Klik ok? TQ so much !

Monday, February 28, 2011

Yahuu~header baru :D

Assalam..heyy,sorry la tadi tiba2 tutup blog kejap.hee.
Saja tukar header blog..heee mcm? komen sikit? kali nih aku cuma kasi kecik,sbb yg lama tuh sangatlah besarnyaa..huuu.. :D k maw belajar! kali ni betul2 lahh! heeTiba-tiba plak tema blog aku awan!? huhh? biar lahh kn,yg penting warna fevret aku! BIRU ! :DD










p/s:doakan aku study tol2 :D

aku tak tahu maw cakap apa..



assalam..aku manusia lemah,selalu terjatuh berbeda aku darimu kau berdiri teguh..aku serba tiada ..aku kekurangan dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan..sempurna nya sifatmu.tulusnya hatimu..jujurnya niatmu..errrkkk!! errrrkkk sakit tekak !! baru nyanyi intro lagu Yuna sudah tekak aku ni buat hal! hehee


...hmnn bermakna shungguhh lagu tuhh! ..
Owkehh sekarang nih aku tengah dengar lagu instrumental ka pa ntah aku maw cakap nama lagu jenis cmnihh,yang xda music tuhh,yang memanjang musiiiiccc xda suara tuh,kena panggil apa arr? konpius aku nohhh..


Jom tengok apa kah yg aku dengar bersama myroom8 sekarang! >.<


1.Cinta sempurna:Yuna
2.Caravansary:KItaro
3.Matsuri:Kitaro jugak
4.Scarlet:Junko Iwao ( lagu Ayashi No Ceres,1 of my favourite anime )
5.When The Love Falls,Kiss the rain:Yiruma
6.Sakura Kiss For String:Hirano Yoshihisa (OST Ouran Highscool Host Club)


ntah,paling best dengar lagu nih sambil baca novel..paling best part sedih! nangis! muahaha
ehh boleh plak aku gelak,sedangkan aku cuba cerita sedih ni..*merepek mkan kerepek


Ouran High scholl Host club,besties aku yg bawak dulu d skolah lama.pastu aku tengok sama-sama dengan adik-beradik aku,Si kakak,si Kecik,si abang dan si Adik..aku plak? aku si Besar nama aku.Tengok katun ramai2 terutama dengan family mmg best. Yang buruk perangai kami nih,tuh DVD akan non-stop la kena pasang sbb tengok Anime tuh. Dari bangun ja pagi sampailah  pagi balik ..paham x? subuh lah tuh maksudnya..muahaha XD


mana 1 perempuan?? hehehee



eheemmm! layan benda nihhh!!! Go manga! aishiteru yoo!!! XD


hahaa..apalah aku ni,org cerita entry pasal maki-maki kn,aku yang terasa. :D

Aku inginkan header baru

 hehh..aku maw buat header baru lahh.yg kecik sikit dri ni :)

berlari-lari bahh





Kalau boleh lari,aku ingin lari dari sini,heeehhhh!! mcm angin! bolehh? hehe
*angan-angan yg x kesampaian.. 




I can appreciate Coffee without susu,Nights without lampu,Burgers without keju,but not!My Life without YOU!!


 dapat mecej ni dulu ddri Rhona! wahaaa :DD


p/s:moving to tumblr.anyone wanna visit me?
mandi..then buka puasa..yeahhhh!! harap makanan sedap lorrr..kekeke

Life bring Kabhi Kushi Kabhi Gham..



Life bring Kabhi Kushi Kabhi Gham..

when it's end,Na Tum Ja No Na Hum(neither u know nor I )..
so lets do masti ( fun )..
who know Kal Ho Na Ho ( if there is tomorrow or not )..
when you need dosti ( friend )
Main Hoon Na?? ( I'm here )



cool huh?? heeee..
send this sms to all ur beloved friend ^^  
hahaaa :D *memandai suhh send =.=



Hari ni Kira puasa nazar,kalau dapat Finance A dulu,posa nazar..hehh..harap dapat bertahan sampai petang..Aminn.. ~.~'  dan aku lapar tengok tempoyakkk dekat blog Ummiluv nihh..urrggghhhh!! perut da berkeroncong..spend aku ?? hehe

Bila sahabat berkata..





