Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label picture. Show all posts
Showing posts with label picture. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Girls-night-out


Bismillah.

Assalamualaikum semua.

Sekarang telah masuk pun bulan baru, bulan Febuari. 


Hari tuh 20hb Januari aku sempat ke Shah Alam sebelum balik ke kampung halaman. Tempat cousins aku si Ani & her husband dan si Anna the babysitter. Aku bukan pergi sorang-sorang ok. Gila kau? Nanti aku sesat di negeri orang, aku bukan orang sini. Aku dengan my dear sister si Kecik yang jalan pergi sana. Padahal naik KTM jak pun pergi KTM Shah Alam, then my cousin ambil. Hi hi hi.   *yaiiii terhibur nampak?*


Then malam tuh kami ber 3 jalan g I-City (aku, Kecik dan Anna). Cousin aku si Ani tidak ikut. Dia tinggal di rumah. Jadinya ? Jadinya aku yang kena suruh pandu, sebab aku jak antara kami ber 3 tuh ada lesen. Mau tak mau, kenalah pergi. Sebelum jam 9 malam kami da bertolak dari rumah Ani. Aku lupa lah area sana tuh Syeksyen berapa. * pelupa * . Dekat jak I-City tuh dengan rumah dia. Si Ani siap bagi peta lagi. HAHAH.



Peta Ani bagi. Yang bulat bulat 3 biji tuh traffic light. Dekat ja I-City tuu. dang!


Aku pun pandu lah kereta keluar dari perumahan cousin aku dengan penuh rasa confident di jiwa. Sebab ada peta dan si pembaca peta yang duduk sebelah aku ( Anna ). Adik aku si Kecik pula? Dia risau dan tidak confident. Yang tidak confident ke belakaaanggggg please! :p . Eh tapi memang hari tuh adik aku duduk belakang pun. Sempat lagi isi minyak dekat Petronas. Sebab minyak kereta Ani da berkelip-kelip simbol dia aku nampak. 




Jangan tengok muka. Aku pun x tahu muka apa aku tengah buat tuh ? Baca dialog jak.
He he




Then aku pun yang dengan fully confident tuh pun pandu. Sekali pandu punya pandu, korang mau tahu apa jadi dengan kitaorang? SESAT!! Alangkah itu? Sesat sampai terjumpa highway dan juga Tol, padahal dalam peta Ani beri manada sebiji Tol dan highway punnn. Ok jangan salahkan si pemandu. Salahkan di pembaca peta ok ? :p  Adik aku si Kecik di belakang da risau. Bising pula dia di belakang tuh. Har har. 
Then kitaorang call Ani. Dia suruh turn back. Tapi kami tidak turn back pun. Jalan terus dengan penuh keredhooan dan kepasgrahhan hingga terjumpa sebiji Tol. *ikut kepala sendiri* kepala tohir. Nasib tol seringgit. Kalau beringgit-ringgit tadi? *pengsan* 

Sampai mau bayar tol tuh, sempat tanya orang yang tanya tuh. 



"Kak, macamana nak gi I-City ?"


"Jalan terus, kiri, kiri", katanya pada kami. WOW  ∑(O_O;). Sangat RINGKAS dan PADAT bukan? Terus kami buat-buat faham then jalan terus. Ikut kepala tohir lagi untuk kali ke-2. Jangan Pandang Belakang.

Akhirnya, wallahhhh! Jumpa pun kami I-City. Wa ha ha ha. * sila beri tepukan sikit *. Parking. Then jalan-jalan dari satu pokok ke satu pokok lagi. Cousin aku, dari perut x berisi ke perut berisi, adik aku dari pakai spek ke tidak pakai spek. *tiba-tiba* . Jom layan sedikit gambar ? cekiittdauut



















Then kami jalan punya jalan, hingga jumpa tempat karaoke. RM3 untuk 1 buah lagu. Alangkah itu ?? Padahal pilihan lagu sikit banget. Tapi pergi hantam juga nyanyi dengan si Anna 4 lagu. Adik aku duduk melihat jak. Anna nyanyi lagu Tak Seindah Biasa dan Berpisah Jua. Then kami duet Senja Nan Merah dan Biarlah Rahsia. Aku jadi Awie malam tuh, cousin aku Ziana Zain. kah kah kahh. 









