eh blog aku kena update lah, bilang hari tuh mok berhenti. =..= cist. actually, memang la mo berhenti, tapi tangan aku ni x boleh la berhenti. terbiasa da aku masuk Blogspot. dari dulu ter-rajin masuk laman ni, sekarang mok buang susah pulak. =..='
ehh aku ada akaun Wordpress plak?
oh pasal bab ni, aku ada wat akaun dekat Wordpress tuh. Sejak tahun 2009 lagi. tapi aku lupa pulak kewujudan dia. ahaa. =..=' dan baru beberapa hari aku mengaktifkan diri dekat sana.
aktifkan diri mu beb bak kata celcom. eh Celcom punya tag line kah tu Maxis? aku tak taw. aku hantam ja ^^ ohhh kalau mahu tengok-tengok wordpress aku boleh, tapi jangan follow OK?
baca-baca jak lah yang dibenarkan n komen-komen. itu pun kalau ada yang mahu komen. atuuukoiiiiiiiiiiiiiii. aku cuma mahu buat Wordpress aku sebagai laman peribadi -ehh tiba-tiba bah. =..=' bah boleh klik sini WORDPRESS AKU.
yang kau aktif sangat dekat Twitter tuh apasal?
Oh, yah kebelakangan ni, aku suka masuk dan berterbangan dengan burung biru tuh. ehhh lebih2 pulak sampai terbang-terbang. Maklum lah, kalau dekat FB kau melalut, nanti kena cakap pulak muka Facebook. Jadi kalau melalut, memang Twitter tempat yang best tuk kau cakap 1 1 yang ada di minda kau. ecece. apa kau merepek ni shaitonn
ok last but not least ( teringat zaman buat essay dulu )
aku nak share lagu yang aku suka dengar nih. ohh ini. well saja letak, supaya adalah entry ni nampak panjang sikit. ehehe
SEBUAH PERTEMUAN (UNIC)
lagu klik sini
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
#ayat nih plak aku kutip dari komen yang ada dekat video tuh. best apa. penuh bermakna
Bukan senang mencipta pertemuan. Bukan senang untuk melahirkan rasa sayang.Bukan senang untuk menhadirkan rasa cinta. Bukan senang untuk mencari sebuah persahabatan yang bermakna. Tetapi,jika semua itu telah kita miliki. Jagalah ia supaya tiada ungkapan perpisahan.
#wassalam