as salam..hehee aku ni banyak sangat sms-sms yang best..banyak gila,sampai aku bukukan ayat yg best-best..dan aku selalu hantar dekat semua kawan aku. Barulah meriah kn?Terasa jugak persahabatan yang terjalin..entah kenapa aku rajin,maybe tuk tunjuk dekat mereka betapa aku suka berkawan ngan mereka kott..hehe.. Then mereka pun balas lahh balik dengan msg yang lain..wahh makin bertambah koleksi.Aku suka kumpul sms org.Dri yang besttt,melelehkan airmata hinggalah yg menyakitkan jiwa..ahakk 


so aku maw tunjuk antara sms-sms yang best yg aku ada.haha..ehh aku tahulah kn entry ni kali xda makna dan xda information pun..hee..biarlahh Photobucket


Jadi nanti aku akan kongsi lagi sms2 yg ada.







Bila sahabat kata suka,tak semestinya dia cinta..Kerna anda TEMAN yang layak disukai..Bila sahabat CEMBURU,x semestinya dia cinta..Ini kerana anda teman yang HEBAT dalaam menjalinkan PERSAHABATAN..Bila sahabat kata RINDU,tak semestinya dia CINTA,Ini kerna dia RINDU pada teman sebaik KAMU..Maknanya saya berhak kata saya SUKA pada awak,cemburu bila awak KETEPIKAN saya..dan RINDU bila awak LUPAKAN saya.. Photobucket


hahh,nih antara salah satunya..saya suka ni sms..sangat la bermakna pulakdahh! hehe


p/s: wokehh len kali saya kongsi lagi if ada masa ^___^

Tumblr ? apa tuhh?

assalam.. Tumblr! Tumblr! Tumblr! waahh..makin hari aku sayang kat Tumblr aku..biar pun Tumblr aku buruk kan,aku x hias-hias sampai ada kuceng yang comel tuhh,aku tetap sayang Tumblr aku.. :') sayang korang jugak yg sudi jenguk blog kerdil niehh :)




nampaknya kalau gini,aaku akan kurang lahh dalam blogspot nihh.Apa yang terbuku di hati ni,semua aku conteng kat Tumblr aku sudah,yang x boleh aku cerita dekat sni sbb nnti ada yg terasa ,aku tuang separuh dekat myTumblr.. andai itu yang terbaik, maka maybe akan berpindahlah aku dari dunia nihh..Photobucket..sobb sobbbb..uhukkkk Photobucket cehhhh! keikeikeii..gurauu =p 


Okeh what is Tumblr nih? ada orang tidak tahu,ada yang tahu jugak kn? Macam kawan aku Ayu,dia manalah tahu Tumblr ni apa.Hahaha..Aku start wat Tumblr nihh dulu gi.Tapi x aktiflah.Kenapa? sebab best! kat sana aku suka ambik-ambik gambar yang menarik..orangnya pun banyak yang sangatlah kreatif ! bukanlah maksud aku korang sini x kreatif ok? kretif! memang kretif..tetapi 'Tumblrian' lagi kreatif Photobucket


Wokehh berbelik kepada Tumblr nih, Tumblr is one of the easiest platform for you to blog! Wa bilang sama lu. Aku serius nihh.Memang easy aku nampak..boleh message-message lagi.Mungkin pengelibatan warga Malaysia kurang dekat Tumblr nih.Semua blogger kn? Photobucket



Dekat Tumblr nih,memang nampak canggih sikit dari blogspot.Bagi yag minat IT ka apa,datang la,cuba try Tumblr? hee itss easyyyy bebbb~~ *cakap gaya gedik Photobucket
Bezanya Tumblr dari Blogspot nih,kita bolehh upload lagu apa-apa ja lagu direct from kita punya lappy.Tuh yang best tuh. Aku suka owhh. Setakat nih tuh ja lah yg aku nampak ada.. ehh ada lagi!  Untuk pengetahuan,orang-orang dekat TUmblr selalu 'reblog' post orang. Kalau suka sajaDekat blogspot jarang kn? kalau aku,pernah pun aku buat sekali ja.Tuh pun dekat blog lama.Sebab aku sangat suka entry tuh,so aku reblog entry dia.