Memula kitaorang jak sana nyanyi-nyanyi, then orang datang. Habis kami nyanyi, orang tepuk-tepuk tangan. XD Adik aku la paling kesiokan, sampai aku pun tidak dapat described tahap kesiokan dia sampai langit keberapa lepas kami karok tuh. kah kah.  langit ke 8 mungkin ?  
Lepas tuh, kami decide untuk pulang. Jam 1 lebih da tuhh. Ohh maii. Berjalan tidak ingat jam. Maka, di sana-sana juga kami jalan-jalan. ( ̄□ ̄;). 




And again, KAMI SESAT WAKTU PULANG. Ha ha ha!

Maksud entah kemana kami malam tuh. Dari jalan yang besar, ke jalan kampung yang kecik tuhh? Alangkah itu? Naya kami kala termasuk alam bunian. *tiba-tiba* . Lepas tuh, calm down. Pusing balik, then alhamdulillah akhirnya kami ikut juga jalan yang di peta pemberian Ani tuh. Time pergi tidak pula ikut peta kan ? Time pulang baru lah. Lucu.



#next time pergi lagi. ada 1 tempat dalam I city tuh kami tiada pergi. cissss.

#merantau tempat orang. Best.

Wednesday, January 23, 2013

Tips untuk menghilangkan bosan di kapal terbang


Bismillah dan assalamualaikum !

Home sweet home. *sila baca dengan perasaan penuh kelegaan*

Alhamdulillah, aku sampai dengan selamatnya ke rumah aku di Sabah ni. Flight jam 5.15 petang. Tetapi airbus tuh fly jam 5.35 petang. Memasing aku dan kawan-kawan yang lain, si Syinudz, Yuyui, dan Pepen naik hairan. Jam 5 minit lagi jam 5, tapi panggilan masuk tiada pun? wat lek, sap kok luk. *tiba-tiba* and at last, jam 5.35 petang barulah berlepas. 

Kawan aku Amanda, yang ulung balik Sandakan tuh, hahh dia balik seorang lah. Hehe. Tapi alhamdulillah, kau sudah sampai rumah kan? kan? siap say hi to almari baru lagi nampak. kih kih :p

Perjalanan, kalau pilot tuh pandu laju, in shaa Allah sampai cepat sikit. Aku dari jam 5.35 petang sampai perairan Sabah lebih kurang jam 7.36 petang. Itu baru perairannya, belum lagi landing time. 

Ehh teringat tadi waktu pesawat tuh landing, ada orang sebut "Landing Timee" macam P.Ramlee dekat Laksamana Do Re Mi tuh? dan aku rasa lucu. (iklan 3 saat)

Naik flight ni sebenarnya memeningkan. Itu bagi mereka yang tidak biasa or jarang or memang dia seorang yang gayat. Naik flight juga sangat membosankan, tapi kalau kau pandai 'menceriakan' diri. Perasaan bosan dan perasaan yang perjalanan itu terasa lama boleh dihilang kan. Mari baca sedikit tips menarik untuk menghilangkan bosan di kapal terbang ! ;)

1. Tidur

Aku pasti, semua orang pun suka tidur. Dan kebanyakan orang tidur time dalam flight. kan kan? Tadi orang sebelah aku pun tidur juga. Jadi untuk hilangkan bosan, boleh lah tidur. 

2. Membaca bahan bacaan

Membaca buku amalam mulia, sambil-sambil dapat tambah ilmu di dada. Dalam flightboleh lah baca surat khabar, majalah, NOVEL dan buku kanak-kanak? punnn boleh bah kalau kau baca itu buku kanak-kanak. :p Yang penting rasa bosan itu hilangTetapi sesetengah orang prefer novel. Terutamanya perempuan. Tapi jika anda jenis yang diserang pening jika membaca dalam perjalanan. Tak payahlah baca apa-apa. 

