Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label Tun Said. Show all posts
Showing posts with label Tun Said. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Perubahan yang tidak di ketahui



bismillah dan assalamualaikum !


seperti yang dijanjikan dengan kawan aku 3 orang dekat Twitter tadi petang *janjilah sangat* aku pun updatelah pasal benda nih. C: Tadi petang kira² jam 1.45pm gitu, aku pergi ambik adik aku dekat sekolah lama aku. SMATS. Adik aku suruh ambik jam 1.30pm sebenarnya, tapi aku jalan lewat sikit, jadi lewat lah aku sampai ke destinasi.


Dalam perjalanan kereta banyak sangat. Aku kira mereka dari solat Jumaat dan nak balik kampung. Masuk kawasan sekolah, sekali terkejut nampak sekolah dah cat baru, laju² aku ambik handphone cikai then pergi ambik gambar. *memandu sambil menggambar memang hebat* #perasan


# Dorm 7, tingkat 2 paling hujung nih. Aku tengok-tengok adik aku situlah.
kot ² dia ada kuarkan kepala cakap 'tunggu kejap 5 minit' dekat aku kah




Seperti biasa aku tunggu adik aku dekat kawasan parking guru. Mak bapa budak²  lain pun tunggu dekat parking guru tuh juga. Tunggu punya tunggu, adik aku tak sampai² . Aku jenguk² lagi kono dorm dia di atas tuh. Dorm 7. Selalunya ada aspura bertenggek-umpama-burung-tengok-orang-balik-kampung dekat situ. Tapi tiada. Biar. Aku tiada rasa apa²  perubahan pun. 


Tunggu dan tunggu lagi beberapa minit. Tiba² adik aku datang dari arah belakang? belakang??! Aku jadi hairan terus. Adik aku pula buat muka pelik dekat aku. 


Abang : " haii.. mesti kau ndak tahu kan, yang kami pindah asrama baru sudah. Mama tiada bagitahu? :D "
Aku : " Iyahhhh??! ∑(O_O;)  Aku ingat kamu di sini! *sambil tunjuk asrama diorang yang lama tuh*
Abang : " Mesti kau tengok² atas kan, tunggu² kalau aku ada keluar kah ndak" , *sambil dia buat gaya mengolok*
Aku : " HA HA HA HA HA HA HA, serius aku ingat kamu sini ooh! HA HA HA" , *meneruskan ketawa sebab terhibur bangat! *


ok stop lah cerita yang lucu pasal aku yang bodoh² tak tahu apa² tuh. Anyway, sekolah kami dah mengalami perubahan yang besar sekarang nih. 


Antara perubahan² yang aku tahu 

  1. Dataran aspuri yang dulu tempat kami main bola jaring dan perhimpunan asrama puteri tuh dah tiada. Kawasan tuh kena bina dewan makan baru yang lagi tinggi dan besar tapi tak panjang seperti dewan makan yang lama.
  2. Dah ada dewan baru di hujung bukit. Aku rasa hujung lah tuh. Dekat kawasan makmal sains.
  3. Asrama lelaki/ASPURa dah berpindah ke asrama Aspuri yang warga Aspuri pernah guna. Aku rasa mereka beruntung pindah, sebab diorang dapat kawasan ampaian yang
    beratap-dan-panjang-pulak-tuh.
  4. Warga aspuri pindah asrama-baru-yang-tinggi-tuh. Untung lahhh, rasa asrama baru, tapi dengar cerita tiada jubin okay? Aspuri dan aspuria ada jubin. Nyaman bangun pagi pijak lantai memang sejuk #eh
  5. Surau pun semestinya berubah. Lebih besar kali ini. C:
  6. Blok A sudah bercat baru. huuhayyyy. UNTUNG :D





Tuh jak lah yang aku tahu. Yang best diorang adik aku lah. Diorang tidur dekat bilik warden dengan kawan² dia. Perghhhh. Tapi adik aku cerita, punya banyak lipas. Buka satu laci, banyak tul lipas! bukak lagi 1, banyak tul lipas! ee aku yang dengar kisah adik aku pun meremang bulu roma dengar kisah lipas yang banyak. Itu baru lipas. Dia ada cerita lagi tentang tekek 2 ekor si belakang almari dan sofa yang diorang tangkap pakai tangan jak untuk buang. HAHA :D 

# untung lah diorang rasa semua baru. Aku pernah rasa loker dan lantai baru jak #eh
# aku ni sukakan sesuatu yang nostalgic, jadi aku lagi suka suasana sekolah aku yang dulu. Tak lah sesak macam sekarang. huhay
# Buat kawanku, bila mahu balik kampung ni? kan kono kita rancang mahu pergi sekolah ni. 

Rindu pulak zaman persekolahan, tidak seindah cerita bidadari, tetapi penuh dengan memori. *tutup mata*







Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Kelahiran Safiah C:

bismillah.


