Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang XD




Assalamualaikum!

Hari cuti yang kiranya ohsemm , bertambah² ohsem terutamanya selepas aku pergi tengok Istanbul Aku Datang . XD

kami tengok dekat One Segamat. Itu jak lah yang mampu.  Demi tengok lakonan Beto Kusyairy aku jejakkan juga kaki aku dekat cinema dia nih. Hari² pun terperuk dalam UiTM, mestilah mau juga keluar kan? herher



#gambar aku pinjam dari Fb Fan page dia.

Tengok tengokk? Betapa comelnya Lisa kan? Aku rasa dia sangat comel. Antara Tomok dan Beto Kusyairy aku lagi minat Beto. Teka apa persamaan mereka ber-3 ni? Tiga² sudah kahwin wey. 

Watak Lisa (Dian) sini, bagi aku seorang yang Happy Go Lucky. Comel² lagi. Datang dari Malaysia ke Istanbul (8000km) untuk jumpa dengan boyfriend dia si Tomok (Azad).  Dia datang dengan harapan, AzadFarouk akan lamar dia nanti. Oh lupa, tambahan pula, Dian ambik kursus bahasa juga dekat Istanbul. Sama U dengan boyfriend dia , Azad  Tapi bf dia ni asyik² busy. =..=

Pada awalnya, Dian ikut tinggal bersama dengan Azaddi apartmentnya bersama si Aizat dan sorang lagi kawannya. Di sebabkan khuatir orang pandang 'tak-manis', Azad suruh Dian cari tempat tinggal yang lain. 

Jumpa rumah yang sesuai, siap menghadap pemandangan laut lagi, happy gila dia. Dian pun berpindah ke rumah baru. Sebenarnya Dian telah di tipu oleh anak jiran tuan rumah tuh. Duit deposit untuk 3 bulan telah di ambil dari Dian. Dian ingat dia sorang jak yang stay rumah tuh.

jengg jenggg jengggg *tiba-tiba*
.
.
.
.
.

Rupa² nya Beto (Harris) pun serumah dengan Dian. Masing² terkejut ! jumpa jumpa dengan tuan rumah, tapi tuan rumah jalan pergi Mesir pulak. Nasib lah Dian. Dia stay juga dekat rumah tuh for a couple weeks. Dalam masa tuh macam² yang berlaku. Dian makan Maggi ASAM LAKSA Harris lah. HAHA . Okeh part itu lucu. Curi² masuk bilik Harris lah. Then diorang gaduh. Dian minta maaf. Dian ganti megi asam laksa si Harris yang kononnya hanya-terdapat-di-Malaysia tuh. Sekali masuk rumah, ada kucing. Harris tahu kelemahan Dian yang 1 ni. Dian tidak suka kucing. Hihihi.  Dengan harapan Dian blahh dari rumah tuh. Lepas adegan teriak-teriak-takut-dekat-kucing Dian keluar. Baru Harris sedar kotak atas meja yang Dian bawa untuk dia, sebagai tanda minta maaf.  Bersalah lah tuh Harris. herher 

Di pendekkan cerita, *nanti kamu tengok lah sendiri bah untuk selanjutnya*  si Azad ni salah faham. Dia ingat Dian main kayu 3. Dian pun 1, dia rahsiakan yang housemate dia lelaki. Dia kata dekat Azad, housemate dia perempuan Arab yang strict, yang mana lelaki pun tidak boleh masuk. kononlah, kata si Dian. Waktu Azad pergi rumah Dian, dia nampak si Omar. Tengah pakai baju. Sebenarnya dia dari jadi si Azad punya model untuk lukisan illustrasi.  Azad salah faham. Dia marah Dian. Dian kejar tapi tidak terkejar. :( Tuan rumah pulak datang tiba². Settlekan masalah pasal rumah tuh. Kunci di ambil dari Dian. Siapa sangka sebenarnya keadaan itu telah mengeruhkan lagi keadaan Dian?  


 Dalam movie ni, aku tak suka sebenarnya watak Tomok, walaupun mungkin sweet² lah di awal². =..= Tapi sweet kah tuh? Yang dekat restoren tuh aku geli. kahkahh. Ohh iklan jap. ;p 

 Melihat keadaan Dian yang sebenarnya tak bersalah tuh, Harris sanggup jumpa Azad untuk menjernihkan keadaan. Tapi kedatangannya mereka ke apartmen Azad mengeruhkan lagi keadaan. Tomok maki² Dian, kononnya perempuan jalang lah. Harris cuba bawa berbincang dan menceritakan hal sebenar. Tapi Azad tak mau dengar, tambah maki lagi. Berlaku lah adegan tumbuk menumbuk. =..= and then datang pulak awek Azad! =..= Azad pasang dua sebenarnya. Sebab? kesunyian konon. =..= Dian terkejut. Aku yang penonton ni, lagi terkejut! LOL