3. Mendengar muzik

Bawa mp3 atau pun mp4 anda ke dalam pesawat. Hand phone anda pun boleh digunakan untuk mendengar lagu. Diorang kata tak boleh buka phone dalam pesawat. Boleh bah kalau kau. Yang penting tutup semua line atau pun tetapkan dalam keadaan 'flight-mode'. Sebarang line yang wujud dalam pesawat tuh, boleh mengganggu penerbangan. (iyah ka? nih aku rasalah ) Jadi, bagi yang menggunakan hand phone untuk mendengar lagu, jangan lupa
kasi 'flight mode' (◕‿◕


4. Main game
#word search. manfaatkan masa anda. :)
Semua orang pun ada hand phone canggih-canggih sekarang nih kan? Bah apalagi? Main lah game waktu kamu bosan. Tapi aku pilih game lain. Aku suka cara oldies. Guna buku. Sudoku, Word Search dan sewaktu dengannya boleh guna untuk hilangkan bosan. Aku dalam flight tadi main Word Search. (◕‿◕) Cuba lah, pasti hilang rasa bosan dan x pening kepala. 



5. Melukis
Bagi mereka yang mempunyai bakat seni atau pun yang masih berjinak-jinak dengan seni,    boleh cuba cara ini. Bagi yang faham, pasti kamu tahu yang melukis membuatkan kau tidak rasa pun masa itu berlalu. Tup tap tup tap, sudah sampai ke destinasi. Melukis memang banyak buang masa orang. HAHA. #Aku pernah cuba cara ini. Sememangnya berkesan. Sediakan buku ok. woww.
       
6. Tangkap gambar
#awan sangat unik. Subhanallah. :)
Tangkap gambar memang best. Ada juga kenangan-kenangan di awan biru. Aku suka tangkap gambar dalam flight, tapi bukan gambar aku lah. Gambar awan. Sebab aku suka awan. Cantik, comel dan gebu. (´∀`) Untuk hilangkan bosan, boleh lah tangkap gambar. Bawa kamera anda atau guna jak hand phone. Tapi pastikan hand phone tuh dalam flight mode okay.



7. Kacau orang sebelah
Kekadang orang yang duduk sebelah kau dalam pesawat pun kau tak kenal. Apa kata kau cuba  kacau dia? hahah  “ψ(`∇´)ψ . Okay, nih tips x boleh blahhh. Korang jangan ikut tau.



Hahhh. Itu jak lah tips nya. yang di atas nih pun berdasarkan pengalaman aku lah. hehe. Sampai airport, bapa da tunggu. Then dalam kereta bercerita ketawa sampai sakit rahang aku tau. aduiii. haha Sampai rumah sekitar jam 10 malam. Salam dan cium mama. Sangat best perasaan sampai ke rumah ni. 

Sekian. 

#harap tips di atas berguna. haha! apa pun bagi yang mabuk perjalanan, jangan lupa bawa minyak angin ka. Untuk urut kepala pening.
#dan jika anda mahu perjalanan anda double triple bermanfaat, berzikirlah ingat kepada Allah sewaktu perjalanan anda. :)  
#gambar kredit Google. kecuali yang ada nama aku. itu aku punya. kih kih kih.


Wednesday, September 5, 2012

Freebies : I Love Islam


Bismillah. Nih kerja aku semalam. Tiba-tiba pulak mood aku lukis-lukis keluar. Lukis pakai pensel sahaja aku mampu.  Korang nak? Ambik lah. Free of charge ! :D Boleh jadikan profile picture kat mana-mana lah.  Tapi plain sahaja lukisan ni. Kalau korang ambik nanti, korang warna-warna lah ya? aku tak pandai mewarna lah *kesian* Y_Y 












Doodle Muslimah
Doodle Muslimah I Love Islam
#mampu update gambar-gambar sahaja. Nak taip ayat aku takda mood pulak.

Monday, August 6, 2012

Sudden update



#sumber Google

aku tertarik dengan paus. haa nanti2 lah aku update. lol

Wednesday, July 11, 2012

#8 Wordless Wednesday | Makanan Kegemaran

# Tom Yam dekat Teluk Likas.

Rindu tekak mau makan Tom Yam. :'(
Kalau makan memang takkan jemu. 
Selalu Tom Yam Hunt dengan kakak aku.


#Korang suka makan apa? :D


#7 Wordless Wednesday | Jangan Lupa Ucap Terima Kasih






# my first memes. True Story.
-jangan kita lupa ucap terima kasih lain kali-

Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Kelahiran Safiah C:

bismillah.


