Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label chibi. Show all posts
Showing posts with label chibi. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Kembali Bernafas


Bismillah. 

"kembali bernafas" haha itu tajuk aku bagi untuk blog aku yang sudah lama 'sesak nafas' ni. 
Dari dulu fikiran aku mahu update entry, tapi ada sahaja benda yang mengekang aku. Padahal hari-hari pun aku online (?) perghhh

Sekarang, masuklah 2 bulan lebih aku duduk dekat negeri orang. Berjauhan dari keluarga serta kawan-kawan.. Bapa mama kata tidak apa berjauhan, call dan sms kan boleh? Owhh yea bapa aku betul, telefon dan internet sangat berguna sekarang. 

#koleksi lama#
It is not Facebook who connect us, it's the Internet! LOL


Minggu lalu jak aku balik Sabah. Balik kampung. Cuti Raya Haji lah katakan. 

"cuti seminggu pun maw blik Sabah ka?.."  -bak kata Rosley di Facebook. Iya bahh. Mesti balik. (∩_∩)

Tapi tahun ni aku beraya haji dekat Kuala Lumpur, together gether dengan my bestiest, Amanda dengan Mak Usu dan Intan. Lokasi? Palaza Rah. Lahhh apartment yang depan Hospital KL tuh. kihkihh (ノ*゜▽゜*)  terus terang, ini pestime aku stay rumah selain rumah aku di kampung.  pergi KL naik KTM, ahhhh itu pun first time juga aku naik kereta api. Di Sabah ada juga kereta api, tapi hari tuh kan terbakar 1? haha :p

Kelmarinnya sempat jalan-jalan juga dengan adik aku Kecik, next time lah aku tidur dengan kau dekat UM tuh ya? Aku pun mahu rasa tidur dekat asrama orang secara 'illegal' :p

Waktu raya haji tuh, patut aku balik petang. Flight jam 5.30pm kalau tidak silap. Sekali flight aku bukan lagi DELAY, CANCEL terus penerbangan ke Kota Kinabalu! Sebab ada masalah dengan lampu-lampu neon dekat Airportnya tuh. Punya sedihhhhh aku, aku ingat sempat lah beraya haji dekat rumah kan, sekali esoknya juga aku balik. Malam tuh stay rumah pakcik dekat Dengkil.   -Jutaan terima kasih kepada, bapa, Amanda dan pakcik Awang. 
ヾ(´▽`;)ゝ tanpa kamu entah di mana aku stay hari tuh.

Stay rumah sendiri sangat best. Sampai feeling-feeling aku ndak mahu balik semenanjung balik. Adakah patuttt.  Nanti mungkin akan balik kampung tahun depan. Bulan 2 kali? Jadi kawan-kawanku Ajie, Tika, Edut tetapkan tarikh pertemuan dong. 

Hari tuh balik Segamat pun pakai KTM.  1 sahaja kekurangan KTM nih bagi aku, tandasnya tiada. =..= cuba faham perasaan aku yang dari Kl Sentral ke Segamat tuh? =..=


okay, aku rasa cukup aku berkisah-kisah di sini untuk kali ini. Daaa, selamat tinggal ! 
Jumpa di lain entry dan di wordpress kalau ada yang sudi? lol

#Esok ada test, tapi aku macam lugai-lugai. Doakan aku dapat jawab ya C:




Friday, April 27, 2012

Penat





bismillah.


selamat malam




# pandai lukis, tapi tak pandai warna.
sobs sobss. Y____Y mo nangis. tapi aku mmg malas mo warna pun. ehehe

malam ni penat sangat badan aku. ouhhhh. pedih sana sini. hehhh penat. sebenarnya tadi petang tiba-tiba mood buat kek cheese menjadi-jadi. semua ni sebab lambakan cheddar cheese yang ada dalam aisbuk. ow owww

Tapi xda gambar pulak, lagi pun da habis dimakan. ehehe. sedap kali kek cheese i2 sebab tuh habis (masuk bakul angkat sendiri ) =p