Hari nih, masuklah 10 Julai 2012. Kali nih aku gagah mau update sebab mau wish Selamat Ulang Tahun Hari Lahir Ke-Dunia, Sanah Helwa, Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, Janam Din Ki Badhai *bahasa hindi pun masuk* kepada seorang kawan baik aku, iaitu Siti Safiah! *sila tepuk tangan*




#this is her. Gambar nih waktu beraya rumah dia Tahun lalu.
-jangan kata muka ko macam kura-kura pulak. ok bah ni ;p -

Di ucapkan semoga Safiah panjang umur, ingat Allah selalu, murah rezeki selalu, senyum selalu, dan sentiasa happy bersama orang-orang tersayang semoga menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini C:  *aku rasa aku tak pandai wish-wish ayat sastera lah. aku bagi ayat biasa ja. hehe*


Wishing you a day soft as silk
white as milk
sweet as honey and full of money
may all your dreams come true
HAPPY BIRTH DAY SAFIAH! 


#who's next? ;p

Sunday, June 24, 2012

Ustazah Setengah Hari



bismillah. *entry panjang gedabak*


kelmarin bertambah pengalaman aku. Aku yang tidak pernah mengajar budak-budak ni akhirnya ada juga pengalaman, biar pun ini 'first time' aku. Siapa ingat tugas mengajar nih senang? lepas pengalaman kelmarin, barulah aku sedar yang tugas mengajar nih bukanlah perkara yang sangat mudah seperti memakan kacang. Kena ada ketabahan sebenarnya. Tabikk spring aku kepada guru-guru semua. (⌒▽⌒ゞ


Nama budak nih ichil. kawan adk aku,kawan aku jugak.




At first, kawan kakak aku si Anne ni telefon. Ajak jadi fasilitator mengajar budak-budak sekolah Sk. Timbang Dayang dalam KBS ( Kem Bestari Solat ). At first aku mana mahu. Aku suruh adik aku, last-last adik aku bawa aku sekali. aku pun joinlah sekaki. Duduk rumah ni boring jugak. Apa salahnya aku timba pengalaman kan? kena pulak mengajar-mengajar. Hehe. Tiada alasan untuk aku tolak sebenarnya. Ajar budak-budak sekolah sahaja. Budak kampung aku, aku kenal, tak jadi hal aku tuk ajar diorang. Sekolah tuh sebelah rumah aku sahaja. Sebelah rumah! Tapi kami naik kereta jugak gi sana. HAHAHA.  mengadanyaaa kan kami,habiskan minyak sahaja kan. =..=


budak-budak kelas 5B




Waktu kena agih kelas, aku dapat kelas 5B. 5B tuhh! kawan kakak aku kata, kelas nih dia ajar, sangat jajal ok. Jajal tuh apa? Jajal tuh degil/nakal. Mula-Mula masuk, aku blur. Lupa pulak suruh diorang baca doa. Then diaorang pun bacalah.  lepas tuh kelas sunyi. Semua budak pandang aku. Last-last aku bersuara. Ambik kehadiran murid-murid lah konon. Hehehe. Apa yang best kelas nakal ni sebenarnya , pelajarnya kan aktif. Jadi kalau kita tanya, kompom diorang jawab. haha ^..^
Murid yang paling aktif, adalah yang duduk depan sekali. Sekali tanya, ramai yang beria-ria angkat tangan. 


sesi pengajaran




Lepas siap ajar mereka tentang Muafiq dan Masbuk. Aku pun buka soalan. "Siapa ada kemusykilan kan, persoalan. tanya jak okay, tidak perlu malu-malu" . Then seorang murid tanya, "Ustazah, siapa nama Ustazah??". OPSS! boleh pulak aku lupa perkenalkan diri kan. Hahaha. Ustazah apalah aku ni. Sebenarnya aku tak target pun diorang akan panggil aku ustazah. Aku target panggil kakak, kah. Tapi ustazah tuh, not bad. Maybe sebab aku ajar diorang perihal agama, jadi diorang bagi aku gelaran macam tuh. hikhik. 


"Nama Siti Syakirah. Rumah sebelah sekolah nih sahaja". Kata aku sambil tunjuk rumah aku dibalik pagar. " OHH rumah ustazah kah tuh?? Selalu kami nampak orang main basikal sana.", kata tuh murid-murid. Basikal tuh sebenarnya adalah alat senaman. "Umur?" ,"Saya umur 21 tahun".  "mudanya" kata seorang murid. Dalam fikiran aku maybe diorang ingat yang aku nih memang seorang tenaga pengajar di mana-mana sekolah kot? 


budak-budak tunggu Amali Solat




Mula-mula memang susah mahu tarik perhatian budak-budak ni untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan. Payah! pulak aku dapat kelas yang aktif bukan main lagi. Aku ajar pun, 70% jak yang ambik perhatian. 30% lagi pi intai-intai budak-budak kelas lain ambik wudhuk. Semangat gila diorang tengok budak-budak lain ambik wuduk. Last-last aku buka macam-macam cerita untuk diorang dengar. Faham betul dengan perangai budak-budak nih.  Untuk pengetahuan, budak-budak sangat suka;