Jangan Biadap.  -Harris
Dian pulak rancang nak balik Malaysia. Sebelum balik tuh, Harris kata, malam terakhir Dian tuh dia mau bawa Dian jalan² sekitar Istanbul. Rugilah kan kalau tak nikmati masa dan jalan² di Istanbul tuh? Siap naik Vespa lagi. Ohh so sweet :')  Siapa sangka kan? perkenalan yang singkat itu boleh membuahkan rasa cinta?  *pleghhhhhh ayat*. Azad ada datang
 lepas diorang jalan² tuh. Lamar Dian. Minta peluang ke dua.  Esok Dian balik Malaysia, Azad pun nak ikut juga. Aku sebagai penonton ini tidak setuju. -..- adakah ini akhirnyaaa? ouhhh tidakkkk *jerit*

Waktu Dian mau masuk teksi tuh, si Harris kejar. Turun laju-laju dari tingkat 4 kalau tak silap aku. Ouhh nasib sempat ! 

saya tak minta peluang ke dua, saya cuma minta bagilah saya peluang pertama   -Harris-

At last, happy ending. Macam yang aku harapkan. Dian dan Harris. ♥


# cerita ini mengajar kita tentang kepercayaan, kejujuran. dan juga, jangan bagi peluang kedua kepada mereka yang melukakan hati kita :p haha! 
# aku suka Beto, tapi dia da kahwin. Kbai.
# Aku tau aku pen-spoiler cerita. :P

Previous entry pasal Kashaf Imani . Beto juga lerhhh. Kalau sudi, baca lerhhh 



Friday, July 13, 2012

Kashaf Imani



bismillah dan assalamualaikum semua :D


Salam hari Jumaat kepada muslimin dan muslimat :) Aku baru habis tengok Kashaf Imani tadi. Lakonan Beto Kusyairi dan Sharifah Amani tuh. Aku tengok sambil aku melipat kain-kain yang belum berlipat dalam rumah ni. Melipat sambil menonton lah, 2 in 1. 


#sumber Google C:




Bagi aku cerita nih memang best. Antara karya Melayu yang sangat-sangat memberi pengajaran! Actually dulu aku pernah tengok cerita nih. Tapi aku lupa, hari nih aku tengok lagi. Lepas tengok baru aku ingat aku pernah tengok biarpun ingat² lupa. Benda yang membuatkan aku ingat cerita nih adalah soundtrack dia, diambik dari lagu anime kegemaran aku dulu, salah satu OST Mobile Suit Gundam Seed Destiny. 


Kashaf ni kiranya seorang yang terpesong, isap dadah, layan bohsia gitu, then Imani pulak, gadis yang minat dia dalam diam. Semua benda yang Kashaf pernah pakai dan kemudian buang, dia ambik simpan dalam tin biskut dia. Sampailah 1 ha Iri tuh 'kedapatan' dia oleh si Kashaf kumpul² barang dia. Kena tanya 'kau minat aku ke?' kat Imani tak mahu mengaku pulak dia. Aku rasa itu comel. #eh .Imani suatu ketika dulu pernah koma, bangun² dia, Allah anugerahkan 6th sense gitu. Dia boleh nampak roh². 


Mak Kashaf iaitu lakonan Normah Damanhuri, aku rasa pun memang menjadi. Dia nangis aku ikut nangis juga. Watak Shamim lakonan Wan Sharmila, lagilah menjadi, dia bawa watak garang atau bolehlah kita panggil anak kurang ajar. Balik² tengking abang dan mak dia, berfoya². Dah tahu miskin buat-buat kaya. Sampai aku rasa menyampah sangat pulak dengan watak dia tuh. Eee! Menyampah maksudnya - lakonan menjadi lah tuh.


dipendekkan cerita, si Kashaf kena cucuk pisau, kehilangan banyak darah. Dia koma. Imani ja yang boleh nampak dia. Sebenarnya malam tuh si Kashaf ada konflik dengan mak dan adik dia. Sampai dia tengking mak dia. Kiranya waktu koma tuh, roh dia berjalan-jalan gitu. Hanya Amani yang boleh nampak dia, dia minta tolong sampaikan pesan dia dekat mak dia yang dia minta maaf dan dia sentiasa fikir yang syurga tuh di bwah telapak kaki mak dia. Dia sayang mak dia. ouhhh. Sebenarnya sebelum dia koma tuh, ada sinar keinsafan dah dalam diri dia.


 OK cerita ini sedih sangat. Cerita dia ada klise sikit. Kalau tengok babak dia, aku ingat Kashaf mati! sewaktu roh dia tiba² hilang. Waktu dia tarik nafas-gaya-nak-mati. Rupanya belum mati! Dia buka mata.. :'D Waktu nih memang aku menangis gila² sampai adik aku heran, baju yang aku lipat jadi sasaran aku lap air mata aku. errkkkkk bersungguh ²  aku nangis. heh


Tuh ja lah, bagi aku cerita nih memang best sangat! Thumbs up sebab berjaya menimbulkan rasa keinsafan dan mengeluarkan air mata aku bersungguh-sungguh. #eh Aku suka cerita nih C:


Semua akan ada hikmahnya -Imani.