Sebenarnya aku cuma penat putar fresh cream untuk adunan kedua ja. Penat tangan, penat lengan, kaki lenguh. ouhhhh. memutar fresh cream ambik masa yang sangat lama bagi aku. Hampir sejam! rupa-rupanya  teknik yang aku guna salah. grrr.. geram pun ada. Nasib adik aku datang pi tegur. Kalau x entah berapa lama aku terperuk dekat dapur. Mengantuk mengantuk putar fresh cream. =..=

Penat memang penat. huhhhh.. mo mengeluh, kaki tangan aku mana bisa bercakap. Kalau dapat, mesti diorang mengeluh sakit dan penat kan? Syukur Allah cipta 1 mulut sahaja untuk bercakap, kalau tidak mesti 1 badan bingit!

# hari ni mood guna aku
# penat, sebab tuh aku mengalah akan suatu perkara. 

apa pun, penat itu sekejap cuma. huahhhh. *mengeluh. 
mengapa begini?






Wednesday, December 14, 2011

online memanjang ?



assalamualaikum semua  


okeh sebelum memulakan entry aku, ohh aku mo cakap, kalau ada yang berkenan dekat chibi dekat atas, korang boleh ambik, simpan bebaik dalam peti. teheee ^_^ itupun kalau adalah. keh keh.


dia tengah happy-happy online tuh sambil makan Nugget Ramly. Ohh gila sedap Nugget Ramly kan? lepas aku dan kawan aku Manda cerita dekat sms yang tengah makan Nugget Ramly, terus aku pon lukis lah 1 chibi yang tengah on9 dengan menggunakan laptop jenama B .B untuk BESAR,sambil makan nugget. sedapnya nugget . #daga


okeh, untuk aku yang sem akhir nih, aku rasa yang gila banyak juga assignment aku. Kerja rumah bagai. wowww. Kena rujuk internet banyak-banyak. Tapi aku selalu ja rujuk 'mukabuku' tuh. tuiiih. untuk ENT300 pulak, penggunaan internet memang perlu. kena cari banyak information. banyaknyaaa =..="


kelmarin pulak, bila aku on9, aku rasa heran pulak. Aku menganggap yang bila broadband aku nih laju, ianya suatu yang pelik! sebab selama nih manada dia mahu laju ja line dia ! terkejut + gumbira hati aku,. terus aku download MV dan music instrumental banyak-banyak. keh keh keh. terus aku online memanjang


keh kehh. kbai. petang nih ada kelas, malar lah kelas aku petang. =..=' kuatkan semangat jak la dari perasaan ngantuk tuh. zzzzzzz.


#petang mmg kuat tidur. =p


# aku tak pandai warnakan lukisan aku. T_T. burukla pulak. =..="


# entry merepek lg. hehehe







Sunday, December 11, 2011

why did you fly away ?






cinta datang dan pergi. Itulah lumrah dunia.
sometimes, kita kena tanya diri kita, kenapa seseorang yang kita  telah berpaling dari kita.
bila perkara macam tuh da terjadi, kenalah kita 'think positive' ! ! ! pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. ^___^

# cintaku padamu sekian lama semakin berpudar. aisehhhhmenn.




Sunday, November 20, 2011

TQ Arsam Ciki-Ciki Bum-Bum ^^


assalamualaikum dan selamat malam.

aku rasa gembira dan berterima kasih
pada malam ini.
kenapa?
ada kawan FB tolong warnakan chibi saya!
gembira x terperi, 
rasa terhutang budi 
pada empunya diri ^___^
Terima kasih kerana mewarnai chibi saya 

# almaklum lah aku nih tahu melukis ja, mewarna tidak. T_T
ada sesiapa mahu mewarna chibi saya ??



klik untuk tumbesaran



#kejap2 saya kejap2 aku. xpalah. maknanya sama juga bukan? :D




Wednesday, November 2, 2011

Chibi : 1









just sharing. Chibi nih aku lukis waktu aku ikut KAKS dulu. Bosan, jadi lukis-lukis. kbai. :)
Ingat mahu bagi tajuk, Wordless Wednesday. ahak! ~





