Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Kembali Bernafas


Bismillah. 

"kembali bernafas" haha itu tajuk aku bagi untuk blog aku yang sudah lama 'sesak nafas' ni. 
Dari dulu fikiran aku mahu update entry, tapi ada sahaja benda yang mengekang aku. Padahal hari-hari pun aku online (?) perghhh

Sekarang, masuklah 2 bulan lebih aku duduk dekat negeri orang. Berjauhan dari keluarga serta kawan-kawan.. Bapa mama kata tidak apa berjauhan, call dan sms kan boleh? Owhh yea bapa aku betul, telefon dan internet sangat berguna sekarang. 

#koleksi lama#
It is not Facebook who connect us, it's the Internet! LOL


Minggu lalu jak aku balik Sabah. Balik kampung. Cuti Raya Haji lah katakan. 

"cuti seminggu pun maw blik Sabah ka?.."  -bak kata Rosley di Facebook. Iya bahh. Mesti balik. (∩_∩)

Tapi tahun ni aku beraya haji dekat Kuala Lumpur, together gether dengan my bestiest, Amanda dengan Mak Usu dan Intan. Lokasi? Palaza Rah. Lahhh apartment yang depan Hospital KL tuh. kihkihh (ノ*゜▽゜*)  terus terang, ini pestime aku stay rumah selain rumah aku di kampung.  pergi KL naik KTM, ahhhh itu pun first time juga aku naik kereta api. Di Sabah ada juga kereta api, tapi hari tuh kan terbakar 1? haha :p

Kelmarinnya sempat jalan-jalan juga dengan adik aku Kecik, next time lah aku tidur dengan kau dekat UM tuh ya? Aku pun mahu rasa tidur dekat asrama orang secara 'illegal' :p

Waktu raya haji tuh, patut aku balik petang. Flight jam 5.30pm kalau tidak silap. Sekali flight aku bukan lagi DELAY, CANCEL terus penerbangan ke Kota Kinabalu! Sebab ada masalah dengan lampu-lampu neon dekat Airportnya tuh. Punya sedihhhhh aku, aku ingat sempat lah beraya haji dekat rumah kan, sekali esoknya juga aku balik. Malam tuh stay rumah pakcik dekat Dengkil.   -Jutaan terima kasih kepada, bapa, Amanda dan pakcik Awang. 
ヾ(´▽`;)ゝ tanpa kamu entah di mana aku stay hari tuh.

Stay rumah sendiri sangat best. Sampai feeling-feeling aku ndak mahu balik semenanjung balik. Adakah patuttt.  Nanti mungkin akan balik kampung tahun depan. Bulan 2 kali? Jadi kawan-kawanku Ajie, Tika, Edut tetapkan tarikh pertemuan dong. 

Hari tuh balik Segamat pun pakai KTM.  1 sahaja kekurangan KTM nih bagi aku, tandasnya tiada. =..= cuba faham perasaan aku yang dari Kl Sentral ke Segamat tuh? =..=


okay, aku rasa cukup aku berkisah-kisah di sini untuk kali ini. Daaa, selamat tinggal ! 
Jumpa di lain entry dan di wordpress kalau ada yang sudi? lol

#Esok ada test, tapi aku macam lugai-lugai. Doakan aku dapat jawab ya C:




Tuesday, August 7, 2012

Segmen | Biskut/Kuih Raya Kegemaran Saya


bismillah.

Assalamualaikum dan salam ramadhan  (ノ>▽<。)ノ  yo aku muncul lagi kali ini. Update entry, join segmen kawan bloggers si Anne. Aku da kata dekat dia yang aku mahu join, jadi aku join lerr sebab aku rasa segmen ni menarik. ehe *suka ikut segmen yang simple* ;p




Dalam kes aku, kuih nih kalau raya jarang ada dekat rumah, sebab mama aku selalu beli kuih raya dulu. Tapi tahun ni aku sudah janji nak buat kuih raya dekat mama aku. So aku mesti buat! 
Biskut raya nih, kalau aku beraya dekat rumah orang or kawan-kawan aku wajib makan. *ayat macam daga tul tuh* . Nampak tuh biskut makan terus. lol

# klik gambar XD


Jadi kawan² kasi adalah biskut raya nih dekat rumah kamu boleh???