# Korang pernah da tengok cerita nih? 
#dekat drama nih aku jumpa lagu Opick- Tiada Duka Yang Abadi. :')
# aku minat Beto Khusyairi dari lepas aku tengok lakonan dia yang Jujur Aku Dayus. pun best 







Friday, December 2, 2011

Review : Ombak Rindu

baru kejap tadi aku habis tengok Ombak Rindu.
Filem yang diadaptasikan dari novel karya Fauziah Ashaari.
Tinggi pulak semangat aku dengan kawan-kawan aku untuk tengok cerita tuh.
Mulanya kami datang jam 5 pm, ingat nak beli tiket wayang yang 7.10 pm,
rupa-rupanya seat dah habis ? ohhh mak.. seat yang ada pun yang dekat dengan skrin.
kalau kami ambik pun, makk oiiiii confirm keluar panggung kepala sengettttt =..=

so terpaksa dengan sebulat suara, pilih yang jam 9.30 pm. hhuhu



Sebenarnya aku nih x la mahu review cerita nih panjang-manjang. pendek-pendek pun penting lah. Aku da baca Ombak Rindu nih, best gila aku rasa waktu 1st time aku baca cerita nih, waktu entah form berapa.

Aku bagi cerita nih emmmmm 5 bintang ? kalau ikutkan hati aku mahu bagi 8 bintang, hehehe , disebabkan ada lagi yang "tapi-tapi" jadi aku x puas hati jugak dengan cerita tuh. Aku terbaca hari tuh entah kat mana, yang penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari pun tak puas hati dengan filem tuh. Ohhh bahh, samalah kita. Aku pun x puas hati. Bagi aku, kalau di jadikan drama lagi bagus. Ceritanya panjang. Hehehe

Faktor-faktor ketidakpuashatian.

  1. Jalan cerita ofkos lah sama , tapi ada beberapa part yang tak sama.
  2. Datuk Sufiah patutnya mati terkejut lepas dengar yang Hariz tuh bukan anak dia.
  3. Wafiah (lakonan Julia Ziegler) seksi gila dalam cerita nih. Aku pun terkejut gila babeng jugak tengok dia seksi mengalahkan aku. ehhh bila masa aku seksis? 
  4. entah, aku rasa mcm ada ja yang kena cut-cut ? tidak pulak puas hati aku. =..= kalau di jadikan drama lagi bagus. 
  5.  dan ada lagi yang aku malas pulak list. he he he


Hehe, overall OK la tuhhh, berbaloi-baloi jugak. Maybe kalau aku tidak baca novel nihh, aku xkan tahu macamana cerita Ombak Rindu, jadi lebihlahh feeling aku kalau tengok cerita nih. he he he, sebab x tahu jalan cerita kan? macam tuh lagi best. ^_^ apa pun aku suka ending cerita dia.sebab HAPPY ENDING =D dan bisa membuatkan aku nangis-nangis. wuu wuuu

apa pun tahniah tuk semua pelakon Maya,Lisa,Aaron ( ahh macam kawan-kawan aku pulak aku sebut nama dorang macam tuh ),pengarah n krew-krew yang menjayakan filem ini, BEST ja rasa bila novel yang ko minat baca di filem kan. kan? ^_^ iLikeAaronAziz :p

# apa pun, ada yang kata best, ada yang kata x best. Bagi aku, best lagi 'filem imaginasi aku yang ada dalam kepala aku waktu baca novel nih' ehhh adakah yang sependapat dengan aku??? jangan rasa sedih kalau cerita yang kita tengok tak macam yang kita expect. =)


# Ombak Rindu aku da ada, Cinta Tiada Akhirnya aku da ada, cuma tinggal satu buah novel lagi-----------> Rindu Cintaku, buku ke3 kesinambungan Ombak Rindu. Mana aku nak dapat yah? tolong belikan boleh? susahh pulak nak dapat kalau dekat Sabah nih. sedihhhh. :(






# aku suka lakonan Lisa jadi Mila. Ngam juga dia bawa watak jahat. Bila lagi kan nak tengok dia bawa watak jahat ?? ^____^Y






Monday, November 21, 2011

ego tinggi melepaslah jawabnya

assalamualaikum.


Nora Elena
#sumber gugel


kebelakangan nih aku asyik layan Nora Elena ja. Best, tapi tuh lah aku belum habis tengok lagi.
Begitulah aku, lambat betul habis kalau bab-bab tengok drama. ada jak kerja yang bikin tergendala.

Eid, satu watak dalam cerita nih yang ego tinggi mahu mampus. Geram tul aku tengok cerita nih. macam mahu terajang-terajang pulak Eid nih. =..=' Tapi apa boleh buat. Dia cuma pelakon, dan dia jauh nun di sana. Da bukan jodoh dia lah tuh kan dengan Nora Elena. kahkah! padan muka.