Tuesday, September 20, 2011

i.doodle project



tehee. assalamualaikumwarahmatullah. kali ni, ringan tulang plak saya join project Cik Mel Amelina nih. =) tadi waktu blogwalking baru ternampak entry nih. hee. seperti yang kita tahu, cik Mel punya doodle semua memang comel!! saua sangat suka tengok~  :-D * jangan lupa terjah blog Cik Mel yang kawan-kawan  \(^..^)/ klik










syarat-syarat penyertaannya
-
Lukis doodle guna pen (simple drawing ) dan scan atau snap guna handphone, tak payah edit atau warna, macam lukisan kat atas ..ikut kreativiti masing-masing tapi lukisan yang simple saja ok..





err nih lah lukisan doodle saya yang tidak seberapa. di buat pun waktu lepas habis masak makanan tengahari tadi. . harap Cik Mel dapat lukis kiut-miut dan  warna ikut style doodle cik mel ..  ^..^Y  jom ramai-ramai menjayakan projek i.doodle cik mel ^..^Y 15 doodle terawal akan di pilih. :D jum kawan-kawan selagi mampu :D


Selamat Maju Jaya cik Mel :D :D


p/s: Manda, hari tuh saya nampak doodle ko, jangan malu-malu ging. Jum join! eehehehe :p Nanti kita makan tutti Frutti ok?






Sunday, July 3, 2011

cinta | studylah dulu

Hai! assalamualaikum! aku baru balik dari Tamu! dan beli pashmina dan macam-macam lagi! (berkata dengan bersungguh-sungguh)


"jadi kenapalah??"


erkk' =.= mesti ada orang kata mcm tuh kan, aku kata aku baru balik dari Tamu Kota Belud.
haha :D




Sudah jadi lumrah bila orang bercinta, bermacam-macam panggilan ada.
ada junior, dia kata rindu abah,papa,ayah,umi,mama.. ahaha,ingatkan bapa/mamanya, rupanya kekasihnya.Maybe kalau panggilan lain bole trima lagi, tapi panggilan yang seumpama suda berSTATUS kahwin nih buat aku tergelak-gelak. Ohhh! maafkan aku ( sambil tunduk-tunduk meminta maaf
HAHA! apa pun, advance budak sekarang!! 






*lukisan buruk..erkkk




kan bagus kalau kita rindu ibu bapa kita? ustazah di sekolah lama aku dulu kata lagi dapat banyak pahala merindui ibu bapa, apatah lagi memandang muka ke dua-dua ibu bapa yang telah membesarkan kita sejak dari kecil, yang mana x pandai makan, makan pun bersuap, berak merata, kencing melulu, teriak tidak tentu hala, and so on. Pandang muka awak/balak dapat apa?? ghairah? sayang? pahala??? kalau suami xpa la jugak kn? dapat jugak pahala.lalala~


Apa pun, jangan terlalu bercinta hingga terabai pelajaran. Dalam situasi kamu n siapa-siapalah yang tengah study ni ( jadi yang da kerja tuh boleh la suda,haha ), pentingkan pelajaran dahulu. Kalau pandai membahagikan antara cinta dan pelajaran, ok jugak macam kawan aku sorang waktu aku form 3 dulu,hehe ;D   . Aku bercakap bukan merambang jak ni, ada jugak kawan yang terlalu fikirkan hubungan percintaannya dengan gf/bf dia hingga terabai pelajaran. Pelajaran dan result pun jatuh. Selalunya x macam tuh. 


Apa pun jangan menyesal di kemudian hari sudah ^^ lalalala~
study dulu. Itu yang terpenting. 


sekian


k bai :D

Saturday, June 25, 2011

Free Chibi(s) for them

Ini untuk Aziela Siban =D
Ajieee jangan lupa ambilll!! (teriak)






Salam semua, adoii aku sakit kaki ehh,baru balik dari Jom Heboh dekat Stadium Likas. Xda jugak aku beli. paling=paling pun beli minuman kegemaran aku BLISS. Ohhh BLISS,kau sungguh sedap =D


Aku rasa lah,tujuan aku pi sana,cuma tengok artis si Akim,Tomok,Nora Danish dan yang sejenis dengan mereka,di samping mengeluarkan peluh dengan banyak dek matahari yang panas terik,  menghitamkan lagi diri ini serta mensakitkan kaki aku. =.='  sekarang muka aku da merahh dan panas-panas.Biasala tuh kalau muka da terkena cahaya matahari.ceitttt =.=' tapi xpalah,asal da nampak Akim,it's OK. (peminat Akim rupanya)