Apa lagi yahh Tumblr? hmnnn..owhhh ! berbeza dengan Blogspot yang cuma guna button 'like' Facebook Photobucket hehe..dekat Tumblr ada button 'like' taw ! siap ada bentuk hati lagi!untuk like! cehhh promote* 


Tapi!! Tapii!!*tegas


1 jak keburukan Tumblr nihh! pandai plak server down..ada maintainance la..aduii..xpa aku tetap sabar demi Tumblr ku :)








Okehh aku kena out,jenguk-jenguk Tumblr aku. Korang jenguk la Tumblr aku kalau jumpa k? hahaha Photobucket  hmnnn. =)  




p/s:insyaAllah akan ada penghijrahan kali ini. I am moving .(tajuk entry 1st aku) hakk hakkPhotobucket terus teringat kenapa aku berpindah-pindah nihh kan,mcm org zaman Jahiliah plak kn? berpindah-randahh..pergghhhh











Gratisan Musik

perrgghhhh..best layan lagu  Kiroro nihhh..
biar pun aku faham sikit-sikit jak,paham pun sebab aku selalu tengok Anime..hak hakkk! Photobucket


mood : cuba menghayati apakah itu best friend dri lagu yg aku x paham ni :)







Sunday, February 27, 2011

Saya tersentuh membaca kisah Tha'labah ini :'(


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

p/s:saya sangat tersentuh membaca artikel ini.sungguh!Photobucket



Merungkai kekusutan


As salamm.Pagi ahad yg basah.Errkk..hujan! Jadi matahari pun malu-malu maw keluar dri awan.Wokeh lah saya maw cerita sikit sal post aku yg lalu tuhh. SINI . Sebenarnya saya bersara sekajap sahaja.Sebab saya tengah menggiatkan dri or mengaktifkan diri dekat Tumblr,Twitter,dan yang terbaru yang 1malaysia.com tuhh dan maybe ada jugak sebab faktor-faktor yang lain yang saya tidak boleh bagitahu dekat sini :) saya bagitahu dekat Tumblr,adalah.. .heyy~kamu ada account 1malaysia ka? Add saya kalau ada yang berani  * angkat-angkat kening*. just taip nama yang mama n bapa saya berikan nih, Siti Syakirah insyaAllah adalah tuh.Hee

"Ehh,mengada plak buat account bnyak betul!"

Ehh! manada mengada k! Tumblr tuh sudah lama ada,cuma Tumblr tempat saya tgok pict-pict yg best. Kalau Tumblr,mat salleh dan yg lain selalu guna Tumblr.Org Malaysia saya nampak lebih aktif kepada Blogspot.Berbeza dengan negara yang lain.Tumblr best.Lagi canggih dari blogspot apa.Jadi,saya pun mulalah mempost-post sana..ahaksss..cuba untuk meng'aktif'kan diri.Kesian Tumblr tuh terdampar x diberi nafas :) kepad sesiapa yang tidak tahu pasal Tumblr tuh.Boleh la Google sendiri. =p dia 2 kali 5  jak dengan Blogspot.Tempat untuk berblog.





Okehh yang nih pulak,saya baru buat tadi.Disebabkan pihak UiTM suda banned facebook,lepas masa berkerja baru bolehh buka.Okehh.Nevermind.Saya lebih suka Blog dari fesbuk. :DD Jadi,saya pun signup tuk 1malaysia nih.Sebab? x kena block..muahaha

"Malaysia's #1 Social Network!"

Ya kahh first??? so how about myfriends2u?? Saya rasa mf2u nih lagi duluan dari 1Malaysia.com nih.hmnn..apa-apa jak la bahh.

Twitter plak,entah apa saya buat dekat sana.Tujuaan saya buat,cuma maw ikut-ikut kakak saya.Dia ada account Twitter,jadi saya pun maw jugak! hehehe.. :DD 
Kakak kata artis banyak guna Twitter,tuh sebab dia bukak akaun dekat Twit tuh.Kakak saya memang.Hantu artis =.=". Jadi saya mengada-ngada jugak,maw ada twitter..pergghh =.=






hari ni saya ber'saya' esok 'I' lusa 'aku' dan mcm2 lagi lahh.
sebenarnya yang di atas tuhh cuma faktor kecik jak. Faktor besar?? hmnnn... :)




Saturday, February 26, 2011

oh Bulan..dadaa

Layan..lagu fevret..Oh Bulaannn~~~ lalalala~





oh bulan
enggan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh





Kira Kekuri: berangan-angan maw pandai main gitar,tapi sebenarnya tidak mampu dan mengerti untuk memetik gitar dan mengenal chord pun! hmmmphhh! T_T
minta ajar,xda siapa maw ajar..
aku hampehhhhh~
begitulahh rasa hatiku,yang kian ku tak mengerti..erkkkk :P
hahahahahha..

