Klik ok? TQ so much !

Showing posts with label KAKS. Show all posts
Showing posts with label KAKS. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Flanil Analgesic Cream

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk. Sudah? Flanil Analgesic Cream. Sejenis ubat. Tapi bukan ubat sakit jubur ok, no no no *sambil geleng-geleng kepala tidak setuju*. Tahulah nama dia agak ke arah kuning sikit, sila jangan fikir benda lain.


Inilah Anal. ehh tersasul dengan sengaja pulak. maaflah.  Flanil Analgesic Cream. Aku pinjam ehsan datuk Google.

okeh di sederhana pendekkan cerita, waktu aku ikut KAKS minggu lalu, aku ada lepak-lepak bilik kawan aku Nurul. Menumpang wat kerja lah katakan. Kami ada kerja maw kena wat. Jadi bilik dia lah sarang kami. Hebad bukan ?

Belum aku cerita apa-apa aku dah terasa aura-aura cream nih taw. Okeh, jum aku cerita lagi. Malam tuh aku duduk lah bilik Nurul, aku duduk dekat meja dia. 

"Nurul, ada ubat urut kah? sakit gila leher aku ooo.."
Aku mengadu dekat Nurul. Sambil picit-picit leher aku yang saki itu.

"Tuhh nah dalam bekas tuh.."
kata  Nurul sambil tunjuk bekas di depan aku.

Waktu aku ambik tuh, aku ingat yang Nurul kata ubat ostrich, yang ada gambar burung unta di depan dia tuh. Alih-alih Nurul kata bukan, dia kata yang macam dalam gambar nih, so aku pun ambik lah dengan jiwa yang bersemangat kan. Semangat gila dengan harapan sakit belakang leher aku hilang.

"Terima kasehh Nurul.. ^..^"
cehh, sempat aku berterima kasih. sambil aku memicit ubat keluar, simpan atas jari telunjuk kanan. Amount dia macam aku simpan COLGATE selalu. banyak bebbb !!

Sekali aku simpan, wahhh besttnyaaa. Aku cakap dalam hati. Sekali, lama kelamaan. PUNYA PANASSSSSSSSSSSSSSSSSS LEHEEEEEEEEEEEERRRRRRRRRRRRRRR AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!! OHHHHHH CUA BAYANG KAN LEHER KAMU TERBAKAR!?? GITULAH RASA LEHER AKU WAKTU TUH.! Terus aku melompat-lompat kepanasan, teriak-teriak "panassss!" dalam bilik dorang Nurul dan Shanty. Shanty,Nurul, dan Shal teda..terbahak-bahak sudah atas katil. Lucu. Dorang kasi ketawa aku. Konon mula-mula kata sedaplah ubat tuh simpan di leher, sekali panas gila babi. =..= . nasib ada nurul. Terus dia kipas-kipas lah leher aku. Ceh, sampai keluar air mata aku nangis-nangis ohh. Boleh-boleh si ANALgesic cream nih rupanya panas. cehhh. Lama-kelamaan. Sakitnya pun hilang..fuhhhhh.   aku pun semangat gilak jugak bercerita ar ? sampai pakai huruf besar! hebad! C; ahahahaha!

Ohh itulah kisah aku yang tidak seberapa. saja aku tulis sini supaya aku ingat. apa pun peringatan untuk diri, semua yang ada di dunia ini sementara, yang pasti akhirat sana. Begitulah jugak blog ini, tidak akan kekal selama-lamanya. C:

kawan aku dan mama aku kata, emm kalau sakit belakang leher biasanya darah tinggi. jadi aku ada darah tinggi lah kan? hmnnnnn.

ok jumpa lagi. C:

p/s: kepada Cik Myen, bila nak update gambar? saya tunggu lorhhh. hehehe :p








Wednesday, October 19, 2011

Kursus Asas Keusahawanan Siswazah Uitm Sabah 2011



Assalamualaikumwarhmatullah C; hi there. I just wanna share some pictures from the KAKS that  I've joined last week. C: 
KAKS. Okeh, lepas aku join kursus yang lain macam seja bunyi dia nih, baru lah aku sedar. Buat bisnes bukan benda yang mudah. Bukan semudah makan kacang. Bila aku join benda nih,  barulah aku sedar, macam-macam kena buat. 

"Ohhh begitu caranya tuk wat bisnes ?"

Monolog jiwaku. dui ! monolog kunun. :p 

Dari hari pertama sampailah hari last, dalam hati aku tidak sabar-sabar maw pulang rumah. Bukan apa, sebab aku pikir tuh MUET. ehh 1 hal. waktu 1st join KAKS nih kena bagitahu yang kursus nih sampai 15 Oktober 2011. Alih-alih bila aku pergi mendaftar dekat Gym hari tuh, aku tengok jadual sampai 16 Oktober 2011, means hari Ahad ! hancur berderai impian aku yang menggunung tinggi tuk praktis speaking MUET di rumah .

Aku dapat group 4. 1 group ngan Nurul, Shanty,Saburah dan Shal. Tema OVOP. One Village One Product. jadi kami pun kerah lah utak maw product pa. *aku malas cerita pasal produk kami hahaha* :p

Kena buat RP (Rancangan Perniagaan). Nurul as General Manager, Shal - Marketing Manager, Me - Operational Manager, Saburah- Administrative Manager, and Shanty as the Financial Manager. Aku pilih konon Operational manager. Konon aku ingat senang. Rupanya karau jugak ya ? kena pikir kos-kos yg terlibat untuk buat produk kau. Nombor-nombor, seriusly aku tidak suka. Pening kepala aku . Last-last, aku wat jugak Marketing Manager punya part - reka poster dan packaging. =..=  aku lagi suka macam tuh. ngee. :p



Me and Shanty. Aku duduk sebelah dia waktu KAKS nih.
Kami comel bukan!? (sila muntah cepat-cepat)


aku lupa ini hari yg keberapa sebenarnya. Hahaha. :p emm aku rasa nih, hari rabu . Xda sukan. Sukanya aku xda sukan. Yippie!


Okeh, ini hari ke2, iaitu hari selasa. Hari nih ada sukan. aku malas ikut sukan. okeh. boleh lah korang cop aku 'pemalas sukan' kbai.



dunno hari keberapa. aku jadi gila-gila pelupa lepas adik aku sikat rambut aku.Tiba2 rasa mcm a moment to remember plak. Nauzubillah. x maw aku hilang ingatan. =..=

*picture deleted*

day 3 or day 4? aku pun lupa sebenarnya. Aku suka tgok rupa manda dan eza sini. ohh sungguh comel. C:
Waktu nih kelas Madam Mydah. Dia ajar pasal Operational. Madam Mydah ada ajar kelaskami sem nih. Hopefully, markah aku ok ok sija bah. Ngehehehe. main puzzle Angry Birds. Group kami duluan siap. Hambek. kami kalau part-part main main macam nih, numbul 1 geng. hahaha. kalau aktiviti lain, ujung-ujung pulak. ;p


Ok bai. dats all the picture that I have. Waktu suka rekriasi yg kedua saja aku enjoy tul ke3 malas sudah. pikiran melayang ke rumah sudah. ok bai. assalamualaikum. kum apa?