Nora dah balik-balik mahu eksplain dekat dia yang dia langsung xda affair dengan bos si Eid tuh, dia x mahu dengar pulak. eiii. geerrrammnya aku. sampai nangis-nangis aku tengok part Eid maki-maki Nora , sampai dia tergamak cakap dia x mahu terima kelapa yang da ditebuk tupai, kesian Nora, lagilah dia terasa sebab dia pernah kena rogol...tskkk..tskk...cerita nihh aku tengok aku hayati, macam apa yang aku buat kalau baca novel.

bila Seth Tan ( Aaron Aziz ) pergi pinang Nora yang memang cintakan Nora sejak 10 tahun, barulah ko merasa kan? melepas lah ko kan? baru tahuuuu. aku gerammm laki macam nih !
lain kali ego sangat! x mahu dengar cakap tunang ko dulu. eiiiiiiiiii . grrrrrrrrrrrr

Ego memakan diri. Itulah orang tua-tua dulu sudah kata;

ikut hati mati,
ikut kata binasa


*lepas tension kejap lepas tengok drama Nore Elena. =..=' entah bila aku boleh tengok lagi. kuliah da start esok. kuliah ohh kuliah

selamat malam oh malam !


#nanti aku mahu cerita pasal cemburu celik pulak. :p

Tuesday, November 1, 2011

aku parah

assalam.

Sekarang dah menginjak 1-11-2011.
Masuk bulan November sudah !
Cepatnya waktu berlalu.
Aku pun tidak terasa.
Aku yang mungkin lalai menghitung hari.
hmphh

Ketam
Kau makanan terlarang.
sudah ditegah, mahu makan juga
begitu juga dengan kawanmu udang
kamu berdua memang sedap !
tapi sotong tidak seberapa sedap bagi aku.
hmphh

sekarang,
aku yang menanggung.
menanggung penyakit yang sudah lama
bersarang dalam diri,
sakit.parah.. itu yang aku rasa. kamu ada ?

Ingatkan,
dengan memakan kamu banyak-banyak,
hilang dan lali lah penyakit aku nih
tapi tidak.
dulu, mungkin iya. sekarang, kau muncul kembali.
parah tahu !?

sambil menonton Magika aku menaip.
sambil melayan penyakit aku.
itulah degil sangat,
sekarang
padan muka luu! :p



Dari aku kecik aku ndak boleh makan seafood . tapi ikan bolehlah. Udang, ketam, sotong, belacan. actually aku tidak boleh makan. parah aku kalau makan benda nih. aku akan mengalami alergik. gatal sana sini. tuh lah penyakit aku kalau aku makan benda nih. hmphhh. tadi mama aku masak ketam. aku makan. tuh lah, lain kali pikir dahulu sebelum makan. sekarang siapa yang merana ? orang itu adalah aku! T..T

Saturday, October 29, 2011

biasa lambat tidur malam dulu, tengok apa ?

aku baru habis tengok The Walking Dead. Anak Rick kena tembak. Baru Shane, kawan Rick pergi ada sekolah tuk ambik bahan-bahan perubatan. Ada lelaki gumuk. aku harap dia selamat. Tapi naluri aku cakap, macam dia tidak selamat pulak. haishhhh. harap-harap selamat lah kan. hmnnnn..*finger crossed*

Dulu waktu aku kecik-kecik, aku dan kakak aku selalu tidur lambat. Kami memang kaki cina waktu tuh, tapi bukan kaki makan babi ok ? no no no ! kaki drama china lew. drama taiwan ka. eh aku pun tidak tahu maw sebut apa. ahaa

Baru ada lagi aku ingat, sebab terlampau tengok benda nih lah, waktu muzik dekat kelas kami, aku nyanyi lagu Cina. wahh! hebat bukan !? haha. hebad taik ayam adalah. haha. nyanyi waktu kelas muzik. kawan aku Azrul, yang suruh. "pigilah nyanyi syakirah. Pigilahh" . cehh. kami memang 1 kepala. Cina memang kami suka, begtu jugak dengan Dimas. kawan aku minat tengok Cina sama-sama. Miss them. Bila ingat-ingat kisah lama. ketawa-ketawa aku sendiri. :DD

okeh, aku just list yang aku ingat jak lah. yang lain, aku lupa, tapi masih ada vision2 sikit di kepala aku.

Pertama
Pertama-tamanya ya ialah My Fair Princess . Huan Chu ge ge, Ming Chu ge ge. haahah :DD
berebut2 aku dan kakak aku ambik watak Huan Chu ge ge. Cerita nih memang best. Pasal, kerajaan diraja China. Dua orang adik beradik angkat. Xiao Yanzhi dan Ziwei. Ziwei nih anak maharaja sebenarnya, mama nya org kebanyakan jak. Time maharaja jumpa dia nih, siap suka dia lagi, konon sebiji muka dia macam orang dia suka dulu. arghhh ! dasar. nampak pempuan cantik, maw di kasi jadi gundik. hmph !