Hari nih, masuklah 10 Julai 2012. Kali nih aku gagah mau update sebab mau wish Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Ke-Dunia, Sanah Helwa, Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, Janam Din Ki Badhai *bahasa hindi pun masuk* kepada seorang kawan baik aku, iaitu Siti Safiah! *sila tepuk tangan*




#this is her. Gambar nih waktu beraya rumah dia Tahun lalu.
-jangan kata muka ko macam kura-kura pulak. ok bah ni ;p -

Di ucapkan semoga Safiah panjang umur, ingat Allah selalu, murah rezeki selalu, senyum selalu, dan sentiasa happy bersama orang-orang tersayang semoga menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini C:  *aku rasa aku tak pandai wish-wish ayat sastera lah. aku bagi ayat biasa ja. hehe*


Wishing you a day soft as silk
white as milk
sweet as honey and full of money
may all your dreams come true
HAPPY BIRTH DAY SAFIAH! 


#who's next? ;p

Friday, July 6, 2012

Lokan bakar dan Kelapa Ais



Bismillah



Lokan Bakar  huaa sedappp :'D




salam jumaat kawan² dan bloggers semua. Kepada MYMY, tugasan yang diamanatkan dah aku buat tadi. hehe. tugasan apa? sila klik SINI dia trauma tuh kalau salah buat entry auto publish. haha ;p dulu aku ingat, aku antara blogger yang awal pergi komen entry auto publish dia tuh. heee ヾ(´▽`;)ゝ apa pun, selamat bekerja hari pertama Mymy!


Hari tuh aku kawankan kakak mama aku (babu aku lah tuh) pergi Sambutan Hari Guru JHEAINS dekat Wisma Muis. Awal pagi dah bangun. Kalau lambat, KK memang jammed teruk sebab waktu tuh adalah waktu orang pergi kerja. Ada jugak lah kejadian yang sikit lagi kami nak terlanggar kereta orang. Babu aku yang bawa arr bukan aku *geleng² kepala*


Lepas habis majlis tuh, kami balik. Aku serius kalau ada majlis² yang duduk-duduk dengar ucapan orang dekat kerusi nih memang aku ngantuk. Tersengguk-sengguk kepala aku nak tertidur. Tapi makanan lepas majlis dia sedap.。◕‿◕。


Time balik aku yang bawa kereta. Terus bawa babu pergi minum kelapa ais. Waktu memandu balik tuh memang aku dah terbayang² kelapa ais tuh! sangat sedap dan nyaman kalau masuk kerongkong lebih-lebih lagi kalau minum pada hari yang panas.
Lokan bakar pun terbayang² juga di kepala aku. Nyata aku gedoot! dah makan nak makan lagi. :p


Kelapa Ais, xda ais, tapi dia sejuk :)


Destinasi kami ialah dekat jalan Salut. SIAPA PERNAH MAKAN SINI?  Tepi² jalan yang banyak gerai tuh. Lecturer UiTM aku cakap tempat nih tarikan pelancong. Selalu nampak bas pelancong parking sini. Nak minum kelapa lettewww *ayat ngada* ∩(︶▽︶)∩  .  Tempat nih bukan sahaja menyediakan kelapa ais, ada juga di sediakan kelapa bakar dan kelapa puding (dalam biji kelapa tuh ada puding kelapa) serta tidak lupa juga lokan bakar. *ahhh sedapp


wajah bahagia tercapai hajat
makan lokan bakar dan minum kelapa ais
Lokan bakar dia wa cakap lu, memang sedap! siap dengan sambal lada lagi. huuu.. nanti kalau ada masa singgah lah sini. Ada banyak sangat gerai. Kiri dan kanan ada. Pilihlah mana 1 pilihan hati anda semua . Lokan bakar dia ada set kecil, ada set sederhana dan set besar. Harga pun affordable


Serius, lain kali aku nak makan lokan bakar + kelapa ais lagi :D Kelapa bakar pulak, panas yah. Bagus minum kelapa bakar nih, baik untuk kesihatan. 


Bahasa Sabah

babu : kalau dekat sini makcik kami selalu panggil babu.