Kepada Thira,kalau kaw baca blog kakak nih,aku harap kaw chill selalu k?
kawan x semuanya bagus..apa yg dorang sindir,kita seharusnya sabar jakk k?
LOVE YOU! :D

and semua Kawan aku di dunia blogger nihh!
LOVE YOU ALL! Thanks kozz sudi datanggg k?? 



maybe ini entry last aku..aku ingin bersara dari dunia nihhh..
http://www.emocutez.com

 






 
anggap ja la aku yg nyanyi nihh..ehee
nihh bukan aku yg nyanyi la..Yuna! hahah :DD
nnti la aku nynyi tuk korang..hehe


p/s:harap perasann aku di terbangkan angin UiTM nihhh..choiii! 





cancel class=HAPPY, cancel class=BORED!! =.='



as salam semua. hmnn..aku rasa ngantuk,tapi gagahi juga diri tuk meng'update' blog nihh,dan tingu2 blog kesukaan aku. ehemmm ..hee
hari ni,ehh kemarin [ Jumaat ] xda kelas.


Ni pun satu hal jugak nih. cancel class=HAPPY!!!,bila dekat bilik cancel class=BORED! =.='
Serius bosannya.adehhh.. maw jalan gi 1B xda budget pulakk. 
Len kali kalau aku ada bajet aku jlan la gi sana.. kalau minggu ni x dapat.Maybe awal bulan 3 la aku jalan-jalan gi sana. Yahooo!! ehehee..sepa maw joinnn?? tiada kn? hahaha =D *sia-sia aku bertanya.. T_T


Tadi malam ada amanat pengarah kampus. huuuh.Aku lagi suka Pengarah Kampus yg baru nih dri yg lama. Best! Sporting! semua dia..hahah.aku tabik la ngan dia nihh.Pernahh dulu Naib Canselor UiTM gi kampus Sabah,waktu tuhh sesi bergambar student ngan si Dato Prof Ir Sahol. Boleh pulak sorang pelajar nihh unjukkan handphone dia minta tolong ngan si Pengarah Kampus nihh ambik picture dia ngan Si Prof Sahol ni.ahahahah! Hahh,dia pun terus snap picture dorang dengan rela hatinya..best pulak owh aku rasa..Waktu tuh memang sesak.Sesak ngan org yg maw ambik gambar ngan Prof Sahol ni. Bukan sorang yg mintak ambik gambar dri pengarah kampus,ramai! aku ktwa jak tengok situasi camtuh. Best! jarang-jarang berlaku kn? kn? ^^



Ehhh!! 'mama' dunia blog aku da marahhh! wokehh wokehhh..I'll go sleep :DD

psstttt* psssttttt* heyyyy (whispering) kamu pown tidur jugak la. Nnti kna marah ? (merepek) hehehe..wahh x lama lagi bulan 3! ^__^

nota Kira Kuri: bisuk jak lah aku story sedikit pasal Amanat Pengarah malam tadi..heee







Friday, February 25, 2011

aku saja hambek hangin sebenarnya

sekarang aku tengah duduk depan Koperasi.
aku saja hambek hangin sebenarnya. Aku ni suka tengok keindahan alam.
Rasa tenang. Aku dulu,kalau dekat rumah skarang nih.. kalau bergembira,sedih n macam-macam lagi. Aku lari gi laut..ehh! bukan tuk melemas kan diri ka apa arr.. cuma tengok-tengok pemandangan alam ciptaan Allah ni.