Huan Chu ge ge tuh, yah ampun. perangai macam budak-budak. ndak lah kali. geram aku bila tengok balik. baru2 ih main dekat ntv7. jam 12 kalao x silap. kalo tidak pun jam 1. haha :D apa pun memang gila babi best cerita nih. thumbs up! emm baca sini ! KLIK  lagu dia pun best jugak. sampai sekarang layann :D

Kedua
My Cousin. Pelakonnya pun dua orang di atas nih. aku pun tidak tahu kenapa aku tengok cerita nih. Best. Best apa cerita Cina dulu-dulu? best sangattt! Aku tengok cerita nih lepas, My Fair Princess habis di siarkan. jadi layan jugak. C:



Ketiga
Nih pun aku rasa gila babi best jugak. matilah. Fong Sai Yuk. Sepa pernah tengok ? best kan. cerita lawan2 cina memang best. ada yang aku ingat FongSai Yuk mati, tapi hidup balik pulak, keluar dari kubur dia. omaiiii.  best!



ohh itu ajalah untuk kali nih. mata pun sudah ngantuk. yang lain tuh. ingat tapi lupa. ehh. lupa lah tuh. aha haha

apa pun, pastikan anak-anak anda yang menduduki upsr kah, tahun dua, tahun 3, tahun 4, mendapat tidur yang mencukupi. jangan macam kami. orang tidur, kami masih berjaga. ahaa. kbai. 

assalamualaikum. :]

Tuesday, October 18, 2011

The Walking Dead Season 2 | Can't wait!

assalamualaikum dan selamat malam. C:

The Walking Dead Season 2, is right on the corner ! okeh. Dalam blog lama aku pernah cerita yang kunun aku nampak zombi. sebenarnya nih lah yg aku tengok tuh. sampai ke pagi yang bermatahari aku tidak tidur melayan cerita nih. zombi-zombi aku memang suka tengok. Breathtaking habes ! Nebes-nebes, macam aku la pulak yang melakon kan watak dalam zombi tuh.



okeh gambar aku tabak dari pakcik google sahaja. Ngee. ^..^  Okeh, aku just maw cakap yang aku tidak sabar. Kbai.




assalamualaikum

Monday, July 25, 2011

♠ Ohh Diari Pontianak ♠

Sejak minggu lalu dan lalu lagi, aku rasa aku da angau-angau tengok cerita The Vampire Diaries. Angau-angau sebab si Damon Salvatore. Uhhh, kalau aku, lagi suka abang dari adik dia Stefan. Miahahaha *ketawa x hingat dunia ^^


from left:Damon Salvatore, Elena Gillbert, Stefan Salvatore
Ian Somerhalder, Nina Dobrev , Paul Wesley




Eeeee, bestt! Dan hari-hari aku ngan rum8 aku aku rasa x habis-habis tengok Twitter dan Facebook pelakon cerita nih. ngaaahahah =DDDD sampai dalam kepala aku pun itu jak la.. bila la tengok season 2 nih? aku harap my new rum8 eza jak ni minta dekat kawan dia..ngeee =p baru season 3 september nih keluar, aigoooo...


Seminggu aku di rumah pun,aku habiskan dengan tengok cerita nihh. Sampai tengah malam tengok. Cerita nih xdala menakutkan kan sangat macam cerita seram Thailand yang entah apa-apa seram tuh, cerita pontianak memang lah pontianak, pastuh x seram jugak cerita nih, sebab dia dalam bentuk drama kn.. tapii..tapi..... aku tidur bukak lampu juga. =___='


"porahhhhh!! penakutttttt!!!!! "


ahhh cakap ja la aku apa-apa..tapi aku takut sebab bila da tutup lampu tuh,kepala da mula da pikir yang 'macam-macam-ada' bila da gelap tuh.. aduihhhhh.. tekanan jiwa aku ohhh =.=


xpa la yang penting hati aku gembira..heee

Saturday, June 18, 2011

Green Lantern





Green Lantern.Bila sebut Green Lantern mulalah aku terbayang sesuatu yang hijau-hijau sebab sudah namanya Green kan?haha

Lepas melantak Pizza dengan kawan sekelas aku,aku memulakan langkah sendiri. D sebabkan kawan-kawan aku yang lain ada kelas jam 2, dan yang lain tuh ada komitmen yang tersendiri,
jadi aku pi lahh tengok Green Lantern sorang-sorang.muahahah ( padahal memang itulah tujuan utama aku gi 1B )

Nihh 1st time aku tengok movie secara solo. memang aku yang maw tengok sorang-sorang.Kadang-kadang maw jugak rasa tengok wayang sorang-sorang nih. kesian?lonely?patah hati? ka orang cakap sebab tengok wayang satu urang..ohhh aku tidak peduli.Yang penting menimba pengalaman jugak aku tengok wayang sorang-sorang and now, Mission Accomplished!Yeahhh!!