  1. cerita. Ceritalah sesuatu yang menarik dan yang kita pasti diorang belum dengar lagi. Confirm diorang bagi perhatian.
  2. Gadget. Contohnya telefon. Kalau telefon kau ada kamera lagi diorang suka. Budak aktif memang suka bergambar. hahaha 
Haaa tuh sahajalah. Sebab nih berdasarkan pengalaman aku. Alhamdulillah, lepas bercerita tentang Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj, Huraisy (kala jengking neraka)  yang akan keluar di hari kiamat nanti (yang mana Huraisy ini akan mencari orang yang ingkar-solat,zakat,ibubapa,bercakap hal dunia di masjid, dan minum arak) ,  tentang kisah di alam kubur, iaitu benda yang di tanya malaikat pertama kali adalah solat, dan macam-macam lagi. Diorang pun sedikit sebanyak memberi perhatian dengan apa yang aku cuba ajarkan. Alhamdulillah. Bergetar suara aku menceritakan. Entah kenapa. Tinggi harapan aku agar budak-budak nih faham, dan balik rumah nanti, praktikkan solat,dan sedar kepentingan solat itu.  Budak-budak sifat mereka memang ingin tahu. Jadi, rajinkanla bercerita kisah-kisah yang memberi tauladan. :) 



Baru tuh waktu aku tengah khusyuk menulis-menulis di depan ada pulakk budak bisik-bisik dekat belakang aku. 


"rupa ustazah bah sama dengan yang di Hooray-Hooray", kata seorang budak.


Berkali-kali pulak dia sebut tuh. Tapi aku diam jak. Malas mahu mengIYAkan. Sebab aku belum tengok Hooray-Hooray tuh. Dah dua orang yang kata rupa aku sama dengan pelakon Hooray2 (tapi aku x kenal lah pelakon tuh) yang first sekali, kawan baik aku, Rahayu kedua budak-budak yang aku ajar nih. Haha. ada-ada jak la. :) 


"Ustazah, ustazah kerja lah dekat sini bahh", kata budak lelaki yang bertahi lalat di bawah bibir secara tiba-tiba. Hensem! tapi nakal. haha ;p Banyak karenah budak-budak ni aku layan sahaja. HaHa


InsyaAllah! kata aku. Hehehe. Tersengih-sengih kemudian. "Sekejap jak bah di sini nih, tolong-tolong",  harap diorang faham cakap aku tuh. Aku kan penganggur sekaarang nih? duduk rumah sahaja kerja aku. Datang untuk menimba pengalaman dan ikhlas mengajar budak-budak ni. 


"Ustazah, bila kita mahu ambik wuduk?", kata seorang budak perempuan mata sepet kepada aku. 'Ehh endak sabar-sabar pulak budak nih'. "Nanti jak bahhh", kata aku dekat budak-budak kelas aku tuh. Untuk pengetahuan, kelas budak-budak nih dekat dengan paip. Pada firasat aku, diorang excited sangat mahu ambik wudhuk' lepas nampak budak-budak lain ambik wudhuk. Semangatttt gilaaa. Seriously. Aku baru kata "Okk lepas nih kita belajar ambik wudhukkkkk", aku cakap dengan nada excited. Tiba-tiba semua budak lari keluar! Aku pun terkejut! Ingat nak tunjuk demo dulu di kelas, then baru ambik wudhuk betul-betul. Last-last masuk balik lepas kena panggil, aku ajar diorang. then turun ambik wudhuk betul-betul.  Lucu bah kelas yang aku ajar ni. Semangat bukan main. Sekali aku turun pandai pulak ambik wudhuk sendiri. Sukurrrrr2 jak kena air supaya segar diorang kata. =..=. pulak?


tunggu Amali solat. Lagi.




Selepas habis segala pengajaran (aku ajar ikut tentatif program) ada setengah minit lagi sebelum jam 10.00am. diorang kena ambik makanan di bilik guru. Budak-budak tuh minta cerita seram pulak dekat aku. AKu apa lagii ceritalahhhh. Sudah aku ni memang kaki cerita seram,  jadi aku ceritakan lah cerita seram sekolah menengah aku sikit. Khusyuk habisss. Siap sampai bawa kerusi lagi duduk depan aku. Haha. Aku siap tanya budak-budak tuh lagi, "siapa sini yang mahu sekolah di Tun Said?" , banyak pula angkat tangan. "ahhh bagus, nanti kamu masuk sana, belajar agama ok?", sempat aku promote sekolah. hikshiks ^^  *ustazah apa begini,cerita hantu? =..="


Kem Bestari Solat . Amali Solat .Imam -Ichil




Lepas tuh diorang pun kumpul reramai. Buat Amali Solat. Then, balik rumah...