"Heyy heyyy" pakcik Polar nih berkata dengan machonya.
" asal sejuk jak laut nihhhh? macho kan aku .. ? "
Pakcik Polar perasan lebihh =p
Jangan terlalu perasan hencemmm pakcikkk Polar..ngee



sambil-sambil tuh,bawak adik aku sekali. Main-main di laut.
Paling best kalau baca novel kat laut..wahaaaa ~ kan best gitu??
Tapi sekarang,jalan tuk gi pantai yg aku suka tuh,teruk sudah. T_T ada pembinaan jeti dekat situ. Sedih aku x dapat pi sana lagi... uhuk33...sob sobb..makkkkkk

psttttt psssttttt* sedang aku duduk2 sini nih kan..ada auntie cleaner kena tanya-tanya oleh org maintainance UiTM.
Entah pasal apa.Aku dengar pasal ''Kenapa kamu kasi bocor longkang tuhh?"
dan mcm2 lahh lagi..kecuriaannn baju..perghhhh..asrama memang banyak kecurian baju sebenarnya..haha..tapi org tidak pulak curi baju aku,konpius guaaaa..hahahha! maybe sebab tidak MUAT! kekeke :D

wokehh la,naik bilik dulu. dadaaaa koperasi..aku balik bilik dulu... :D


p/s: aku suka berada di sini,udara yang segar dan nyaman..baik tuhh minda!! =DD

novel on9 nih best!

-hari-hari ku aku rasakan tidak menentu,mcm si kucing nihh-
ceeehhhh!! =p





As salam..pagi yg hening nih,izinkan aku mencoret banyak-banyak lagi dekat ruangan ni . Eheee..

pagi ni aku isikan dengan membaca Novel Online. nampak advance plak kan aku membaca on9! haha..wokey wokeyy..sekarang aku layan cerita nihh, KLIK SINI .. best wooahh. tidak rugi membacanya. Hari tuh kawan aku si Ayu ada rekemen baca novel nihh..wahahha~ Ayu! aku da baca lahh! Best tul owhh ! yeaayy~ ^^

Jadik,kepada kawan-kawan aku yg suka baca novel tuh, trutama nya dia nihh..so jom la kita ramai-ramai membaca. Membaca amalan mulia. di smping boleh habiskan masa dengan benda yg berfaedah..hehe..kn? kn?

My 1st Giveaway by Shida dan Esya



as salam semua..Bangun pagi menghadap laptop.sebab da xda keja kena buat. Hari ni,semua class kena cancel!! yeaaaayyy :D [ sempat lagi bergembira]
okeh,jum la aku straight to da point. Aku join GA nihh .hmnn.. aku rasa ini 1st Giveaway aku join tuk blog aku ni. Thanks kepada blogger hebadd ni coz da tag aku,Woofer Storm. Thanks fren..len kali tag lagi arr..  ?
heheee..* muka x taw malu minta² kena tag balik²* sila lempang muka aku.*dushhh! dushhhh!

wokey, GA kali ni adalah dari Dunia siGadis'Biru dan Esya Erisya.
Jom join ramai-ramai :D

dan Jom tengok syarat-syarat nya laju-laju sini..


  1. Mestilah korang kena ada blog nak join GA ni. Mana yang tak de sila la buat blog ya (:
  2. Follow blog shida dan blog Esya (tiada paksaan ok) *kalau suka blog shida sila like my FANPAGE (:
  3. Buat tajuk entri " My 1st Giveaway by Shida dan Esya " . copy banner pada entri dan sidebar (link kan ke blog shida)
  4. Sila sambung slogan ini : saya suka buat blog kerana........ *buat seringkas yang mungkin sebabnya shida tak suka baca yang panjang lebar macam karangan =p (buat ringkas tapi menarik dan padat)
  5. Setelah selesai semua diatas tag 5 rakan blogger korang (dia mesti tahu) dan komenkan link korang ke entri ini. Mudahkan =)

Slogan dari aku: Saya suka buat blog kerana,sini saya boleh jumpa kawan-kawan lama saya yg jarang berhubung dan jumpa kawan baru.sekian =D



http://www.emocutez.com

aku kena tipu hidup-hidup !

Hyee! selamat malam semua! ehh bukan malam dah ni! nihh pagi ! :D


Tengah aku syok-syok tgok picture dekat Oh! Media tadi,ternampak plak gambar nihhh.




-klik untuk tumbesaran yang sihat-
Oh ! Media,aq pinjam gambar yahh  [ ? ]
heee

 trus aku geram sendiri ! terus aku rasa aku bodoh! sebab aq pernah kena gini nihh. Haha. Tapi aku pun x tahu la betul or tidak,sebab aku kurang percaya..Jom aku cerita sikit.heee


Entah hari apa. Aku pergilah tolong mak cik aku sorang nih yg Guru Besar kat skolah agama kampung aku. Okeh.Aku pergi. Sedang aku siok-siok menyapu lah katakan dekat bilik guru tuh, hp murah aku menjerit-jerit mintak kena angkat ! 
ehh,siapa call niehh? , hati aku menduga.Ceh!