Gedoot : kuat makan

#ada masa, singgahlah sini yahh (◕‿◕)
# betul kata mymy! entry aku yang lepas adalah entry pertama aku di bulan Julai! *aku pun baru tersedar lepas dia cakap, errkkk*

Saturday, December 25, 2010

Ko Curi Muka aku?!

salam semua.tba2 hari ni aq maw
ketawa plak.hahaha
apa2 pon jum layan gmbar ni!
hahahaha~






ahaha..kn?
'damn sure'
lawakkk..
dia tuduh tapi betul :D





apa-apa pun,tuduh menuduh x bagus,jgan amalkan :)

  



Tuesday, December 21, 2010

last photo captured before....

Salam..sda tidur ka kamuu?
bangunlaa..bangunlaa..huaargghh >.<
klo korg x bangun sapa maw tgok entry aq ni.huaaaa
(okehh i2 merepek kejap,kebudak-budakan!,berlagak matang plak tba2 saya)
okehh apa2 pun,
jom kita kita tengok antara gambar2 yg sempat di 'tangkap' sebelum.....
sebelum 'jalan' 
sedih plak..:(


Untuk tumbesaran yg sihat pada gmbr ni,klik k :D
if da ok,x ya klik ngeee :D 


okehh sperti yg kita lihat.ada kayu kat situ jatuhh yahhh
tuan-tuan dan puan-puan,ibu2 bapa2 semuaa ..
pastu x taw laa..klo kena ka x pada org yg ambik
gmbr 2..if sempat elak,Alhamdulillah..
kalo tak..apa korang rasa??

aq tgok pict ni pun gayat.aq ni x la
segayat mengayat mana,tapi ni pict sangat tinggi..-__-"
entah la apa berlaku pas dia ambik gmbar ni..

ha!pict ni plak.aq rasa ni yg paling carik nahas nihh
tapi klo guna logik akal,pas aq tgok gmbr ni tol2
apa buaya buat dekat taman rekriasi??

aahh..seronok sangat bergambar,x sedar ombak tsunami ka apa
dekat blakang 2..ishk2..
moral:jangan x pandang belakang.
pandanglah belakang! :D




err,ini berWANG..eh,beruang!
spatutnya haiwan berbulu ni comel bagi aku.ngeee
tapi dlm pic ni dia marah.
lapar kali
pada pandangan aku la..
ishh2..sedih la tgok pict nihh.huaaa
landasan salah.:'(
kalo aku msti aku trjun dan berpaut dekat mana2 la.
sanggup aku dri terhempas gerabak lain..
apa2 pun kesian 
a ahh!tali terputus!
owhh tidakk!
yg penting sempat gak ambik gmbar.
saya trtnya2..apa yg mnyebbkan jambatan gntung ni putus?
kerna org ka or da mmg sangat buruk la jmbtan ni-___-'

sebenarnya ni lanamanya
'Air yang keruh Jangan di Sangka xda Buaya'
sangat sesuai pepatah ni dengan pict nihh kn??
ee.kadang2 trpikir jgak.knp la aunty ni masuk
dlm air..+.=" buaya 2 nmpak mcm batu jaa
http://www.emocutez.com
melihat kpda pict ni aq ingatkan dekat gunung Kinabalu ka apa?
jatuhh plak dia..sedihhh
http://www.emocutez.com
aduhhh budak2 sekarang.
dia ingt LION KING Simba singa 2 Patung ka apa??
awasilah anak2 aanda ketika dekat zoo.
bahaya..Simba singa lapar
kata Simba eh,Singa:"rezeki depan mata jangan ditolak"


agaknya lpas ni apa yg trjadi?
tgok Date gmbar ni bila 

 'peace!!'kata si penyelam
jerung said:"tunggulah aq nak join jgak!".LOL

 hmnnn...-___-"
http://www.emocutez.com

jatuh ke 'lubuk buaya' salah 'landing' la plak..=.="





p/s:apa2 pun yg kita lakukan kita mesti cermat serta hati2 kerana bahaya dan ajal i2 x diketahui,ia akan dtg bila-bila masa tanpa kita sedari :) so,hati2 ok semua?trutama kpada yg gila-gila-suka captured gmbar tu,tgok keadaan sekeliling dahulu..ngeee   daaadaaa..salam :) 


Monday, December 6, 2010

biar picture itu berkata


aha~ada tidak org begini?
lawak ehh..
*click to enlarge
bg yg rabun la..klo x x paya ^^

ok ni iklan jak..xda apa2 makna pown..aku dpt dri tumblr
comelkan??^.^ love it..haha