#Harapan aku, walaupun aku cuma Ustazah setengah hari, aku harap apa yang aku sampaikan 'sampai' dekat diorang. :'))) Balik-balik aku pesan, sampai rumah sila praktik.
#pengalaman ni sekali seumur hidup aku. Terasa juga ajar-ajar budak ni, walau aku jadi fasi sahaja. Dulu angan-angan jadi cikgu, tapi tidak kesampaian. Merasa sekali begini pun aku syukur. Bukan senang mengajar nih. Terasa pulak kepayahan jadi pengajar. Terima kasih untuk semua cikgu-cikgu yang di dunia nih. TANPA GURU SIAPALAH KITA. :) kan?
# Apa pun, aku rasakan pengalaman aku ini, antara yang sangat BEST! *kesiukan*
Aku belum layak digelar ustazah dalam dunia realiti T__T









Friday, April 20, 2012

Kota Marudu





Bismillah.






Kota Marudu. Ouhh saya pernah membesar di tempat tuh untuk beberapa tahun. Tinggal di jalan hospital kalau tidak silap. Masuk umur 3 tahun da merengek mahu join kakak saya yang da masuk tadika. Jadi kesimpulannya, awallah saya masuk tadika. 


Sebenarnya tujuan saya menulis mengenai Kota Marudu ni, sebab saya ada dapat invitation untuk datang ke kahwin abang kawan saya, dan senior saya di sekolah menengah dahulu. Tarikh sama pulak tuh, 28 April. Next week.


Saya mahu sangat datang sebenarnya. Tengok kahwin dan mahu juga tinjau-tinjau Kota Marudu, tempat saya membesar dahulu. Plus, saya mahu tengok rumah sewa kami yang da kami tinggalkan dulu. Entah saya ingat ka tidak. Yang ada hanyalah gambar kenangan dengan rumah tuh sahaja. sobss..sobss


Tapi masalahnya saya takut tersesat jalan. Errkk, jalan dekat Kota Marudu tuh bukannya saya familiar betul. Kalau Kota Belud, confirm saya tahu jalan. Pernah pun sekali dua pergi sana, untuk beli udang. Tambahan pulak saya ni orang yang susah maw wat decision . Alih-alih ke kampung orang aku sesat, jalan keluar tidak tahu. erkkk =..=' #risau


#saya dan kakak di rumah sewa dahulu. Dulu kami malar menyewa.
Entah rumah ni masih wujud kah tidak.




Tapi, akan ku cubalah juga untuk hadirkan diri ke majlis kahwin mereka, jika dapat green light dari bapaku, bahhhhh jalannn lah saya ke Kota Marudu, destinasi pertama Kg. Korongkom dan yang satu lagi Kg. Taritipan. Taritipan saya pernah limpas, tapi kg. Korongkom tempat kak Sadah kawin saya belum pernah pergi. Huhuuu. Harap-harap kalau jadi jalan, saya tidak sesat. Aminnnn. :DD. 


#harap sangat dapat pergi :) thanks tuk kawan2 yang menjemput. InsyaAllah akan d usahakan untuk datang ;D

Monday, January 9, 2012

#2: memori asrama

assalamualaikum dan selamat malam.

heh, malam nih sejuk lagi. malar aku kesejukan. kah aku mengurus? oooooh perasan! =p
hari ni, keseorangan aku tidak berteman. xpa, aku da biasa juga. Eza pergi balik rumah, harap-harap dia bawa balik makanan. ehehhe -daga

Mesti terfikir-fikir mengapa angka 2 untuk entry aku ni. sebab mungkin aku da ada yang pertama? yang aku ingat yang pertama boleh klik SINI. mungkin ada yang ke 2 sudah, cuma kan aku malas mahu mencari. =..='

heh

Sorang-sorang aku dalam bilik, mengimbau kenangan lama yang xkan kembali dalam hidup aku ini. Tinggal asrama, best ka? bagi aku bestt sangaaattt. Maybe sesetengah orang akan cakap x best. Well, everyone with their own opinion right?  ( aisehmen, cakap english tuh akuuu! =p ) Cuba fikir kenapa mak dan bapa kita hantar kita ke sekolah berasrama? Jawapan nya, yang paling logik ialah untuk berdikari..^^ kan kan? ehehe, sampai bila xmo hidup berdikari?

waktu aku sekolah asrama lah, aku mula belajar, makan terung dekat dewan makan, rajin cuci kain, rajin jemur kain, dan macam-macam jenis 'rajin' lagi . dulu, bukan tidak rajin, cuma kurangg..hehehe #alasan!






PreP. -hahh, nih lagi satu. Aku manalah tahu dulu kewujudan prep nih? sejak aku masuk sekolah asrama lah aku mengenal erti prep. awww. Jam 8-8.30 malam kena turun prep, kalau x turun kena denda oleh ustaz japran dan juga warden. =..=' tapi aku datang prep, kadang-kadang aku tidur. kadang-kadang aku makan maggi. share2 magi dengan kakak n kawan-kawan. =)

Kawan.- hah, 1 kelebihan masuk asrama, kau akan dapat banyak kawan-kawan, i tell youuuu ^^ ( sakap english lagi ).
Gembira gak aku masuk Tun Said nih, banyak kawan aku dapat, dari pelbagai daerah ada, tapi kebanyakannya dari Kota Marudu, Kudat, dan Tuaran. Ok lah kan? banyak, dan baik-baik lagi. semua pun ramah-ramah.  Tipu kalau aku kata x pernah bergaduh. Pernah. pahitnya kalau di ingat. =..='

Kelas.- Dulu, kelas aku 1 Arif. Mula-mula aku duduk 1 Alim kalau x silap, dengan Ildah. Waktu tuh, mana punya kawan lagi. Nasib Ildah da lama aku kenal-sejak dari tuisyen. Lepas tuh kena tukar lagi balik aku masuklah kelas 1 Arif. Sanalah juga aku jumpa dengan kawan-kawan aku, dan antaranya menjadi best-friend-forever di hati dan hidup ini.