Nampaknya aku da lari dari tajuk entry aku. Aku buadd entry kali ini,kerana kerajinan yang melanda diri secara tiba-tiba di luar batasan akal aku.Ohhhhhh aku merepek.Aku sebenarnya buat entry ni untuk mereka ni,hari tuh dorang minta dari aku,sampai maw bertumbuk di Facebook.Ok aku tipu part bertumbuk tuh,macamana la maw bertumbuk di FB? tumbuk laptop? hihi .Ada jugak yang x mintak tapi aku buat jugak,heeee =p 


OK,kepada Zoul,Eiya,Dayang dan Amanda..bolehlah ambik ni.hahaha,itu pun kalau sudi lah.kakakaka ^^ ampun maap di pinta kalau buruk,hehehe =DDDD










Ini untuk Zoul.Hahaa =D
nih pestime aku lukis katun boy.LOL

Ini Eiya punya,aku saja kasi warna biru,sebab aku minat biru.
Plus,aku pandai-pandai pikir ko minat biru,jadi aku kasi biru lah.
Haha,warna biru ko minat ka? ^^

Ini Dayang Yasmidah punya,aku kasi warna pepel
koz aku ingat dia minat pepel. Sebab warna blog dia pepel.Ahaha ^^

Ini Amanda Punya.Aku kasi warna hijau,sebab kau
minat hijau kan? hijau-hijau longkang jg ko minat..blueekk
=p




wokehh,dats all =D entry berhenti di sini. SEUM DWA!! UU sAAA~~~
lepas ni kena bersara kejabb.


k bai =D




salam ^^

Tuesday, June 7, 2011

Mood Hancur Ohh

Assalamualaikum

 Akhirnya aku berjaya jugak memboloskan diri dari segala rasa malas untuk meng’update’ entry. Tapi maybe bertahan untuk malam ni sahaja la nampaknya..kerana aku lagi berminat melayan movie yang banyak d laptop aku ni n terutamanya 1 variety show, RUNNING MAN.kahkahh !

Actually, ini hari ke-2 aku tidur rumah orang, selain rumah aku dekat kampong ,rumah nenek aku,rumah kazen aku dan juga rumah pakcik aku di Pangkalan Abai. OK, INI YANG FIRST TIME. Harap maklum. Di sebabkan aku tidak mendapat kemudahan kolej seperti yang lain, walaupun aktiviti kolej aku aku da penat ikut sampai 8-9 aktiviti, tapi aku still jugak tidak dapat kolej =.= ‘ yang 5 aktiviti sahaja dapat kolej la pulakkkkkk kannnnnnnn ???? ( nada tidak puas hati di situ )

 Selama ni,seriously aku x pernah ada pengalaman stay rumah orang, ( sebab aku merasakan rumah sendiri  itu adalah lebih baik kan? ) hihihi. ^^ Aku stay dekat? Hmnn.. dekat?? Hmnnn.. frankly speaking ,aku x tahu apala nama flat aku stay ni, yang aku tahu flat nih antara Indah Permai dan Seri Maju.  So, flat nih antara dua kawasan tuh.Rumahnya simple. Rumah tingkat satu, so tidakla aku susah2 naik turun tangga tinggi. Macam rumah bujang..best plak stay sini. Superrr Duperrr Bigggg thanks to Hasmin (my roommate, now=my housemate) sebab bawak aku stay sini.wee! nanti kita masak sedap2 ya?