tengok sorang-sorang nih xda jugak bezanya dengan tengok beramai-ramai. Room8 aku ada bercadang at least bawak la 1 orang,asal ada kawan. But, I'm ok jak 1 orang. =) 

Green Lantern memang best,tambah lagi dengan Hero yang hensem.ohhhh tidak,haha!
Mula-mula aku tgok banner Green Lantern dekat cinema tuh,serius! aku ingat Hritik Roshan.kahkahhh! XD sebab cheekbone Ryan Reynolds sama apa dengan dengan Hritik Roshan? ahh ka perasaan aku jak tuh?

nahh tengok lah trailer kejabbbb
(rajin pulak aku bagi trailer)

Movie nih memang menarik,korang jangan lupa tengok,tidak rugi beli tiket untuk movie nih. 
Kalau aku,aku rasa lagi rugi duit aku beli tiket Kongsi dulu, sebab cerita tuh tdak mcam yang aku expect pun. =.=' 

ok k bai! 

movie yang dari marvel comic memang best! aku suka! XD



Saturday, April 30, 2011

Thor itu best !








Selepas hantar rumate aku tadi pagi di Inanam,aku pun jalan lagi pi 1Borneo. Ehh! lpa pulak maw cita,selepas hantar rum8 aku dri Terminal bas Inanam itu,aku pun carik la jalan keluar dari situ. dan . . . . . . . aku FAIL tuk carik jalan kuar =.='. Apa brg la aku nih kn? jalan kluar dri Inanam pun boleh sesat. Aku memang bgini.Kalau x pass sangat selok-belok suatu tempat,confirm aku sesat . Lepas masuk segala tempat perumahan,masuk lorong-lorong kecil,akhirnya aku dapat jugak keluar~fuuhhhh * lega gitu,kalau x sampai esokla aku berpusing2 kesesatan Photobucket .Penuh kesesatan aku ni.hmphhhhhhhh


Sampai 1B,tgok wayang.THOR.Itu kami tgok.Aku bab² movie marvel mcm ni mmg aku 
layan-sehabis-mungkin la~filem² action+mitos ni.Memang aku suka lah.Seronok~Macam cita kartun marvel 2,Thor kena buang pi Bumi. Asalnya dia ni,ganas+temberang dan entah apa-apa Photobucket
cita ni mmg lawak gak la.Mati-mati jugak aku ktawa dengan dialog Thor ni waktu di jatuh pi Bumi ni. X pernah tinggal d Bumi,jadi dia wat ikut suka dia ja. Umpama rusa masuk kampung!Dia ada adik,rupanya bukan adik kandung.Rpanya adik dia ni,anak musuh bapa diorang tu si Frost Giant (kalau aku x silap la) .Adik dia Loki. Apa pun,aku minat la Loki ni n abang dia sekali.Muahahaha Photobucket  Loki la yg jahat dekat cita ni..hmnn..aku pun da penat la.Hahaa.nnti tengok la d pawagam berdekatan ya bagi yg belum tgok 2,x rugi jugak belanja duit tuk movie ni..best best best! Photobucket kalau cerita sampai habis sini x best la kn nanti? :]


Nanti ada cita Marvel lagi 2012,The Avengers . Tidak sabar aku.


assalamualaikum :) k bai.


haha entry ciput² lagi 


p/s: jangan lupa tgok Thor ok? :D



Sunday, March 13, 2011

Ombak Rindu : Aku menunggu mu





owhh so sweet la kn?
ehh aku lupa bagi salam!
assalamualaikum semua :D

bagi orang mcm aku ni (kaki novel) memang cita ni yang aku tunggu-tunggu.
aduihh,da la cerita dia ni best kn? sepa x baca lagi Ombak Rindu karya Fauziah Aashari tu?
sila mengaku.Tapi x penting pun kalau mau mengaku.hehh.Novel tuh memang popular la.
Patut jadi kemestian baca tuh.Hehe. Aku mula baca cerita ni waktu aku Form 2,kawan aku
yang bawakkan. Fuhh..Best gila..Dan sekarang,aku da ada buku ni..beserta sambungannya,Cinta Tiada Akhirnya.Sebenarnya ada lagi buku ke-3 ( aduih,banyakkn buku dia? =.=) Rindu Cintaku. Tapi aku belum jumpa pun buku tuh..uhukkuhukkk T_T
sama ja mcm kes Andai Itu Takdirnya. Ntah mana buku tuh semua. X jumpa pun dekat Sabah ni.

Bole nampak sini Haris si Aaron,Izzah si Maya Karin ( cantiknya Maya pakai Hijab^^ )
dan Mila si Lisa Surihani. Hmnn.. Aaron? not bad la kn? okeh lah tuh,boleh la mcm rupa ntah siapa yang aku bayangkan kalau baca novel tuh.Haha! aku x kenal pun. Otomatik ntah muka siapa yang terhasil kalau aku baca novel..harrharharr ! ^^

apa-apa pown aku nantikan la cita ni. x sabar aku !