Dorm. -Sebut pasal dorm. Aku dulu masuk Tun Said, 1 dorm dengan kakak aku. Suka konon aku, sebab aku masuk dorm tuh, rata-rata orangnya aku kenal. ehhehe. Didi,Zila, Nina, Fiza. Dorang umur kakak aku. alhamdulillah semua aku kenal, hidup asrama aku senang. Lagi-lagi aku dapat kakak-kakak senior yang aku rasa paling best di dunia. -uisehh. Dorm aku dorm 4. Aku suka dorm aku, sebab strategik. Kami semua pun kata strategik. Sebab? dekat dengan bilik seterika, bilik basuh dan tandas dan watercooler. eehhe.

Jemuran.- Aku ni pelik sikit, aku dulu suka menjemur di hujung dunia kakak aku bilang. Bagi aku best, sebab dekat dengan hutan yang aman. owww. aman lah sangat, padahal banyak penunggu. =..='  Di waktu petang kalau aku menjemur, ada masa aku duduk-duduk di belakang tuh. Tengok-tengok pokok, dan rasa-rasa angin. ehhh pelik bah kan aku? biarlah, aku jg pun bukan orang lain. Jemuran hujung best, sebab mungkin da namanya hujung, orang pun takut maw menjemur sana.. =..=' Kalau menjemur dekat depan, aku malas. Lagi-lagi aspura tuh suka makan sambil menghadap jemuran aspuri. ada meja kena sedia, kamu makan juga dekat belakang kan? adehh.


ok tuh je.

nanti sambung lagi. ahahaha.

#kisah bosan, mahu juga ko cerita kan? lalalalalala~





Tuesday, January 3, 2012

Hari Masuk ke Asrama







hari nih budak-budak masuk asrama, check in hostel. Booking-booking katil. siapa dapat katil bawah bertuah, sepa dapat katil atas, merana. sebab kalau mimpi bergusti kompom jatuh. lagi-lagi lantai asrama Tun Said yang advanced sangat tuh, mozek ok, kalau jatuh memang esok stay bilik sakit, x payah pi sekolah. 


Banyak status Fb aku nampak, ndak mahu dapat bilik itu. Bilik ini. Hahaha, terus aku ketawa-ketawa ( mcm best jg kasi ketawa budak2 ni-nakal ). hahahaha.
Ndak setuju dapat dorm yang seram. Adoii, nasib aku suda blah dari sekolah tuh, kalau x merasa juga aku apa yang adik-adik tuh rasa. dapat dorm seram? menangis tak berlagu aku. 


Cakap pasal masuk asrama nih, dulu aku pun pernah masuk asrama. 5 tahun aku duduk asrama. Dari 2004-2008. Waktu form 1, aku masi dapat jumpa pelajar SMATS generasi pertama. Kedua, kompom la jumpa, dan jg ke-tiga, empat dan seterusnya. sampai aku keluar dari situ. Ohh kiranya kami generasi bertuah la ni kan? kehkeh. #lupadiri.


Dan ada satu kemestian aku, asal masuk asrama ja, masuk jak malam pertama. Eh bukan malam pertama apa, otak tolong jangan biru. Aku mesti x dapat tidur. Malam ke-2 insyaAllah boleh da tuh. Mungkin segela rohani ngan jasmani aku tuh, ndak dapat menyesuaikan dan mengaplikasikan diri dalam persekitaran baru. Maklumlah, berbulan-bulan di rumah. Setiap awal tahun aku macam tuh. Tidak tertidur hinggalah azan Subuh kampung Lantigi sayup-sayup kedengaran di telinga.








Dan tadi, aku pi sekolah lama aku ! yeahheheh. Aku hantar adik aku mendaftar, tapi jam 1.30pm kena ambik dia balik. Dia balik pagi esok. Dia datang just mo mendaftar, hantar beg, booking katil n locker = just like our style dulu-dulu abang. Ini mesti ilham dari kakak-kakak dia nih. ahhaha =D tapi kami advanced sikit, sehari/dua hari lebih awal, datang sudah mahu pok katil n locker. #rajin kami pergi asrama awal =..=


Sini tempat aku lepak-lepak kejap, sebelum aku balik. lama x menjejakkan kaki ke taman ni. berapa tahun sudah aa? Aku lupa pulak apa nama Taman ni. =..=

#waiting-lambatnya kau

#si abang. cehh, jadi senior suda.
bangga la tu. dulu time aku senior sana,
ko kecik-kecik jak. sekarang tinggi kau melampaui aku =p


#teka teki teka teku
mana 1 kelas ku dulu?