Sekarang waktu budak-budak cuti, but kami yang di UiTM ni sudah memulakan kuliah pun. Mood bercuti aku hancur bagaikan kaca aku rasa. T_T prakkk!! Baru aku merasa maw meluangkan masa bersama family aku, terutamanya kakak aku yang baru balik dari Tawau yang bawa banyak Blinjo dan amplang yang sedap untuk kami dan adik2 aku yang best di rumah. Dah kena suruh balik study suda.. demmm=.=’




Baru jugak aku berangan-angan makan-makan lagi di pantai bersama sahabat aku yang selalu makan2 di pantai ni, Ajie-Tika-Ildah-Edut.serta yang lain yg ingin turut serta Hmnnn ..tapi angan2 aku hancur musnahhhh begitu sahaja..demmm lagi. =.=’

Sekarang aku rindu mereka yang aku sebutkan di atas. Wahh aku rasa macam stay dekat oversea pulak. Jauhhh sangat aku rasa..pelik jugak. Padahal perjalanan dari kb-kk (kota Belud-Kota Kinabalu) cuma 45 minit ,kalau kau pandu kereta speed la macam aku.Kahkahh! =D  perjalanan ke KK bole jadi 1 jam kalau memandu perlahan.

Ok, GTG =D aku kena sambung tengok Running Man. Running Man tu apa? Google la sendiri. Hehe, sebelum ni  just tengok dekat  Astro One, sekarang boleh da tengok di lappy. Superr duperr thanks to one of my best friend Safiah,koz bagi ni Running Man.  Mama aku tadi aku call, dia kata kakak aku,n adik-adik aku macam gila sudah, hari-hari ketawa dalam bilik tuhh. Siang,petang sampai ke malam mama aku kata diorang asyik ketawa sahaja. Hahahaha! Aku rasa aku maw join kamu, tapi tidak dapat. Kenalah tengok sorang2..sob sob T_T

p/s: kakak! nanti balik kita masak lagi cheese kek ok? p/s: Ildah,Tika,Ajie,Edut,Piahhh bila la makan-makan di laut lagi? (ohhh malar )hihihi







Tuesday, May 10, 2011

Better panggil Chibi,daripada Doodle



Assalamualaikum..owhh siapa kenal di atas nihh? dialahh MARUKO-CHAN! 
ehemmm..okehh :) ejekli aku tiba-tiba terpukul ,terterajang,tertembak,tersepak dan macam-macam la 'ter' nya pasal penggunaan doodle dlm Blog ni hehe. 

Hari tuh,aku tanya adik aku.

"Kecik,ko taw lukisan kecik-kecik 2?yang comel tuh bah" , aku tanya adik aku.

"Tahu..chibi kan? macam chibi-maruko tuhh.."

Perbualan aku d teruskan dengan menceritakan dekat adik aku yg kalau dekat blog ni namanya doodle kena panggil. Then adik aku kerut-kerut dahi..doodle??? 

"kenapa doodle? patut chibi kalau yg comel-comel tuh.Selalu nampak d katun"

Sebelum tuh aku mo cakap pasal CHIBI dulu.Yahh..chibi iaitu kalau omputih kata small child.Kecik-kecik sizenya gitu~ Mcm Chibi Maruko-chan =D ( layan gak anime ni,ahaaaii^^)

Ciri-ciri chibi-
  • comel
  • kaki pendek
  • kecil
  • comel-comel
  • comel-comel-comel
Hihii..yang penting comel la bah n berkaki pendek la Photobucket



Kalau aku tgok dekat Blog ni,semua ehhh tak semua~segelintir panggil DOODLE. Owhh apa ya doodle ituh? Dodol ka? owhh tidak..

menurut Cambridge Dictionary

Doodle is-----

to draw pictures or patterns while thinking about
 something else or when you are bored


Pada pandangan aku lah kan,doodle adalah benda yg korang lukis-lukis/sketch-sketch atas kertas or mana-mana lah yg sewaktu ngannya ( yg boleh contengla ) waktu tengah-tengah blurrPhotobucket gitu,waktu lecturer or cikgu korang mengajar dekat depan kelas,korang bosan ,apa yg cikgu sampaikan x masuk kepala..n tiba-tiba terconteng-conteng plak buku latihan yg patutnya kamurang guna untuk hantar kejap lagi dekat cikgu tuh.Photobucket

Kadang-kadang doodle nih bagi aku lah,kita lukis tanpa kita sedar.tgok2 ja kat kertas..da ada benda tuh,HAHA.

Doodle juga melambangkan apa benda yg kita pikir-pikirkan.