Biskut yang telah memenangi hati dan nafsu makan aku ialah, BISKUT MOZELA! *sila baca dengan bersemangat* ehh wait, aku pun tak pasti nama dia Mozela or Mazola, aku tau makan ja. ehe  



Resepi

-1 mangkuk kacang tanah yang telah di goreng dan blender.
-1 mangkuk tepung gandum.
-3/5 mangkuk gula halus.
1/2 cawan peanut butter.
-minyak jagung secukupnya.
Cara²
-satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar. (kecuali minyak jagung)
gembur² kan kacau sampai rata.
-Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil terus di ramas² acuan tuh hingga menjad doh. Pastikan doh tidak terlalu lembut, tidak terlalu keras.
-Terap/ bulat² kan doh ikut corak yang disukai. Susun dalam dulang. Sapu kuning telur atasnya.
-Hiaskan dengan sebutir kacang tanah (optional)
-Bakar 150 degree, 10-15 minit sampai perang.

Emmm nih la biskut kegemaran aku. Aku suka makan ni, rasa kacang yang sedap. Makan sekali nak lagi. lol. Aku rasa mesti korang pernah makan juga nih kan? Sedapkan? Alahhh biskut yang sedap tuhhh. Nih lah kuih raya yang aku janji mau buat dekat mama aku. Harap-harap jadi lah. ehe

Tag mereka Mymy, Ajie, Phiel, Memeng, Ayu, Dayang. C:

 #Hehe, done pun ikut segmen si Anne. 
# Salam Ramadhan semua C: mari perbanyakkan amal ibadah di bulan ini, kerana Allah menggandakan pahala hambaNya pada bulan yang mulia ini. :))



Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Kelahiran Safiah C:

bismillah.


Hari nih, masuklah 10 Julai 2012. Kali nih aku gagah mau update sebab mau wish Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Ke-Dunia, Sanah Helwa, Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, Janam Din Ki Badhai *bahasa hindi pun masuk* kepada seorang kawan baik aku, iaitu Siti Safiah! *sila tepuk tangan*




#this is her. Gambar nih waktu beraya rumah dia Tahun lalu.
-jangan kata muka ko macam kura-kura pulak. ok bah ni ;p -

Di ucapkan semoga Safiah panjang umur, ingat Allah selalu, murah rezeki selalu, senyum selalu, dan sentiasa happy bersama orang-orang tersayang semoga menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini C:  *aku rasa aku tak pandai wish-wish ayat sastera lah. aku bagi ayat biasa ja. hehe*


Wishing you a day soft as silk
white as milk
sweet as honey and full of money
may all your dreams come true
HAPPY BIRTH DAY SAFIAH! 


#who's next? ;p

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru | Mama aku dapat banyak hadiah !

Assalam semua~ seperti yg kita tahu,hari ni hari guru kan? So,aku maw wish dekat semua Guru-Guru dekat Malaysia nih,Selamat Hari Guru~Happy Teacher’s Day~Selamat HAri Sigu~! terutama mama aku,lecturer-lecturerku dan Gurukul! ehh bukan Gurukul. Guruku~ =P

Tadi petang,waktu aku mama aku balik dari sekolah, sempat mama aku pesan,begini bunyiknya

Mama:“Besar~! Pi ambik hadiah mama dekat kereta”

Aku:“Ok maaa~” aku,OK jak lebih..tapi xda pun aku ambik.ahaaha! aduih.anak apala ni =.=

Then,petang-petang sikit barulah aku gi ambik.Itu pun adik aku yg ingatkan.Serius! aku benar2 lupa maw ambik.Aduhh.Pelupa.Banci perangai ni~!