# manusia datang dan pergi, tetapi memori akan kekal di hati.
#memori tinggal asrama sangat manissss rasanya. yang pahit pun bila di ingat akan manis juga. 

kbai.



Tuesday, July 12, 2011

Tun Said | Minum Petang

Assalamualaikum n selamat petang rakan-rakan semua !( ikut kata sir aku jugak )


Petang-petang macam ni pasti bestkan tidur-tidur, dan yang paling best bagi aku pada waktu sekarang nih, tentulah minum petang.teheee (daga). So pergilah minum petang =D

P28-06-11_13.21
suasana waktu petang di sek

( laluan ke kantin sekolah )

Lapar? pergilah ke kantin sekolah di waktu petang.Hohoho ^0^

Auhhhh, sakap pasal minum petang pada waktu petang-petang nih..perghh terus aku teringat sekolah lama aku dulu. Kalau waktu petang, gi ambik kuih sebiji dekat dewan makan tuh, kena berbaris lagi, minum air teh panas. Tapi aku jarang sangat minum teh panas tuh dulu. Entah lah, xda mood kali arh ? sebab kepala aku ingat makan ja.Kahkah! Yang aku ingat,, kawan aku Rhona suka tuh minum teh, sampai dia tapau bawak naik p dorm lae =D


Baru yang paling tidak boleh balh punya cerita aku dulu, waktu aku form 1 dan form 2. Gila creatif and critical thinking betul aku dengan orang-orang dorm aku kalau bab-bab minum petang nih. Di sebabkan kami lepas prep,laju-laju naik dorm ( zaman form 1 n 2 ) terus gi mandi, turun minum petang manalah cukup karipap seketul bebbb~ paling fevret waktu tuh adalah karipap dewan makan. Bila ada yang tidur-tidur eskep di dalam bilik tuh, bila yang ada prep tuh naik dorm dan khabarkan yang karipap minum petang dia, yang kami pun ( ketara muka-muka x turun prep petang ) “HAAAHHHHHHHHHHHH!!!??? KARIPAPPPPP!!!???” , pastuh laju-laju pakai tudung, turun dewan makan dengan muka yang entah ada taik mata ka tiada ( almaklum, baru bangun ).


Jadi di sebabkan cuma boleh ambik sekali sahaja, ada masa tuh kami pun turun dua kali. Ada yang hebat sampai 3x. First, muka asal lah. Lepas makan sebijik di dorm, turun lagi . Takut muka mak cik dewan makan tuh cam lagi muka daga kami, pi pinjam spek mata kawan kami plak, entah antara spek mata RHONA or JUE tuh, aku lupa *pelupa* . Ada lagi yang konon, mula-mula turun tudung kaler pink, then turun kali ke-2 tudung pepel. Kahkahh! =DDD
SANY1321
Pemandang di waktu petang depan blok A.
Eiik? hancur sda ohhh =.= dulu lagi cantik! ( PROTES )

Walaupun agak gila-gila-sot-sot sikitttttttt pikiran kami, xpalah, asalkan mampu dan boleh makan karipap berkali-kali! nyam nyammmmmm ^^


Assalamualaikum.


K bai.


Jangan lupa minum petang yahh kwan-kawan ^_____^



Tuesday, February 22, 2011

I am waiting for ur call





as salam. heh.Tengah aku siok-siok lepak dekat bilik sorang²(tadi petang),telepon aku berbunyi. Panggilan yang memang aku nanti² kan dari sahabat aku ni. da lama x ber'calling' . wahh rindu nya kat kau SHEEDA ! :D SHEEDA FAREEDA . Cantuk eh,cantik bah kan nama dia .. ( ?  ) orangnya pun cantik jugak. hihihi.


-pinjam dari Fesbuk Sheeda-
Sheeda ni aku ingatkan xkan ada fesbuk la.ali aliiihh wahh ada sudah.Haha :D
nama pun lain dia guna,Erisya Basyirah..muahihuhaa
Hidup Sheeda! :D





Sheeda nih kiranya kawan aku yang rapat la.Mula rapat sejak FORM 2 dekat sekolah lama. Gila lah.Dorang la geng kamching hamching aku. Rindu plak dekat kelas dulu. Kami bertiga duduk belakang sekali ( aku,Pining dan Sheeda ) paling² dekat pintu..banyak angin dekat pintu,lagi² dengan sekolah atas bukit yang nyaman..fuuuhhhh *
Sekali sekala bergaduh dengan Alieff.Alieff pernah 'sound' aku. Perghhh Alieff,aku ingat tuh. Hahaha. tapi x smpan dalam hati la. hehe..^__^


Eh,sedang aku godek² gambar terbaik dari ladang Google aku terjumpa benda ni. Eh,ada jugak kn? wohooo





kan aku suda kata.pemandangan sekolah aku cantik apa.
pemandangan jak cantik..hee


surau dulu.sekarang manada mcm nih..