Doodle bole jadi macam-macam. Bole jadi doodle nama,doodle bentuk Hearts,binatang,orang lidi,Anime,faces,doodle comel,contengan pen yg kusut-kusut mcm cakar ayam tuh,bentuk bersegi and ayat-ayat pun bole jugak panggil doodle.Hantam sajalah~ asal benda tuh ko conteng-conteng dan akhirnya terhasillah sesuatu yg best n kadang-kadang nampak smart biar pun sbnarnya tidak smart.Bole lah d panggil doodle.

Semua oranggg boleh wat doodle ^__^ 
jadi x perlu la sedih ka apa kalau x dapat buat doodle 2,sbb doodle yg 
korang cakap itu Chibi sebenarnya

*boleh jadi doodles jugak,asalkan kamurang conteng-conteng gitu..(contenggg-contengg lagi)
Pensel,Pen Hitam,Pen Merah,Pen Biru u marah I lebiu boleh d gunakan untuk mendoodles^..^


 Cuba belek buku kamurang(korang) dekat bag or rak buku tuh. Ada doodle x?
If ada lah contengan-contengan tuh.Ohh doodles la tuh. =) 

Dari pembacaan aku,bila kita lukis doodle Faces ia melambangkan diri kita yg kita maw,contohh kalau lukis faces 2 cantik2 maka korang ingin jadi bgitu.HAHA. kalau aku,aku slalu lukis yg kurus-kurus..sbb aku maw jadi begitu.(pengakuan) kyahaha =D

Kalau pengalaman aku.Aku selalu jugak men-doodle dekat kelas nih.Siap dalam buku teks lagi.Paling femes.Buku teks sejarah!!Haha..teringat kawanku ini, bapa dia yg mengajar.hehe.bukan x bagus.bagus ba,cuma mmg aq mmg x bole la masuk sejarah ni.Aku x taw kenapa jugak ngan kepala ni x bole trima sejarah 2.Jadi waktu cikgu Sejarah menerangkan d  depan,aku kadang-kadang conteng buku teks tuh.Huhh! Lupa diri sekejap yg buku i2 hak-milik-kerajaan =..=' kadang-kadang siap pakai pen lagi~

* ini salah 1 Doodle kawan aku,Rhona.
Aku memang suka curik-berkebenaran doodle kawan-kawan aku d kelas dulu..
sbb dorang slalu doodle katun-katun.Kyahaha ^^

sometimes,Chibi juga doodle.Hee




Suatu hari entah form berapa,kedapatan oleh cikgu tu..hihi Photobucket dia suruh padamm..pada mulanya agak malas ya Photobucket.Tapi kena lah padam.Bukannya buku aq kan? Muka-muka orang yg bersejarah tuh kadang-kadang jadi mangsa.Yang lelaki di tambah bulu mata n rambut di panjang2kan guna pensel. Di sebabkan buku teks sekolah kerajaan turun temurun mcm nenek moyang,jadi kadang-kadang nampak la doodle ex senior yg lama.paling hebat gambar GOKU.Tahniah kepada yg melukisnya sebab aku tergelak-gelak la tengok lukisan ko,then terikut-ikut untuk men-doodle jugak d buku teks! jangan amalan yaa adik-adik Photobucket

Hmnn..jadi dapat tangkap apa itu doodle? hehee..


Pada pandangan aku, yg kamurang(korang) lukis-lukis comel-comel Photobucket tuh,kakinya pendek2 plus dengan mukanya yg comel-lote gitu,yg kiranya pada pandanganku d lukis dengan teliti (teliti kn?) dan mcam-macam lagi,yg penting comel! owhh aku rasa patut panggil CHIBI la.Siapa bersetuju angkat tangan?? Aku rasa Maruko-Chan pun setuju gak..heee sedang dia yg rupa sebijik mcm yg di panggil 'doodle' tue Chibi jugak kena panggil.heee 

So jom la panggil Chibi,ehh memang patut panggil Chibi sejak dari awal lagi =)


p/s:masing-masing ada pendapat sendiri.Better panggil Chibi la dari Doodle.Hehe Photobucket


Chibi korang semua Comel-comel taw! weee  Photobucket i like~

k bai.