Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Zikraa - Tafakur



bismillah.
hai dan selamat malam. :)


lagu nasyid ni saya sangat suka.
saya jumpa dekat blog NovelGurl :D thanks untuk Novelgurl, koz bagitahu akak tajuk lagu ni. Lagu nasyid  da lama da, sejak tingkatan lagi. Lirik saya ingat, tapi tajuk, x ingat pula. 


Apa pun, sangat2x berterima kasih. saya sangat suka nasyid ni ^..^ memberi keinsafan, mengingatkan kita pada sang Pencipta. :') *rasa mo nangis*










Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku


Ya Allah, ampuni hamba-Mu yang alpa ini. T_T
aminnn.  Pimpinlah daku dalam redha-Mu Kasihi daku dalam rahmat-Mu..



#ya Allah, jangan putuskan kami dari rahmat-MU :')
#taubat
#selalu jumpa nasyid best dekat blog Novelgurl. :D
# dalam hari-hari kita, jangan sekali kita lupa pada-NYA :')


sharing is caring







Friday, April 20, 2012

Kota Marudu





Bismillah.






Kota Marudu. Ouhh saya pernah membesar di tempat tuh untuk beberapa tahun. Tinggal di jalan hospital kalau tidak silap. Masuk umur 3 tahun da merengek mahu join kakak saya yang da masuk tadika. Jadi kesimpulannya, awallah saya masuk tadika. 


Sebenarnya tujuan saya menulis mengenai Kota Marudu ni, sebab saya ada dapat invitation untuk datang ke kahwin abang kawan saya, dan senior saya di sekolah menengah dahulu. Tarikh sama pulak tuh, 28 April. Next week.


Saya mahu sangat datang sebenarnya. Tengok kahwin dan mahu juga tinjau-tinjau Kota Marudu, tempat saya membesar dahulu. Plus, saya mahu tengok rumah sewa kami yang da kami tinggalkan dulu. Entah saya ingat ka tidak. Yang ada hanyalah gambar kenangan dengan rumah tuh sahaja. sobss..sobss


Tapi masalahnya saya takut tersesat jalan. Errkk, jalan dekat Kota Marudu tuh bukannya saya familiar betul. Kalau Kota Belud, confirm saya tahu jalan. Pernah pun sekali dua pergi sana, untuk beli udang. Tambahan pulak saya ni orang yang susah maw wat decision . Alih-alih ke kampung orang aku sesat, jalan keluar tidak tahu. erkkk =..=' #risau


#saya dan kakak di rumah sewa dahulu. Dulu kami malar menyewa.
Entah rumah ni masih wujud kah tidak.




Tapi, akan ku cubalah juga untuk hadirkan diri ke majlis kahwin mereka, jika dapat green light dari bapaku, bahhhhh jalannn lah saya ke Kota Marudu, destinasi pertama Kg. Korongkom dan yang satu lagi Kg. Taritipan. Taritipan saya pernah limpas, tapi kg. Korongkom tempat kak Sadah kawin saya belum pernah pergi. Huhuuu. Harap-harap kalau jadi jalan, saya tidak sesat. Aminnnn. :DD. 


#harap sangat dapat pergi :) thanks tuk kawan2 yang menjemput. InsyaAllah akan d usahakan untuk datang ;D

Monday, April 9, 2012

kawai ne Tony Tony Chopper!





Salam dan selamat tengah malam. ( yup tengah malam sebab aku update entry ni tengah malam )


uhuuu. sekarang kan mood aku tengah membara tengok One Piece. owuhh. membaralah sangat. =__=  . Sampai lambat tidur gara-gara tengok benda ni ja.


Aku memang suka anime ni. Semua kisah-kisah Luffy dan 'nakama' dia memang meyayat hati. Air mata pun berjatuhan lebih-lebih tengok kisah diorang semua. urkk ='<


Antara semua kan aku paling geram dengan Chopper! maw gigit! dia comel tul! mata dia bulat. dari bila lagi. asal aku tengok muka Chopper, aku rasa dia sangat comel. Suara pun comel! terus aku geram sendiri-sendiri. *gila ke der?


#inilah Chopper! kawai nee!??




ohh Chopper kenapa ko sangat comel !? Terus aku angan-angan mahu ada patung Chopper, sebab dia comel tul. Maw ada patung Chopper! tapi masalahnya ada ka kena jual der? errr. emmmm.. aku pun belum pernah nampak lagi.


#ohh sangat comel!
# ohhh abaikan hyperactive-kecomelan-sama-Chopper aku ni. hee




eeeeeeeee comel tul!
mawwwww

Friday, December 16, 2011

let me go





If you love me, let me know.
If not, please gently let me go.

# peewittt, ceh aku suka quote di atas. best pulak bila baca. Ianya pasti cocok dong ngan mereka-mereka yang udah bercinta. orang yang xda org suka mcm aku, tak perlu fikir panjang-panjang. xda juga. ahahah ^____^

# gambar = tangkap sendiri, kali ini bukan dari pakcik Google.

# kalau kita teringat orang tuh hari-hari, suka kah namanya tuh? or cinta? kwang3 =p
siapa pakar tolong bagitahu. ^^





Monday, October 24, 2011

Geisha | Cinta dan Benci



suasana depan bilik aku. cantik bukan? rindu bilik aku di B1. ada laut. tenang sepanjang masa.
hmnnn


assalamualaikum :D sekarang malas maw tulis apa-apa. just maw share onother fav song. Geisha: Cinta dan Benci. best bukan? dalam masa yang sama dia memang cinta, tapi benci jugak. haha >..< best lagu nih. aku suka  C:  macam cinta bertepuk sebelah tangan pun ada juga. k lah. layan~ 











bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

reff:
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci
sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa



