Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Segmen | Biskut/Kuih Raya Kegemaran Saya


bismillah.

Assalamualaikum dan salam ramadhan  (ノ>▽<。)ノ  yo aku muncul lagi kali ini. Update entry, join segmen kawan bloggers si Anne. Aku da kata dekat dia yang aku mahu join, jadi aku join lerr sebab aku rasa segmen ni menarik. ehe *suka ikut segmen yang simple* ;p




Dalam kes aku, kuih nih kalau raya jarang ada dekat rumah, sebab mama aku selalu beli kuih raya dulu. Tapi tahun ni aku sudah janji nak buat kuih raya dekat mama aku. So aku mesti buat! 
Biskut raya nih, kalau aku beraya dekat rumah orang or kawan-kawan aku wajib makan. *ayat macam daga tul tuh* . Nampak tuh biskut makan terus. lol

# klik gambar XD


Jadi kawan² kasi adalah biskut raya nih dekat rumah kamu boleh???

Biskut yang telah memenangi hati dan nafsu makan aku ialah, BISKUT MOZELA! *sila baca dengan bersemangat* ehh wait, aku pun tak pasti nama dia Mozela or Mazola, aku tau makan ja. ehe  



Resepi

-1 mangkuk kacang tanah yang telah di goreng dan blender.
-1 mangkuk tepung gandum.
-3/5 mangkuk gula halus.
1/2 cawan peanut butter.
-minyak jagung secukupnya.
Cara²
-satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar. (kecuali minyak jagung)
gembur² kan kacau sampai rata.
-Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil terus di ramas² acuan tuh hingga menjad doh. Pastikan doh tidak terlalu lembut, tidak terlalu keras.
-Terap/ bulat² kan doh ikut corak yang disukai. Susun dalam dulang. Sapu kuning telur atasnya.
-Hiaskan dengan sebutir kacang tanah (optional)
-Bakar 150 degree, 10-15 minit sampai perang.

Emmm nih la biskut kegemaran aku. Aku suka makan ni, rasa kacang yang sedap. Makan sekali nak lagi. lol. Aku rasa mesti korang pernah makan juga nih kan? Sedapkan? Alahhh biskut yang sedap tuhhh. Nih lah kuih raya yang aku janji mau buat dekat mama aku. Harap-harap jadi lah. ehe

Tag mereka Mymy, Ajie, Phiel, Memeng, Ayu, Dayang. C:

 #Hehe, done pun ikut segmen si Anne. 
# Salam Ramadhan semua C: mari perbanyakkan amal ibadah di bulan ini, kerana Allah menggandakan pahala hambaNya pada bulan yang mulia ini. :))



Monday, June 25, 2012

Rumah Sewa | Blog Little Sunshine



bismillah.

Assalamualaikum. Rajin pulak aku mengupdate belog bulan nih. Bulan-bulan lepas, haprak.
 Untuk mengelakkan belog ini dikatakan bersawang jadi aku update lah apa yang terlintas di fikiran aku sekarang. Harapkan aku mahu update belog ni, idea tuh sebenarnya ada, cuma, bila mula mahu menaip entry tiba-tiba "ehh apa aku mahu taip tadi?". Tiba-tiba otak blank =..=' 


#teka-teki-teka-teku mana satu rumah sewaku?


Bercerita perihal rumah sewa, sekali sahaja aku pernah menyewa. Eh maksud aku, menyewa secara berbayar. Dulu,pernah tinggal di di Perumahan A (tak tahu namanya, jadi aku memandailah bagi nama A). Tinggal secara free. Duit keluar pun untuk peralatan dapur sahaja. Yeayy! Itu pertama aku tinggal rumah orang. Selalunya aku stay hostel. Tapi nasib aku di awal sem 5 hari tuh tak bagus, jadi tinggal luarlah nampaknya.  :(


Masuk semester 6, aku ingat nasib aku bagus. Rupanya, nasib tidak menyebelahi aku.  Harapkan pagar,pagar makan padi. Eeeehhh tiba-tiba guna peribahasa yang tidak sesuai. Nampak sangat BM aku SPM dahulu bukan A+. Aku tidak dapat hostel. Terus aku rasa sedih sangat. Kenapa aku tidak dapat hostel? Mungkin bukan nasib diri + ada kriteria yang tidak mencukupi. Tapi keputusan hostel aku yang gagal tidak menjadi batu penghalang untuk aku pergi kuliah. yoosshh! 


#Tangga. Wahhhh rumah aku sendiri tiada tangga macam nih ooo.





