Selamat Berpuasa.
Teringat waktu gi 1Borneo, ternampak ada meja-meja tuk bayar zakat sana. Terus teringat dalam hati “ Bapa sudah bayar ka arhhh? “ eheheh ^^
Adalah menjadi keWAJIBan umat Islam semua untuk menunaikan zakat. Ianya termasuk dalam rukun Islam jugak.
Hopefully, semua yang berpendapatan, yang berkeluarga, yang mampu and so-on dapat menunaikan zakat yachhh? ^_______^ . Membayar zakat bukan untuk suka-suka, ianya adalah untuk menolong golongan-golongan tertentu.
jum. teruskan membaca ^___^
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang erhutang dan (untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah ) sebagai satu ketetapan (yang datangnya ) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah 9:60)
Daripada ayat di atas,dapatlah difahami bahawa golongan yang dapat mendapatkan zakat ialah :
- Fakir-Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
- Miskin-Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.
- Amil Zakat-Orang yang dilantik atau di tauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
- Mualaf-mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya)
- Al-riqab- Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam
- al-Gharimin- Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
- Orang yang berjuang di jalan Allah ( fi sabilillah )- Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti yang menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
- Ibn sabil – Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja, dengan syarat; ia menggembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak.
#sumber : Solusi ^___^
jum baca lagi Dosa Besar Salah Guna Wang Zakat klik klik
BACA JANGAN TAK BACA ^___^
2 orang komen sini:
sy rasa sistem pengagihan zakat ada yg tidak kena ..terlalu byk karenah birokrasi.terutama pd mualaf2 yg baru memeluk Islam...kenapa susah sgt nk salurkan bantuan ? maka x hairan lah..bru2 kecoh umat islam p mtk bantuan kt gereja tu...pendapat sy saja...
Honda Black Devil .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/honda-black-devil.html
Proton Saga baru ? .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/new-saga-espire.html
Post a Comment