warna ijau2 sekarang.muahaha


asrama laki2



pemandangan asram pempuan a.k.a. Aspuri dari Tangki kali? haha
Sekarang dataran Aspuri tuh suda xda. Yang ada cuma Dewan makan baru.
Alaa x best la :(


blok B



Aspuri.Ehh tuhh haa aku ! ada dalam gambar tuhhh ! ( aku sedang bermimpi ) =.='


Jalan gi kantin.Siok. Makan nasi lemak pakcik Guldam + telur=sedap!.lalalaala~






Bangunan lagi




Jalan bersejarah bagi aku.
Kena kejar Ketua Warden.. =.=


wow! bengkel~ lalalalala~ sekarang benda ni semua da xda da.
Pilak yang concer,banyak rumah 'pilak' dekat sana sekarang ni.Miahahaha :DD



SHEEDA! aku rindu kaww heee!! :DD




Saturday, February 12, 2011

First time aku menjejakkan kaki ke situ :D

As salam.Hari sudah malam dan aku keseorangan dalam bilik. Tidak apa.Allah sentiasa bersama kita .Jadi tidak perlu aku takut :) tengah aku duduk-duduk satu urang dalam bilik ni,tiba-tiba teringat kat sekolah lama dan tiba2 teringat dekat entry aku ni  KLIK SINI. Aku ada cakap yang aku maw cerita sal kisah 1st time aku gi sekolah menengah aku.Huhuu. Baca ja lahh kepada sesiapa yg maw baca. tidak paksa pun ^^ apa boleh buat da ini yg kuar dri kepala otak aku.Hoho. Entry kali ni agak panjang.Sepa suka cerita baca,x suka its up to you..hehehe =p

Actually kan aku ni suka bercerita.Sepa kenal aku tuh,maybe pernah la dengar cerita dri mulut aku ni.Hee.Sebenarnya sekarang aku tengah satu urang dalam bilik taw. sepa maw teman kan? ada lagi 1 katil.Katil roomate aku.Boleh tidur sana,tapi dalam mimpi lah.Hasmin x da.Gi tidur rumah si Ieka..hehe ^__^

                                                 ................................................................

Alkisah dulu waktu aku err..[ otak blank kejap ] sekolah rendah,aku rasa tahun 3 or tahun 4 ?? Ehh apalah aku nih kan..pelupa plak =.='  aku rasa tahun 3 kali tuh,aku join Team Puteri Islam dekat Sk.Pekan [ skolah rendah aku] ,join kawad.. dui,mana maw jumpa.Pada waktu tuhh,rakan-rakan seperjuangan aku kawad,si Syafiqah Mohamat(komander) dan Azirah Sepitar.Masih aku ingat waktu tuh.MAsih budak-budak.Tapi punya semangat yg tinggi berkawad..fuhhh~ suara Ika,gila besar dia teriak.Haha.Lawak di ingat.

Jadi hari yang di tunggu tiba.Waktu tuh kami join hari Puteri.Puteri Islam.Aku join la,koz mak cik aku Ustazah dekat Sk.Pekan waktu tuh.Balik pun ikut dia.First time sampai,memang.."ehhh,ada jugak sekolah ni yahh"
Serius! betul² x tahu wujud skolah nama Tun Said nih.Sampai sana...hmnn..aku lupa..tapi ada kenangan yg aku ingat...lama dah,jadi ingat sikit².

Waktu tuh kami kawad,dapat tempat ke-2.Macam² lah aktiviti hari tuhh.Ratu Muslimah ka apa,makan epal segala..tarik tali..haha.Aku just ikut kawad kaki sahaja.Jadi aktiviti yg lain tuh aku jeling-jeling pandang².Hehe. Kemudian aku jalan-jalan gi kelas.Banyak orang.Kalau x silap waktu tuh ada pertandingan ntah apa sana.MAsak-masak kot dekat asrama laki tuh.Dulu kelas kan? Pastu pindah jadi asrama laki.

Apa yg paling aku ingat adalah waktu aku berlari-lari [ almaklum lahh,budak-budak nakal,kuat lari-lari ]..
aku lari-lari nampak bukit..semakin lama aku berlari pi blok A tuh wahh cantiknya pemandangan ^^ trus aku suka skolah tuh..bukan apa.Aku jatuh cinta dengan pemandangan.kawaaiiii .. sebenarnya waktu tuh aku pi cari tandas =.=

Waktu petang tuh,aku ada jumpa sorang kakak. Ingat lagi aku salam dia. Dia kata aku kiut..haha,ada² jak lah kakak tuh..aku ni kak xda² kiutnya..hodoh ja kak..kakak tuh cantik~waktu tuh dekat kantin.Aku ngan kwan aku ntah sepa,lupa aku. ~.~' dorang peserta tarik tali kali.Then,bila aku masuk gi Tun Said,waktu form 1.Aku nampak si Kak Zainab..rupa dia mcm 'kakak' aku cakap tuh.Tapi entah la.sepa gerangan kakak tuhh..sungguh misteri [ aku jak rasa misteri nihh ]. hee..

