Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label windows. Show all posts
Showing posts with label windows. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Kegunaan Alt Pada Keyboard Anda.

bismillah dan assalamualaikum!


Dulu aku tak pernah terfikir apa kegunaan button Alt dekat keyboard laptop nih. Serius, aku tekan² entah apa benda nih. Zero Pengetahuan. Di sebabkan perasaan tak tahu dan ingin tahu juga apa benda jadi jadi aku pun tanya lah pak cik Google, dan sekarang aku dah tahu, jadi aku kira aku mau share dengan korang bagi yang tak tahu dan ingin tahu 
#ehヾ(´▽`;)ゝ

So, dari apa yang aku faham, antara kegunaan Alt button ini adalah untuk buat characters/symbols guna keyboard nih. Contoh-contoh simbol yang boleh di hasilkan adalah  ☺☻♥♦♣ ♠ ◘○•♪♫ dan banyak lagi lah. 


Untuk aktifkan simbol-simbol nih ada step-stepnya.  Jom kita tengok 1 persatu.
Untuk guna button Alt nih step pertama adalah, kita kena aktifkan buttonNUM LOCK’. Jumpa? untuk aktif kan, tekan button ‘fn’/FUNCTION + NUMLOCK. Lepas tekan tuh, maksudnya dah aktif la tuh. kalau dah ada apa-apa yang menyala tuh.


Then cuba tengok gambar nih.


sumber Google.
Mula dari huruf M = 0, J = 1, K =2, L =3, u =4, I =5, O = 6, 7,8 dan 9 masing-masing mewakili nombor yang sama. Kan? Untuk buat simbol-simbol tuh, kena teka nombor yang sesuai. 


Contohnya, kalau mau buat simbol ☺ kena tekan Alt+1. Yang 1 tuh bukan button yang sediakala 1 tuh okay? Button 1/J tuh. *refer gambar*


Contoh lain, ♥ - Alt+3 / Alt+L *pastikan numlock dah di aktifkan ok?, baru menjadi.*
                  ♫ -  Alt+14 / Alt+J+U
                  ²  - Alt+0178 @ Alt+253/ Alt+M+J+7+8 @ Alt+K+I+L


Haaa tuh jak lah yang basic-basic. Kalau korang nak kod²  untuk simbol tuh boleh rujuk sini. 




Aku pun budak baru belajar juga, harap kawan-kawan faham. Bagi yang belum tahu tuh, jangan malu² try okay?? C:


#sharing is caring bahh ヽ(´ー`)ノ
#kalau tak mau susah² Copy and Paste sahaja lah kod² tuh dari words ka apa. Kalau rajin. Hiikss

Monday, July 11, 2011

shocking test beb!

 

 

bbbee2

*eee comel kan bee ni? saja letak. ngeee^^

bila aku masuk kelas pagi,sudah la dengan perasaan yang berkecamuk, baru tuh, Sir Sibley masuk kelas. Tiba-tiba dia suruh agih-agihkan meja. What’s going on?? aku blur. Kalau test,takkan plak hari nih, coz sir ada cakap yang test tuh hari Rabu. Then sir cakap test.

=_________=”

Aku pun rasa, what the…?? di kepala otak aku cuma teringatkan presentation mgt, jadi tidak expect pun benda nih jadi. Baru yang paling best, sir kata nih test part one (1). Ohh..memang test yang menarik, sebab ada bahagian-bahagian lagi, kau ada ? Smile with tongue out HAHA. Baru, waktu siok-siok menjawab tuh sir kata cuma kuiz lah. Apa pun nasib aku dapat jugak, walaupun aku hentam keromo menjawab entah apa-apa jawapan aku tadi tuh. At least ada jugak, sbb sir kata kalau xda jawapan dia akan deduct markah. =..=

Apa pun aku masih BLUR sekarang sama ada tadi tuh test part 1? ataupun kuiz ? mana satu? aku pun x tahu ^^

 

k bai.

Assalamualaikum.

Saturday, July 9, 2011

Sedia ubat power untuk next week!

Assalamualaikum, haishh tangan aku gatal-gatal jugak masih untuk  post guna Windows Live Write (WLW) ni. Almaklum, keadaan aku ni boleh la di samakan dengan perasaan main mercun, sudah main sekali,pasti nak lagi.Bila da patah hilang terbakar jari barulah berhenti. Ehh itu mercun. Kalau WLW ni, sengal-sengal tulang?


Nampaknya balik rumah ni, aku kena menjelajah ke dalam hutan, mencari herba-herba terpilih sepanjang zaman nenek moyang aku untuk mencipta ubat terpower no 1 di kampung aku. Ehh,ops! terLEBIH imaginasi aku.


Sebenarnya rakan-rakan ( macam sir aku di kelas dia panggil ‘rakan-rakan’, jadi aku ikut dia lah ni ),next week memang jadual penuh. Fuhhhhh. Aku rasa aku kena cipta juga herba-terpilih-sepanjang-zaman aku tuh untuk bekalan next week. Tapi aku rasa itu mustahil. Jadi aku padamkan saja niat suci murni aku tuh.


Next week…

3 test 2 presentation =.=






P28-06-11_13.21




*adalah muka mekong next week.

p/s: kepada rakan-rakan sekelas, ohh jangan heran kalau muka mekong next week. Aku sudah mention di sini. 


apa pun doakan aku boleh buat ..aminnn..jom amin reramai ^^



Friday, July 8, 2011

Testing-Testing Windows Live Writer

tumblr_ljg8cpzOvs1qew25vo1_400_large

Salam dan selamat malam!
hai! aku ni tengah testing-testing guna Windows Live Writer. Aku baru download tadi. Sebenarnya aku cuma ingin mendownload Windows Movie Maker, tapi ‘benda’ yang aku guna ni terjoin download sekali. Jadi, aku pun testing-testing lah kan menggunakan benda ni.

hmnnn.best pulak aku rasa post entry pakai benda ni. Aku baru try, jadi boleh lah panggil aku ni ‘kebaruan’ ahahhaha ^^ Aku rasa kalau guna benda ni, internet connection itu perlu. (ohh kebaruan lagi)
Selain aku, siapa yang da try pakai Windows Live Writer ni?