Mood: hepi biar pun pening minum susu.Sejak bila aku 'alah' minum susu nih??
-_-%$*&%^*


Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalam.Aku baru balik dari bilik kawan aku ,Nurul .Makan tadi. :]
Dan aku maw cerita yang tadi aku tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA!! Owh men..aku bagi A+ la tuk filem nih.Aku suka sangat! ^_^


Memula,my rum8 ada ajak trngok nih si Merong nih hari Selasa,tapi aku takut aku xda bajet..jadi aku bulatkan hati tuk kuar hari nih jugak tengok si Merong nih.Suda lama aku mengidam² tengok cerita nih,sejak aku balik rumah minggu lepas,aku ternampak trailer diadekat tv. Huhh! Bestnyaa! masih x ilang perasaan TERUJA aku tengok nih! errkk..padahal aku sekarang nih tengah berfikiran berkecamuk...=.=' mcm² berlaku hari nih kn? hmnn.



sampai masa tibanya waktu,
redup hati kamu berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama.



okeh nih lah si Merong.Hensem kn? hahah boleh gila begini,nasib da kawin dia nih..hehehe.
Nama sebenar STEPHEN RAHMAN HUDGES.Aku suka dia sbb dia ni pandai cakap melayu n BI sekali. n aku sangat tabik lah cita nihhh .Macho ja aku nampak,sasa lagi..korang ada?hihii
 Bi da pun smart jugak. x sia2 aku tengok cita nih. Jalan cerita sangat best,maw tahu? waktu aku tengok cerita nih kn,aku terbayang watak dalam novel "Bagaikan Puteri" plak..otomatik kepala aku pikir cam tuh..adakah begini bayangan Laksamana Sunan? :]

Jalan cerita yang sangat menarik..hmnnphh..aku da JATUH CINTA dengan MOVIE HEBADD nihh!! kalau ada peluang kali ke-2 aku maw tengok lagi! >.<

D sebabkan nih cita baru kuar panggung baru-baru ja,so waktu aku tengok tadi di 1B jam 2.20pm ramai jugak la orang.Tapi aku pasti,esok hari Sabtu..lagiiiii banyak orang! huhu..
tengok lahhh..rugi taw x tengok..aku malas la cerita ending dia.HAha..sebab aku nangis waktu ending dia nih.KUar panggung mata comel aku merah.hmnph! bocor rahsia aku nangis..eran org tengok mata aku.-.-'


si Marcus pun apa kurangnya.Marcus,anak maharaja Rom yang datang ke 
'Semenanjung Emas' (tanah semenanjung lag tuh,hehe) tuk di kahwin kan dengan anak puteri China..fuhh~ngam la kamu dua bah. yang sorang nih hensem,yang sorang plak cantik banget!! ^^

Penggunaan bahasa dalam cerita nih,sangatlah best.Memartabatkan bahasa Melayu.Aku harap korang tengok la k? baru paham perasaan aku mcmana tengok cita nih! siap ada orang yg bole jampi-jampi lagi n kebal,watak ni d lakonkan oleh W. Hanafi W. Su kalau x silap aku.



Genre: Sejarah, Aksi, Peperangan


Durasi: 1 jam 50


Tarikh Tayangan: 10 Mac 2011


Pelakon: Stephen Rahman Hughes, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Nell Ng, Umie Aida, Acong, Mano Maniam.


Pengarah: Yusry Abd Halim

Pada tahun 120, Empayar Rom yang di bawah pemerintahan Hadrian dan Dinasti Han di China adalah dua buah empayar yang kuat. Kedua-duanya telah memperluaskan kuasa perdagangan ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk dikahwinkan dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai rancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung perairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
--



ehee..ok aku sambung la cerita k,dia ni memang able to rescue tuh Puteri China dekat akhir cerita nih..tapiiikannnn...........................



p/s:korang tingu la sendiri.Nnti x saspen pulak kn??.muahahaha ^_^ tabik spring sama KRUstudios!!! muahhxxx! >.<


apa kata kamu semua baca sini?? ada info menarik pasal si Merong nihh..

hikayat merong


*adidddiii..ahahah! comel semua! ^^
paling c Merong! ahahah XDXD






Wednesday, January 19, 2011

Oki Setiana Dewi menyanyi?waaahh! ^^,

salam semua n selamat petang! ^^ hehee..







Okeh aku pun baru tahu kewujudan filem nih! wahh d tambahkan lagi dengan pelakonnya,Si Dude Harlino.Sapa x kenal Dude ni?dia nihh bnyak kali kita nampak dekat tv Prima la kebanyakannya, selalu berlakon bersama dengan Naysila Mirdad dekat sinetron2..Dia ni kiranya jarang jgak belakon filem. Kali ni dia berlakon filem nih.


