata aku dekat budak-budak kelas aku tuh. Untuk pengetahuan, kelas budak-budak nih dekat dengan paip. Pada firasat aku, diorang excited sangat mahu ambik wudhuk' lepas nampak budak-budak lain ambik wudhuk. Semangatttt gilaaa. Seriously. Aku baru kata "Okk lepas nih kita belajar ambik wudhukkkkk", aku cakap dengan nada excited. Tiba-tiba semua budak lari keluar! Aku pun terkejut! Ingat nak tunjuk demo dulu di kelas, then baru ambik wudhuk betul-betul. Last-last masuk balik lepas kena panggil, aku ajar diorang. then turun ambik wudhuk betul-betul.  Lucu bah kelas yang aku ajar ni. Semangat bukan main. Sekali aku turun pandai pulak ambik wudhuk sendiri. Sukurrrrr2 jak kena air supaya segar diorang kata. =..=. pulak?


tunggu Amali solat. Lagi.




Selepas habis segala pengajaran (aku ajar ikut tentatif program) ada setengah minit lagi sebelum jam 10.00am. diorang kena ambik makanan di bilik guru. Budak-budak tuh minta cerita seram pulak dekat aku. AKu apa lagii ceritalahhhh. Sudah aku ni memang kaki cerita seram,  jadi aku ceritakan lah cerita seram sekolah menengah aku sikit. Khusyuk habisss. Siap sampai bawa kerusi lagi duduk depan aku. Haha. Aku siap tanya budak-budak tuh lagi, "siapa sini yang mahu sekolah di Tun Said?" , banyak pula angkat tangan. "ahhh bagus, nanti kamu masuk sana, belajar agama ok?", sempat aku promote sekolah. hikshiks ^^  *ustazah apa begini,cerita hantu? =..="


Kem Bestari Solat . Amali Solat .Imam -Ichil




Lepas tuh diorang pun kumpul reramai. Buat Amali Solat. Then, balik rumah...




#Harapan aku, walaupun aku cuma Ustazah setengah hari, aku harap apa yang aku sampaikan 'sampai' dekat diorang. :'))) Balik-balik aku pesan, sampai rumah sila praktik.
#pengalaman ni sekali seumur hidup aku. Terasa juga ajar-ajar budak ni, walau aku jadi fasi sahaja. Dulu angan-angan jadi cikgu, tapi tidak kesampaian. Merasa sekali begini pun aku syukur. Bukan senang mengajar nih. Terasa pulak kepayahan jadi pengajar. Terima kasih untuk semua cikgu-cikgu yang di dunia nih. TANPA GURU SIAPALAH KITA. :) kan?
# Apa pun, aku rasakan pengalaman aku ini, antara yang sangat BEST! *kesiukan*
Aku belum layak digelar ustazah dalam dunia realiti T__T









Saturday, July 9, 2011

Sedia ubat power untuk next week!

Assalamualaikum, haishh tangan aku gatal-gatal jugak masih untuk  post guna Windows Live Write (WLW) ni. Almaklum, keadaan aku ni boleh la di samakan dengan perasaan main mercun, sudah main sekali,pasti nak lagi.Bila da patah hilang terbakar jari barulah berhenti. Ehh itu mercun. Kalau WLW ni, sengal-sengal tulang?


Nampaknya balik rumah ni, aku kena menjelajah ke dalam hutan, mencari herba-herba terpilih sepanjang zaman nenek moyang aku untuk mencipta ubat terpower no 1 di kampung aku. Ehh,ops! terLEBIH imaginasi aku.


Sebenarnya rakan-rakan ( macam sir aku di kelas dia panggil ‘rakan-rakan’, jadi aku ikut dia lah ni ),next week memang jadual penuh. Fuhhhhh. Aku rasa aku kena cipta juga herba-terpilih-sepanjang-zaman aku tuh untuk bekalan next week. Tapi aku rasa itu mustahil. Jadi aku padamkan saja niat suci murni aku tuh.