Jadi aku pun memberhentikan 'penyapuan' aku.Aku angkat call.

"Hello,sepa nihh?"aku memulakan perbualan.

"errr, Besar, aku nihh Wan" ,orang itu bercakap dengan aku. Yalahh orang kan!? x kan la hantu?? pergghhh

"haii Wannn~~ kenapa? ^^  " ,aku memulakan perbualan dengan girangnya.Ya lahh siapa x gembira kawan nya call kn? aku gembira if kawan aku call.


Jadi dia pun cerita-cerita ngan aku n mintak tolong lahh konon.Dia kata bapak dia sakit,dia plak xda dekat rumah skarang nihh. Tengah bercuti. Konon,nak mintak aku tolong topupkan dia RM10.
Aku tanya,kenapa banyak sangat?? dia kata tak cukup kalau rm5.Okehh. 
Aku pun atas dasar simpati n dasar kawan aku pun laju-laju gi pinjam duit makcik aku.
11 hinggit. Sebab tempat topup ni ambik untung skit. 70sen lagi tuhh! urghhh !

Aku pun berlari-larilah menuju ke kedai kecik tersebut. Nasib dekat sikit. Sikit jak dekatnya. Tapi penat gak aku. Lari-lari lahh katakan.Hilang jugak lemak terkumpul dalam badan aku nihh. miahaha ! :D

aku pun pas tuhh send no top up ngan dia.Dia kata 'terima kasih' dengan aku. Siap kata nnti dia ganti balik. humphh! Aku pun legalah dapat menolong kawan aku yang bapa dia sakit nihh. Uhuuu. Eh ! lupa bagitaw . Kawan aku tuh bukan lelaki k,aku xda kawan lelaki ni. 1 jak. nama kawan aku ni panjang sikit. Wan Aziean Aziera Kwong Mui Yen. Aduihh.aku konpius eja nama kawan aku sendiri. =.='

Pastuhh,esok dia mintak lagi. Tak cukup katanya. Wahh okehh.. nihh sudah naik minyak nihh. Aku suda rasa lain2. Aku pun bodoh. Memang bodohlah. Orang yg mintak topup nih guna no yg x dikenali. aku plak memang senang2 plak kena tipu.luruss ! =.=' so,aku contact2 member-member [ dui,member] hahaha! 
sahhh! aku ingat aku sorang sahaja yg kena.Ildah pon kena.Tika aku x tahu plak kalau kena ka tidak. Ko kena kah jugak Tika?? Ko ingat kahh lagi kisahh nihh? 

Si Ildah,berabis x caya yang aku bagi topup dengan kawan aku yg anggap drinya nihh 'Wan' nihh.Trus aku pun rasa bodoh. Bodoh gila-gila. Kawan aku yg lain, x bagi..aku yang bagi. T_T
Pastu tanya kawan aku si Wan ( yg betul-betul),dia kata bukan dia. aku berabisan kena tipu. Start hari tuhh, org yg kata dirinya tuh 'Wan' siap hari2 maw mintak topup ngan aku. 
Tahulah kn,aku nih kadang2 murah hati bagi topup dekat orang.Pastu ambik lagi kesempatan yg ada. ceitttt ! pastu aku tanya dia, dia ni si Wan or tidak. dia x jawab. Pecah tembelang.

lama kelamaan, nombor yg di gunakan tuh di matikan. wahaha.tahu takut.. wueeekkk :p
Tapi aku tabik la org tuh. 

sebab:

1.Dia tahu nama aku.
2.Dia tahu nama kawan-kawan aku.
3.Dia penipu hebat,siap ckap bapa dia sakit lagi.kalau sakit tul-tul aku x tanggung.
4.Dia berani gi minta topup ngan aku,lpas tipu aku. Penipu memang begitu ya??

Apa-apa pon.Itu kisah lalu. Kalau dikenang pun tidak ada maknanya bagi aku. Sekarang kalau aku kenang,mcm maw ketawa-ketawa adalah! HAHAH! tuhh lahhh x guna otak. Aku syak orang tuhh di kalangan kawan2 aku. tergamak dia.... :( sedihh..

Kenapa hati aku nihh selalu sedihh?? pirahhh ! :(