Akhirnya aku duduk di rumah sewa Taman Utara Gudon ni selepas seminggu dua aku ulang-alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu. Ezah yang kenalkan rumah ni, sebab dia pernah tinggal sini dahulu.  Penat? Memang penat. ╥﹏╥   Bayangkan perjalanan 45minit harus aku tempuhi untuk ulang-alik ke kuliah. Kalau ada kelas petang yang habis jam 6, haahh..sampai sahaja rumah terus aku mengampai (tidur). Perjalanan pergi dan pulang adalah berbeza. Waktu petang banyak kereta. Pagi tidak. Sampai rumah pulak, langit dah sangat gelap. Apapun ianya mengajar aku erti ketabahan.


Mymy! pinjam header ;p
#klik untuk follow blog Dian :) 




Tinggal dekat rumah sewa nih, at first sewa berempat dengan my besties. Ezah,Manda dan Ola. Students Politeknik masih bercuti. Lepas diorang balik cuti, Manda dan Ola balik asrama.  *diorang dapat asrama sebenarnya


Dekat rumah sewa nih la aku jumpa Mymy atau dulu, namanya MiszyDian . Aku ingat dia,tapi dia tak ingat aku. Hehehe, sebab aku diam-diam. *adalah sebab diam tuh* hehehe. Dalam hati aku, 'Dian' macam aku kenal nama tuh dekat dunia nih (blogging) . Terus aku naik bilik, pergi search segmen yang aku ikut dulu. Ternyata memang dia memang MiszyDian, blogger yang aku pernah ikut segmennya suatu ketika dahulu. Hihihi. Teruja aku. Dalam hati gembira 'aku satu rumah lah dengan blogger'. Terus inform dengan rakan sebilik. Ezah. Memanglah aku gembira sebenarnya, sebab benda yang aku tidak sangka-sangka berlaku pula. "Hai Kira! ", si Mymy selalu panggil aku begitu, terutama kalau aku turun ke ruang tamu. hihi. Ingat, lain kali kalau berjumpa, mahu cerita hantulah sama-sama. hahaha :p


Dekat rumah sewa tuh, hanya aku dan Ezah student dari UiTM.  Selebihnya student Politeknik KK. Bunga yang aku kira sebagai ketua rumah dan ramai lagi kawan baru yang aku dapat dari tinggal rumah sewa nih. Miza, Awa, Ogy, Finas, Nad, Dian, dan ada lagi,tapi aku tidak ingat dah nama diorang (╯︵╰,) *maafkan aku*. dan semestinya mereka ramah. 


#katil bilik aku. :') rinduu


Katil,tempat masak,mesin basuh, televisyen, radio, sofa, meja makan, semuanya disediakan oleh Tuan Rumah. Itu yang aku suka dengan rumah sewa nih. Hehehe. Semuanya ada. Bayaran pulak, emmm..aku dan Ezah bayar Rm100 seorang, termasuk untuk makanan. :) 
Senang cerita, aku memang jakun dan eksaited sebenarnya stay rumah sewa nih! *mengakuuu*


Pengalaman stay rumah sewa tuh memang best, walaupun cuma beberapa bulan sahaja aku tinggal, tidur,makan, berak segala bagai dekat sana. Apa pun, terima kasih Allah, atas kehidupan yang diberi. :') Banyak yang aku timba. Banyak yang aku belajar sejak tinggal luar nih. 


#Belog lamanya sudah tiada, dia buat belog baru. Little Sunshine. Jom kita support dan follow ramai-ramai! 
#bak kata Mymy atau nama dulunya Dianibarat kecik jak dunia nih rupanya. Benda yang tidak disangka-sangka berlaku kepada kehidupan kita.
#aku tidak tahu sampai mana umur aku, hanya Allah yang maha Mengetahui. InsyaAllah, kalau umur panjang, mahu timba pengalaman banyak-banyak! 


okbai.



Tuesday, November 1, 2011

aku doktor haiwan

Hai, selamat petang. Assalamualaikum. sihat? kalau sihat bagus lah.


Kucing aku tidak sihat
Kucing aku si Bear bernanah pipi dia
Kelmarin kami da ubat simpan ubat yang warna kuning tuh.
Kelmarin juga aku picit pipi dia, biar keluar nanah

ohh BEAR! namamu tidak sesuai dengan jenismu
bukan ? kau kucing, namamu beruang.


Aku bukanlah seorang doktor
Apatah lagi doktor kucing
Demi kucing  aku
aku gagahkan diri jadi kucing !
ehh salah, doktor kucing tidak berbayar ! uhuk
aku letak ubat
ubat apa tah?
ahhh aku pun tidak tahu nama dia.
Panggil sahaja ubat kuning.
disebabkan warna nya yang kuning

Tadi
ternampak pipi Bear kembung lagi
Mulut dia ternganga pulak
Sedih pulak aku rasa
Aku tidak tahu apa lagi aku perlu buat
Rasa mahu menangis pulak

Sekarang
Bear aku cari
dia sudah tiada
menghilang entah ke mana
aku ingat mahu jadi doktor haiwan lagi hari ini
tapi Bear sudah lari
harap dia datang lagi T..T