Klik ok? TQ so much !

Friday, September 2, 2011

belum sembuh sepenuhnya


Salam! selamat hari raya eidulfitri! sekarang sudah masuk hari raya yang ketiga. Sebenarnya aku xda mood pun maw beraya ke mana-mana atas kondisi aku sekarang nih. My mum said that my skin looks pale, penat, kurang tenaga lagi dalam badan, air pun kurang jugak dalam badan. Mood beraya aku pun ikut terbang jugak sekali.Ada jugak lah 2 3 rumah aku beraya. Tidak mampu aku rasa banyak-bayak rumah.haha

Orang waktu raya banyak makan. Aku banyak minum-minum. Malas maw makan banyak, xda guna jugak. Nanti keluar balik. Merugikan + menderitakan leher aku jak. T___T
Ubat? uhhhh..ubat pun sudah maw habis. Bapa pagi-pagi bawak aku gu klinik. Tapi aku malas. Klinik? salah 1 tempat aku malasss sangaattttttttttt mahu pergi dalam dunia ini. Hospital? lagilah malas. Kalau aku rasa aku betul-betul tenat baru kali aku maw pi tempat tuh.

Baru tuh bantak pulak tips-tips aku dapat dari keluarga dan kawan2 aku waktu aku sakit nih. ihihihi. Kalau aku pi rumah nenek aku. mesti dorang tanya. "ok da kau besar?" .ohh dalam hati aku gembira jugak ada family n friends yang concern akan sakit aku yang sudah masuk 4 hari melanda diri ini. Kalau di rumah, lagilah, gembira ada ibu bapa yang ambik berat jugak.^^

tips 1: minum air limau. Nih makcik aku yg cakap. Mama dorang Aca. Ohh dan aku jugak   dapat dari kawan aku Ajie. Ehehe. Tapi aku tidak ikut. Sebab aku takut kalau aku minum, perut aku tambah-tambah bergelora lagi. Sakittt aku yang merasa. hihihi..

tips 2: minum air dari pucuk jambu batu. ehemmm.. nih aku dapat dari makcik aku jugak dan semestinya jugak dari mama aku. Kalau makcik aku, si mama si Aca nih, dia suruh kunyah-kunyah tuh pucuk jambu batu. Kalau mama aku pulak, suruh aku minum air yang direneh bersama pucuk jambu batu tuh. Punyaaa PAHITTTTTTTTTTTTT. Tapi demi cepat sembuh, aku mimum jugak biar pun rasanya bikin muntah-muntah. ahahah

tips 3: minum air 100plus. okeh, antara semua tips, ini yang aku paling suka. Tips nih, si kak r-ma yang bagi. Kena pulak dengan minuman fevret aku. Hari-hari minum pun tidak apa. Dia kata minum 100plus boleh ganti tuh air garam yang dari hospital tuh. Jadi aku minum untuk menggantikan air yang hilang dalam badan aku nih. Minum banyak-banyak pun tdak apa. lagi aku suka ^^

Dah masuk 3 hari, tapi bekas suntikan jarum yang aku kena di pagi 1 Syawal masih lagi belum hilang-hilang. Aku eran jugak. Selalunya dulu waktu dekat sekolah menengah, lepas kena jarum bolehh lah aku hurrayyy hurrayyy sana sini. Ini tidak pulak.

Xpalah, sakit-sakit nih pasti Allah maw bagi aku ujian. Aku terima seadanya. :D

kakak aku kata pulak, Allah bagi aku sakit nih hikmahnya supaya aku kurang-kurangkan makan! ahahhahaha :DDDDDDDDDDDD bahh! kurus lah aku tuh nanti kan? hahaha

p/S: doakan aku sembuh cepat :) nanti kalau sembuh, dapatlah aku beraya pi km. dah lama kawan aku memeng tanya bila maw pi km? i'Alllah. tahun nih, dapat pi sana :)




selamat hali laya! ^_^ Y


Padahal aku maw post entry nih semalam. tapi lupa plak.. so, ini entry kelmarin. ehehe

1 orang komen sini:

dill said...

semoga cepat sembuh!

dill.