Pastu aku pun gerak ngan adik aku pi keta mama aku ambik hadiah! WoW! Banyaknya hadiah mama aku dapat~ best jugak jadi guru nih kan,ada ja murid2 bagi hadiah :D

*gambar mama aku suru upload,bagi tgok kakak konon.ahaaa =D

Okehhh inilah hadiah murid-murid mama aku~ahaa rajin kamu bagi hadiah :D
banyak kn???! banyak kn???! (dengan nada bersemangat yg terhegeh2 )
ada frame,ada mug,ada macam-macam! 
 ^..^ (hidung kambang,maka bukan aku punya)


Ada murid mama aku bagi hadiah,siap ada SAJAK lagi.
kalau x nampak sajaknya.meh aku tuliskan
ehemmm~

Cikgu engkaulah umpama hidupku,setiap gelap cikgu akan menggantikan,bulan dan bintang yang berada di atas langit                       sajak ini saya buat sendiri 

benda ni mula-mula aku ingat SABUN.
wahhh ada jugak murid yg bagi sabun ya? 
mungkin dia maw bagi anak2 cikgu dia nih yang jarang mandi opss!.hee


ohhh nih frame gambar~


Jadi guru memang best~tadi sempat lagi mama aku cakap dekat aku,Guru tadika pun dapat hadiah.ahaa..maw kasi jeles aku la tu.Ahahaa..x jeles pun mama ^_^ hihihihi

Guru umpama lilin,membakar diri mengajar murid-murid.
Tanpa guru x la kita ni berilmu kn?

Di samping itu,aku maw ucapkan selamat hari Guru untuk Mama aku,Guru-guru aku,Lecturers yg pernah mengajar aku~ n kawan-kawan IPG yang bakal jadi Guru tuh.Best of luck dear! :D

p/s: Sajak murid mama aku juga paling manang! :D

Thursday, February 3, 2011

CNY this year is My Mom's Birthday

Hai! eh,aku ni selalu wat entry larut malam,kalau tidak larut malam,larut pagi..eh,ada ka larut pagi??? :D
hari ni CNY.Mula² aku tertanya² apa maksud CNY nih? aku nampak dekat Fesbuk ramai tulis² CNY.
Lama aku pikir.Almaklum,aku nih lambat loading sikit [ lambat pickup ] .Rupa² nya Chinese New Year :D

GONG XI FA CHOI !

nahh! ayat nih lah yang best ni. Aku lagi suka Gong Xi Fa Choi dari X-Mas..hehe tidak tahulah aku kenapa.Maybe sebab dulu aku selalu layan drama Cina dekat NTV7 dan TV2 setiap kali jam 6 hinggalah jam 11 malam.Best apa movie China,paling best bagi aku cita Once Upon A Time in China.Movie ni memang gila-gila bestnya.Yang belum tengok tuh pi lah tengok.Aku suka layan cita Cina yang lama-lama punya.Best!


suami aku ehh! bukan ! >.<''

Chinese New Year tahun ni spesel sikit. Jatuh pada tarikh lahir mama aku. 3/2/2011 http://www.emocutez.com . aku ni xda lah pengalaman menyambut CNY nih..angpau pun selalu dapat dalam mimpi jak.heee :D Limau selalu jugak dapat.ada sesiapa yang sudi bagi angpau dekat aku?? hehe ^___^   bagilaa..

Jadi esok kami dah rancang kononnya sambut befday mama aku.hihihi :DD 
banyak jugak budget..nih semua rancangan kakak aku lah nih. Aku ikut jak.
Kakak kata ''membelanjakan wang untuk ibu bapa kita 100x ganda lebih pahalanya dari pahala yang di gunakan untuk anak2 yatim''  wow! aku terjut.Tidak sangka aku. :]
Jadi sok pagi,aku lah yang jadi mangsanya.Kena drive gi kedai.Aishh,risau aku sebenarnya.HAHA! Lesen P aku belum kuar lagi,takut plak kalau Pak Polisi banyak di jalan raya nanti.Harap2 Pak Polisi cuti jugak CNY nih.yeeaahhh !! :D 

So semua..jom kita belanjakan tuk ibu bapa kita ya?? 
Tetapi bagi yang sudah pergi meninggalkan kita,seharusnya kita sebagai anak mendoakan kesejahteraan kepada mereka di 'dunia' sana..Amin ya Rabbal Alamin.

p/s:Tengah siuk-siuk tengok TV Animal FArm