Next week…

3 test 2 presentation =.=






P28-06-11_13.21




*adalah muka mekong next week.

p/s: kepada rakan-rakan sekelas, ohh jangan heran kalau muka mekong next week. Aku sudah mention di sini. 


apa pun doakan aku boleh buat ..aminnn..jom amin reramai ^^



Thursday, July 7, 2011

sa bukan ahli Bersih!

Tulunglah Malesssiiiiaaa..kiri kana road block..sa bukan ahli Bersih!


Ok,waktu aku tengah siok-siok round2 fb (sbb xda kerja da maw d wat kan) ternampaklah plak starus sir yang ajar aku MGT dulu. Sir Franklin Hazley Lai. Apa pun dia mengajar, sia suka ohh.

Sebenarnya aku tidak tahu menahula pasal ahli Bersih ni.Yang aku tahu diorang pakai baju kuning. Yellow. Student-student yang Diploma Perbankan (DIB) baju diorang memang warna kuning *oh aku la tuh salah sorang,tapi aku x pakai baju tuh ok!? sana ampai2 dalam almari di rumah* jadi AWAS! kepada rakan-rakan DIB, jangan pakai baju kuning. Polis menunggumu. Bahaha


*sumber mas google


Kemon la,road block2 nih melambatkan orang jak. Orang yg maw pi mengajar, terlambat. Orang yang maw pi berekpes , kebulur tengah jalan kali? Itu Ok lagi, tapi kalau orang yang memang maw rush sangat maw pi berak di tandas? ohh sungguh sadis! Terpaksa tunggu habis roadblock juga.

Nasib aku suda masuk UiTM tadi pagi, kalau tidak ada kemungkinan aku terperangkap dalam road block . Mungkin? aku paling tidak suka road block, sebab aku tidak pernah paham-paham tangan polis tuh suruh aku berhenti ka atau jalan jak terus =.=' ohh aku selalu blur.

k bai.

assalamualaikum,mata makin berat,perut juga lapar




Thursday, June 16, 2011

Belajar Menerima Kenyataan

Happy Thursday everyone?


Hari nih hari khamis,so xkan la aku maw kata Happy Wednesday everyone? kn?


Huhu.Hari ni hari free,kelas cancel sebab Sir kami jalan entah kemana tuh. Aku pun tarak tahu la.Yang penting xda kelas,jadi sudah cukup untuk membuatkan hatiku gumbira! bahahaha =D


Belajar menerima kenyataan.Well,sometimes ada benda yang kadang-kadang kita tidak expect pun berlaku dalam hidup kita nih. Ada benda yang menggembirakan sampai seharian ketawa sorang-sorang,dan ada jugak benda yang menyebabkan kita sedihh sampai menangis x ingat dunia dalam bilik and sometimes,ada gak benda yang buat kita terkejut. 


Well,apa pun benda yang berlaku,kita kena terima.Jika Allah SWT sudah tetapkan begitu kejadiannya,jadi kita kenalah menerimanya dengan seikhlas hati,tanpa rasa sakit hati. 


Kita kena terima,semua perkara yang berlaku di dunia ni,pasti akan ada hikmah tuh di sebaliknya. Bila sesuatu musibah menimpa diri,pikir la secara positif. Cuba fikir,pasti ada hikmah di sebaliknya. Kalau aku,selalu tanam dalam diri aku ni,kalu ada pun benda2 buruk jadi dekat aku,aku pikir balik. Macam aku accident hari tuh,bila pikir-pikir balik. Ok gak tuh,bole lupa benda yang aku ingat-ingat selama ni,yang saban hari menggangu tidur aku..chewaah! ayat aku tu memang x bole blah la ya. Masakan x lupa? asyik ingat kena langgar ja.HAHAHAHA! itulah TRAUMA namanya. Kekeke. Nasib xda kemalangan jiwa. 





kakak aku pun maw balik Maktab Tawau sudah.Ohh itu pun salah 1 
kenyataan yang patut aku terima. *gila besar jugak gambar aku tempek nih ?ohh gambar waktu tadika umur 4 tahun dulu.Ngee =p  




Jadi apa yang berlaku di dunia ni semua pasti ada hikmahnya, pedulilah kalau orang tuh tedang ko ka, unfriend fb,unfollow blog misalnya,cinta kan kau,bencikan kau ka( sekadar contoh ya ) ingatlah,pasti ada jugak yang manis-manis di sebaliknya~ ^^ hehe




k bai.


p/s:gud bye kepada rakan-rakan maktab.x lama lagi habis da cuti kamu kn?wuhuuuu ^^


Tuesday, January 18, 2011

Lelaki yang macamana wanita inginkn?