Petang kami pulang..kalau x silap waktu tuh ada orang wat kolam yg ada gunung Kinabalu dekat depan tuh.Entah sepa buat.Ramai plak tuh.Haha..kahh bayangan aku jak? tengok jak la sampai aku balik..heee.
Sekarang mcm x caya plak yg aku skolah sana.Mcm si senior Samizul tanya, aku ni batch berapa? Aku batch ke 5 la.tuhh yang aku sempat jugak jumpa senior² batch 1st dan ke 2nd.Hehe. =p kira bertuah la batch aku ni.Sempat jugak jumpa mereka biar pun cuma aku yg kenal mereka n mereka x kenal aku..hehee =p T__T. Cerita pasal senior,kalau dulu aku memang takut sama senior ni,terutama si Senior Zulhilmi Jabli. Fuhhhh..takut ,haha tuhh kisa lama,lama dah berlalu..hehee ^^  kelas 5 Sains tuh yg paling aku takut pergi,sebab berdepan dengan library. seram sejuk aku di buatnya! haha..kisah lalu..kisah lalu..biarkan menjadi kenangan .. ^_^'

Eh entry aku ni banyak sal skolah menengah aku kn? haha.Entah,aku ska cerita sal skolah menengah aku yg manis tuh..sangat manis..masing² ada pengalaman masing² yg x dapat di lupakan. Skolah tuh yang mendidik aku dan membina aku.Thank U =] aku sayang kaw sekolah.Guru-guru.Kelas aku..dorm aku..kawan² aku semua.. Aku rindu kamu.... :'D

Sedih la plak... T__T rasa maw menangis..wuuuwuuuu ni semua sebab menulis entry sambil dengar lagu sedihh lahh nih! ishh :') tertanya² aku,aku ni menangis adakah di sebabkan lagu yang sedih or kenangan lalu ? haha ..apalahhh.. :]




..masing² punya haluan sendiri..
Pia,Kak Mina,Kak way,Zila,Kakak,Kak Wiwin,Fiza,
Aku,Kak Sadah,Kak Haz,Kak Erin,Rhona,Nina,Kak Noy,Jue,
Kak Ani,Kak Lina..

http://www.emocutez.com
semua da berjaya.ada keja..haha~ kak Haz ada kereta..
maw pi picknik tapi rim hampir di curi orang..HAHA..jadi x jadi..dui! lucu.


okehh selamat pagi..sweet dream semua..jom² temankan aku xda kawan..sobbb sobb

Friday, February 4, 2011

selamat hari Jumaat semua !

Salam hari minggu eh jumaat! Hai semua! Apa yang best hari jumaat ni? Hari ni mestilah best koz semua umat Islam yang bergelar ‘muslimin’ or lelaki gi solat Jumaat.So kepada kawan² semua jgan lupa tunaikan kewajipan ok?

Kalau dulu dekat  sekolah Lama SMKA.Tun Said,hari Jumaat la paling best! berlumba² aku gi dewan makan untuk jadi orang yang paling 1st ambik lauk di dewan makan.HAHA! apakah perangai aku ni??=.=’ semua tuh berbaloi² sebab hari Jumaat lauk dewan makan mesti sedap..nyumm..rindu trus sekolah lama.Banyak kenangan di sana. :]

Hari ni kemas rumah.Alahh sekadar sapu² gitu jak.hOHO..kemaskan rumah lah tuh kn? HAri ni aku bangun awal.Kemas rumah sambil² mendengar lagu .Laptop ku sambungkan dengan speaker.Full BLAST! Trus terasa mengemas² macam dekat skolah dulu.Asal hari Ahad,kalau tiada kepulangan,kami sllu gotong-royong membersihkan asrama.Surau skolah apalagi,pasang lagu-lagu nasyid.Hak3 ^___^

Aku rindu skolah lama aku.Sekarang sekolah sudah banyak berubah.Asrama sudah bertambah bangunan baru.Wow! ada peningkatan di situ. Kalau dulu bangunan asrama lelaki di bahagian sekolah,insyaAllah nanti di bangunan asrama yang betul².Dewan sekolah pun akan ada.Yeahhh! biar aku suda tidak merasa skolah sana,lama sda aku tinggalkan,tapi d sebabkan aku sllu hantar adik aku sana Nampak jugalah perubahan kn? Wahhhhh rindunya :’D ntah hati aku meronta-ronta(terlebih plak sampai meronta² arr) maw kembali ke masa lalu,menusuk-nusuk taw.HAHA!..bestnya kalau masa boleh di putar kan..hmnnn..



makin bertambah koleksi tangki di sekolah :D 


asrama baru..


mama n adik aku


wow! baru suda,ada lukisan2..dulu tulisan jak lebih

adik aku..agak2 la..HAHA~ lukisan di belakng tuh separuh siap..sikit lagi.hohh
 :DD

p/s: Entry akan datang,aku maw cerita  kisah 1st time aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah aku