Pernah tengok Ketika Cinta Bertasbih ka?
Haaa..klo korang sedar,diorang nihh la pelakon KCB.
Yang si Tudung biru tuh(merujuk gambar) adik si Khairil Azam.
Tapi dalam cerita ni x tahu plak aku if ada kaitan kan dengan KCB kn ? :)


Nampak macam best ja cerita nih.Harap2 ia best n sampai ke dalam jiwa..aisehhh :p
aku memang suka layan movie Islamik.Baik untuk aku,baik untuk kamu n mostly,baik untuk hati!!  hehe :D
dulu aku tengok KCB sampai kedapatan aku oleh kwanku si Nurul dekat bilik,menangis2 mcm emak monyet kematian anak depan laptop! huhu..perasaan x boleh di bendung kn?tuhh la..aishhh huhuu
http://www.emocutez.com
Kali ni aku harap,cerita ini best.Movie Indon memang best~ i like ^__^

yang nyanyi lagu nih si Oki Setiana Dewi n Si Andy Arsyil.Sepa mereka?
mereka ialah Anna Althafunnisa n si Furqan :D

eh,nampaknya dah azan,aku kena 'chow' dulu dri dunia maya nihh.
Assalamualaikum :D


p/s: best x lagunya? maw download??

Saturday, January 15, 2011

Khurafat Best Pulak!




Salam.Korang da tgok khurafat x?? best plak kn.?
hihi mcm besa,tadi aq gi jalan ngan kawan aku.Outing dengan kawan² sekitar Suria Sabah.
Wahhh,Sabah pun ada Suria Sabah kn?Bukan Suria KLCC jew.hehehe..tapi Suria KLCC lagi mantap la dri Suria Sabah... :]

Khurafat ni pada pandangan aku best.Sebab filem ni telah membuatkan aku berjaya teriak² tidak tentu pasal.HAHA.Sbb selalunya aq tengok cita hantu x dala kan teriak² mcm aq tgok cita ni.Ni awal² gi aku da terkejut.Cayalahhh..aku ni jenis susa sket maw teriak² tgok hantu² ni.


Best la cita ni,sampaikan nangis² aku tgok ENDING dia..fuhhhh..
kisah tentang sorang lelaki yg rupa² nya percayakan benda² khurafat.Memang suspen arr ending cita ni.Sampai mengalir air mata.ingtkan mati betul² dah,rpanya mimpi..
waddapak.=.=' selepas tuh baru la mati tul²..

mehh la aku crta.hehehe..jadi yg belum tgok tuhh,tahu dah la crta Khurafat ni.hihihi(ketawa nakal)..xpa la aku crta sikit.
Crta ni kisah spasang suami isteri yg kena ganggu hantu la g2.Hantu tuh asyik ganggu dorang ja.Si suami,Syamsul Yusuf n si isteri,Liyana JAsmay.
Then ada jgak Sabrina Ali. dia pegang watak Anna.Ingatkan Anna yg 'datang' kan hantu tuh,rupanya hantu tuhh datang sendiri d sebabkan kisah lampau si suami yg 'guna-guna' si Anna waktu nak pikat Anna dulu.Dia dah langgar pantang.iaitu jangan tinggalkan orang yg dia nak pikat tuh,si Anna.Tapi degil.Tuh la lpas dia kawen ngan Aishah(Liyana Jasmay) asyik kena ganggu jewk.Ending² crta baru tahu nih menatang semua adalah kesan² suami dia.Aishhh...=.=" tuh la..maw jgak gna guna² ka?Guna² dengan mayat lagi tuhh..ishk²
kita jgan jadi mcm ni ok.Yakin dengan Kekuasaan Allah itu adalah penting!


Owh dalam cita nih aku ska tgok si Syamsul.HAHA.Dulu aq x suka dia ni.Mgkin sbb kali ni dia bawa watak suami penyayang dekat si Aishah?Tuh yg aq ska tgok tuh.hihihi.
Trus teringat watak² cerita novel...wahhh...~.~


SINOPSIS

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital.

Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah.

Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?



credit sinopsis:sini





Tuesday, December 28, 2010

The Tourist(2010)



owhh,salam n morning uols :) sehat?baiklah.bgusla if sihat.
okehh.mcm tajuk entry tuh 'The Tourist'.owhh menn..aq x sabar tunggu movie ni.asal tgok dekat iklan tv.x sabar2..ckp dlam hati  cepat la ko kuar..cepat la ko kuar.sbb aq x sabar nak tonton filem ni!

why??sbb aq minat gila ngan Johnny Depp ni.serius...aigoo..aigooo..
jadi tuh la sbb aq x sabar g cinema layan cita ni.heee.klo aq,jenis yg lagi layan movie 
org putih,sbb best la jalan citanya.hahah.klo watak superhero pon real ja.x mcm....ehem²
punya hero. ehem² lagi sekali.hehe.

Emm.x taw la if cita ni best ka x.yg penting nnti kita lyan dulu.mna taw best sbb pelakon dia yg hangat-hangit semua.yg top gitu.Johnny Depp n Aunty Angelina Jolie.okehh jom layan trailer.nnti sama2 kita tgok dekat panggung ^_^   

tidak sabar rasanya balik UiTm ^_^ sbb bole p panggung. :)