''aDaPuN waNiTA sUKA leLAkI yG hensEM ,X t'kEcUALI yG waNITA yG x M'mnDanG rUPA PArAs Yg HAnYA b'JAya d jInaKkn aTAs ukURAn HAti buDi seMAta- maTA ...dI seBAlIk keTIDAksamAan ciRI iNi , ADA sTu cIrI2 lELAki yG m'JAdI iDAmAn bG wAniTA , ...iaItu, lELAkI yG TaAt kePAda AGaMA , yG boLeH m'bImBInGnYA m'JAdI WAnITA soLeHAh ...^_^... suPAYAmeREKA sMA2 kePiNTu sYUrGA ...AmiN ^_^''




hah,begitu lah bunyik status sorang lelaki,merangkap kwan fb aku..sepa dia? carik sendiri ahh biarla dia 
menjadi tanda tanya sahaja.hahah.xda sepa2 pown,cuma seorang hamba Allah :)
Statement di atas adalah antara ciri2 lelaki yg pempuan impikan. Yah ka? kalo aku iyah.Aku 
sokong 100% statement saudara di atas ni.Wanita mana yg x mau bersuamikan lelaki yg soleh?
Aku mahu ok.

Lelaki yang soleh boleh membimbing wanita itu menjadi wanita yang baik,(insyaAllah)
sama2 masuk syurga,kan best tuh? 


''wanita yg solehah akan menjadi ketua bidadari di syurga kelak''


begitulah kata adik aku si Kecik.


Hensem mana pun x guna jgak,kaya mana pun x ke mana jgak..


kalau soleh insyaAllah akan membawa wanita2 ke jalan syurga ^_^


hehehe..




Tapi jgan la kita terlalu memilih kn.Jika Allah sda menetapkan siapa jodoh kita,kena trima dia seadanya.Klo x baek ka apa,sama2 perbaiki diri agar jadi orang yg baek2.Ya lahh.tidak semua manusia sempurna kan?


Rasullullah pun tlah berkata,klo maw cri jodoh yang paling penting tengok agamanya.
Klo kita tgok agamanya,kompom hidup bahagia ja.Tapi agama mestilah dlam erti kata sebenar lah kan.Bukan setakat 'Islam' dalam kad pengenalan jak.No No (geleng kepala)
Yah.orang sekarang sya tgok Islam dalam IC ja.
Pakaian dedah sana sini,sampai yg dalam pun nampak di luar? aishh..manusia sekarang.
Tetapi x semua la.Trend yg di ikut,cakap tuhan x di ikut. okeh.malas cerita panjang2 bab ni. korang tahu jgak kn? heee




Dalam isu kahwin nih,Rasullullah juga telah menegaskan para ibu bapa mereka agar mengahwinkan anak perempuan mereka kepada lelaki yang beriman dan menjauhinya dri mengahwini lelaki yang fasik.kenapa? semua yg ditetapkan pasti akan ada sesuatu yg tersirat,yang menbawa maksud yang baik.
tepuk dada tanya dalam hati :))


Ok,nampaknya sampai sini sahaja perkongsian sya pada hari ini.
Biarpun cuma pendek n tidak berjela2..
kadang2 terfikir jg,


''apa yang aku ckap kat atas nih??''


owhh itu cuma sekadar pandangan dri diri yg x seberapa ini.siapalah aku tuk menilai.huhuu






apa2 pown,pilihlah yg terbaik untuk dri anda ! ^.^ v


















p/s:semua ini adalah pandangan ikhls dri saya,xda pun ingin menyinggung hati orang lain ka apa.kalo ada yg tersinggung,minta maaf banyak2 :) peaceee ^_^v