Source: SINI



Tuesday, October 18, 2011

UiTM dan Laut

assalam. tengah-tengah malam aku update lg. C: aku cuma maw post gambar. Gambar benda yg aku suka sangat. Benda yg memenangkan jiwa. Ceh. Petang-petang aku n room8 aku selalu duduk-duduk depan meja. tengok pemandangan alam ciptaan Allah yg maha Besar nih. Subhanallah. Sungguh cantik. Ini sekadar gambar sahaja. Uitm Sabah dan Laut, memang x dapat di pisahkan.
Syukur betul aku dapat bilik depan laut. Ndak kah tiap-tiap hari aku tgok laut tuh? ngee. best!
Tym kaks nih pun aku dapat depan laut juga, wahh best lagi.
Waktu senja-senja paling cantik. Aku kadang-kadang, kalau bgun dari tidur petang pasti terus pi tgok laut, dan kalau waktu tuh ngam-ngam ada kamera di tangan, kompom. SNAP SNAP!! ^^


oklah, banyak aku membebel, padahal tujuan aku untuk tunjuk laut depan uitm yg aku sayang nih. C: . layan. C:

pemandangan di waktu senja. owhh sungguh mendamaikan! C;

pemandangan di waktu senja jugak. owhh sungguh mendamaikan II !

Sungguh Mendamaikan III ! . ngeee. nih aku ambik waktu aku ikut KAKS. sinaran lampu-lampu neon, menerangi pelabuhan Sepanggar yang di malam hari tidak tidur-tidur. C: sama macam aku pulak port Sepanggar tuh. ahaaa ^^


k bai. nanti share gambar lg biar pun cuma aku sorg-sorg ja baca n wat entry nih. C:



Tuesday, September 13, 2011

#jangan pernah













manusia juga punya sekeping hati
hargai.




Wednesday, July 6, 2011

Aku Takut




Salam..
Wujudnya manusia di dunia ini bermacam-macam jenis.  Ada yang kurang berani untuk berkata apa yang tersimpan jauh di lubuk hati mereka. Hmnn..susahh. Mungkin. Mingkin aku tergolong dalam kumpulan itu. Berdiam diri kadangkala.

Kadangkala, bila cakap dengan mama bapa, bila ingin kemukakan pendapat,bila maw berkata-kata kadang-kadang x boleh. Kadang-kadang perkataan tuh x terkeluar. Jadilah ianya 1 perbualan yang berat sebelah n tergantung(I guess?) Takut tersalah cakap, takut tertinggi suara, dan itu menyebabkan nada suara mula berubah serak bila bercakap dengan mereka.. tsk tsk tsk T.T, takut kiranya itu 1 dosa, biar pun kadang kala tidak berniat sebegitu..arghhh

Once Upon A Time in Kota Marudu. 90's Film. Sila tonton di pawagam,jika ada.



Apa pun, ketahuilah, jauh di lubuk hati ini, aku tidak pernah terniat pun untuk melukakan hati kamu. Maafkan aku,sekali lagi..
tskk..tskk..eiiii banyak habuk masuk mata ehhh!


-DOA UNTUK IBU BAPA-
 

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini. 

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 
(copy dari 'search google')





p/s: doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada di dunia ini.Amin.. :)ingatlah kedua ibu bapa kita yang berada di kampung/rumah.jangan ingat bf/gf saja. apalah sangat bf/gf tuhh. mengingati mereka x dapat apa-apa pahala pun 

sekian

k bai





Sunday, July 3, 2011

cinta | studylah dulu

Hai! assalamualaikum! aku baru balik dari Tamu! dan beli pashmina dan macam-macam lagi! (berkata dengan bersungguh-sungguh)


"jadi kenapalah??"


erkk' =.= mesti ada orang kata mcm tuh kan, aku kata aku baru balik dari Tamu Kota Belud.
haha :D




Sudah jadi lumrah bila orang bercinta, bermacam-macam panggilan ada.
ada junior, dia kata rindu abah,papa,ayah,umi,mama.. ahaha,ingatkan bapa/mamanya, rupanya kekasihnya.Maybe kalau panggilan lain bole trima lagi, tapi panggilan yang seumpama suda berSTATUS kahwin nih buat aku tergelak-gelak. Ohhh! maafkan aku ( sambil tunduk-tunduk meminta maaf ) 
HAHA! apa pun, advance budak sekarang!! 






*lukisan buruk..erkkk




kan bagus kalau kita rindu ibu bapa kita? ustazah di sekolah lama aku dulu kata lagi dapat banyak pahala merindui ibu bapa, apatah lagi memandang muka ke dua-dua ibu bapa yang telah membesarkan kita sejak dari kecil, yang mana x pandai makan, makan pun bersuap, berak merata, kencing melulu, teriak tidak tentu hala, and so on. Pandang muka awak/balak dapat apa?? ghairah? sayang? pahala??? kalau suami xpa la jugak kn? dapat jugak pahala.lalala~


Apa pun, jangan terlalu bercinta hingga terabai pelajaran. Dalam situasi kamu n siapa-siapalah yang tengah study ni ( jadi yang da kerja tuh boleh la suda,haha ), pentingkan pelajaran dahulu. Kalau pandai membahagikan antara cinta dan pelajaran, ok jugak macam kawan aku sorang waktu aku form 3 dulu,hehe ;D   . Aku bercakap bukan merambang jak ni, ada jugak kawan yang terlalu fikirkan hubungan percintaannya dengan gf/bf dia hingga terabai pelajaran. Pelajaran dan result pun jatuh. Selalunya x macam tuh. 


Apa pun jangan menyesal di kemudian hari sudah ^^ lalalala~
study dulu. Itu yang terpenting. 


sekian


k bai :D